‘Qaisara dalam bahaya.’
* * * * *
“mama nak Iyad kahwin. Mama nak Iyad bahagia...”
Tubuhnya dihempas ke atas
sofa empuk berwarna hitam.
Mata dipejam.
Balik rumah mama, pening
dengar mama bising pasal kahwin. Entah kenapa tiba-tiba mama berubah laku padahal
sebelum ni mama dengan papa sporting je.
“....Just go find your own ‘bahagia’. Dunia ni penuh dengan kebahagiaan. Kita
cuma perlu buka mata dan lompat untuk capai bahagia yang penuh atas udara yang
Allah sediakan untuk kita. Tak ada siapa dalam dunia ni yang tak layak untuk
bahagia...”
Teringat kata-kata Qaisara minggu lepas.
Kahwin? Tapi dengan siapa?
Maisara atau Ayana? Atau
Amanda?
Ayana, cinta pertama.
Menggoda dalam kelembutan. Mengalah dalam ketegasan. Beauty with brain. Tapi
hubungan mereka berdua ditentang hebat Dato’ Tajuddin Bakti.
Maisara, tak tahu nak letak
dalam kategori mana – cinta atau suka. Menggoda dalam aggresif. Tetap
pendirian. Juga – beauty with brain. Tapi, dia masih tak jumpa keserasian
antara mereka.
Amanda. Hanya untuk hiburan.
Isteri? Mungkin. Ibu untuk anak-anaknya? Tak mungkin.
Qaisara?
Pffttt... sejak bila pulak
Qaisara masuk dalam senarai?
Bzzz...
Iphone di atas meja kopi
bergegar tanpa mesej masuk.
Amanda.
‘baby, Zzouk?’
Tepat pada masanya. Masa dia
tengah serabut. Dia terus bangun menuju ke pintu. Harap-harap suasana
hingar-bingar di Zzouk dapat mengurangkan keserabutannya.
* * * * *
Tafsir Al-Quran Ibn Kathir
ditutup.
Sekeping kertas putih dan
pen hitam dicapai dari meja tulis.
Kemudian diselit ke muka
depan buku nota kecilnya yang selalu dibawa ke mana-mana.
Degupan jantung yang sejak
pagi tadi rancak berirama sumbang mula stabil.
Bzzzzz....
Telefon pintar di atas meja
tulis bergegar diambil.
Abang In?
“assalamualaikum, abang In.”
Sapa Qaisara. Pelik. Sudah agak lama mereka tidak berhubung. Sejak Mai datang.
“sara. Boleh datang Zzouk
sekarang? Iyad is uncontrollable.”
“ok.”
Cepat-cepat telekung
dicabut. Sweater dan tudung hitam disarung. Kunci kereta digenggam.
‘sampai bila.. Iyad....’
Qaisara mengeluh.
Jengkel juga dengan diri
sendiri. Kenapa dia kalut sangat bila tiba pasal Iyad? Bukan ke dia dah ‘dilepaskan’
dari Iyad....
* * * * *
Matanya menjeling jam tangan
Casio yang dah 5 tahun menjadi miliknya.
5.04 petang.
Tapi bayang Iyad, In dan
Black masih belum kelihatan.
Semalam lepas dia bagi
penampar sedas dua kat pipi Iyad, dia terus hantar Iyad balik ke
kondominuimnya. Selepas itu dia terus balik. Tak ada pulak In dan Black
bagitahu apa-apa. Dan setahu dia, Iyad tak outstation.
Dan Maisara juga tak datang.
Ahh Qaisara. Kau dah tak ada
apa-apa kaitan dengan Iyad dan Maisara. Lupakan!
Matanya cuba fokus kepada
perkataan-perkataan yang tertulis di atas kertas di atas mejanya.
“hoiii tak nak balik ke?”
Qaisara tersentak. Tina yang
memboyot di depannya di renung, geram.
“kauuu... kalau aku ada
sakit jantung tadi, dah jalan dah tahu?”
Tina ketawa seronok.
“alaaahh kau ni, garang la
sekarang. By the way, apesal Tuan Iyad tak masuk harini? Dengan Maisara pon tak
masuk. Kahwin lari ke apa?” dengan selamba tak guna filter, Tina bertanya.
“huihhh... kau ni dah la
tengah tunggu hari je nak meletup. Cuba la berlapik sikit cakap tu...” nasihat
Qaisara. Agak kurang senang dengan soalan Tina.
“eh lupa. Sorry sorry. Baby,
nanti jangan susah nak keluar eh.” Tina mengusap perutnya lembut. Terpancar
seri ibu diwajahnya.
“suami kau ambik pukul
berapa ni? Ke nak aku hantar?” tanya Qaisara sambil mengemas mejanya. Nampaknya
memang harini Iyad dan Maisara tak masuk office.
“dah tunggu dah kat bawah.
Oklah. Jumpa esok. Jangan rindu-rindu aku ok?”
Qaisara ketawa perlahan.
Penat tengok mak buyung terkedek-kedek mengatur langkah ke lif.
Tanpa berlengah, dia
menyusul langkah Tina, turun ke
basement.
Nak kena singgah jusco
sekejap, beli barang dapur.
* * * * *
“Qaisara?”
Toleh. Eh?
“uncle...”
Tuan Ali berdiri di depannya
sambil tersenyum mesra.
“datang sorang je ke?” tanya
Tuan Ali. Matanya melihat barang-barang di dalam troli Qaisara.
“err.. aah. Aunty takde ke
uncle?”
“takde. Aunty balik dulu
tadi, sakit kepala. Jom teman uncle mengopi kejap.”
“err...”
“no objection. Ini arahan.
Uncle tunggu Sara kat Kopitiam kat bawah. Jangan tak datang pulak...”
Belum sempat Qaisara
menyuarakan jawapan, Tuan Ali terus berlalu.
Inilah yang dikatakan ‘like
father like son’. Suka hati je mengarah orang. Helo ni luar waktu pejabat ok.
Qaisara mengeluh. Baru plan
nak balik awal.
Dengan langkah lemah dia
menolak troli ke cashier.
* * * * *
“uncle...”
Tuan Ali mengangkat muka
dari surat khabar. Cermin mata ditanggal.
“duduk Sara. Sara nak makan
apa?”
“takpe la uncle. Sara tak
lapar pun....”
“muka lesu je uncle tengok.
Sara kene makan jugak.”
Tangan dilambai ke arah
pelayan.
Qaisara mengeluh perlahan.
Betul-betul macam Iyad.
“bagi dua nasi lemak nyonya
dan dua white coffee.”
Pelayan mengangguk sebelum
berlalu.
Tuan Ali mengalihkan
pandangan ke arah Qaisara.
“kerja macam mana?”
“biasa je uncle. Uncle
dengan aunty sihat ke?” tanya Qaisara.
“alhamdulillah. Cuma aunty
haritu check dengan doctor, tekanan darah dia naik sikit. Itu yang asyik pening
je tu.”
“kirim salam kat aunty.
Cakap dengan aunty, jaga makan.”
Tuan Ali mengangguk. Sunyi
seketika.
“sara kenal Mai?”
Terkedu.
“err.. kenal uncle.
Officemate Sara. Kenapa uncle?”
“dia ok ke? Maksud uncle,
dari segi peribadi dia, Sara tengok ok ke?”
Qaisara terdiam sebelum
mengukir senyuman. Yang terasa palsu.
“sara pun tak kenal sangat
dengan Mai. Tapi kalau kat office, Sara tengok ok je uncle. Mesra dengan semua
orang...”
...kecuali Sara.
Tuan Ali mengangguk.
“tadi... Iyad bawa Mai jumpa
uncle dengan aunty...”
Terasa bumi beralih dari
paksi. Sedaya upaya Qaisara mengawal riak wajahnya. Senyuman ceria ditarik.
“really? Dah confirm la ni?”
Tuan Ali pula terdiam.
“entahlah Sara. Uncle pun
taktau. Aunty happy betul tadi bila Iyad nak settle down dengan Mai. Tapi gerak
hati uncle kata lain...”
“maksud uncle?”
Qaisara direnung tajam.
“kenapa ya... uncle rasa
macam uncle kenal Sara. Mata Sara...”
Qaisara mula gelisah.
“muka Sara commercial kot
uncle haha. So, cadangnya bila majlis?” cepat-cepat Qaisara ubah topik.
“aunty tu tak sabar-sabar
sangat nak buat majlis tunang. Katanya kalau boleh 2 minggu lagi. Takut sangat
Mai tu hilang. Esok nak pergi jumpa mak ayah Mai, nak kenal-kenal sambil
bincang.”
Dua minggu lagi?
Mak ayah Mai, maksudnya ibu
dengan abah?
Qaisara kehilangan kata.
“uncle nak Qaisara ada waktu
majlis nanti.”
Qaisara ketawa hambar.
“insyaAllah uncle. Kalau tak
ada apa-apa, ada la Sara nanti.”
Sekali wajah Qaisara
direnung.
“sara ada apa-apa perasaan
kat Iyad?” tanya Tuan Ali dengan nada suara yang sangat lembut sehingga masuk
ke dalam jiwa Qaisara.
“dia kan bos Sara...”
“uncle tau Sara faham maksud
soalan uncle.”
Qaisara menggeleng sambil
tersenyum hambar.
“betul uncle. Sara dengan
Encik Iyad tak lebih dari pekerja dengan majikan.”
“betul ni? kalau Sara ada
apa-apa perasaan kat Iyad, uncle nak Sara terus-terang dengan uncle. Uncle will
do anything for you, dear. Honestly, deep down, uncle selalu rasa Sara untuk
Iyad.”
Terharu. Tapi Qaisara tahu,
dia bukan untuk Iyad.
Tiba-tiba rasa lucu. Selalu
dia baca dalam novel, mak atau ayah lelaki komplot dengan perempuan jahat untuk
hancurkan hubungan hero dengan heroin. Tup-tup harini dia ada dalam watak
‘perempuan jahat’ tu.
“no uncle. Bagi peluang kat
encik Iyad untuk bahagia dengan pilihan dia. Siapa tahu, mungkin Allah
datangkan Mai untuk selamatkan encik Iyad? Mungkin Mai, guardian angel encik
Iyad, siapa tahu, kan? Sara ni macam powerpuff girl je uncle. i’ll come when
needed. Pasal perasaan Sara, uncle jangan risaulah.”
Tuan Ali menarik senyum
lucu.
Pertama kali kena ceramah
dengan pekerja sendiri.
“kalau Sara kata macam tu,
uncle ikutkan aje. Tapi powerpuff girl ni takkan hilang kan?” usik Tuan Ali.
Qaisara ketawa. Kali ni
ketawa ikhlas.
Belum sempat Qaisara
menjawab, nasi lemak meraka sampai.
Mereka makan sambil berbual
kosong.
Dan ada hati yang berdarah.
* * * * *
Iyad menjeling ke arah jam
dinding.
8.00 pagi.
Jari diketuk di meja.
Seminggu dia tak masuk
office. Berdebar-debar pulak nak tunggu PA-nya datang.
Dia nak bagitau Qaisara.
Biar Qaisara dengar dari mulutnya sendiri.
8.15.
8.32.
“bos?” Qaisara menjenguk
dari muka pintu.
Iyad tersentak.
Qaisara ni memang tak reti
ketuk pintu.
“Sara, come in.”
Batang tubuhnya di tegakkan.
Matanya tak lepas memandang Qaisara yang masuk sambil tayang muka pelik.
“kenapa muka macam tu?”
tanya Iyad.
“betul ke ni Encik Iyad?
Cuba baca ayat Kursi...”
“hahahaha. Apa mengarut
pagi-pagi ni Qaisara. Duduk cepat. Saya ada benda nak bagitau ni.”
Kerutan di wajah Qaisara
masih tidak hilang. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.
“apende?”
Sekali lagi Iyad ketawa.
Pernah tak dengar pekerja cakap bahasa budak sekolah macamtu kat bos? Qaisara
je yang boleh buat. Eh bukan. Yang BERANI buat.
“awak taknak tanya ke kenapa
saya tak masuk office seminggu?”
“ohh kena tanya ke?”
“awakkan Personal Assistant
saya. Kena la tau kenapa saya tak masuk office. Itu pun nak kena ajar ke?”
gurau Iyad sambil menjegilkan matanya.
“ohhhh. Ye la. Nak tanya ni,
kenapa bos tak masuk office seminggu?” suara Qaisara masih tidak berintonasi.
Datar. Macam lapangan terbang Subang.
“saya.... ada urusan dengan
Maisara. Err.... next week kami bertunang.” Iyad merenung wajah Qaisara, cuba
mencari reaksi Qaisara.
Kosong.
“oh. Ok. Tahniah.” Toneless.
Iyad mula rasa bengang.
“itu je reaksi awak?”
“ohh kena reaksi lain eh.
Jap.” Qaisara menarik nafas sebentar. “homaigod homaigod homaigoddddddd!!! Bos
nak bertunang dengan Mai. Cerita panas ni!!! Nanti saya annouce kat semua
orang!!!”
Nada suaranya ditarik
tinggi, tanda teruja. Tetapi muka masih kekal tidak bereaksi.
Iyad ketawa besar. Qaisara
ni kalau jadi suara untuk cerita kartun memang sesuai.
“ok tak bos?” Qaisara
menarik senyum nipis, menghilangkan wajah zombi dia tadi, sambil mata dikenyit.
Iyad terdiam.
Tiba-tiba terasa kenyitan Qaisara
menusuk ke jantung.
“don’t do that.”
“do what?”
Iyad mengeluh. Dia ni memang
naif atau pura-pura naif?
“esok ikut saya.”
“pegi mana? Seingat saya bos
tak ada apa-apa appoiment esok.”
“jangan banyak tanya boleh?
Ikut je la. Pukul 12 tengahari. Sharp. Dah awak boleh keluar.”
Berkerut-kerut dahi Qaisara.
Tanya salah. Tak tanya
salah. Mamat ni hormon tonggang-langgang ke?
Tanpa bersuara, dia terus
keluar.
Iyad tersandar ke kerusi.
Tangan diletak ke jantung.
Kenapa detak jantung dia
laju sangat? Seminggu dengan Maisara, tak pernah pulak jantung dia macam ni.
Dah sampai masa buat medical check-up ni. Kot-kot dia sebenarnya menghidap
penyakit jantung, siapa tahu kan?
* * * * *
ps. mohon hampun dan maaf lambat update. kalau dah lupa jalan cerita ni, silalah kembali ke first chapter. sesungguhnyaaaaa orang yang sabar tu Allah sayang ;)
oh ye, email-email yang saya belum reply, mohon bersabar, saya memang selowww sikit bab-bab ni. eh lupa nak bagitau, IMISHHYOUU!! *yes you!*
12 comments:
Hwaaaa... Lama giler tunggu cite ni... Update la slalu tuan rumah hihi
I miss you more... baru smlm buka blog tiba2 hr ni ada entry...powerpuff girl...
Kenapa saya yang sakit hati dengan Iyad? Aduhhh! Bertabahlah Sara. :'(
Thanks TT. :)
Mmg lma giler nii tunggu..mkn tahun nii...pls jgn stop ..break kjap ok laaa..citer best nii..tq cik writer
jgn penyakit jantung u benar2 jadik udah lh iyad...takut jantung dn hati sama2 tanggung sakit...makan diri lh....hehe...rahsia dn soal hati...sendri yg rase...so tepuk lh dada soal lh hati iyad...
Waaa....lame gile tggu smbungan cite ni,hr ni bkak blog tibe2 ade smbungan,sronok nye..
nak merajuk dah tunggu lama sangat
Ohhhh.. I miss u too la TT!!! Up until now sara is still a mystery to me. Iyad! Kau buat apa hah?! Kalau suka ckap ja la suka.. hisyhh!!!
fuh! lame gle x jenguk blog neh! arini jenguk rope2nye TT p0n bru update last month. cet! ekeke ;P hurm hurm bab ni rse sedeh ade, rase marah ade, rase geram ade. Cepat2 la langsungkan aje si iyad dgn Qaisara nu! leraikan cpt2 segala kekusutan yg melanda, buleh TT? ahakss! =D hurm oye, imishyoutoo TT! muahh! =)
MISS YOU TOO...
lamenye nunggu... huhuhuhu...
wahhh daebak!! akhirnya..lama benor tunggu ;)
kemanakah menghilang ms writer kita ni... bila la nak sambung.. lama sgt tunggu ni... huhuhu
Post a Comment