baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Thursday, September 26, 2013

Merah [13]



Tutt...tutt...

Qaisara menunggu dengan sabar.

Tutt... tuttt...

“hello assalamualaikum. Sara?” suara abah menyapa telinganya.

“waalaikumussalam. Abah. Abah dengan ibu Sihat?”

“alhamdulillah. Sara macam mana kat sana?” tanya abah, nadanya lembut macam biasa.

“sara rindu abah dengan ibu...” kata Qaisara, manja.

Abah terdiam sebelum ketawa. Ketawa yang kedengaran canggung di telinga Qaisara.

“abah dengan ibu pun rindu Sara. Tak apalah. Nanti bila semua selesai, Sara balik sini ok?”

“emmm... abah. Sara nak tanya boleh?”

“apa dia, Sara?”

“hemm... emm.. kenapa... Mai... ada kat sini?” teragak-agak Qaisara menyusun soalan.

Abah diam.

“ini semua rancangan Uncle Ranjit, Sara. Abah pun tak boleh nak kata apa.” Jawab abah. Tenang.

Giliran Qaisara terdiam.

“tapi abah... Uncle Ranjit suruh tanya abah....”

“Sara, kami buat semua ni untuk cepatkan tempoh Sara kat sana. Sara jangan risau ye. Sara ikut je apa Uncle Ranjit suruh Sara buat. Ok?”

“emm.. emm.. ok abah.”

“Sara, abah ada kerja sikit ni. nanti kita sembang lagi ye. Assalamualaikum.”

Klik.

Qaisara terkedu. Abah dah tutup.

“waalaikumussalam. Sara sayang abah...” perlahan Qaisara bersuara tanpa ada pendengar.

*             *             *             *             *

Tok.. tok...

“come in!” tanpa mengangkat muka, Iyad bersuara.

“Encik Iyad, busy ke?”

Iyad mengangkat mukanya.

Maisara.

Tersenyum manis.

Atau lebih tepat, menggoda.

“busy jugaklah. Kenapa Maisara?” tanya Iyad dengan muka serius. Pelik. Biasanya kalau ada sesiapa nak jumpa dia, Qaisara akan bagitau dulu. Mana pulak budak Qaisara ni.

“ala encik Iyad, sekarang dah waktu lunch, jom. Encik Iyad kena belanja saya makan harini.” Maisara masuk ke dalam bilik Iyad. Pintu ditutup rapat.

“eh dah waktu lunch ke?”

Maisara mengangguk. Masih kekal dengan senyuman ‘manis’ nya.

“jom. Saya pun dah lapar.” Iyad bangun. Mejanya yang bersepah ditinggal.

Dia berjalan keluar diekori Maisara.

Sampai di meja Qaisara, dia berhenti.

“takpayah lah nak buat-buat sibuk padahal tengah main diner dash dari tadi. Macam saya taktau.” Sindir Iyad apabila melihat Qaisara yang sibuk menyelek dokumen di atas mejanya.

Qaisara berdecit, muka diangkat.

Eh? Maisara? Bila masa dia masuk? Damn Qaisara. Lain kali jangan fokus sangat waktu main Diner Dash sampai tak sedar orang masuk bilik bos kau!

“bos nak apa bos?”

“taknak lunch ke mak cik?” tanya Iyad.

Sejak mereka dah declare ‘kawan’ atas bukit hari tu, Iyad dah mula ramah. Itu pun ikut mood dia. time dia nak fire, rentung Qaisara di buatnya. Lagi-lagi kalau malam semalamnya dia mabuk teruk.

Belum sempat Qaisara bangun, dia ternampak Maisara menggelengkan kepalanya dengan muka marah.

“err... alamak bos, lupa. Harini saya puasa.” Kata Qaisara, tersenyum gugup.

“Puasa? Tadi macam nampak awak...”

“encik Iyad, jomlah. Saya lapar sangat dah ni...” ajak Maisara, memintas kata-kata Iyad.

“ok jom.”

Mereka berlalu meninggalkan Qaisara. Black dan In cuma mengangkat bahu sebelum mengikut langkah Iyad dan Maisara.

Qaisara mengambil purse di dalam laci.

Lapar.

*             *             *             *             *

“princess!”

Qaisara berdecit. Takpayah tengok pon dia tau siapa.

“hai.” TJ berdiri di sebelah meja.

“do i know you?” tanya Qaisara tanpa mengangkat muka. Nasi terus disuap ke dalam mulutnya.

Kerusi di depannya ditarik. TJ duduk sambil menopang dagu merenung Qaisara.

“merajuk?”

Jeling.

“orang kata, kalau merajuk, maknanya kita ada perasaan istimewa kat orang tu. Dah jatuh cinta dengan aku ke princess?”

Jeling.

“my god. Berdebar-debar jantung aku tengok jelingan manja kau tu.” TJ memegang dadanya.

“kalau kau taknak kena penampar jepun kat sini, zip mulut kau.”

“ok.” TJ diam, merenung Qaisara yang tunduk mengunyah nasi.

Seminit. Dua minit. Lima minit.

Keadaan mereka masih seperti itu.

Qaisara bangun ke sinki.

Kemudian duduk kembali dan memandang TJ.

“now perut aku dah penuh, kau boleh cakap.”

TJ ketawa.

“lerr ingatkan merajuk lagi dengan aku.”

“excuse me, Tengku Jazlan. Aku bukan merajuk ok. Tapi menyampah. Menyampah gila dengan lelaki terlebih hormon macam kau. Marah tak tentu pasal. My goshhhh kat office kena deal dengan King Kong tu, lepak dengan kau kena marah tiba-tiba. Disaster betul hidup aku.” Bebel Qaisara dengan muka berkerut-kerut.

“itulah aku ajak kerja dengan aku, taknak. Kau kan dah fall in love dengan aku. Jom aa kawinnnnn....” TJ merapatkan tangan kanan dan kirinya dan mengerdipkan matanya.

Qaisara ketawa.

“bongok.”

TJ ketawa lebih kuat.

Qaisara meneguk air sirap limaunya yang masih bersisa. Dia memang tak suka minum dengan straw.

“kalau tak fall in love dengan aku.... kau jatuh cinta dengan King eh??”

“uhuk...uhukkk...” Qaisara tersedak.

“eh eh.. nah nah...” kelam kabut TJ menghulurkan tisu.

“kau nak bunuh aku ke apa?” marah Qaisara sambil mengelap mulutnya.

“hahahaha. Betul la eh tekaan aku?” usik TJ, seronok tengok muka Qaisara.

“mana ada. Terkejut la bengong. imiginasi terlampau sungguh.” Qaisara menjeling marah.

Apa punya soalan tu. Soalan membunuh yang buat jantung aku berhenti sesaat. Bongok punya Jazlan.

“hahahaha. Ke kau jealous sebenarnya ni?”

“haaa?”

“so princess, tell me, who’s the sexy girl yang lunch dengan King?” TJ menyondongkan badannya ke depan.

Dia nampak King lunch dengan seorang wanita yang boleh tahan cantik. Senang kata, memang taste King. Tapi pelik bila tak ada kelibat Qaisara. Dan dia dah agak Qaisara ada kat sini. Restoren kesukaan dia kan?

“Don’t disturb her, TJ.”

“and the reason is...”

“just don’t.”

TJ ketawa.

“amboiii. Protect King punya ‘mistress in the making’ nampak?”

“i am serious, Jazlan.”

Qaisara menyilang tangannya ke dada.

“kau tau kan aku akan make sure aku dapat semua perempuan yang King nak?” TJ turut menyilangkan tangannya, meniru gaya Qaisara.

“Jazlan...”

“seriously, princess?”

“serious like hell.”

“sounds like not so serious...”

“how about... serious like if you lay a finger on her, you will never see that finger again. Serious like if you lay a hand on her, no one will see you again. Yes, I’m deadly serious, Tengku Jazlan. And you should know one thing, i’ll do what i said. Your ‘Tengku’ is not going to stop me.” Qaisara bersuara perlahan.

Senyap.

TJ bagai tergamam.

“ehem... emm.. ok agak scary kat situ. Di sebabkan kau girlfriend aku, aku ikut la cakap kau. Tapi dengan girl yang ni je ok.” Kata TJ selepas pulih dari ‘terkejut’nya tadi.

Qaisara ketawa kuat. Bongok.

“dasar buaya!” cemuh Qaisara sambil ketawa.

“jealous ke princess?”

Qaisara menjeling. TJ terus ketawa.

‘siapa kau, princess?’

Tertanya-tanya. Dia tau wanita di depannya ada sisi gelap.

*             *             *             *             *

Dekat dua minggu Maisara masuk kerja di Rizal Corp. Tapi tak pernah sekali pun Maisara datang berbual mesra dengannya. Dan dia nampak betapa Maisara bersungguh-sungguh untuk mendekati Iyad.

Iyad pula pada pemerhatiannya, macam biasalah, melayan je. Malah mereka makin kerap keluar bersama. Satu benda yang dia perasan, Black dan In pun makin jauh dari dia.

Atau ini cuma perasaan?

Entah.

Dia bukan bodoh.

Dia tau ada seusatu yang tak kena.

Heihh.. mengeluh lagi.

Pagi Sabtu ni taktau nak buat apa. Bosan.

Journal ayah diambil.

Muka surat yang ditanda dibuka.

Ali.

Ali.

Sabahat baikku.
Nadi kananku.
Dengannya, aku membina Rizal Corporatio – Rizuan dan Ali.
 Dia menjadi tulang belakangku.
Tanpanya, mana mungkin gagasan berdiri semegah hari ini.
Iyad telah ku anggap dan ku asuh seperti anakku sendiri. Malah anak itu lebih banyak menghabiskan masa bersama ku dan Ana berbanding Ali dan Azlin.
Ketika Cahayaku berada di dalam kandungan Ana, pernah kami berniat, andai Cahayaku itu seorang puteri, akan kami satukan Iyad dan Cahayaku.
Dan lahirlah Cahayaku Qaisara.

Tapi entah mengapa, sejak dia bersahabat dengan Bakti, dia semakin berubah.
Dia bukan lagi Ali yang kukenali.
Mungkin dia tidak tahu, perit rasanya apabila sahabat sendiri berhubung baik dengan manusia yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkanku.
Dan dia makin jauh.
Tak dapat kugapai lagi.

Andai tidak sempat aku ungkapkan kepadanya,
Katakan padanya , sungguh aku sayang.
Sumpah aku rindu.
Dan
Aku maafkan dirinya.

Cahayaku, usah risau, aku tidak akan memaksamu dalam jodohmu, itu hanyalah gurauan kala aku berkongsi nyawa dengan sahabatku. Biarlah kau merasai cinta seperti cintaku kepada Ana, kekasihku.

Ingat.
Letakkan kepercayaan kepada dirimu dahulu nescaya kau akan tahu siapa yang patut dipercayai.

Rizuan Syah bin Ahmad Syah

Qaisara mengangkat mata dari tulisan-tulisan berangkai di atas kertas usang di depannya.

Bakti?

Tajuddin Bakti?

Ayah Ayana.

Qaisara menggaru kepalanya.

Tuan Ali dan Dato’ Tajuddin Bakti berkomplot?

Tapi kenapa Dato’ Tajuddin Bakti tak restu hubungan Iyad dan Ayana sedangkan kalau ikut kata ayah, dia dan Tuan Ali bersahabat baik?

Qaisara menggaru kepalanya lebih kasar. Rambutnya menjadi kusut masai.

Erghhhh... makin bersimpul.

Dia bangun.

Pegi supermarket lagi bagus!

*             *             *             *             *

“ala tingginya...”

Qaisara mengecilkan matanya melihat si kecil terlompat-lompat cuba mencapai kotak cococrunch di atas rak.

“meh akak ambikkan.” Qaisara mencapai cococrunch.

“nah.”

“ehh kakak ni kawan Chu Iyad kan?” si kecil itu terlompat seronok sambil memegang kotak cococrunch.

Berkerut dahi Qaisara cuba mengingati si kecil itu.

“kakak, ingat lagi tak Tiya penah jumpa kakak kat Isetan dengan Chu Iyad?”

Qaisara tersengih. Dashyat ingatan budak ni.

“haha baru ingat. Tiya datang dengan siapa ni?”

“dengan nenek dengan atuk. Chu Iyad takde. Nenek kata pegi dating.”

...dengan Maisara.

Qaisara tersenyum hambar.

“Tiya...”

Suara seseorang di belakangnya. Qaisara menoleh. Atiya berlari ke arah wanita yang kelihatan agak tua.

“nenek!! Tengok ni Tiya jumpa kakak ni. kakak ni la yang dulu Tiya cerita dengan nenek, kawan Chu!!” nada suara Atiya yang tinggi menggambarkan keterujaannya.

Qaisara menghulurkan senyuman.

“Puan Azlin.” Tangan dihulur kepada Puan Azlin.

“awak ni...”

“Qaisara. PA Encik Iyad.”

“Ya Allah! Dah lama aunty  nak jumpa Qaisara, alhamdulillah terserempak kat sini.” Ramah Puan Azlin bersuara. Lengan Qaisara disentuh.

“err.. Puan nak jumpa saya kenapa ye?” gugup.

Puan Azlin ketawa lembut.

“apa pulak puan puan ni. aunty je. Eh jom sarapan dengan aunty. Uncle ada kat luar. Jom.” Ajak Puan Azlin, sangat ramah.

Uncle... adakah Tuan Ali?

“haa takpe lah aunty. Saya dah sarapan dah.” Tipu Qaisara. Padahal perut dah bunyi-bunyi dah.

“alah. Jomlah sarapan lagi sekali. Aunty dah lama teringin jumpa Qaisara. Jom. I insist.” Kata Puan Azlin, bertegas.

Dengan lemah, Qaisara mengangguk. Bakul yang tidak penuh dibawa ke kaunter, beriringan dengan Puan Azlin yang sentiasa tersenyum.

Tiba-tiba terasa tangannya digenggam. Qaisara menoleh. Elok je Atiya memegang tangan kanannya.

*             *             *             *             *

Qaisara kaku di atas kerusi. Atiya duduk di sebelahnya, Puan Azlin di depannya dan Tuan Ali yang sedang membaca surat khabar duduk di sebelah Puan Azlin.

Kekok.

“so, Qaisara, macam mana kerja dengan Iyad so far?” tanya Puan Azlin, ramah.

“ok je, aunty. Bos pon tak cerewet mana.” Jawab Qaisara. Ikut skema jawapan ok.

Tak semena-mena Tuan Ali ketawa.

Surat khabar dilipat, cermin mata dicabut.

“you don’t have to be that ‘skema’ with us, Qaisara. We all know Iyad.” Kata Tuan Ali.

“err tapi betul Tuan Ali, selain daripada angin puting beliung dia yang sepanjang musim tu, he’s not so bad.”

Tuan Ali dan Puan Azlin ketawa.

Entah kenapa, Qaisara terasa sayu.

Baru tadi dia baca tulisan arwah ayah mengenai pasangan ini. Dan keajaiban Allah, sekarang dia duduk semeja dengan mereka.

Pasangan ini antara yang paling banyak tahu perjalanan hidup Rizuan Syah.

“uncle macam rasa deja vu je duduk sarapan dengan Qaisara. Rasa macam kita pernah duduk semeja macam ni.”

Qaisara tersenyum.

“panggil Sara je uncle, aunty. Mybe uncle pernah mimpi pasal Sara ni.” Qaisara mula panaskan enjin, mula nak beramah mesra.

Terasa makin selesa.

“kalau mimpi Sara takpe. Kalau mimpi perempuan lain, aunty suruh tidur luar je.” Usik Puan Azlin. Tuan Ali ketawa lucu.

“abang, Lin nak pegi washroom kejap. Sara duduk kejap dengan uncle ye.” Puan Azlin bangun.

Qaisara menoleh ke arah Atiya yang bermain game di Ipad.

“Sara...”

Qaisara mengangkat kepala memandang Tuan Ali yang tersenyum.

“terima kasih.”

Dahi Qaisara berkerut.

“kenapa uncle?”

“untuk jaga Iyad. Bawak Iyad balik condo setiap kali dia drunk, balik dengan selamat and without any woman. Terima kasih sebab tolong uncle jaga Iyad dan nama baik Rizal Corp.”

Qaisara terkedu.

Tuan Ali tahu... of course dia tahu, Sara. Dia dalam gelanggang yang sama.

“it is my job, uncle.” Qaisara senyum, cover gugup.

“it is not your job, dear. Uncle tak tau siapa Sara. Tapi uncle tahu Sara datang dari keluarga baik-baik dan parents Sara didik Sara dengan baik. It is enough for me.”

Sayu datang lagi.

Rasa bersalah bila menipu.

Terasa macam nak bagitau je....

Puan Azlin kembali menghampiri mereka. Punggung dilabuhkan ke tempatnya.

“sembang apa?”

“ni ha, abang cakap dengan Sara, tak nak ke jadi menantu kita?” gurau Tuan Ali, selamba.

Qaisara pulak yang rasa malu.

Puan Azlin ketawa.

“abang ni... malu dah Sara abang cakap macam tu. Uncle gurau je Sara. Lagipun Iyad dah kenalkan aunty dengan Mai. Nampak macam ada something je. Sara mesti kenal Mai kan?”

Iyad dah bawak Mai balik rumah jumpa Puan Azlin?

Qaisara mengangguk.

“awal sangat nak cakap, Lin. Kita tunggu dan lihat je la.” Balas Tuan Ali.

Seorang pelayan datang membawa makanan mereka.

Qaisara tenggelam dalam fikirannya.

Apa permainan kau sebenarnya, Maisara.....

*             *             *             *             *

“apa perkembangan sekarang?”

“Mai dah berjaya. See? Told you. She’s a natural seducer. 2 weeks and boom! King kenalkan dia dengan Azlin. Tak lama lagi, Mai akan jadi Puan Besar dalam Rizal Corp.”

Ketawa.

“Qaisara?”

“biarkan dia main dengan fikiran dia sendiri. Right now, kita dah tak concentrate dengan Qaisara. Watak utama sekarang adalah Maisara.”

“ada orang guard Qaisara?”

Geleng.

“she’s now on her own.”

“mana boleh macam tu. At least kena ada sorang guard Qaisara.”

“kan aku dah kata. Watak utama sekarang adalah Maisara. Orang cuma akan attack Maisara je sekarang. Black dan In pun aku dah letak untuk guard Iyad dengan Maisara.”

“tapi...”

“aku tau apa aku buat.”

“kalau ada orang attack Qaisara?”

“dia boleh handle. Aku akan buat watak ‘Qaisara’ habis, slowly.”

“jangan cederakan Qaisara.”

“hahaha. I’m not... unless... dia taknak ikut plan kita.... so phufff.” Pistol didekatkan ke sebelah kanan kepala.

*             *             *             *             *

9 comments:

inochi said...

ayah sara & uncle ranjit ke?

strawberry.chocolate81 said...

jahatnya....kesian sara cam ni...sapa nak tolong neh

suasa said...

nape buat sara cam tu? sian kt dia...she's being used!

Anonymous said...

Uiii TT....welcome...
Tahniah da abis exam..now time dgn ktorg plk ehhh??? Heh....
Sebnrnye geram ni.siapa yg syok nyembang nak hapuskan qaisara ni.gggrrrrrr....
BESTT!!!

Sufi (",)

fini said...

lagi lagi lagi..aku mahu lagi. :D

FarRaf RaFar 89 said...

Haih..mkin suspen plak cite ni TT,cpt2 smbung tau..

:: Cahaya Hazwani :: said...

haloh haloh!!! sian sara...next...;p

Unknown said...

Hoooomaiiiiii siap yg kejam tuuuu???

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)