baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Monday, September 17, 2012

Biru [1i]

“Sis, lunch at 1.00pm tau. My treat ;)”


Aisya tersenyum membaca sms. Makan free lagi. Alhamdulillah. Untung dapat abang chef haha.

“Lady, senyum senyum. Boyfriend eh?”

Aisya tergelak lucu.

“Macam ladybird dah bunyi. Aah boyfriend chef. Makan free lagi harini.”

Giliran Johan pula tergelak. Tau Aisya bergurau.

“Lady hari-hari keluar makan dengan abang-abang lady, tak boring ke? Carilah boyfriend sorang.” Johan cuba mengorek cerita daripada lady bossnya yang tak pernah keluar dengan lelaki bernama teman istimewa.

“Uihh nak cari boyfriend buat apa? Keluar dengan abang-abang saya lagi best. Jalan boleh pegang tangan, manja-manja. Keluar dengan boyfriend, dapat dosa lagi ada. Lagipon, saya mana minat lelaki.” Drill diangkat, bunyi bising memenuhi ruang.

“Haha selambe je kata macam tu. Lady minat perempuan ehh? Carilah girlfriend kalau macam tu.” Sepantas kilat Aisya memusing kepalanya memandang Johan.

Drill di angkat tegak. “Awak pernah tengok saya drill mulut orang tak?” Picu ditekan, berpusing-pusing drill bit.

Johan tergelak kuat melihat aksi spontan Aisya.

“Dah dah buat cepat kejap lagi pukul 1 tak siap, memang saya drill awak biar melekat kat dinding,” Aisya menyambung kerjanya. Malas nak layan pertanyaan Johan.

Jam 1.30 petang baru Aisya sampai di Carousel Palace of the Golden Horses. Kelihatan 5 abangnya dan ayahnya sedang berborak kosang di meja kegemaran mereka.

“Yo bross!” Sapa Aisya dengan muka tidak bersalah.

“Waalaikumussalam.” Sahut mereka serentak. Puiii menyindir tak ingat, Aisya mencebik sedikit.

“As expected. Selalu yang paling lambat,” Alang menjentik telinga Aisya yang ditutupi selendang biru.

“Sorry la. Tadi sebok pasang CCTV tu. Nak kena siapkan cepat sebab esok budak-budak ramai cuti.”

“Aaah alasan. Denda, adik belanja.” Tambah Angah.

“Mana... Tadi abang kata abang yang nak belanja kan kan kan?” Matanya dikelip-kelip memohon simpati Faizal.

“Dah dah. Pegi ambik makanan cepat. Ayah ada hal nak bincang dengan anak-anak ayah.” Budak-budak ni bukan boleh kalau dibiarkan boleh bergusti kat sini. Redza menggelengkan kepalanya.

“Psstt pssttt. Cerita apa?” Tanya Aisya kepada Along. Tangan kanan diangkat menghadang mulutnya daripada dilihat ayah.

“Psst psssttt.. taktau laaaa.” Along menjawab meniru gaya Aisya.

Papp!

“Aduhh. Ayahhh,” Aisya menyapu belakang kepalanya yang diketuk Redza.

Abang-abangnya tergelak melihat muncung Aisya. Dah biasa dahhh.

3 comments:

norihan mohd yusof said...

suke nye gelagat sya ngan abang2 die!tk yah ade bf pun dah dikelilinggi 4 hero termasuk papa sya skali......best dek crite ne..

Seri Ayu said...

Aisya ni gangster skit terikut abang2 ya, tapi family dia org best. ?..

jue bard said...

assalamualaikum..sy first time reader kat sini..
suke sgt ngan story pasal adik perempuan yg jd kesayangan, kemanjaan n agak sedikit dibuli oleh her bothers..love it