baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Tuesday, November 25, 2014

Merah [16]


Catalog di atas meja diselak tanpa minat.

Suara Iyad dan Maisara sedang bergelak ketawa di depannya tidak dihiraukan. Sesekali jam tangan dikerling. Dah dekat dua jam dia terdampar kat sini, dengan rela hati. Pukul 12 tengahari tadi, Iyad ajak dia keluar, tak bagitau destinasi. Taktau la apa fungsi dia duduk sini.

“Sara, awak rasa pink ke baby blue lagi ok?”

Qaisara mengangkat muka.

Tiga pasang matanya memandangnya.

Terasa glamour sekejap, maklumlah, tiga pasang mata tu termasuk pereka fesyen terkenal, Lee Redza, yang akan jadi designer untuk pakaian majlis tunang Iyad dan Maisara. Minggu depan majlis, sempat lagi pegi tempah. Confirm harga pun cekik darah.

“sara?” Iyad pula memanggil bila melihat Qaisara yang macam hilang dalam lamunan.

“err... tiffany blue dengan pink?” cadang Qaisara.

Mai ketawa mengejek. “buruk la combination tu, Sara. Takde taste la kau ni.”

Dia kembali menoleh memandang Lee Redza.

“pink lah. Boleh eh darling?” Mai memicit lengan Iyad, memujuk. Iyad yang nampak dah penat sekadar mengangguk.

Qaisara terdiam. Tetapi tak lama kemudian dia tersenyum manis apabila Lee Redza menunjukkan ibu jari kepadanya apabila Iyad dan Mai berbual berdua.

Titt...tittt...

Ada email masuk.

Subject : URGENT

Sara, dalam beg Sara ada Samsung biru. Buka memo pad baca secepat mungkin. Delete secepat mungkin.
URGENT.
Sara dalam bahaya.

Delete.

Bila masa abang Black masukkan dalam beg dia?

Tangan yang agak menggeletar dimasukkan ke dalam beg tangannya, meraba-raba mencari Samsung yang di letak oleh Abang Black. Matanya memandang Iyad dan Mai yang masih leka berbual dengan Lee.

berdebar-debar.

Hujung jarinya tersentuh sesuatu yang keras, cepat-cepat objek itu digenggam.

Matanya melilau ke kiri dan kanan. Cuba mengenal pasti sesuatu yang mencurigakan.

Blackberry di masukkan ke dalam beg dan Samsung di keluarkan.

Segala pergerakan sedaya-upaya dilakukan dengan tenang.

Memo pad di buka.

*          *          *          *          *

Dia duduk berteleku di atas katil. Jurnal usang dan terjemahan al-Quran dipandang sayu.

Tuhan... kurniakan aku petunjuk.

Masih terbayang bait-bait kata dari abang Black yang dia baca tadi.

Dia ingat dia dah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Dia ingat dia kuat.

Dia ingat dia mampu.

Dia ingat dia kuat.

Dia ingat.

Hakikatnya, dia takut.

Perlahan-lahan kepalanya di baringkan ke atas katil. Mata dipejam.

Teringat kemesraan Iyad dan Mai tadi terasa macam hatinya kena langgar lori minyak. Kenapa mesti rasa macam ni wujud? Tak. Dia bukan bodoh sangat untuk tanya ‘perasaan’ apa ni.

Dia tahu. Dia dah jatuh cinta dengan Iyad.

Matanya terbuka luas.

Dia tahu! Dia kena selamatkan Iyad dari rancangan asal mereka!

Jam dinding dijeling. 8.30 malam. Waktu macamni biasanya Iyad ada kat kondo.

Cardigan hitam disarung, selendang hitam dililit ala kadar. Kunci kereta dicapai.

15 minit perjalanan ke kondo Iyad terasa macam berjam-jam. Degupan jantung bercelaru. Aliran darah tak lancar.

Nama Iyad dicari didalam contact book di dalam Blackberry.

Tak sampai 10 saat, panggilannya dijawab.

“bos,kat condo kan? turun kat playground depan condo bos. Saya tunggu.”

Belum sempat Iyad menyahut, cepat-cepat dia mematikan panggilan.

Kereta diparkir di tepi bahu jalan. Cepat-cepat dia melangkah ke taman permainan. Punggung dilabuhkan ke atas buaian.

Betul ke apa aku buat ni?

Qaisara, apa kau buat ni!!

Hati dan otaknya bertengkar.

‘aku kena buat. Demi Iyad. Demi Rizal Corp. Aku kena buat. Demi Rizuan Syah.’

“Sara? Kenapa?”

Suara Iyad menyentak lamunannya.

Qaisara bangun dari buaian, berdiri setentang dengan Iyad. Wajah Iyad direnung sejenak, cuba menyusun kata.

“sara, are you ok?” tanya Iyad. Risau tengok Qaisara yang nampak ‘lost’.

“jangan kahwin dengan Mai.”

“come again?”

“jangan kahwin dengan Mai.”

“sara, awak ok tak ni? Sihat tak?”

Qaisara mula rasa loya. Jantung berdegup kencang.

“saya sihat. tolong. Jangan kahwin dengan Maisara. Awak tak boleh kahwin dengan Maisara.” Tangannya mula menggigil.

Iyad masih dalam keadaan terkejut. Kenapa dengan Qaisara?

“kenapa?” tanya Iyad dalam nada suara yang perlahan.

Qaisara diam.

“kenapa Qaisara? Kenapa saya tak boleh kahwin dengan Maisara?” kali ini suara Iyad naik seoktaf. Haritu Sara yang bersungguh-sungguh nasihatkan dia untuk gapai bahagia. Kenapa sekarang Qaisara tiba-tiba menghalang?

“awak... saya... saya... saya suka awak, Iyad. Tolong.... jangan kahwin dengan Maisara!”

Giliran Iyad terdiam. bagai terkena renjatan elektrik.

“apa awak cakap ni Qaisara?”

“saya suka awaklah bodoh!! Jangan kahwin dengan Maisara!!” Qaisara menjerit kuat. Air mata yang mula berkolam ditubir mata ditahan.

“jadi... betul apa Maisara bagitau saya...” Iyad bersuara perlahan, seperti berkata-kata dengan diri sendiri.

Qaisara tersentak.

“apa yang Mai bagitau awak?”

“that you love me. Dan awak akan cuba sedaya-upaya untuk hancurkan hubungan saya dengan Maisara...”

Rasa marah mula menguasai Qaisara.

“yes. I do love you. Tolong dengar cakap saya, jangan kahwin dengan Maisara!” marah Qaisara.

“and i don’t love you, Qaisara. I love Maisara. And you will never be in my list.”

Kata-kata Iyad cukup menghiris hati Qaisara.

“okay. Jangan kahwin dengan saya tapi... jangan kahwin dengan Maisara. Tolong.. tolong saya... jangan kahwin dengan Maisara...” jantungnya rasa nak pecah.

“enough! Esok tolong letak surat perletakan jawatan awak atas meja saya.”
                                                                                                
Tak tahan mendengar kata-kata Qaisara, Iyad memusing tubuhnya ingin berlalu. Hatinya terasa pedih. Selama ni dia tak percaya apa cerita Mai tentang Qaisara sebab dia tau Qaisara bukan orang macam yang Mai cakap. Tapi tak sangka...

Baru saja dia ingin mengatur langkah, sebuah SUV hitam berhenti di belakang kereta Qaisara. Empat lelaki berpakaian hitam keluar. Masing-masing memegang kayu besbol sambil berlari ke arah mereka berdua.

“run!” Qaisara menjerit kuat.

Belum sempat Iyad bertindak, seorang lelaki berdiri di depannya. Manakala 3 orang lagi mengelilingi Qaisara.

“aku akan buat apa saja, tapi lepaskan dia.” Perlahan tetapi tegas.

Iyad yang mendengar, tercengang-cengang, Qaisara cuba untuk melindungi dia?

“aku tak perlukan perempuan untuk lindungi aku.” egonya tiba-tiba naik mencanak-canak.

Tumbukan padu dilayang ke muka lelaki di depannya.

Melihat Iyad yang mula mengganas, dua orang lelaki memegang lengan Qaisara. Seorang lagi yang tadi berdiri di depan Qaisara, cepat-cepat menghayun kayu besbol ke belakang Iyad.

“arghhh!!” Iyad jatuh tersembam. Tanpa berlengah, kedua-dua lelaki itu menendang Iyad tanpa henti.

Melihat Iyad dibelasah teruk, Qaisara yang asalnya tak mahu melawan mula meronta-ronta. Kaki lelaki di sebelah kanan dipijak kuat.

“sakitlah bodoh!!!” jerit lelaki itu. Cengkaman di lengan Qaisara terlepas. Qaisara menghayun sikunya ke muka lelaki yang masih memegang lengannya. Bunyi sesuatu patah menangkap deria pendengaran Qaisara.

Glock 18 berpeluru penuh yang memang sentiasa dibawa bersama ditarik keluar dari poket sweeter.

Tanpa berfikir panjang, muncung pistol yang lengkap dengan penyengap di target ke arah kaki lelaki yang sedang membelasah Iyad dengan kayu besbol. Picu ditekan.

Zup!

“arghhh!” lelaki itu jatuh sambil menjerit dengan kuat.

“move...” arah Qaisara ke arah lelaki kedua yang membelasah Iyad.

Lelaki itu bergerak ke tepi sambil meletakkan kayu besbol ke tanah. Dua lagi lelaki yang memegang Qaisara tadi turut menjauhkan diri.

Langkah diatur perlahan-lahan menghampiri Iyad namun muncung pistol masih digerakkan ke arah ketiga-tiga lelaki itu. Matanya galak mengawasi mereka bertiga. Berdiri membelakangi Iyad, kaki kirinya menendang kaki Iyad.

“bangun. Go away.” Kunci kereta dijatuhkan ke atas badan Iyad.

“a...a...apa..”

“Now!” jerkah Qaisara, tanpa memandang Iyad.

lemah, dan pandangannya berbalam-balam tapi Iyad cuba bangun. Kesakitan di tangan kiri dan kepalanya yang begitu mencucuk, tidak dihiraukan. Darah yang meleleh dari bibirnya yang pecah dikesat.

“ikut saya...” Iyad berbisik di tepi telinga Qaisara.

“go Iyad! Go!”

“saya takkan tinggalkan awak...” balas Iyad. Qaisara menoleh. Sesuatu di wajah Qaisara menangkap mata Iyad. Sesuatu yang tak pernah dia tengok.

Pap!

Gelap.

*          *          *          *          *

Sakit.

Matanya terasa berat.

“bunuh dia.”

“hilangkan dia.”

Sayup-sayup terdengar suara orang bercakap.

“dia dah sedar.”

“tambah dos.”

Lengannya dipegang.

“you’re gonna be fine, Sara...” bisikan di telinganya.

Gelap.

*          *          *          *          *

“...bukan kemalangan...”

“maksud kau?”

Iyad membuka matanya perlahan-lahan.

Tuan Ali sedang berbual dengan seorang anggota polis di sofa tepi tingkap.

“papa...” panggil Iyad, perlahan. Tekaknya kesat.

Tuan Ali yang baru menyedari Iyad sudah sedar, segera menghampirinya.

“alhamdulillah... kejap papa panggil doctor.”

“air.”

Cepat-cepat Tuan Ali memicit butang merah sebelum  menuang air ke dalam cawan.

Tak lama kemudian seorang nurse datang bersama doctor.

“assalamualaikum, Iyad. I’m Faiq, your doctor.”

“waalaikumussalam.”

“saya nak chek tekanan darah awak kejap ye.”

Iyad memejamkan matanya, cuba menghilangkan peningnya. Cengkaman di lengan kirinya tidak dipedulikan.

“Iyad...” mata dibuka. Tuan Ali merenungnya dengan muka risau.

“pening sikit pa...”

“awak ingat apa yang terjadi?” tanya Faiq.

Iyad diam. Dia nampak Qaisara.

Geleng.

Sungguh dia tak ingat. Tapi dia nampak bayang Qaisara.

“Iyad kemalangan kat MRR2, terbabas. Iyad memandu dalam keadaan mabuk. Dua pengawal Iyad meninggal ditempat kejadian.” Dengan tenang, Tuan Ali menyusun kata.

“In dengan Black?”

“Emm...” Tuan Ali diam. Tak sanggup nak bagitahu Iyad, kedua-duanya dijumpai dalam keadaan hangus, terbakar dengan kereta. Iyad tercampak ke tepi divider jalan.

“Sara?” tanya Iyad lagi.

“Sara?” berkerut-kerut dahi Tuan Ali. “kenapa dengan Sara?”

“Sara macam mana? Dia ada dengan Iyadkan waktu kemalangan tu?” tanya Iyad lagi.

“Sara dah letak jawatan sehari sebelum Iyad accident. Kata Mai, kamu dengan Sara bergaduh.”

Iyad terdiam. bergaduh?

‘and i don’t love you, Qaisara. I love Maisara. And you will never be in my list.’

‘enough. Esok tolong letak surat perletakan jawatan awak atas meja saya.’

Terngia-ngia suaranya sendiri.

Terasa seperti pisau mencucuk-cucuk di kepalanya.

“erghhh...” kepala dipegang. Badannya mula menggigil. Sakit.

“bawak ubat tahan sakit.” Arah Faiq kepada nurse disebelahnya.

“tenang Iyad. Tidurlah. Papa ada kat sini.....” Tuan Ali mengusap lembut kepala Iyad yang berbalut.

*          *          *          *          *

Sakit.

Menyucuk di seluruh badan.

“Allah...”

Air matanya mengalir dari kelopak mata yang masih tertutup.

“dah sedar?” satu suara bergema.

Perlahan-lahan matanya cuba di buka. Gelap. Matanya di tutup dengan kain.

Kepala yang sakit cuba dipegang.

Qaisara meronta-ronta. Tangan dan kakinya di ikat.

“lepaskan aku.” perlahan namun berapi.

“hhahahaha. Why should i? Kau dah langgar arahan. Dan hukumannya, kematian. Kematian yang senyap. Aku tak nak bagi kau rasa kesakitan Rizuan Syah dulu.”

Suara orang ketawa. lebih dari satu suara.

Qaisara berhenti meronta-ronta.

Baru dia sedar, dia sedang berbaring di atas lantai yang terumbang-ambing.

Atas kapal. Tengah laut.

“kenapa?” tanya Qaisara lagi. dia perlukan penjelasan.

“kau dah dapat arahan untuk jauhkan diri dari Iyad kan? Inilah padahnya untuk orang tak mendengar arahan!”

“aku takkan biarkan dia masuk perangkap!”

“kau tau, Qaisara, cinta itu membutakan. Buta dari semuanya. Dan cinta itu membodohkan. Sama macam ayah kau, Rizuan Syah...”

“kau siapa??!” kali ini Qaisara menjerit kuat.

Yang kedengaran Cuma bunyi orang ketawa.

“aku? hemmm... aku pernah menjadi pengikut setia gagasan ayah kau...”

“maknanya sekarang aku ketua kau! lepaskan aku!”

“hahahahaha... tak ada seorang pun pengikut legasi yang angkat kau sebagai ketua, Qaisara. Kau perempuan. Kau lemah. Orang lemah macam kau tak layak memimpin legasi Syah. Dan orang lemah macam kau tak patut dapat Rizal Corp. Dan kau dah rosakkan rancangan kami. Kau adalah satu kesilapan besar, Qaisara.”

Senyap seketika.

“dan aku... aku akan betulkan kesilapan tu... nyawa kau milik aku, Qaisara...” suara itu berbisik di telinga kanan Qaisara.

Jantung Qaisara yang tadinya berdegup kencang mula bertenang. Zikir yang dilafaz di dalam hati mula menenangkan hatinya.

Allah sentiasa ada.

“jangan. Lepaskan keluarga Tuan Ali. Take whatever you want from me, don’t touch them.” Tutur Qaisara dengan suara yang bergetar.

“awww soo sweet. Pengorbanan abadi ye Qaisara? Too bad King reject kau hahaha. Don’t worry my sweet Qaisara. Aku akan bagitahu King tentang ‘Kisah Cinta Teragung Qaisara’ atas kubur dia nanti. Itu pun kalau dia mati berkubur hahaha. Dah. Jangan buang masa. Uruskan dia.”

Tiba-tiba kedua-dua belah lengan Qaisara digenggam kuat. Kakinya dipegang. Bahu kiri dan kanannya terasa perit di cucuk sesuatu.

Jarum.

Qaisara mula meronta-ronta sebelum satu tumbukan kuat dilepaskan ke pipi kirinya.

Sakit.

Allah.

Bibirnya diketap kuat menghalang dari dirinya menjerit kesakitan. Deria rasanya dipenuhi dengan rasa besi. Darah.

Berulang-ulang kali seluruh lengannya dicucuk dengan jarum. Sehingga Qaisara terasa dirinya melayang-layang.

Tuhan. Selamatkan aku.

*          *          *          *          *
aaaaa sorry lama gilaaaa nak update :( 

Wednesday, May 14, 2014

Merah [15]



‘Qaisara dalam bahaya.’

*             *             *             *             *

“mama nak Iyad kahwin. Mama nak Iyad bahagia...”

Tubuhnya dihempas ke atas sofa empuk berwarna hitam.

Mata dipejam.

Balik rumah mama, pening dengar mama bising pasal kahwin. Entah kenapa tiba-tiba mama berubah laku padahal sebelum ni mama dengan papa sporting je.

“....Just go find your own ‘bahagia’. Dunia ni penuh dengan kebahagiaan. Kita cuma perlu buka mata dan lompat untuk capai bahagia yang penuh atas udara yang Allah sediakan untuk kita. Tak ada siapa dalam dunia ni yang tak layak untuk bahagia...”

Teringat kata-kata Qaisara minggu lepas.

Kahwin? Tapi dengan siapa?

Maisara atau Ayana? Atau Amanda?

Ayana, cinta pertama. Menggoda dalam kelembutan. Mengalah dalam ketegasan. Beauty with brain. Tapi hubungan mereka berdua ditentang hebat Dato’ Tajuddin Bakti.

Maisara, tak tahu nak letak dalam kategori mana – cinta atau suka. Menggoda dalam aggresif. Tetap pendirian. Juga – beauty with brain. Tapi, dia masih tak jumpa keserasian antara mereka.

Amanda. Hanya untuk hiburan. Isteri? Mungkin. Ibu untuk anak-anaknya? Tak mungkin.

Qaisara?

Pffttt... sejak bila pulak Qaisara masuk dalam senarai?

Bzzz...

Iphone di atas meja kopi bergegar tanpa mesej masuk.

Amanda.

‘baby, Zzouk?’

Tepat pada masanya. Masa dia tengah serabut. Dia terus bangun menuju ke pintu. Harap-harap suasana hingar-bingar di Zzouk dapat mengurangkan keserabutannya.

*             *             *             *             *

Tafsir Al-Quran Ibn Kathir ditutup.

Sekeping kertas putih dan pen hitam dicapai dari meja tulis.



Kemudian diselit ke muka depan buku nota kecilnya yang selalu dibawa ke mana-mana.

Degupan jantung yang sejak pagi tadi rancak berirama sumbang mula stabil.

Bzzzzz....

Telefon pintar di atas meja tulis bergegar diambil.

Abang In?

“assalamualaikum, abang In.” Sapa Qaisara. Pelik. Sudah agak lama mereka tidak berhubung. Sejak Mai datang.

“sara. Boleh datang Zzouk sekarang? Iyad is uncontrollable.”

“ok.”

Cepat-cepat telekung dicabut. Sweater dan tudung hitam disarung. Kunci kereta digenggam.

‘sampai bila.. Iyad....’ Qaisara mengeluh.

Jengkel juga dengan diri sendiri. Kenapa dia kalut sangat bila tiba pasal Iyad? Bukan ke dia dah ‘dilepaskan’ dari Iyad....

*             *             *             *             *

Matanya menjeling jam tangan Casio yang dah 5 tahun menjadi miliknya.

5.04 petang.

Tapi bayang Iyad, In dan Black masih belum kelihatan.

Semalam lepas dia bagi penampar sedas dua kat pipi Iyad, dia terus hantar Iyad balik ke kondominuimnya. Selepas itu dia terus balik. Tak ada pulak In dan Black bagitahu apa-apa. Dan setahu dia, Iyad tak outstation.

Dan Maisara juga tak datang.

Ahh Qaisara. Kau dah tak ada apa-apa kaitan dengan Iyad dan Maisara. Lupakan!

Matanya cuba fokus kepada perkataan-perkataan yang tertulis di atas kertas di atas mejanya.

“hoiii tak nak balik ke?”

Qaisara tersentak. Tina yang memboyot di depannya di renung, geram.

“kauuu... kalau aku ada sakit jantung tadi, dah jalan dah tahu?”

Tina ketawa seronok.

“alaaahh kau ni, garang la sekarang. By the way, apesal Tuan Iyad tak masuk harini? Dengan Maisara pon tak masuk. Kahwin lari ke apa?” dengan selamba tak guna filter, Tina bertanya.

“huihhh... kau ni dah la tengah tunggu hari je nak meletup. Cuba la berlapik sikit cakap tu...” nasihat Qaisara. Agak kurang senang dengan soalan Tina.

“eh lupa. Sorry sorry. Baby, nanti jangan susah nak keluar eh.” Tina mengusap perutnya lembut. Terpancar seri ibu diwajahnya.

“suami kau ambik pukul berapa ni? Ke nak aku hantar?” tanya Qaisara sambil mengemas mejanya. Nampaknya memang harini Iyad dan Maisara tak masuk office.

“dah tunggu dah kat bawah. Oklah. Jumpa esok. Jangan rindu-rindu aku ok?”

Qaisara ketawa perlahan. Penat tengok mak buyung terkedek-kedek mengatur langkah ke lif.

Tanpa berlengah, dia menyusul  langkah Tina, turun ke basement.

Nak kena singgah jusco sekejap, beli barang dapur.

*             *             *             *             *

“Qaisara?”

Toleh. Eh?

“uncle...”

Tuan Ali berdiri di depannya sambil tersenyum mesra.

“datang sorang je ke?” tanya Tuan Ali. Matanya melihat barang-barang di dalam troli Qaisara.

“err.. aah. Aunty takde ke uncle?”

“takde. Aunty balik dulu tadi, sakit kepala. Jom teman uncle mengopi kejap.”

“err...”

“no objection. Ini arahan. Uncle tunggu Sara kat Kopitiam kat bawah. Jangan tak datang pulak...”

Belum sempat Qaisara menyuarakan jawapan, Tuan Ali terus berlalu.

Inilah yang dikatakan ‘like father like son’. Suka hati je mengarah orang. Helo ni luar waktu pejabat ok.

Qaisara mengeluh. Baru plan nak balik awal.

Dengan langkah lemah dia menolak troli ke cashier.

*             *             *             *             *

“uncle...”

Tuan Ali mengangkat muka dari surat khabar. Cermin mata ditanggal.

“duduk Sara. Sara nak makan apa?”

“takpe la uncle. Sara tak lapar pun....”

“muka lesu je uncle tengok. Sara kene makan jugak.”

Tangan dilambai ke arah pelayan.

Qaisara mengeluh perlahan. Betul-betul macam Iyad.

“bagi dua nasi lemak nyonya dan dua white coffee.”

Pelayan mengangguk sebelum berlalu.

Tuan Ali mengalihkan pandangan ke arah Qaisara.

“kerja macam mana?”

“biasa je uncle. Uncle dengan aunty sihat ke?” tanya Qaisara.

“alhamdulillah. Cuma aunty haritu check dengan doctor, tekanan darah dia naik sikit. Itu yang asyik pening je tu.”

“kirim salam kat aunty. Cakap dengan aunty, jaga makan.”

Tuan Ali mengangguk. Sunyi seketika.

“sara kenal Mai?”

Terkedu.

“err.. kenal uncle. Officemate Sara. Kenapa uncle?”

“dia ok ke? Maksud uncle, dari segi peribadi dia, Sara tengok ok ke?”

Qaisara terdiam sebelum mengukir senyuman. Yang terasa palsu.

“sara pun tak kenal sangat dengan Mai. Tapi kalau kat office, Sara tengok ok je uncle. Mesra dengan semua orang...”

...kecuali Sara.

Tuan Ali mengangguk.

“tadi... Iyad bawa Mai jumpa uncle dengan aunty...”

Terasa bumi beralih dari paksi. Sedaya upaya Qaisara mengawal riak wajahnya. Senyuman ceria ditarik.

“really? Dah confirm la ni?”

Tuan Ali pula terdiam.

“entahlah Sara. Uncle pun taktau. Aunty happy betul tadi bila Iyad nak settle down dengan Mai. Tapi gerak hati uncle kata lain...”

“maksud uncle?”

Qaisara direnung tajam.

“kenapa ya... uncle rasa macam uncle kenal Sara. Mata Sara...”

Qaisara mula gelisah.

“muka Sara commercial kot uncle haha. So, cadangnya bila majlis?” cepat-cepat Qaisara ubah topik.

“aunty tu tak sabar-sabar sangat nak buat majlis tunang. Katanya kalau boleh 2 minggu lagi. Takut sangat Mai tu hilang. Esok nak pergi jumpa mak ayah Mai, nak kenal-kenal sambil bincang.”

Dua minggu lagi?

Mak ayah Mai, maksudnya ibu dengan abah?

Qaisara kehilangan kata.

“uncle nak Qaisara ada waktu majlis nanti.”

Qaisara ketawa hambar.

“insyaAllah uncle. Kalau tak ada apa-apa, ada la Sara nanti.”

Sekali wajah Qaisara direnung.

“sara ada apa-apa perasaan kat Iyad?” tanya Tuan Ali dengan nada suara yang sangat lembut sehingga masuk ke dalam jiwa Qaisara.

“dia kan bos Sara...”

“uncle tau Sara faham maksud soalan uncle.”

Qaisara menggeleng sambil tersenyum hambar.

“betul uncle. Sara dengan Encik Iyad tak lebih dari pekerja dengan majikan.”

“betul ni? kalau Sara ada apa-apa perasaan kat Iyad, uncle nak Sara terus-terang dengan uncle. Uncle will do anything for you, dear. Honestly, deep down, uncle selalu rasa Sara untuk Iyad.”

Terharu. Tapi Qaisara tahu, dia bukan untuk Iyad.

Tiba-tiba rasa lucu. Selalu dia baca dalam novel, mak atau ayah lelaki komplot dengan perempuan jahat untuk hancurkan hubungan hero dengan heroin. Tup-tup harini dia ada dalam watak ‘perempuan jahat’ tu.

“no uncle. Bagi peluang kat encik Iyad untuk bahagia dengan pilihan dia. Siapa tahu, mungkin Allah datangkan Mai untuk selamatkan encik Iyad? Mungkin Mai, guardian angel encik Iyad, siapa tahu, kan? Sara ni macam powerpuff girl je uncle. i’ll come when needed. Pasal perasaan Sara, uncle jangan risaulah.”

Tuan Ali menarik senyum lucu.

Pertama kali kena ceramah dengan pekerja sendiri.

“kalau Sara kata macam tu, uncle ikutkan aje. Tapi powerpuff girl ni takkan hilang kan?” usik Tuan Ali.

Qaisara ketawa. Kali ni ketawa ikhlas.

Belum sempat Qaisara menjawab, nasi lemak meraka sampai.

Mereka makan sambil berbual kosong.

Dan ada hati yang berdarah.

*             *             *             *             *

Iyad menjeling ke arah jam dinding.

8.00 pagi.

Jari diketuk di meja.

Seminggu dia tak masuk office. Berdebar-debar pulak nak tunggu PA-nya datang.

Dia nak bagitau Qaisara. Biar Qaisara dengar dari mulutnya sendiri.

8.15.

8.32.

“bos?” Qaisara menjenguk dari muka pintu.

Iyad tersentak.

Qaisara ni memang tak reti ketuk pintu.

“Sara, come in.”

Batang tubuhnya di tegakkan. Matanya tak lepas memandang Qaisara yang masuk sambil tayang muka pelik.

“kenapa muka macam tu?” tanya Iyad.

“betul ke ni Encik Iyad? Cuba baca ayat Kursi...”

“hahahaha. Apa mengarut pagi-pagi ni Qaisara. Duduk cepat. Saya ada benda nak bagitau ni.”

Kerutan di wajah Qaisara masih tidak hilang. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

“apende?”

Sekali lagi Iyad ketawa. Pernah tak dengar pekerja cakap bahasa budak sekolah macamtu kat bos? Qaisara je yang boleh buat. Eh bukan. Yang BERANI buat.

“awak taknak tanya ke kenapa saya tak masuk office seminggu?”

“ohh kena tanya ke?”

“awakkan Personal Assistant saya. Kena la tau kenapa saya tak masuk office. Itu pun nak kena ajar ke?” gurau Iyad sambil menjegilkan matanya.

“ohhhh. Ye la. Nak tanya ni, kenapa bos tak masuk office seminggu?” suara Qaisara masih tidak berintonasi. Datar. Macam lapangan terbang Subang.

“saya.... ada urusan dengan Maisara. Err.... next week kami bertunang.” Iyad merenung wajah Qaisara, cuba mencari reaksi Qaisara.

Kosong.

“oh. Ok. Tahniah.” Toneless.

Iyad mula rasa bengang.

“itu je reaksi awak?”

“ohh kena reaksi lain eh. Jap.” Qaisara menarik nafas sebentar. “homaigod homaigod homaigoddddddd!!! Bos nak bertunang dengan Mai. Cerita panas ni!!! Nanti saya annouce kat semua orang!!!”

Nada suaranya ditarik tinggi, tanda teruja. Tetapi muka masih kekal tidak bereaksi.

Iyad ketawa besar. Qaisara ni kalau jadi suara untuk cerita kartun memang sesuai.

“ok tak bos?” Qaisara menarik senyum nipis, menghilangkan wajah zombi dia tadi, sambil mata dikenyit.

Iyad terdiam.

Tiba-tiba terasa kenyitan Qaisara menusuk ke jantung.

“don’t do that.”

“do what?”

Iyad mengeluh. Dia ni memang naif atau pura-pura naif?

“esok ikut saya.”

“pegi mana? Seingat saya bos tak ada apa-apa appoiment esok.”

“jangan banyak tanya boleh? Ikut je la. Pukul 12 tengahari. Sharp. Dah awak boleh keluar.”

Berkerut-kerut dahi Qaisara.

Tanya salah. Tak tanya salah. Mamat ni hormon tonggang-langgang ke?

Tanpa bersuara, dia terus keluar.

Iyad tersandar ke kerusi.

Tangan diletak ke jantung.

Kenapa detak jantung dia laju sangat? Seminggu dengan Maisara, tak pernah pulak jantung dia macam ni. Dah sampai masa buat medical check-up ni. Kot-kot dia sebenarnya menghidap penyakit jantung, siapa tahu kan?

*             *             *             *             *
ps. mohon hampun dan maaf lambat update. kalau dah lupa jalan cerita ni, silalah kembali ke first chapter. sesungguhnyaaaaa orang yang sabar tu Allah sayang ;)
oh ye, email-email yang saya belum reply, mohon bersabar, saya memang selowww sikit bab-bab ni. eh lupa nak bagitau, IMISHHYOUU!! *yes you!*