baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Friday, September 21, 2012

Biru [6]



[i]

“Cepatlah!” jerit Aidil, main-main. Seronok tengok Aisya yang kelam-kabut menyarung telekung.

“Sabarlah!” marah Aisya balik. Ada yang teringin rasa penampar jepun ni.

Cepat-cepat Aisya berdiri di atas sejadah yang dibentang. Aidil mengangkat takbir.

Pertama kali Aisya solat berimamkan lelaki selain abang-abangnya atau ayah. Kalau ada pun, kat masjid la. Dan sayu terasa. Tanpa sedar, setitis air mata mengalir mendengar bacaan Aidil. Habis solat, selesai Aidil membaca doa, cepat-cepat Aisya lap air matanya.

“Apesal muka awak merah?” tegur Aidil.

“Panas. Awak la paksa saya cepat-cepat tadi!” marah Aisya. Saja buat suara marah untuk tutup suara seraknya.

“Salam.” Aidil hulur tangan. Aisya menyambut dan kali ini dengan rela hati dia mengucup tangan Aidil.

“Awak masak ke, Sya?” tanya Aidil sambil menggantung sejadahnya.

“Apa Sya, Sya. Aisya. Sedap-sedap ayah saya bagi nama seronok je awak pendek-pendekkan.”

“Ye lah. Aisya. Awak masak apa?” tanya Aidil kembali. Betul jugak cakap Aisya. Namakan satu doa. Lepas ni paksa mama, papa, Alif dengan Nish panggil dia Aidil, bukan Didi! Muahahaha.

“Megi je.” Jawab Aisya ringkas. Tudung hitam belakang pintu di ambil. Dia menyarung tudungnya dalam telekung.

“Megi je? Sah tak pandai masak,huh! Kenapa awak pakai tudung?”

“Kan ada Alif.”

“Tak, maksud saya, depan saya?”

“Suka hati la.”

Aiidil merenung Aisya tak puas hati. Apa punya jawapan daaa.

“Jom makan.” Ajak Aisya sambil buka pintu. Aidil menuruti langkah Aisya. Dalam hati mengutuk Aisya sebab masak megi je.

Sampai di meja makan, banyak makanan terhidang.

“Kata masak megi? Ini dah macam kat hotel dah ni.” Aidil teruja melihat banyak makanan sedap yang berhias cantik.

“Helo! Tengok kaki lahhh.” Riak. Hahaha bila lagi nak riak depan mamat senget ni.

“Mana? Mana? Nak tengok nak tengok!”

Bukkk! Belakang Aidil di tepuk kuat. Gatal, hamek!

“Papa! Mama! Adik-adikku! Makan!” jerit Aidil dengan kuat. Tak sabar nak makan. Sebab dia tau semuanya sedap. Dia kan pernah rasa masakan Aisya.

3 minit kemudian, semua duduk di meja makan menanti untuk bersantap. Aisya meletak nasi untuk semua orang dan mengagihkan air. Tapi pelik bila semua orang pandang pelik kat dia.

“Aisya duduk makan sekali. Tak payah nak tuang-tuangkan. Masing-masing buat sendiri,” ajak papa yang tak sabar untuk makan. Aisya tersenyum. Dia dah biasa buat semua ni. Kan dia dah selalu kena layan gergasi-gergasi kat rumah tu makan.

“Eleh, hari pertama.” Anish berkata perlahan, bibir mencebik.

“Anish...” Alif menegur.

Aisya duduk, Aidil membaca doa makan. Mereka semua makan penuh selera.

“Mak Aisya ajar masak ke?” tanya mama sambil mengambil sotong masak kicap.

Aisya tersenyum. “Taklah ma. Aisya dah tak ada ibu. Sejak kecik lagi.”

Semua terdiam. “I’m sorry. Mama tak tau.” Mama memohon maaf. Patutlah sebelum ni takpernah nampak ibu Aisya. Nombor telefon pun nombor ayah Aisya. Maafkan mama, sayang.

“Takpe. Tak kisah pun. Eh tambah la lagi. Anish nak rasa ayam ni?” Aisya menghulurkan mangkuk berisi ayam halia kepada Alif.

“Tak sedap langsung. Kak Sofee masak lagi best,” Anish bangun mengangkat pinggannya.

Aisya tercengang-cengang di tempat duduknya.

“Abaikan.” Alif mengambil mangkuk ayam dari tangan Aisya.

Tanpa menghiraukan Anish, mereka semua makan dengan selera. Masing-masing tambah 2-3 kali. Bagi Aisya, Alhamdulillah, licin. Takpayah membazir.

Selesai makan, Aisya dan Aidil meminta diri untuk naik solat Isya’ dan tidur. Masing-masing keletihan. Habis Isya’, laju Aisya mencabut telekungnya dan menghempaskan diri ke atas katil. Mata di pejam rapat. Lega.

“Aisya, Aisya. Jangan kata awak nak tidur atas katil ni.” Aidil tolak-tolak bahu Aisya dengan bantal golek. “Aisya. Aisya. Aisya. Aisya. Aisya. Aisya.”

“Hishhh!” Aisya bangun dan menarik bantal golek dari tangan Aidil dan baling tepat ke muka.

Aisya tunggu Aidil mengamuk, boleh dia baling bantal lain sampai Aidil diam, sebaliknya Aidil ketawa.

“Apesal ketawa. Teringin nak rasa tangan saya?”

“Kalau sekali tengok, saya macam tengah gaduh dengan budak 3 tahun. 3 kali tengok, macam isteri dera suami. Hahahahaha.” Aidil gelak lagi kuat.

“Gelak la sampai bisu. Saya nak tidur.”

“Eh eh. Takkan awak nak tidur atas katil?” Aidil baling bantal golek ke perut Aisya.

“Dahtu takkan nak tidur dalam bilik air? Elok-elok ada katil nak tidur dalam bilik air buat apa? Ke awak yang nak tidur sana. Dengan berbesar hati hamba persilakan.” Balas Aisya sambil menarik selimut menutup seluruh badan.

“Awak tak takut ke? Saya pulak takut, tak pernah ada perempuan tidur sebelah saya.”

“Habis tu saya pernah ke?”

“Mana tau...”

“Mulut tu bulan ni dah bayar insurans ke?”

Aidil menarik sengih. Ok, jangan cakap banyak. Dah nampak api keluar ikut telinga Aisya. Eh mana nampak telinga, makcik ni pakai tudung.

“Dah dah. Jangan bising. Bantal golek ni tidur tengah. Jangan berani alihkan jangan berani masuk sempadan saya, jangan berani sentuh saya.” Aisya meletak bantal golek di tengah. Aidil terus baring di sempadan sebelah.

“Kalau berani jugak?”

“Saya ada capoeira, jiu jitsu, bartitsu, istunka, okichitaw, vale tudo dan segala jenis martial arts yang awak tak pernah dengar.”

“Oh and, jangan tutup lampu. Nanti saya takboleh tidur,” sambung Aisya.

“Mana boleh, saya tak boleh tidur ada cahaya.” Balas Aidil. Itu fakta, bukan nak cari gaduh.

“Ala, please.”

“Penakut.”

“Manede.”

“Penakut jugak.”

“Jangan tutup lampu eh?”

“Bukak lampu toilet je la.”

“Ala saya tak suka.”

“Habis tu macam mana?”

“Ok la ok la. Lampu toilet.” Aisya mengalah. Penat nak cakap. Otak kata ngantuk ngantuk!

Aidil dengan rela hati bangun tutup lampu, bukak lampu toilet, bukak pintu toilet sikit, biar cahaya masuk.

“Awak...” Panggil Aidil.

“Emmm...”

“Salam.” Aidil hulur tangan. Dengan mata bertutup, otak tak boleh fikir, Aisya menggagau cari tangan Aidil dan di tarik ke dahi. Sambil tu, dia tertidur, dan tangan Aidil masih dalam genggaman. Aidil tersenyum. Ngantuk sangat la ni. Dan dalam mengata Aisya, dia turut tertidur. Dan dan dan tangan masih bertaut.

[ii]

‘Bila Izrail datang memanggil, jasad terkujur di pembaringan...’

Dengan mata tertutup, Aisya mencari henfon di bawah bantal. Mata di gosok-gosok. 6 pagi. Alarm di mati kan. Kepala di gerak ke kiri kanan. Ehhh ada lelaki. Perogol bersiri kah?

Dangg! Aisya, it’s your husband bebeh! Aisya tersenyum melihat Aidil yang tidur dengan nyenyak. Tuala, baju dan segala harta karun di ambil di dalam beg, langkah di atur ke bilik air.

Selesai mandi, Aisya keluar, kelihatan Aidil sudah bangun dan duduk membaca tafsir Al-Quran.

“Your turn.” Lembut Aisya bercakap. Sejuk hati melihat Aidil membaca tafsir. Tanpa kata, Aidil bangun dan terus ke bilik air.

Sejadah di bentang, dia duduk di atas sejadah sambil membaca mathurat.Kata ayah, mathurat ni banyak kelebihannya. Antaranya, pendinding, penguat, dan penenang. Ayah kata siapa tak baca rugi, free je dapat pakej kebaikan, kenapa tak kejar.

Aidil keluar dari bilik air, Aisya bangun. Takbir diangkat. Alhamdulillah, pagi mereka bermula dengan indah.

Selesai solat, Aisya bangun mengambil henfonnya. Nombor telefon di tekan.

“Assalamualaikum. Dah bangun belum? Pegi mandi cepat. Today’s outfit, in your wardrobe ok. Complete. Tell the others. Assalamualaikum.” Aisya tersenyum memandang henfon. Bila la abang-abangnya boleh hidup tanpa dia.

“Siapa?”

“Boyfriend.” Jawab Aisya dalam telekung, cuba menyarung tudungnya.

Terasa menggelegak darah Aidil. Tapi cuba di sabarkan.

“Tolong sediakan baju saya.”

“Eh?”

“Ishhh tak korek telinga ke? Baju saya, tolong sediakan. Please.”

“Kenapa saya? Sebelum ni siapa yang iron baju awak?”

“Bibik. Tapi sayakan ada isteri. 10 hari ni, tolong sediakan baju saya. 10 hari je pun. Eh 9 hari.  Semua ada dalam wardrobe saya.” Pinta Aidil. Tanpa menunggu jawapan Aisya, Aidil terus masuk ke dalam bilik air semula.

Eeh mamat ni. Choi betul. Baru ingat nak tolong bibik kat dapur. Pintu almari di buka. Baju biru pekat berjalur halus, seluar slack hitam, tie biru. Dia keluar mencari iron.

Aidil keluar bilik air, matanya di sapa pakaian yang cantik di hampar atas katil. Bagus, dengar cakap. Tanpa berlengah, seluar dan baju di capai.

Sementara itu, Aisya di dapur sibuk menolong bibik sediakan makaroni goreng. Tupperware di ambil, sebahagian di masukkan ke dalam bekas. Air bibik sediakan. Aisya Cuma sediakan milo untuk dirinya.

Tak lama selepas itu papa, mama, Aidil, Alif dan Anish turun ke bawah untuk sarapan.

“Awak nak makaroni ke roti bakar?” tanya Aisya kepada Aidil.

“Dua-dua boleh?” tanya Aidil sambil mata di kelip-kelip. Seronok di layan.

“Amboi baru sehari dah manja-manja,” papa mengusik. Mama tersenyum. Senang melihat Aisya melayan anaknya dengan baik. Betullah, sebelum ini dia salah langkah dengan bersikap dingin dengan menantunya itu.

Aisya tersenyum tak jawab apa-apa. Aidil tergelak perlahan. Alif sibuk dengan makaroninya manakala Anish mencebik mendengar usikan papa. Kak Sofee still the best!

Siap makan, Aidil bangun untuk bergerak ke pejabat. Aisya turut bangun ke dapur.

“Awak.” Panggil Aisya ketika Aidil sedang menyarung kasut.

“Yup?”

“Nah.” Tupperware di hulur. “Balik makan tengah hari tak?”

Aidil mengambil tupperware dengan senang hati. “Tak kot. Ada lunch date dengan client.”

Aisya mengangguk. “Saya pun nak keluar tau ni.”

Aidil pula mengangguk. Tangan di hulur kepada Aisya. Tetapi tidak bersambut.

“Salam la suami awak yang kacak bergaya ni.”

“Uhuk uhuk uhuk. Awak tolong drop saya kat hospital. Rasa tercekik biji duriannn.” Aidil tergelak dengan gaya spontan Aisya.

Dalam menyampah dengan Aidil yang perahsantan, tangan Aidil di salam dan di cium lembut.

“Dah syuh syuh.” Aidil gelak lagi. Pagi-pagi dah banyak ketawa.

Setelah bayangan kereta Aidil hilang, Aisya masuk ke dalam untuk bersalam dengan papa dan mama.

“Aisya nak keluar ke? Kata cuti?” tanya papa.

“Aah. Nak pergi rumah ayah kejap. Nak tengok ayah dengan abang-abang Aisya siap pergi kerja harini takut kelam-kabut pulak. And nak hantar sarapan. Eh, ha Aisya masak dari sini guna bahan-bahan dari rumah ni hantar kat rumah ayah, bolehkan mama, papa?” Terlupa nak mintak izin sebelum masak.

“Eh apa pulak takboleh. Hantarlah. Kirim salam semua ye.” Kata mama. Sejuk hati bila Aisya meminta izin darinya. Baru sehari Aisya duduk rumah ni, nampak keikhlasan perbuatannya dalam selambanya.

“Oh, Aisya. Malam ni ada special guest tau. Be prepare lah.” Aisya mengangguk.

Dalam kepalanya memikirkan masakan untuk malam ni.

Malam itu selesai solat maghrib, Aisya menghias masakan yang dah siap sebelum maghrib lagi. Sambil bersiap, hati Aisya berdongkol marahkan Aidil.

Sabar, Aisya, sabar. Orang sabar Allah sayang. Sambil memotong timun, Aisya mengalunkan selawat syifa’ dalam hati.

“Aisya.” Tak perlu berpaling Aisya tau siap gerangan jin toncet yang memanggilnya.

“Marah ke?” Aidil menarik kerusi di meja dapur, mengadap Aisya.

“Tak nampak saya tengah berpesta ni? Seronok gila.” Sarkastik. Aidil senyum.

“Bi..”

Ehhh sapa yang ber-bi  bi dalam rumah ni.

Laju Aisya menoleh ke entrance dapur. Seorang wanita cantik bertudung Ariani pink di padankan dengan jubah moden hitam-pink, Coach Poppy Glam Tote di pegang di tangan.

Aidil mendekati Sofea dengan senyuman bergayut di wajah. “Fee, meet Aisya, Aisya ni Sofea.”

Sofea menghulurkan tangan kepada Aisya.

“Ehee jap. Tangan kotor.” Aisya mengelap tangan ke apron yang di pakai sebelum menyambut tangan Sofea.

“Cutenya you.” Sofea mencubit pipi Aisya, geram.

Aisya tergelak lucu. “Tau dah.”

“Uwekkk... muntah. Awak ada dimenhydrinate tak?” Aidil memegang lehernya pura-pura muntah.

Aisya dan Sofea tergelak serentak.

“Awak bawak la Sofea pegi depan. Tak senonoh betul ajak tetamu masuk dapur.” Aisya menghalu secara halus.

“Eh tak apa. Saya dah biasa dah. Selalu tolong aunty masak. Ada apa-apa lagi tak nak tolong?” tanya Sofea dengan ramah.

“Tak ada dah. Semua dah siap tinggal makan je. Sofea tunggu kat depan la. Saya nak angkat ni kejap.”

“Ok. Kalau ada apa-apa nak tolong, panggil tau.” Aisya tersenyum.

Aduh manisnya, patutlah Aidil sayang sangat. Eh eh jap kenapa hati ni. Hati, behave! Dah berpuluh tahun aku train kau supaya tak ada rasa, jangan nak ngada-ngada time-time macam ni.

Aisya menarik nafas dan mengangkat pinggan ke meja makan.

“Jemput makan, semua.” Panggil Aisya sambil meletak nasi ke dalam pinggan.

“Aisya, saya nak sikit je tau. Diet.” Kata Sofea.

“Okeng.”

Aidil mula membaca doa dan mula bersantap. Sofea sibuk melayan Aidil dengan bertanya lauk mana Aidil nak. Anish nampak ceria dengan kehadiran Sofea. Aisya senyum gembira tengok semua orang gembira.

Eh? Mana datang ayam dalam pinggan ni. Aisya toleh ke sebelah kanan. Alif?

“Terima kasih.” Sindir Alif.

“Hahaha. Terima kasih, Alif.”

“Sama-sama, Kak Aisya.”

“KAK Aisya? KAK? Helo, saya lagi muda dari awak ok. Takpayah nak berkak-kak sangatlah.”

“Kakak ipar kan? Tengok Sofea tu, lagi muda dari awak, tapi bahasakan diri dengan saya Kak Sofea.”

“Diakan bakal kakak ipar awak. Saya ni taktau sampai bila.”

“Sekali kakak ipar, sampai bila-bila kakak.”

Terharu. Aisya merenung Alif yang seronok menghayati makanan dalam pinggan.

Habis makan malam mereka duduk bersembang di ruang tamu. Aisya duduk bersama mama, Sofea dan Anish yang seronok bersembang.

“Kak Sofee, beg baru eh? Lawa sangat. Suka.” Anish membelek Poppy milik Sofea yang berwarna-warni.

“Aah. Haritu kan Kak Sofee pegi Singapore, best tau shopping sana. Akak macam nak gila.” Sofea bercerita dengan teruja.

“Uuu pegi tak ajak. Nak pegi Universal Studio!” ujar Anish, sedikit kecewa.

“Ala. Universal Studio buat apa. Macam budak-budak je. Akak seronok shopping je. Ada gedung Forever 21 besar gila kat sana. Akak rasa kalau Nish pegi pegi Nish seronok.”

“Serius?”

“Seriusssss...”

Aisya tahap menguap. Boring bila masuk cerita shopping barang-barang branded. Saye orang miskin je wokk.

Tett tett.

Aisya mencari henfon dalam poket seluar.

‘Adik. On skype. Anak-anak rindu’

Aisya tersenyum gembira. Dia meminta diri ke dapur. Log in skype.

“Mummy!!!” Suara kanak-kanak menjerit dari dalam Iphone nya.

“Kakak, Aran! Rindunya mummy!” Terasa bergenang air matanya. Allah, rindu sangat dengan semua.

“Mummy bila nak balik. Kitorang kat rumah Tok Ayah! Mama pun ada tau, mama tengah cuti sekarang.” Kakak atau Atira ceria bercakap.

“Nanti esok mummy balik rumah Tok Ayah, kakak dengan Aran tunggu mummy tau. Mama dengan papa mana?”tanya Aisya. Suara dah serak. Jangan meleleh kat sini.

“We’re here!!” Kedengaran Along dan Kak Ida menjerit dari jauh.

“Mama dengan papa tengah makan la mummy. Mummy bila nak bawak Aran pegi Genting? Jomlah. Nak pegi dengan mummy. Papa dengan mama boring.” Aisya tergelak. Hamboihh pandai bersungut sekarang.

“Ok. Nanti mummy bawak.”

Tiba-tiba skrin di sebelah sana bergegar.

“Kakak? Aran?” panggil Aisya. Aishh takkan dah tutp kut? Tak puas bercakap lagi ni.

“Mummy! Ayah Lang suruh ajak Daddy sekali!!” Dari jauh dengar ramai ber hahahahahaha. Cisss.

“Alang! Ajar budak-budak bukan-bukan eh. Sepak nak?” Marah Aisya. Sapa entah ‘daddy’ tu.

“Kak Aisya?” Pantas Aisya menoleh ke pintu dapur. Alif berdiri di pintu dapur.

“Alif..”

“Cakap dengan siapa?” tanya Alif. Pelik. Dengar macam suara budak-budak.

“Dengan anak-anak saya. Kakak, Aran, say hi to uncle.” Aisya memusing henfon ke arah Alif.

“Hai uncle!!!” Jerit kakak dan Aran dengan riang ria rayanya.

“Hai! Anak-anak? Seriously?” tanya Alif balik. Jangan kata kakak ipar aku ni ada skandal lain pulak dah.

“Serious la. Anak along, anak Aiss.. eh.. akak jugak la,” aduss pelik pulak nak membahasakan diri ‘akak’.

“Ohhh.” Lega Alif mendengar. “Hai kakak. Hai Aran. How are you? Cute gila budak-budak ni? Mixed fruits eh?”

Aisya tergelak. “Aah. Akak ipar saya Caucasian. Kakak, Aran, uncle ni best tau. Suruh uncle ni belanja makan jom!”

“Uncle jom makan tutti frutti!! I loveeee tutti fruiti! Mummy pun suka kan mummy kan,” kata kakak.

Aran tolak kakak untuk masuk dalam skrin. “Uncle, I want Domino’s. Please. Please. Please!” Aran siap buat mata kelip-kelip.

Alif ketawa lucu, pandai budak-budak ni membodek eh. “Boleh je. Nanti suruh mummy bawak kakak dengan Aran datang sini tau.”

“Ok uncle. Mummy nak tidur dah. Mama almost change into a beautiful tiger rawrrrrr... Bye mummy. Muah muah. We love you, mummy. Tok Ayah kata, take care, he loves you much forever and after. Muah again!!” Riuh rendah Kakak dan Aran cuba bermuah-muah. Sesaat kemudian, skrin gelap kembali.

Aisya mengeluh. Rindu sangat.

“Meriahnya family awak. Best! Nanti bawak la your kids datang sini.” Ujar Alif cuba menghilangkan jiwa kacau Aisya.

Belum sempat Aisya menjawab, kedengaran suara Aidil memanggil. Aisya segera keluar dari dapur sebelum Aidil syak yang bukan-bukan pasal dia dengan Alif yang sama-sama di dapur. Ehh tapi bibik dengan basuh pinggan ada sekali.

“Sofea nak balik dah.” Kata Aidil. Mereka mengiringi langkah Sofea ke kereta. Aidil nampak susah nak lepaskan Sofea. Sofea nampak curiga dengan Aisya tapi cuba di lindungi.

Sofea, jangan risau. Saya tak nak Aidil. Saya nak balik uwaaaaaaaa!!!

6 comments:

rien said...

Nk aisya ngan didi.. tp mcm kesian la plak kat sofea... adui pening pala la mcm ni

Anonymous said...

blue.... Sofea ni ok jer orgnya... bagus.... jln cerita yg lain drp yg lain... and Aisya pun ngam dgn Sofea.... Jgnler mereka bermadu.... Warrggghhh..... oh...no.....

baby mio said...

NAK LG....

TuanTanah said...

haha bermadu? good idea jugak tu. tapi kalau bertukar jadi cerite seram pulak taktau la hehe

Anonymous said...

best.. sambung lagi

Adam

norihan mohd yusof said...

tak nak lah dek ade double wife!!!sayang kat aisya....biar lh wat didi tak bisa lepas kan aisya!!!ending yg amat mengepy kan ye dek!sambung lah laju2 n panjang lah cikit dek walau pun tak jela2.thank dek wat i teribur ati tiap kali manatap nye..hehe