baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Monday, September 17, 2012

Biru [1ii]


Aisya menghempas dirinya ke katil. Serabut. Serabut dengan permintaan ayahnya tadi.

Patut ke buat? Aaaaa nak nangis.. Bantal di tekup ke muka.

“ Ayah rasa dah sampai masa adik contact Didi.”

“Didi? Siapa Didi ayah?”

“Astagfirullahala’zim. Didi your husband, dear.”

Senyap.

“I’m still her wife? 10 years already, ayah.”

“Adik takpernah dapat surat cerai atau apa pun kan. Last time ayah check, dia still masukkan duit dalam your account, adik.”

“Seriously?”

“Yes. Very serious. Ayah takmau benda ni tergantung lama-lama. Find him dan bincang. Your in-laws pun baru 3 hari lepas call ayah Tanya hal yang sama.”

“Ayah rasa apa patut kami buat?”

“Istikharah, sayang. Ayah nak yang terbaik untuk anak ayah.”

Aisya memusing tubuhnya kiri kanan mencari posisi paling selesa. Teringat perbualannya dengan ayah kira-kira 3 tahun yang lepas.

“Ayah macam mana adik boleh kahwin. Waktu umur 14 tahun pulak tu? Sungguh tak logic.”

Ayah terdiam seketika.

“Dulu, arwah atuk adik terhutang budi dengan arwah moyang Didi, jadi atuk pernah berjanji dengan moyang Didi yang atuk akan cuba jugak satukan keluarga kita dengan keluarga diorang.”

Ayah berhenti sekejap, renungan matanya jauh menusuk hati.

“ Waktu ayah umur 21 tahun, atuk mintak ayah kahwin dengan mak Didi, tapi masa tu, ayah memang dah fell in love head over heels kat arwah ibu adik. Memang ayah takkan boleh jatuh cinta kat orang lain selain ibu.... sampai sekarang I’m still in love with ibu.” Ayah  tersenyum manis mungkin teringat wajah ibu.

“Alhamdulillah arwah atuk memahami. So, dia memang tak paksa ayah. Ayah pun ingat cerita tu berhenti sampai situ je. Sampai la dia sakit, waktu tu adik 14 tahun, adik ingatkan? Atuk minta sangat adik di satukan dengan Didi sebab atuk takut dia berhutang dengan arwah moyang Didi. Waktu tu, atuk nazak, ayah pun tak boleh nak fikir panjang, dengan guna kaedah wali mujbir, ayah kahwinkan adik dengan Didi.”

Giliran Aisya pula terdiam, cuba mencerna.

“Kalau tak salah adik, Didi pun dah besarkan waktu tu ayah? Takkan dia pakai setuju je?” Aisya cuba mencari ke’logik’an dalam cerita ayah.

“Mula-mula waktu ayah pergi jumpa keluarga Didi, keluarga dia memang bantah terus. Iyelah kalau fikir logic pun, gila apa nak kahwinkan anak muda-muda dengan entah siapa-siapa. Bila ayah tunjuk gambar atuk, bawak diorang jumpa atuk kat hospital, at last mak ayah Didi setuju tapi Didi memang takmahu. Kebetulan malam tu jugak dia nak sambung belajar kat UK, family dia pun ikut ke sana jugak. Bila mak ayah Didi tu pujuk, lama-lama Didi setuju. And you know the rest of the story.”

Aisya bangun dari pembaringannya. Ye ayah. I know the rest of the story which is, I don’t know my status.

Jiwa makin serabut, tanpa berlengah Aisya bangun menuju ke bilik air untuk berwuduk.

4 comments:

Anonymous said...

best ler pulak cerita ni... Sambung panjang2 sikit, ok? Cam terkulat2 jer, baru nak enjoy storyline, dah kena " to be continued"....

baby mio said...

CEPATLAH N3 NAK PANJANG SIKIT YA TQ.

norihan mohd yusof said...

cam ne ye perasaan sya,baru umur 14 dah berstatus isteri,ngan insan tak pernah jumpa lak tu!!best dek....cepat2 sambung

Seri Ayu said...

Sian Aisya kecil2 dah jadi isteri,