Hingar-bingar di Zzouk langsung tidak di pedulikan. Pening kepalanya memikirkan permintaan papa tadi. Bukan permintaan tapi lebih kepada arahan sebenarnya.
“papa nak Iyad masuk Rizal Corp secepat mungkin!” tegas papa menutur kata ketika mereka sedang makan tengahari bersama.
“what? No. Iyad dah bagitau papa kan? Iyad taknak
join Rizal Corp. Muktamad.” Iyad meletak sudu dan garfu. Apa papa ni, ajak
gaduh pulak.
“Iyad, papa dah tua. Papa nak rehat. Tolong papa,
please.”
“but, papa...”
“selama ni papa bagi Iyad buat apa saja yang Iyad
nak, sekarang, papa nak mintak Iyad fulfill permintaan papa pulak.” Pinta papa,
lebih lembut dari tadi.
“papa. Kalau Iyad join Rizal Corp, siapa nak
handle my firm?”
King Rekabina (KR) merupakan syarikatnya sendiri,
yang ditubuhkan atas hasil usahanya dan 2 orang rakan kongsi tanpa bantuan
walau sesen daripada papa. KR bukanlah syarikat gah macam Rizal Corp, tapi ia
berjaya membina nama sendiri.
“papa tak suruh Iyad tinggalkan King Rekabina,
lagipun Qaisy dengan Haikal kan ada untuk handle KR. Tapi, for the time being,
papa nak Iyad focus pada Rizal Corp. Please?” rayu papa, bersung-sungguh.
“give me some time. I’ll think about it.”
Sentuhan lembut
di bahunya menyentak lamunan.
Amanda tersenyum
manja di sebelahnya. Gelas di depan Iyad di ambil.
“yukss. You
ambik Everclear?” gelas diletak kembali. Takboleh jalan dengan minuman
berkandungan alkohol yang terlalu tinggi itu.
Iyad tergelak.
Gelas di dekatkan ke mulutnya. Berkerut dahinya menelan air kekuning-kuningan
itu.
“ni mesti dapat
secara illegal ni kan? Naughty you...” hidung Iyad dicuit manja.
Everclear tak
dijual sesuka hati. Sebab Everclear merupakan minum beralkohol yang mempunyai
kandungai alkohol paling tinggi dalam banyak-banyak minuman beralkohol. Bayangkan,
seteguk Everclear, sama dengan setin Beer. Haa... sebab tu la takboleh jual
sesuka hati, so, dia syak, Iyad dapat Everclear ni secara illegal dari
bartender. Heh. Asal ada duit je.
“you nak apa?
JD? Cosmo?”
“i’ll stick to
cosmo la.”
Iyad bercakap
sesuatu kepada bartender. Tak sampai seminit, gelas disorong ke depan Amanda.
“kenapa
tiba-tiba ambik Everclear ni? selalu you JD je?” tanya Amanda, concern.
“i need
something to make me forget everything, baby.”
“oh really? I
can be that ‘something’ tau.” Amanda tersenyum menggoda. Iyad ketawa.
“oh yeah? How?”
Amanda
mendekatkan mulutnya ke telinga Iyad. Berbisik. Iyad ketawa lagi.
“nak? To my
place jom?” ajak Amanda. Tangan Iyad di tarik lembut.
“not tonight,
honey. Penat. Teman I kat sini ok?” Iyad memeluk pinggang Amanda, rapat ke
tubuhnya.
Habis segelas
Cosmo, Amanda mengajak Iyad menari, Iyad menolak dengan alasan yang sama,
penat. Akhirnya, puas memujuk, Amanda mengalah dan menari dengan seorang lelaki
yang dia tak kenal.
Iyad masih duduk
di meja kaunter, menogak Everclear hampir 4 gelas. Cukup untuk membuatkan dia
khayal. Cukup membuatkan dia hilang dari dunia realiti.
* * * * *
“Sara, ayah
panggil dalam library.” Black menegur Qaisara yang tekun meneliti resit-resit
perniagaan mereka.
“haa? Apa dia
abang Black?” Qaisara mengangkat muka.
“ayah panggil
kat library.”
“sekarang?”
“taklah. Tahun
depan.”
Qaisara ketawa
riang. Resit-resit yang bersepah disusun.
“kenapa?” tanya
Qaisara.
Black cuma
angkat bahu. Biar ayah yang terangkan semuanya.
Dia berlalu
mencari ayah di dalam library di dalam rumah. Ayah suka buku, sebab tu siap ada
library.
Pintu di buka
perlahan, taknak ganggu ayah.
Ayah duduk di
meja kerjanya. Termenung. Pelik. Ayah jarang termenung, buang masa macam tu.
“ayah...”
Ayah tersentak.
Melihat Qaisara, dia tersenyum. Bukan senyuman seperti biasa, tapi senyuman
gusar.
“kenapa yah?”
Punggung dilabuhkan ke kerusi
bertentangan dengan ayah.
“Sara tengah
busy ke?”
“taklah. Update
bulan ni punya akaun je. Ada hal apa, ayah?”
Ayah terdiam.
Qaisara menunggu.
“ayah ok tak
ni?”
Ayah memandang
muka Qaisara penuh kasih sayang. Walaupun Qaisara bukan anak kandungnya, tapi,
Qaisara lah penawar dukanya dari dulu sampai sekarang.
“Sara. Ayah ada
hal penting nak bagitu Sara. ayah mintak Sara dengar betul-betul, ye sayang.”
Qaisara
mengangguk, sedikit gelisah. Apa hal pulak ni. Ayah mana pernah serius macam
ni.
“Sara ingat
Rizuan Syah?”
“tu kan nama
arwah abah?”
Ayah menghela
nafas panjang.
“ada orang
khianat Rizal Corp.”
“ha? Last month
Sara pegi sana, ok je?” memang sekali sebulan dia akan pegi KL, check Rizal
Corp. tapi takde siapa yang tau, kecuali Uncle Hamid, salah seorang BOD.
“luaran memang
ok. Tapi ada yang tak kena dengan flow duit. Ada orang buat kerja belakang
kita.”
“BOD kan ada?”
“tak semua yang
tau pasal ni Sara. Semua investigation buat senyap-senyap.”
“GM?”
“dia pun tengah
siasat pasal ni.”
“Then apa kena
mengena dengan Sara?”
“dah sampai
masanya Sara bertindak. Protect orang kita, protect Rizal Corp. kalau perlu
take over untuk selamatkan keadaan, Sara kena buat.” Ayah menarik laci. Sebuah
buku diambil dan diletak ke atas meja.
“maksud ayah?”
“orang sana syak
benda ni orang dalam yang buat. Masalahnya, takde tinggal trace langsung. Tak
dapat detect. Maknanya, yang buat ni bukan orang biasa. Dan paling penting,
kita taktau diorang buat apa dengan duit ni.”
“apa Sara nak
kena buat?”
“dari dulu,
Rizuan Syah dah agak benda ni akan jadi. Akan ada kumpulan yang akan cuba
musnahkan gagasan kita. Yang paling penting, hapuskan Sara untuk lenyapkan
keturunan Rizuan Syah. Pembunuhan abah dengan mak Sara merupakan langkah
pertama diorang. Sekarang, Sara dan Rizal Corp akan jadi sasaran utama. Sebelum
keadaan semakin teruk, kita kena cari dalangnya.”
Buku tebal yang
kelihatan agak usang disorong ke depan Qaisara.
“ini jurnal
arwah Rizuan Syah. Amanat terakhir Rizuan Syah, untuk bagi jurnal kepada Sara
bila sampai masanya. Semua perjalanan dan rahsia gagasan Syah ada dalam ni.
Paling penting, MOU yang semua ketua kawasan tandatangan, ada dalam ni. tak ada
siapa pernah baca, even ayah sekalipun. ayah dah jaga jurnal ni selama 22
tahun, sekarang, jurnal ni milik Sara. jangan sampai terlepas kat orang lain.
Sara baca, mungkin dalam ni tercatat apa-apa klu pasal Rizal Corp.”
Qaisara
mengangguk.
“Sara kena buat
ke ayah. I mean, semua ni?” tanya Qaisara, sedikit bergetar.
Ayah terdiam.
Nafas berat di hela.
“ayah minta
maaf, Sara. kalau boleh ayah taknak libatkan Sara langsung, tapi, darah Rizuan
Syah yang mengalir dalam badan Sara, menjadikan Sara terpaksa pikul semua ni.
maafkan ayah, Sara.” Ayah tertunduk. Sungguh, kalau dia mampu, dia sanggup bawa
Qaisara jauh dari sini. Tapi...
“no ayah. semua
ni bukan salah ayah. Sara yang sepatutnya tau semua ni kan? Ayah dah sediakan
Sara sejak dulu lagi. Dah dah. Ayah takpayah mengada nak buat ayat sedih.”
Gurau Qaisara, cuba melarikan ayah dari perasaan kesalnya.
Ayah menarik
senyum hambar.
“preparation
kita akan start esok. Uncle Hamid dengan Uncle Ranjit akan datang untuk
briefing.” Kata ayah disambut anggukan Sara.
Setelah meminta
diri untuk keluar, Qaisara berlalu ke biliknya.
Badan dihempas
ke atas katil.
Buku tebal milik
arwah abah diletak ditepinya. Belum ada hati nak baca.
Ikutkan hati,
rasa taknak terlibat dalam semua ni. Ikutkan rasa, macam nak menangis sambil
jerit, ‘kenapa aku!!’. Tapi, inilah harga yang dia kena bayar memiliki darah
Rizuan Syah. Ini la harga yang dia kena bayar demi membalas jasa semua orang yang
jaga dia, dari kecik sampai besar.
Dia tak la
bongok sangat untuk tak perasan, mana dia pegi pun, ada orang escort
senyap-senyap. Helo, dari kecik ayah dah train dia dengan intelligence skill
(perisikan), ok? takpayah pandang belakang pun dia tau ada orang tengah follow.
Memang dari
kecik ayah dah train dia dengan segala jenis kemahiran. Menembak, martial arts,
intelligence skill. Semua kemahiran ayah train sampai dia master. contohnya,
menembak. Sekarang dia ada lesen senjata api dan dapat pengiktirafan sebagai
marksman atau dalam bahasa melayu, penembak tepat.
Untuk kesekian
kalinya, Qaisara mengeluh. kepala dipaling ke sebelah kanan. Jurnal Rizuan Syah
menerpa pandangan. Menggigil tangannya membuka kulit buku.
Untuk nyawaku,
Cahayaku, Qaisara.
Lihatlah dengan hati
Nescaya
Kau temui kebahagiaanmu-
Rizuan Syah bin Ahmad Syah & Diana binti Amran
Tulisan
berangkai di muka pertama disentuh dengan hujung jari. Matanya terasa panas.
Pertama kali, dalam hidupnya, dia merasai kehadiran Rizuan Syah dan Dian atau
lebih tepat arwah abah dan maknya.
* * * * *
Mimpi ngeri itu
mengganggu lenanya. Terpisat-pisat.
Erghhhh....
kepala rasa nak meletop.
Tak sampai
seminit, dia berlari ke bilik air, mengeluarkan isi perutnya.
Damn you
Everclear!
Dengan langkah
yang berat, dia mengheret kakinya masuk ke dalam bilik. Semalaman lena di sofa,
tengkuk pun sakit. Baru nak letak kepala di atas bantal, BB berbunyi, mesej
masuk.
‘hari ni masuk Rizal Corp. Important.’
Papa.
Iyad mengeluh.
Kepala masih berat. Dan dia dah buat keputusan untuk masuk Rizal Corp. bukan
selamanya, untuk sementara waktu je.
Keypad ditekan.
‘ok. Lil’ bit
late.’
Sent.
Mata di pejam
erat, cuba menghilangkan kesakitan di kepalanya.
Serve you right,
king!
Iyad tergelak
kecil. Sendiri cari pasal.
15 minit dia
berkeadaan begitu sebelum dia bangun bersiap untuk ke Rizal Corp.
* * * * *
“ye encik. Boleh
saya bantu?” receptionist genit menegur Iyad.
Iyad menarik
senyum. Memang orang kat Rizal Corp tak kenal dia. Bukannya dia selalu datang
sini pun.
“saya nak jumpa
dengan Tuan Ali.”
“sekejap ye
encik.”
Iyad mengangguk.
Matanya meliar memerhati sekeliling. Interior design yang menyejukkan mata.
“Assalamualaikum,
Encik Iyad.” Satu suara menegurnya.
Iyad berpusing
ke belakang.
Seorang wanita
berkebaya dengan rambut yang disanggul kemas tersenyum manis.
“Tuan Ali tunggu
Encik Iyad dalam bilik. Mari saya bawa encik ke bilik Tuan Ali.” Lembut si
gadis bertutur.
Iyad hanya
mengikut langkah wanita itu ke tingkat 5.
“silakan encik.”
Papa menunggu di
sofa sambil membaca surat khabar. Santai.
“papa.”
Papa meletakkan
surat khabarnya.
“my dearest son.
Finally. Allah dengar doa papa agaknya.” Papa tergelak gembira.
Iyad menarik senyum
hambar.
“bila papa nak
Iyad masuk kerja?” tanya Iyad, terus
tanpa belok-belok.
“if possible,
tomorrow. Boleh?”
Iyad mengangguk.
“nanti papa
arrange dengan uncle Ranjit untuk assign a group of bodyguards for you.” Kata
papa sambil menekan sesuatu di telefon bimbitnya.
“wo wo wo. Jap
papa jap. Apsal nak kena ada bodyguards bagai ni” Iyad membentak. Rimas
hidupnya diawasi. Dia bukan anak raja ke anak perdana menteri ke. Papa pun bukannya
dato’ ke tan sri ke nak kena escort sepanjang masa. Lemas tahu lemas?
“langkah
berjaga-jaga, Iyad. Sekarang ramai orang tengah aim Rizal Corp, cuba untuk
jatuhkan Rizal Corp. Papa mintak Iyad teraju Rizal Corp sebab papa tau, Iyad
boleh kukuhkan balik Rizal Corp dan tolak ancaman-ancaman nak jatuhkan Rizal
Corp.” terang papa.
Iyad terdiam.
“lemas la papa. Iyad
tau jaga diri sendiri.”
“no. Iyad tetap
akan ada bodyguards and a PA yang akan escort Iyad pegi mana saja start pukul 6
pagi sampai 8 malam. After that, you are free from them, ok?”
“free from them
but, still dalam pengawasan orang-orang papa?” sindir Iyad. Please la papa.
Papa tersenyum.
“semua untuk
kebaikan Iyad kan?”
“sampai bila
papa?”
“sampai knight in a rusty armour datang, perhaps?”
gurau papa.
Iyad ketawa.
Rusty armour? Papa papa...
“jom, kita zohor
dulu. lepas ni ada meeting BOD, papa nak kenalkan Iyad dengan semua orang.”
“whatttt? This fast
haaa...”
“yes, son. Jom zohor.”
Papa bangun sambil menyingsing kaki seluarnya.
“err papa pegi
dulu. Iyad belum lunch. Lepas lunch Iyad datang balik.”
Tanpa menunggu
keizinan papa, Iyad terus keluar dari bilik papa. Papa menggelengkan kepalanya.
Entah mana
silapnya dalam mendidik Iyad sehingga Iyad menjadi seperti sekarang. Gaya hidup
terlampau kebaratan...
Dulu, Iyad bukan
macam ni.....
Papa mengeluh
berat.
"ambik mood ambik mood~~ anddd... don't expect too much eh. nak habaq awal-awal, ada info yang saye tibai je kikikiki. dasar pemalas nak double check. ngahaha"
8 comments:
alaaaa,sikitnyee,cik tuan tanah...but next n3 mesti lagi gempak key.. cuma cunfuse whos sara n iyad niy.. bapak dorang tu rakan kongsi ke ??? hmmm.. sambong..sambong..:))
Kehkeh. Ni baru betul tulis ikut suka. Tp jgn tibai sembarangan je ya. Harus ada logik dan realistik juga. :)
Ni hero-heroin sama2 multiskill la ye?
Ye haaa....sggh teruja!!
Sufi (",)
Terbaik...
kucing cat : kihkihkih. buat sikit-sikit supaye takde yang lari tadi storyline asal haha. sabar yeeee :)
hajar : hehe. baiklahhh. ahaa. selalu tgk movie/novel, heroin asyik kene selamatkan dengan hero je memanjang. lemah bebeno. kali ni nak try buat most of the time, heroin boleh selamatkan diri sendiri haha. takde la asyik lemah nangis je kejenye.
sufi : ehhh lame tak nampak awak. rindu~~ ^_^
cik tuan tanah pleasee nak lg..
sambung lg cik tuan tanah...
espek la jugak TT sebab jalan citenye makin menarik...Sara yg kuat n tau serba serbi huh??? x sabar nak tau keadaan seterusnya ...siapa yg selamatkan siapa
wohooo!!! cte pyiasatan n misteri neh!!! best best!!laen dri biru..go TT go!!! =)
Post a Comment