baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Saturday, March 16, 2013

Biru [23 : cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja]



Setahun berlalu....

Hidup mereka bukan macam fairytale yang bermula dengan ‘Once upon a time...’ dan berakhir dengan ‘and they lived happily ever after.’ Tipu. Semuanya karut. Hidup ni tak semuanya indah kan? Nak taknak kena la terima kenyataan. Hidup yang indah tu dalam syurga semata-mata. Sama jugak dengan kawinkan?

Dia dan Aidil bermula dari umur yang mentah. Umur yang ‘kawin’ tu apa pun dia taktau.dan bukan jugak kawin paksa. Dia dan Aidil rela dalam terpaksa.

Rela + paksa = paksa rela.

14 tahun mereka melalui macam-macam perkara. Dia dan Aidil sama-sama pernah buat silap. Dan dia dan Aidil sama-sama menerima kesilapan masing-masing sebagai pengajaran.

Tipu la nak kata lepas dia berbaik dengan Aidil hidup dia segalanya indah. Tipu sangat tu oiii. Tak percaya? Ok fine, meh nak bagi contoh :

Scene 1 : kononnya sweet-sweet

‘2nite, dinner at Safwan’s, ok?’

Mesej dari suaminya dibaca dengan muka pelik.

‘why?’

‘ma&pa nk bncg bout them. Nish & Saf’

‘sy pegi sndri k?’

‘no. I’ll fetch u la, sayang.’

‘is it ok. Mcm kena pth balik je.’

‘yep.’

‘okai. See u later.’

‘sayang...’

‘yes?’

‘i love u.’

‘ok. Balik cepat.’

Aidil dipejabat ketawa lucu. itu la jawapan Aisya kalau dia mesej ‘I love you’. Kalau tanya Aisya, dia kata tu secret code untuk, ‘I love you too’. Haha.

*             *             *             *             *

“mama dengan papa ingat hujung tahun ni kita langsung terus la. Takpayah tunang-tunang. Macam mana?” tanya mama kepada mereka ketika mereka sedang menjamu selera di restoren Safwan.

“Didi ok je ma.” Jawab Aidil.

“Aisya pon ikut je. cuma Aisya nak basuh sikit Safwan ni, bagi otak dia centre.” Usik Aisya. Safwan membesarkan matanya kepada Aisya. Nasib baik depan bakal mak pak mertua, kalau tak...

“Alif pon ok je. tapi lepas ni nak mintak mama dengan papa risikkan my bakal isteri pulak.”

Terdiam semua mendengar kenyataan Alif.

“serious?” mama bersuara teruja.

Alif tersenyum sambil mengangguk.

“alhamdulillah....” papa menyapu tangannya ke muka.

“seronoknya. Lepas ni mama main dengan cucu-cucu la pulak.” Mama mula berangan.

“mama, Nish dengan Alif, kawin pon belum. Mama nak cucu, mintak kat Didi dengan Kak Aisya tu.” Anish bersuara.

“ha’ah. Bila korang nak bagi Irsyad adik?” tambah papa. “Syad nak adik tak?”

Irsyad yang sedang makan di sebelah Aisya mengangguk laju.

“nak. Tapi nak adik boy. Nak main tembak-tembak.” Selamba Irsyad bersuara. Meriah meja mereka dengan ketawa.

“rasa macam nak menyanyi la.” Bisik Aidil di telinga Aisya.

Aisya menoleh ke arah Aidil.

“pegi la.”

“awak cabar saya?”

“hahaha. Awak takkan berani punya la.”

“kalau saya pegi, apa awak nak bagi?”

“takdenye awak nak pegi.” Aisya menggeleng. Saje nak mengusik Aidil.

“ok. Kalau saya naik atas stage tu, awak kena bagi hadiah.”

“hadiah apa?”

“apa-apa la. Asalkan hadiah.”

“ok.” Aisya mengangguk setuju. Eleh, takdenye Aidil nak pegi.

Aidil bangun dan berjalan ke depan. Aisya mula kaget. Biar betul dia ni.

“ehemm... salam to all. Harini, kita ada special performance, from abang Aidil, our boss’s bestfriend. Suara dia, mantap woooo. Lagi best dari boss Safwan. Errr sorry boss!” mc mengangkat tangan ke arah Safwan. Pelanggan semua ketawa.

“dan dipersembahkan, Aidil Zulkifli!”

Tepukan bergema.

Tanpa mengucapkan apa-apa, gitar yang dihulur mc tadi dicapai.

Aisya dimeja mula panik. Aidil tak reti main gitar macam dia dan Safwan.

String mula dipetik.

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahagia
Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Konfiden je Aiman memetik gitar sambil menyanyi. Matanya terpaku di wajah Aisya. Tanpa senyuman. Hanya pandangan mata.

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dia bukan lelaki yang penuh dengan kata-kata manis. Tapi, dia nak Aisya tau, Aisya satu-satunya wanita yang halal untuknya, insyaAllah selamanya.

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat kau tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena
Selama yang kau ada
Selama itu yang ku rasa
Selama hidupku bahagia

Dia pernah menunggu Aisya. Andai saat ini Aisya masih tak terima dia, dia tetap akan menunggu. Demi merasa cuma secebis bahagia.

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin aku kan teruja
Andai bukan kamu yang di hadapan ku
Bisa ku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu

Penuh perasaan Aidil menyanyi lagu Aku Punya Kamu yang sangat menggambarkan perasaannya terhadap Aisya. Sampai tak perasan tepukan gemuruh dari penonton di restoren itu.

Dimeja, Aisya tersenyum segan bila mama, papa, Anish, Safwan dan Alif mula mengusik, buat-buat batuk la. Ishh Aidil ni. Nak beromatika de amor kat sini.

Ok terharu sebenarnya.

Aidil yang jauh di atas stage di renung menghantar pesanan melalui mata, sebelum Aidil merosakkan suasana dengan mengenyitkan mata dengan sengih nakal.

Di dalam kereta, sampai saja di depan rumah mereka, Aisya menjeling ke belakang, memastikan Irsyad benar-benar terlelap.

“tengok tangan.” Pinta Aisya kepada Aidil.

“haa buat apa?”

“bak la sini. Ishhh..”

Aidil menghulurkan kedua-dua belah tangannya.

 
Aisya menggosok jari-jari Aidil yang berbekas akibat bermain gitar tadi.

“bila awak belajar dari Saf?” tanya Aisya sambil menggosok lembut tapak tangan Aidil.

“2 minggu lepas.”

Jari-jemari Aidil dicium lembut.

“lain kali jangan sakitkan jari awak untuk saya.”

“kenapa kalau sakit, awak cium?” Aidil memang suka tanya benda keluar mood.

“entah. Ayah selalu buat. Habit kot?”

“kalau macam tu.... Alamak, bibir saya sakit.” Aidil tersengih nakal.

Aisya menjeling.

“bibir sakit eh? Kalau bibir, saya guna penumbuk je. nak?” penumbuk diangkat. Aidil ketawa.

“jom la turun. Awak nak berkampung kat sini ke?” Aidil membuka seatbelt.

Belum sempat dia turun dari kereta, Aisya menarik kolar bajunya.

Cupp.

Pipi Aidil menerima habuan.

“hadiah awak.”

Dan Aidil, sengih sampai langit.

Sebelum tidur, Aidil menarik kepala Aisya baring di atas lengannya, macam biasa.

“Aisya...”

“emmm..”

“nak tanya boleh?”

“berapa soalan?”

“satu je. please.”

“ok.”

“awak nak tak tua sama-sama dengan saya?”

Aisya terdiam. Tangannya dilingkar ke dada Aidil.

“kalau saya kata tak nak?”

“saya akan buat awak kata nak.”

“dah tu buat apa tanya lagi.” Marah Aisya sambil menepuk dada Aidil.

Aidil ketawa.

Cupp.

Tapak tangan Aisya menerima habuan.

Dalam diam Aisya tersenyum bahagia.

Esok pagi Aidil bangun. Bukan setakat telinga, kalau boleh, nak senyum sampai dahi.


pelekat merah yang di tempek di belakang pintu biliknya. kelibat Aisya dicari, nak peluk sampai dia lemas!
  
*             *             *             *             *

Scene 2 : langsung tak sweet

“eee... awak ni slow la! Berapa kali saya cakap, control la balancing awak tu!” kuat suara Aidil memarahi Aisya.

“diam la. Saya tengah usaha la ni.” Dah la baru lepas hujan. Licin la jalan. Aidil ni pun nak ajak ‘berbasikal’, biar la logik sikit.

Bukkk.

Aisya jatuh terhempap basikal.

Aidil dan Irsyad mengekek ketawa melihat Aisya jatuh macam nangka busuk.

“mengata saya dalam hati lagi. Derhaka tau.” Ejek Aidil sambil ketawa.

“shut up!”

“buat malu keturunan je la awak ni. Ada jugak manusia tak reti bawak basikal macam awak kat zaman millenium ni. Dah bangun! Try lagi.” Paksa Aidil. Tapi dia releks je duduk kat kerusi. Aisya terkial-kial sorang-sorang angkat basikal.

“kawal la kaki tu!”

“angkat kaki tu. Dah macam penguin cacat dah saya tengok awak!”

“pegang la handle tu betul-betul!”

“macam mana kawal stereng kereta, macam tu la awak kawal basikal tu!”

“slow la awak ni!”

“sekolah darjah berapa ni, benda senang pon tak boleh buat!”

“awak ni makhluk dari planet mana!”

“kiri!

“kanan! Kanan lagi!”

Bising mulut Aidil memberi arahan kepada Aisya yang asyik jatuh waktu cuba menstabilkan diri atas basikal.

“arghhh! Dah la saya taknak belajar dah! Jom Irsyad!” akhirnya Aisya mengaku kalah. Basikal ditolak jatuh. Dia jalan dengan Irsyad meninggalkan basikal serta Aidil.

“Aisya! Tunggu saya!”

“taknak! Awak dah marah saya banyak kali harini. Saya taknak kawan dengan awak.”

“tapi saya bukan kawan awak.”

“ok fine. saya taknak cakap dengan awak selama 13 minit. From now!” aisya berjalan lebih laju.

Aidil ketawa. 13 minit je?

“ok fine. saya up kan. Saya pon taknak cakap dengan awak selama 21 minit!” Aidil pula bersuara.

Aisya menoleh. “ok fine!”

Padahal masing-masing tau, takkan sempat punyalah 13 minit tu. Mana taknya, 3 minit lepas tu..

“yang... lapar...” Aidil merengek manja.

Aisya ketawa. 21 minit konon!

“bonceng saya dulu.” Pinta Aisya dengan mata dikedip manja.

“kan saya dah kata, jangan buat muka macam tu.” Aidil marah sambil menutup matanya.

Setahun hidup sebagai suami isteri dalam erti kata sebenar, tapi Aisya sentiasa buat jantung dia berdegup tak ikut ritma yang normal.

“please....” Aisya menggoncang lengan Aidil.

“taknak. Awak berat. Bai! Jumpa kat rumah!” Aidil mengayuh basikalnya selaju mungkin meninggalkan Aisya dan Irsyad.

Aisya mendengus kasar. Kejam!

“Syad, jom kita makan aiskrim. Biar je daddy tunggu kita kat rumah lama-lama.”

“ha jom mummy. Irsyad nak aiskrim yang ada 3 cups tu mummy.”

Berjalan mereka mencari penjual aiskrim di sekitar taman permainan itu.

Aiskrim dibeli dan mereka duduk di kerusi mengadap tasik.

“sedap kan?”

Irsyad mengangguk teruja.

“mummy nak rasa Syad punya...”

“heiiii daddy tunggu kat rumah. Korang boleh sedap-sedap makan aiskrim kat sini....” Aidil menyergah dari belakang dengan muka bengang.

“sapa suruh tinggal kita, kan Syad kan?”

Irsyad mengangguk lagi. Dah kena rasuah, haruslah side mummy.

“sampai hati....” Aidil melabuhkan duduk di tepi Aisya dengan tangan bersilang.

Merajuk!

“sampai je. eh awak nak aiskrim?” pelawa Aisya sambil menghulurkan aiskrimnya.

“saya tengah merajuk!”

“mana ada orang merajuk, bagitau orang lain.”

“ada. Saya.”

Aisya tergelak.

“nak saya pujuk ke?” tanya Aisya, pura-pura tak bersalah.

“wajib!”

“anyonyonyonyonyo tomeynya dia merajuk.....” kedua-dua belah pipi Aidil ditarik.

“sakit lah.” Aidil cuba menepis tangan Aisya. Perit pipinya.

“cakap dulu awak dah tak merajuk!”

“mana aci paksa-paksa.”

“cakap cepat. Kalau tak saya tarik sampai labuh ke bawah.” Lagi kuat ditarik pipi Aidil.

“ok ok. Dah tak merajuk dah.” Aidil mengaku kalah. Sakit.

Aisya melepaskan pipi Aidil dan sambung makan aiskrimnya. Aidil sebok menggosok pipinya menghilangkan perit.

“saya nak aiskrim.” Pinta Aidil.

“jap saya beli.” Aisya bangun nak tolong belikan aiskrim.

“saya nak yang ni.” Ngapp. Habis aiskrim Aisya dimasukkan ke dalam mulutnya sebelum sempat Aisya melarikan aiskrimnya.

“eee jahat!”

“rasakan!” ejek Aidil.

“ihhh mummy dengan daddy ni. Macam kids lah!” Irsyad menyampuk. Geram melihat kedua-keduanya yang bergaduh je kerja.

Aidil pandang Aisya, Aisya pandang Aidil. Dan kedua-duanya ketawa.

Kena sound dengan anak sendiri.

“sayang, tengok tu.” Aidil menunjuk sesuatu dilangit.

Aisya mendongak.

Pelangi. Lepas hujan.

Aisya tersenyum. Dia menoleh ke arah Aidil. Aidil leka merenung wajahnya.

“saya nampak pelangi laaaaaagi cantik.” Bisik Aidil.

Aisya tersenyum.

*             *             *             *             *

Ada jugak masa-masanya bila angin kus kus tikus mondok datang, dia dan Aidil melalui masa-masa yang tiada gelak ketawa. Yang cuma ada, tangisan kesedihan...

Scene 3 : taktau nak kategorikan

Mendengar bunyi pintu bilik ditutup, Aidil tau siapa yang masuk.

“tidur dah Irsyad?” tanya Aidil tanpa menoleh. Masih menumpukan perhatian kepada lukisan plan didepannya.

“dah.”

Sunyi.

Aidil yang pelik tidak mendengar suara Aisya yang sentiasa berbunyi, mula terasa pelik.

“sayang?” panggil Aidil.

Belum sempat dia menoleh, tengkoknya dipeluk dari belakang.

Dia kebelakangkan kepalanya dan menoleh ke kanan, mencari wajah Aisya. Pelik semacam je ni.

“kenapa?” tanya Aidil, risau. Kot-kot sakit ke.

“terasa macam nak menangis la...” rengek Aisya sambil melentokkan kepalanya ke bahu Aidil.

“laa kenapa tiba-tiba ni? Nak kata bulan mengambang, bulan ni dah kan? Wanna talk about it?” belakang kepala Aisya di pegang, menahan kepala Aisya melurut ke tepi.

Senyap.

“setahun dah. Tapi.... saya belum pregnant lagi.” Kata Aisya perlahan. Matanya bergenang dengan air mata.

“laa... pasal tu ke. Meh sini.” Tangan Aisya di tarik ke depannya dan di dudukkan ke pangkuannya, saling mengadap.

Pipi Aisya di pegang dengan kedua-dua belah tangannya.

“anak tu bukan syarat untuk bahagia, sayang. Setiap yang Allah jadikan tu sentiasa ada hikmahnya, kan? Mungkin Allah nak kita belajar bercinta sungguh-sungguh dulu. Atau Allah nak kita jadi manusia yang lebih menghargai. Kan? Sabar. Rezeki setiap manusia tu kan Allah dah tentukan?” air mata Aisya yang mengalir di pipi di kesat dengan hujung ibu jarinya.

Terhenjut-henjut bahu Aisya menahan sendu.

“tapi... nanti awak...”

Hujung hidung Aisya di cium.

“saya tak kesah, sayang. Yang saya tau, ada awak, saya jumpa bahagia saya. Lagipun, best jugakkan sekarang, setiap masa rasa macam bercinta. Tak kesah la ada anak atau tak, saya sentiasa nak bercinta dengan awak, walaupun awak dah berkedut, bongkok tiga. Lagipun, kita ada Irsyad kan? Saya faham, Irsyad bukan anak awak. Tapi...”

Belum sempat ayatnya habis, Aisya memintas.

“Sampai hati awak cakap macam tu. Irsyad anak saya. Anak kita. Sampai bila-bila.....” makin hebat air mata Aisya mengalir. Aidil mula serba salah. Salah cakap pulakkk...

Tubuh Aisya dipangkuannya dipeluk erat, cuba meredakan tangisan Aisya.

“ok ok. Sorry. Sorry. Dah dah takmau menangis. Nanti saya belanja ais krim ok?” pujuk Aidil sambil mengusap belakang Aisya.

“aaaa... awak ingat saya Irsyad ke nak belanja belanja ais-krim.” Dalam tangisan Aisya memarahi Aidil.

“dah dah. Taknak nangis-nangis dah. Awak kena percaya dengan saya. Saya sayang awak tanpa syarat. Kita doa banyak-banyak supaya Allah bagi kita anak ok? Allah kan sentiasa dengar doa hamba-hambaNya kan?” pelukan di eratkan.

Lama mereka berkeadaan sebegitu, sebelum Aidil meleraikan pelukan. Lenguh duduk tegak menampung badan Aisya. Berat oii..

“yang, lenguh pinggang la. Jom baring atas katil.” Aidil cuba menolak badan Aisya. Namun tiada sebarang reaksi. Wajah Aisya dibahunya dijenguk. Tidur. Cisss. Orang tahan lenguh nak redakan dia menangis, dia boleh tidur nyenyak.

Tanpa sedar, Aisya melingkarkan tangannya ke pinggang Aidil dan membetulkan letak kepalanya di lekuk leher Aidil. Hembusan nafas Aisya dileher Aidil menyebabkan Aidil menelan air liurnya sendiri.

Aisya... Aisya... jaganya, tidurnya... semuanya menyebabkan jantung Aidil sentiasa berdegup lari dari trek asal.

Perlahan-lahan tubuh Aisya dicempung dan dibawa naik ke atas katil.

“demi Allah, saya sayang awak.” Kedua-dua belah mata Aisya dikucup lembut. Ayat kursi dan doa tidur dibaca dan dihembus ke ubun-ubun Aisya sebelum dia sendiri lena bermimpi dengan Aisya yang sentiasa dalam pelukannya.

*             *             *             *             *

Setiap manusia dalam muka bumi ni nak hidup bahagia. Mana ada orang yang lahir-lahir je terus berazam nak hidup TAK bahagia. Ataupun, azam tahun baru dia ‘tahun ni berazam TAK NAK hidup bahagia’. Kalau ada, sila la pelangkung beliau dua-tiga kali. Kalau tak jalan jugak, mungkin Hospital Bahagia boleh membantu.

Dalam hidup ni, kita diberi dua pilihan. Ye. Dua pilihan. Bukan tiga, bukan empat. Cuma dua. Kiri atau kanan. Syurga atau neraka. Dosa atau pahala. Gembira atau sedih. Bahagia atau derita. Feel free to choose. Bahagia tak semestinya kena ada segalanya, suami hensem, isteri cantik, anak comel, harta melimpah-ruah. Tak. Itu semua sementara je tu. Bahagia yang sebenar ialah waktu kita tak ada apa-apa, tapi kita bersyukur. Itu namanya bahagia kan?

Itulah yang cuba diterapkan dalam kehidupan rumah tangga Aidil dan Aisya.

Kata Aidil

Dia dan Aisya bukan pasangan ideal atau romantik. Atau yang melekat 24 jam. Kirim salam la. Ada masanya, dia dan Aisya perlukan ruang sendiri. Lagi-lagi bila bergaduh.

Ehehhh... ingat kitorang tak gaduh ke?

Mau tak gaduhnya. Duduk serumah dengan makcik nyanyuk kuat menjawab tu, haruslah sentiasa lancarkan perang saudara.

Aisya yang selalu tengok tv, tapi taknak guna remote. Dia ingat ni zaman dulu yang kalau nak tukar channel, guna kaki tekan butang kat tv tu ke?

Aisya yang suka tak tutup suis elektrik, tak kira la lampu ke, tv ke, kipas ke. Dia ingat suami dia ni tokei besar TNB ke?

Aisya yang suka park kereta suka hati hempedu dia kat garaj sampai Aidil takboleh nak park kat dalam. Dia ingat dia park lori ke?

Aisya yang sentiasa lupa mana dia letak barang, lepastu kalut nak cari. Berapa megabyte entah la memory card dia tu.

Aisya yang suka puji suara Liam Neeson yang kononnya romantik gila. Dia ingat suami dia ni tak romantik ke?

Aisya yang penah calarkan kereta Aidil guna duit syiling sebab Aidil taknak trim rumput kat laman. Dia tak tau ke, kereta ni isteri kedua untuk lelaki?

Aisya ada banyak kelemahan. Tapi, Aidil sendiri sedar, dia pun ada kelemahan dia. Dan kelemahan mereka sentiasa mereka top-up dengan kelebihan masing-masing. Dalam sebulan, ada la dalam sekali dia dan Aisya berperang. Tapi, sebab mereka masing-masing setuju dengan syarat yang kalau bergaduh ke apa ke, tak boleh tidur asing-asing. Apa pun yang jadi, mesti tidur sebilik, sekatil. WAJIB!

Syarat ni sebenarnya banyak kebaikan. Kalau gaduh pun tak lama. Dah kalau kena mengadap muka yang sama je setiap masa, bila masanya nak bermasam muka. In the end of the day, mesti dia dan Aisya ketawakan perangai masing-masing. Macam haremmmm! Gaduh sebab benda busuk je pun.

Dan satu lagi petua, bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus. Seriously, buku tu sangat membantu.

Dia pernah tersalah langkah. Berkahwin dan bercerai. Menunggu Aisya sampai 3 tahun. Sakit. Sangat. Dia rasa apa yang Aisya rasa waktu dia reject Aisya dulu. Sekarang, dia bahagia. Bahagia dalam dunia kecil mereka. Dan dalam diam dia berdoa, biarlah sampai ke akhir hayatnya, hanya Aisya yang halal untuknya. Baik Aisya, buruk Aisya segalanya untuk dia. Janganlah sampai hatinya di uji dengan perasaan untuk wanita selain Aisya. Atau menambah wanita yang halal di sisinya. Bukan menolak sunnah. Tapi dia sendiri tau, dia tak mampu. Dia dah pernah rasa kan dulu? Cukuplah. Hanya Aisya.

*             *             *             *             *

Kata Aisya

Bahagia, sampai langit. Bergaduh, tak jejak bumi. Haha. Itu la dia dan Aidil.

Cuba bayangkan, duduk dengan mamat senget suka mengusik lepastu manja mengalahkan Irsyad tu. Maunya darah tinggi tak naik sentiasa.

Aidil yang selalu tak faham bahasa badan dia. Kayu betul. Contohnya, bila Aidil cakap ‘I love you’, Aisya WAJIB jawab ‘I love you too’. Sebab kalau Aisya tak jawab, mula la dia nak memuncung kata kita tak sayang dia. mengada ke tak? Ada tak rasa nak lenyek dengan tayar kereta api?

Aidil yang suka sepahkan surat khabar lepas dia baca. Padahal bekas tempat surat khabar, tepi hidung dia je.

Aidil yang suka tinggalkan tuala lembap dia merata-rata. Patah pinggang ke kalau gantung tak pun masukkan dalam bakul kain kotor?

Aidil yang jealous bila dia layan Irsyad lebih. Ehh dah kalau Irsyad tu kecik tak reti nak mandi sendiri, takkan nak biar.

Aidil yang suka marah dia bila dia tak tutup suis. Bayar bil elektrik pun nak berkira.

Aidil yang suka buli dia. menyampah. Lagi-lagi kalau jumpa abang-abang dia yang tak serupa orang tu. Mencik!

Tapi menyampah-menyampah dia, lengan orang tu la yang dia cari bila nak tidur. Bahu orang tu la yang dia cari bila dia rasa nak menangis. Telinga orang tu la yang dia cari bila dia rasa nak bercakap. Haha.

Itulah bahagia dia dan Aidil. Kalau dulu, dia pilih Safwan, tak mungkin situasi ni yang akan berlaku. Takmungkin bahagia ini yang dia rasa. Biarlah bahagia mereka tak sempurna, cacat dengan pergaduhan mereka, tapi itu bahagia Aisya-Aidil. Itu cara mereka bahagia. Tak dapat dia bayangkan hidup mereka tanpa gaduh-gaduh. Flat. Mendatar. Ibarat minum teh cina. Tawar.

Kata nak hidup sama-sama. Pandai-pandai la nak adjust apa yang kurangkan? Buat apa cari yang keburukan, kalau kebaikan seluas laut China Selatan. Buat apa cari Smeagol kalau Orlando Bloom depan mata. Haha. Apa kaitan? Takde kaitan. Cuma nak bagitau, dalam hidup ni, jangan asyik nak fokus benda buruk dan penderitaan kita yang dulu, kalau benda baik dan kebahagiaan ada depan mata. Kan?

*             *             *             *             *

“awak nak tau satu rahsia tak?” tanya Aisya.

 John McClane yang sedang berlari bersama Jack, tidak dipandang.

Aidil menoleh ke sisinya. Aksi Bruce Willis di tinggalkan sekejap untuk mendengar kata-kata isterinya.

“apa?”

“nak tau ke?

“awak nak bagitau ke?”

“nak kena bagitau ke?”

Aidil berdecit. Tadi dia yang nak bagitau rahsia, lepastu main-main. Mukanya dipalingkan ke depan, mengadap skrin besar di TGV Alamanda. Merajuk.

“nak tau tak ni?” tanya Aisya lagi sekali. Saja je nak main tarik tali dengan Aidil.

“ihhh. Cepatlah bagitau. Karang saya gigit hidung awak tu kang.” Ugut Aidil. Wajah Aisya dipandang sekali lagi.

Aisya tersenyum manis. Kepala ditinggikan, setara dengan telinga Aidil.

“I love you, infinity.” Bisik Aisya.

Aidil tersenyum. Aisya ni ada masanya, manis. Sangat manis.

“jom balik.”

“kenapa? Tak habis lagi ni kan?” tanya Aisya dengan dahi berkerut. Dia yang sebok nak tengok Die Hard 5 ni tadi, apesal tiba-tiba nak balik.

“nak tunjuk kat awak tahap sayang saya kat awak macam mana.” Usik Aidil sambil mengenyitkan mata, nakal.

“gila. Tengok tu diam-diam.” Marah Aisya. muka kembali di paling ke depan. Malu.

Aidil tergelak, perlahan. Kalau boleh nak gelak kuat-kuat, hati berbunga-bungakan? Tapi kalau kena halau karang, siapa yang malu? Dia dan keluarganya jugak.

Suka dengar ucapan Aisya. tapi dia lelaki praktikal, ucapan kena balas dengan perbuatan. Ehhhh..... tettttttttttt... part ni, takboleh cerita. Rahsia rumah tangga. Haha.

Kalau dia tahu dia boleh bahagia macam ni dengan Aisya, 14 tahun dulu, dia dah ajak Aisya bercinta. Tapi, perjalanan hidup kita, rahsia Allah kan?

Semoga Aisya-Aidil berkasih sampai syurga. Itu doa mereka. Amin.
;)

the end

habis dah. wait for another 'colour' ok? :)
 
 

28 comments:

Gee said...

bangun pagi memang terus ke cni. nak tau ending aisya-aidil. a big thank u to TT. pada pandangan peribadi akak, ending ini memaparkan realiti kehidupan sebenar rumahtangga (cam ckp tru experience, pulak ye..) Kena terima seadanya pasangan kita..insyallah bahagia ....

TT, I will be missing Aisya-Aidil. Keep on writing and insyallah I will be here again n again. Biru cite yg santai...cukup menghiburkan, ade berbagai rasa. Dpt release tension stress selepas penat ngan keja2 di opis tu...

Good luck and all the best to you, TT...I really enjoyed Biru dan juga DahliaHadif..

Ayu dzulkarnain said...

Amin.. semoga kasih Aidil - Aisya sampai syurga :)

thanks utk final chapter ni.. comei sgt!!

gud luck teruskan menulis cite2 sempoi yg penuh pengajaran mcm ni..

kbai!!

Hajar said...

Alhamdulillah. Biru dpt juga disudahkan dengan pengakhiran yg manis. Memang realitistik. Thanks for your awesome piece. Mudah2an ilham melimpah ruah untuk mengarang lagi. Aminn! :)

Good luck!

Zakiah Halim said...

insyaAllah... moga kasih aisya dan aidil bahagia hingga ke jannah... sungguh ohsem...so sweet... <3
tq Biru... ;)

ilazz said...

mmg ohsem sgt. Akak suka bangat.thumbs up! Semua up la... :)

Yuhaniza Jafar said...

Terbaekk6kk ♡♥♡♥♡♥♡♡♡♥♡♥♥♥♥♡♥♡♡♡♡♡♡♥♥♥♥♥♥ it..realiti kehidupan...8.

inochi said...

Besh..tnks TT

nxt crita wrna apa plak?

wanie wanieZ said...

wohooo!!! bravoo TT!!!! sweet! gle2! lawak tahap petala!penuh pengajaran walaupun dgn bahasa slumber badak! i looikkee!!! plg suke ayt neh> kalau nak tukar channel, guna kaki tekan butang kat tv!!! hahaha!!! series tingat zaman dlu kale! exactly!!mmg buat enggini dlu!!haha... oklah TT truskan mnulis cte yg gilo2 yerk!! sy sntse mnanti!!! Go TT!!! =)

strawberry.chocolate81 said...

TT!!!!!!!!!!!omo omo....sweet sangat n ske sangat2....tima kasih sebab telah menhasilkan karya yang sgt2 menarik n intersting nih....simple but it really nice....walaupun rasa cam x cukup lagi...still nak TT tambah cerita sbb cara penulisan TT tg menarik ni tp terpaksa rela terima yg kisah Aisya-Aidil dah tamat...kite tunggu warna PELANGI seterusnya. GANBATTE NE TT!!!

Anonymous said...

i cannot............thank you so much tuan tanah for this amazing story! serious sweet gilaaa. typical cliche or anything, i support happy endings. may Allah bless each and everyone of us our happy endings, His jannah, insyaAllah :)

p/s; ada harapan nak re-read balik cerita ni nnt lol

Anonymous said...

thumbs uo writer!memang best cerita ni n ending yang mmg puas hati!kalau dapat jadi novel, confirm i beli

AinaShukri said...

TuanTanah! one word for you : BEST!
seriously u pnya story lain sesangat!! kenapa? sebab ending tak mcm story lain, 'and they live happily ever after'. tu ending dlm novel yg selalu saya baca. sampai teringin nak suruk cik writer tu tmbah SE dgn scene gadoh2 hero-heroin.

“angkat kaki tu. Dah macam penguin cacat dah saya tengok awak!”
bnyak2 dialog saya suka yg ni! no reason, cuma tertarik dgn dialog ni. gamak aidil kata bini dia penguin cacat? so Aidil la..

Thanks again TuanTanah for making my day. :)

Amira Fahira said...

Dah lama cari blog tuan tanah nie sejak baca dahliahadif. And yet when i found there was BIRU. I really enjoy the marathon. WOHA, really appriciate ur karya. It was deeply terkesan dalam hati saya.Trimas yer! BTW, keep on writing. Aja-aja fighting.

Anonymous said...

may yr work be published one day, u r very talented! tqvm for sharing yr story: Hanina Abdullah

Kak Sue said...

semua orang bukannya sempurna... sebab tu Allah s.w.t menjadikan kita pasangan supaya kekurangan yang kita ada akan ada pada pasangan kita.... InsyaAllah akan bahagia....

Mama San said...

ending yg outstanding; rasa mcm bc SE berbagai versi, tak pernah dibuat org lain. Love ur writing, ur style; so individual!

norihan mohd yusof said...

pasti akk rindu kat pasangan nih...pd akk superb lh kisah depa berdua ni...tpp tunggu2 kn cerita camnih kat blog u dek...andai kisah nih hanya gambaran dr penulis...serase ingin mengecap kebenaran cam yg penulis novel2kn.hehehe...sape kn nk tolak bahgia,yg sume kite nk sampai syurga..dgn izin yg maha ESA.sukses selalu dek dlm berkarya...

baby mio said...

DAH HABIS KE.

Anonymous said...

Yeah.... ku suka.....

Anonymous said...

ye TT..
Cam besa BEST + Sempoi!!Suke!!tggu karya yg seterusnya..gud luck!!

Sufi (",)

Norana Said said...

oh y y y???? y i baru tau blog ni? y kawan2 x nak war2kan kat i awal2... tell me y???
sepetang dihabiskan marathon biru from intro until end. best, best & best. x sabar nak explore merah pulak...
wahai kawan2 darling sekelian.. jgn la sorok blog yg best2 dari i.. kenit hati kita tau...

MizaEija said...

sungguh ni... senyum sampai langit... =D

Anonymous said...

Terbaik la! Im loving it!

Mohammad Nor Azilawati said...

super duper serious memang the bestttttttttt :) keep up the good work!!!!

Norana Said said...

dah baca berulang2 kali (dr bab 1 until the end).. tapi still akan nangis teresak2...senyum meleret2...
pilu mcm hati disiat2, bahagia mcm melayang2.. best sgt2.

Anonymous said...

Huhuhu....bestnya story nih...tqvm tuan tanah. Time jumps jumpa part lawak..sampai meleleh air mata ketawa sakan.tqvm...kerana menceriakan hari saya...and pleaseeeee I want more colours after this

Anonymous said...

besttt....cukup terhibur macam tak puas pula ada sambungan lagi ke..?

Novel Mcdp said...

Hi,

Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk:"BIRU" yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

Sekian.


Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com


Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.