baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Sunday, May 12, 2013

Merah [6]


‘datang condo saya sekarang’

Membulat mata Qaisara membaca mesej dari Iyad.

‘kenapa?’

‘now!’

Heihh... apalagi mamat ni nak? Waktu kerja dah habis kot. Cukup-cukup meng’kuli’ kan aku. wuwuwuwu...

Jubah payung berwarna hitam di sarung. Selendang dililit kemas.

15 minit kemudian dia sampai di depan lobby condo yang di diami Iyad. Kereta di parking dan dia menunggu di depan pintu masuk.

‘bos, kat bawah’

 2 minit Iyad muncul di depannya dengan jeans dan tshirt Polo berwarna hitam.

Sedondon pulak kita.

Qaisara tersenyum nipis, imaginasi jauh sangat tu.

Iyad memandangnya atas bawah atas bawah.

“kenapa bos?”

“kenapa pakai macam ni?”

“apasal pulak? Bos panggil tiba-tiba, bos expect saya pakai ala-ala Britney Spears?”

Membulat mata Iyad mendengar jawapan selamba Qaisara.

“menjawab!” marah Iyad.

Qaisara menjeling. “ada mulut jawab la.”

“apa?”

“kenapa bos panggil malam-malam ni?” tanya Qaisara, lari topik.

“ikut saya jap.” Arah Iyad.

Qaisara memandang Iyad, curiga. Matanya dikalih kepada In dan Black dibelakang Iyad. Masing-masing menyampaikan mesej mata yang tak dapat dibaca Qaisara.

“pegi mana bos?” tanya Qaisara.

Tanpa mempedulikan soalan Qaisara, Black diarahkan mengambil kereta.

Menderum kereta membelah kepekatan malam. 11.30 malam kot.

Qaisara membuang pandangan ke luar tingkap. Tak lama kemudian baru dia perasan mereka memasuki Lebuhraya SKVE.

Banyak kereta-kereta mewah bersusun di tepi jalan. Lelaki dan perempuan masing-masing duduk berkepit. Bunyi deruman kereta dan muzik yang dipasang kuat bercampur.

Sreettt...

Bumm...

“Aduh!”

Kepala Qaisara terantuk ke kerusi depan.

“Sorry sorry...” kalut Black mendengar suara Qaisara.

Tanpa mempedulikan Qaisara, Iyad turun dari kereta.

“tempat apa ni abang Black?” tanya Qaisara sambil tangannya menyapu dahi.

“kenapa Sara datang? Dia nak jadikan Sara lauk malam ni!!” marah In kepada Qaisara yang tercengang-cengang di seat belakang.

“haaa?”

Tok tok!

Qaisara menoleh. Iyad mengetuk cermin tingkap dengan muka marah.

Perlahan-lahan pintu kereta dibuka.

“lembab!”

Belum sempat Qaisara turun, lengannya ditarik kasar. Meronta-ronta Qaisara cuba menarik tangannya kembali.

“lepaslah!!” marah Qaisara sambil menarik tangannya dari genggaman Iyad.

Tiba-tiba tanpa amaran tubuhnya ditolak ke depan dan terasa ada tangan lain yang menangkap bahunya. Qaisara mengangkat muka.

TJ.

Tangan TJ dibahunya ditolak kasar.

TJ ketawa berdekah-dekah.

“bro! Apa ni kau pass kat aku perempuan macam ni? Kau ambik Amanda yang bergetah, kau bagi kat aku hantu berselubung ni? hahahaha...” TJ menggeleng tak percaya. Pengikut-pengikutnya turut ketawa melihat penampilan Qaisara.

Qaisara merenung Iyad di depannya yang menarik senyum sinis. Black dan In masing-masing menggengam tapak tangan, cuba bersabar melihat Qaisara dipermainkan.

“ok la tu. Kau sesuai untuk perempuan macam tu.” Jawab Iyad dengan nada dingin.

“perempuan macam ni sesuai untuk penternak lembu je, King!” jawab TJ, menghina.

Qaisara kaku ditempatnya. Cuba bersabar mendengar penghinaan mereka.

“take it or leave it, TJ.” Tegas Iyad, malas nak berlama-lama di situ.

“kau taknak game dulu?”

“kau pegi practise dulu. dah yakin menang, cari aku.” balas Iyad, sombong.

TJ terdiam.

“ok. Aku ambik perempuan ni. nak rasa jugak perempuan berkelubung ni best ke tak. Kalau tak, boleh je passing kat budak-budak aku.” kata-kata TJ disambut sorakan anak-anak buahnya.

“dia kau punya waktu malam je TJ. Siang, aku punya.”

TJ mengangkat bahu.

Iyad mula melangkah meninggalkan mereka.

“oh by the way...” Iyad berhenti. “Amanda kekal aku punya.”

Mereka masuk ke dalam kereta. Sebelum berlalu, Qaisara sempat menghantar pesanan ‘jangan risau’ kepada Black dan In yang tayang muka bengang.

“so princess, kita nak mula kat mana?” TJ berpeluk tubuh memandang Qaisara.

Qaisara mengangkat bahu.

“jom.” Lengan Qaisara ditarik, tetapi ditarik kembali oleh Qaisara.

TJ menoleh.

“Don’t. Touch. Me.”

Mata bersabung.

TJ dengan muka tak percaya.

Qaisara dengan muka marah.

“wowww.. impressive. King hantar perempuan garang. I like that....” riak gatal mula terukir di wajah TJ.

Qaisara menjeling tajam.

“nama kau apa?”

“princess.”

“hahahaha...” TJ ketawa kuat. Boleh tahan perempuan depan dia ni.

“ok princess, dah ready?”

“ready apa?”

“bergumpal di atas katil?”

“teringin nak kena sambar petir ke?” tanya Qaisara dengan dahi berkerut.

“hahahaha. Not bad. I like you already. Jom!” ajak TJ, agak lembut.

“pegi mana?”

“balik rumah abang la adik manis...”

“nak tengok ic boleh?” tanya Qaisara masih dengan dahi berkerut.

“buat apa?” dahi TJ turut berkerut dengan soalan Qaisara.

“nak check, kita ni berbapakan orang yang sama ke?” jawab Qaisara, selamba.

TJ ketawa lebih galak.

“kau tak takut ke?”

“takut apa?”

“aku laukkan kau malam ni?”

“cakap pasal lauk, rasa lapar pulak. Jom mapley, kau belanja.” Ajak Qaisara.

Berkerut dahi TJ mendengar kata-kata selamba Qaisara.

“seriously?”

“ye la. kau teringin nak tengok aku pengsan kelaparan ke? Dah la Iyad takde kesedaran sivik tu panggil aku tengah-tengah malam. Dulu kecik-kecik tak belajar sejarah tamadun manusia ke apa?” Bebel Qaisara tanpa memikirkan dengan siapa dia bercakap.

“hahahaha...” TJ ketawa sambil menekan perut. Pengikutnya seramai 5 orang turut tersenyum, cuba menahan ketawa terhambur keluar.

“lepas makan buat apa?” tanya TJ sambil menjungkit-jungkitkan keningnya.

“kita fikir kejap-kejap lagi la. yang penting jom makan dulu.”

Tanpa menunggu persetujuan TJ, Qaisara melangkah masuk ke dalam Hachiroku kesayangan TJ.

Tj yang melihat perlakuan Qaisara menggelengkan kepalanya.

Siapa pun perempuan yang King hantar ni, she is interesting...

*             *             *             *             *

‘Terima kasih King kerana memudahkan kerja aku..’ Qaisara berbicara dalam diam.

*****

Tuan Tanah
"maaf kurang menyengat haha. idea banyak tapi otak belum stabil lagi. waktu siang dan malam aku pun masih kucar-kacir. maaf."

8 comments:

Hajar said...

Sara memang cool. Wonder apa dia nak buat dengan si TJ nih.. tapi si Iyad ni pun apa ke sengalnya nak simpan jugak si Amanda tu?

Anonymous said...

oh sengal sgt kan...hahaha klakar btl..keji punye ijad..

Anonymous said...

I like this kind of women.... Kasi pelangkung sama TJ tu... Lepas tu, bagi flying kick, backhand dan cakaran maut kat Iyad - the biggest mangkuk hayun.

strawberry.chocolate81 said...

huh????? pendeknye tuan tanah...x sempat nak cerna dengan baik pon agi cite dah abeh...hadoyy laaa....cepat la centre eh TT...dah lama neh tertangguh x sabar nak tau ape jadi seterusnya...

Norana Said said...

n3 yg dinanti2.. tp pendeknye... nak lagi... jgn marah ye, hihihi...

baby mio said...

pendeknya.

Norfazliyana Aziz said...

Merah is cool..so so coooolll..saya suka..hrp next entry lbh panjang..lebih gempak..lebih aksi..

wanie wanieZ said...

alaaahhh. pndeknye TT...bru angan2 nk tgk Qaisara laukkan Tj da kne potong...huhh