baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Wednesday, September 26, 2012

Biru [9]



[i]

Aidil cepat-cepat kemas mejanya. Tak sabar nak balik untuk berjumpa dengan kakak dan Aran......dan Aisya. Pagi-pagi bila buka mata saja, dia melihat mereka di tepinya, dia rasa sangat bahagia.

“Bi, jom.” Sofea masuk ke bilik Aidil.

Aidil mengangkat kepalanya memandang Sofea. Takpernah dalam sehari selama dia kenal Sofea dia tidak kagum dengan penampilan Sofea. Skrit labuh berwarna merah darah dari Zara Spring Summer Collection dipadankan dengan tunic top berwarna hitam dengan hiasan manik dari Roberto Cavalli dan dilengkapi dengan tudung Ariani. Red and black ankle cuffs dari Charles & Keith cantik tersarung di kakinya. Louis Vuitton Artsy MM bergayut di lengan kirinya.  Sekali tengok, Sofea seperti baru keluar dari majalah fashion.

“Lupalah tu. Kan you janji nak dinner dengan I malam ni. You jangan berani nak cancel.” Ugut Sofea namun masih dengan nada yang lembut.

“Ala baby. Sorry I lupa sangat. But tonight I...”

“Tak ada alasan ok. You sejak-sejak Aisya duduk sana, you selalu tak ada masa untuk I tau.” Muncung Sofea mula kelihatan. Aidil mengeluh.

“Fi, please. Jangan kaitkan Aisya. She’s nothing to me. I kan 2-3 days lately, busy sangat, hari-hari meeting dengan supplier. You faham kan?” Pujuk Aidil dengan lembut.

“Sebab you busy la I nak you temankan I dinner malam ni. Please, baby.” Ujar Sofea sambil buat muka kesian.

“Emm. Ok, kejap I nak hantar mesej jap.” Blackberry di keluarkan dari poket seluar.

‘Aisya, sorry. Saya keluar dengan Sofea. Say sorry kat Aran and kakak. Awak boleh bawak diorang kan? Jumpa malam ni.’ Sent.

Sementara itu, di rumah, ketika Aisya membaca mesej dari Aidil, dia sebenarnya sedang menunggu Aidil balik kerana mereka sudah berjanji untuk membawa kakak dan Aran ke taman permainan untuk main layang-layang.

Timbul satu perasaan sedih di hati Aisya apabila Aidil tidak menepati janjinya. Demi Sofea....

“Kids, jom. Daddy ada hal pulak. Kita pegi bertiga aje lah?” Aisya memandang kakak dan Aran yang seronok membelek layang-layang masing-masing.

“Alaaa... kan Daddy dah janji.” Rengek Aran, kakak pula menunjukkan wajah tak gembira.

“Tak apalah. Nak buat macam mana. Main bertiga pun best jugak. Jom.” Aisya berjalan 2 langkah sebelum menoleh ke arah kakak dan Aran yang tidak mahu bergerak.

“Kakak, Aran, please...”

“Ha, jom uncle teman sekali.” Tiba-tiba Alif muncul dari dalam rumah. Masih dengan pakaian kerja.

“Eh tak apalah Alif. Alifkan baru balik kerja, rehatlah. Akak bawak sorang pun tak apa.” Aisya menolak lembut. Segan nak menyusahkan Alif.

“Ala mummy. Tak ape la uncle nak teman. Jom uncle.” Aran melompat girang. Aisya mengeluh, malu dengan Alif. Namun Alif sengaja buat tak tahu dan berjalan masuk ke dalam Lancer merahnya yang megah.

Malam itu, selepas menghantar Sofea ke rumah, Aidil memecut laju pulang ke rumah. Sungguh dia tidak sabar untuk bertemu mereka yang jauh di mata dekat di hati. Sampai saja di rumah, Aidil kepelikan, dari luar rumahnya nampak sunyi dan malap. Kereta Alif dan papa tiada di parking. Tetapi kereta Aisya masih di tempat yang sama seperti pagi tadi.

Ruang tamu kosong, biliknya kosong.

Mana Aisya bawak Aran dengan kakak. Keluar dengan mama ke? Aidil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mula gelisah. Jam di kerling. 10 malam. Blackberry di capai. Ahh bateri habis. Dia baring di sofa ruang tamu, cuba untuk merehatkan badannya yang terasa lesu berkejar ke sana ke mari. Dan entah bila dia terlelap.

Tiba-tiba dia terasa pipinya sejuk dan ditepuk lembut.

“Aidil... Aidil... Bangun. Tidur dalam bilik.” Lambat-lambat Aidil membuka matanya. Cahaya silau membuatkan dia menutup kembali matanya.

“Aidil. Jom tidur bilik.” Sekali lagi pipi Aidil di sentuh lembut. Aidil membuka matanya lebih luas. Wajah Aisya yang sedang tersenyum menerpa masuk ke dalam retina matanya lantas tubuhnya di duduknya. Mata di gosok-gosok.

“Jom..” Aisya menarik tangan Aidil memaksa Aidil bangun. Aidil yang dalam mamai-mamai mengikut langkah Aisya. Sepanjang perjalanan ke bilik mereka, Aisya menggenggam tangan Aidil, takut Aidil jatuh.

“Daddy!!” Aran dan kakak terus memeluk kaki Aidil apabila Aisya membuka pintu bilik. Aidil yang asalnya mamai, terus sedar mendengar jeritan riang kakak dan Aran.

“Rindu sangat kat daddy.” Kakak menarik tangan Aidil dari genggaman Aisya dan menarik Aidil ke katil. Aidil duduk sambil menggosok matanya. Aran terus duduk di pangkuan Aidil.

“Pergi mana tadi?” tanya Aidil.

“Tadi kitorang pegi main kites dengan uncle Alif lepas tu uncle bawak kitorang makan lepas tu jalan-jalan. Best tau daddy! Tok mama dengan Tok Wan pun ikut sekali kitorang pegi makan. Kenapa daddy tak ikut? Kan daddy dah promise?” Tak berhenti Aran dan kakak bercakap. Aidil yang baru bangun tidur pening mendengar dua suara bergabung dan kadang-kadang bersambung-sambung.

“Best sangat ke?” tanya Aidil lagi, geram.

“Best! Tapi kalau daddy ada, laaaaagi best!!” jawab kakak dengan penuh perasaan. Kembang hati Aidil mendengar jawapan itu.

“Sorry la sayang. Tadi daddy ada hal dengan Aunty Sofea, kawan daddy. Esok kita pergi jalan eh?”

Soalan Aidil mendapat sorakan Aran dan kakak yang terlompat-lompat gembira. Mereka berhenti apabila Aisya mengarahkan mereka berdua ke gosok gigi dan ambil wudu’.

Aisya menghulurkan tuala kepada Aidil. Melihat Aidil masih dalam pakaian kerja, dia pasti Aidil belum mandi dan Isya. “Awak, jangan berjanji please. Saya taknak anak-anak saya belajar berjanji lepas tu tak buat. Please.” Kata Aisya sambil mengeluarkan baju dan kain pelikat Aidil.

Aidil terdiam. Dia tau Aisya marah dengannya tapi dia sendiri tak tahu nak cakap apa. Tanpa kata, dia terus ke bilik air bawah untuk mandi dan berwudu’. Masuk ke bilik, Aisya dan anak-anak sudah lena dibuai mimpi. Dia bergerak ke atas sejadah yang sedia di bentang Aisya. Takbir di angkat dengan penuh rasa insaf dan rendah diri.

Keesokan harinya, sebelum mereka bersarapan, Aidil menghampiri Aisya yang sibuk menyiapkan sarapan.

“Eh? Kenapa tak siap lagi ni?” tegur Aisya apabila melihat Aidil yang santai dengan jeans dan tshirt berkolar Polo.

“Aisya lepas ni awak siapkan budak-budak and awak pun siap sekali tau.” Ujar Aidil. Destinasi masih dirahsiakan.

“Nak pegi mana? Takpayah lah Aidil. Takkan awak tak pergi office. Apa pulak kata papa? Sofea?” Balas Aisya sambil mencedok mee goreng ke dalam mangkuk.

“Saya cutilah. Lagipun sayakan dah janji nak bawak diorang jalan.” Aidil menghulurkan penyepit mee kepada Aisya.

“Tak apalah. Saya faham awak kena kerja. Anak-anak pun faham...” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia menjerit dan penyepit mee terjatuh ke bawah.

Tangan Aidil yang berada di pinggangnya segera di tepis tanpa sedar. Tindak balas Aisya yang laju itu mengundang gelak Aidil. Baru dia tau Aisya ini rupanya penggeli orangnya.

“Don’t you dare!” Aisya menjegil. “Tengok, dah jatuh!” marah Aisya. Aidil segera mengutip penyepit yang jatuh ke lantai.

“Baik awak jangan banyak cakap kalau taknak saya buat lagi.” Kemudian dia sambung gelak. Lucu melihat wajah Aisya tadi.

“Hantu betul!” rungut Aisya sendirian. Habislah, Aidil dah tau bahagian sensitifnya.

Selesai sarapan, Aisya segera menyiapkan Aran dan kakak. Selesai menyiapkan mereka, dia pula bersiap dan turun ke bawah. Dari atas dia mendengar suara Aidil, Aran dan kakak ketawa. Entah apa yang melucukan.

“Jomlah.” Kata Aisya apabila melihat mereka masih seronok bergumpal. Aidil bangun membetulkan bajunya dengan senyuman masih di bibir.

Dia menoleh ke arah Aisya dan terpaku. Aisya mengangkat keningnya.

“Kenapa pakai macam ni?” tanya Aidil, serius.

Aisya membelek pakaiannya. T-shirt pink yang di beli ketika dia melancong ke Paris, Levi’s jeans dan selendang pink bercorak yang dibeli di pasar. Apa yang tak kena?

“Kenapa? Biasa je saya pakai macam ni?” tanya Aisya semula.

“Macam budak sekolah. Bukan macam isteri orang. Jauh sekali mak orang,” rungut Aidil.

“Lahh pulak dah. Habis tu nak saya tukar pakai kain batik dengan baju kurung kedah ke?” sindir Aisya. Mengada-ngada betul Aidil ni.

“Dia jealous la tu, kak Aisya.” Anish menyampuk. Aisya menoleh Anish yang jugak sudah siap.

Aidil tersengih. “Dah macam perempuan melayu terakhir lah pulak. Ha, jomlah.” Ajak Aidil. Tangan kakak dan Aidil di pimpin ke kereta.

Kereta Aidil meluncur di atas jalan raya. Riuh-rendah suasana kereta Aidil dengan kehadiran kakak, Aran, Anish dan Aisya. Ada saja perkara yang melucukan mereka.

“Nak pergi mana ni awak?” tanya Aisya buat kesekian kalinya.

“We’re going to Genting Highland!!” jawab Aidil, sengaja buat surprise.

“Yeayyy!!!” Aran dan kakak bersorak gembira. Akhirnya impian mereka tercapai.

Aidil memarkir keretanya di Gahtong Jaya untuk naik cable car ke Genting Highland. Aran dan kakak punyalah excited. Anish pula seronok melayan mereka berdua dan sekali gus memberi peluang kepada Aisya dan Aidil. Aisya sibuk membeli sweater untuk Aran dan kakak.

“Kenapa awak tak bagitau nak pergi sini. Saya takbawak pun sweater ke apa.” Rungut Aisya sambil menemani Aidil membeli tiket.

“Saja nak buat surprise. Ala, beli je la.”

“Mahal la. Lagipun saya ada je sweater. Membazir.” Jawab Aisya, masih tak puas hati.

Aidil senyum.

Naik ke puncak, segala jenis ride mereka naik. Untuk ride orang dewasa mereka bergilir-gilir naik, kerana Aran dan kakak tidak boleh naik dan perlu di jaga. Aidil pula inilah kali kedua dia datang ke taman tema ini dan dia rasa seperti remaja yang bebas. Keriangan hari itu sangat menyenangkan Aidil. Melayan Aran dan kakak, memberi satu perasaan bahagia di hatinya. Apatah lagi dengan Aisya yang sabar melayan mereka semua.

Habis semua ride, Anish meminta untuk berehat sekejap kerana kepalanya pening. Aidil mengerling ke arah Aisya yang menggosok tapak tangannya, cuba menghasilkan haba daripada geseran tangannya.

“Sejuk?” tanya Aidil. Pipi Aisya di pandang. Merah.

Aisya mengangguk laju. Aidil mencapai tangan Aisya dan digosok lembut. Aisya yang sedang kesejukkan hanya membiarkan. Selesa.

“Jomlah indoor pulak. Habis dah outdoor.” Ajak Anish. Dia tersenyum senang melihat kemesraan Aisya dan Aidil. Diam-diam dia merasakan Aisya dan Aidil sangat sesuai.

Mereka berjalan masuk ke dalam. Aidil perasan banyak mata yang mencuri pandang ke arah Aisya. Dia segera meletakkan tangannya ke atas bahu Aisya.

“Eh?” Aisya menoleh memandang wajah Aidil yang terasa begitu dekat dengannya.

“Sejuk.” Ringkas jawapan Aidil. Dia sendiri tak faham dnegan dirinya. Yang pasti, dia tak suka lelaki lain memandang Aisya dengan penuh minat.

Walaupun segan, Aisya tetap membiarkan Aidil memeluk bahunya kerana dia sedang sejuk dan hampir menggigil. At least, dalam keadaan itu, Aidil boleh berkongsi haba dari badannya.

Kalau di luar, mereka berseronok seperti tiada hari esok, di dalam, mereka menggila. Main main dan main sampai hari hampir senja barulah mereka bergerak pulang.

Aisya memusingkan badannya ke belakang melihat kakak, Aran dan Anish tertidur keletihan.

“Thank you awak.” Ujar Aisya kepada Aidil yang tenang memandu.

“It’s ok. Seronok tengok budak-budak ni main tadi. Happy je.” Jawab Aidil sambil menjeling ke belakang melalui cermin depan.

“Maunya tak seronok. Dah berapa lama mintak nak datang Genting, saya tak sempat pulak nak bawak. Oh, by the way, esok diorang balik tau.”

Aidil tidak menjawab. Sedih. Dia dah terbiasa dengan kehadiran kakak dan Aran di rumah banglo itu. Suasana sunyi kembali menyelubungi kereta hingga ke rumah.

[ii]

“Ok sayang daddy. Take care, jangan nakal-nakal tau.” Aidil melutut menyamakan ketinggiannya dengan Aran dan kakak. Sedih.

“Nanti kitorang mesti rindu kat daddy.” Kakak memeluk batang leher Aidil dengan manja.

“Rindu nanti datang sini ok?” Aidil cium dahi kakak dengan penuh kasih sayang. Dia jatuh sayang dengan anak-anak ini.

“Nanti kitorang mintak papa hantar kitorang kat sini.” Ujar Aran pula. Aidil terdiam. Mana mungkin dia akan berjumpa dengan ayah anak-anak ini jika ia akan menyakitkan hatinya.

“Ok, babies. Jom. Daddy pun dah kena pergi kerja.” Aisya memecahkan suasana sedih. Aidil memeluk Aran dan kakak serentak. Ikutkan hati, dia ingin ikut hantar mereka balik ke rumah mereka, tapi apakan daya, dia ada meeting dengan lembaga pengarah.

Hari itu, Aidil ke tempat kerja dengan lesu. Mengingatkan kakak dan Aran yang dah balik. Dan hari ini hari ke-8, bermakna, lagi 2 hari Aisya akan keluar dari rumah mama dan papa. Dan lagi teruk, dia masih tiada keputusan dalam perhubungan mereka.

Dia pasti, dia tiada sebarang perasaan cinta kepada Aisya. Dan dia pasti, hatinya masih ada bersama Sofea. Tapi kenapa dia takut untuk melihat Aisya pergi? Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan kehadiran Aisya di rumahnya.

Arghhh.... Jangan fikir. Biar masa yang menentukan segalanya.

Dan hari itu, untuk kesekian kalinya, Aidil pulang lewat ke rumah, sengaja mengelak dari Aisya dan ambil masa untuk berfikir.

Keesokan harinya, selesai solat Subuh bersama Aisya, Aidil terus menerus berdiam diri sehingga Aisya sendiri rasa pelik dan kekok.

‘Lunch together?’

Tanpa semangat Aidil membaca mesej dari Aisya. Baru nak tekan huruf ‘O’ dan ‘K’, Sofea masuk ke dalam bilik pejabatnya.

“Bi, lunch jom! Lepas tu, malam ni you teman I pegi fashion show boleh? I dah ada outfit untuk you. So, kita gerak terus ajalah dari office you takpayah balik rumah. Please.” Sofea bersuara manja.

“Emm... tapi...”

“No tapi tapi. You have to. Other answers, not accepted.” Ujar Sofea sedikit tegas namun masih manja.

“Ok.” Jawab Aidil, lemah. Hatinya menjerit-jerit ingin lunch bersama Aisya, tapi apakan daya.

‘Sorry, Aisya. Saya lunch dengan Sofea.’ Sent.

Ok. Tak ada hal. Malam ni saya balik lambat sikit ye.’

‘Ok. Take care.’

‘You too :) ‘

Aidil mengeluh. Lama matanya merenung nama Aisya di skrin Blackberry. Hari ke-9, bermakna esok habislah tempoh masa 10 hari mereka.

Tepat jam 7.30 malam, Aidil dan Sofea sampai di Zebra Square. Gilang-gemilang acara pertunjukan fashion koleksi Faz Lee. Di atas carpert merah, ramai selebriti sedang di temu ramah oleh pemberita dan pengulas fashion. Masing-masing bergaya dengan tema ‘Sexy Black, Hot Chilli’.

Kehadiran Aidil dan Sofea menarik perhatian ramai pihak. Aidil tampil bergaya dengan Classic Peak Lapel Tuxedo dari Ralph Lauren dengan Gareth Louboutin menyaluti kaki. Manakala, Sofea yang memang sedia bijak bergaya, sangat menyerlah dengan Vera Wang Sleeveless Assymetrical Red Chiffon Dress yang di pakai bersama Vera Wang Peplum Blazer dan Flare Skirt. Mahkotanya di litupi dengan Turban gabungan 2 selendang satin merah dan hitam. Gayanya dilengkapi dengan Shito dari Fash Bash yang tampak Sexy tersarung di kakinya.

Kerlipan flash dari camera sangat merimaskan Aidil walaupun Sofea nampak sangat gembira dengan perhatian yang di berikan. Demi Sofea, senyuman manis tetap terukir.

Seorang pengiring mengiringi mereka berdua ke seat yang sudah di reserved. Sofea yang seronok bersembang dengan seorang wanita yang penampilannya tidak kurang hebatnya di kerling. Jujur, dia tidak suka dengan pakaian Sofea hari ini. Memang cantik dan... sexy. Selepas kahwin, dia akan menjaga pemakaian Sofea. WAJIB!

“Bi, you tengok that guy yang pakai topi baseball tu,” mata Aidil mengarah kepada lelaki yang di maksudkan. “That one la, Lee, the designer.”

“Serious? Kenapa dia pakai macam simple je? Orang lain semua macam vougue ge de vass je?” tanya Aidil. Matanya masih melihat Lee yang sedang bersembang bersama seorang selebriti.

“Dia memang macam tu. Simple je. Tapi, you know, his collection, more than superb! I tak pernah jumpa lagi designer yang boleh lawan dia. Even yang tiruan pun, takboleh nak tiru dia tau. If possible, kita kahwin nanti, I nak dia design baju kita.” Sofea bercerita dengan teruja.

“Dah kahwin belum?” tanya Aidil lagi, sengaja menunjukkan minat.

“Kalau tak salah I, belum. Dia sangat private. Kalau you tengok designer lain, pegi bercuti canang satu dunia, dia sangat humble. And, people love him. Orang kata, dia tak pilih bulu, kalau datang sembang dengan dia, rasa macam dah kenal dari kecik.”

“You ni tau je pasal dia. Ni yang nak jeles ni.” Aidil mencemik. Sofea ketawa manja. Kepalanya di dekatkan ke telinga Aidil.

“Tapi you je boleh buat I berdebar-debar.” Bisik Sofea, menggoda. Aidil tergelak. Mama... nak kahwin cepat!!

“Assalamualaikum and a very good evening. Ladies and gentlemen, please be seated. We’ll begin shortly.” Suara pengacara majlis bergema. Masing-masing mula menumpukan perhatian.

“Hai hai hai. Welcome welcome welcome, selamat datang. Our handsome, attractive, lovely Lee, requested that our show today has to be conducted in Malay. So people or should I say, jadi orang... eh?” Hadiran ketawa.

“Hehe maaf, Lee. Joking. Lee mintak hari ini kita bersantai sambil menjamu mata. Anda sudah bersedia untuk memecahkan retina mata anda?” meriah hadirin menjawab. Sofea turut teruja.

“Belum lagi. Orang Melayu kata, tak kenal maka tak cinta. Jadi, kita mesti berkenal-kenalan dulu. I, Maria, akan menjadi pengacara anda hari ini. Ahaaa... kalau ada sesiapa yang berkenan dengan saya, boleh jumpa saya di belakang ok?” Celoteh Maria mengundang tawa hadirin.

“Jom kita berkenalan secara ringkas dengan Lee, walaupun saya rasa, semua orang tau pasal Lee. Lee, atau nama sebenar beliau, Fazlee, anak jati Malaysia yang baru berumur 29 tahun, yang berjaya mencipta nama di  seantero dunia. Design pertama beliau yang berjaya mencuri perhatian para designer terkenal, ialah sehelai dress longgar yang pada asalnya di buat untuk gadis tersayang. Dibesarkan sebagai manusia yang sangat merendah diri dan gemar bergaul dengan ramai orang, menjadikan Lee sebagai People’s Favourite Designer. Dan dan dan, jangan lupa bahawa design beliau, takpernah mengecewakan! Betul tak?”

Interaksi antara Maria, pengacara yang comel dan ceria bersama hadirin berjaya menghidupkan mood. Aidil yang pada asalnya mendengar secara acuh tak acuh, turut berminat dengan Lee, designer yang disebut-sebut.

“Jadi, hari ini, Lee, berbesar hati untuk menghidangkan semua koleksi terbaru beliau untuk santapan para peminat fashion. Dan dan dan, kita ada sedikit kejutan hari ini. Koleksi beliau, bukan sahaja untuk wanita-wanita anggun dan jejaka-jejaka kacak tetapi, koleksi kali ini, Lee akan turut menghidangkan anda dengan koleksi pakaian kanak-kanak yang saya akan kata, tuan-tuan dan puan-puan akan drooling. Dah sedia belum?!!”

Teruja. Itu yang terlukis di wajah setiap hadirin.

Lampu di malapkan, muzik background yang rancak di mainkan. Seorang demi seorang model wanita keluar mempergakan pakaian. Dalam hati, Aidil memuji koleksi Lee yang kebanyakannya menutup aurat dan menggunakan model yang berhijab. Hampir satu jam pertujukan fesyen wanita dan lelaki dewasa dan satu jam itu, masing-masing terpegun.

“Now now now. Tuan-tuan dan Puan-puan, Lee mempersembahkan koleksi terbaru beliau, Ma Babies!” Lagu Catch Your Falling Star oleh Perry Como, berkumandang. Seorang kanak-kanak perempuan berjalan dengan wajah ceria. Gown labuh gabungan warna pink biru, beralun mengikut rentak kanak-kanak tersebut. Sampai dihujung pentas peragaan, dia memberikan Flying Kiss yang mendapat sorakan hadirin.

“Cute kan? Saya rasa ramai yang boleh agak, itu hasil ajaran siapa tu.” Kata Maria sambil ketawa.

Kali ini, Aidil betul-betul teruja. Tiba-tiba dia teringat kakak dan Aran. Alangkah comelnya..... Dia leka memandang kanak-kanak comel berjalan di atas pentas, memperagakan baju masing-masing.

“Untuk pengetahuan ramai, kanak-kanak comel yang sebentar tadi menghiburkan kita adalah dari Rumah Anak Yatim Kasih dan segala pembelian untuk koleksi kanak-kanak Ma Babies, akan di sumbang kepada 10 rumah anak yatim seluruh Malaysia. Sambil membeli, kita menderma. Sekarang, tibalah masanya, kita memanggil Man of the Day, Lee untuk memberi sedikit ucapan penutup untuk hari ini.”

Kehadiran Lee di atas pentas mendapat tepukan ramai.

“Assalamualaikum dan salam petang, tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih kerana sudi datang pertujukan fesyen koleksi terbaru saya yang tak seberapa ini. Saya tak prepare pun nak cakap apa, Cuma saya seronok tengok anda seronok. Segala yang baik hari ini, datang dari Yang Esa dan yang buruk, datang dari Yang Esa juga dan disandarkan kepada saya. Cukup sekadar di sini untuk hari ini. Kalau anda sudi membeli koleksi saya, boleh jumpa dengan assistant-assistant saya yang bersedia untuk entertain anda. Atau anda boleh jumpa saya sendiri, tak ada masalah. Atau, boleh datang ke butik saya. Thanks thanks thanks. I love you all. Allah bless.” Tepukan gemuruh sekali lagi bergema.

“Terima kasih Lee. We love you more! Dari pihak seluruh crew, saya, Maria, mengucapkan terima kasih kepada tuan puan kerana sudi hadir. Jamuan di sediakan khas untuk anda. Dan makanan best ok, jangan lepaskan peluang. Thanks everyone. Untuk penutup, kami mempersilakan Lee untuk catwalk sikit, di iringi baby girl kesayangan memerangkap sumber inspirasi Lee, yang juga guru catwalk anak-anak dari Rumah Anak Yatim Kasih, dipersilakan!!!”

Lee berjalan di atas pentas peragaan sambil tangan kanannya melambai ke arah semua hadirin dan tangan kirinya memegang erat tangan seorang wanita yang cantik dengan dress labuh-longgar dari fabric chiffon dan lilitan selendang di kepalanya.

Hampir terkeluar biji mata Aidil melihat Aisya yang cantik berjalan berpimpinan tangan bersama Lee.

“Oh...my....god....Is that..... Aisya?” Sofea memandang Aidil yang masih terkedu. Sofea turut terkejut melihat Aisya yang muncul di atas pentas tanpa di sangka-sangka.

“Seriously? Oh my god... Oh my god.. I can’t believe this. She’s the girl yang selalu dengan Lee. Aidil, you tak tahu ke?” Sofea menepuk bahu Aidil yang masih merenung Aisya yang sudah turun pentas dan sedang berbual mesra dengan seorang tetamu wanita.

“Aidil!!” Sofea memanggil lebih kuat. Aidil tersentak, dia menoleh ke arah Sofea. Masih terkejut. Terkejut dengan kehadiran Aisya. Dan terkejut... Aisya terlalu cantik dipandangan matanya...

 “Jom say hi.” Ajak Sofea. Sofea bangun, di ikuti Aidil.

“Tak adalah. I tolong je. Nak design-design, memang I  takboleh. Kayu. Lee, he’s the best.” Perbualan Aisya turut di dengari Aidil dan Sofea yang berdiri di belakangnya.

Melihat Aisya selesai berbual dengan wanita tersebut, Sofea menyentuh bahu Aisya. Aisya menoleh dengan senyuman manis.

“Aisya...” Tegur Sofea lembut.

Aisya terkejut melihat dua manusia di hadapannya. Oh my Chanel. How comeeeee?

“Sofea... Aidil... What a surprise!!” Aisya cuba berlagak biasa.

“Sepatutnya kitorang yang cakap macam tu. Patutlah I dari awal rasa macam pernah tengok you. You la yang selalu dengan Lee tu kan?” tanya Sofea, teruja. Aisya gelak nervous. Takut melihat muka ketat Aidil.

“Tak adalah selalu. Kadang-kadang je. Mamat tu je yang overeacted.” Jawab Aisya sambil ketawa.

“Ha... sapa overeacted?” Sampuk Angah atau saat ini di kenali sebagai Lee. Tangan kanannya selamba memaut bahu Aisya.

“Hai Lee.” Sapa Sofea, saaaangat teruja.

“Hai, gorgeous. Name and number fon please.” Gurau Angah dengan ceria sebelum perutnya di senggol Aisya.

“Gatal!” marah Aisya. Sofea ketawa manakala Aidil kekal dengan muka ketatnya dan lebih ketat melihat Lee yang memeluk Aisya.

“I Sofea and this is my boyfriend, Aidil.” Sofea memperkenalkan dirinya dan Aidil.

“Aidil? Macam pernah dengar. Dear, is this...” Belum sempat angah menghabiskan ayatnya, Aisya mengangguk laju. “Wow wow wow..... Tak sangka dapat jumpa kat sini.”

So, dia kenal aku. Aidil merenung Aisya dengan tajam.

“Eyyy I admire gila your design. I ingat nanti wedding I, nak mintak you design. Boleh?” Ramah Sofea bertanya dan angah seronok melayan. Aisya menundukkan kepalanya seperti orang bersalah. Takut melihat renungan tajam Aidil.

“Why not? Kalau wedding you dengan Aidil, wajib I dengan Aisya datang. Dah ada tarikh belum?” Sengaja angah bertanya untuk memanaskan keadaan.

Sofea yang tidak sedar dengan situasi tegang itu, ketawa gembira. Bangga kerana Lee mengambil perhatian dengan hubungannya dengan Aidil. Dia terus bercerita dengan teruja kerana Lee turut teruja melayan celotehnya.

“Dear, layan Aidil kejap. Ajak dia makan. I nak bawak Sofea tengok baju kejap.” Sengaja angah tidak meninggalkan Aidil dan Aisya berdua. Teringin nak tengok situasi tegang antara mereka berdua menjadi panas.

Aisya yang tidak selesa ditinggalkan berdua dengan Aidil terus berjalan ke arah dewan yang menempatkan jamuan untuk tetamu. Pinggan di capai. Lasagne, Shepherd’s Pies, Apple Strudel dan Fruit Tartlets di letak serba sedikit. Langkah di ayun ke sebuah meja yang kosong. Aidil mengekor dari belakang dan turut melabuhkan punggungnya ke kerusi sebelah Aisya.

“Makan.” Aisya menyorong pinggan yang berisi makanan ke depan Aidil.

Aidil langsung tidak memandang makanan di depannya sebaliknya wajah Aisya di tenung tajam.

“Kenapa?” tanya Aidil dalam nada yang jelas sedang tahan marah.

“Em?”

Aidil mengeluh.

“Saya tak suka.” Kali ini nada Aidil lebih rendah dari sebelumnya.

“What?” tanya Aisya kembali.

“Saya tak suka awak kat sini. Saya tak suka awak pakai macam ni. Saya tak suka.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab saya tak sukalah.”

“Apehal pulak. Bukan saya buat salah pun!”

“Hukum mana awak pakai, kalau suami tak suka, awak rasa tak salah?” marah Aidil. Pertama kali Aisya lihat Aidil versi ini.

“Since when awak nak mengaku suami saya. And remember Aidil, tomorrow is my last day. By hook or by crook, awak kena buat keputusan.” Jawab Aisya, tenang namun ada kesayuan. Api jangan di lawan dengan api.

Aidil terdiam. Lama. Nafas di hela.

“Sedap tak food?” tanya Aidil lebih lembut. Betul kata Aisya, esok hari terakhir, biarlah hari-hari terakhir ini dia mencipta memori manis dengan Aisya. Hal Aisya dan Lee, biarlah Aisya sendiri yang jelaskan bila dia bersedia. Dan kalau betul Aisya dan Lee pasangan kekasih, dia akan lepaskan Aisya. Dia taknak Aisya tersasar lebih jauh.

Lama Aisya memandang wajah Aidil sebelum bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman.

“Nice gila. Rasalah.” Aidil mengambil sudu di tangan Aisya. Lasagne di rasa.

“Best. Awak makanlah sekali.”

“Malas nak bangun ambil sudu. Awak makanlah. Saya tunggu Lee dengan Sofea.” Tolak Aisya lembut.

“Sorry, tak dapat lunch sama tadi.”

“It’s ok. Saya faham.”

Aidil menghulurkan sudu yang terisi apple strudel ke depan mulut Aisya. “Nganga.”

Teragak-agak Aisya ingin menganga. Apehal Aidil yang beromantika de amor kat sini.

“Love birds.” Belum sempat Aisya menganga, angah menegur mereka. Sofea memandang Aidil dengan pandangan cemburu.

“Ha, amacam? Dah decide nak baju mana?” tanya Aisya dengan ramah.

“Dah. Sofea pilih Ombre Maxi. Sesuai sangat dengan Sofea.” Jawab Angah. “Eh, Sofea, Aidil, makanlah. I nak curik Aisya kejap. Ha, Sofea, apa yang I cakap tadi I serious tau. Nanti my next fashion show, I nak you jadi my model. Itupun kalau Aidil kasi la. Ok, nice to meet you guys. Makan sampai kembung tau. And Aidil, nanti I hantar my cinderella ni balik ok? Before 11, I promise.” Ujar angah. Aidil di salam.

Aidil memandang langkah Lee dan Sofea yang terlalu mesra di pandangan matanya. Mungkin dia memang perlu melepas Aisya secepat mungkin.

4 comments:

norihan mohd yusof said...

nape lh aidil tk nk buka mata n siasat lu sape aisya yg telah 10 hari disisi idup bagai suami isteri!ape tindakan aidil andai tahu salasilah aisya yg sebenar!!benar kah tiada cikit pun rase ati n rase cinta disudut ati aidil wat aisya??atau u sebenar nye dh blank dil!!!jgn u nyesal dah lh dil!aduh!sedeh lh dek menusuk kalbu akak dek Hukhukhuk n lov u so much aisya...

Anonymous said...

eaTak sabar nak tunggu hari ke10.... apa keputusan aidil agaknya? Sofea atau Aisya? dan apa rationalnya?

At the moment, i think that he would choose sofea over aisya... Coz he loves sofea and only adores aisya... but pls, he cannot choose both... I forbid it.... Noooooo.....

Anonymous said...

nak start skolah dah..??hehe...ok2...gud luck weihh...jgn lupa update cite ni wokeyyy...bestttt...!!!

sufi (",)

TuanTanah said...

hehe kak norihan ni memang bestlahh!

anon, chill chill. yang pasti memang takboleh amek 2-2. hehehe

sufi - rindu nak sekolah!!!! boleh belajar sambil sokseksoksek dgn member sebelah hehe ni baru nak soksek, lecturer dah pandang mcm nak makan wuwuwuwu