baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Monday, February 4, 2013

Biru [15]


“Irsyad dah siap dah?” tanya mama sambil membetulkan tudung Ariani berwarna pink muda. Mata dikerling ke arah Anish yang masih leka menonton tv.

“Anish!”

Kepala di toleh. “ Ha apa ma?”

“Ish budak ni. Irsyad dengan Didi dah siap?” tanya mama lagi dengan geram.

Anish mengangkat bahu. Mana nak tau kan? Bukan dia duduk sebilik dengan Didi.

“Heihh susah la cakap dengan kamu ni. Macam cakap dengan sofa.” Bebel mama sambil menapak menuju ke tangga.

“nenek! Hensem tak Syad?” dengan riang Irsyad turun dari tangga sambil membetulkan butang bajunya. Mama tergelak lucu.

“hensemnya cucu nenek. Daddy mana?”

“here, ma!” Aidil pula turun. Dengan gaya yang sama dengan Irsyad, membetulkan butang bajunya. Mama tergelak lebih kuat. Orang kata mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.

“kita nak makan kat mana ni?” tanya papa pula. Anish sekali lagi mengangkat bahu.

“atuk, atuk, kita makan kat tempat daddy bawak Syad hari ni jom!” ajak Irsyad dalam pelat-pelatnya. Papa mengangkat kening kepada Aidil.

“yang mana satu, Syad?” tanya Aidil, hairan.

“ala yang hari tu daddy jumpa kawan daddy. Kedai makan yang cantik tu.” Terang Irsyad dengan bersusah payah, tangannya digawang ke udara cuba describe ‘kedai makan’ yang di maksudkan.

“ohh kedai tu. Ok jugak. Sedap. Rasa macam makan kat rumah.” Aidil menggangguk. Teringat sambal belacan yang sangat umpphhh yang rasa macam familiar tapi best gila.

“tak kesah lah. Jom gerak sekarang. Papa dah nak pengsan lapar ni.” Ajak papa sambil mengusap perutnya yang kosong sejak tengah hari. Anish bangkit dari sofa dan menonong ke kereta tanpa mempedulikan yang lain.

Mama melihat langkah Anish dengan hati yang agak terguris. Entah kenapa Anish makin lama makin berubah, makin muram dan selalu duduk sorang-sorang. Dia rindukan anak bongsunya yang dulu, yang ceria dan selalu menjadi penghidup suasana.

*             *             *             *             *

Aisya yang monyok dipandang lucu. Ada jugak manusia macam ni. Safwan menahan gelak.

“please, Aisya. Customer ramai ni.” Pujuk Safwan. Aisya menjegilkan biji matanya.

“sebab customer ramai la aku taknak. Malu la weh.”

“kau nak malu apa? Dulu kau selamber je jamming depan orang ramai.” Balas Safwan sambil membetulkan hiasan Red Velvet.

“dulu kat mana, sekarang kat mana. Dulu mat salleh je yang tengok aku. Adoiii..” Aisya menggelengkan kepala. Skill dah berkarat, boleh pulak dia suruh pegi jamming atas stage.

“please....” pujuk Safwan sambil meng’lima posen’kan mukanya.

“fine fine. kau bayar aku double nanti. Dah la kena jadi sous chef, lepas tu tak memasal kena entertain customer kau. Aku tak kira double payment dengan jadi driver aku setahun.” Aisya menghentak kakinya menghala ke ruang depan stage.

Safwan tergelak lucu. Masaklah aku jadi driver makcik tu.

*             *             *             *             *

“syad nak makan apa?” tanya Aidil kepada Irsyad yang terjengkit-jengkit di atas kerusi. “duduk Iryad. Jatuh nanti.”

“apa-apa yang sedap la daddy. Daddy, Syad nak pegi sana kejap boleh?” pinta Irsyad sambil melompat turun kerusi.

“no. Orang tengah ramai ni. Nanti kalau hilang macam mana.” Halang Aidil sambil matanya menatap menu di tangan.

“kejap je daddy. Please.” Pinta Irsyad dengan muka sedih.

“meh Aunty Nish teman Syad, nak pegi mana.” Pelawa Anish. Dia dah pesan kat mama nak makan apa, boring pulak duduk-duduk je, jalan-jalan tengok restoren cantik ni best jugak.

“ok. Jangan nakal-nakal tau, Irsyad.”

Syad mengangguk ceria. Tangan Anish digenggam erat sebelum ditarik menghala ke dapur.

“eh, Syad nak pegi mana ni?” tanya Anish, panik bila menyedari hala tuju mereka.

“kejap la aunty. Syad nak cari aunty yang best tu.” Irsyad terus menarik tangan Anish menuju ke belakang.

Sampai di depan pintu dapur restoren, belum sempat Irsyad menolak, tiba-tiba ia dibuka dari dalam. Seorang lelaki berpakaian chef sambil menatang dulang berdiri di depan pintu.

“eh? Ye boleh saya tolong?” tanya Safwan sambil memandang kedua-duanya dengan pelik.

“errr...aa..” tergagap-gagap Anish cuba menajwab.

“uncle, Syad nak jumpa aunty yang best tu.” Segera Irsyad menjawab.

Berkerut-kerut dahi Safwan cuba memahami pelat-pelat Irsyad.

“aunty best? Aunty mana?”

“ala, haritu ada. Syad main tepung dengan aunty tu.”

Irsyad cuba menjenguk ke dalam dapur.

“uncle pun taktau la adik cakap pasal aunty mana. Tapi nanti uncle tolong carikan aunty tu ok. Tapi adik takboleh masuk sini. Dalam ni bahaya, banyak benda tajam. Nanti uncle dah jumpa, uncle suruh aunty yang adik cakap tu, pegi meja adik ok? Adik duduk meja mana?” tanya Safwan dengan ramah. Sesekali matanya menjeling ke arah Anish yang nampak tersipu-sipu malu.

Jatuh bahu Irsyad mendengar kata-kata Safwan. Kecewa tak dapat jumpa aunty. Tangannya di tunjuk ke arah meja yang diduduki mereka sekeluarga.

“adik pegi makan dulu dengan mama dengan papa. Nanti uncle tolong adik cari.”

Irsyad mengangguk sambil berpusing ke belakang. Tangan Anish dilepas. Kesian Anish melihat Irsyad. Teringin jugak nak kenal ‘aunty’ yang dimaksudkan sampai Irsyad nampak sangat kecewa tak dapat jumpa. Kepala di toleh ke arah Safwan, bibir di gerakkan mengungkapkan terima kasih. Safwan mengangguk sambil tersenyum manis.

Rasanya Safwan tau siapa yang di maksudkan. Sapa lagi kalau minah terlebih peramah tu. Kaki di atur ke depan stage. Kelihatan Aisya sebok men’setup’ di atas pentas.

Tak lama kemudian petikan gitar bergema dengan melodi Sweet Child O’Mine yang di bawa secara akustik. Safwan tersenyum melihat Aisya yang nampak santai memetik gitar. Teringat kenangan mereka di Southampton dulu. Waktu Aisya masih dalam keadaan tak stabil. Waktu tu, kalau Slash tengok Aisya goreng lagu dia, komfem dia menangis sambil hentak kepala.

Bila mata Aisya bertemu dengan matanya, dia tergelak. Perlahan-lahan langkah di atur naik ke atas pentas. Baju putih chef di buka dan di sangkut belakang kerusi di tepi pentas. Guitar Jimi Hendrix kesayangannya dicapai.

“lagu apa?” tanya Aisya sambil tersenyum riang. Terasa kenangan berulang kembali. Zaman gilanya bersama Safwan.

“lagu feveret la, apalagi.” Jawab Safwan dengan keningnya yang diangkat-angkat. Mic stand di tarik ke depannya.

“Assalamualaikum and a very good evening. How’s the food? Kalau tak best, tak menepati cita rasa anda, feel free untuk mintak yang baru ye. So, untuk menambahkan rencah rasa, jom kita jamming sikit. Enjoy your meal and enjoy our song.” Selamba je Safwan bercakap di atas pentas sambil di sahut sorakan dari pelanggan yang rata-ratanya sangat sporting.

Aisya tergelak sebelum tangannya lincah memetik strings menggabungkan tone-tone yang terhasil dari petikannya dan Safwan menjadi satu melodi.

Somewhere over the rainbow
Way up high,
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.

Somewhere over the rainbow
Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far behind me
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me

*             *             *             *             *

Bunyi sorakan menarik perhatian Irsyad yang makan tanpa selera. Kepalanya di toleh mencari arah bunyi bising sebelum bunyi petikan gitar catchy bergema di bahagian depan restoren.

“ada live band kot malam ni.” Kata Papa yang turut mengakat kepala memandang ke bahagian depan restoren yang agak jauh dari kedudukan mereka. Tambahan lagi, dari meja mereka cuma nampak bahagian tepi stage. Kelihatan seorang lelaki dengan seorang wanita lincah memetik gitar di atas kerusi tinggi.

“another Yuna la tu.” Balas Aidil tanpa minat. Sirloin steak dihiris cermat.

“daddy, I wanna go there.” Pinta Irsyad penuh perasaan.

“no. Finish your fish and chips first.” Arah Aidil dengan tegas. Manja, manja jugak. Tapi mana boleh semua benda nak ikut kepala dia aje.

Tercebek-cebek mulut Irsyad sambil mengunyah chips perlahan-lahan. Nak jumpa auntie...

“dia taknak, janganlah paksa. Muntah budak tu karang.” Tegur mama dengan lembut. Pelik kadang-kadang tengok Aidil ni. Angin tak kira masa. Dulu tak ada la teruk sampai macam ni.

“entah Didi ni! Jom aunty Nish bawak.” Anish bangkit dari kerusi dan mengangkat Irsyad.

Tanpa berlengah dia terus mendukung Irsyad menghampiri pentas di depan. Aidil menghantar langkah Anish dengan geram. Entah apa yang Anish marah sangat dengan dia. sejak dia dan Sofea bercerai, tak pernah sekali pun Anish cakap elok-elok dengan dia.

*             *             *             *             *

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?

Bunyi tepukan gemuruh membuahkan senyuman di bibir Aisya. Ahh kalau Safwan perform, mana pernah tak dapat tepukan gemuruh nak roboh bangunan. Suara sedap, muka boleh tahan. Patutnya dia jadi penyanyi bukan chef.

“aku nak pegi minum sat. Hang nak apa-apa?” tanya Aisya sambil meletakkan gitarnya ke tepi kerusi.

“mineral pon best jugak.”

Aisya mengangguk sebelum turun ke bawah sementara Safwan terus mendendangkan lagu. Syok sendiri, Aisya tergelak perlahan. Gurauannya dengan Safwan.

“err kak... kak Aisya?”

Langkah terhenti.

“kak Aisya...”

Perlahan-lahan badan dipusing.

“eh ni aunty!!”

“kak Aisya.”

“Anish.”

Tubuh Aisya di peluk erat. Melepaskan rindu. Irsyad di tepi tercengang-cengang.

“Alhamdulillah alhamdulillah. Lama Anish tunggu kak Aisya.” Anish mengetatkan pelukan sampai Aisya rasa sesak nafas.

“nish, akak tak boleh nafas ni.”

“haha. Akak ni suka potong scene sedih tau.” Pelukan di lepaskan namun tangan Aisya di genggam. “wow akak makin cun la sekarang.”

Aisya gelak riuh. “anish orang ke-700 cakap macam tu.”

“aunty..”

“eh ni...” berkerit dahi Aisya cuba mengingati di mana dia jumpa si kecil ini.

“aunty, bila nak main masak-masak lagi?” Irsyad menarik hujung baju Aisya dengan senyuman gembira. Dah jumpa aunty best!

“laaa aunty ni ke yang Syad cari-cari? Kenapa Syad tak cerita kat aunty Nish, kalau tak dah lama.... ahh.. ni la namanya takdir.” Anish tergelak lagi. Seronok berjumpa dengan kakak kesayangannya.

“jap-jap akak tak faham.”

“haaa.. kak Aisya, ni Irsyad. Anak Didi.”

Terasa kering darah Aisya mendengar kenyataan itu. Maknanya... Allahu akbar! Kepalanya mula berpinar-pinar.

“akak, jomla jumpa mama dengan papa.” Belum sempat dia bersetuju, tangannya di tarik oleh Anish.

Paksa rela dibiarkan saja tangannya di tarik oleh Anish. Irsyad hanya mengekor dari belakang. Dari jauh kelihatan kelibat mereka yang pernah meninggalkan kesan besar dalam hidupnya. Allah, bantulah hambaMu.

“mama papa, look!” suara ceria Anish menggamit perhatian mama, papa dan Aidil yang sedang berborak.

“astagfirullahal’azim. Anak aku!” mama menerpa menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Papa turut bangun menghampiri mereka.

Aidil? Masih terkaku di kerusinya.

“mana Aisya pegi? Papa dengan mama ada jugak pegi rumah ayah Aisya tapi tak ada orang. Takkan sebab Aidil, Aisya sekeluarga nak buang mama dengan papa.” Mama menggogoi sayu. Drama air mata di restoren Safwan.

“sorry mama, papa. Aisya ada je. Baru je balik sini. Ayah ada kat JB, urus projek kat sana. I miss you, mama, papa.” Balas Aisya, cuba menahan sedihnya.

“we miss you too. Lepas ni mama dengan papa takkan bagi Aisya hilang dah dari kami.” Papa mengusap ubun-ubun Aisya dengan lembut.

“kenapa semua orang nangis-nangis ni?” celah Irsyad. Pelik tengok semua orang peluk-peluk sampai tak peduli kat dia. tengok daddy tu, tengok aunty best ni tak berkelip.

Anish tunduk berbisik sesuatu di telinga Irsyad. Entah apa yang diracun ke otak si kecil itu sampai muka Irsyad bercahaya gembira.

“ye ke aunty Nish?” Anish mengangguk dengan senyuman nakal.

“yeay! Syad dah ada mummy!!” kaki Aisya dipeluk erat.

Terbuntang biji mata Aisya mendengar kata-kata Irsyad. Mama dan papa tersenyum simpul. Anish pulak ketawa nakal. Aidil? Dah kena sumpah jadi batu, tak bergerak dari tadi.

“err sorry kak Aisya. Chef dah sasau cari kak Aisya.” Seorang waiter menyapa Aisya.

“ha ok jap. Mama, papa, Anish, Aisya nak ke depan kejap.” Aisya meminta diri.

“chef? Aisya kerja sini ke?” tanya Papa, hairan. Setahu dia Aisya Electrician. Macam mana boleh ada kena mengena dengan chef?

“panjang cerita, papa. Nanti Aisya cerita ok? Aisya gerak dulu ye. Enjoy your meal.” Dia tunduk mencium ubun-ubun Irsyad, kekok rasanya bila tahu si kecil itu anak Aidil dan Sofea. Sebelum berlalu, Aisya sempat menghadiahkan senyuman ikhlas untuk mereka sekeluarga. Syukur rasanya dapat berlalu dari suasana yang menyebabkan dia rasa nak meletup.

*             *             *             *             *

“Ladies and gentlemen. Lagu terakhir dari saya, khas untuk permaisuri saya yang sentiasa ada susah dan senang saya, permysuri by Radhi OAG. And for your information, this is our favourite song. Enjoy!!” Safwan berceloteh sebelum memetik tali gitar yang menjadi kebanggaannya. Custom fret Abbey Dawn kot. Mau gila kalau hilang.

Aisya tergelak lucu. permaisuri la sangat. Jarinya turut memetik tali gitarnya. Mengiringi suara serak-serak basah Safwan yang selamba menggoreng macam goreng pisang. Hilang sejenak keresahannya berjejak kasih dengan keluarga Aidil tadi.

Imajin aku Tvmu
Transmisionku terbit untukmu
Dramaku produk khas siaranmu
Trans-sonet gelora Satelit Chinta

Imajin aku radiomu
Intermisionku orbit untukmu
E-ramaku rekord khas hiburanmu
Inter-planet kejora Ke marikh asth-mara WO’o'oo

per-MY-suri rumahku
per-My-suri radarku
per-MY-suri syurgaku.. wO’o'oo
Yang teristimewa

Imajin aku Vjmu
Transvisiku terbitan untukmu
Karaktorku ilhamkhas pedomanmu
Trans-fonik gelora satelit chinta

Imajin aku Djmu
Intervisionku orbit untukmu
Metaforku iltizamkhas buatmu
Inter-sonik kejora Ke-marikh asth-mara Wo’o'oo

Sedang Aisya taktau, dari jauh ada mata yang melihat, ada hati yang rasa senak melihat kemesraan Aisya dan Safwan. Hati tu berdetak marah setiap kali Safwan mengungkapkan perkataan ‘Permaisuri’ dengan penuh perasaan sambil menghantar mesej mesra melalui kerlingan mata. 


8 comments:

Unknown said...

awesome..frm ayna

Anonymous said...

haha...lamanya tunggu akhirnya...episode nie tak de air mata n tak de rasak sesa dada... hope happy ending...

Anonymous said...

Aisya, kasi torture sama Aidil... Dont accept him too readily. Dia yg reject you dulu tanpa belas... Now it's payback time... Ngeh-heh-heh....

Susah2 sgt, take a second chance on love but not with Aidil but with Safwan... Ngeh-heh-heh... (gelak ala2 zalim gitu...).

Anonymous said...

I vote for happy ending. Tak kira la sape hero, aidil or safwan, asalkan aisya happy. Heeee comel. Cik penulis, sila sambung. Thank youuuuu ;)

Kak Sue said...

Akhirnya terubat juga rindu kt Aisya....
Masa ni kita tengok macamana Didi nak ambil hati Aisya semula....
X kiralah siapa pilihan Aisya .... Safwan pun ok juga sebab masa Didi tinggalkan Aisya, Safwan yang ada disisi... tahu juga cemburu ya Didi.... rasakan

Seri Ayu said...

Salam, sebenarnya Aisya dan Didi ni dah cornfirm bercerai atau sebaliknya?

norihan mohd yusof said...

dah cerai ker depa nih?n nape lak didi cam jeles jer kat safuan....hilang rindu kat aisya yg lama menyepi ....heehee...

Anonymous said...

aiii tuan tanah!

Best!

Sila sambung yeh??

Sufi (",)