baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Saturday, September 21, 2013

Merah [12]

Ting tonggg...

Seseorang memicit loceng.

Dia mula terasa pelik. Di mana In dan Black?

Dengan jantung yang berdebar-debar, pintu dibuka.

5 orang lelaki bersongkok dan kopiah putih.

Ooooo....kay...

Nafas dihela, panjang.

“assalamualaikum.” Lelaki yang berdiri di depan memberi salam dengan muka serius.

“waalaikumussalam.” Jawab Qaisara, lembut.

“kami dari Jabatan Agama Islam Selangor. Kami terima aduan tentang cik bersekedudukan dengan lelaki bukan muhrim dalam rumah ni.”

Klise gila ayat.

“eh maaf encik. Setahu saya, bersekedudukan tu kalau saya tinggal sini, kan? Betul tak? Ke saya yang salah? Whateverlah. Masalahnya, saya tak duduk sini. Saya hantar orang sakit je ni.” terang Qaisara, dengan muka tak bersalah.

Dalam hatinya mula menyumpah Black dan In yang tiba-tiba hilang.

“tak kisahlah awak tinggal sini ke tak. Tapi sekarang awak di dapati berkhalwat!” lelaki di belakang pula bersuara, kasar.

“macam mana encik tau dalam rumah ni ada lelaki? Kot kot perempuan yang menyerupai lelaki ke?” Qaisara cuba melawak untuk kurangkan suasana tegang.

“awak jangan nak biadap sangat. Ini bukan masanya. Kami kena bawak cik dengan pasangan cik ke balai dan kena segera bernikah!”

Ek eleh. Poyo gila. Main kasar ye, tunggu jap!

“ok. Sebelum encik masuk, apa kata encik tunjuk kad kuasa encik dulu. Bukan apa, zaman sekarang semua benda kena ada black and white, encik.” Suara Qaisara berubah nada. Serius.

Mereka mula terpinga-pinga.

“cik, kami tau ni semua cara cik nak mengelat, tapi kami tengah bertugas ni cik. Jangan sampai kami guna kekerasan!” bentak seorang lagi.

“ha takpa, biar saya call polis. Senang-senang nanti kita konvoi je naik kereta peronda pegi balai. Kejap eh.” Blackberry di poket sweater di ambil dan berpura-pura menekan keypad.

“babi aa. Jom blah jom blah!” tanpa berlengah  kelam-kabut mereka lari.

Qaisara ketawa.

Orang dari pejabat agama mana boleh ber-babi-babi woiii. Haroommm!

“amatur.” Cemuh Qaisara. Lain kali nak berlakon, bagi lah real sikit. Mana ada tok lebai datang pakai jubah dengan supra. Blerghhh.

Tersedar dia masih di dalam rumah Iyad, cepat-cepat dia keluar dan kunci pintu rumah.

Karang tiba-tiba orang JAIS betul-betul datang. Kena kahwin dengan Iyad? Omaiiiii.

Dan mana pergi Black dan In.

Berkali-kali dia dial nombor mereka berdua, tidak berjawab. Qaisara turun ke kereta.

Dan terkejut.

In dan Black pengsan dan diikat di dalam kereta mereka.

Amboiii ini baru betul main kasar!

And most important, siapa yang nak sangat dia kena tangkap basah dengan Iyad ni?

And please lah. Klise ok. Asal nak paksa orang kahwin je, tangkap basah. Erghhh ingat semua orang yang kena tangkap basah tu kahwin ke?

Ok Qaisara, ada 2 orang tercedera ni. cut the crap!

*             *             *             *             *

Qaisara datang ke pejabat esoknya dengan kepala yang berpusing. Dia dapat tidur lepas Subuh tadi, dalam sejam je. Lepas balik dari rumah Iyad semalam, dia terus bawak Black dan In yang pengsan balik ke rumahnya. Mereka berdua telah dipukul dengan kuat di belakang kepala.

Lepas Subuh tadi baru kedua-duanya sedar. Itu pun masih pening. Mujur tak ada apa-apa kecederaan yang teruk.

Qaisara menopang dagu dengan tangannya, cuba mengawal rasa mengantuk yang menguasai matanya. Rasa macam ada buldozer bergayut-gayut kat hujung mata.

Jam tangan dikerling. Baru pukul 10.30 pagi. Semua orang sibuk buat kerja masih-masing. Iyad, Black dan In pon belum sampai lagi.

Entah bila matanya terpejam, tiba-tiba seseorang mengetuk kepalanya.

Cepat-cepat dia membuka matanya.

Iyad.

Sedang seronok ketawa. Dan tangannya memegang sebatang pen.

Qaisara mendengus.

“mengacaulah!” marah Qaisara. Peduli apa dia Iyad ni bos ke apa.

“amboi amboi. Nak kena potong gaji ke?” usik Iyad, ketawa masih bersisa.

“potonglah kalau berani. Ni dah kenapa bahagia sangat ni? where’s the grumpy-moody-Encik-Iyad? Semalamkan togak Everclear bertong-tong?” sindir Qaisara sebelum tersedar dia dah terlepas cakap.

“macam mana....”

“bos, ada budak baru masuk harini. Bos nak jumpa sekarang ke?” kak Linda dari HR menegur Iyad.

Qaisara rasa macam nak peluk kak Linda!!

“oh ok suruh dia jumpa saya. Sara, pegi basuh muka.” Arah Iyad sebelum masuk ke dalam biliknya diikuti Black dan In yang menjeling tajam kepada Qaisara.

Qaisara tersengih.

Eh jap.

Apa dia panggil aku tadi?

Sara?

Ewahhhhh. Mana hilang ‘Qaisara’?

Dengan malas Qaisara bangun dan berjalan ke bilik air.

Hampir 5 minit dia berdiri di depan cermin. Dengan mata tertutup.

Sebelum kak Linda datang memanggilnya.

“Qaisara, bos nak jumpa sekarang.” Dan terus berlalu.

Qaisara tersentak. Muka di basuh dan di lap kering. Lipstick NYX nude dicalit ke bibir.

Cepat-cepat dia keluar. Notepad di capai dan pintu bilik Iyad di ketuk.

“yes bos?” tanya Qaisara, menjenguk ke dalam bilik.

Seorang wanita membelakanginya. bersut, kemas. Blazer coklat, skirt hitam paras lutut dan kasut 4 inci.

“masuk Sara. Saya nak kenalkan kita punya accountant baru.”

Qaisara masuk dan berdiri di sebelah wanita itu.

Dan berpusing.

“hai....”

Terkejut. Tergamam.

“Maisara, ini Qaisara, PA saya. Nama korang beruda dekat-dekat samalah. Maisara Qaisara.” Suara Iyad bagai angin lalu.

Muka Maisara direnung tajam.

“hai. Maisara. Panggil Mai je.” Suara Mai jelas di telingan Qaisara.

“Sara. Heii takkan tidur lagi.” tegur Iyad. Pelik melihat Qaisara berdiri tegak tanpa reaksi tanpa pergerakan. Takkan tidur berdiri dengan mata terbukak luas pulak.

“er ha. Qaisara.” Tangan Mai disambut.

“Mai, awak dah kenal dengan semua staf kan? Kalau tak ada apa-apa, bolehlah sambung kerja awak. Dan selamat bekerja.” Iyad menghulurkan tangannya kepada Mai.

Qaisara berjalan keluar di belakang Mai. Di depan mejanya, dia menarik lengan Mai. Lembut. Taknak timbulkan apa-apa kepelikan dan kekecohan.


“apa kau buat kat sini?” tanya Qaisara, perlahan.

Mai ketawa.

“aku kerja la, kak.”

“kenapa kau kerja kat sini? Kan banyak tempat lain lagi?”

“apa soalan kau ni. dah rezeki aku dapat kat sini, takkan nak tolak.” Jawab Mai sambil membelek-belek kukunya.

Qaisara diam. Mai dah lain.

“sejak bila kau pakai macam ni? mana tudung kau?”

Mai mendengus.

“kak. Please la. Aku dah besar, ok. Ibu dengan abah pon tak bising. Why not, kita kerja elok-elok. Kita buat-buat tak kenal je. Simple kan?” balas Mai dengan muka bosan.

Qaisara terdiam.

This is Maisara. My baby sister. Not related by blood. But we shared the same milk from the same woman. So, biologically, she is my sister. Sooo, which part yang ‘buat-buat tak kenal’?

Melihat reaksi Qaisara, Mai mula mengangkat kaki untuk beredar.

“oh by the way, bos hensem gila. You are not dating him, aren’t you?” Mai memandang Qaisara sambil mengenyitkan matanya sebelum terus berlalu.

Lambat Qaisara memproses kata-kata Mai.

Inilah akibat tak tidur. Otak jadi slow.

Gmail di buka.

‘kenapa Mai ada kat sini?’ - Q

Sent.

*             *             *             *             *

“kenapa Maisara ada kat Rizal Corp?”

“sebab plan semalam tak jalan.”

“tapi kenapa hantar Maisara. Ini dah jauh melencong dari plan asal!”

“kita kena segera masukkan orang kita dalam keluarga Ali! Semalam plan kita gagal. Tukar plan. Maisara sanggup.”

“kau tau kan Qaisara tak bodoh?”

“sebab tu aku masukkan watak Maisara. Dia lebih bodoh hahahaha.”

“untuk?”

“goda Iyad.”

“kenapa?”

“minggu depan Ayana balik.”

“habistu Qaisara?”

“hampir sampai masanya kita hapuskan watak Qaisara.”

Mengeluh.

5 comments:

Miza Eija said...

Makin banyak persoalan yg perlukan jawapan ni....

Hajar said...

oh mai. Nasib tak klise. kalau tak memang dah tak follow dah. hahaha. oke, gud job writer. hihi.

Confuse, makin banyak tanda soal nih..

FarRaf RaFar 89 said...

Makin bnyk persoalan la...aduhai pning plak pale nk pk,hehehe...btw gud job TT,cpt ckit smbung n3 ek

Rose Ishak said...

hoishhh suspen2..

:: Wanie wanieZ :: said...

hadoii..fenin fenin...apekeheinye pulak ade maisara daa....