“assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”
“sehat?”
“emm.. biasa
la.” Jawab Aisya, malas. Jujur, saat ni, dia taknak di kacau.
Namun, dek
kerana dia tengok nama ‘Safwan’ yang naik di skrin Blackberry, terpaksa dia
angkat jugak. Sebab kalau tak angkat, dia jamin dalam masa 15 minit, Safwan
terpacak depan rumah ayah.
“jiwa sehat?”
“what do you
want, Safwan. Aku tak ada mood nak bercakap sekarang.”
“kahwin dengan
aku?”
“ha.ha.ha. so
funny. Dah lah. Aku penat.”
“no. I’m
serious. Like hell. Kahwin dengan aku, please.”
“in case kau
terjatuh, terentak kepala kat mana-mana, mybe I have to remind you again. Aku
dah kahwin, Safwan.”
“dengan lelaki
bodoh tu? Yang selalu buat kau menangis tu? Aku boleh jaga kau, Aisya.”
“lagi sekali kau
cakap suami aku macam tu, aku doakan kau terjatuh betul-betul. And yes, dia
selalu buat aku menangis. Tapi, dia jugak yang selalu buat aku bahagia.”
“alhamdulillah.
Aku ingat kau tak perasan semua tu. Go and tell him. Bodoh! Kau pengecut,
Aisya.”
Aisya terdiam. Terkesan
dari kata-kata Safwan. Betul, dia bodoh. Dia mampu cakap dengan semua orang, dia
sayangkan Aidil. Tapi depan Aidil, dia cari gaduh. Bodoh! Pengecut. Benar.
Dialah orangnya. Tapi dia pernah di tolak sekali, tak mampu untuk menerima
penolakan kali kedua. Bodoh ke dia?
“dia dah marah
aku, Safwan. Mulut aku tak reti jaga.”
“think positive.
Pegi jumpa dia. Jangan terlambat sudah.”
Diam.
“safwan, waktu
kau ajak aku kawin tadi, kau serious ke?”
“kalau 6 bulan
lepas aku tanya kau macam tu, yes I’m deadly serious. Sekarang, nay... aku doa
jugak supaya kau tak setuju hahaha.”
“ngeng. Apsal?
Ada benda yang aku taktau ke?”
Safwan terdiam.
“aku dah jumpa.”
“who?”
“orang yang aku
tunggu-tunggu selama ni.”
“alhamdulillah.
Sorry. Aku sebok dengan masalah aku sampai lupa kat kau. Sorry.”
“naaa... it’s
ok. Nanti ada masa, aku kenalkan baby aku kat kau ok?”
“emmm.. lepas ni
tak ada orang dah nak sayang aku kan?”
“kau mintak kena
sekeh eh? Sayang aku kat kau sampai bila-bila. Aku abang, kau adik. Cuma mybe
lepas ni berubah la kot. Kau kakak, aku adik. Hahaha.”
“maksud kau?”
“tak ada apa la.
Ok. Aku chow dulu. Apa-apa hal, aku sentiasa ada untuk kau.”
Aisya tersenyum.
Ahh Safwan. Tak sabar nak berjumpa dengan ‘baby’ yang dimaksudkan Safwan.
Syukur ya Allah.
Kerana mempertemukan Safwan dengan seseorang dan tak mengharap pada dia lagi.
* * * * *
Aisya terjaga.
Terduduk. Bagai terdengar suara Irsyad memanggilnya.
Matanya melilau
kiri dan kanan. Hanya dia di dalam bilik itu.
5.30 petang.
Dia terlelap
selepas Asar. Patutlah kata orang tak elok tidur selepas Asar. Tapi, badannya
terasa letih. letih otak. Letih mata.
Tubuhnya di
baringkan semula. Mata dipejam.
Tak lama
kemudian terdengar bunyi pintu biliknya di buka. Sengaja dia keraskan badan,
buat-buat tidur. Mesti salah seorang dari abang-abangnya masuk nak ajak makan.
Tiba-tiba
pipinya disentuh. Lembut.
“mummy...”
Suara itu
bergema lagi. Tak. Ini cuma mimpinya.
“mummy. wake-up.
I miss you.” Sesuatu melekat di pipinya. Kali ini agak lembab.
“mummy...”
tubuhnya digoncang.
Perlahan-lahan
matanya di buka. Takut semuanya cuma mimpi.
Si kecil berdiri
di depannya dengan dengan sengihan lebar.
Aisya terpegun.
Matanya dikedip beberapa kali.
“ya Allah. Anak
mummy...” langsung tubuh kecil Irsyad di tarik ke dalam dakapan. Habis seluruh
muka Irsyad di cium penuh kerinduan.
“mummy. Syad tak
boleh nafas.” Tercungap-cungap Irsyad cuba mengambil nafas.
Aisya tersenyum
dalam air mata. Pelukan dilonggarkan.
“mummy jangan la
nangis. Tok ayah cakap mummy selalu nangis. Irsyad pon selalu nangis.” Air mata
di pipi Aisya dikesat dengan tapak tangannya yang kecik.
“Irsyad datang
dengan siapa?” dia mengharap nama si dia keluar dari mulut Irsyad.
“dengan mama. Eh
lupa pulak. Tok ayah panggil mummy turun.” Tangan Aisya ditarik.
Mama? Sofia? Air
mata di kesat. Rambut dirapikan sebelum keluar.
Sampai di
bahagian bawah, ayah, alang dan abang chik sedang bersembang dengan Sofia di
ruang tamu.
“assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”
Sofia bangun bersalam dengan Aisya.
Aisya langsung
duduk di sebelah ayah. Irsyad pula duduk di pangkuannya.
“amboii... dia
dapat mummy dia, terus lupa kat mama kan?” usik Sofia namun dalam nadanya, ada
sendu.
Aisya tersenyum
hambar. Irsyad leka bermain dengan ultraman di tangan.
“adik dengan
Sofia bincanglah. Ayah dengan abang-abang kamu ke dapur.”
“no. Uncle,
Fahril and Faizal, please, duduk dengan kami. Apa yang saya nak cakap ni, biar
uncle and the guys jadi saksi. And guys pun tahu sebenarnya hal ni. Let’s reveal the unspoken truth.” Tegas Sofia
bersuara.
Aisya pula
terpinga-pinga.
“and saya nak awak tau Aisya, Aidil taktau pun
saya datang sini. Seminggu lepas, Aidil call saya mintak ambik Irsyad. Dia kata
dia rasa tak sedap badan, takut jangkit kat Irsyad. But then, this little guy
asyik menangis je sebut nak mummy nak mummy. and here we are. Aidil, saya pun
tak tau mana dan macam mana dia.”
Aidil sakit?
Teringat muka Aidil seminggu yang lepas. Asyik nampak lesu.
“Aisya. Saya
sentiasa kalah dengan awak. Awak sedar tak?” tanya Sofia dalam senyuman hambar.
“dulu Aidil.
Sekarang Irsyad. Again and again.” Nafas dihembus sebelum menyambung.
“3 tahun lepas,
sebelum saya dengan Aidil nikah, saya dah dapat rasa, hati Aidil ada kat awak.
Tapi dia selalu nafikan. Tapi, bila kitorang pegi honeymoon, dia macam nak
cepat balik. Everyday, dia akan cakap, dia nak balik cepat, kononnya rindu
dengan mama and papa. Mulanya, saya percaya je. tapi bila kitorang touchdown
KLIA, dia cepat-cepat dial number Uncle Redza. Bila dia tau awak dah pegi, muka
dia kecewa habis. And saya tak penah nampak muka dia lagi terus daripada tu.
And masa tu saya tau, dia nak balik cepat bukan sebab mama or papa. But because
of you, Aisya.”
“kenapa awak
bagitau saya semua ni?” tanya Aisya, perlahan.
“dengar dulu
cerita saya. Baru awak fikir balik. Sebab saya tau, Aidil takkan bagitau awak
semua ni. Apalagi uncle and your brothers.”
Dia berhenti
sekejap. Air oren diteguk.
“and lepas awak
pegi, dia jadi lain. Jadi workaholic and pendiam sikit. Bila dengan saya, dia
buat-buat ceria supaya saya tak sedih. Saya ingat sekejap je dia macam tu, saya
layankan aje sebab bagi saya, mybe dia sedih awak pegi tak tunggu dia. 3 years,
Aisya. Takkan takpernah sekali pun awak tak terfikir, kenapa Aidil tak penah tengok
awak kat sana. And awak salah kalau awak fikir Aidil takpernah ada niat nak
pegi sana jumpa awak.”
“lepas 6 bulan
kami kahwin, saya jumpa flight ticket and detail untuk homestay. Kat
Southampton. Ye, dia plan nak pegi kat awak. Without telling me anything.
Hancur hati saya. Berhari-hari saya menangis. Sampai la saya sakit. Ingatkan
sakit sebab hari-hari menangis. Rupanya saya mengandung. Aidil happy sangat.
Seriously, saya tak penah tengok dia se-happy tu sejak awak pegi. Dia jaga saya
macam princess. Sampai saya terlupa terus pasal flight ticket tu. And Aidil pun
tak pegi mana-mana sejak saya mengandung.”
Diam menarik
nafas panjang.
“lepas bersalin,
saya nekad, saya nak sambung buat modelling. Aidil mengamuk waktu tau saya dah
sign contract dengan my agent. Tapi saya bagi syarat, kalau nak saya cancel,
ceraikan awak. And you know what, dia diam. Diam, I mean senyap sunyi. Tak
bertegur langsung dengan saya. And dia yang uruskan Irsyad waktu saya busy
dengan modelling saya. I know it was a silent protest. Tapi saya degil, saya
teruskan je. Sampai saya buat dosa yang sampai sekarang saya menyesal.”
Sofia diam
sebelum mengesat air mata yang mengalir dari hujung mata. Senyuman cuba diukir.
“saya bercinta
dengan agen saya sendiri. Saya tak sedar bila masa saya jatuh cinta and how it
happened. Sampai la saya mintak cerai dengan Aidil. And awak menjadi alasan
utama saya. Bersungguh-sungguh Aidil mintak saya fikir balik, mintak saya fikir
pasal Irsyad. Tapi, orang kata cinta tu buta. Dan saya yang bodoh. Bila Aidil
taknak ceraikan saya, saya failkan permohonan cerai kat mahkamah. And Aidil,
being his-nice-guy side, setuju untuk ceraikan saya. Dia taknak orang pandang
serong dengan saya kalau saya mintak fasakh. And again, stupid me. Bila saya
bercerai, agen saya lari dengan duit saya. Dan saya, tinggal
terkontang-kanting. Takde Aidil, takde Irsyad. Tak ada sesiapa pun.”
Sofia diam.
Menunggu respon Aisya.
“sekarang awak
nak balik dengan Aidil?” tanya Aisya, penuh berhati-hati.
Sofia tergelak.
“I wish. Tapi saya
tau, Aidil takkan balik dengan saya. Never. Saya kenal Aidil, Aisya. Dia boleh
bersabar. Tunggu dan terus tunggu. Tapi, bila dia dah pegi, dia takkan patah
balik. And he’s so in love with you, Aisya. Dari dulu sampai sekarang and saya
doakan sampai bila-bila. Saya bukan watak perempuan jahat dalam novel or drama
melayu, Aisya. Typical. Asyik-asyik watak perempuan rampas-merampas. Saya still
ada pegangan agama. Dan saya tau perasaan sakit sebab lelaki.”
“tapi..”
“tapi, awak
tengok saya mesra dengan dia? gelak-gelak, lunch sama?”
Teragak-agak
Aisya mengangguk. Sofia melemparkan senyuman nipis.
“waktu awak
jumpa saya kat Alamanda tu, saje je peluk lengan Aidil, nak tengok muka awak
jealous. Even Aidil cakap muka awak takde perasaan, tapi saya perempuan. I can
sense a jealousy there. Awak taktau, lepas awak balik, Aidil basuh saya
cukup-cukup. Marah betul dia bila saya peluk lengan dia. takut awak salah
faham. Siap tanya saya, macam mana nak buat awak jatuh cinta dengan dia.
punyalah serabut mamat tu.”
“and then, awak
nampak saya dengan dia kat restoren Padang tu, actually, saya terjumpa dia kat
situ, lepas dia lunch dengan client dia. saya pun tengah lunch. Kitorang
sembang biasa je. and he was so happy bila cerita pasal dia dah bagitau awak
yang dia sayang awak. Serious. Dia happy gila. Siap cakap malam tu, dia nak
bawak awak dinner. Just two of you. Somewhere special. Sepanjang dia cerita tu,
dia asyik senyum je. and because of you, Aisya.”
“awak special
sangat, awak tau tak? Lepas awak pegi, rumah mama dengan papa sunyi betul.
Anish pun berubah jadi pendiam. Kuat betul efek awak kat semua orang.”
“and Irsyad.
Thanks to you. Sebab awak, dia dapat kasih sayang yang cukup. I’m not a good
mother. Tengok la, baru duduk dengan saya sekejap, dah menjerit nak awak. Tipu
la saya tak sedih. Tapi saya anggap ni hukuman bagi saya. Apa yang saya dah
buat kat awak, Aidil and Irsyad, lebih teruk dari tu. Thanks sangat.”
Tangan Aisya
digenggam.
“demi Irsyad,
awak balik la dengan Aidil.” Kata Aisya dengan mata bergenang. Baginya Sofia
lebih berhak sebab Sofia dan Aidil ada ikatan iaitu Irsyad.
“seriously,
Aisya. Stop saying that. Muak saya. Ayat drama gila. Fikir kebahagiaan awak.
And most important, Aidil sendiri. Dia bahagia dengan awak, Aisya. Bukak mata
awak, mata hati awak. Tengok kasih sayang dia untuk awak. Irsyad, biar la dia
ada 2 orang ibu yang sayang dia. dia duduk dengan awak, dia ada ramai yang bagi
dia kasih sayang. Cuma saya mintak, kalau boleh sesekali, saya nak luangkan
masa dengan Irsyad.” Pinta Sofia, sayu.
“awak ibu yang
lahirkan dia. kenapa nak minta izin dengan saya. Bila awak nak datang, awak
datang je. kan Irsyad kan?” irsyad yang tak faham apa-apa, mengangguk.
“go. Cari Aidil.
Jangan tangguhkan kebahagiaan awak dengan Aidil.” Sofia menepuk tangan Aisya.
Aisya tersenyum.
Dalam hatinya kusut. Macam mana nak pujuk Aidil.
“saya balik dulu
la. Irsyad, mama balik dulu. Meh sayang mama.” Tangan di hala ke depan
memanggil Irsyad.
Namun Irsyad
menggeleng. Sebak Sofia melihat gelengan anaknya.
“Irsyad, mummy
cakap apa haritu? Kalau sayang daddy, mama, mummy, sayang semua orang, nanti...”
“Allah
sayang...” sambung Irsyad.
“haa... kalau nak
Allah sayang, pegi peluk mama, cium mama. Cakap kat mama, Irsyad sayang mama.”
Irsyad mengangguk dan memeluk Sofia dengan erat.
Sofia memandang
Aisya dengan mata yang bergenang. Bibirnya menyebut ‘thanks’ tanpa suara. Aisya
membalas dengan senyuman.
Selepas Sofia
balik, dia duduk di ruang tamu dengan Ayah, alang dan abang chik.
“betul ke?”
tanya Aisya. Wajah ayah direnung. Macam susah nak percaya cerita Sofia. Takkan
la sampai macam tu sekali.
Ayah menarik
nafas panjang. Sebelum bersuara. Biar harini Aisya tau semuanya. Dah lama dia
berhajat nak bagitau Aisya, cuma Aidil yang asyik menghalang. Kalau terus
terang dari dulu, mungkin anak bongsunya sedang bahagia sekarang. Ini tak,
dua-dua ikut kepala sendiri.
“lepas adik
pegi, boleh kata selang 3 hari Aidil call tanya pasal adik. Selalu jugak dia
datang sini tengok ayah. Sampaikan bila dia nak bercerai dengan Sofia, dia
jumpa ayah tanya pendapat. Cuma waktu tu, Aidil tak cerita dengan spesifik
kenapa dia nak bercerai. And now I know. Adik taktau, waktu tu, Aidil macam
hilang pedoman. Selalu la dia datang tidur sini, lepak dengan kitorang. tapi lepas dia dengan Sofia bercerai, dah jarang sangat datang sini. ayah pun selalu kena stay JB dengan along.” Kata
ayah dengan tenang.
“aah dik.
Kitorang nyaris bertumbuk waktu first time dia datang sini dulu. Nasib baik
ayah ada. Kalau tak, lama dah arwah suami awak tu. Along la paling ganas. Marah
betul along bila Aidil berani tunjuk muka kat sini 3 tahun lepas. But then, we
saw something. Sincerity. Dia ikhlas, dik. Pasal adik rapat dengan Safwan pun
dia tau. Setiap pergerakan adik dia tau. And bila dia tau pasal adik dengan
Safwan, dia menitik jugak la air mata jantan dia. Serius. Tapi kalau adik tanya
dia, mesti la dia tak mengaku. Kitorang yang tengok pon rasa nak menangis guling-guling
sekali.” Sampuk alang sambil matanya melekat di skrin tv. Exaggerate.
Patutla dia
tengok Aidil dan abang-abangnya macam kamceng gila. Pelik jugak sebab
sepatutnya kan abang-abangnya boikot Aidil atau belasah Aidil cukup-cukup sebab
buat dia lari jauh-jauh. Rupanya.....
“pegi la cari
Aidil. Rasanya dia tak pegi mana pun. Kat rumah sana jugak. Tak payah bawak
Irsyad. Kitorang jaga.” Ujar abang chik pula.
“Irsyad duduk
dengan tok ayah, pak lang dengan ayah chik nak? Malam ni kita jalan-jalan. Nak
tak?” tanya ayah kepada Irsyad yang leka bermain.
“nak nak!”
teruja muka Irsyad.
Aisya tersenyum.
“macam mana
kalau dia marah?” tanya Aisya, gusar dengan penerimaan Aidil nanti.
“berapa lama
sangat la dia nak marah. Gunakan kuasa magismu sebagai isteri...”
Pappp.
Bahu alang
dipukul kuat.
Ayah, alang dan
abang chik ketawa kuat. Seronok melihat muka tersipu-sipu Aisya.
Sekarang baru
dia dapat cantum puzzle hidup dia, yang bercelaru. The missing piece of my own
puzzle. Dia dah jumpa. Dan dia faham. Baru dia faham kenapa Aidil nampak marah
sangat dengan dia malam tu.
Macam mana dia
terseksa di Southampton, Aidil, jauh lagi teruk. Terpaksa berhadapan dengan
masalah yang bertimpa-timpa. Perlu menggalas tanggungjawab jaga Irsyad
sorang-sorang.
Now, masa untuk
dia dan Aidil bahagia. Dia neked. Biarlah apa saja yang berlaku, dia akan
pertahankan kebahagiaan dia dan Aidil.
Real Aisya is
back in action.
* * * * *
25 comments:
fighting aisya... chaiyokk...haaha tq TT
suka.... sgt....
Yay! Ok dah, tak nak marah Aidil. Haha. So Aisya, jgn tunggu lelama. Fight for your happiness! :)
chaiyok aisya...
hmmm....suka sesngat ....senyum smpai tlinga..:-)
hola hola... lambat pulak entry sampai kat akak. ngee... sebenarnya tak nak komen sbb nak tunggu the magic seorang isteri... :)
ark...ark...excited!!!! cpt2 pujuk aidil tau >_<
go Aisya go..alahaiii den yg berdebar2 plak ni pekehenya hahaa..okeh aisya inilah masanya nak kelip2 mata,harap aidil jgn muncung teruk sgt hohoo..
oh-oh don't tell me safwan dgn anish skrg? laju betul mamat tu. tak miss sesaat pon! go! aisya go!
come on aisya...aidil is waiting for u..♥♥
BEST..
aduhai...aisya cepat2 lh pegi pujuk hubby cayang tuh...cian lh plak kat aidil nih...tp cam dh nampak jer bunga2 bahgia depan mata...sweet lh kot nyer bile aisya pujuk2 syg hubby..up lg dek...teruja sih...
pujuk laa Aidil. majuk tuh. go aisya go. dapatkan cintamu. hehe
yeayyyy!!!! cpt2 aisya jmpe aidil!!!
aisya, aja, aja fighting...
ok ok ..x sabar nak tunggu n3 baru ...hehehe...go aisya go
amagadddd go aisya gooo! hehehe
thnkssssssss bagi citer yg best super the besttttt hehehehehe...x sabar nk tgu sambgn
Owh...best...sambung cepat ya...
Chaio aisya!!
safwan nk kt anish kot...
go go go aisya... cpt cari aidil, peluk dia ketat... ngeee...
Sessi memujuk plak...i like....
yes.. u g0 girl ~^o^~
Post a Comment