baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Monday, May 27, 2013

Merah [9]



Mulut dilap dengan napkin.

Punggung diangkat, kerusi ditolak.

“washroom.” Kata Iyad kepada Qaisara yang setia berdiri di belakang kerusinya.

Qaisara mengangguk. Iyad berjalan pantas diikuti In dan Black.

Seperti biasa, kalau Iyad ke tandas, dia akan tunggu di lobby.

Harini Equatorial Hotel tak ramai tetamu, lengang. Dia melabuhkan duduk di sofa. Kepala disandar ke belakang.

Penat, lapar, letih, semua cukup.

Kadang-kadang dia tertanya-tanya, bila semua ni akan berakhir. Terasa harinya semakin hari semakin lambat berjalan.

Papp!

Dia tersentak apabila bahunya diketuk oleh sesuatu. Dengan pantas dia menoleh.

TJ tersengih-sengih.

“bengong! Kalau aku ada sakit jantung, lama dah gol!” marah Qaisara. Bahunya disapu.

“garangnya!! Buat apa kat sini?” tanya TJ sambil melabuhkan duduk di kerusi satu seat sebelah Qaisara.

“tunggu bos la. Kau buat apa kat sini?” tanya Qaisara kembali.

“saja. Habiskan duit bapak aku hahaha. Mana bos kau yang kerek tu?”

“washroom.”

“apesal macam badmood je? PMS eh?” usik TJ. Qaisara berdecit geram.

“laparlah.”

“ehh kau dah ada kat hotel ni, takkan tak makan?” tanya TJ, pelik.

“bos aku je yang makan.”

Berkerut dahi TJ mendengar jawapan Qaisara. Tak sangka Iyad sekejam ni.

“jomlah aku belanja makan.” ajak TJ.

Qaisara menggeleng.

“mana King? Meh aku cuci sikit hati dia. eh lupa dia mana ada hati perut.” Marah TJ. Kot iye pun ‘sejuk beku’ berpadalah, ingat pekerja dia ni robot, takpayah makan?

Qaisara ketawa perlahan. Lucu.

“kau kerja dengan aku lah, princess. Aku bayar double?” pelawa TJ, serius.

Geleng.

“triple?”

Geleng.

“ok. Triple, dengan package dapat aku, seumur hidup, amacam?”

Bukkk.

TJ mengaduh kuat.

“sakit la bodoh!” marah TJ. Bahunya diusap. Sengal gila. Confirm. Tangan dia buat dari besi.

“aku dah kata, TJ, hari cerah, dia, aku punya.” TJ dan Qaisara serentak menoleh. Iyad berdiri dengan kedua-dua belah tangan di dalam poket.

Qaisara mencebik. Ingat cool sangat la tu posing gitu?

“ini lunch hour, she’s not yours. I’m taking her to have her lunch, King.” Balas TJ, dia bangun dari kerusi berdiri mengadap Iyad.

Iyad tersenyum sinis.

“bila aku cakap, hari cerah, maknanya waktu siang, tak kira pukul berapa. Faham?” tanya Iyad dalam nada dingin.

“you wanna follow him or me, princess?” tanya TJ, tegas. Matanya merenung Qaisara dengan tajam.

Qaisara mula rasa bersalah. Ikutkan hati, memang nak ajak je TJ ni lari. Tapi...

“sorry, Jazlan. He’s my boss.” Jawab Qaisara, perlahan.

TJ terdiam sejenak sebelum mengangguk. Faham keadaan Qaisara.

Iyad menarik senyum nipis sebelum berlalu ke depan meninggalkan mereka berdua.

TJ menghulurkan sekeping kad. Qaisara mengambil dan menarik senyum ceria sebelum mengikut langkah Iyad.

Di dalam Alphard, Iyad kelihatan sibuk dengan Ipad-nya. Qaisara yang kebosanan membuang pandangan ke luar tingkap.

“princess, huh?” tiba-tiba Iyad bersuara.

Pantas Qaisara menoleh, memandang Iyad yang masih membuat sesuatu pada Ipad.

“pardon?”

Iyad menarik senyum sinis. Mata masih menatap skrin Ipad.

“so princess, nak makan kat mana?” Ipad ditutup. Mata Qaisara ditatap tajam.

Qaisara tarik muka. Sindir la tu.

“i’m asking you, PRINCESS. Nak makan kat mana?” tanya Iyad, perkataan ‘princess’ sengaja ditekan.

Qaisara menggeleng.

“nak makan kat mana?” tanya Iyad lagi.

Qaisara mula nak marah. Buta ke orang dah geleng? Tak hingin nak makan semeja dengan awak lah!

“no thank you.” Jawab Qaisara dengan nada rendah.

“nak makan kat mana?”

“hishhhh!!” Qaisara mendengus kasar. “i’m not hungry!”

Krukkkk...

Senyap.

Janggal.

Qaisara menekan perutnya. Kurang asam punya perut! Mengkhianati tuan!

Iyad membuang pandangan ke luar. Cuba menyorokkan senyuman yang berbuah di bibirnya.

“Black, singgah mana-mana restoren.” Iyad memberi arahan dengan nada suara yang cuba dikawal. Ohh please nak gelak guling-guling!

Qaisara rasa nak menyorokkan muka sendiri dalam karung plastik sampah! Dannnn.... Dah kenapa mamat ni baik nak bawak pegi makan?!?!

*             *             *             *             *

“awak nak makan apa?” tanya Iyad kepada Qaisara yang membeku di kerusinya.

“apa-apa je la.” Nada malas digunakan. Tengah fikir sebenarnya, kenapa orang depan dia ni baik sangat harini?

“Qaisara...”

“hishh.... nasi goreng kampung, air tembikai laici.” Jawab Qaisara, pantas. Black dan In yang berdiri di belakang Iyad dijeling.

Iyad menatap Iphone di tangan. Sunyi seketika.

“bos, boleh tak bagi In dengan Black makan sekali? diorang pun ada perut jugak.” Tanya Qaisara, selamba. Tengah lapar, malas nak berlapik-lapik. Kasi sound sampai sedar je Iyad ni. Ingat dia je ada perut?

Iyad mengangkat muka memandang Qaisara. Seminit, dua minit, matanya masih tidak berganjak.

Boleh tahan jugak Qaisara ni, hatinya berbisik, nakal.

“bos! Nampak tak garfu ni tajam? Kena mata ni, boleh bercalar retina.” Qaisara mengangkat garfu.

Iyad tersentak. Senyum ditahan lagi.

“Black, In, duduk.” Tanpa menoleh ke belakang, Iyad memberi arahan.

Black dan In kelihatan teragak-agak untuk duduk. Tetapi apabila nampak isyarat mata Qaisara, mereka terus duduk dan order makanan.

Suasana masih senyap antara mereka. Tiada siapa pun cuba membuka topik perbualan. Iyad masih asyik dengan Iphone-nya, makanan sampai, dia masih tidak mengangkat muka. Qaisara mula bosan.

“bos, tengok tu ada awek cun!” jerit Qaisara, teruja!

Iyad mengangkat muka dan menoleh ke arah yang ditunjuk Qaisara.

Seorang wanita yang agak tua sedang melintas jalan bersama seorang lelaki muda.

Dia menoleh ke depan, memandang Qaisara.

Qaisara selamba menyuap nasi ke dalam mulut tanpa mempedulikan pandangan Iyad. Black dan In tunduk menyorokkan senyuman masing-masing. Dah biasa dah kena main dengan Qaisara macam tu.

“kenapa bos?” tanya Qaisara tanpa rasa bersalah.

“Qaisara...” aura dingin mula kelihatan.

“iye bos?”

Darah mula menggelegak. Mana ada perempuan berani mainkan dia macam tu. Dah la tu, buat muka tak bersalah pulak.

“alohhh bos, why so serious? Nak rasa nasi saya?” pelawa Qaisara. ajak-ajak ayam je sebenarnya.

Iyad mendengus dan kembali menatap Iphone.

Black dan In berpandangan, menghantar mesej mata.

Ada bau-bau lain macam.......

Fakta, Qaisara cuma bermain macamtu dengan orang yang dia SELESA je.

*             *             *             *             *

“Ali dah mula curiga.”

“so?”

“kita kena cepat!”

“haha. Relaks... Ali tak tau siapa kita.”

“mana kau tau?”

“dia takkan hantar penyangak kampung macam budak dua orang tu kalau dia tau siapa Qaisara sebenarnya.”

“kau pasti?”

“lebih 20 tahun aku kenal Ali.”

“jangan sampai dia tau pasal Qaisara.”

“haii.. risau nampak? Dah mula sayangkan Qaisara?”

“lebih 20 tahun aku kenal Qaisara...”

“hahahaha. Dari dulu aku dah cakapkan, jangan senang-senang nak sayangkan orang. Ganggu kerja kita je nanti.”

Senyap.

“bila nak bertindak?”

“tak lama. Tak lama. Sampai masa, dalangnya akan muncul sendiri. Sabar.”

“penyangak Ali kat mana sekarang?”

“Ranjit uruskan kat Puncak. Dengar kata Ranjit kurung dalam bilik gelap. Kalau ikut aku, hapuskan je, senang kerja kita.”

“kau makin kejam. Bukan budaya gagasan kita!”

“hahahaha. Sampai bila kita nak terus ‘baik’ dengan musuh kita?”

“ingat pesanan abang. Jangan buat benda bodoh!”

“hahahahaha. Kau memang setia.”

“dahlah. Aku nak kau make sure Qaisara selamat! Dia je senjata kita sekarang!”

*             *             *             *             *

17 comments:

Anonymous said...

aduhai...byknya misteri...x sbarnya

>><<

Anonymous said...

Part happy2 & joke2, I suka.....

Part konspirasi theory, I baca laju2 jer....

Kesimpulan => I'm a hopeless lomantika de amour... Hahahaha....

Hajar said...

Adoi, jangan kata diorang ni nak pergunakan Qaisara je sudah..

strawberry.chocolate81 said...

huh????? kenapa rasa dah seme owang x leyh dipercayaii dah sekarang ni eh???seme cam ade kepentingan sendiri je n masing2 nak menggunakan Qaisara je...cian dia

Fini said...

aaiiihhh.......nak baca habisss....

Norana Said said...

makin best.. :)

Anonymous said...

misteri gila,, curiosity semakin meninggi

wanie wanieZ said...

hurmmm misteri misteri..byk bnor persoalan skrg neh!!! ape2p0n mcm biaselah TT!!! TERRRBAAEEKKK!!!!

baby mio said...

X FAHAM SIAPA SEBENAR YANG JAHAT.

Anonymous said...

Tlg jgn kata in & black yg jahat ahhhhh aku confused

nur syahidah zulkifli said...

Update cepat.. Setiap hari bukak blog ni.

nur syahidah zulkifli said...

Nak new entry.....hehe

Puteri Basfa said...

uwaaa bila nk update ni..da tak sabar nk tau cerita seterusnya

Anonymous said...

hari2 buka blog,kot2 ade sambungan...cpt2 smbung next n3.

Anonymous said...

Plz sambung cerita ni...

Anonymous said...

Sambung la lg cite ni writer

Anonymous said...

sabar dan terus bersabar... nak paksa xbole sbb kesian kat TT, time limit n idea gempak bukan dtg slalu tp rsenya TT tu born with bombastika+kreatif idea...jadi kena banyak doa je supaya TT dpt bnyk time untuk relax tp still duit masuk... haha kejadahnya... biar..biar TT senang hati senanglah TT nak update cite merah sentiasa...ameen~~

p/s: luve u TT... kn best klau de mind cam TT...sempoi habisss