baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Saturday, March 30, 2013

Merah [1]


“apahal lagi ni?” kedua-dua tangan di silang ke dada.

“budak tu cari pasal, Sara.”

Kedua-dua lelaki yang menikus di depannya dipandang geram.

Bam!!

meja di hentak dengan tangan. Sakit oi. Tapi cover macho.

“kan Sara dah bagitau, jangan buat hal. Ni kali ke berapa dah?” naik seoktaf nada suaranya.

Kedua-duanya diam. Takut nak jawab.

“last warning. Kalau abang Black dengan abang In tak berubah jugak, buat lagi, you know the rules.”

Kedua-duanya mengangguk sebelum bangun dari sofa.

Sara mengeluh. Penat. Penat menjaga orang besar. Kalau budak kecik tu boleh kena sebat, kasi pengajaran. Orang besar boleh buat apa, heihhh..

Qaisara. Maknanye permaisuri.

 Dalam sesetengah hal, aku terpaksa bertindak macam permaisuri. Heh. Permaisuri yang tak ade raja. Ala-ala Queen Elizabeth gitu. Haha. Merepek. Aku anak tunggal, takde abang takde adik takde kakak. Oh ye, takde mak tak de ayah jugak. Sedihkan hidup aku. Tapi jangan tertipu dengan semua tu. Hidup aku, takpernah rasa kekurangan abang kakak adik, mak atau ayah. Serius.

Aku duduk kat Berinchang, puncak Cameron Highland. Alaaa, Cameon Highland yang orang duk canang-canang sejuk la, strawberry la. Aku duduk dengan ibu, abah, adik perempuan dengan abang-abang yang semuanya lelaki. Aha! Mesti orang pelik, tadi kata tak ade mak, ayah, abang, adik. Tetiba pulak ada. Ibu dengan abah ni, ibu dengan abah susuan aku. Adik perempuan aku, Maisara, adik susuan aku. Abang-abang ni semua pekerja ladang yang tinggal dengan kitorang. Ok, aku tipu. Sebenarnya bukan setakat pekerja ladang, diorang ni semua ‘penjaga’ aku.

Tak faham kan? Aku sendiri pon tak faham dengan perjalanan hidup aku. Orang luar nampak, macam normal, sebenarnya, huru-hara. Nak aku cerita ke? Ok fine, aku cerita tapi make sure siapa yang tau ni, kena jaga-jaga sebab lepasni, korang akan sentiasa diburu. Takut tak, takut tak?

And satu lagi, dah tau cerita aku ni, jangan nak dok compare-compare perjalanan hidup aku dengan sebarang cerita di kaca televisyen. Hah skema kan. Ok stop merepek.

Mak ayah aku meninggal waktu aku umur baru 6 bulan. Meninggal dunia kena tembak waktu nak selamatkan aku daripada kena bunuh. Takpayah nak over sangat terbayang cerita Harry Potter ye, aku lempang karang. Mak ayah kena bunuh dengan pistol bukan kayu sakti avra kedavra. Lepas mak ayah meninggal dunia, ibu dengan abah bawak lari aku naik Berinchang ni. Abah tu orang kanan ayah aku dulu.

Haaa mesti tertanya-tanya kenapa ‘orang kanan’ bukan orang kiri, atau orang belakang atau orang depan kan? Kenapa mak ayah aku kena tembak? Kenapa aku nak kena bunuh?alkisah, Ayah aku, ketua kongsi gelap paling berkuasa kat Malaysia. Aku ni waris tunggal. So, korang relate la semua sekali, jadila satu cerita. Dah dah, takpayah nak bayang cerita Gokusen pulak. Tu drama Jepun, ni realiti hidup aku. Serius.

Duduk kat Berinchang ni, abah bukak ladang teh, kebun sayur dan ladang strawberry. Rumah aku ni kadang-kadang jadi private homestay untuk pelancong. Tapi kadang-kadang je la. Kalau aku rajin. Semua guna duit hasil tinggalan arwah ayah. Dulu waktu aku kecik lagi, semua abah yang uruskan. Sekarang, aku dah 22 tahun, abah serahkan balik kat aku. Abah kata dia nak honeymoon pulak dengan ibu. Gedik gila.

Pelikkan kongsi gelap tapi bukak ladang, homestay bagai. Sebenarnya, aku dah isytihar pencen. Cukup-cukup la. Ingat best ke kongsi-kongsi gelap ni? Bergaduh, makan duit haram, bergaduh lagi. Puiihh. Abah kata, dulu waktu arwah ayah muda-muda, dia la bapak segala kaki pukul, lepastu buat bisnes seludup senjata api dalam kontena yang import export marshmallow. Ye sila bayangkan marshmallow yang lembut-lembut cair di mulut tu. Entah hape-hape je seludup senjata api dalam bungkusan marshmallow. Macam takde idea lain. Tak ganas betul. Seludup la dalam timbunan terompah kayu ke, penyapu lidi ke. Ini marshmallow. Seriously?

Bila kawin dengan arwah mak, ayah insaf. Woii mak anak imam oii. Haruslah insaf lepas kena tarbiyah dengan arwah atok aku haha.

Lepas insaf, ayah still tak tinggal kongsi gelap dia, tapi tinggal segala duit-duit haram tu. Dia jaga kawasan je. lu langsi lu mati. Eh tak. Lu masuk kawasan gua buat hal, kepala lu, cari la tempat lain. Ha macamtu la kot. Kongsi gelap lain takut gila dengan arwah ayah sebab dia memang kaki pukul tak pernah kalah.

Lagi satu, ayah yang damaikan semua kongsi gelap yang berprestij kat Malaysia ni. banyak nyawa ayah korbankan untuk benda ni. Siap ada MOU, ok. Lepas tu, Ayah bukak bisnes construction kat KL. Ada lagi sampai sekarang tapi bisnes partner dia yang jaga. Aku pantau dari jauh je. aku bahagia kat sini. Tak ada siapa kenal siapa aku sebenarnya kat sini.

Kitorang hidup macam satu keluarga kat sini. Lelaki-lelaki gagah perkasa yang kerja dengan aku, semua pengikut setia arwah ayah. Adat kongsi gelap, sekali kau masuk, sampai mati kau takkan keluar. Tapi kat aku, siapa nak stay, stay. Taknak, boleh blah. Nak join, silakan. Dan aku sangat tegas bab-bab menjaga keharmonian. Tak. Aku bukan wakil PBB. Cuma aku tak suka tengok orang gaduh. Selagi boleh tahan, tahan. Tak tahan, hentak 2-3 kali cukup la. Takyah nak lebih-lebih.

Yang abang Black dengan abang In tadi kena marah pun sebab tu jugak. Bergaduh. Aku tau diorang tak salah. Tapi, aku taknak diorang cedera dan mencederakan. Jangan sampai orang detect kitorang kat sini. Sekali orang dapat detect kitorang, kena pindah tempat. Heihhh...

“Sara.” Tepukan dibahu menyentak lamunan Qaisara.

Ibu berdiri di belakangnya sambil tersenyum manis. “fikir apa tu?”

“tak ada apa la, bu. Abah mana?” soal Sara, cuba lari dari topik.

“kat ladang lagi. Kejap lagi balik la tu. Jom minum kat taman?”

Sara mengangguk dan bangun mengikut langkah ibu ke taman belakang rumah.

Dulang ditatang ke gazebo belakang rumah mereka. Ayah duduk bersila menghilangkan lelah manakala ibu pula memicit belakang ayah. Ahh ibu dan ayah, takpernah tak romantik. Sara tersenyum gembira.

“ayah, ibu, minum.”

“terima kasih. Pandai anak ayah buat air.” Kepala Sara yang berlapik tudung diusap.

“dah setel ke problem dengan pengilang tu, ayah?”

“dah. Alah, benda kecik je. bincang sikit-sikit dah la.” Sara mengangguk. Ayah memang macam tu dari dulu. Releks je.

“pasal Black dengan In macam mana?” tanya ayah kembali, muka maintain releks.

Sara melepaskan keluhan.

“Sara dah cakap dengan diorang dah. Sara risau la ayah...”

“risau apa?”

“entah. Rasa tak best je sekarang. Rasa macam someone looking for us.”

Ayah menepuk bahu Sara.

“don’t worry too much.”

“macam mana ayah releks sangat eh?” pelik. Ayah nampak cool je. nak jugak tau petuanya.

“hahaha. Kan ayah dah cakap. Don’t worry too much. Tu petua nak sentiasa nampak muda remaja macam ayah ni.”

Ayah ketawa riang sambil tangannya menggenggam tangan ibu.

Qaisara buat muka nak muntah. Tapi akhirnya dia tersenyum melihat ibu dan ayah yang bergurau sesama mereka. Sesekali ayah mengusap pipi ibu. Ni satu dalam seribu ni. Romantik sampai tua. Nak jugak please. Heh gatal kau Qaisara!

“eh ibu, Mai balik bila?” tanya Sara. Tiba-tiba teringat kat Maisara yang tengah tunggu masa nak balik dari Melbourne.

“minggu depan kalau tak salah ibu. Kenapa?”

“terasa rindu pulak budak kecik tu. Bukan dia sepatutnya dah habis ke, bu?”

“dia kata dia nak jalan-jalan dengan kawan-kawan dia dulu sebelum balik. Biasalah adik Sara tu, asyik nak berjalan je kerjanya. Tak faham ibu.” Rungut ibu dengan muka berkerut-kerut.

Qaisara tergelak kecil.

Rindu betul kat Maisara. Dah lama tak borak lama-lama kat skype, sejak Maisara busy dengan final exam dia.

Terbayang Maisara yang cantik, membuahkan senyuman lebar di bibirnya.

*             *             *             *             *

Sreeetttt.....

Wooooooooo....

Bunyi geseran tayar di atas jalan raya bergabung dengan sorakan penonton, menggamatkan suasana malam di tepi lebuhraya SKVE yang pada siangnya sunyi.

Hachiroku putih dan Skyline R33 megah di garis penamat.

TJ keluar dari Hachiroku dengan muka merah. Menahan marah. Pintu di hentak kuat. Suasana meriah tidak dihiraukan.

Skyline R33 hitam di kerumun perempuan yang masing-masing teruja dan berlumba-lumba untuk menjadi ‘hadiah’ untuk sang juara.

Iyad yang santai dengan tshirt polo berwarna biru dan jeans keluar dari kereta. Dengan muka selamba, tanpa ekspresi. Perempuan-perempuan seksi yang cuba menarik perhatiannya tidak diendahkan. TJ dihampiri.

“’hadiah’ aku?” tanya Iyad kepada TJ.

TJ cuba menahan nafsu nak tumbok muka Iyad yang berlagak.

“don, bring her!” arah TJ kepada lelaki berambut karat yang bersadai di tepi GTI merah berbelang putih.

Don datang menghampiri dengan seorang wanita cantik berambut perang panjang.

“she’s all yours, king.”

Iyad menarik senyum sinis. Pinggang wanita itu dipeluk erat. Dengan kasar, dagunya di tarik mengadap Iyad sebelum bibirnya dijamah rakus oleh Iyad.

TJ menggenggam kedua-dua belah tangannya. Cuba menahan dari menghadiahkan tumbukan padu di bibir yang selamba menjamah bibir girlfriendnya.

Iyad melepaskan bibir wanita itu. Segalanya penuh dengan kekasaran.

“one week only, king. And know your limits.” amaran dari TJ.

Iyad tergelak sinis.

“seminggu. Tapi kalau lepas seminggu dia taknak kat kau, bukan salah aku. and, there’s no limits for a winner, TJ.”

“bastard!” kolar baju Iyad ditarik, belum sempat tumbukan hinggap dimuka Iyad, Don dan beberapa lelaki menarik TJ yang naik hantu.

“bos, dia king. Remember?” bisikan Don menyebabkan TJ menarik tangannya dan melepaskan kolar Iyad.

Iyad ketawa bongkak melihat TJ.

“let’s go honey. Let’s have our ‘first night’.” Iyad menarik wanita yang tak diketahui nama masuk ke dalam keretanya.

Sebelum mereka berlalu, Iyad menurunkan cermin.

“sebelum kau berani nak game dengan aku, make sure kau setaraf dengan aku. kalau tak, benda ni jadi lagi. Right honey?” tangan wanita disebelahnya di cium, sengaja menunjuk-nunjuk di depan TJ.

Vroommm....

R33 berlalu penuh bangga.

TJ menumbuk bumbung GTI Don dengan penuh amarah.

“takpe boss. Girl macam Amanda tu boss boleh dapat bila-bila.” Don cuba menenangkan TJ. Takpasal je bumbung ‘girlfriend’ aku kena hempuk.

“bukan pasal Amanda.” Jawab TJ, kasar.

“tu la boss, tadi aku dah cakap dah. Dengan King Iyad tu, jangan buat main. Mana penah kalah, boss. Sebabtu nama dia King.” Bebelan Don terhenti bila mata TJ merenung wajahnya, tajam.

“bodoh. Kau nak aku ranapkan mulut kau ke?”

Don menarik sengih takut. TJ merengus dan berlalu ke keretanya.

Memandu meninggalkan tempat yang menyaksikan kekalahannya di tangan Iyad atau lebih dikenali sebagai King dalam kalangan pelumba. Berlumba dengan Iyad, taruhannya wanita. Tu je syarat yang dikenakan Iyad. Bukan kereta, bukan duit. Wanita. Dan dia letak Amanda, kekasih barunya sebagai taruhan.

Orang takut dengan Iyad bukan sebab dia ‘king’ dalam lumba kereta. Walaupun dia tak bawak escort setiap kali game, tapi kalau ada yang sentuh Iyad, tunggu la nasibnya lepas tu. Kalau bukan kereta hancur, badan separuh ranap.

Stereng ditumbuk kuat. Syaitan mula menari-nari di atas kepalanya. Perkataan dendam mula timbul di otaknya.

Kau tunggu nasib kau, king.

*             *             *             *             *

Badan dihempas ke atas katil, mata dipejam.

Sober. Yeah man, I am.

Dia tergelak kecil.

Entah berapa gelen JD yang ditogak malam ni pun dia tak pasti. Yang pasti, Amanda, ‘hadiah’ dia tadi, boleh tahan jugak. JD yang biasanya lelaki je togak, Amanda layan jugak tapi takde la sebanyak Iyad.

Bau perfume Amanda melekat di bajunya. Lekuk-lekuk badan Amanda yang dinikmati waktu berdansa tadi masih terasa di tapak tangannya.

Iyad tergelak lagi. Bukan dia nak sangat dengan Amanda, saja nak cari pasal dengan TJ, sebenarnya. Biasalah, lelaki kan?

Dah lama tak ‘berteman’, malam ni terasa lain dari malam lain. Dah lama tak game. Kalau bukan TJ yang beria, tak merasalah dia ‘nikmat’ bersama Amanda.

Dia bangkit dari katil. Tshirt di tanggalkan dan dicampak ke atas kerusi. Frame gambar di tepi meja dicapai dan dikucup penuh sayang.

Ayana.

Biar sejuta Amanda datang. Ayana tetapi ‘queen’nya.

I miss you, baby.

Mata di pejam. Frame di peluk erat.

*             *             *             *             *

“keadaan makin teruk!”

“takdapat detect lagi?”

“apa?”

“dalang.”

“belum. Ni bukan calang-calang orang yang buat. Langsung tak tinggal kesan.”

“aku rasa, masa dah tiba.”

“maksudnya?”

“panggil dia balik.”

“tapi...”

“kau ingatkan pesanan abang dulu? Abang dah jangka semua ni akan jadi.”

“dia perempuan.”

“apa kena mengena? Yang penting, dia anak abang? Lagipun aku sure abang ngah dah train dia.”

“tapi....”

“detect location dia.”

“ini arahan atau permintaan?”

“arahan.”

Bebelan Tuan Tanah :
cerita ni laaaagi banyak karutnya dari Biru. please bear with me k. haha. ok dah jom pegi kenduri! 

13 comments:

Mohammad Nor Azilawati said...

nie & interesting.... good job TuanTanah

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

ok best! sempoyz habis. semput nyawa nak membaca. haha!
hari tu biru, ni merah. Nanti kuning pulak yee?

Anonymous said...

Story line yg unexcpected! Pehhhh tuan tanah sila proceed :D

Hajar said...

Whoaaaa, nganga jap. Haha. Cerita genre macam ni orang jarang nak venture. So, good luck! :)

strawberry.chocolate81 said...

TT mengarut x mengarut tp kite tetap layan la....dlm mengarut 2 lawak pon lawak jugak ahahahha

norihan mohd yusof said...

mengarut tu tk dek,tp wat akk teruja jer nk ggggg...

Norana Said said...

best...

Kucing Cat said...

mmg karut but best juga cite ganas2 niy.. sambong ..sambong..:))

Anonymous said...

ms writer yg cukup talented, wow first time baca novel yg watak utamanya related dengan gangsterism.menariksss...

yanims said...

fuhhhh,,menarik!!!

baby mio said...

best.

MizaEija said...

Fuyooo.. cameron gengster ni.. hehe

wanie wanieZ said...

giler ahhh!!! layannn...TT!!!

p/s: nk tau x, sy bce bab 2 n 3 dlu..sblom ni bce intro...arini bru pasan ade bab 1..kikiki =P