baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Thursday, May 23, 2013

Merah [8]



‘Done’.

Mesej dari Uncle Ranjit dibaca.

Pintu bilik Iyad dijeling.

Eheh. Harini mamat tu sunyi je. Tak mengada-ngada minta kopi atau benda lain. Baru je pasang niat kalau dia minta kopi, nak tambah ‘perasa’ lain, sebagai pengajaran pasal ‘korban’kan dia semalam. Mujur TJ tak sejahat yang disangka. Kalau tak...

Gmail di buka.

Mr.5454@gmail.com
To me

Name : Nur Ayana binti Dato’ Tajuddin Bakti
Age/DOB/POB : 25, 3 July 1988, Johns Hopkins Hospital, Baltimore

- sekarang bekerja sebagai MD di Cleveland Clinic
- pernah menjadi kekasih K selama 5 tahun
- berpisah 2 tahun lepas
- hubungan dengan K tidak disetujui Dato’ Tajuddin Bakti
- sepupu TJ ; Tengku Hasnan (ayah TJ) dengan Tengku Farida (ibu A) - adik beradik
- pernah ditunangkan dengan TJ atas aturan Dato’ Tajuddin Bakti dan Tengku Hasnan
- TJ – madly in love with A
- putus tunang dan dihantar ke Cleveland oleh DTB

*akademic record, list of patients, ‘love history’ with K, pictures (past and present) – download the attachments

Semua attachment dimuat turun tetapi tidak di buka. Isi email di copy dan dipaste di dalam word. Email itu terus dipadam. Kemudian dia termenung.

Kekasih Iyad untuk 5 tahun. TJ dan Ayana, sepupu, pernah bertunang sebelum pegi Cleveland. Maknanya, waktu dia bertunang, dia pun bercinta dengan Iyad? And TJ was madly in love with her.

Kesimpulannya, Iyad dan Ayana bercinta, TJ syok sendiri. Bertunang, putus, lari.

That’s it! Sebab tu la TJ bengang dengan Iyad, sebab Ayana!

Sebab itu la TJ nak game dengan Iyad. Supaya semua perempuan yang berdamping dengan Iyad, dapat kat dia!

Ehehhh. Sebab tu jugaklah Iyad setiap malam mabuk? Melayan kecewa?

Ayana. Wanita yang buat 2 lelaki jadi gila. Teringin nak tengok rupa dia.

Attachment yang sudah dimuat turun tadi di buka.

AYANA – Present

Klik.

Qaisara ternganga sekejap. Oooomaiiiimaiiimaiii....


Patut la dua makhluk tu jadi gila lepas kena tinggal dengan Ayana.

Qaisara merenung wajah yang terpampang di skrin laptopnya.

Aku yang perempuan sejati ni pun tengok taknak alih mata, apa lagi lelaki.

“Qaisara!”

“haa?” terus dia terbangun, terkejut dengan sergahan itu. Muka Iyad yang nampak serius direnung, geram.

“waktu kerja, fokus! Kalau taknak kerja, hantar surat resign! Jangan nak menghabiskan duit company bayar kerja yang awak tak buat tu!” jerkah Iyad.

Terkebil-kebil Qaisara, tak faham. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba naik angin.

Jam dinding di belakang Iyad dipandang. 1 petang. Waktu rehat, suka hati aku la nak buat apa kan?

“err bos. Dah pukul 1, bos tak pegi solat Jumaat?” tanya Qaisara, teragak-agak.

Iyad merenung tajam muka Qaisara. Rasanya aku tengah marah dia tadi. Yang masuk pasal solat Jumaat ni kenapa?

“tak payah nak sibuk-sibuk pasal solat orang! Jangan nak jadi ustazah kat depan saya. Tengok diri awak dulu!” sindir Iyad, sinis. Tanpa mempedulikan Qaisara, dia berlalu keluar dari ruang itu diikuti Black dan In yang sesekali menoleh ke belakang, meninggalkan Qaisara yang tercengang-cengang.

Dah kenapa dia tu? Kena tinggal dengan Amanda pulak ke apa?

Tanpa mempedulikan kemarahan dan sindiran Iyad, dia mengemas mejanya dan keluar mencari makan.

Jom jerit hiphiphorayyyy hari ni sebab Iyad kena angin kus-kus sekaligus dia tak diarahkan untuk ikut Iyad merata-rata. Lepas ni boleh buat lagi ngahahaha!

*             *             *             *             *

Iyad keluar dari Skyline. Langkah diatur ke pintu masuk banglo putih yang tersergam didepannya.

Ruang tamu kosong.

Tubuhnya dihempas ke atas sofa empuk. Mata dipejam.

Tenang. Nyaman.

Belum sempat dia hanyut, terasa hidungnya dicuit.

Tau siapa di depannya, sengaja dia buat-buat tidur.

Telinganya pula dikuis-kuis.

Geli tapi ditahannya.

Bila terasa tapak kakinya dikuis, dia dah tak dapat tahan dah. Kelemahannya.

Mata dibuka, pantas tangannya yang menguis kakinya ditangkap.

“haaa! Dapat dah!!!” si kecil menarik sengih nakal.

“Chu nak jalan!” pelat-pelat Atiya bertutur membuahkan senyuman di bibir Iyad.

“Chu penat la sayang. Petang nanti kita jalan ok?” pujuk Iyad. Rambut Atiya yang jatuh di dahi disisir dengan jarinya.

“promise?” Atiya menghulurkan jari kelingkingnya.

“promise.” Jari kelingking Atiya dikait dengan jari kelingkingnya. Atiya ketawa gembira.

“Tiya pegi makan dulu lepastu tidur. Petang nanti Chu bawak Tiya jalan-jalan ok?”

Atiya mengangguk gembira. Cepat-cepat dia turun dari riba Iyad dan menuju ke dapur mencari neneknya.

“nenek!! Tiya nak makan lepas tu Tiya nak tidur. Chu nak bawak Tiya jalan!” kedengaran suara Atiya ceria bercerita dalam pelat-pelat kepada neneknya di dapur.

Iyad tersenyum hambar.

Atiya, anak Izreen, kakaknya. Suami Izreen meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital untuk berjumpa Izreen yang sakit untuk bersalinkan Atiya, 5 tahun lalu. Selepas itu, Izreen menganggap Atiya punca kematian suaminya. Dia enggan menjaga Atiya dan membawa diri ke Australia. Kali terakhir Iyad mendengar khabar kakak setahun yang lalu, ketika kakaknya kahwin dengan seseorang disana.

Iyad mengeluh lagi. Kasihan Atiya, hidup dengan kasih sayang atuk dan neneknya saja. Dia pun jarang-jarang balik rumah.

*             *             *             *             *

Ting tong ting tong ting tong.

Qaisara bergegas turun ke bawah. Hari-hari minggu siapakah gerangan yang berani mengganggu beta di petang minggu ni! Dah la hari kerja pun asyik kena buli dengan Iyad tak cukup otot tu. erghhh

Skrin yang memaparkan kawasan luar rumah di jenguk.

Black dan In.

Interkom ditekan.

“sorry uncle, tak minat beli carpet!” kata Qaisara pura-pura tak tahu siapa diluar.

“hahaha ngok ngek. Sara, jom keluar!” Sahut Black dengan berselang ketawa mereka berdua.

“jap. 10 minutes.”

Dengar ayat ‘jom keluar’ je berdesup Qaisara masuk ke biliknya, bersiap. Ala kadar je pun.

Masuk ke dalam kereta, In dan Black sedang ketawa tentang sesuatu.

“ewah seronok nampak?” usik Qaisara. Dia menjenguk melalui ruang kosong antara pemandu dengan penumpang depan.

“ehh seronok la. Bukan setiap hari dapat bersenang-lenang macam ni, sebulan sekali je tau.” Jawab In dengan ceria.

Setiap bulan, dia dan Black akan mendapat sehari cuti dan tempat mereka digantikan dengan bodyguard lain. Jadi, untuk cuti yang calang-calang kalinya, mereka wajib bergembira!

“pegi mana ni?”

“shopping.”

Sambil memandu, Black, In dan Qaisara bertukar-tukar cerita. Kebanyakannya bukan cerita ilmiah sangat pun. Mengumpat Iyad la. Ini la padahnya bila bekerja untuk bos yang sama. Banyak la pahala mereka yang di transfer kepada Iyad.

Masuk ke dalam KLCC, Qaisara meminta masa untuk membeli-belah barang-barangnya dan berjanji akan berjumpa semula dalam masa 1 jam.

Isetan dimasuki. I ni pakai baju department store je, you all-zz.

Bukkk...

Belakangnya dilanggar.

Cepat-cepat Qaisara menoleh. Apa la malangnya setiap kali pegi shopping je kena langgar.

Budak perempuan setinggi pinggulnya terkelip-kelip memandang Qaisara. Budak ni betul-betul cari gaduh. Belum sempat Qaisara membuka mulut untuk marah, si kecil itu bersuara.

“I’m sorry, kakak.” Pinta si kecil ber-gown kuning sedondon dengan cekaknya.

Terdiam Qaisara mendengar permintaan maaf dari budak perempuan itu.

“it’s ok. Next time, jalan pandang depan, ok?” Qaisara kembali memandang deretan baju tshirt didepannya. Tapi terasa si kecil itu tidak berganjak, dia kembali menoleh.

“what are you waiting for? Dah shushh. Go find your mom and dad. Kalau sesat, pegi kaunter sana, bagitau awak sesat. Go go!” gesa Qaisara. Maklumlah, dia bukan stok tengok budak kecik lepastu cakap ‘anyonyonyo tomei tomei’ lepastu cakap penuh kelembutan. Mana pernah layan budak.

Tiba-tiba si kecil menangis. Qaisara mula menggelabah. Mati aku orang kata dera anak.

“adik, jangan menangis kat sini. Jom jom akak bawak pegi kaunter lost and found.” Tangan si kecil di tarik ke kaunter pembayaran.

Makin kuat pula si kecil itu menangis. Qaisara mula naik geram. Ada kena rotan ni karang.

Belum sempat dia membuka mulut untuk marah, tiba-tiba tangan si kecil itu direntap.

Qaisara menoleh.

Amanda!

“hei! Kan aunty dah kata jangan merayau. Menyusahkan je la budak ni!” kepala budak itu ditunjal kuat. Ternganga Qaisara melihat scene didepannya. Ini baru namanya kes dera budak!

Apabila jari runcing Amanda hendak menunjal kepala si kecil sekali lagi, Qaisara cepat menangkap tangannya. Amanda memandangnya dengan pandangan marah.

“eh kau ni boyfriend aku punya kuli kan? Jangan nak menyebok hal aku ok!” marah Amanda sambil merentap tangannya dari Qaisara.

Dah jadi scene hindustan kat tengah-tengah Isetan ni.

“Cik Amanda, jangan buat macam tu kat budak kecik. Sakit budak ni nanti.” Tegur Qaisara, cuba berlembut.

“eh suka hati aku la nak buat macam mana pun. Kau peduli apa aku nak buat apa pun!” tengking Amanda. Tangan si kecil di rentap lebih kasar namun si kecil itu cepat-cepat menarik tangannya dan bersembunyi di belakang Qaisara.

“Atiya! meh sini kat aunty!” marah Amanda cuba mencapai Atiya yang bersembunyi dibelakang Qaisara.

“Amanda? Atiya mana?” tiba-tiba Iyad menyapa mereka. Dia terdengar kecoh-kecoh dari depan pintu masuk Isetan lagi.

Atiya yang mendengar suara Iyad terus menerpa keluar dari persembunyiannya.

Iyad mendukung Atiya yang sememeh dengan air mata.

“why are crying, baby?” tanya Iyad penuh kasih sayang. Pipi Atiya disapu lembut.

Qaisara yang melihat situasi itu ternganga sekejap. Rasa macam nak ambik gambar, tampal kat notice board kat office. Ada jugak perikemanusiaan lelaki ni. Ni kalau masuk Beautifulnara ni, confirm hit! Qaisara terus-menerus merenung mereka berdua. Kenapa tak cakap selembut ni setiap hari~~

“haa Qaisara. Apa awak buat kat sini?” tanya Iyad apabila menyedari Qaisara merenungnya.

“beli ikan, bos.”

Iyad menjegilkan matanya. Oo luar waktu pejabat, boleh pulak jawab loyar buruk ye...

“bos, gerak dulu la. bye Atiya. Nanti akak ajar Atiya cara nak patahkan tulang jari orang yang buat Atiya nangis ok. Bye bos! Jaga anak bos tu elok-elok.” Tanpa menunggu Iyad, Qaisara cepat-cepat berlalu. Takut Iyad tengking kat tengah-tengah ruang ni, tak pasal je. Maklumlah, Jumaat lepas kan Iyad kena sampuk hantu ‘jom-marah-Qaisara’.

Akak? Anak?

Iyad menggelengkan kepalanya. Laju je budak ni pegi ye.

“you, jom makan. penat I jaga Atiya tadi. Lepastu I ingat nak beli handbag baru la. I takde handbag la...” lengan Iyad sebelah lagi dipaut manja. Atiya memeluk erat leher Chu-nya. Taknak ditinggalkan bersama Amanda.

“kenapa Atiya menangis, Amanda?” tanya Iyad, garang.

Amanda diam. Otaknya kelam-kebut merangka jawapan.

“err...tadi.. er...”

“kalau you nak stay dengan I lama, don’t you ever let or make Atiya cry. Get it?” Tegas Iyad, tetapi tidak memandang Amanda yang terkulat-kulat di sebelahnya. Dia mengesat air mata Atiya yang melentokkan kepala ke bahunya.

Amanda diam, resah. Sesekali dia menjeling ke arah Atiya yang nampak selesa dalam dakapan Iyad. This girl deserves a slap!

*             *             *             *             *

Qaisara menolak gate di depan rumahnya.

Pin code ditekan.

Matanya didekatkan ke arah skrin. Sensor mengesan bentuk anak matanya.

Detected.

Lampu merah yang berkelip-kelip di tepi skrin mati, Qaisara cepat-cepat membuka grill dan pintu rumahnya. Lampu merah itu cuma akan berhenti untuk 10 saat, selepas itu ia akan kembali berkelip, menandakan laser pengesan, sensor dan alarm rumah kembali aktif.

Barang-barang di letak di tepi sofa. Dia berjalan ke arah suis lampu. Belum sempat suis dipetik, dia ternampak kelibat orang di depan gate rumahnya.

Perlahan-lahan Qaisara menolak hujung sheer curtain yang menutupi tingkap tinted. Tingkap tinted yang hanya orang dalam boleh lihat bahagian luar manakala orang diluar tak nampak bahagian dalam.

Dua orang lelaki terjenguk-jenguk dari celah-celah pagarnya. Apabila mereka tidak nampak apa-apa, kedua-duanya cuba memanjat pagar rumah Qaisara.

Qaisara menarik sengih jahat. Suis di tepi pintu dipandang.

Sorry guys!

Klik.

Zzzzzzzzzzzttt.....

5, 4,3, 2,1.. klik.

Tak boleh lama-lama, karang mati anak orang. Suis Electrical Fence di matikan.

Bukkk...

Dia menjenguk, 2 badan terdampar di atas tile di bahagian dalam pagar rumahnya.

Dia pun tak check berapa volt elektrik yang mengalir di pagarnya, tapi kesian dua orang ni. tak pasal-pasal je. sakit woii kena electric shocked.

Blackberry dicapai. Nombor 1 ditekan.

“Black Code.”

TV dihidupkan. Channel 701 dihidupkan. CSI New York kan malam ni?

Balang yang berisi keropok ikan yang digoreng pagi tadi dibuka.

Ting tong ting tong.

Qaisara bangun. Dijenguk skrin CCTV. Tu dia abang-abang bonzer sudah mari. Suis pagar ditekan. Pintu rumah dibuka.

In dan Black mencangkung menghadap 2 orang manusia yang tak sedarkan diri.

“nasib baik tak mati, budak-budak ni. Kalau tak, satu kerja pulak nak kena tanam. Menyusahkan betul! Orang nak cuti pun tak senang!” rungut Black sambil menolak badan yang tertiarap.

“angkatlah. Bawak bilik belakang.” Arah Qaisara. Dia sendiri masuk dan naik ke biliknya. Sweater berhud diambil.

Turun ke bawah, dua lelaki yang pengsan siap di ikat di atas kerusi. 6 batang lilin dipasang dan di letak di keliling lelaki-lelaki itu. Lampu utama bilik tersebut di matikan. Pintu bilik ditutup.

Black, In dan Qaisara menyarung hud masing-masing.

Spray air ditekan tepat ke muka dua orang lelaki itu.

10 saat terpisat-pisat sebelum mata masing-masing terbuntang. Cuba melihat dengan jelas apa yang sedang terjadi dan... meronta-ronta.

“siapa hantar korang pegi rumah perempuan tu?” tanya Black tanpa mempedulikan rontaan mereka.

Soalan Black tidak dipedulikan.

In berjalan menghampiri lelaki berbaju kelabu.

Rambut lelaki itu dicengkam dan ditarik ke belakang. Glock yang tersisip kemas dipinggangnya di tarik. Muncungnya disumbat ke dalam mulut lelaki itu.

Kawannya yang berbaju hitam nampak takut. Air liur ditelan.

Melihat keadaan itu, Qaisara hampir ketawa. Tahu pun cuak!

“10, 9, 8, 7, 6, 5, 4...” In mengira dalam nada tenang.

“kau takpayah jawab la soalan aku tadi. Seronok pulak nak tengok kepala berkecai. Lepas ni giliran kau...” Black buat-buat ketawa mengilai.

Lelaki berbaju kelabu yang mulutnya disumbat pistol, menjeling-jeling ke arah rakannya. Qaisara hanya melihat interaksi antara mereka. Tapi... perlahan-lahan ada air mengalir dari bawah kaki lelaki berbaju kelabu.

Qaisara bergerak ke tepi. Najis! Sapa pulak nak lap ni, adoiiii!

“...3, 2,...saaa...”

“Tuan Ali! Tuan Ali yang hantar!” lelaki berbaju hitam menjerit kuat.

In menarik pistol keluar dari mulut lelaki berbaju kelabu. Qaisara terpaku. Black terdiam.

Tuan Ali. Ayah Iyad.

“dia nak apa dengan perempuan tu?” tanya Black, garang.

“dia takut Qaisara akan apa-apakan King. Dia suruh tengok apa-apa yang mencurigakan!” terketar-ketar si baju kelabu bersuara.

“korang siapa?” tanya si baju hitam pula.

“kau tak layak untuk tau!” In mencapai kain putih dan ditekup ke muka si baju hitam. Meronta-ronta. Dan berhenti.

Si baju kelabu mula gelabah biawak.

“aku boleh bagi tau kau semua kelemahan Tuan Ali!” dia cuba tawar-menawar.

In dan Black ketawa serentak. Qaisara tersenyum.

Amatur!

In mengambil botol cloroform dan dituang ke kain putih.

Tanpa mempedulikan jeritan si baju kelabu, dia tekup mukanya. 3 saat, pengsan.

Sunyi.

“apa kita nak buat dengan 2 orang ni?” tanya Black setelah agak lama kesunyian menyelubungi mereka.

“hantar kat abah. Nanti tau la abah nak buat macam mana. Yang penting, biar diorang ni ‘hilang’ terus.” Tegas Qaisara. In dan Black mengangguk.

“so.... sapa nak bersihkan air kuning ni?” tanya In, selamba.

Senyap.

Tiba-tiba Black ketawa diikuti In dan Qaisara.

Mana ada samseng baru kena ugut dah terkincit. Adoiii... Tuan Ali, tolong la cari samseng yang gagah perkasa sikit!!

*             *             *             *             *

13 comments:

kurakura said...

Ehehehe kelakar la plak samseng kuar air kuning....

Seri Ayu said...

Hahaha...kena selalu hapdate ni citer makin panas...

Anonymous said...

Nak entry lagi... Rasa mcm lama sgt tunggu for new entry....

Hajar said...

Hadoi, samseng amatur je yang mampu Tn. Ali ni hire? Haha.. Kesian, belum apa2 lagi dah terkincit.

ain said...

ahhh stress tunggu citer ni kuar..haha.. cik tanah berlopak lumpur, update la selalu..hehe..sikit pun jadilah..

TuanTanah said...

sis ain, anon dan rakan-rakan,
insyaAllah saye try menghapdet lagi kerap. ngehe. tapi mungkin pendek-pendek. doakan please ^_^
xoxo

Norfazliyana Aziz said...

Sesuai ngan jiwa..next entry buat lbh sikit action n feeling romantik sikit ek..

strawberry.chocolate81 said...

ahahahahahhahaa.....dah x tau nak kate ape pasai samseng amatur 2 hadoy la....tp Iyad neh kire ade la sifat2 kebapaan yang terserlah eh hihihi

Anonymous said...

karya yg jarang jumpa..keep it up..
can`t wait 4 the next n3

-che`leen-

Anonymous said...

Hahaa...xpyh nak berpura2 ye qaisara....berlembut mesra dgn kanak2.jd diri sendiri sudah.baik & hormat dgn org len.
Heh...BEST!!

Sufi (",)

Anonymous said...

haha . .i like

betty said...

aish ganas jugak bdk2 ni ehhh... tau tak i hari2 bukak ur blog tgk ade update ke tidak.. hehehe keep it up

wanie wanieZ said...

hahaha...sekali terkucil daa... =P