baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Sunday, December 2, 2012

Biru [12]



“Saya dah jumpa dengan mak ayah Sofea.” Ujar Aidil dengan tenang.

Aisya yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan Aidil terhenti. Mukanya di angkat menghadap Aidil.

“Bila langsungnya?” Nada suara Aisya bergetar. Menahan sebak dalam diam.

“3 bulan lagi.”

Aisya terkaku. Rasa sebak mula berhimpun di dada.

“Kita?”

“Sofea request kita selesaikan semuanya lepas kami balik honeymoon.”

Berkerut kening Aisya.

“Sofea nak awak jadi wedding planner. Lee cakap awak superb.”

“Gila.No!” Tegas Aisya. Tangannya lincah menggaul nasi dan lauk di dalam pinggan. Suara Johan, Kumar dan Seng bergurau senda kedengaran sayup-sayup.

“Pleaseee...”

“Aidil, no! Awak ingat hal macam ni boleh buat main ke? Awak takpayah nak novel sangat ok.”

“Aisya....”

“I said no!” Volume suaranya di naikkan sedikit, menunjukkan keputusannya muktamad. “Kita settle kan hal kita before your wedding.”

“Tapi, Sofea nak awak yang uruskan semuanya.”

“Ok fine. Saya boleh jadi wedding planner awak, tapi, kita kena selesaikan semuanya secepat mungkin.”

“Kenapa awak nak cepat sangat bercerai? Ke awak dah ada boyfriend sebenarnya?”

Aisya terdiam. Aidil, you never know....

“Awak ingat best ke rasa bermadu? And I don’t want that feeling...” Sayu suara Aisya.

“Kita bukannya bercinta pun. Kita masing-masing tak ada rasa antara satu sama lain. What’s the problem?” tanya Aidil lagi. Tangannya mula menyuap nasi ke dalam mulut.

Aisya merenung Aidil sedalamnya. Ayat Aidil menusuk ke jiwa. You don’t but I do....

Pappp! Tepukan di bahu Aisya meyedarkan Aisya ke dunia sebenar. Hilang perbualan antara dia dan Aidil seminggu yang lalu. Anish di depannya tersenyum manis sambil memegang sebentuk cincin di tangannya.

“Kak Aisya ni berangan je. Tengok cincin ni. Cantikkan.” Cincin platinum berbatu berlian diunjuk kepada Aisya.

“Cantik. Simple je. Sesuai dengan Anish.” Aisya menyarung cincin tersebut ke jari Anish.

“Nak nak! Emmm bila turn Anish nak kahwin pulak ni.” Anish memandang cincin di jari manisnya sambil tersengih. Berangan sekejap.

“Aikk Anish pulak yang sebok pilih cincin eh.” Aidil datang menyergah. Anish membeliakkan matanya kepada Aidil yang tersengih melihat muka terkejut Anish.

 “Aisya, awak rasa mana sesuai?” 3 bentuk cincin di tunjuk kepada Aisya.

“Awak nak satu je kan?” tanya Aisya kembali sambil meneliti cincin-cincin di hadapannya.

“Sofea nak dua. Satu cincin kahwin, satu cincin tunang, simbolik je.”

“Err tak membazir ke?” tanya Aisya kembali. Kepalanya sibuk mencongak kos yang perlu di bayar Aidil untuk 2 bentuk cincin. Tiffany kottt.

“Tak apalah. Dah dia nak.” Jawab Aidil selamba. Berkerut-kerut dahi Aisya memandang Aidil.

Membazir betul. Namun 2 bentuk cincin tetap di pilihnya. Apesal la tak bawak Sofea sekali, heihhh. Macam mana nak kahwin kalau busy memanjang. Rungut Aisya dalam hati. Ohhh Aisya, ikhlaskan hatimu...

“Awak taknak ambik satu? Pilihlah. Upah jadi wedding planner. Yang ni cantik untuk awak.” Sebentuk cincin emas bertatahkan berlian yang dibentuk rama-rama di tunjuk kepada Aisya.

Cepat-cepat Aisya menggeleng. Dia taknak terima apa-apa dari Aidil. And I don’t like gold.

“Hello, my papa bear. Hai Sya, Nish, baby bear yang cute.” Sofia menyapa mereka dari belakang.

Papa bear? Euwww. Aisya memandang Sofea, dengan senyuman hambar. Dalam hati muntah hijau.  Anish memandang Aisya dengan muka geli. Penampilan Sofea tak pernah mengecewakan. Malah, 2-3 orang lelaki yang turut berada dalam Tiffany turut menoleh ke arah Sofea, 2-3 kali. Aidil, you’ve to work hard!

“Eyyy cantiknya these rings. Baby, pandainya you pilih.” Ujar Sofia dengan muka teruja. Jarinya pantas mencapai kedua-dua cincin dan menyarung ke jarinya. Aidil tergelak riang melihat keseronokan Sofea.

“Awak, saya nak jalan-jalan dululah. Boleh tengok barang-barang yang sesuai untuk wedding awak dengan Sofea nanti. Lepas tu, awak baliklah dengan Anish and Sofea ye, saya balik sendiri nanti.” Tak tahan melihat drama di depannya, terus Aisya meminta diri.

“No. Awak datang dengan saya, awak kena balik dengan saya.” Tegas Aidil sambil matanya merenung tajam wajah Aisya.

“Ala, Didi dengan Kak Sofi baliklah dulu. Nish nak ikut kat Aisya.” Lengan Aisya dipaut erat oleh Anish yang gembira mendengar kata-kata Aisya.

“Takde takde. Aisya dengan Nish boleh jalan-jalan tapi balik, kita balik sama-sama. And you Anish, mana pernah naik public transport, so, no, you are not allowed to try it.” Keputusan Aidil muktamad. Aisya mengeluh.

“Anish kita jalan-jalan lepastu nanti Nish balik dengan Didi, ok. Akak balik sendiri. Boleh?” Tanya Aisya kepada Anish yang mula memuncungkan bibirnya.

Aisya tergelak lucu. Bibir Anish dijentik perlahan. “Dah boleh sangkut baju dah.”

“Aisya, kan saya dah kata...” Nada Aidil mula naik.

“Saya. Balik. Sendiri.” Sepatah-sepatah Aisya bertutur. Giliran Aidil pula mengeluh.

“Ok, tapi nanti kita lunch sama-sama. Apa-apa hal call saya.” Aisya mengangguk.

Dengan gembiranya Aisya dan Anish keluar dari Tiffany.

“Kak Aisya nak pergi kedai mana dulu? Nish rasa nak shopping serba satu la.” Lengan Aisya di goyang lembut.

“Serba satu? Amboiii macam awak yang nak kahwin. Serba satu gitu hahahaha.” Gelak Aisya. Anish tersengih-sengih, usikan kakak iparnya tidak disambut.

Tanpa berlengah, lengan Aisya di tarik ke butik Giuseppe Zanotti. Aisya pula hanya menurut. Lebih baik ikut Anish daripada ikut merpati dua sejoli tu. Menyakitkan hati sendiri buat apa. Baik cuci mata dengan Anish.

Hampir 3 jam Aisya melayan nafsu shopping Anish. Nasib baiklah Anish ni memang anak orang kaya, kalau tidak, bankrap la. Penuh tangan Aisya dengan beg-beg kertas daripada butik-butik berjenama yang di serbu Anish.

“Kak Aisya, which one lagi dashing?” Satin Mary Jane Pump dan Suede Sandal dari Prada di cuba.

“Depends kat Anish nak pakai waktu bila. Mary Jane tu nampak more to informal event, Suede Sandal tu untuk formal. Tapi akak suka tengok Anish pakai Mary Jane tu, cute je. Suede ni macam sexy sikit. Anish dah kahwin nanti boleh la beli.” Komen Aisya. Anish tergelak kuat.

“Anish belanja Kak Aisya Suede ni eh?” Pelawa Anish sambil menanggalkan Suede Sandal dari kakinya.

“Takmau. Akak mana pakai sangat heels. Leceh la dear,” tolak Aisya dengan lembut. Ishh adik beradik ni memang suka hadiahkan orang barang mahal-mahal ke?

“Alaaaa. Tapi Anish nak bagi hadiah kat Kak Aisya,” rengek Anish sambil menghentak kakinya dengan manja.

Making my way downtown, Walking fast, Faces pass, And I'm home bound....’

Suara Vanessa Carlton berkumandang merdu dari Lumia Anish.

“Yes? Ok. Coming.” Lumia di masukkan kembali ke dalam handbag. “Didi’s calling. Dia tunggu kat Tarbush Express.” Mary Jane diserahkan kepada pekerja untuk di bungkus.

“Kalau akak tak pegi tak boleh ke Nish?” tanya Aisya dengan muka berkerut. Depan Anish, takpayah nak berlakon sangat.

“Ala. Janganla tak pegi. For me please... Tak larat nak tengok drama Korea depan mata sorang-sorang.” Giliran Aisya tergelak kuat. Drama Korea? Hahahaha. Amende la budak ni. Kot kalau Aidil tu handsome macam Lee Dong Wook, boleh terima akal sikit.

“Amboi sedap mengata. Bukan ke Kak Sofea tu the best sister-in-law in the world sampai marah kat akak sebab TERkahwin dengan Didi dulu?” Usik Aisya sambil mengangkat keningnya.

“Aaaa tu dulu sebelum Nish kenal Kak Aisya. Hehe. Dulu Kak Sofea dengan Didi tak macam ni sangat. Ni macam dah jatuh hukum wajib kahwin je Anish tengok lentuk sana lentuk sini. Erghhh... Kak Sofea dulu selalu ada dengan Nish. Kitorang rapat gila. Sekarang lepas dia involve dalam modelling, tak pernah pun call tanya khabar. Didi pun dah asyik-asyik Kak Sofea, Anish macam invi je.” Muncung bibir Anish mengingatkan perubahan Kak Sofea dan Didinya.

“Ishh tak baik cakap macam tu. Sofea busy la sayang. Sebenarnya dia rindu je kat Anish, Cuma dia tak sempat la tu. Jangan negatif sangat. Anish jangan tunjuk muka masam depan Kak Sofea dengan Aidil, sedih diorang. Dah la diorang dah nak kahwin. Be happy for them, sweetie.” Aisya mengusap bahu Anish dengan lembut, cuba menenangkan Anish yang nampak terluka. Adik bongsu, biasalah.

“Macam mana Kak Aisya boleh setenang ni? Ikut shopping barang hantaran, pilih cincin, jadi wedding planner? What’s inside you, sis?” Mata Aisya di tenung, cuba membaca hatinya. Namun, yang dia nampak cuma kasih sayang. Aisya tergelak perlahan. Dear, you can never read me.

“Bayarlah cepat. Kesian Didi dengan Sofea tunggu lama.” Gesa Aisya, cuba menamatkan topik. Anish bergegas ke kaunter pembayaran.

Usai membuat pembayaran, mereka terus bergerak ke Tarbush Express, restoren makanan Timur Tengah. Kelihatan Aidil dan Sofea sudah mengambil tempat duduk di satu sudut. Aisya mengambil tempat di sebelah Aidil manakala Anish berhadapan dengan Aisya.

“Banyaknya barang beli?” Tegur Aidil sambil menjenguk ke arah beg kertas yang banyak di tepi Aisya dan Anish.

“Ni ha adik kita punya barang la ni. Shopping tak hengat!” Balas Aisya sambil tangannya mencapai Hommus di tengah meja.

Aidil tersenyum senang. ‘Adik kita’? Sounds good.

“Tu la awak. Sape suruh ikutkan sangat nafsu Nish ni. Dia kalau shopping mengalahkan Paris Hilton.” Usik Aidil. Anish menjeling ke arah abangnya. “Awak beli apa, Aisya?”

“Tak beli apa pun. Saya mana ada duit nak beli barang-barang branded.” Matanya di redupkan, buat muka kesian. Aidil dan Anish tergelak lucu.

“Dush!” Kepala Aisya di ketuk dengan sudu. “Tak ada duit konon. Padahalnya...”

Aisya mengusap kepalanya yang diketuk Aidil. Bibirnya dicebikkan. Garfu di capai. Payback time!

“Adoi. Sakitlah!” Aidil pula mengusap lengannya yang di cucuk Aisya dengan garfu. Aisya menjelirkan lidahnya kepada Aidil.

“Eh, Nish beli apa je tadi? Bestnya. Rugi Kak Fia tak ikut Nish.” Tanya Sofea tiba-tiba.

Aisya tersedar. Ahhh rasa nak ketuk kepala dengan gelas kaca ni. Macam manalah boleh lupa ada Sofea kat sini. Boleh pulak main-main dengan Aidil.

Sambil bersembang mereka menjamu selera. Yang bersembang cuma Aidil, Sofea dan Anish. Aisya khusyuk menghadap hidangan. Well, tak adalah khusyuk sangat, cuma dia rasa tak tau nak bersembang apa. After all, she is not belongs to this family.

“Aisya..” Kepalanya diangkat menghala ke arah Aidil yang sedang merenungnya tajam. “Something wrong?”

Aisya menggeleng. Walaupun dalam hati rasa nak nangis guling-guling.

“Comot. Kalau kakak dengan Aran tengok mummy diorang makan comot macam ni mesti diorang gelak.” Tepi bibir Aisya disapu lembut dengan ibu jarinya. Aisya terkebil-kebil di kerusinya. Tak sangka dengan tindakan Aidil.

Tanpa disangka, ada hati yang berdarah melihat kemesraan itu.

*************************************************************

Sampul surat bersize A4 berwarna putih ditenung lama. Logo University of Southampton tertera di depan sampul.

Finally... Datang tepat pada masanya.

Aisya meletak samput surat itu ke atas meja. Cuba merangka ayat untuk slow talk dengan ayah dan abang-abang. Aidil? Dia bukan masalah besar. Dia dah ada Sofea.

8 comments:

Anonymous said...

Loving it.... Apasal lama menghilang, tuan tanah? Missed the enovel very much....

Aisya, hang pi lah kat Nottingham Uni kat UK tu, bukan yg kat Semenyih tu, ok? Hahahaha.... Biaq pi Aidil tu rindu kat hang sampai cirit-birit.... HAHAHA.....

norihan mohd yusof said...

ye lh dek...lama mengilang kn diri.rindu tk terkira kat hamba ALLAH yg terlalu polos dn baik hati bernama aisya....hukhuk sedeh sngt bile aidil wat cam tuh....cian teramat sngt kat aisya.aidil cepat lh sedar hati tu milik sape?????aisya tk kn nk bawak diri jauh hingga meninggal malaysia....sedeh skali g kat aisya........hukhuk..

Anor said...

bestlh lama dh tak ada n3 baru..
harap cptlah dapat baca sambungannya
ye... eloknye kalau Aisya sambung
belajar dpt mengubat hati yg
terluka. Biar bila Aisya dh tak
ada barulah dia terasa rindu dgn
Aisya kan... dan tau siapakah yg
memiliki hatinya... Aidl jgn sampai
dh terlambat baru nk tersedar.

Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Sue said...

bila Aisya dah pi baru Aidil rasa satu kehilangan... adakah itu yang Aidil mahukana... jangan terlambat nanti menyesal.....

baby mio said...

CEPATLAH SAMBUNG YA.

e-la said...

hoho...best sgt...sedih pon ade..
bru je abis dr en3 first...yeah!! ^^
overall sgt lah best+comel+sweet+awesome
tuan tanah sambung ye... ^^V

Anonymous said...

Sambung please tuan tanah! Hehe