baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Friday, March 8, 2013

Biru [20]



Kiri kanan di toleh. Mencari sesuatu yang hilang.

Kalau dulu, bilik ni selalu je terasa sempit. Sekarang rasa terlalu luas.

Ibarat laut, tak ada penghujung. Ok. Hiperbola.

Badan dikalih, terlentang mengadap siling. Mata dipejam. Namun hidungnya tangkas menangkap campuran bau mint, lavender, grapefruit dan bergamot dari Tommy Hilfieger yang berbau samar-samar.

Jauh dari sudut hatinya berharap, bila dia buka mata, biarlah pemilik bau itu ada di depan matanya. Tapi semuanya cuma mimpi kosong.

Tak mungkin.

Fikirannya menerawang ke saat itu. Saat terakhir mereka. Di dalam bilik ini.

“saya nampak awak lunch dengan Sofia tadi.” Aidil yang sedang mengelap rambut, terhenti.

“awak nampak happy.” Sambungnya lagi.

Biar segalanya terungkai malam ini.

“siaplah. Kata nak dinner luar.” Sambung Aidil sambil menyambung perlakuannya tadi.

Dengan renungan tajam, Aisya memandang tepat ke wajah Aidil. Tanpa tersasar.

“no dinner sampai kita selesaikan semua ni.” Kata Aisya, masih dalam nada lembut dalam tegas.

Dia isteri. Meninggikan suara, bukan cara terbaik.boleh je dia naik gila, menjerit, baling segala barang kaca kat Aidil, ala-ala dalam filem tu. Tapi, menempah ruang di neraka, bukan juga option terbaik .

Aidil mengeluh.tuala di sidai, dia melabuhkan duduk di sofa, mengadap Aisya yang duduk bersila di birai katil.

“awak nak balik dengan Sofia?” tanya Aisya, terus tanpa berbelok.

“saya dengan Sofia dah jadi sejarah. Sekarang saya dengan awak kan?”

“awak nampak happy dengan Sofia. Dah lama saya tak nampak awak happy macam tu. Macam 3 tahun lepas.”

“saya happy ada awak, Aisya.”

“tapi awak nampak happy bila DENGAN Sofia. Bukan saya.”

“sebab awak tak tengok dengan mata hati.”

“Aidil... seriously, kalau awak nak balik dengan Sofia, terus-terang. Jangan mainkan perasaan saya, please. I’m tired...”

“pagi tadi bila saya bagitau awak saya sayang awak, part mana yang awak susah sangat nak faham?”

Suara Aidil mula naik. Bengang dan kecewa.

“tapi, awak dengan Sofia ada Irsyad.”

“saya dengan Irsyad perlukan awak, Aisya.”

“awak perlukan saya untuk jaga Irsyad je kan?” tanpa berfikir, ayat itu meluncur dari bibirnya.

Dan Aidil terdiam. Dengan muka merah dan tangan yang di genggam.

“sampai macam tu sekali prasangka buruk awak kat saya?” tanya Aidil, perlahan dan bergetar.

Aisya terdiam. Tau dia tersalah bicara. walhal, tadi dia dah berikrar dalam hati untuk selesaikan semuanya dengan elok. dan betul la, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata....

“betulkan?” tanya Aisya kembali. perlahan seperti berbisik.

Aidil berdiri sambil meraup muka. Tingkap di hampiri. Dia perlukan udara segar sebelum dia hilang kewarasan.

“kenapa awak kena balikkan persoalan macam tu kalau awak sebenarnya memang dah tak ada apa-apa perasaan kat saya?” tanya Aidil, pandangannya masih dihala ke luar tingkap melihat warna langit. gelap. Simbol kesedihan dan kekecewaan. Macam hatinya sekarang.

“kalau awak dah taknak tengok saya dengan Irsyad kat sini, awak cuma perlu bagitau je Aisya. Takpayah nak naikkan isu-isu bulshit macam ni.”

“Aidil.. saya...”

“it’s ok, Aisya. Saya bukan orang yang tak mampu terima kenyataan. Esok pagi, saya dengan Irsyad balik rumah papa. Don’t worry. Awak takkan nampak kami dah nanti. Dan awak tak perlu jaga Irsyad dah.”

Tersentak hati Aisya mendengar ayat terakhir dari Aidil. Bibirnya bergetar untuk bersuara, tapi suaranya mengkhianati tuan. Tak mampu keluar.

Aidil berjalan keluar bilik. Sebelum melepasi pintu, dia berpaling ke arah Aisya dengan mata merah.

“and for your information, untuk cari orang yang boleh jaga Irsyad, saya takpayah tunggu sampai 3 tahun, Aisya. Saya tak paksa awak untuk terima saya dengan Irsyad dalam hidup awak. Saya tau saya penah buat salah. Saya dah terima balasan atas kesalahan saya. Awak, cari bahagia awak. Macam awak kata, kalau kita sayang orang tu, kita nak dia bahagia, walaupun bukan dengan kita. Dan saya nak awak bahagia, Aisya. Maaf.”

Dan Aisya terduduk di permaidani, dengan badan yang bergetar, menahan nangis. Dan dia kalah dengan emosinya sendiri. Teresak-esak dia sendiri. Sampai dia tertidur di atas permaidani.

Esoknya dia bangun, dia berbaring di atas katil. Tapi, barang Aidil dan Irsyad dah tak ada. Termasuklah empunya diri. Dan ayah dan abang-abangnya, masing-masing senyap, tak mengeluarkan sebarang soalan atau perkataan tentang Aidil dan Irsyad.

Tok tok...

“Adikkk...”

Lamunannya tersentak. Hilang wajah-wajah yang menghantui fikirannya sejak 5 hari lalu.

“adik, makan!”

Suara alang menjengah ruang telinganya. Dengan langkah malas, dia menghampiri pintu.

Pintu di buka.

“kenyang lagi la, alang.”

“no. Dah berapa hari tak makan. Come.” Tangan Aisya di tarik. Nak tak nak, dia terpaksa mengikut langkah alang turun ke ruang makan.

Malam ini hanya ada dia, ayah, dan alang.

Sunyi.

Masing-masing leka dengan pinggan di depan. Aisya menguis nasinya. Tak selera sejak peristiwa itu. Rindu si kecil yang menemani hari-harinya. Rindu si jejaka yang selalu menyerabutkan otaknya.

“aisya, nasi tu bukan untuk dikuis-kuis. Makan. Jangan membazir. Menangis nasi tu.” Ujar ayah sambil mencedok ayam masak merah ke pinggan Aisya.

Aisya merenung pinggannya.

Pinggannya ditarik ke sebelah.

“eat, Aisya.”

Aisya memandang ayah dengan mata yang bergenang. tangan ayah di sua ke depan mulutnya.

“eat.”

Perlahan-lahan mulut dibuka. Ayah menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Dengan mata masih bergenang, dia mengunyah nasi. Dan ayah terus menyuap nasi ke dalam mulutnya, tanpa perasaan geli atau penat.

“ayah taknak anak ayah sakit. Sakit anak ayah, sakit la ayah. Pasal adik dengan Aidil, ayah taknak masuk campur. Itu urusan rumah tangga adik. Adik dengan Aidil masing-masing dah matang untuk berfikir kan? Cuma, ayah nak adik fikir betul-betul. Jumpa Aidil, selesaikan elok-elok. Dan ayah nak Aisya tau, 3 tahun, macam-macam dah berlaku, Aisya.” Ayah berkata sambil menyuap nasi ke dalam mulut Aisya.

Perlahan-lahan air mata mengalir ke pipi. Ayah dan alang turut berasa sayu.

Namun jauh dari sudut hati mereka rasa bersyukur. Aisya masih manusia biasa, yang berperasaan.

*             *             *             *             

19 comments:

zarra zuyyin said...

marah sangat aidil..
tak tahu nak kesiankan siapa sebenarnya, either aisya nor aidil.
irsyad mungkin...
*hye... 1st time drop my comment here.

TuanTanah said...

zara zuyyin. hi there.
haha. tu la nye. 2-2 pon takpayah kesian. patut campak 2-2 masuk sungai kelang biar tau rasa.

Zakiah Halim said...

ishh.. knp mcm tu pula jadinya...masing2 ego ... ;(

zarra zuyyin said...

kelang? ngee... erm, campak aje bawah jambatan Putrajaya ni. pilih mana satu. rasanya aisha perlu dimuhasabah tu dgn sesapa yg rapat dia. kalau tak, ikut kepala dia ajelah.

baby mio said...

PENDEKNYA X SUKA LA DNG AIDIL .

AinaShukri said...

its okay aisya.. everybody made amistakein their life.pegi jumpa aidil tell him da truth. kesian irsyad, mesti rindu mummy dia..

strawberry.chocolate81 said...

alaaaaa...kenapa jadi macam tu...kesian Aisya....Aidil pon ske wat tuduhan melulu....kalo xde ape2 hubungan ngan ex dia..kenapa x nak berterus terang, napa mesti jatuhkan hukuman sampai macam 2 sekali kat aisya...x cukup lagi ke hukuman yg dia dah jatuhkan pada aisya sebelum ni...ke nak tunggu aisya terkorban dulu baru nak menyesal sampai guling...kata nak tawan hati aisya balik...cam ni ke caranya...uwaaaa....mencik Aidil...

Anonymous said...

kenapa aisya yg kena mengalah,aidil yg x pandai nak jg persaan,sian aisya,asik nak kena mglah jeh

norihan mohd yusof said...

la nape lh sampai jadik cam tuh...depa berdua nih nk kena duk aman2 n luah kn jer segala yg tersimpan sejak mula perkahwinan depa nih...nk habaq tk syg cam syg,nk kata tk hepi..cam hepi jer,dek ego haru biru jadk nyer...asyik main tarik tali sudah2 nyer gigit lh jari n makan hati...yg cian kat boy irsyad..hish..ssh kalu dh tua2 tpdegil ya amat...heeheee

Gee said...

aidil kena pujuk lagi lah...mana aci cam tu...cian aisya...

Anonymous said...

x suka aidil..suka2 ht je buat aisya cam gtu... syang ckap syang...cinta ckap cinta...

Hajar said...

Adeh deh, Aidil ni main psiko plak. Patut dia kena clarify betul2 then barulah serah pd Aisya utk decide. Grrr!

AINULRIDA HUSNI said...

Tak tahu nak kata apa pasal si Aidil ni. Byk sgt benda yg sepatutnya dia clarify dgn Aisya. Aidil pun x sepatutnya rapat balik dgn Sofea. Bila nak jumpa Sofea kena la inform kat Aisya supaya x menimbulkan fitnah dan prasangka buruk. He can't expect Aisya to just trust n believe him, his actions does not grant him the rights.

inochi said...

Geram ngn dua2..kcian irsyad =(

kak na said...

ada yg lebih syg kt aisya

BimBo77 said...

oppsss...aidil jgn merajuk lama2..sian aisya..
tuan tanah..nxt plss

Kucing Cat said...

Hadoilah.. Pening n susah hati tengok dorang be2 tu.. (usap kening).. Irsyad jadilah perantara buat daddy n mummy nya tu.. Sambong cepat y tuan tanah.. Hehe

wanie wanieZ said...

alalala sebak bace... (eh same plak komen dkt nina...hehh) cpt2la aisya bncang baik2 dgn aidil...xnk gado2...sian syad...

Lieynaim mohd noor said...

geram yea dgn aidil nie....