‘Busy tak?’
Aidil senyum membaca sms
dari Aisya.
‘Boleh la. Why? Nak bakar barang sy ke?’
‘Haha. Kalau boleh nak jugak. Jom lunch sama’
Alaa... tapi hari ni ada
lunch date.
‘Sorry. Dah janji dengan Sofea. Tomorrow?’
‘Oh it’s ok. Morrow cannot. Ok da~~’
Eh? Habis macam tu je.
Makcik ni betul la.
Aidil menyiapkan
kerja-kerjanya yang banyak tanpa sedar sampai Sofea masuk ke bilik officenya.
“Bi. Jom. Dah pukul berapa
ni.” Aidil mengemas kertas-kertas dan dokumen yang bersepah di atas meja.
“Jom. Makan mana?”
“I teringin nak makan kat
Carousel Palace of The Golden Horses la. Orang kata best food kat sana. Jom
try.” Aidil mengangguk. Demi Sofea.
Sampai di Carousel, Sofea
memilih tempat yang agak tersorok untuk privasi dengan Aidil. Masing-masing
order steak.
“Eh, Bi, tu bukan Aisya ke?”
tanya Sofea tiba-tiba.
Terkejut, Aidil menoleh ke
arah yang di tunjuk Sofea.
Betul, Aisya. Dengan seorang
lelaki. Bukan Fahmi. Lama mereka skodeng pasangan yang seronok bergelak ketawa.
“Her boyfriend, I guess?”
tanya Sofea dengan senyum sinis.
Aidil angkat bahu. Kenapa
rasa menggelegak je ni. Mungkin sebab aku bengang Aisya belanja orang lain
sebab aku tolak dia ajak lunch sama tadi.
Matanya masih melekat
memerhatikan perlakuan Aisya yang sangat lepas laku. Bersuap, bertepuk tampar.
Dia ni bab-bab solat, baca al-quran, superb. Tapi hal pergaulan, zero.
“Awww romantik gila
suap-suap. You bila nak suap I, Bi?” tanya Sofea dengan renungan manja.
Tepis godaan itu, Aidil.
Tepis. “Lepas kahwin nanti, sweet.”
Sofea tersenyum. Aidil yang
sentiasa menjaga batas. “You tau tak, Bi, bila mama dengan papa you jumpa I
cakap pasal you dengan Aisya, I rasa macam nak mati. Semalam datang rumah you
pun, I sedih sangat. Dia takde la cantik mana tapi cute sangat, family you pun
nampak sayang je. I dah terbayang tau, dia cute macam tu, duduk sebilik dengan
you, takkan you tak buat apa-apa. Tapi now, lega I.”
“Don’t worry. Dah berapa
tahun kita bercinta, takkan you tak kenal I.” Aidil sambung makan. Daripada
mengadap pasangan sejoli yang menyakitkan mata, baik tengok makanan yang seksi lagi
best ni huhhh.
Sambil tu mata duk
jeling-jeling jugak. Diorang dah bangun nak balik ke. Eh, kenapa Aisya salam
cium tangan? Habis sopan la tu puiii. Takboleh jadi ni. Kena tegur. Berat bahu
kiri aku nanti.
Malam itu, selepas solat
Isya’, Aidil bersedia melancarkan serangan bom atom.
“Aisya...” Aidil memanggil
Aisya yang sedang menyarung tudung dalam telekung.
“Ye?”
“Duduk kejap.” Aidil menepuk
tilam. Dengan muka pelik, Aisya duduk tanpa bantahan.
“Awak tau kan awak
bersuami?” tanya Aidil dengan nada lembut.
“Haaa? Bersuami? Bila?
Bila!!!??” Aisya menekup mukanya dengan tangan.
“Saya serius awak
main-main.” Ok, nada Aisya mula naik satu oktaf.
“Hahaha why so serius? Iye
saya dah bersuami. Awak la suami patik. Kenapa?”
“Awak tau kan dosa awak,
saya yang tanggung kalau saya tak tegur?”
Aisya mengangguk perlahan.
Apa ni?
“Jaga batas pergaulan awak,
boleh? Jangan bebas sangat.”
“Haaa? Bila saya.....” Aiseh
mamat ni salah faham dengan siapa pulak ni. Along? Angah? Alang? Bang chik? Ke
ayah?
“Ok. Jom turun makan.” Ajak
Aisya dengan laju. Takmau Aidil melanjutkan ayatnya nanti dia stress.
Tanpa menunggu Aidil, Aisya
turun ke bawah. Aidil bengang. Orang tak habis cakap lagi dah cabut.
Lepas makan, Aisya duduk
depan tv seorang diri.
Aidil awal-awal dah naik
tidur, kenapa entah, badmood semacam. Period! Orang nak ajak sembang pun tak
ada. Layankan aja Thor ni. Suka Loki. Cute je dia marah.
“Aisya.”
Aisya menoleh ke belakang.
Mama.
“Eh, belum tidur, mama?”
“Belum. Ni ambik air untuk
papa. Malam-malam mengigau nak minum milo.” Kata mama. “Kenapa belum tidur?
Didi mana?”
“Didi kat atas. Aisya tak
ngantuk lagi.”
“Nak mama teman?” tanya
mama.
“Eh mama tidurlah, teman
papa. Karang ngigau nak mama pulak tu.”
Mama tergelak lembut. “Kejap
mama hantar milo ni.”
Tak lama kemudian mama turun
semula dan duduk di sebelah Aisya.
“Aisya dengan Aidil macam
mana?”tanya mama tiba-tiba.
“Apa ma? Loki?”
“Ishh budak ni. Apa pulak
Loki, punyalah jauhnya. Aidil. Dengan Aisya macam mana?” mama mencubit pipi
Aisya.
Habis la pipi aku kempis.
“Biasa je ma, kenapa?”
Mama diam. Aisya mengalihkan
pandangan ke tv semula. Tiba-tiba terasa tangan mama menyentuh tangannya.
Kepalanya kembali di toleh memandang mama.
“Aisya... Mama minta maaf
kalau sebelum-sebelum ni Aisya nampak mama macam tak suka Aisya.” Mama berhenti
sekejap. “Mama bukan tak suka. Aisya baik sangat. Mama tak boleh bayang macam
mana ayah Aisya didik jaga Aisya sorang-sorang. Mama sengaja buat tak suka, sebab
mama takut kalau mama jatuh sayang kat Aisya, mama takut mama pentingkan diri
taknak lepaskan Aisya. Mama takut Aidil marah kalau mama sayang Aisya dan tak
bagi Aidil lepas kan Aisya. Sebab mama tau macam mana Aidil sayangkan Sofea.
Dan sekarang, mama rasa mama dah mula nak pentingkan diri.”
Aisya terdiam. Rasa nak
nangis. Tangan mama digenggam. “Mama, ayah Aisya kata kan, hubungan mak dan
ayah mertua tu seumur hidup. Tarafnya lebih tinggi dari mak ayah kandung sebab
taraf suami tu sangat tinggi. Kalau jadi apa-apa pun antara Aisya dengan Aidil,
mama dengan papa tetap mama dengan papa Aisya.”
Lama mama merenung Aisya.
Betul kata papa, Redza pandai didik anak. Tubuh Aisya di raih ke dalam pelukan.
Dari atas tangga, Aidil
terharu mendengar perbualan Aisya dengan mama.
Kenapa kita tak jumpa dari
dulu, Aisya? Kenapa sekarang, bila saya dah ada Sofea, awak dah ada pasangan?
Esoknya pagi-pagi, seperti
hari-hari biasa, Aisya berangkat ke
rumah ayah untuk berjumpa dengan buah hati pengarang jantungnya.
“Mummy!!” kakak dan Aran
menerpa ke dalam pelukan Aisya.
“Dah makan belum baby-baby
mummy ni?”
“Dah. Tapi nak makan lagi
mummy masak.” Jawab Aran sambil mengambil bekas di tangan Aisya.
“Wahhh nasi lemak sambal
sotong. Mummy, nak!”
“Tok ayah dengar perkataan
nasi lemak sambal sotong. Mana? Lapar ni.” Ayah turut masuk ke dapur.
“Hai ayah. Rinduuuu.” Aisya
peluk ayah kuat-kuat.
“Eleh macam setahun tak
jumpa padahal tetiap pagi muncul kat sini.” Bang Chik masuk ke dapur sambil
mulut di cebikkan.
“Sebok. Rindu jugak rindu
jugak.” Tubuh ayah di gerak kiri dan kanan. Ayah tergelak lucu.
“Ya Allah budak ni dia buat
ayah macam teddy bear je.” Kak Ida, isteri along, pula masuk ke dapur. Nasi lemak di keluarkan dari bekas dan di
masukkan dalam mangkuk.
“Semua orang dengki ayah
sayang adik lebih kan ayah kan?” Tanya Aisya dengan manja. Ayah mengusap kepala
anak bongsunya yang gayanya tak macam orang dah kahwin ni.
“Kalau riuh rendah ni tau la
adik dah balik.” Angah pula masuk ke dapur.
“Nak peluk jugak!” Alang
memeluk ayah dan Aisya.
“Himpit adik himpit dia jadi
sandwich!!” Jerit Bang Chik yang tutur serta dalam aktiviti peluk memeluk.
Angah dan Along apa lagi, ada peluang buli adik, buli secara berjemaah.
Ayah ketawa bahagia dengan
karenah anak-anaknya.
Snap. Kak Ida laju mengambil
gambar mereka ketawa bahagia dengan Iphone Aisya.
Tengah hari itu selepas siap
kemas rumah ayah, Aisya bawa kakak dan Aran ke Berjaya Time Square. It’s time
for Cosmo’s World Theme Park!
Aisya naik ke bahagian atas,
bahagian kanak-kanak memandangkan kakak dan Aran belum cukup ketinggian untuk
main mainan yang extreme walaupun sebenarnya dia nak main. Puas tengok
anak-anaknya main dengan gembira. Sebabkan ride kanak-kanak tak banyak sangat,
mereka cuba semua jenis ride dan tak makan masa yang lama pun.
Ride terakhir, bumper car!
Sedang beratur menunggu giliran, tiba-tiba dia nampak seseorang yang di kenal
jalan masuk ke tempat beratur bersama kawan-kawannya.
“Anish?” tegur Aisya.
Anish kalih melihat gerangan
yang memanggilnya. Heh, perempuan ni rupanya.
“Sape, Nish?” tanya rakan di
sebelahnya.
“Perampas.”
“Oh ni la Aisya yang kau
cerita tu. Suci je aku tengok.” Balas rakannya dengan tidak bersalahnya. Anish
mendengus kuat. Rosak mood nak main.
Sampai giliran mereka, Aisya
duduk dalam bumper car bersama Aran manakala kakak ambik satu bumper untuk dia
sorang. Seronok mereka main langgar-langgar. Aranlah yang paling seronok dapat
drive sendiri.
Tiba-tiba Aisya terantuk ke
depan apabila ada satu hentakan kuat di bahagian belakang. Laju Aisya menoleh,
Anish tersenyum sinis.
Ohhh budak ni mencabar
kewibawaan aku sebagai adik angkat Fernando Alonso cissdale punya kanak-kanak.
Jaga kau! Watch and learn!
Terus Aisya mengejar Anish.
Mula-mula Anish nampak terkejut, lama-lama masing-masing terkekeh-kekeh ketawa
langgar-melanggar.
Boleh tahan jugak kakak ipar
aku ni. Anish mula suka dengan karektor Aisya yang selamba itu. Habis main
bumper car, Aisya mendekati Anish.
“Anish nak balik dah ke?”
tanya Aisya.
Teragak-agak Anish nak
jawab. Maklum la, sebelum ni mana pernah cakap baik-baik dengan Aisya.
“Belum lagi kak. Nak
jalan-jalan dulu. Siapa ni kak? Cutenya.” Ramah kawan Anish menjawab, jarinya
mengetip pipi Aran yang gebu.
“Anak-anak. Ok before korang
tanya, anak along akak.” Jawab Aisya, tau dah soalan seterusnya kalau dia tak
kata ni anak along.
Anish geram tengok
budak-budak cute depannya. Nak pegang, segan dengan Aisya.
“Salam aunties, kakak,
Aran.” Arah Aisya kepada Aran dan kakak.
Tanpa bantahan Aran dan
kakak salam Anish dan kawan-kawannya.
“Akak pun nak baliklah.
Habis dah ride untuk kids kitorang nak main.” Kata Aisya sambil mengusap kepala
Aran yang nampak penat.
“Habis tu ride untuk adults
ni akak tak naik ke? Kalau akak nak, meh kitorang jagakan kakak dengan Aran ni.
Akak heret ni Anish ni. Penakut dia tak tahu nak kata, padahalnya dia yang
beria ajak datang sini.” Ujar kawan Anish yang berbaju pink.
“Tak menyusahkan ke?” tanya
Aisya kembali. Berat hati nak tinggalkan anak-anak dengan orang lain tapi nak main.
Selepas ni di yakinkan oleh
rakan-rakan Anish, Aisya dan Anish naik segala extreme ride yang ada. Awalnya
Ainish taknak tapi lepas di pujuk Aisya, dia naik jugak. Karang jatuh
kredibilitinya sebagai presiden kelab We Hate Aisya Redza, We Want Sofea!
Atas ride, habis suara Anish
menjerit ketakutan. Lama-lama seronok pulak. Aisya pula sangat enjoy, siap
paksa Anish bukak mata bila tengah main. Kalau Anish menjerit ketakutan, Aisya
menjerit suruh Anish bukak mata sambil ketawa.
Sedikit sebanyak Anish mula
memandang Aisya dari sudut yang berbeza. Mungkin selama ni dia banyak
berprasangka buruk dengan Aisya. Yang penting hari ni dia rasa Kak Aisya ni
rock and best gila! Boleh buat geng!!
Selepas main mereka keluar
makan di McDonald’s kerana Aisya nak belanja semua orang makan. Borak punya
borak sampai tak sedar hari dah petang. Selepas hantar kakak dan Aran balik,
Aisya terus pulang ke rumah.
Ketika makan malam, riuh
rendah dia dan Anish bercerita pengalaman mereka menaiki extreme rides tadi.
Masing-masing pelik melihat Anish yang sudah boleh bergelak-ketawa dan
manja-manja dengan Aisya, namun tiada siapa yang menegur. Dalam hati
masing-masing mengucap syukur.
Pukul 11 malam,
masing-masing naik ke bilik untuk tidur. Aisya baring di pembaringannya tetapi
mata masih belum mengantuk. Badan di kalih-kalih mencari posisi yang paling
selesa. Selimut di selak. Rasa macam nak cabut je tudung di kepala. Kepalanya
menoleh ke arah Aidil yang nyenyak di sebelah.
Dia mengeluh kasar. Jealous
tengok Aidil tidur nyenyak sangat. Henfonnya di ambil untuk main game Unblock
Me sampai dia mengantuk.
“Ishhh... kenapa awak ni.
Tidur diam-diam tak boleh ke?” marah Aidil dalam mamai. Geram tidurnya
terganggu dengan Aisya yang macam ulat taik tak reti duduk diam. Jam dinding di
pandang. 2 pagi.
“Awak tidur je la. Saya tak
boleh tidur lah.” Marah Aisya balik. Matanya masih fokus di skrin henfon.
Khusyuk menolak kayu-kayu coklat supaya kayu merah berjaya di keluarkan.
“Macam mana nak tidur awak
tu tak reti duduk diam.” Aidil bangun menyandar ke kepala katil. Kesian pulak
orang sebelah ni tak boleh tidur.
“Apesal bangun, tidurlah.”
Kata Aisya, wajah mamai Aidil di pandang. Comel pulak dia ni mamai-mamai. Aisya
tersenyum lucu.
Aidil tergamam melihat
senyuman Aisya dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Danggg Aidil,
jangan nak fikir bukan-bukan.
“Meh saya dodoi awak bagi
cepat sikit tidur.” Ujar Aidil.
“Takmau. Suara awak tak
sedap. Nanti ribut petir.”
“Ehhh tolong sikit. Saya
dulu penyanyi utama famous amous, kacak bergaya kat sekolah dengan universiti
ye. Dah dah. Tutup henfon tu, pejam mata.” Aidil merampas henfon di tangan
Aisya.
“Heiii..”
“Diam. Kalau awak taknak
kena cium dengan saya, baik awak diam, pejam mata.” Ugut Aidil. Senyum melihat
Aisya cepat-cepat pejam mata.
Dia berdehem 2-3 kali,
konon-konon membetulkan suara.
Bahu Aisya di tepuk lembut.
Lucu apabila muka Aisya tiba-tiba merah dan bahunya terasa keras. Mungkin
terkejut dengan sentuhan Aidil. Lagu Goodnight Baby nyanyian Brenton Wood di
alun lembut.
”Good night, baby, sleep
tight, darlin’
Tomorrow is another day
Good night, darlin, see you tomorrow
And I'll be around to say
Each new day my love grows stronger
I wish each day could last a little longer
So that there’d be more time we could share
Gee, I hate to see you go
But good night, baby, sleep tight, darlin’
If you're lonely pick up the phone and talk to me
And around about midnight if you can't stand it
Put on your robe, come on sleepwalk to me
Every night is never endin
I’ve spent each moment just pretending
Dreaming that you're right here by my side
But when I wake my dreams have lied
Ooh, ooh, each new day my love grows stronger
I wish each day could last a little longer
So that there’d be more time we could share
Gee, I hate to see you go
But good night, baby, sleep tight, darlin’
If you're lonely pick up the phone and talk to me
Good night, baby, sleep tight, darling”
Tomorrow is another day
Good night, darlin, see you tomorrow
And I'll be around to say
Each new day my love grows stronger
I wish each day could last a little longer
So that there’d be more time we could share
Gee, I hate to see you go
But good night, baby, sleep tight, darlin’
If you're lonely pick up the phone and talk to me
And around about midnight if you can't stand it
Put on your robe, come on sleepwalk to me
Every night is never endin
I’ve spent each moment just pretending
Dreaming that you're right here by my side
But when I wake my dreams have lied
Ooh, ooh, each new day my love grows stronger
I wish each day could last a little longer
So that there’d be more time we could share
Gee, I hate to see you go
But good night, baby, sleep tight, darlin’
If you're lonely pick up the phone and talk to me
Good night, baby, sleep tight, darling”
Aidil tersenyum. Entah
kenapa lagu Brenton Wood yang di lagukan. Tapi tak kesahlah, Aisya tidur
akhirnya. Badan Aisya di selimut. Dia turut melabuhkan kepala ke bantal.
Ok, sekarang dia pulak
takboleh tidur. Sapa nak dodoi. Ni semua budak kecik ni punya pasal.
4 comments:
sweet la aisya ni.. terbayang karekter dia.. bila diorang nk jumpa adik beradik aisya..asyik salah faham je..keep it up.. i want more n more entry... (tamak) hehehehe
cute nye lah aisya ne!anish pun dah leh ngam ngan aisya...jgn lah endak nye aidil nk lepas wife yg cute mute cam aisya!!!!nanti u nyesal did.caye lah!!!dek wat lah someone terjatuh suke ngan aisya.nk mamat yg kacak dek!pleaseeeeee ye dek.biar ade gempak cikit utk aidil tawan ati aisya dek............
hmmm.... kang tak pasal-pasal jadi cinta 3 segi ni... or cinta bersegi2.... tak mauuuuuu..... takkanlah aidil nak bolot both aisya dan sofea....
sgt merbahayalah tindakan mertua aisya ni... bakal mengecewakan aisya, sofea dan aidil....
Siyes dowh! Cite ni best!!
Tuan tanah, sila sambung...!
Sufi (",)
Post a Comment