baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Saturday, March 2, 2013

Biru [18]



“mummy. syad nak naik tu!” jari telunjuknya dihala ke arah kuda pusing-pusing yang kene masukkan syiling 5o sen.

“kejap sayang. Mummy bayar barang ni kejap.” Kata Aisya sambil mengeluarkan barang-barang dari dalam troli dan diletak ke atas kaunter.

“nak sekarang! Nak sekarang!” Irsyad mula menghentak-hentak kakinya.

“ha jom jom, daddy bawak.” Irsyad didukung. “nah.” Wallet dihulur kepada Aisya.

“alhamdulillah. Rejeki rejeki.” Segera wallet Aidil diambil. Silap besar la kalau nak dengar dia cakap, ‘takpayahlaaaa’.

Aidil ketawa. Heihhh... macam mana saya tak sayang awak, Aisya?

Tiba-tiba tangannya ditarik. Aisya yang tersenyum dipandang.

“thanks.”

Giliran Aidil pula tersenyum. Pipi Aisya ditepuk lembut sebelum dia berlalu membawa Irsyad.

Selesai membayar, Aisya cepat-cepat menolak troli mencari kelibat Irsyad dan Aidil. Dari jauh dia nampak Aidil sedang bersembang dengan seorang wanita dan Irsyad seronok main kereta mainan. Tanpa berlengah, dia terus menghampiri mereka.

“assalamualaikum.” Sapa Aisya.

“waalaikumussalam.” Dan bila wanita itu berpusing, terasa jantungnya berenti berdegup.

“Aisya...”

“Sofia.”

Tangan dihulur. Aisya menyambut, tenang. Hipokrit kau, Aisya!

“how are you?” tanya Aisya, cuba untuk bermesra. Terasa cerita 3 tahun dulu, berputar dalam kepalanya.

“fine. you?”

“great.”

Senyap. Awkward.....

“tadi I pegi rumah papa, cari Aidil and Irsyad. Tapi mama kata you guys kat rumah ayah you, tak sangka pulak boleh jumpa kat sini. Rezeki I la kan.” Ceria Sofia bercerita. Tangannya selamba memaut lengan Aidil.

Hoii hoiii lengan laki aku tu! Mata Aisya menjeling dua lengan yang bersimpul itu dengan beribu perasaan. NEGATIF!

“jom makan. I belanja!”

“aaa...”

Belum sempat Aisya menjawab, Aidil terus menyampuk.

“Aisya, awak balik dulu boleh? Saya dengan Irsyad balik dengan Sofia nanti.” Kunci kereta dihulur kepada Aisya.

Terkedu sekejap. Perlahan-lahan dia mengangguk dan mengambil kunci dari tangan Aidil.

Tanpa berlengah Aidil, Sofia dan Irsyad berlalu meninggalkan dia yang termangu di tengah-tengah shopping complex. Dia baru je kena..dump... ke?

Tiba-tiba rasa ada air di hujung matanya. Ahh kenapa setiap kali episod dia dan Aidil dengan tambahan Sofia, mesti ada air mata yang terlibat?

*             *             *             *             *

Sampai dirumah, dia cepat-cepat menurunkan barang yang dibelinya dari bonet kereta.

“hoiiii! Banyak barang beli?”

“astagfirullahala’zim!” dadanya disapu. Terperanjat.

Muka Safwan dipandang geram. “kot ye pon nak aku gol cepat, cuba bagi salam dulu!”

“assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuhhh, Puan Aisya!”

“waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh ya Haji Safwan!!”

Kedua-duanya ketawa kuat.

“tolong aku angkat barang weh. Berat!” pinta Aisya dengan mata yang sengaja dikedip-kedip, meminta tolong.

“meh ABANG Safwan tolong.”

Aisya tergelak lucu. geli weh nak panggil dia ABANG. Puiiii!

Selesai mengangkat barang ke dapur, mereka duduk santai sofa depan tv.Harini ayah dengan abang chik masak! Dia, rehat je.

“ayah kata kau keluar dengan Aidil. Kau sorok dia dalam kereta ke apa?”

“haha. Memangla. Takut kau tergoda, susah pulak aku.” Usik Aisya sambil menyuap cheese cake yang dibelinya tadi.

“mencik mak tau nyahhh!” Aisya ketawa lagi. Bongok punya Safwan.

“ehh serius la. Mana laki kau. Nak jugak aku kenal-kenal dengan lelaki yang sanggup buat permaisuri aku ni setia sangat walaupun dia buat kau macam sampah.” Selamba Safwan bertutur tanpa mempedulikan pandangan amaran dari Aisya.

“mulut kau tu layak kene tenyeh dengan Bhut Jolokia tau!”

Bhut Jolokia atau nama english, Ghost Pepper. Bapak segala lada.

“aku ni jujur tau. Mana Aidil, weh?”

“emm.. keluar makan dengan Sofia.”

“you mean, Sofia. THAT Sofia?” terkejut. Celah mana watak Sofia ni datang, bukan ke Faizal cakap watak Sofia dah kena mansuhkan sejak dia bercerai dengan Aidil. Ni apa pulak ni. Korea betul hidup Aisya ni.

“yups. Takpayah nak buat muka macam tu ye. She IS Irsyad’s mother, Saf.”

“and you are Aidil’s wife. Don’t forget that.”

Aisya mengeluh dan bersandar ke sofa.

“untuk sekali, Aisya, aku mintak sangat, tolong la tunjukkan perasaan sebenar kau. Jangan nak pura-pura kuat sangat, please.” Marah Safwan. Aisya dipandang geram. Sampai bila Aisya nak bahagia?

“kau tau tak, Saf, arwah ibu aku penah cakap, kalau kita sayangkan orang, kita nak orang tu bahagia, walaupun bukan dengan kita.” Perlahan Aisya bertutur.

Safwan terdiam.

Dan Aisya, kau tau tak, aku la orang yang nak kau bahagia tu?

Dia mengeluh.

“Allah kata, Dia takkan uji kita dengan dugaan yang kita tak mampu tanggungkan? Kau kuat, Aisya.” Tenang Safwan berkata, cuba meredakan rasa hati Aisya. 3 tahun, cukup untuk buat dia rasa apa yang Aisya rasa.

Gitar Aisya yang tersadai di tepi sofa dicapai.

“dah dah. Takpayah nak buat muka sardin basi kau tu. meh nak dedicate lagu untuk kau.”

Gitar di ketuk perlahan sebelum tali gitar dipetik.

“Goodbye Aisya my little one
You gave me love and helped me find the sun
And every time that I was down
You would always come around
And get my feet back on the ground

Goodbye Aisya it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
With the flowers everywhere
I wish that we could both be there

We had joy we had fun we had seasons in the sun
But the hills that we climbed were just seasons out of time”

Bila Michelle di tukar kepada Aisya, Aisya ketawa kuat. Amboiii tak menahan.

“takpayah nak sweet-sweet sangat dengan aku ok. Tak lut.” Ujar Aisya sambil ketawa-ketawa.

“ahhh dengan kau, semua tak lut. Kayu. Girlfriends aku dulu, semua cair macam lilin kene campak masuk boiler.”

“hahaha bongok gila. Saf... thanks.” Senyum manis diukir. “kenapa aku tak jumpa kau dulu, Safwan?”

Wajah Safwan yang bersih dipandang sejenak sebelum dia mengalihkan pandangan. Safwan yang sentiasa ada untuk dia. Safwan yang 3 tahun menjadi pengganti abang-abangnya.

“jadi persoalkan takdir, Aisya Redza. Perancangan Allah sebaik-baik perancangan, sayang. lagipun, firasat aku kata, kalau kau jumpa aku lagi awal, aku ada potensi kene kerah jadi bibik kau kan?”

Aisya tergelak hambar. Betul. Kalaupun Allah takdirkan dia jumpa Safwan lebih awal, tapi kalau jodohnya masih dengan Aidil, Aisya-Safwan tetap takkan terjadi. Kan?

“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage. Remember?” tanya Safwan sambil merenung skrin tv yang menayangkan Wonder Pets.

Aisya tersenyum. ‘Magic statement’ dia.

“aku nak kau tau, kau ada dua-dua, sayang. Strength and courage.” Ujar Safwan sambil tersenyum manis. Dia tau Aisya faham apa yang dimaksudkan.

“assalamualaikum.”

Kedua-duanya menoleh ke arah pintu masuk. Aidil masuk sambil mendukung Irsyad yang terlentok di bahunya.

“waalaikumussalam.”

“awak, meh letak Irsyad sini.” Aisya menepuk ruang sofa yang kosong disebelahnya. Aidil menghampiri Aisya dan melatak Irsyad.

“eh? Irsyad menangis ke tadi?” tadi Aisya, hairan melihat kesan air mata di pipi Irsyad.

“emm dia menangis nak awak tadi.”

“alahai, kesian anak mummy.” dahi Irsyad dicium lembut. Seminggu menghabiskan masa bermasa Irsyad cukup untuk menyemai sayang yang menggebu.

“awak, ni Safwan. My dearest friend. Saf, Aidil.”

“hah! At last!” bersalaman sebelum Aidil meminta diri untuk naik menukar baju.

*             *             *             *             *

Sekujur badan Aisya yang lena memeluk Irsyad di renung.

Keluhan dilepaskan.

Dia terdengar perbualan Aisya dan Safwan tengah hari tadi.

 “kenapa aku tak jumpa kau dulu, Safwan?”

Sakit. Bila dia mendengar soalan Aisya kepada Safwan.

Dia tau Safwan sayang sangat kat Aisya. Come on la, dia lelaki. Dia tau pandangan lelaki. Safwan pandang Aisya dengan satu pandangan yang sarat dengan kasih sayang (dan dia rasa nak korek je mata Safwan tu). Mungkin sama dengan pandangan dia kepada Aisya. Tapi dia suami Aisya. Logik la dia pandang macam tu.

Dan dia tau, Safwan tau cerita antara dia dan Aisya.

“..kalau taknak, takmampu, bagi peluang untuk dia hidup bahagia..dengan orang lain....”

Ayat Safwan ketika dia bersalaman dengan Safwan sebelum lelaki tu balik tadi. Bukan setakat sakit, terasa ditikam di dada, berkali-kali.

Dan dia tak kira. Walau macam mana pun, dia tetap akan usaha untuk dapatkan hati Aisya. Semula. Dia tau susah, tapi dia takkan mengalah.

“..Aisya perempuan, Aidil. Dia nampak keras, tapi dia sayang Aidil. Lagi tepat dia cintakan Aidil. Ayah tau anak ayah...”

“..usaha la sikit, bro. Takkan baru seminggu Aisya tak bagi reaksi apa-apa kau dah nak mengalah? Lepas apa kau buat kat dia, kau ingat senang nak dapat dia balik...”

“...eiii kalau tak fikir betapa sayangnya Aisya kat kau, lama dah pecah muka kau angah kerjakan. Angah tau sakitnya macam mana kau buat dulu. Kalau kau taknak nanti keluar surat khabar front page ‘Aidil hilang tanpa dikesan’, usaha sembuhkan balik hati dia!...”

“...kalau kau tak ubatkan balik hati dia yang kau remuk-remukkan tu, alang dengan rela hati tawarkan diri jadi peguam syariee Aisya. Free of charge je....”

“...abang chik nak Aisya bahagia je. kalau kau tak mampu, abang chik tau sape yang mampu. Safwan. Dia boleh buat Aisya ketawa, kau cuma mampu buat Aisya menangis je....”

Aidil tersenyum pahit. Teringat kata-kata ayah dan abang-abang Aisya semalam. Pipi Aisya di usap lembut, taknak Aisya terjaga. Tak mampu menolak rasa hati, bibir Aisya dikucup lembut.

“awak tetap bidadari biru saya. Sampai jannah.” Bisiknya perlahan.


p/s: thanks thanks thanks, for reading tulisan picisan saye yang banyak ngarut ni. nak bagitau ni, tapi malu, tapi tak penah bagitau orang lagi, tapi nak bagitau jugak. heee. tersipu-sipu malu dah ni ngehe. korang sangat bestttttt! serius. :')

p/s II : kak hanina, thanks. speechless. nak nangis sambil peluk kuat2 boleh?   

28 comments:

Gee said...

assalam,

tau blog tt melalui hanina. continue writing dan kalau boleh jadikan lah biru sebagai versi cetak....u can do it...i luv to read biru...

Cerita Hanina said...

ok, peluk-peluk cyber!!never put down yr own writing dear. say that its a work in progress. so glad that you wrote abt what the dad and brothers said to Aidil. Makes more sense. dok heran kenapa lah derang buat dono je bila Aidil buat macam2 kat Aisyah. Biru is getting better by day. Am sure it will get published, keep up the good work!

Anonymous said...

Salam. Samsung cepat2 ye.......nangis nie

Love,
Kak has

Cerita Hanina said...

Nak nyebok, buat sampai Safwan seriusly ajak Aisyah kawin?

idA said...

salam dik..bagi akak Aidil is too much..kalau akak ditempat Aisya..it's time to move on in life... nak buat apa sakitkan hati sendiri dengan perilaku suami yg tidak pernah mahu mengerti dan menjaga hatinya...macam nak jetus jetus kepalanya...adakah pertemuan dia ngan sofea dan mendahului sofea dari diri Aisya ..tidak terfikirkah dia yg dia telah membuat Aisya disakiti dan menderita...
bagi Aisya..plz wakeup..life is not only about love..safwan tu..mencintai anda sepenuh hatinya...just leave Aidil..

kiki said...

saya pun tunggu biru ke versi cetak,harap jd kenyataan

Hajar said...

Hahaha. Tuan Tanah, episod kali ni memang menjawab apa yang me and Hanina query hr tu. Thanks. Honestly saya nak Aisya end up dgn Aidil, but kalau Aidil ni slow sgt, saya boleh lompat pagar sokong Safwan pulak. :)

Anonymous said...

Boleh x bagi safwan jdi heronya sebab x suka dengn aidil yg bodo tu sbb x pilih aisya dri awal lagi

Aina Shukri said...

best! best! best! the storie stakes gettin' higher and higher!

Cik Adik Manis said...

dari bab yang aidil ckp syg aisya mcm adik je.. smpi bab ni bergenang air mata bila baca bab sedih! tuan tanah.. u r a good writer..

Anonymous said...

sokong sokong..lalalala..
aidil ni siput cik bab 1 kot..

keretapiiiiii...dinasour

Anonymous said...

sofia ayam grg basi tu kan???awat aidil bio dia pegang2..lensing kang..

Lieynaim mohd noor said...

swwt la sgt... buat aidil betul2 merana mcm aisya rase... huhuhu

wanie wanieZ said...

alahhh...cpt la aidil pjuk blik hati aisya....tamo2 aisya dgn safwan...nk dgn aidil jugaakkk!!! mcm yg hanina ckp buat smpai saf ajk aisya kawen bt0l2, menarik jugak...nt bru aidil buat anjakan paradigma...tidak die dok diam je mcm xde perasaan wlaup0n dlm hati syg sgt kt aisya...hehe...bestt!!smbg lg!!!

strawberry.chocolate81 said...

khatam cite ni dlm ms 2 jam...x menahan.....mencik ah aidil 2 slalu mcm 2 tau...dah dicuri ati aisya pas2 di toreh2 kasi hancur plak kalo kite kasi hantuk kepala dia kat dinding aci x....but kite ske irsyad hihihi sooooo switttttt n cute...pandai jaga hati aisya lagi x cam daddy dia...sengallll

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Ehem2!! datang sini dari fb hanina.. serius, cerita u memang best. baca dr awal n smpai lah skg.. ketawe gelak guling2 dah, menangis pun dah.. hehe cepat2 update yee... xsabar dah ni nak bace.

yang said...

mak aaiii...geramnye kat aidil..boleh pilih sofea dr aisya...aisya dump je si aidil tu...dh byk kali si aidil bengong tu sakitkan hati aisya...

dila dyna said...
This comment has been removed by the author.
dila dyna said...

okay..bru habis bce 'blue' ni skali harung je...what i can say is....just a supperbbbb love story, penuh dgm slumber, n abaikn aje la semua ejaan tu haha. cerita ni dh cukup bestttt...n klo dpt peluk bukunye cpt2 lg best. anyway still rse nk bg penumbuk *dushhh dkt aidil, still jgk kawen dgn sofea, smpi sti...sampi ade anak plak tu *emo kejap huhu...xde pempuan yg nak dimadukn, n aisya is the strong one...menagis sehhh mse aisya ckp 'saya sayangkan awak' wuwuwuwu T_T

#all da best writer...try la send your masterpiece ni dkt publisher, nak sgt peluk versi novel :D n credit to sis Hanina, because of her, i found this awesome blog!!

Gee said...
This comment has been removed by the author.
Gee said...

sokong hanina dan dila dyna. story yg superbbb. cadangan akak -sedikit suntingan lagi dengan olahan dan kupasan perasaan sebenar aisya dan aidil mampu menarik lebih ramai peminat meroyan kepada 'biru'...good luck tt...

yanims said...

best sgt citer ni...glad to know the another potential writer...hopefully akan jd printed version...good luck!!!

and yes of course credit to sis Hanina sbb tlh memperkenalkn blog ni... :)

Anonymous said...

dear cik writer, buat watak aisya lebih fikirkan diri dia drp nak jaga hati org saja. apa saja alasan aidil-dia patut dah tutup buku kasih dgn sofia namun masih jaga hubungan ibu-anak.

Anonymous said...

sy sokong apa yg idA comment tu.... cuba ubah skit jln citer....asyik2 heroin kena seksa zahir n batin...kena tinggal 5-8thn malah bermadu (sama mcm novel kasihku yg satu)... then at last senang2 silelaki bebaik ngan heroin dgn alasan si lelaki masih lg suami... so mn hak isteri? sy bukannya nk emosional tp sakit ati woo buat isteri camtu...
Aisya should the deserve the best (not Aidil..ok)...Anyway ur good writer...

Unknown said...

Tt, cam besa,teruja!
Kecewa btol dgn aidil.

Sufi (",)

Ayu dzulkarnain said...

gile kentang best!! ni last ke?
uikss kasi lagi pls!!

MizaEija said...

Sob sob.. Aidil takmo la kejam sangat.. cian Aisya... :'(

Norfazliyana Aziz said...

Abang2 dia terbaik..klulah saya ade abang gitu..bestnya hidup