baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Tuesday, March 5, 2013

Biru [19]



“angah!!”

Suara nyaring Aisya dari tingkat atas memecahkan kedamaian petang itu.

“angah!!”

“angah mana ada la!” abang chik menjerit dari depan tv.

“abang chik! Tolong adik! Penting. Hidup mati!”

“apende?”

“tolong belikan pad.”

“pad ape? Test pad?”

“pad la. Tuala wanita yang macam iklan Adibah Noor tu.”

Senyap.

“abang chik!!!”

“wo wo! No no no! With big N and O. Never ever!”

Abang chik mendongak memandang Aisya yang berdiri anak tangga paling atas dengan muka kerut-kerut.

“abang chik. Please. Ni terdesak sangat ni. Pleaseeee.” Aisya merayu. Woi dah banjir ni, takkan nak drive aduhh.

“adik nak suruh abang chik terjun bangunan, abang chik sanggup. Merentas lautan bersalji, abang chik boleh takde hal. Nak suruh abang chik masuk dalam perut dinasor, abang chik rela. Tapi beli pad...... okbai!”

“abang chikkkkk!!!”

Tiba-tiba muka lesu Aidil menjengah dari pintu masuk.

“ha, ni suami terchentaaa adik ada. Minta dia la belikan.”

Aidil yang tak tau menahu perbalahan adik-beradik ni, tercengang.

“abang chik! Tolong la please....”

“apahal ni?” tanya Aidil, memandang Aisya dan abang chik, silih berganti. Tubuhnya di hempas ke atas sofa.

“ni ha, adik ni mintak belikan...”

“abang chik!!!” jerit Aisya sebelum abang chik sempat menghabiskan ayatnya.

“..pad...” abang chik tersengih.

“test pad?” soal Aidil dengan innocentnya.

“copy paste ayat abang chik. Hahaha.” Abang chik tergelak suka. Aisya mula menayangkan muka cemberut.

“bukan. Dia nak tuala wanita.” Sambung abang chik lagi.

“lepastu?” tanya Aidil lagi.

“dia suruh abang chik beli. Ada ke patut? Tak jantan ok?”

Aidil pula ketawa lucu. matanya dipejam rapat, cuba menghilangkan lelah.

“gedikla abang chik. Tolong la. Emergency! Mana tau pegi sana jumpa jodoh abang chik haaa.”

“tak mau. T. A. K. M. A. H. U.” Sebijik-sebijik huruf disebut. Dia turut melabuhkan badannya ke sebelah Aidil dan menyambung menonton tv.

“eeee... tak berhati perut. Tengok la nanti abang chik mintak tolong, haram adik nak tolong. JAHAT!” jerit Aisya dengan geram.

“hihhhh bisinglah adik kau, abang chik.” Rungut Aidil masih dengan mata tertutup.

“biasalah, dulu lahir kembar dengan ayam baru lepas menetas.” Selamba abang chik menjawab.

“Aidil... Tolong...” terus terbuka mata Aidil mendengar namanya disebut.

“haa? Pedie?” soal Aidil.

“tolong belikan pad. Uuuu... emergency ni!” rayu Aisya dengan sayu. Ok, ni bukan buat-buat ok. Sedih la takde orang nak tolong.ni la padah dia sorang je perempuan dalam rumah. Ni yang nak suruh ayah lahirkan anak perempuan sorang lagi ni.

“ye la ye la. Macam mana nak beli?” tanya Aidil sambil bangun dari sofa. Kesian pulak isteri dia ni.

“awak pegi ke kedai runcit. Cari jenama Libresse. Ala yang yuna tu. Awak tak tau, tanya je orang kedai tu. Saya nak yang ada wing tau.”

Aidil mula pening. Wing tu sayap kan? Ada yang bersayap?

Dia terus ke kereta, memandu keluar ke kedai runcit.

Sampai kat kedai runcit, dia termangu seorang diri. Apa dah jenama yang Aisya cakap tadi? Henset tertinggal la pulak.

Adik kaunter pun dah pandang pelik je.

“err bang. Abang cari jenama apa?” tanya adik kaunter itu.

Aidil menggaru kepalanya. Tak ingat.

“yang yuna punya tu ada ke? Abang tak nampak jenama Yuna pun?” tanya Aidil dengan muka selamba.

“Hahh jenama Yuna?” adik kaunter tergelak perlahan. Sebenarnya nak gelak guling-guling tapi cover.

“aah. Isteri abang cakap yang yuna tu. Ada ke?”

“ada bang. Tapi bukan jenama Yuna tapi Libresse. Abang nak yang macam mana?” libresse hijau dan biru ditunjuk.

“alamak. Ada beza ke? Haa, yang bersayap.”

Sekali lagi adik kaunter melepaskan ketawa kecil. Abang, please la keluar cepat, saya nak gelak guling-guling ni.

“ehemm. Orang tak sebut sayap bang. Wing. Abang nak maxi ke overnight?”

“maxi? Overnight? Apa tu?”

“saiz, bang.”

“adoii.. abang ambik dua-dua la dik.”

Adik kaunter mengangguk dengan gelak yang cuba disembunyikan. Pad di masukkan ke dalam plastik.

Selesai membayar, belum sempat Aidil keluar, adik kaunter sempat lagi menyampaikan pesanan penaja.

“untung isteri abang. Kirim salam la ye. Kalau abang ada adik lelaki yang sweet macam abang, sila la kenalkan kat saya ye.”

Aidil ketawa. Abang memang sweet. Isteri abang je yang kayu sangat tak nampak ke’sweet’an abang ni ha.

Sampai dirumah, dia terus memanjat tangga menuju ke bilik dia dan Aisya. Kelihatan Aisya sedang berdiri di tepi tingkap.

“nah. Ya Rabbi, susahnya nak pilih.”

Aisya tersenyum gembira. Penat dah ni asyik berdiri dari tadi. Plastik diambik dari tangan Aisya.

“ehh kenapa sampai dua?”

“haa senang nanti kalau tak cukup.” Jawab Aidil sambil melabuhkan badannya ke atas katil. Legaaaa.... mata dipejam. Badan mengiring ke kanan.

Aisya ketawa. Aidil dihampiri.

“thanks.” Bisik Aisya sambil mencium pipi Aidil. Dan terus ke bilik air. Malu.

Serta-merta mata Aidil terbuka luas. Tadi tu....

Senyum terukir.

*             *             *             *             *

‘sy sayang awk’

Terbeliak mata Aisya membaca mesej yang baru dia terima tadi.

‘salah number ke ape ni?’

tak. Aisya Redza, sy syg awk’

‘sehat tak ni?’

Berkerut dahi Aisya baca mesej dari suaminya.

‘sehat. Aisya Redza, sy nak same2 dgn awk sampai bila-bila’

Tiba-tiba rasa hatinya berbunga-bunga. Ini la yang dinamakan dalam hati ada taman kan.

Errr nak jawab apa ni? Dia mula gelisah. Malu pun ye jugak. Err..

‘ok. Balik cepat. Bawak sy jalan2’

‘tu je jawapan awk?’

‘ye. BALIK CEPAT!’

‘ok SAYANG. Kita dinner lua malam ni  xoxo’

Amboiii capslock ‘sayang’ tu. Gedik gila.

Aisya tersenyum-senyum. Terbayang apa yang perlu dia lakukan bila Aidil balik nanti. Mungkin inilah masanya untuk mereka mulakan cerita mereka sendiri. Dan dia perlu berterus-terang dengan Aidil. After all, perkahwinan tu adalah kepercayaan kan?

Kena buat solat sunat dulu ni. Supaya Allah permudahkan urusan mereka berdua.

Langkah diatur ke bilik air untuk mengangkat wudu’.

Selesai solat sunat 2 rakaat, baru teringat, dia berjanji dengan Anish dan Alif untuk lunch kat luar.

Nama Aidil ditekan.

“hello. Yes dear. Dah rindu eh?” suara Aidil menyapa.

Terasa merah pipi Aisya.

“mengada. Awak. Saya nak keluar dengan Anish dengan Alif eh. Lunch.”

“ala... jom la lunch dengan saya.”

“jom la join kitorang, makan sama.”

“nak ikut. Tapi saya ada lunch date dengan client. Jom ikut saya la....”

Aisya tergelak. Mengada gila mamat ni.

“mana boleh. Client awak kan...”

“jom la jom la. Client saya lawa tau...”

“hahaha. So?”

“oooo ber’so-so’ dengan saya eh. Siap la awak malam ni.”

Bertambah la pemerah pipinya. Patut panggil dia Humaira’ hari ni.

“gedik. Jumpa malam ni. Daaa.”

“eh kejap. Awak keluar dengan Alif tu, jaga mata ye. Saya ni kuat jealous.”

“hishhh dengan adik sendiri pon nak jeles. Dushh.”

“mesti la. Awak saya punya sampai bila-bila, remember?”

“dah dah. Melalut. Kerja! Balik cepat.”

“ye sayang. Assalamualaikum.”

“waalaikumussalam.”

Rasa nak terkoyak bibir tersenyum dari tadi. Entah apa yang merasuk Aidil. Ayat terlebih gula. Gula ni bukan sebarang gula. Gula melaka pun surrender.

Lebih sebulan dia, Aidil dan Irsyad duduk sebilik di rumah ayah. Dia nampak Aidil berusaha mengambil hatinya.

Hari-hari bangun tidur, tengok cermin meja solek, ada je kesan yang dia tinggalkan.



Entah bila mamat ni bangun, dia pun tak tau. Dah la guna lipstick Russian Red dia cisss! Kena mintak dia ganti baru. Alang-alang harus mintak MAC! Tapi sekarang bangun pagi, mesti benda ketiga yang dia tengok, cermin. Habit.

Masuk kereta nak hantar Irsyad pegi kindergarden, ada ros. Ye orang kate cliche gila. Tapi, kalau ros rainbow, tak ke boleh cair.



Entah mana dia dapat ros rainbow. Sebab dia tau, ros ni bukan asalnya rainbow, kena cat jadi rainbow. Dia syak Aidil cantas ros putih yang dia tanam depan laman rumah ayah. Sebab makin lama ros tu makin botak pulak. Nak kena piat ni. Ingat senang ke nak jaga pokok bunga ros? Nanti dia balik, paksa dia tanam balik, tak kira!

Tapi still, rajin la pulak dia cat mngecat ni. Untunglah tangan artistik. Aisya tergelak kecil.

Tapi yang peliknya, tak ada pulak Aidil cakap apa-apa. Muka selamba habis. Sampai kadang-kadang dia terfikir balik, betul ke Aidil yang buat semua tu.

Nak kena tanya ni malam ni!

*             *             *             *             *

“mana aunty Nish dengan uncle ni, mummy? syad lapar ni.”

Aisya tersenyum memandang Irsyad yang bermain dengan sudu.

“sabar sayang. Apa mummy cakap pasal sabar?”

“orang sabar Allah sayang!”

“pandainya anak mummy ni. Nanti mummy belikan hadiah ok?”

Irsyad mengangguk ceria.

Dengan Irsyad, Aisya menggunakan pendekatan yang sama macam ayah dan arwah ibu lakukan kepada dia dan abang-abangnya.

Give and take. Dua pujian, satu teguran. Lots of hugs and kisses.

Dan setakat ni, Irsyad masih mendengar kata walaupun ada masanya mencabar kesabaran Aisya sendiri. Biasalah budak kecik kan? Budak kecik yang behave, senyap, kaku, something wrong somewhere.

“hah Kak Aisya. Berangan!” Anish menepuk bahu Aisya.

Aisya tergelak kecil sambil menarik Anish ke dalam pelukannya. Rindu. Alif dibelakang Aisya di sapa dengan senyum manis.

“Kak Aisya sehat?” tanya Alif.

“sehat. Amboi hensem sekarang?” usik Aisya. Alif ketawa geli hati.

“memang dari dulu hensem ok.” Jawab Alif dengan selamba sambil menarik kerusi di sebalah Irsyad.

“Icadddd. Aunty nish rindu sangat! Meh nak muah muah meh!” pipi Irsyad digomol geram sampai Irsyad kelemasan. Aisya ketawa riang.

Hampir sejam setengah mereka makan tengah hari sambil bersembang, catch up kata orang, sebelum Anish dan Alif meminta diri untuk balik ke office masing-masing.

“jom kita pegi bookstore jom. Kita beli colouring book baru nak tak?” kata Aisya kepada Irsyad sambil memimpin tangan Irsyad keluar dari restoren makanan Padang itu.

“mummy! tu daddy! Dengan mama.” Tiba-tiba Irsyad menuding jarinya ke dalam restoren makanan Western di sebelah restoren Padang itu.

Sepantas kilat Aisya menoleh.

Aidil. Dan Sofia. Bergelak ketawa.

Rasa ngilu di dadanya.

“...client saya lawa tau...”

Terngia-ngia ayat Aidil di telefon tadi.

Memang la lawa. Kalau ‘client’ yang disebut tu Sofia.

“mummy? nak pegi kat daddy ke?”

Suara kecil Irsyad mengejutkan Aisya yang masih merenung pasangan yang sedang makan dan sesekali ketawa riang.

“err tak. Jom la kita pegi bookstore.” Tanya Irysyad ditarik ke kereta.

Kalau ikut hati rasa macam nak menangis. Cemburu. Mestilah dia perempuan. Mana ada perempuan yang kuat macam besi. Cemburu tu lumrah. Lagi-lagi baru je pagi tadi Aidil cakap dia sayang Aisya. Emmm... nak nangis boleh? Tapi, menangis tak selesaikan masalah kan? Nak suruh serang? Eheh, dia bukannya tak waras, nak jadi popular dalam restoren tu.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Surah al-Insyirah di baca dalam hati. Tangan kanan di letak ke atas hati. Petua ayah kalau hati tengah resah.

Balik ni, selesaikan dengan Aidil. Biarlah segalanya selesai segera. Wajah Irsyad dikerling sekilas. Kalau dia terpaksa lepaskan Irsyad? Ahh tak sanggup nak bayangkan.

“...setiap kesukaran disertai kemudahan..” janji Allah. Yakinlah.

20 comments:

Hajar said...

Adoi, takleh tahan nak gelak part beli pad tu. epic okay? Hahahah...

Harapnya Aisya tak buat tindakan bodoh. And Aidil pun tak bagi alasan bodoh. Heh.

novel novellas said...

best..cuma nk komen aisya tu leh tegas x.nyampah lak dgn aidil tu..klu masih syg dgn sofia tu rujuk je la.ni sofia nk aisya lg la dia nk.ke aidil cuma nk cari org yg boleh dia harap tuk jg ank dia je..eeeee..geram nya

kak na said...

nape mesti ada kesakitan utk bahagia?
aidil harus sedar siapa yg dia perlukan,cian aisya

Yuhaniza Jafar said...

1st at all, slamat berkenalan... bru prtama kali menjejakan kaki ke blog ini ats rekomen kwn2.. hihihi... quite fun n intwesting.... like it so much very sempoi cara u bercerita... gd luck n keep up a good writing... ♡♥♡

Ayu dzulkarnain said...

Sweet la inche Aidil ni... tp awat kuar lg ngan sopia tu.. inche aidil sila ingat kata2 abg2 Aisya yeeer..kan nanges tak berlagu kanggg

Gee said...

sukanya akak yang ditunggu2 dah tiba...rasenya mmg ade 'rasa' antara aisya n aidil. layanan aidil pd sofea sekarang ni, hanya sekadar ibu mereka adalah ibu dan bapa irsyad..

sambung lagi ye...tak sabar lah rasenya nak tunggu walaupun aisya kate "orang sabar Allah sayang"

AinaShukri said...

mula baca senyum sampai telinga dgn kesweetan dan innocent aidil. at the end senyumku mati sendiri bila aidil keluar dgn sofia.. hish aidil ni, cakap tak agak-agak!

yang said...

gerammmmnye kat aidil ..sori emo byk .. :(

wanie wanieZ said...

alalala npe die begelak ketawa n kua dgn sofia??tp aidil awl2 da ajk tp aisya yg xnk kan..hurmm...sedeyh plak..xnk bnde buruk jd kt aisya n aidil..nk dorg beamae selamanye..eceywahh..

p/s:TT ade silap sket tang aisya peluk aidil tuh! patutnye peluk anish kan???hee

wanie wanieZ said...

*bersama

Kak Sue said...

mula-mula baca macam sweet ja...
baca bab Aidil sms dan ajak dinner macam rasa dah x sedap hati ja...
bila Aisya minta kebenaran nak keluar hati dah berbelah bagi.... macam ada yang x kena...
bila dah terjadi rasa macam x patut Aidil keluar dengan Spfia berdua ja.... walaupun bekas isteri tapi pandangan dan kata-kata orang memang x baik kan.... Aidil sendiri mahu ingat ok....

strawberry.chocolate81 said...

hehhehe...beli pad seyyhhhh...tapi kalo sowang lelaki yg baik dia rela lakukan ape sj kan demi isteri terchenta....x kan nak kan perempuan 2 masa sihat jekan...masa2 darurat cam 2 ringan2kanlah tgn 2 membantu...haboiiii abang cik 2 kan x leyh membantu langsung...kalo betul2 soh tejun mabungan cen ne heh....propa je lebih 2...ingat bang cik sok2 hang pon akan ade isterikan...so kalo isteri mintak tulun x kan x nak tulun kan...sabar aisya sabar....malam nanti kite settle ....cadddd jaga mummy....cian mummy, dia tengah sedih 2 daddy buat....

Anonymous said...

adus sedey...ngapalah aidil buat cam tu n ngapalah aisya byk pendam rasa...maybe sebab aisya cam tu aidil takes her for granted...timi

baby mio said...

kesian aisya.

norihan mohd yusof said...

alahai...nih ape lh plak kes,tetiba jer minah sopia ni leh terinter
-prame plak nih...mmg betul2 potong stim lh...sakit kat mata k gak lg ,tp kalu dh sakit tuh kat hati cam kena madu beracun...amek ko lh dil, lu hadap sendri lh jiwa cinta hati u yg ngah terkeciwa n tercemburu n terguris hati...pujuk yerrrr jgn tk pujuk lak....heehee

idA said...

alahai..apasal siAidil tu never learn ..kenapa tak berterus terang mengatakan yg dia keluar dengan sofia..kan dah terkantoi bila Aisya terjumpa dia berjimba jimba dengan bekas isterinya dan nampak happy giler pulak tu.. Adakah Aisya akan merajuk dan memilih untuk hidup sendiri..

Anonymous said...

Kalau aidil memain je dgn aisya ni mmg aku sendiri turun serang dia hahaha stress betul dgn aidil tu tp ntah2 dia tgh buat perjanjian damai dgn sofia since sofia dah baik ke apa who knows kan. I really hope aidil will end up dgn aisya :D

inochi said...

we want more. plss ^_^

Kucing Cat said...

Tuan tanah .. Like cite niy.. Bestnya Abang2 aisya tu..

MizaEija said...

baru nak mood sweet2..dah jd sedih2 plak.. huhuhuhu