baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Sunday, March 10, 2013

Biru [22 : dah nak habis dah ni]



Kereta diparkir di luar pagar yang terbuka luas. Nampak macam ada orang. Malam-malam macam ni ada orang datang ke. Jam tangan dikerling. 9.00 malam.

Eh jap.

Kereta tu macam kereta...

Seorang lelaki berbaju putih keluar dari kereta dan bersandar ke pintu kereta.

Ehhh....

Anish keluar dari pintu rumah. Mereka berbual mesra sebelum masing-masing berlalu masuk ke dalam kereta.

Ooo ni kerja korang ye. Aisya berdiri tegak di belakang kereta itu.

Dan Anish dan lelaki itu keluar dengan muka tersengih-sengih.

“hoiiii... ni apa cerita ni!” dia bercekak pinggang.

Safwan tergelak tak bersalah. Anish turut tersengih-sengih.

“apsal kau nak datang tak bagitau. Kan dah kantoi.” Safwan tersenyum-senyum.

“ewahhhh. Sejak bila aku nak datang sini kena inform kau dulu. Ni bikin marah ni.” Aisya bersuara geram.

Skandalicious punya orang!

“kak Aisya, Nish memang nak cerita tapi abang Wan kata biar dia yang bagitau.”

“ABANG WAN! What the..... muntah hijau!!!!!” Aisya tergelak lucu. geli bulu roma esei mendongar.

“hoiii. Gelak tak beragak. Biarla aku nak beromatika de amor. Kan baby kan..” Safwan pula bercekak pinggan. Geram tengok Aisya ketawa.

Ni la rupanya ‘baby’ Safwan. Gilaaa ahhhh!!

“aku tak kira. Korang berdua kena update cerita paham?”

Mengangguk kedua-duanya ala-ala burung belatok.

“baik kak Aisya.” Kata Safwan, mengusik.

Penumbuk di angkat.

“kak Aisya, Didi ada kat bilik. Dah dekat 5 hari demam panas tapi degil taknak jumpa doktor. Dok ambik panadol biasa je. pegi la tengok. Mama dengan papa takde.” Aisya mengangguk. Dalam hati terbit rasa risau. 5 hari... lama tuuu.

“haa balik awal. Saf, jaga adik aku elok-elok. Kau sentuh dia, ranap jari-jari kau.”

Safwan ketawa. Tau Aisya cuma mengusik.

Selepas kereta Safwan keluar dari garaj, dia masuk ke dapur, mencari bibik.

“bik, Didi dah makan?”

“belum, Aisya. Katanya enggak ada selera.”

Aisya berdecit. Orang kat atas ni nak kena ni.

“bibik masakkan dia lauk apa?”

“bubur sama ikan goreng.”

“haa takpe bik. Tolong keluarkan bahan buat sup ayam. Biar saya buat.”

Tanpa berlengah, bibik membuka peti ais mencari bahan. Aisya melangkah naik ke bilik Aidil.

Pintu bilik dibuka. Aidil bergulung di dalam comforter tanpa membuka aircond atau kipas.

Dahi Aidil disentuh dengan belakang tangannya. Bahang.

Selesai menukar baju, dia turun ke bawah, menyediakan sup ayam untuk Aidil. Semuanya dibuat sepantas kilat.

Siap memasak, dia naik ke atas semula dengan menatang bubur dan sup bersama segelas air dan ubat demam yang dibeli di farmasi sebelum datang tadi.

Kipas dibuka paling laju.

“Aidil.... Aidil... bangun...” bahu Aidil yang dilitupi dengan comforter tebal di goncang lembut.

“emm... Didi taknak makan, mama...” gumam Aidil.

“Aidil.... bangun...”

“mama... didi kata taknak...”

Bungkusan besar di depannya dipandang geram. Ooo degil ye.

Comforter tebal itu ditarik sekuat hati.

“mama....apa ni...” Aidil mendengus kasar. Tangannya menarik comforter itu kembali.

“it’s not your mama, cry baby. Ni malaikat maut. Wake up!!” nyaring suara Aisya menjerit. Tangannya menarik comforter, sepenuh tenaga. Mamat ni nama je demam tapi badan berat macam peti ais.

Mendengar jeritan Aisya, Aidil terus terduduk. Kesempatan itu diambil Aisya untuk menarik comforter itu dari badan Aidil.

“Aisya? Awak buat apa ni?” tanya Aidil dengan suara lemah. Mukanya berkerut-kerut dengan mata yang mengecil.

“sampai awak sehat, awak suka ke tak suka, awak kena tengok muka saya.”

Aidil mendengus. Badan dibaringkan kembali sambil menarik bantal, tutup muka.

Belum seminit dia baring, Aisya menarik bantal dimukanya.

“makan. Now.”

“taknak. Saya dah kenyang la. Awak keluar la. Saya sakit kepala ni.” Marah Aidil.

Ehehhh kalau nak suruh saya kecik hati, sorry naik lorry la. Saya dah pakai hati besi bersarungkan iridium tahu?

“selagi awak tak makan, awak akan mengadap saya. Saya tak kesah kepala awak meletup pon. Kalau awak nak saya keluar cepat-cepat, awak makan!” mangkuk bubur diangkat. Punggung di labuhkan ke tepi Aidil. Dengan ‘budak besar tapi degil’ ni tak boleh pujuk lembut-lembut, tak lut.

Nak tak nak, Aidil bangun jugak. Dia tau Aisya ni degil tahap besi karat. Duduk menyandar ke kepala katil.

“makan.” Sudu penuh dengan bubur di dekatkan ke mulut Aidil. Perlahan-lahan Aidil menganga. Tak sangka Aisya nak tolong suapkan.

“kenapa awak ada kat sini Aisya? Saya taksuruh pun awak datang jaga saya. Saya boleh jaga diri sendiri.” Longlai Aidil berkata.

“awak nak esok saya letak racun tikus dalam bubur awak ke?”

Aidil tergelak hambar.

“awak sehat, kita sembang kencang.”

Dia terus menyuap Aidil tanpa mempedulikan renungan Aidil. Bukan luak pon.

Selesai menyuap dan memberi ubat kepada Aidil, dia menghantar pinggan kotor ke bawah.

Naik ke bilik semula, kipas sudah di tutup, Aidil kembali dengan comforternya. Tapi kali ini di atas sofa. Mungkin dia fikir Aisya takkan tidur sekatil dengannya.

“jangan nak mengada tidur macam ni.” Kipas dibuka dengan kekuatan sederhana. Comforter Aidil di tarik.

“Aisya, sejuk la.”

“jangan nak mengada. Orang demam tak boleh selubung-selubung. Tidur je. sejuk tak sejuk saya tak kira. Dah Isya’ belum?”

Aidil mengangguk sambil merengus.

“dah. Tidur la.” Lampu utama dipadam. Lampu tidur dibiar terbuka.

Dia mendekati Aidil. Cool fever dewasa ditampal ke dahi.

“sakit kepala?”

Angguk.

“come. Saya urut.” Aisya mengangkat kepala Aidil sebelum dia melabuhkan duduk di atas sofa dan meletak kepala Aidil ke ribanya.

Lincah kepalanya memicit kepala Aidil. Suasana samar-samar dan sunyi itu menyebabkan masing-masing leka melayan perasaan. Hampir 30 minit jugak la kedudukan mereka begitu. Sebelum Aidil memusing badannya mengadap badan Aisya. Tangannya dilingkar ke pinggang Aisya.

“jangan tinggalkan saya dah.” Bisik Aidil perlahan. Namun masih dapat di dengari Aisya. Senyuman terukir di bibirnya. Pelukan Aidil dipinggangnya dibiarkan. Sebelum matanya tutup tertutup.

*             *             *             *             *

Terasa sesuatu bergerak disebelahnya, Aisya membuka mata. Matanya dikedip beberapa kali.

Dia baring di atas katil. Eh jap. Bukan tadi dia duduk dengan Aidil kat sofa ke?

Ruang sebelah kanan di toleh. Aidil. Menggigil dalam tidurnya. Cepat-cepat Aisya menyentuh dahi Aidil. Panas lagi.

“Aidil... awak ok tak ni.”

“sejuk....” gumam Aidil, dengan mata tertutup.

Tanpa berfikir panjang, Aisya mendekatkan dirinya dengan Aidil. Tangannya memeluk tubuh Aidil untuk mengurangkan kesejukkan Aidil. Agak lama juga untuk Aidil berenti menggigil. Terasa selasa dengan keadaan itu, tangan Aidil mengepung badan Aisya dalam pelukannya. Dengan mata yang berat, masing-masing lena hingga ke subuh. Masih dalam keadaan yang sama.

*             *             *             *             *

“Bila Izrail datang memanggil....”

Menggagau tangannya mencari punca bunyi bising itu. Mata di buka sekecil yang boleh.

Shoot!

6.40 pagi. Subuh!

Dia melompat turun dari katil dan berlari ke bilik air. Wuduq diangkat sempurna, subuh didirikan sekhusyuk yang mampu.

Selesai solat, baru dia teringat. Aidil.

Waktu dia bangun tadi, rasanya dia sorang je. cepat-cepat dia lipat telekung, dan turun ke bawah mencari Aidil. Nak kena sekeh 2-3 kali. Dah la bangun tak kejut orang. Mujur subuh dia tak terbabas.

“assalamualaikum, mama.”

Mama yang sedang memotong sesuatu di meja pulau, menoleh dengan senyuman.

“waalaikumussalam. Aisya. Sorry semalam mama dengan papa balik lambat sikit.”

“ha takpe ma. Mama, Aidil mana ma?”

“amboiii orang tu. Bangun-bangun terus cari suami tersayang dia.” suara Anish bergema dari belakang.

Aisya menoleh dengan mata yang sengaja dibulatkan. Anish tergelak lucu.

“tak takut....”

“dah. Jangan layan budak Anish tu. Didi keluar kejap. Dia kata nak pegi joging kejap.” Celah mama.

Joging? Maksudnya yang berlari pelahan-lahan keliling taman tu ke?

“eh? Joging? Sehat dah ke dia?”

“mana tak sehatnya. Tidur kena peluk semalam...” usik Anish. Tangannya selamba mencapai hirisan carot dari pinggan.

Kurang asam punya Aidil. Itu pun dia cerita. Jaga dia balik ni.

“haaa... saya tak cerita ok. Anish tu yang suka hati terjah masuk bilik kita pagi-pagi tadi.” Suara manusia yang dicari di dengari dari belakang.

Ok. Taknak toleh boleh? Tiba-tiba rasa segan.

Terasa haba badan Aidil di belakang badannya sebelum pinggangnya disentuh. Nak tak nak dia menoleh. Dengan muka yang terasa ‘panas’.

“sehat dah ke jalan-jalan ni?” tanya Aisya, mendatar.

Aidil tersenyum manis.

“dah. Kena peluk, harus la sehat. Kan Anish kan?”

“haruslahhhhh!”

Kurang asam jawa punya adik-beradik. Perut Aidil dicubit kuat.

“hihhh apa cubit-cubit ni. Saya call teledera nanti baru tau.” Aidil menggosok perutnya. Sakit oiii. Namun sebelah lagi tangannya memeluk pinggang Aisya dan ditarik rapat ke badannya.

“heiii ni apa peluk-peluk kat dapur ni. Syuh syuh pegi masuk bilik sana! Eiii macam dia je ada isteri!” rungut Anish sambil bercekak pinggang. Saje je nak mengusik.

“bagi can la kat Didi, Nish. Baru boleh nak bermanja dengan Kak Aisya kesayangan awak ni. Kalau dulu, 1 meter Didi datang dekat, 10 hektar dia lari. Kan sayang kan.” Usik Aidil.

Dengan geram, perut Aidil menjadi mangsa sikunya.

“ooo buli. Dalam bilik, siap la awak.” Bisik Aidil ke telinganya. Makin ‘panas’ rasanya pipi dia.

“haaaa. Tu apa bisik-bisik tu. Tu la, Nish dah cakap, pegi masuk bilik. Heshhh kacau pandangan orang betul!”

“Nish takpayah nak usik-usik ye. Sejak bila ada skandal dengan Safwan? Kenapa akak taktau? Awak tau ke, Aidil?” tanya Aisya. Aidil cuma tersenyum.

“err mama. Anish baru teringat harini ada hal sikit. Okbai mama.” Cepat-cepat dia mengangkat kaki keluar dari dapur. Namun, Aisya yang berdiri sebelah pintu dapur menghadang jalan.

“meh sini akak nak sekeh. Update cepat. Semalam dah janji kan?” telinga Anish ditarik keluar dapur. Terjerit-jerit Anish dibuatnya.

Belum sempat Aisya keluar, lengannya ditangkap Aidil.

“saya jumpa ayah tadi. Thanks sudi balik sini. Saya sayang awak.” Cuppp. Bibir Aidil melekat di pipinya sekejap.

Aisya terkedu. Tapi tak lama bila bahagia datang menjengah. Senyuman ditarik.

“oh ye. Petang ni kita pegi ambik Irsyad eh? Rindu la.”

Aisya mengangguk dan menarik Anish keluar dari dapur.

Terima kasih Allah

*             *             *             *             *

“awak kata nak ambik Irsyad?” muncung mulut Aisya bila mereka keluar dari rumah ayah tanpa membawa Irsyad bersama.

“cancel. Jom jalan-jalan.” Aidil senyum manis. Saja nak bagi misteri sikit.

“jalan mana? Jangan awak tinggalkan saya sorang tepi jalan sudah la.”

“eee suka bersangka buruk dengan saya.” Hidung Aisya dijentik.

“awak ehhh saya ni muda belia lagi, teringin jugak hidup lama, tangan tu duduk diam atas stereng boleh?”

“tak boleh. Sejak-sejak dapat agreement siap dengan cop mohor diraja, tangan asyik nak sentuh awak je.” usik Aidil sambil ketawa. Tangan Aisya ditangkap.

“saya gigit tangan awak ni nanti.”

“gigit la. Nanti orang tanya, saya cakap awak yang ganas sangat.”

“ishhhhhhh.... rasa macam nak sekeh –sekeh je awak ni. Geramnyaaaaaaa...” panjang harakat ‘nyaaa’ di tarik.

Aidil ketawa gembira.

“eleh. Konon geram. Padahalnya, ‘lagi sekali kau cakap suami aku macam tu, aku doakan kau terjatuh betul-betul. And yes, dia selalu buat aku menangis. Tapi, dia jugak yang selalu buat aku bahagia.’ Ingat tak sapa cakap macamtu?”

“what the....eeeee...geramnya. dah. Taknak cakap dengan awak.” Bibir dicebik. Ee... malu gila. Macam mana Aidil boleh tau ayat yang dia cakap kat Safwan. Siap la Safwan ni. Ranapkan jari dia!

Aisya memandang luar tingkap. Bukan merajuk tapi malu. Dia tak sedar tangan kanannya masih dalam genggaman tangan kiri Aidil.

“merajuk ke?”

“ye.”

“mana ada orang merajuk, bagitau orang lain.”

“ada. Saya.”

Aidil ketawa meriah.

“eiii sepatutnya saya yang merajuk dengan awak tau. Awak bersangka buruk dengan saya. Ni dah kenapa terbalik pulak?” tanya Aidil sambil mengetatkan genggamannya.

“entah awak tu. Saya baru plan nak pujuk awak. Ni dah ok dah, takpayah pujuk la kan?”

“alaaaa...nak awak pujuk. Ok saya merajuk balik la macam ni.”

“mana ada orang merajuk, bagitau orang lain.”

“ada. Saya.”

Aisya cuba menyorokkan senyumnya.

“ee... copy paste ayat orang. Tak malu.” Ejek Aisya sambil ketawa.

“pujuk la cepat.”

“taknak. Pujuk la diri sendiri.”

“ala. Pujuk la cepat. Saya tinggal awak tepi jalan ni karang.”

“eleh awak takkan sanggup punyalah.”

“sapa kata?”

“saya la. Aisya Redza.”

“apsal pulak?”

“sebab... awak sayang saya.”

Aidil tersenyum lebar.

“nasib baik awak tau. Kalau jawapan awak lain tadi, saya tinggal je awak tepi kubur depan sana.”

“nanti saya takde, awak nangis pulak.”

Aidil terdiam.

“mana ada saya nangis. Saya tough ok.”

“iye ke? Saya dengar cerita ada orang tu menangis dengar pasal saya dengan Safwan kat Southampton dulu.” Usik Aisya dengan suara yang dikawal, supaya ketawanya tak meledak. Haa kan dah terdiam.

“kenapa awak diam? Awak kenal ke orang yang nangis tu?” tambah Aisya lagi, masih mahu mengusik.

“siap la awak kejap lagi.” Ugut Aidil dengan geram.

Ni sape yang pecah rahsia ni. Esok balik rumah ayah, sekeh abang-abang bertuah tu.

“kita nak pegi mana ni?” tanya Aisya. Pelik.

“entah. Awak nak pegi mana?”

Aisya menggaru dahinya.

“haa Sofia kata awak nak buat surprise kat saya nak bawak saya pegi somewhere special malam tu. Nak pegi sana boleh?” pinta Aisya dengan mata terkedip-kedip.

Aidil menoleh sekilas sebelum memandang ke depan.

“jangan buat muka macam tu la.” Tegur Aidil.

“kenapa? Suka hati saya la nak buat muka macam mana pun.”

“cuba awak rasa ni.” Tangan Aisya di letak di atas dadanya. “nampak tak apa awak dah buat.”

Jantungnya berdegup laju.

Aisya terdiam. Tangannya di tarik. muka di kalih memandang luar tingkap. Malu.

Suasana kembali sunyi. Aisya melayan malunya, Aidil cuba menstabilkan kembali rentak jantungnya.

“ok jom dah sampai.” Kereta Aidil berenti di depan sebuah rumah dalam kawasan Puncak Bangi.

“apa ni?”

“kesian awak, rumah pon tak kenal. Dulu sekolah sampai darjah berapa?”

Papppp

Peha Aidil ditepuk kuat. Geram.

Aidil ketawa seronok dapat mengenakan Aisya.

“gila. Saya tau la ni rumah. Rumah sape? Suka hati je berenti depan rumah orang.” Kata Aisya sambil menjenguk melalui cermin depan.

“rumah awak. Rumah saya. Rumah kita.”

“eh? Rumah kita? Like seriously?” tanya Aisya dengan dahi berkerut-kerut.

“eh taklah. Saya main-main je. saje nak nak ajak awak main sorok-sorok kat sini.”

“Aidil....” nada amaran dah berbunyi.

“hahaha. Ye sayang. Rumah kita. Lama dah saya beli. Nak tunggu awak masuk je.”

Dahi berkerut Aisya masih maintain.

“yang berkerut-kerut ni kenapa? Bukan ke awak patut lompat-lompat happy ada rumah sendiri. Paling-paling pun bagi la kiss kat saya ke.” Gurau Aidil sambil membuka seatbeltnya.

Aisya mengeluh. lengan Aidil dipegang.

“saya taknak semua ni.”

“kenapa?”

“nanti sapa nak duduk dengan mama papa? Awak anak sulung kan?”

Aidil tersenyum. Ini la isteri dia. terlalu fikir pasal orang lain.

“tak jauh pun rumah mama and also rumah ayah. Nak berulang setiap hari pun boleh. Papa yang cadangkan beli rumah kat sini. Saya nak hidup dengan awak, Aisya. Berdikari. Tak harapkan mama, papa atau ayah. Pasal mama, papa and ayah, jangan risau. Semua orang suruh kita pindah sini.” Tangan Aisya ditarik ke dalam genggaman tangannya, cuba meyakinkan.

“betul?”

“ye sayang. Nak turun tengok tak?”

Aisya mengangguk dengan senyuman. Betul jugak cakap Aidil. Hidup berdikari buat kita lebih menghargai segalanya.

Kedua-duanya turun dari kereta dan masuk ke dalam kawasan rumah.

“jom lepak kat buai.” Tangan Aisya ditarik ke buaian.

“tenangnya kawasan ni.” Kata Aisya sambil melabuhkan duduk di sebelah Aidil.

“rumah sebelah ni tak masuk lagi. Tapi banyak yang dah masuk la.”

Tangannya melingkar ke bahu Aisya. Kejung sekejap Aisya sebelum cuba membiasakan diri dengan keadaan baru itu.

“eh jap.”

Tangannya ditarik semula. Badannya ditarik ke depan Aisya. Pin di bahu Aisya dibuka.

“eh. Awak buat apa?”

“bukakkan selendang awak. Bagi awak rasa angin tenang macam ni.”

“hishhh kat laman ni. Buatnya ada lelaki lalu ke.” Aisya menepis tangan Aidil di bawah dagunya.

“mana ada. Bukakla. Saya suka rambut awak.”

Malas nak berdebat, dibiarkan tangan Aidil menanggalkan pin di selendangnya. Padahal rasa pembuluh darah dia nak meletup dah tengok Aidil dekat-dekat.

 Selesai menanggalkan semua pin, selendang dan anak tudung disidai di tepi buaian. Getah rambut Aisya turut ditarik. Selesai ‘kerjanya’ dia kembali menyandar sambil melingkarkan tangannya ke bahu Aisya. Sesekali tangannya mengirai rambut Aisya.

Berdegup laju jantung Aisya, tapi sengaja dibuat selamba. Jantung, behave please.

Perlahan-lahan kaki Aidil menolak tanah agar buaian berayun.

Selesa dengan keadaan itu, Aisya menyandarkan kepalanya ke badan Aidil.

Senyap.

Aidil tersenyum bahagia.

“saya dah lama teringin nak buat macam ni dengan awak. Awak tu jual mahal sangat.”

Aisya ketawa perlahan.

“ingat saya barang jualan?”

Aidil pula ketawa.

“awak, betul ke yang Sofia cerita tu?” tanya Aisya tanpa melihat wajah Aidil.

“emm... dah la. Saya taknak ingat semua tu. Semuanya perancangan Allah kan? Biar semua tu jadi pengajaran, simpan elok-elok dalam kotak. Ok?” rambut Aisya dimain dengan jarinya.

“awak marah saya lagi?”

“kalau marah awak nak buat apa?”

“awak nak saya buat apa?”

“awak nak buat apa?” tanya Aidil, tak mengalah.

Aisya mengeluh. tangan Aidil dibahunya ditolak sebelum dia meletak tangannya ke leher Aidil. Leher Aidil ditarik ke depan, dekat ke mukanya.

Cupp. Mata kanan. “saya minta maaf saya rapat dengan Safwan, keluar dengan Safwan, tak minta izin awak.”

Cupp. Mata kiri. “saya minta maaf selalu buat awak sedih, menyusahkan awak.”

Cupp. Dahi. “saya maafkan awak.”

Mulanya Aidil terkedu. Namun, selepas mendengar ayat terakhir Aisya, dia ketawa.

“berani kan awak ni. Dah la tu, siap sebut, ‘saya maafkan awak’. Hahaha.” Aidil ketawa lucu.

Aisya turut tergelak. Leher Aidil dilepaskan. Lengan Aidil dipeluk erat sebelum menjatuhkan kepalanya ke bahu Aidil.

“kenapa awak tak merajuk dengan saya eh? Curious saya.” Tanya Aisya. Pelik jugak. Dia dah siap sedia dengan plan dah nak pujuk Aidil.

“awak nak saya merajuk lari sampai 3 tahun jugak ke?” usik Aidil.

Aisya mengangkat lengan Aidil sebelum menggigit sedikit, macam yang dia selalu buat kat abang chik. Geram gila. Peduli apa kalau tinggal bekas. Asal dia dapat melempiaskan rasa geram dia ni.

Aidil ketawa kuat. Eleh ingat sakit ke gigitan manja awak tu.

“kenapa?” tanya Aisya lagi setelah ketawa Aidil reda.

“kita dah buang masa 13 tahun dah. Kalau dari dulu kita manja-manja macamni, anak kita dah besar dah. Taknak la buang masa merajuk-rajuk dah. Tak macho ok lelaki merajuk. Takkan la awak dah ok, saya merajuk. Saya ok, awak merajuk. Sampai bila, sayang? Bahagia tak datang selalu. Kalau kita tak kejar, dia lari. Saya nak bahagia dengan awak, sayang. Ayah cakap, life is all about give and take. lagipun, kalau saya merajuk lagi, mesti takde scene ni kan. Rugi laaa...”

Aisya ketawa. Gila punya orang. Ok gila gila pun suami dia jugak.

“kalau macamtu, awak jangan merajuk dengan saya sampai bila-bila tau. Saya je boleh merajuk.” Kata Aisya sambil mengetatkan pelukannya.

“ehhhh.. mana aci macam tu.”

“ala saya tak reti pujuk awak la Aidil.”

“ala awak pikir la kreatif sikit.”

“ala jangan la merajuk.”

“ala awak pujuk je macam tadi tu.”

“tadi? Yang mana?” tanya Aisya, hairan.

“yang tadi tu la.”

“yang mana?”

“awak nak demo ke? Yang awak buat kat mata saya dengan dahi saya tu. Tapi, kalau saya merajuk kena la extra sikit.”

Berdecit mulut Aisya. Tangan ditadah dan diangkat tinggi.

“ya Allah ya Rahman ya Rahim. Kau kurniakan aku kekuatan dan ketabahan melayan suamiku ni. Peliharalah kesihatanku dari sebarang penyakit jantung mahupun darah tinggi. Aminnnnnn!” Doa dibaca kuat.

Aidil ketawa, ketawa dan terus ketawa.

*             *             *             *             *

‘lunch?’

Aidil tersenyum membaca mesej dari kekasih hatinya.

‘mmg nk ajak awak pun. awk dtg ofis, can?’

“chak!” Aisya menjenguk dari pintu.

Aidil terkejut menerima kedatangan Aisya. Tak sampai 15 saat dia hantar mesej.

“awak memang dah sampai dari tadi ke?” tanya Aidil kepada Aisya yang melabuhkan duduk di kerusi depan mejanya.

“aah. Saje je nak buat spot check. Kot-kot tengah meeting dengan girlfriend baru. Nak jugak kenal-kenal.” Aidil ketawa. Mana nak cari isteri yang boleh bergurau macam ni.

“Laaa nak kenal ke? kenapa tak cakap awal-awal?” tambah Aidil, sengaja mengusik.

“ada ke orang nak kat awak, selain saya?” tanya Aisya kembali. Aidil ketawa. Amboiiii...

“awak patut terbalikkan ayat tu. Ada ke orang nak awak selain saya?” tanya Aidil kembali.

Giliran Aisya pula ketawa. Matanya liar memerhatikan ofis Aidil. Luas dan kemas.

Eh? Matanya terhenti di dinding kanan.

Lukisan seseorang berselendang biru.

Kenapa nampak macam....

Dia?

Matanya kembali memandang Aidil. Kening dijungkit.

“awak tak ingat?” tanya Aidil.

“ingat apa?”

Aidil tersenyum. Dia menunduk mengambil sesuatu dalam laci.

Tupperware biru.

Aisya ternganga.

“dah lama saya cari tupperware favourite saya. Macam mana boleh ada dekat awak?” tupperware diambil dari tangan Aidil. Rasa macam nak buat kenduri doa selamat, sebab dapat jumpa tupperware yang hilang 3 tahun dulu.

“awak seriously tak ingat?”

Aisya menggeleng.

“saya jatuh cinta dengan sorang wanita berselendang baby blue, blouse putih, skirt biru yang langgar saya depan lift, lepas tu paksa saya ambik tupperware biru sebagai tanda minta maaf. Remember that woman?” Aidil menjungkit-jungkitkan keningnya.

“ya Allah. Awak ke?”

Aidil ketawa lagi.

Aisya bangun menghampiri Aidil. Dia berdiri didepan Aidil. Dagu Aidil dipegang, membelek. Nak cuba ingat peristiwa tu.

Ye. Aidil. Senyuman Aidil waktu dia mintak maaf banyak kali.

Aidil menarik Aisya duduk di atas pangkuannya.

“dah ingat?” tanya Aidil, berbisik.

Aisya mengangguk. Speechless.

“saya jatuh cinta waktu tu.”

Aisya tersenyum manis. Terharu.

“jangan pakai warna biru tanpa kebenaran saya. Boleh?” pinta Aidil.

“kenapa?”

“awak terlalu menyerlah dengan warna biru.”

Aisya tergelak lembut.

“mana ada.”

“ada.”

“pandai je awak.”

“please. Pakai depan saya je. please?”

Aisya mengetuk jari telunjuk ke dagu. Pura-pura berfikir.

“say something nice first.”

“mybe I can’t see a beautiful sky every second. But, when I look at you, I can see a very beautiful rainbow. My own, personal rainbow. Forever. insyaAllah.” Bisik Aidil dekat dengan telinga Aisya.

Merah pipi Aisya. Dasar mulut manis!

“as you wish, sayang.” Kata Aisya malu-malu.

Dengar perkataan ‘sayang’ dari mulut Aisya, dia rasa macam terawang-awang.

“lapar. Jom.” Ajak Aisya, cuba bangun dari pangkuan Aidil.

“kiss sini dulu.” Pipi di sua.

“hishh.. kalau orang masuk macam mana?” tegur Aisya.

“mana ada. Cepat la.”

Cupp.

Aidil tersengih gembira macam dapat bulan.

Bahagia.

Hadiah dari Allah :)

Bebelan Tuan Tanah :
ni bukan last episod. tapi dah nak last dah ni.

22 comments:

Anonymous said...

Wahhh..nak habis dah cerita ni? Rindu la nnt dkt aidil,aisya,syad and family aisya..hehe..like like like BIRU!!

Gee said...

akan terus merindui aidil n aisya, thanks...luv it

inochi said...

Besh banget sei!

Anonymous said...

terbaik lahh . tapi sedih pulak nk habes .

yang said...

suka..suka..suka..

BimBo77 said...

owh..sgt suweetttt...best

Ayu dzulkarnain said...

weehhuuu... sweetttt cepat2 tambah ahli keluarga yerr.. :) takmo gaduh2 dah..



it’s not your mama, cry baby. Ni malaikat maut. Wake up!!”  <---- gile ganas kejut org sakit!!! Aisya ..Aisyaa

Anonymous said...

best giler la sis..jgn la cepat sgt habis..tiap2 hari tunggu cite ni..kasi la dorang hepi2 dulu smpai dapat baby ke..:)

:: Cahaya Hazwani :: said...

peewwwiitttt!!!!!!!soooo sweeettttt.....luv it!!!! lahh da nk abes da??? kalau buat buku, bpe page neh??hehe..gurau jerk... da abes ni mst rndu aisya n aidil... good job TT!!! =)

AinaShukri said...

"ni bukan mama. ni malaikat maut"

Fuhh, ganas gila bini aidil ni. ahh, sweet husband and wife. suka betul dgn tahap maturity aidil.
TuanTanah, dah nak hbis ye? lepas ni nak req certa merah pulak bole? buat ceita ikut colour rainbow. amacam? boleh? *kelipkelipmata*

TuanTanah said...

@anon : ^_^ jom bagi peluang kat aisya dengan aidil honeymoon senyap2 k

@gee : haha. thanks kak gee :)

@inochi : haha best ke. thanks :)

@yang, @bimbo77 : :)

@ayu :haha. otw la tu kot. orang sakit ngada2 takboleh lembut2, kena garang, baru cepat baik. (ye ke?)

@anon & @wanie : haha. kalau panjang lagi, takut2 cerite menyimpang, tibe2 jadi cerita misteri nusantara siap ada ilmu hitam, ombak tsunami, ultraman. haaa. baik jangan. proceed cerita lain pulak. insyaAllah.

@aina : hahaha. pandai! memang plan nye nak buat story ikut warna. tunggu ye. hehe

eifa said...

Salam. wah... bahagianya. semoga hubungan depa berkekalan yer. rindu laa sama Aidil & Aisya lps nih. moga dpt kuar versi cetak yer tuan tanah.

:: Cahaya Hazwani :: said...

hahaha...misteri nusantara. x boleh blah!!mmg mnyimpang da tuh!!hahaha

Anonymous said...

betullah org tua2 kata usik mengusik bawa bahagia..terima kasih tuan tanah kerana membuat sy rasa sangat bahagia membaca cerita ini..timi

Kak Sue said...

Insyallah bahagia tu milik mereka berdua... selama ni masing-masing asyik fikirkan diri orang lain ja.... buat kali ni biarlah pasangan sweet ni memikirkan hal mereka pulak.... terbaikkk

strawberry.chocolate81 said...

ngeeeeeeee ssshhhhuuuuuwwwiiiitttt.....dah nak abesheh....kejap je rasa...tup2 dah nak last.....okies menanti dengan bertabahnya...episod akhir...irshad dapat adik kot hehehhe

Lieynaim mohd noor said...

terbaekkkkkk

MizaEija said...

sy tumpang bahagia ni.. Wink² ♥__♥

Anonymous said...

best2..patutnye semua novel cam ni lh..jgn byk sgt konflik cam sinetron indon..bahagia je bc...

Hajar said...

Oloh, comel. Haha. Alhamdulillah takde adegan merajuk-lari bertahun2 lagi. Hehe..

Anonymous said...

comel sangaaaaaaaaat! rasa cam nak melayang dah ni. hahaha

Unknown said...

apa ni tuan tanah? cerita ni sweet sangat..jantung saya tak boleh terima..hahaha