baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Tuesday, September 18, 2012

Biru [2]



Terjengket-jengket Aidil berjalan dalam gelap. Langkah dijaga takut tersalah langkah membawa bala.

“Ahmad Aidil...”

What the... Aidil mengeluh perlahan. Hai telinga, maafkan aku harini kau bakal didera lagi.

“Mama. Kenapa tak tidur lagi?” Aidil menghampiri mama. Tangan mama dipegang dan dikucup.

“Pukul berapa ni, Aidil?” Kalau jawab pukul 3 pagi, nescaya dahi akan cium sofa baru mama.

“Sorry mama. Tadi keluar office lambat, lepastu Didi dinner dengan Sofea. Then, my friends pulak ajak main futsal.”

“Aidil, mama takmarah Aidil jumpa Sofea. Mama tau anak-anak mama takkan buat benda tak senonoh. Tapi Aidil taukan, tak elok bawak anak dara orang keluar sampai tengah-tengah malam. Apa pulak kata parents Sofea nanti,” lembut bicara mama menyentuh hati Aidil.

“Aidil tau ma. Nanti Aidil tak buat lagi. Mama, Aidil nak masuk tidur dulu boleh? Esok kena sampai office awal. Assalamualaikum, mama. Sayang mama,” tangan dan kedua-dua belah pipi mama dikucup lembut.

Mama menghantar langkah Aidil naik ke bilik. Sekali lagi keluhan keluar dari bibirnya. Risau melihat keadaan Aidil. Aidil dan Sofea dah lama menjadi pasangan kekasih. Dan dia turut merestui pilihan Aidil. Cuma, menjadi masalah bila Aidil sebenarnya sudah beristeri tapi isteri yang taktau mana hilang. Kalau boleh, dia nak semuanya selesai dengan segera. Bukanlah dia nak rumah tangga Aidil berkecai, tapi kalau Aidil sendiri taksuka dengan ‘isteri’nya, takkan nak paksa. Lagipun, padanya, Sofea sudah cukup melengkapi Aidil.

Doanya semoga Aisya, ‘isteri’ Aidil cepat memunculkan diri kerana baru beberapa hari lepas dia dapat menghubungi Redza, ayah kepada Aisya. Semoga segalanya baik-baik saja.

Esoknya kerana takcukup tidur, Aidil terlambat ke pejabat. Kelam kabut dia bersiap dan terus ke pejabat tanpa sarapan.

Sampai di lobi, dia menarik nafas lega. Beberapa orang pekerjanya menyapa, dia membalas dengan senyuman mesra. Sebuah Mazda CX 7 berhenti betul-betul depan pintu masuk. Pemandu dan penumpang tergelak, entah apa di bualkan. Tapi, apa yang menarik perhatian Aidil, pemandu itu kelihatan agak berusia namun masih kekal kacak dan penumpang wanita itu nampak terlalu jauh beza umurnya. Mereka bersalaman dan si pemandu mencium dahi wanita tersebut.

Ahhh... Aidil, jangan sibuk hal orang lain. Terus dia berkalih ke depan dan berjalan menghampiri Alia, receptionist muda yang banyak mulut.

“Eh hai, Encik Aidil. Tadi Tuan Zulkifli baru je tanya Encik Aidil dah masuk belum,” ramah Alia bercerita.

“Ye ke? Ok thanks.” Alia tersenyum, matanya terus memandang Encik Aidil. Kalau ada yang tegur dia suka merenung bos mudanya, jawapannya senang, dia cuma menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Tanpa berlengah Aidil menuju ke lif untuk ke tingkat 5. Tidak semena-mena Aidil hampir tersembam ke depan apabila dirinya di rempuh dari belakang dengan kuat.

“Oh sorry sorry. My fault. Sorry, encik.” Kelam kabut wanita itu meminta maaf. Cepat-cepat dia mengutip barang-barang yang bertaburan di lantai.

Aidil yang pada mulanya terasa macam nak menyembur, terus sejuk hati mendengar ucapan maaf berulang kali. Briefcase di angkat.

“It’s ok miss. Cuma lain kali, hati-hati. Takut ada pulak yang jatuh pecah kepala nanti.” Kata Aidil dengan tenang. Matanya masih memandang wanita yang sedang mengutip barang-barangnya.

“Sorry. Saya dah lambat. Sorry and this is for you,” Tupperware biru di hulur. Aidil memandang Tupperware dan wajah wanita yang terlindung dengan gulungan-gulungan kertas A0. “Ikhlas. Takdenya saya letak ubat pengasih ke, ubat penyayang ke, ubat bagi cantik ada sikit. Ok la tu, nanti awak jadi cantik. Ambik cepat saya dah lambat. Ambik.”

Aidil tergelak. Ewah tak kenal tak apa, boleh pulak paksa orang ambik bekalan dia.

“Thanks. Nanti saya dah cantik, saya bagitau awak ye,”Aidil memegang Tupperware dengan senyuman masih di wajah. Lucu mengenangkan ayat wanita itu. Dia tergelak lagi melihat betapa kelam kabutnya, wanita itu nak tekan butang lif. Kabut....

Aisya termengah-mengah dalam lif.

Malu malu malu. Dahlah last minute call, bangun lambat pulak, kereta buat hal kena mintak ayah hantar, terlanggar orang dan lunch dah sedekah kat mamat malang kena langgar. Dugaan harini.

Sampai di tingkat 3, Aisya terus keluar. Satu tingkat kosong, macam baru di ubah suai.

“Lady, sini!” Aisya menjenguk dari gulungan gulungan kertas yang menutup pandangannya.

150 meter di depannya, Johan, Kumar dan Ah Seng duduk bersantai di atas lantai.

“Weh, agak-agaklah. Meh la tolong saya dengan barang banyak-banyak ni,” marah Aisya, bengang.

“Hahaha. Lady, pagi-pagi marah, rezeki tak masuk tau,” sampuk Ah Seng sambil bangun untuk menolong Aisya.

“Pandailah awak. Dah set up semua tools, saya nak duduk jap. Letih maa.”

“Apa banyak-banyak drawing ni, lady? Sejak bila lady kerja dengan drawing ni?” Bebel Kumar, drawing dan 2 laptop berpindah tangan. Set drilling di serah kepada Johan.

“Bos korang la punya hal. Tinggal drawing kat rumah saya lepastu sebok suruh bawak sini. Dia kan ada meeting kat sini kejap lagi. Ha dah dah. Start kerja. Saya pukul 3 kena gerak tempat lain pulak.” Tangga di tarik, skirt di kepit di celah peha. Tangga di daki ke atas siling sementara yang lain set up barang.

Pukul 2.30 petang, Fahmi tiba di tingkat 3 Wisma Z&S

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Ha, bos. Kejap bos, saya panggil lady. Lady! Bos datang!” Bergema suara Johan menjerit memanggil Aisya di atas siling.

“Jap jap!” Sahut Aisya, juga menjerit. Fahmi menggelengkan kepalanya.

“Ha, dah jumpa pekerja kau?” Tiba-tiba dari belakang Aidil menyapa.

“Joe, Seng, Kumar, ni Encik Aidil, Project Manager Z&S. Dil, ni pekerja-pekerja aku dari security system department. Sorang lagi ada kat atas.” Aidil tersenyum.

“Berapa banyak pekerja kau ada, Mi?” tanya Aidil nampak berminat.

Sementara menunggu Aisya turun, Fahmi dan Aidil rancak bercerita tentang syarikat masing-masing.

“Joe, mana tangga. Awak nak suruh saya jadi kluangman eh?” Dari atas siling terjengul kepala Aisya dengan muka geram. Riuh Johan dan Ah Seng ketawa. Kumar cepat-cepat menyorong tangga. Lady boss ni jangan buat main, boleh tiba-tiba je ribut petir.

Skirt di kepit ke celah peha sebelum kaki dijulur ke tangga. Bahaya woo. Karang takpasal je bagi free show.

“Eh?” Aidil tergamam apabila Aisya menuruni tangga.

“Hai, baby!” Sapa Fahmi dengan ceria.

“Hai big baby. Kenapa tunggu? Ambik je la drawings tu.” Tanya Aisya dengan dahi berkerut.

“Heeee sorry dear. Tadi meeting dengan Aidil dia kata next time je bawak drawing. Eh, ha, ni Encik Aidil, project manager. Kawan sekolah dulu. Tak sangka nak kena berurusan dengan dia.” Seronok Fahmi berkata-kata. Aidil masih berkerut-kerut. Takboleh terima kenyataan yang baru turun dari siling tu seorang perempuan. Dan... pakai skirt biru bersama selendang biru. Skirt? Siling?

“Dil, ni Aisya. Semua wiring-wiring ni, kerja dia. And my beloved girlfriend,” selamba Fahmi memaut bahu Aisya.

Aisya ketawa lucu. Beloved la sangat. Puiii...

“Ngeng. Dah, nak kena gerak tempat lain pulak ni. Joe, Kumar, Seng, kemas la eh. And Encik Aidil, nice to meet you. Boss, balik office cepat. Jangan nak nakal-nakal. Mata jaga.”

Fahmi tergelak. Pipi Aisya ditepuk perlahan. Walaupun ada orang menyampah dengan kemesraan mereka, tapi bagi mereka adik-beradik, sejak kecik telah di ajar oleh ayah dan ibu untuk sentiasa berkasih sayang sesama sendiri Cuma di tempat formal perlu mengawal diri. Dan depan Aidil, bagi Fahmi bukanlah satu kesalahan.

Lain pula bagi Aidil, dia memandang Aisya dengan perasaan meluat. Dia tahu yang Aisya yang memberi bekal nasi berlauk yang yang sedap yang dah selamat dalam perut Aidil. Dan bila Fahmi berpeluk bermesra tanpa batas, padahal baru girlfriend, Aidil mula berasa meluat. Dan baru dia perasan, Aisya juga wanita yang sama dalam Mazda CX 7 pagi tadi.

Ah perempuan.... Nasib baik Sofea tak perangai macam ni... Donia donia....

4 comments:

Anonymous said...

Adoi.... salah faham tahap langit ke 7 lah ni....

So the saying, "don't judge a book by its cover" carries weight ler.... dlm situasi ni....

Lambat lagi ker nak jatuh cintan-cintun ni? dan selesai segala kekeliruan... I guess so....

TuanTanah said...

sabar ehh haha

norihan mohd yusof said...

hello mr aidil!!u tu dah salah tafsir,depa tu halal bab adik abang n ayah n kandung lg!!!puji lh sangat awek u tu..........

Seri Ayu said...

Aisya dah jumpa hubby tapi masing2 tak tahu...hehehe