baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Wednesday, February 20, 2013

Biru [16]


“Jangan ada di dalam hati kita rasa menyesal, rasa terlanjur, yang kita telah tersalah pilih. Tidak sekali-kali. Sekalipun pilihan kita tepat, tetapi kita tetap diuji. Maksudnya, istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. Istikarah kita tetap mengundang musibah… kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti. Hidup dan mati kita adalah untuk di uji. Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya.

 Pasrahlah dengan pilihan yang kita telah lakukan lewat istkharah. Kata bijak pandai, setiap perkahwinan dibina atas dasar niat, harapan dan impian yang baik namun setiap pasangan suami isteri bertanggung jawab memupuk, membajaai dan menjaga benih kebaikan itu agar tumbuh menjadi pohon yang rendang. Perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berlaku di syurga itupun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan”.
Petikan dari tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dibaca dengan teliti. Sesuatu menusuk di dada. Inilah ujian untuk dia. Ujian yang tak pernah dia syukuri, tapi, dihiasi dengan keluh kesah.
Matanya dilarikan ke arah si kecil yang lena di atas katil. Satu keluhan dilepaskan. Teringat peristiwa semalam. Mukanya di sapu. Jam dinding dikerling, 2 pagi. Sejadah yang bergantung dipandang. Mungkin Allah nak bagi peluang untuk dia meratap dihadapanNya malam ni. Lantas diri dibawa ke tandas, wuduk diambil.
“Allahuakbar!”

*          *          *          *          *

“ayah!! Rindu!!” tubuh ayah dipeluk erat. Ayah ketawa senang. Seronok melihat anak gadisnya, seronok kembali ke home sweet home.

“lepas ni ayah jangan pegi mana dah tau. Tinggal sini je dengan adik. Rindu sampai nak gila dah ni.” Rungut Aisya dengan mulut yang sengaja dimuncung-muncungkan.

“oo ayah tinggal dia sekejap takboleh, habis tu yang adik tinggalkan ayah dekat 3 tahun tu, tak apa pulak?”

“alaaa... tu lain la ayah. Tu orang pegi belajar, mana kira.” Balas Aisya sambil mengambil beg pakaian di tangan ayah. Rasa nak rabak mulut senyum dari tadi. Telinga ke telinga kot.

Mana tak seronoknya, sekarang, hari-hari boleh jumpa ayah. Kalau sebelum ni, nak jumpa ayah je kena turun JB. Lagipun JB bukan best pun. 

“pegi belajar ke pegi membawa diri?”

“ayah....”

“hahaha. Masak apa harini? Lapar la.” Terus dia menukar tajuk sebelum Aisya memuncung macam itik kena sembelih.

“nasi beriani je. adik bangun lambat tadi. Tak sempat nak pegi pasar.”

“nasi beriani JE?” 

Aisya ketawa kuat. Betul la. Lepas berguru dengan Safwan, nasi beriani tu antara masakan paling senang untuk disediakan. Campak-campak, jadi la nasi beriani. Lain la nasi arab ke nasi udang ke nasi kari ke.

“haa sebelum ayah lupa, esok kita ada special guest tau.” Kata ayah sambil mencucuk buah yang dipotong oleh Aisya sebagai pembuka selera.

“sape, yah?”

“ada la. Wait and see. Tapi don’t worry, guest ni Aisya tak payah nak pakai tudung ke apa. Santai-santai je.” 

“along ke angah ke alang ke abang chik?”

"rahsia."
“ayah gedik.”

Ayah ketawa berdekah-dekah. Lucu melihat riak wajah Aisya.

“masak la sedap-sedap sikit. Ramai esok.” Pesanan ayah di sahut dengan anggukan.

Keesokannya, Aisya bangun seawal 5 pagi untuk mengemas rumah dan menyediakan bahan untuk makan tengah hari. Kata ayah 5 orang. Ahh, tak payah teka-teki, for sure la abang-abangnya yang akan datang sebab ayah kata semalam, tak payah pakai tudung.

Sambil bernyanyi riang dia menyediakan makan tengah hari. Menu hari ni, masakan kampung. Ayam kampung goreng, ikan pari panggang, sambal belacan kaw-kaw, ulam-ulaman, gulai nangka dan kangkung goreng.

“adik!!”
“kat dapur. Duduk dulu, tak siap lagi!” kata Aisya separuh menjerit.

Air soya cincau di bancuh secepat mungkin. Meja pulau dibersihkan dan dilap kering dengan cepat. Tak sabar nak jumpa abang-abangnya. 

Selesai mengatur lauk-pauk di atas meja, dia terus berlalu ke ruang depan. Kelihatan alang sedang berdiri di depan muka pintu sambil menghadap ke luar. Cahaya matahari yang masuk menghalang pandangan Aisya namun figura badan alang masih jelas di matanya. Alang yang sebok dengan handphone di tangan di pandang geram. Cuti-cuti pun sebok dengan kerja.

Terjengkit-jengkit Aisya mendekati alang.

“heii cuti-cuti sebok dengan kerja. Curik handphone tu karang!” pinggang alang di peluk dari belakang. Terasa badan alang terkejut, Aisya ketawa kuat.

“rindu rindu rinduuuuu!” kata Aisya lagi tanpa melepaskan pelukannya.

Namun alang masih diam, tidak menoleh.

“oii oii nak bermanja-manja, kejap lagi. Alang lapar dah ni.” 

Sepantas kilat Aisya melepaskan pelukan dan menoleh ke belakang. Alang berdiri sambil memegang gelas air dan sebelah tangan lagi bercekak pinggang.

“alang? Eh!!”

Apabila mangsa pelukannya menoleh, Aisya rasa macam nak korek tanah, tanam diri sendiri.
Aidil menoleh dengan muka terkejut. Jantungnya berdentum kuat. Buat seketika, dia dan Aisya berpandangan dengan masing-masing muka terkejut sebelum mereka dikejutkan dengan ketawa besar alang, angah dan abang chik di depan pintu dapur.

“diam lah!” tempelak Aisya dengan geram. Namun tiada tanda abang-abangnya akan berhenti gelak, tapi lagi bertambah kuat. Cis!

“Dil, apsal muka kau macam sotong kena panggang? Sooo sweet~~” usik angah sambil ketawa terkekeh-kekeh. Tak guna punya angah.

“dah dah. Aidil, jom makan. Tak payah nak dilayan abang-abang kamu ni.” Ajak ayah yang baru turun dari tangga. Namun di bibirnya masih terukir senyum lucu.

Aidil berjalan menghampiri dapur.

“cantiknya dia...” bisik Aidil ketika lalu di tepi Aisya yang masih mematung.

Kering darah Aisya mendengar bisikan Aidil. Cermin besar tepi tangga di kerling.

Lagi sekali, rasa macam nak buat aksi terjun bebas dari Gunung Everest. Dari rambut yang bertocang dua, kepada baby T warna biru, kepada baggy pants paras separuh betis. Agak-agak kalau hantuk kepala kat dinding batu, boleh tak?

“adik kenyang ke berdiri kat situ?” tegur angah dari pintu dapur. 

Cepat-cepat Aisya menghampiri dapur walaupun dalam otaknya berkira-kira kalau naik atas tukar baju, pakai tudung, ayah dengan abang-abangnya tanya tak kenapa? Kalau jawab, sebelum ni dia tak pernah bukak auratnya depan Aidil, agak-agak ayah campak tak dia dalam periok tempayan tempat mamak buat roti nan?

*          *          *          *          *

Aisya berpeluk tubuh di atas katilnya. Langkah Aidil direnung tajam.

“what?” tanya Aidil sambil duduk di depan Aisya.

“kenapa?” tanya Aisya kembali.

“apa?”

“why?”

“ok. Saya tau kita dah 3 tahun tak jumpa, tapi, fyi, saya tak cakap bahasa alien.” Jawab Aidil dengan selamba. Lagi menambah minyak atas api.

“kalau saya sekeh awak sekarang, awak rasa esok awak bernafas lagi tak?”

Aidil ketawa lucu. Aisya masih Aisya yang dia kenal.

“dahlah. Saya nak mandi. Boleh tolong sediakan tuala?” pinta Aidil, bangun dan menuju ke bilik air.

Aisya berdecit. Dia ni amnesia ke?

“awak, 3 tahun ni ada tak awak terantuk ke jatuh terhentak kepala ke?” sindir Aisya dengan geram. Dia ingat selama ni diorang penah hidup macam suami isteri yang normal ke?

Aidil tergelak lebih kuat. Lama dah tak gelak, malam ni rasa jiwanya lapang.

“please..”

Aisya mengeluh dan bangun menghampiri almarinya. Sehelai tuala di ambil dan diberikan kepada Aidil.

Sementara menunggu Aidil mandi, Aisya duduk di atas sofa tepi pintu. Kepala yang tak gatal di garu.

“Aidil tidur sini malam ni, ok? Esok pagi kan Aidil dengan alang nak kena gerak JB, ambik along, senang kalau tidur sini.”

Arahan ayah yang tak mampu Aisya mahupun Aidil tolak. And and and, here they are. Dalam bilik. Aisya mengeluh lagi. Kenapa Aidil pulak kena ambik along? Dia kan ada? Apa pulak rancangan ayah. Apalagi lepas ni...

Ye, dia dan Aidil tak pernah bercerai. Borang permohonan cerai yang dia serahkan kepada Aidil, takpernah Aidil pedulikan. Malah, Aidil terus-terusan memasukkan nafkah dalam akaun banknya. Dan dia tak pernah sentuh duit-duit tu. Banyak benda yang dia tak faham dan dia perlu tanya kepada Aidil. Tapi entah macam mana nak memulakan.

“berangan!” teguran Aidil mematikan lamunan Aisya.

Ewah-ewah sape entah jemput dia tidur atas katil. Aidil baring atas katil dengan kedua-dua belah tangan dilapik bawah kepala dan kakinya bersilang. Santai. Aisya merenung dengan geram.

“jangan nak gatal tidur atas katil ye. Awak tidur bawah.” Kata Aisya sambil melompat naik atas katil. Badan Aidil ditolak turun ke bawah.

“eh takde takde. Saya suami, kena tidur atas. Isteri kena mengalah. Dua pilihan, tidur sebelah saya ataupun tempat lain. Tapi saya, tetap kena tidur atas katil.” Jawab Aidil dengan nada angkuh. Matanya sengaja dipejam untuk menambah sakit hati Aisya. Padahal dalam hati nak gelak guling-guling tengok muka Aisya yang berkerut-kerut. 

“ehhh apesal pulak. Ni katil saya. Awak tidur bawah. Pegi pegi pegi!” sepenuh tenaga dia menolak tubuh Aidil. Awak makan peti ais ke? Tak gerak-gerak pun padahal nak habis tenaga dia guna untuk tolak Aidil.

“selamat malam!” kata Aidil, masih steady dengan kedudukan tadi. Sedikit pun tidak diendahkan Aisya.

“Aidil!!” marah Aisya. Lagi menyakitkan hati bila dia mengesan senyuman nakal di bibir Aidil yang masih terpejam.

Ohhh main kotor ye. Aisya berdiri di atas katil.

“bangun bangun bangun! Anak itik tok wi mandi dalam kolam sakit apa tokwi sakit sendi tulang. Tulang apa tokwi..” dalam geram, dia melompat-lompat di atas katil sambil menyanyi dengan kuat.

“hoi hoi. Gila apa!” terus terduduk Aidil apabila terasa tubuhnya melantun ke atas. Aisya yang masih melompat-lompat sambil menyanyi dengan suara sumbang dipandang geram.

“Aisya!!”

“air pasang malam surut pukul lima. Nyonya bangun pagi siram pokok bunga..”

Krekk...

“Aisya!!”

“itik bertelur ayam menetas. Cik baba jatuh dalam parit, cik aminah ketawa jerit-jerit!” tanpa mempedulikan panggilan berbaur amaran dari Aidil, dia terus melompat-lompat sambil menyanyi.

Krekkkk... dummmm!

Masing-masing terdiam.

“Aidil! Aisya! Bunyi apa tu?” panggilan angah dari depan pintu bilik tidak di sahut.

Masing-masing berbalas pandangan.

“Aidil!!” tok tokk. Angah ketuk pintu bilik apabila tiada sahutan dari dalam.

“apa kau ni, ngah?” kedengaran suara alang pula.

“aku dengar bunyi berdentum tadi.”

“ishh kau. Orang dah kawin la. Biar la depa.” Marah alang.

“berdentum kuat la. Kot-kot adik jatuh..”

“dia ada suami la, bongok! Dah dah. Tidur.”

Tak lama kemudian, tiada lagi suara angah dan alang dari luar pintu bilik.

Perlahan-lahan Aisya dan Aidil turun dari katil dan berdiri di depan katil. Aidil menepuk dahinya. Katil patah dua.




“haa.. awak nak ambik sebelah bahagian ke?” tanya Aidil dalam nada mengusik.

Aisya merengus. Mati la esok kena bahan dengan abang-abangnya sampai 7 keturunan kalau diorang tau pasal katil patah dua.

“eee. Menyampah betul!” marah Aisya sambil mengambil selimut dan bantal dari atas katil dan dihempas ke lantai. “tutup lampu!” selimut di tarik menutup seluruh badan dan muka.

Aidil ketawa perlahan. Kalau rancangan dia dan ayah berjaya, hidupnya akan berwarna-warni lepas ni. Lampu dipadam. Bantal di capai dan tubuh dibaringkan ke lantai sebelah kiri katil.

“kalau Irsyad tengok perangai mummy dia macam ni, mesti kena gelak.” Ucap Aidil dengan perlahan, namun masih dapat didengari Aisya diseberang sana.

5 comments:

Unknown said...

haahaaa...mmg lawak giler aisya nih..dh patah dua katil,tulh pe kes lompat2...hah...amek lh ko aisya mmg kena bahan lh setahun kat u punyer bro2 yg kuat mendajal n menyakat tuh...alahai dek ciput lh but ilang rindu ngan aisya n aidil syukur nyer rupe2 nyer depa nih still sah n tk bercerai....bestttttttt n nk gggggg leh...heehee pape pn tq yer dek for the n3...mmg lama dh tertunggu tunggu...

Kak Sue said...

hahaha..... gelak terguling-guling .... ni semua rancangan AyahAisya dan Dil... bila Aisya dah pi baru ada rasa kehilangankan Dil.... cubalah perbaiki hubungan .... Dil ambil hati Aisya dan cuba minta bantuan Isyard tentu boleh.... bestttt

Hajar said...

Dear Tuan Tanah,

Saya dah jatuh hati dengan kisah Aidil dan Aisya ni. Keep on writing ya? :)

Admire sungguh watak2 perempuan macam Aisya (and Dahlia, of course) Takleh blah part katil patah dua tu. Haha. Wonder apa pulak plan Aidil + Pakcik Reza ni.

:: Cahaya Hazwani :: said...

kahkahkah!!!!kelakar glerr!!! cerita yg sgt bestt!!!!!!sy bru jmpe blog ni smlm lps d promote oleh hanina abdullah...start bce bab 1-13..arini smbg bab14...hehe...lps ni akn trus singgah kt blog neh!!!hehehe!!good job tuan tanah!!!!=)

MizaEija said...

hahahahaaha.... hanya mampu gelak besar.. kelakar giler..