Aisya memandang alamat yang tercatat dalam Galaxy Note. Sesaat kemudian
dia merenung banglo putih di hadapannya.
Besarnya.... Sampai takut nak masuk. Tapi ayah kata, berani hadapi
kenyataan. Go Aisya go!
Rabbi yassir wala tu’assir, wa tammin bilkhair.
Tangannya memicit loceng di tepi tembok.
“Ye cari siapa?” Suara di intercom. Pehhh... canggih. Ok, jangan jakun
sangat, Aisya.
“Err.. Assalamualaikum. Maaf ganggu. Ini rumah Puan Salmah ke?”
Teragak-agak Aisya bertanya. Rasa macam cakap dengan dinding.
“Sekejap ye.” Pagar automatic terbuka, Aisya bergerak ke belakang.
Pintu banglo terbuka, seorang wanita anggun keluar sambil tersenyum.
“Assalamualaikum.” Sekali lagi Aisya member salam. Tangan dihulur dan
dikucup lembut.
“Waalaikumussalam. Ni siapa ye?”
“Saya Aisya Redza. Nak jumpa dengan Puan Salmah dengan Encik Zulkifli.”
Penuh kelembutan Aisya menjawab.
Wanita di hadapannya terkaku dengan wajah pucat tiba-tiba.
“Aisya Redza?”
Aisya menggangguk perlahan. Kedengaran wanita tersebut mengucap
panjang.
“Jemputlah masuk.”Dengan langkah berat, Aisya menuruti wanita tersebut
ke dalam rumah.
“Duduk dulu.” Wanita tersebut hilang disebalik dinding. Sunyi rumah
tersebut. Aisya memandang sekitar rumah. Dalam kepalanya terbayang wajah rumah
itu kalau di ubah.
“Assalamualaikum.” Suara garau lelaki menyapa telinga Aisya. Kelihatan
seorang lelaki sudah berusia berjalan menghampirinya bersama wanita tadi.
Aisya bangun sambil tersenyum. “Waalaikumussalam.”
“Aisya Redza?” Sekali lagi namanya disebut. Aisya mengangguk.
“Alhamdulillah. Sampai jugak Aisya. Lama dah kami tunggu Aisya. Eh
jemput duduk. Mama, minta bibik buat air.”
Bila ditinggalkan berdua, Aisya mula rasa lututnya menggigil lembik
macam jeli nata de coco.
“Aisya apa khabar?” Lembut, penuh sifat kebapaan.
“Alhamdulillah, uncle. Uncle macam mana? Lutut ok?” selamba Aisya
bertanya.
“Eh mana Aisya tau papa problem lutut?”
Errr.. papa? Oh my Gucci. Apa ni!
“Hehe. Tengok uncle jalan pun tau. Ayah pun sama.” Aisya masih
ber’uncle’. Kekok untuk ber’papa’.
“Papa, Aisya. Papa. No uncle-uncle. Ha, ayah Aisya sihat?”
Belum sempat Aisya menjawab, wanita anggun tadi menghampiri mereka.
“Aisya, ini mama.” Aisya tersenyum manis namun senyuman itu sekejap
saja bila tidak mendapat balasan.
“Kenapa lambat sangat datang?”Tanpa mukadimah, Aisya terus ditanya
direct oleh mama.
“Err.. maaf mama, papa. Aisya pun baru dapat address dari ayah.”
“Aunty bukan apa, kalau boleh, nak semua selesai dengan cepat.”
Ehh..aunty? Tadi papa kenalkan ‘mama’? Oo, ini sindrom menantu tak direstui.
“Mama...”Papa menegah mama daripada terlampau direct.
“No. Papa, kita kena selesaikan semua ni secepat mungkin. Didi pun dah
cakap dengan mama hujung tahun ni dia nak kahwin dengan Sofea.”
Didi? Sofea? Pehh mamat ni, dah ada awek, gua jugak single mingle.
“Aunty, saya pun kalau boleh nak selesaikan secepat mungkin. Tapi
semuanya atas kata putus Didi.” Potong Aisya dengan lembut.
“Eloklah tu. Tapi harini Didi tak balik, outstation. Nanti Didi dah
balik, aunty call awak, kita selesaikan.” Aisya mengangguk, punggung di angkat.
“Oklah, kalau macam tu, aunty, papa. Aisya balik dululah. Aisya janji,
Aisya takkan bertangguh-tungguh.”
“Dinner sini la, Aisya,”pelawa papa.
Wajah mama masih tiada senyuman mesra. Muka tak rela pun iye jugak.
“Eh, tak apalah, papa. Lain kalilah. Malam ni Aisya dah janji dengan
ayah nak dinner sama.” Sorry papa, Aisya terpaksa menipu.
“Oh, oklah kalau macamtu. Kirim salam kat ayah Aisya ye.” Aisya
mengangguk sambil tersenyum.
Di pintu masuk Aisya terserempak dengan seorang lelaki yang masuk
dengan pakaian tenis dan raket tenis di tangan.
“Haa Alif, ni Aisya, your sister-in-law. Aisya, Alif ni anak papa
dengan mama yang kedua. Kalau tak salah dia tua 2 tahun dari Aisya.” Ramah papa
memperkenalkan Aisya dan Alif.
“Hai Aisya.” Alif tersenyum dan mengangguk. Aisya turut tersenyum
mesra. “Alif naik dulu ye. Busuk.”
Aisya tergelak perlahan. Alif nampaknya jenis yang ok. Macam mana Didi
nanti. Takut Aisya memikirkan saat-saat dia perlu bertemu muka dengan Didi.
p.s: malam ni insyaAllah post next part ^_^
4 comments:
Aisya, sila jgn give in pd umat2 yg sombong....
Apasal pulak aunty tu nak bagi cold treatment kat Aisya pulak? Bukannya Aisya tergedik2 gilakan anak lelaki dia...
Aisya, sila jual mahal, ok... Jgn berlembut dan jiwang sentimentol dgn org mcm tu.... Cuma bertegas dan adakan strategi utk menangani peel mereka2 itu....
OK SAYA TUNGGU TAU MALAM NI NAK PANJANG SIKIT YA TQ
hish nyampah nye ngan mama yang sombong bongkak cam tu.....cam lah sya tu terliur na ngan anak buang die!!serius tak suke dek!!!tak sha sabar bebanyak ye dek......kite all tetap sokong sha......
Siannyer...mak mertua tak suka rupanya
Post a Comment