baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Wednesday, December 26, 2012

Biru [14]



I'll come back
When you call me
No need to say goodbye

Musim luruh sudah 3 kali bergilir. Musim hujan tak payah cakaplah, berulang-ulang tanpa sempat dikira.

3 tahun berlalu.

“Oh Emmm Geeee. Lawa gila. Meh mak make up kau.” Suara nyaring Acai yang menyakitkan telinga memecahkan ketenangan di Lee Redza Al-Tailleur.

Aisya memusing badannya yang bersarung busana pengantin yang serba putih di depan cermin. “Pesal pulak make-up make-up Cai. Bukannya aku nak pegi kahwin pon. Tak kuasa mak, noks.” Aisya ketawa kecil. Matanya masih merenung cermin yang memantulkan imej dirinya.

“Haaa ajuk cakap aku. Cabai mulut tu karang. Superb gila. Eiii mak kahwin nanti kau tolong design gaun macam ni jugak ok,” gurau Acai dengan tangan yang digawang ke udara.

“Haa memang aku nak design gaun untuk kau, tux untuk bakal isteri kau. Confirm meletops!” Balas Aisya. Matanya menjeling tajam. Acai ketawa gedik.

“Nyampes aku dengan gelak gedik kau tu. Allah tarik balik kelelakian kau karang baru tau.” Ugut Aisya, garang. Volume gelak Acai bertambah tinggi.

“Hoi hoi. Pagi-pagi dah bising.” Tegur Angah yang baru keluar dari officenya. Aisya direnung kekaguman.

“Ni adik boss ni, garang bebeno. Orang usik sikit dah melatah. Mencik tau.” Adu Acai sambil menggoyang-goyangkan badannya. Aisya menjeling menyampah. Tapi seketika Cuma. Akhirnya dia ketawa kecil, lucu melihat Acai yang mereng. Lembut-lembut Acai, girlfriend keliling pinggang, woo.

“Lawanya. Angah teringin nak tengok adik pakai macam ni.” Angah membetulkan bahagian bawah gaun pengantin. Riben di pinggang di betulkan. Selendang Aisya turut di rapikan. Wajah Aisya direnung lama.

“Hello! Anybody home?” Suara lelaki  mematikan renungan Angah. Dia bergerak ke ruang depan butik, Aisya segera menyalin pakaiannya.

Selesai menukar pakaian, Aisya bergerak ke depan. Melihat lelaki yang duduk di sofa bersama Angah, senyum manis terukir di bibir.

“Yo!” sapanya. Safwan tergelak melihat Aisya, si gadis ceria.

“Waalaikumussalam.” Giliran Aisya pula tergelak. Kena sebijik.

“Assalamualaikum, bradahh. Boy whassup...” tu dia aura Wiz Khalifa keluar. “Adoiii.” Belom pon sampat ke sofa yang menempatkan Safwan, kepalanya diketuk angah. Aisya mencebik.

“kena rasuk dengan keding Wiz Khalifa ke?” marah Angah. Aisya sejak balik dari Southampton, makin lasak, geram betul.

Safwan tergelak kecil. “Beb, I need your help la.” Kata Safwan sebaik saja Aisya duduk di sofa satu seat.

Dahi sengaja dikerutkan. “Tolong apa daaa?” Mentang-mentang aku tengah menganggur sekarang, semua dok tarik aku jadi assistant.

“Esok kitchen aku tak cukup orang, ada function kat restoren. Sous chef aku cuti bini bersalin. Tolong please...” rayu Safwan dengan mata yang di kedip-kedip, semoga Aisya termakan pujukannya.

“Payment?” tanya Aisya dengan raut serius, saja nak mengacah.

“RM500?”

“Pehhhh!!” serentak Aisya dan Angah berpehhh. Mereka saling berpandangan sebelum Aisya melambakkan tawanya.

“Ha angah tengok. Saf nak bayar adik RM500 tau. Angah bila nak bayar gaji adik jadi designer kehormat memerangkap model baju kat sini?” usik Aisya. Angah tergelak.

“Ewahhh.. Angah potong elaun awak baru tau.” Balas Angah sambil menjeling. “Tolong aje la Saf ni. Esok pon ada 3 client je, itu pun nak fitting je, so takde kerja sangat kat sini, pergi la.”

“Ok Saf. Esok before 9 aku sampai. Anggap la ni aku balas jasa baik kau jadi tok guru memasak aku kat Southampton.” Safwan mengangkat ibu jarinya. Selesai satu masalah. Dia tau Aisya takkan menolak.

3 tahun mengenal Aisya cukup membuatkan dia hampir jatuh hati dengan empunya badan. Kalau bukan sebab Aisya dah state awal-awal yang dia taknak apa-apa lebih daripada kawan, dah lama dia masuk meminang. Sekarang dia dan Aisya masing-masing bersahabat, kalau ada jodoh, tak ke mana kan? Dia sangat selesa dengan Aisya, sama macam dia selesa bersama sahabat baiknya, Faizal, abang chik Aisya.

3 tahun dulu, Faizal yang kenalkan mereka berdua, waktu tu, dia bekerja sebagai Sous Chef di sebuah restoren di sana. Dan dia jugalah yang mengasah bakat Aisya dalam bidang masakan. Aisya adalah satu-satunya perempuan yang dia selesa, takkan dia nak lepaskan dengan senang kan? Sebabtu bila Aisya habis belajar dan balik ke Malaysia, dia ambik keputusan untuk berbakti di tanah air sendiri. Ye dan Malaysia ada Aisya dan keluarganya yang menerima dia sebagai salah seorang ahlinya.

Cerita Aisya-Aidil? Entah, dia pun taktahu apa kesinambungannya, tak ada siapa yang berani buka mulut.

“Hoiiii orang cakap mengelamun. Baling hanger ni karang.” Suara Aisya yang bertempo tinggi menyedarkan Safwan dari lamunan. Untuk cover malu, dia tunjuk sengihnya.

“Aku chow dulu la, Aisya. Jumpa esok. Jangan lambat tau. Function start pukul 5 petang. Seee yeahh!” Safwan bangun keluar dari butik.

Aisya menoleh ke arah angah yang tersengih-sengih. Kening dijungkitkan.

“kalau angah taknak makan penampar jepun, stop that gatal-smile.” Aisya menjeling. Tau apa difikiran angah.

“ok what? I like him.” Kata angah sambil tersenyum. Kemudian dia bangun meninggalkan Aisya. Saja nak mengusik Aisya, walaupun dia tau apa yang Aisya tengah alami sekarang. Kadang-kadang rasa nak goncang badan Aisya sampai tulang-tulang bergegar lepas tu jerit ‘move on, girl. stop thinking about that cad-and-bounder!! It has been 3 years for godsake!’ Taktau nak cakap apa dah.

Aisya tersenyum sayu melihat langkah angah masuk ke collection room. Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.Aku mungkin bukan ‘being deeply loved by someone gives you strength’ tapi aku ‘while loving someone deeply gives you courage.’ Maafkan adik, angah....

*             *             *             *             *

Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimukan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

“Daddy, ngantuk.” Si kecil menggosok-gosok matanya.

Aidil yang sibuk menaip di laptopnya menoleh. Senyuman manis terhias diwajahnya. Si kecil diangkat ke riba.

“Kejap ye sayang. Daddy nak siapkan sikit je lagi. 2 minutes. Syad pegi main dengan Auntie Nish dulu.” Ubun-ubun Irsyad dikucup lembut.

“Tak apa. Syad temankan Daddy kat sini.” Badan sasa Aidil dipeluk erat, kepala disandar ke dada. Aidil tersenyum. Jari-jemarinya laju menaip menyiapkan kerjanya.

Selesai kerjanya, Aidil terus mengangkat Irsyad ke katil. Dahinya di cium. Wajah Irsyad di tatap sayu. Teringat pertanyaan Irsyad 2 hari lalu.

“Daddy kenapa mama tak duduk dengan Syad macam mama kawan-kawan Syad?” tanya Irsyad ketika mereka sedang makan malam. Sepi seketika. Mama dan papa kelihatan terkedu dengan soalan Irsyad. Anish dan Alif pula pura-pura tak dengar.

“Mama kan ada datang tengok Syad.” Jawab Aidil, taktahu macam mana nak terangkan kepada anak kecil itu tentang keadaan mereka.

“Tapi mama tak duduk dengan Syad pun. Mama datang pun sekejap je. Syad nak mama duduk dengan Syad.” Rengek Irsyad, manja. Giliran Aidil pula terdiam.

“Tak apa. Nanti Auntie Nish mintak mummy Syad datang sini duduk dengan Syad, nak?” Anish cuba mengubah perhatian Irsyad yang mula merengek. Takut mood Didi berubah. Mood Didi bukan boleh dijangka, kalau meletup, kesian Irsyad.

“Syad ada mummy ke, Auntie Nish?” Tanya Irsyad, teruja dengan berita yang baru diterima.

“Ada. Tapi dia sekarang jauh. Nanti mummy balik, kita paksa mummy duduk sini ok?” Gurau Anish dengan ceria. Irsyad tergelak riang.

“Yeay. Syad ada mummy. Nanti Auntie Nish bawak Syad jumpa mummy Syad ok?” tanya Irsyad tersangat ceria.

“Boleh. Tapi Irsyad kena makan banyak-banyak bagi cepat besar. Barulah boleh jumpa mummy,” sampuk papa yang seronok melihat keceriaan Irsyad. Aidil yang tidak berkutik sejak tadi dijeling.

Tok tok.

Aidil tersentak dari lamunannya. Gebar Irsyad dibetulkan sebelum bangkit ke pintu biliknya.

Mama berdiri didepan pintu sambil menatang segelas milo panas untuk Aidil.

“Thanks mama.” Ucap Aidil. Tangannya mencapai milo dari tangan mama.

“sudah-sudahlah kerja tu. Bagi perhatian kat Irsyad tu. Kesian mama tengok dia.” Kata mama. Tubuh Irsyad yang lena di atas katil dipandang seketika.

“Ye ma. 2-3 minggu ni sibuk sikit ada tender baru masuk.”

“Tender-tender pun, anak jangan diabaikan. Lagi satu, cakaplah dengan Sofea, jenguk-jenguklah anak. Kerjaya takboleh jamin ke syurga.” Kata mama sebelum berlalu masuk ke biliknya.

Aidil termangu di depan pintu. Sofea? Entahlah. Teringat ‘mummy Syad’ yang sering disebut Irsyad sejak 2 hari lalu. Itu lagi masalah besar. Akhirnya, cuma keluhan yang kedengaran.

Tiba-tiba Irsyad bergerak-gerak dengan rengekan manja. Aidil cepat-cepat menepuk peha Irsyad supaya anak kesayangannya kembali lena.

“Good night, baby, sleep tight, darlin’
Tomorrow is another day
Good night, darlin, see you tomorrow
And I'll be around to say
Each new day my love grows stronger
I wish each day could last a little longer
So that there’d be more time we could share”

Untuk kali kedua, lagu Brenton Wood berkumandang dari mulutnya. Sepenuh hati dia mendodoikan Irsyad walaupun kepalanya terbayang satu wajah. Wajah yang menyebabkan dia rasa bersalah. Yang teramat sangat. Dia yang hilang tanpa jejak.
*             *             *             *             *

“Macaroni Cheese?”

“Check!”

“Smoked Salmon?”

“Check!”

“Chicken Breast Sandwich?”

“Check!”

“Plain Scones?”

“Check!”

“Pastries?”

Senyap.

“Pastries!!”

“Sorry chef. Check!”

Safwan mengangguk. “Ok hidang time!”

Pelayan-pelayan mengangkat hidangan mengikut susun atur yang telah diberikan Safwan. Safwan menarik nafas lega. Satu azab dah lepas. Nak tunggu orang makan satu lagi azab. Dia menoleh mencari Aisya. Kelihatan Aisya duduk di hujung meja, menguli doh. Entah apa yang dia nak buat tu. Sepatutnya dia selaku pemilik restoren kena ke depan, entertain customer. Tapi biarla Badli, rakan kongsi dia yang ke depan. Safwan bab-bab social skill memang minta ampun.

“Woii. Buat apa lagi tu?” sergah Safwan. Aisya memandangnya sekilas sebelum kembali fokus dengan adunan tepung di depannya.

“terasa nak makan pizza la. Kau buat topping eh?” Safwan mengangguk. Untuk Aisya, semua pon boleh.

“nanti dah siap uli, panggil la. Aku nak pegi belakang jap nak check stok vaggie.”

“okeng.” Safwan berlalu. Suasana kembali sunyi. Aisya khusyuk menguli adunan supaya betul-betul sebati.

“Auntie... Washroom kat mana?” Automatik Aisya mengangkat muka. Keliling di pandang. Mana ada orang. Ok, tiba-tiba bulu roma meremang...

“Auntie....” seorang kanak-kanak lelaki muncul dari balik meja tinggi yang di duduki Aisya.

Aisya tersenyum mengingatkan kebodohannya. Takkan la ada hantu masuk dapur. Apa daaa.

“Washroom kat depan, sayang.” Jawab Aisya sambil tangannya menunjuk ke luar.

“ala tadi dah tanya kat abang kat depan, dia kata kat belakang. Auntie kata kat depan. Kat mana ni? Syad dah pening dah.” Kepalanya di garu. Aisya tergelak. Comel je.

“kesiannya. Jom auntie bawak jom. Tak tahan dah ke?” tanya Aisya sambil bangkit menuju ke arah si kecil yang membahasakan diri sebagai ‘Syad’.

“Takla. Syad nak basuh tangan je auntie.”

“laa nak basuh tangan tak payah pegi washroom. Meh sini basuh kat sini.” Aisya memimpin tangan Syad ke sinki. Dia mengangkat tubuh Syad sambil membuka paip si sinki.

“auntie buat apa?” tanya Syad setelah Aisya kembali meletakkan dia di bawah.

“auntie nak buat pizza, sayang.” Jawab Aisya dengan lembut. Dia kembali ke mejanya untuk menyambung kerja tapi Syad masih belum berganjak.

“Syad nak tolong boleh?” tanya Syad dengan muka teruja.

“ehh. Nanti papa dengan mama Syad cari Syad nanti macam mana?” tanya Aisya, gusar.

“Daddy tak marah la auntie. Syad boring tak ada kawan. Please auntie.” Matanya sengaja dikedip-kedipkan, macam nak mintak daddy bawak pegi playground, selalu menjadi.

Aisya ketawa lucu. Anak siapa la ni. “Ok. Tapi takboleh lama-lama, jangan comot-comot tau. Nanti daddy marah.”

Syad bersorak gembira. Aisya menabur tepung di permukaan meja supaya doh tak melekat. Kabinet tepi sinki dibuka untuk mengambil acuan berbentuk. Krim putar perisa strawberi, coklat, keju, blueberry dan vanilla turut di keluarkan bersama coklat chip dan coklat rice. Memang adunan yang dibuat untuk piza, tapi bagi untuk bagi Syad seronok menghias, semua hiasan kek dikeluarkan.

“assalamualaikum. Mummy!” suara Kakak dan Aran memenuhi ruang. Aisya dan Syad mengangkat kepala.

“waalaikumussalam. Dah makan belum ni?” tanya Aisya kepada Kakak dan Aran yang masih berpakaian seragam sekolah.

“dah. Papa bawak pegi kfc dulu tadi. Eh sape ni mummy?” tanya Aran, pelik melihat seorang kanak-kanak lelaki berambut perang sedang bermain tepung di sebelah Aisya.

“haa come. Syad, ni kakak dengan abang Aran, anak-anak auntie. Kakak, Aran, ni Syad.” Mereka bersalaman. Aisya tersenyum melihat Syad yang sangat well-behaved dan matang dari usianya.

Tak lama kemudian, riuh rendah dapur restoren dengan suara mereka berempat bermain tepung. 3 kanak-kanak itu nampak serasi bermain bersama.  Pelbagai bentuk dihias dengan warna-warni dan ceria.

“eh eh eh. Apa ni? Ada parti ke?” Safwan masuk dengan muka terkejut. Mana tak terkejut kalau 3 kanak-kanak dan seorang orang besar perasan kanak-kanak comot dengan tepung di muka dan rambut, krim putar tercalit merata.

“uncle!! Meh la main sama-sama.” Aran menjerit memanggil Safwan. Padahal tak sampai 3 meter pun Safwan berdiri.

“ha dah-dah. Dah dekat sejam setengah dah kita buat ni. Syad kena pegi balik kat daddy. Nanti daddy cari, marah pulak dia. Aran, pegi tolong hantar Syad kat daddy dia.” Syad buat muka monyok, taknak balik lagi. Dia berdiri dengan mulut memuncung.

“sayang kena pegi kat daddy ok? Nanti bila-bila Syad datang sini, kita main lagi, ok?” pujuk Aisya sambil mencangkung didepan Syad. Tangan Syad digenggam lembut. Why why why, muka Syad macam familiar?

“promise?” jari kelingking kecil dihulur kepada Aisya.

“insyaAllah. Kalau Allah izinkan.” Jari kelingking Syad digenggam. Syad memeluk leher Aisya dengan manja. Aisya tergelak. Nasib baik dah biasa dengan budak-budak.

Selepas membasuh tangan dan muka Syad, Aran segera menghantar Syad ke depan, ke meja ‘daddy’ nya, dengan Syad sebagai penunjuk arah atau lagi tepat penunjuk muka ‘daddy’.

“eh anak daddy ni. Dari tadi daddy cari. Pegi mana tadi? Tak cakap dengan daddy pun. Daddy risau tau tak?” Aidil yang berdiri di depan kaunter mencangkung supaya ketinggiannya sama dengan Syad.  Nada suaranya dikawal walaupun darah panas menggelegak ke kepala. Mana taknya, ribut dia mencari Irsyad. Kalau si kecil kesayangannya, mana nak cari lagi.

“sorry daddy. Sorry. Syad main dengan auntie kat belakang.” Syad memeluk leher daddy. Takut daddy mengamuk.

“auntie mana pulak? Berapa kali daddy cakap jangan main dengan orang yang Syad tak kenal.” Suara Aidil mula naik. Entah siapa-siapa yang main dengan Irsyad, zaman sekarang ni banyak kes orang culik budak.

“err uncle. Sorry. Tadi Syad main dengan saya dengan mummy saya. Sorry uncle.” Aran menyampuk. Risau melihat muka Aidil yang merah tahan marah.

Aidil mengangkat muka, di sebelah Syad, berdiri seorang lagi kanak-kanak yang mungkin tua 3-4 tahun dari Syad.

“lain kali jangan suka hati je main dengan anak orang. Bagitau dengan parents dia dulu. Kalau uncle report polis tadi, tak pasal je.” Kasar Aidil bertutur. Muka Aran mula berubah.

“sorry uncle. Saya pegi dulu. Assalamualaikum.” Aran terus berlalu. Matanya bergenang air mata. Sedih kena marah dengan uncle.

Aidil melihat langkah Aran, timbul rasa bersalah. Muka diraup. Dia bangun dan mendukung Syad.

Macam kenal budak tadi. Macam familiar....

12 comments:

norihan mohd yusof said...

eeee...ape lh aidil neh ngan kid pun nk wat cam tuh,garang giler... heran ngan ajaib mane g nyer isteri terchenta...si sofea tuh?????tk kn dh berpisah kot!!!!oh my..smbg lh cepat dek tk sabar nyer agar...ex neh dipertemu kn..aidil n aisya..

Cerita Hanina said...

cerita awak ni makan seronok! :)

Cerita Hanina said...

ceh! makin bkn makan, lol

Anonymous said...

aaaahhhhhh tq tq tq. huish apa aidil ni anak org pun nak marah. aisya still cant get over him eh? pehhh im hoping for a happy ending :)

Seri Ayu said...

Salam,entri yg menarik,takkan bebudak dua org tu tak kenal Aidil?

Kak Sue said...

kenapa lepas khawin baru Aidil nak rasa menyesal.... adakah kerana Aidil dah x bahagia dengan Sofia baru nak ingat Aisya... rasanya anak-anak buah Aisya mesti kenal Aidil kan??? dan Aidil x kan x cam anak buah sendiri??? ....

Anonymous said...

tuan tanah....

gud luck!! jawab elok2 paper tuh!

Xsaba ni tggu n3 seterusnya....

sufi (",)

baby mio said...

nak lg cepatlah sambung ya tq.

TuanTanah said...

thanks dearies, really appreciate your supports :)

kak seri ayu, kak sue, kan budak-budak kan bila membesar muka berubah sikit-sikit. last aidil jumpa Aran was 3 years ago hehe. that's why Aidil macam ingat-ingat lupa hehe. Aran pun tak ingat sangat kat so-called-daddy. biasalah budak2 hehe

KuntumRenjong said...

TuanTanah, chayokkk! Next entry wei. Haha

Anonymous said...

best cte ni...tp please la jgn buat last dia aidil dgn aisya..bg la hero lain kat aisya...plese writer............

Anonymous said...

bestnyeee..!!! makin lame makin sonok citer ni..hehehe..smooth...je bace..:)..