baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Wednesday, April 10, 2013

Merah [4]


“Abang-abangku sekalian, Sara nak pegi Midvalley sekejap ye?” tanya Qaisara selepas habis makan malam.

Petang tadi mereka bertolak dari Berinchang ke Bangsar. Esok dah kena ‘masuk kerja’.

“haa ok jom.” Black bangun dari tempat duduknya.

“woo.. takpayah takpayah. Sara boleh pegi sendiri.” Qaisra menahan Black dan In daripada mengekorinya.

Ada masanya dia perlukan ruang untuk bersendirian.

“no. Never. Mana Sara pegi, abang Black dengan Abang In akan ikut. Tak boleh tidak. Titik.” Tegas Abang In.

Yela, sekarang ni dah masuk zon berjaga-jaga. Nyawa Qaisara sentiasa dalam bahaya.

“alaaaaa.....”

“takde ala-ala. Dah jom. Karang tutup midvalley, menangis tak berlagu la Sara.”

Muncung mulut Qaisara masuk ke dalam Audi Q5 yang diberikan oleh Rizal Corp sebagai ‘kereta syarikat’.

Sampai di Midvalley, Qaisara memberi syarat kepada Black dan In.

“jalan mesti 3 meter belakang Sara tau. Sara nak masuk kedai perempuan. Jangan ikut masuk. Faham?”

“kedai perempuan tu kedai apa Sara. boleh pulak pilih-pilih jantina.” Rungut In.

Qaisara berdecit.

“eee... jangan banyak tanya boleh tak. Ingat tau. Kalau tak, Sara lari balik sendiri.” Ugut Qaisara.

Cepat-cepat In dan Black mengangguk. Dengan Qaisara jangan buat main-main. Dia biasanya buat apa dia cakap.

Punyalah ramai manusia kat Midvalley sampai Qaisara terfikir, apa la orang buat kat Midvalley ni. pegi balik luang kan masa dengan family kat rumah lagi bagus. Hehhh... cakap orang. Kau pun sama, Sara.

Tanpa berlengah, Qaisara menuju ke Audrey di Ground Floor.

Sampai di depan Audrey, Qaisara menoleh ke belakang.

Matanya menghantar isyarat ‘stop there!’, kepada Black dan In yang tergelak-gelak melihat kedai perempuan yang dimaksudkan Qaisara.

Tak ramai dalam Audrey. Cuma ada satu pasangan sedang membelek lingerie di satu sudut. Suami isteri mungkin?

Segan pulak Qaisara nak belek-belek lingerie di situ dengan kehadiran lelaki itu tapi takkan nak tunggu mamat tu keluar? Yang mamat ni pon, taktau malu ke apa?

Malas nak berlama-lama, Qaisara menuju ke rak yang menempat ‘adik-adik’ yang memang kegemarannya selama ni. Tak bernasib baik, rak tu betul-betul sebelah pasangan berkasih sayang tu. Nak tak nak, terpaksalah dengar perbualan tak berilmiah diorang.

“baby, you rasa ni ok tak dengan I?”

“emm... yang merah ni lagi mengancam..”

“ala baby. You suggest suggest, bukannya you nak datang tengok I pakai lingerie ni. merajuk la macam ni.”

Ehhhh bukan suami isteri.

Ok, Qaisara, jangan nak menyebok hal orang.

Qaisara cuba fokus dengan ‘adik-adik’ didepannya. Tali dipegang, cuba merasa materialnya. Fokus Qaisara fokus.

Tiba-tiba Qaisara terasa bahunya dilanggar.

Dia menoleh.

“excuse me. Boleh tak jangan buat road block kat sini.” Wanita lipstik merah menyala-manja-manja baby-baby menegur, kasar.

Road block? Bukan ke dia dah ketepi untuk belek ‘adik-adik’ ni. Apa masalah dia ni?

“haaa? Sorry tapi saya rasa saya tak berdiri tengah-tengah pun?” tanya Qaisara, separuh sopan. Separuh je la tapinya..

“amboiii. Dah buat salah menjawab pulak.” Si lipstik merah bercekak pinggang. Boyfriend dia, elok je tersengih-sengih kat tepi.

“ada mulut, menjawab la.” Gumam Qaisara. ‘adik-adik’ yang dipegang diletak ke tempat asal. Hilang mood nak shopping.

Belum sempat dia melangkah, lengannya dipegang.

“heiii. Girl, you dah buat salah, you senang-senang je nak lari. Dahla macam orang kampung masuk kedai mahal. Mampu ke?”

Qaisara menjeling ke arah lengannya yang dipegang si lipstik merah. Ini namanya carik gaduh ni.

“hello makcik. Dengar sini. satu, jangan suka-suka nak pegang saya. Dua, saya tak berdiri kat tengah ok. Kalau awak tak muat, maknanya, awak dah layak pegi Slim World, suruh boyfriend baby awak ni sponsor. Tiga, saya mampu ke tak mampu ke, awak dapat kudis ke? Empat, takpayah la tunjuk awak tu terdesak sangat sampai bawak boyfriend masuk kedai lingerie. And last but not least, please la, lipstick awak tak sesuai dengan kulit awak yang macam arang kena tabur dengan tepung gandum. Elok-elok awak tu cantik manis terus nampak buruk gila dah macam hantu kum kum dah saya tengok. Pegi la grooming class ye.”

Ternganga si lipstik merah kena sembur. Hambik, nak sangat kan.

Qaisara merentap tangannya.

“baby.... tengok la budak tu!!!”

Boyfriend baby baby tergelak-gelak.

Qaisara menoleh ke arah mereka sebelum keluar.

“terencat!” jerit Qaisara. Kuat.

Haha. Lari!!!!

Black dan In terpinga-pinga melihat Qaisara tergesa-gesa menghampiri mereka dengan senyuman di bibir.

“kenapa Sara?” tanya In.

“hahaha. Tadi ada makcik lipstik merah kena sembur. Terencat je gaya.” Qaisara ketawa lagi. Tak boleh tahan ingat reaksi muka si lipstick merah kena sound direct macam tu.

Black dan In saling bertukar pandangan. Takpayah tanya lebih lanjut pun dah dapat bayang dah macam mana Qaisara ‘menyembur’ orang. Bab-bab pandangan jujur, sila serahkan kepada Qaisara, dia juara tanpa bertanding. Paul Moss pon boleh menangis dengar ‘kejujuran’ Qaisara.

*             *             *             *             *

“boss, Encik Ranjit nak jumpa dengan boss.”

Suara Tina di interkom mengganggu konsentrasi Iyad.

“ok.”

Sesaat kemudian, pintu biliknya dibuka. Matanya masih melekat di atas proposal yang tebal di hadapannya.

“Tuan Iyad, saya bawak bodyguard dan personal assisstant tuan.” Uncle Ranjit bersuara.

“kejap.” Dia menghabiskan ayat terakhir sebelum mengangkat muka.

Ranjit bersama 2 orang lelaki dan seorang perempuan.

“Tuan, saya kenalkan Fairuz dan Solihin, dua orang pelatih terbaik dari pusat latihan kami. Mulai hari ini, Fairuz dan Solihin akan menjaga keselamatan tuan selama 24 jam. Dan ini, Qaisara Zuan, pembantu peribadi tuan, yang akan menguruskan urusan pejabat dan peribadi tuan, bermula dari 6 pagi sehingga 8 malam.”

Wajah Fairuz dan Solihin di pandang sebelum mengalihkan pandangan ke arah Qaisara Zuan.

Ehhhhhh.... macam pernah tengok.

Qaisara menelan air liur.

‘Boyfriend baby-baby’. Patut la macam pernah tengok. You are dead meat, Qaisara.

Iyad menahan senyum. Ni girl yang sembur Amanda semalam. Serius lawak. Takpernah Iyad rasa nak ketawa gila-gila macam semalam.

Iyad berdeham menutup senyuman yang hampir terukir.

Dia berjabat tangan dengan Black dan In. Sampai giliran Qaisara, tangannya tidak bersambut. Tetapi Qaisara meletakkan tangan kanan ke dada kiri dan menunduk sedikit.

Iyad tergamam.

Takpernah orang tolak nak salam dengan dia.

First time.

“maaf.” Kata Qaisara sambil tersenyum.

“nice to meet you. Semoga kita boleh bekerjasama dengan baik.” Skema ayat Iyad dengan riak muka yang sedikit tegas.

Black, In dan Qaisara mengangguk.

Selepas Uncle Ranjit menerangkan skop kerja mereka kepada Iyad, mereka keluar dari bilik Iyad. Black dan Iyad di tempatkan di sebuah bilik di sebelah Iyad yang juga tempat mereka monitor pergerakan keluar-masuk di bilik Iyad. manakala Qaisara akan menunggu di ruangan yang disediakan khas untuknya, di meja bersebelahan meja Tina, setiausaha Iyad.

Belum sempat Qaisara melabuhkan punggung ke atas kerusi, Tina datang menghampirinya.

“haiiii...” tegur Tina, ramah.

“hai.”

“I Tina. Tina Turner pon boleh...” Tina ketawa dengan kata-katanya sendiri. Qaisara tersenyum. Boleh tahan dia ni.

“Qaisara. Panggil Sara je.” Tina ketawa tanpa sebab.

“eee... geramnya tengok Sara ni. Cute gilaaaaaaa. Pipi macam belonnn....” pipi Qaisara dicubit kuat.

Giliran Qaisara ketawa.

“aku dah lama tau aku cute.” Qaisara menepis tangan Tina. Perit wehh... pipi digosok.

Tina ketawa kuat. Boleh buat geng budak Sara ni. Dia duduk bertenggek di meja Qaisara. Macam ada dia dengan Qaisara je kat tempat tu padahal ada lagi 13 orang pekerja pejabat yang berada di ruang yang sama.

“amacam first time jumpa that hot guy?” tanya Tina dengan sengih nakal.

“hot guy? Yang mana? Tuan Ranjit? Seriously, Tina?”

Tina berdecit.

“Tuan Ranjit apekehal pulak. Tuan Iyad la. Ada rasa berdebar-debar tak?”

“kau gila? Mesti la berdebar-debar. Kalau tak berdebar, kau pulak yang takut, member sebelah meja dah tak bernyawa.” Usik Qaisara.

“ihhh... menyampah la cakap dengan kau ni.” memuncung mulut Tina, dipermainkan oleh Qaisara.

“alalala.. merajuk pulak. Kenapa? Kau dah tangkap lentok dengan brother kat dalam tu ke?”

“haha selamba je kau ber’brother’kan Tuan Iyad kan. Aku tak tangkap lentok la beb. Kalau aku tangkap lentok, takde la perut aku ke depan ni haa. Tapi, sejak Tuan Iyad masuk sini, memang gempar jugak la satu bangunan. Girls yang bujang-bujang mula semangat datang kerja bergaya bagai. Tapi setakat ni Tuan Iyad tu tak pandang pon depa ni. nak kata gay, setiap hari dia lunch dengan girlfriend dia, Amanda kalau tak salah.” ammmboiii makcik ni bergosip. Qaisara tadah telinga.

“helo makcik. In case kalau kau tak penah dengar satu perkataan untuk situasi ni, meh akak Sara nak bagitau. S E T I A.” Sebijik-sebijik Qaisara mengeja.

Tina terdiam dengan dahi berkerut-kerut. Berfikir.

“betul jugak kan. Apesal la aku tak terfikir dulu.”

Qaisara ketawa. Apa benda la mak buyung sorang ni.

“berapa bulan dah ni?” tangannya menyentuh perut Tina. Tenang.

“baru 4 bulan. Tak sabarnya aku nak suruh dia keluar...” berseri-seri muka Tina bercerita tentang anak dalam kandungannya. Seri ibu, orang kata.

“ehem.”

Tergesa-gesa Tina turun dari meja. Qaisara memegang tangan Tina, takut jatuh.

Iyad. Bersama In dan Black.

“saya nak keluar lunch.”

“ok Tuan Iyad.” Jawab Tina.

Qaisara mengangguk.

Senyap.

“err ada apa-apa lagi ke tuan?” tanya Qaisara apabila melihat Iyad langsung tidak berganjak.

“awak PA saya sepatutnya tau tugas awak untuk ada dengan saya dari pukul 6 pagi sampai 8 malam. Maknanya kalau saya nak keluar ke mana-mana, awak kena ikut. Faham?” tegas suara Iyad.

Qaisara mengangguk. Matanya langsung tidak lari dari melawan panahan mata Iyad.

Iyad berjalan meninggalkan Qaisara dan Tina yang berdiri tegak di tempat mereka.

“yang berdiri lagi kat situ tu kenapa?!” suara Iyad naik satu level.

Qaisara terpinga-pinga.

“haa?”

“awak kena ikut saya pegi mana-mana pun. part mana yang awak tak faham?”

Qaisara mengangguk. Macam la takboleh cakap elok-elok. Langkah Iyad di kejar.

In dan Black memberi ruang kepada Qaisara untuk berjalan selangkah di belakang sebelah kiri Iyad, manakala mereka berdua di belakang Qaisara.

*             *             *             *             *

SEMINGGU.

Sapa kata ‘elehhh baru seminggu’, boleh la sediakan pipi kiri kanan untuk aku bagi pelempang jepun sedas-dua.

Seminggu yang rasa macam tetttt....

Qaisara merenung mangkuk yang tadi penuh dengan 2 bungkus megi ayam, sekarang dah licin.

Stress!

Dah la malam-malam macam ni bosan tahap gaban.

Black dengan In setiap malam tak ada. Jadi bodyguard mamat tak reti nak senyum tu. Selagi mamat tu tak tidur, Black dengan In tak boleh tukar syif dengan 2 orang lagi bodyguard pelatih Uncle Ranjit.

Ye la bukannya dia duduk serumah dengan Black dengan In. Duduk berjiran. Tapi, selagi Black dengan In tak ada, dia mana boleh pegi mana-mana. Apa la guna dia kena train teruk-teruk kalau tak boleh jaga diri sendiri. Heihh...

Arghhh lapar lagi!

Qaisara bangun ke dapur, membongkar almari mencari makanan yang paling senang untuk si sediakan.

Cococrunch pon boleh la.

Susu Dutch Lady Full Cream di ambil dari peti ais.

Ye, setiap malam memang dia kelaparan macam orang tak makan setahun. Ingat ikut Iyad pegi jalan sana sini, jumpa client, makan dengan client, dia akan dijemput makan sekali?

HAREMMM...

Berdiri kat tepi meja sementara tunggu dia makan. dah la makan makanan yang taknak kalah langsung. Lepas tu tak jemput makan sekali. Tak guna punya lelaki. Kalau ye pon taknak belanja makan, bagi la ruang untuk pegi makan. Ini, langsung bolayan je. makan ke tak, tak pernah mamat tu peduli. Mana nak sempat makan kalau tak makan waktu rehat tengah hari. Rehat tengah hari pon kena ikut dia, bilanya nak makan. Gilaaa...

Uwaaa.... nak balik Berinchang!!

You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.

Bzzzz....

Iphone 4s bergegar di atas meja makan.

Qaisara menjeling.

Abang In’

“ye abang In. Apa masalah dengan mamat tak cukup otot tu?” tanya Qaisara dengan nada suara malas.

“Sara, boleh tak Sara datang sini sekejap. Abang In dengan Abang Black dah taktau nak buat macam mana ni.” suara In cemas.

“kenapa?”

“Iyad dah mabuk teruk. Amanda pulak gaduh minah mana entah. Kecoh sangat ni. datang sini kejap. Tengok apa boleh setel kat luar.”

“ala abang In tak boleh tolong setel kan ke? Sara malas nak siap ni.”

“please Sara. Abang In risau abang Black belasah je Iyad ni nanti. Dok meracau-racau. Amanda tu pulak langsung tak bagi kitorang bawak balik Iyad ni. letih sangat kitorang ni Sara.” memang suara Abang In kedengaran penat.

Qaisara mengeluh.

“emm.. ye la. kejap Sara siap. Sementara tu abang In buat la apa-apa dulu. jangan sampai Sara sampai sana, Sara letupkan kepala sorang-sorang kat situ.”

Abang In diam. Dia tau Qaisara tak main-main.

“ok Sara. Cepat sikit!”

Klik.

Iyad, kau dah buat tahap benci aku kat kau macam nak hentak kau sekarang jugak.

Glock 18 di meja kopi di jeling


*             *             *             *             *

Tuan Tanah kate :
"sorry lambat. sorry entry kali ni hambar je. tak sempat nak masuk scene lagi. tak boleh mengadap laptop lama-lama sekarang. asyik kena migrain teruk seminggu ni. sorry sesangat. peace ^_^"

10 comments:

nor aisyah ismail mj said...

excited nak tahu what happens next :)

Hajar said...

Boleh tahan Sara ni. Belum apa-apa dah rentung si Amanda tu kena fire. Hahah. Apalah yg dia nak buat ni..

strawberry.chocolate81 said...

huhhhhh.....x sabar nak2 tau ape yg bakal sara wat kat iyad tuh...kasi pengajaran sikit sama dia...x kira la boss ke x boss...ingat mandat besar sgt ke? huh geram neh ngan mamat sengal 2....x pasai2 abang black ngan abang in kene masuk kelab 2 sama dah skunk nih sara pon kene p sana juga huhhhh

nota kaki: TT xpe2 sila jaga diri yeh...walaupun x puas ati sebab skit je tp kite redho je

MizaEija said...

mmg kene letop la Iyad ngan AManda nt tu gamaknya...

p/s: TT, rehat bebanyak ye..

Anonymous said...

TT, take care!
Ptt la xde n3..ok2...tggu dgn saba.

Sufi (",)

Norana Said said...

bagi je cukup2 dua org tu sara.. biar sedo diri sikit... kalau susah diri sendiri je x pe, ni menyusahkan org lain.. hihi

baby mio said...

BEST CEPAT LAH SAMBUNG YA TQ.

Anonymous said...

go sara go! *pegang kad tulis sara's #1 fan* lol

Norfarahin Isa said...

Best...cepat2 la smbung,da xsbr da ni ape yg jd

wanie wanieZ said...

ni p0n da ckup kebestannye TT oiit...dan ini> lipstick awak tak sesuai dengan kulit awak yang macam arang kena tabur dengan tepung gandum! serius super LAWAK!!!! kahkahkahkah!!! =D