baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Wednesday, September 19, 2012

Biru [4]



[i]
‘Didi dah balik.’

‘Didi dah balik.’

Sepatah ayat yang menyebabkan Aisya terduduk. Degupan jantung makin deras. Nafas makin sesak. Dada terasa sempit.

Inhaler atas meja di capai. Sekali sedut, lega.

Cisdale betul! Sebab mamat ni aku lelah. Baru sebut nama dah buat aku macam ni, macam mana la nak berdepan dengan dia heih.

Tok tok.

Aisya bangkit membuka pintu biliknya. Angah tersengih-sengih di depan pintu.

“Nak masuk. Nak masuk.” Belum sempat Aisya memberi kebenaran, tubuhnya di tolak ke tepi.

Angah duduk di atas katil Aisya. Badannya di henjut-henjut menikmati kelembutan katil Aisya.

“Apa cerita, ngah? Tak da show ke harini?”

“Tak da. Saja rindu dengan my baby girl ni,” Angah menggosok rambut Aisya yang ditocang dua.

“Hak tuihhh la rindu. Apa cerita ni? Baru clash ke?” Dia tengah jiwa kacau tapi layankan aje angah ni.

“No la. Angah dah malas dengan perempuan. Rehat jap. Ha, angah dengar cerita your darling Didi dah balik dari outstation. Bila nak jumpa?” Inilah Angah yang semua orang tau. Sangat berterus terang, tak ada konar-konar. Walaupun kadang-kadang rasa nak bagi penyekeh sulung.

“First, darling darling tu buang ye kalau taknak malam ni rambut Angah semua hilang. And, esok adik nekad nak jumpa dia nak selesaikan semua benda.” Jawab Aisya. Kepala di labuhkan ke bantal. Angah turut berbaring di sebelah Aisya.

“Goodluck. Kalau nak Angah teman, bagitau je. Angah on je. Angah tau adik Angah ni kuat, gagah perkasa. Setelkan semua elok-elok, jangan melatah.” Aisya tergelak mendengar perkataan melatah itu. Sungguh abang-abangnya memahami dirinya yang cepat naik angin.

“Haaa... esok biar Angah yang siapkan adik. Kita bagi adik nampak vogue gila biar mak datin tu dengan anak dia menganga, amacam?”

Aisya gelak lagi kuat. Mak datin? Itu gelaran yang angah bagi kepada mama Didi.

“Takpayah lah Angah. Nak bagi menganga buat apa, sah-sah kalau diorang nak bercakap dengan adik diorang kena menganga. Melainkan diorang bisu.”

Giliran Angah pulak tergelak. “Great idea. Kalau agak-agak adik bengang dengan Didi esok, adik bisukan je mamat tu.”

“Uihhh jadi isteri derhaka nanti.”

Kedua-duanya terkekeh-kekeh di atas katil walaupun tiada benda yang melucukan.

“Betul adik taknak Angah teman?” tanya Angah sekali lagi.

Aisya menggeleng. “Oklah kalau macamtu, apa-apahal adik call tau. Malam ni Angah teman adik kat rumah, esok pagi-pagi Angah nak kena gerak pegi Pullman.”

Angah mencium dahi Aisya dan keluar dari bilik. Aisya termenung di atas katil. Sebenarnya dia memang perlukan teman, tapi dia faham Angah busy dengan fashion show, jumpa client mak datin, jumpa tailor, macam-macam Angah nak kena buat. Ayah dengan Along, outstation. Alang dengan Bang Chik, selalu kena OT. Tak apalah, kali ni kena berdikari. Selesaikan semuanya secepat mungkin.

Semoga Allah permudahkan jalan aku. Aisya cuba untuk lena.

Esok tengah hari selesai mengemas rumah, Aisya bersiap untuk ke rumah Aidil.

Nasib baik hari ni Sabtu, dapat jugak setelkan banyak benda. Emm... pakai simple pimple dah lah, Didi je pun. Esok lusa tak jadi isteri dah. Timbul rasa sayu tiba-tiba.

Selesai bersiap, dengan hati berdebar-debar, Aisya bergerak ke rumah Didi. Tidaklah jauh mana rumah Didi dengan rumah ayah. 20 minit sampai.

Pagar banglo terbuka, mungkin menunggu kedatangannya. Kira-kira 5 kereta mewah bersusun di depan banglo. Ada kenduri ke? Aisya mula gelisah.

“Assalamualaikum.” Sesaat dua saat. Tiada jawapan.

“Assa...”

“Waalaikumussalam. Aisya, masuklah,” terjengul kepala Alif di pintu masuk.

“Ada kenduri ke?” tanya Aisya sambil membuka kasut.

“Taklah. Tapi semua orang ada la hari ni. Jemput masuk.” Langkah Alif di ikut dari belakang. Ruang tamu kosong.

“Mana semua orang, Alif? Jangan cakap tidur lagi? Saya bunyikkan siren bomba nanti,” gurau Aisya. Alif tergelak kuat.

“Berani ke? Buatlah.”

Belum sempat Aisya menjawab, satu suara menyapa. Papa sedang menuruni tangga.

“Terkejut papa dengan Alif gelak riuh-riuh, ingatkan kena sawan ke. Aisya datang rupanya.”

Aisya menghampiri papa. Tangan papa di salam dan dikucup. Seperti kebiasaan dengan ayah, pipi papa turut di cium lembut dan tindakannya menyebabkan papa tergamam. Takpernah diperlakukan penuh kasih sayang oleh anak-anaknya.

“Sihat, pa?” tanya Aisya lembut.

“Sihat, alhamdulillah. Alif, pergi panggil semua orang. Mintak buat air sekali.” Alif mengangguk dan berlalu. Hatinya tersentuh melihat Aisya yang penuh dengan kasih sayang.

“Papa serahkan semuanya pada Aisya dengan Didi untuk selesaikan. Cuma papa nak, selesaikan cara baik dan terimalah apa saja keputusan. Dan papa harap, apa pun keputusannya, Aisya jangan terus hilang ye, nak.”

Aisya menggangguk. Sedih pulak. Padahal baru berapa kali jumpa. Matanya terpandang mama yang sedang berjalan dengan seorang perempuan muda yang comel berbaju baby T dan seluar 3 suku.

Aisya bangkit dan bersalaman.

“Aisya, ini anak bongsu papa, Anish. Nish, salam kak Aisya.” Salam yang dihulur bersambut namun dengan wajah cemberut Anish. “Didi mana?”

“Baru bangun tidur, papa. Semalam bergayut dengan Kak Sof sampai tengah malam. Maklumlah tengah hangat bercinta.” Perkataan hangat bercinta di tekan oleh Anish.

Hek elehh ingat aku pedulik dia nak hangat ke nak rentung ke. Yang penting masalah aku selesai.

“Aisya lunch kat sinilah ye?” Tiba-tiba Alif datang entah dari mana melabuhkan duduk di sebelah Aisya.

“Saya baru je lunch sebelum datang sini tadi. Lambatnya lunch?” Titus di tangan dikerling, 1.30 petang.

“Biasalah, Aisya. Dah semua pun bangun pukul 10, mau tak lunch pun lambat. Weekend macam tu lah,” jawab papa dengan niat untuk menyindir anak-anaknya.

“Assalamualaikum.” Lagi suara menyapa. Semua berpaling ke arah tangga.

Dan Aisya rasa nak tercekik...

Mata Aidil turut melekat ke wajah Aisya yang nampak terkejut.

“Didi, sini. Kenal dengan Aisya.” Suara papa menyebabkan Aisya rasa macam nak terjun bangunan KLCC 4 kali berturut-turut.

Aidil menghampiri Aisya. Masih dengan muka serius. This girl... My wife?

“Hai Aisya. Nice to meet you.” Wajah Aisya di renung tajam. “Again...” Disambung perlahan.

[ii]

Duduk di atas buaian seorang diri dengan suasana sunyi sepi menyebabkan Aisya gelisah tak senang duduk. Aidil yang nampak ralit membelek Ducati Panigale Streetfighter dipandang geram.

Dah dekat 15 minit duduk sini tak cakap apa-apa, ke mamat ni memang ada penyakit ‘Jumpa Aisya Jadi Bisu’.

“Awak. Best ke pandang Pinagale Streetfighter  tu?” Tegur Aisya, bengang.

“Lagi best dari pandang awak.” Jawapan ringkas padat dan bermutu dari Aidil menyebabkan darah Aisya semakin mendidih menggelegak.

“Cepatlah. Kata nak bincang. Kalau awak nak ceraikan saya, buat sekarang.” Gesa Aisya, sungguh tak sabar.

Perkataan cerai itu berjaya membuatkan Aidil memandang Aisya. Dia menghampiri Aisya dan turut duduk di buaian yang sama.

“Awak tau tak bergegar tiang Arasy bila isteri minta cerai.” Masih dengan nada tenang Aidil berkata.

“Iye saya tau. Masalahnya, kita tak pernah hidup macam suami isteri. Sepanjang 10 tahun kita kawin, ni la kali ke dua saya jumpa awak. Awak pun ada girlfriend kan? Nak kawin dah kan hujung tahun ni? So, apa masalah awak taknak lepaskan saya? Ingat saya ni isteri setia menunggu suami ke apa? Adoiii.” Panjang lebar Aisya membebel. Paling menyebabkan Aisya rasa nak bagi penampa jepun, mamat ni maintain je buat muka bosan macamtu. Arghhhh!

“Haaa apa kata kita try nak?”

“Try apa?”

“Jadi suami isteri?”

“Gila!” Mata dibeliakkan. Mamat ni ada masalah mental ke?

“Jomlah. Kalau kita rasa tak sesuai, kita putuslah.” Excited Aidil memberi cadangan kurang bijak.

“Awak ingat jadi suami isteri ni ada try and error ke? Macam main masak-masak eh? Gila. Takmau.”

“Kenapa awak beria sangat nak bercerai?”

“Sebab kita takpernah rela jadi suami isteri kan? Kenapa nak tangguh-tangguh. Makin lama, makin banyak dosa saya, awak tau tak?” Nada marah Aisya bertutur. Geram, bengang, rasa nak hempuk muka orang, semua bercampur baur.

“Kenapa awak senang sangat bagi orang peluk-peluk, cium awak? Awakkan ada maruah, harga diri?” Aidil memulakan serangan. Bagi ‘isteri’ dia ni sedar sikit. Suka-suka je biar lelaki peluk-peluk , sentuh-sentuh.

Berkerut dahi Aisya. Apa mamat ni cakap ni? Bila masa aku bagi orang peluk-peluk...ohhh...along!

“Haaa sebab tu la awak kena lepaskan saya. Supaya senang saya nak kawin dengan orang yang saya sayang.” Bantai je la cakap. Malas nak terangkan perkara sebenar.

Lama Aidil terdiam, berfikir. Betul jugak kata Aisya. “Jomlah masuk.”

Aidil bangun meninggalkan Aisya yang tercengang-cengang di atas buaian. Beberapa saat kemudian, langkah Aidil dituruti.

Masuk ke ruang tamu, papa, mama, Alif dan Anish sedang menunggu mereka berdua.

“Macam mana? Dah bincang?” soal papa. Aisya menjeling kepada Aidil di sebelahnya.

“Belum, pa.” Senang jawapan Aidil. Saja nak bagi minah sebelah yang suka jeling-jeling ni bengkek. Muahahaha.

Papa mengeluh. Anak-anak ni suka buat main dengan hal rumahtangga.

“Macam nilah. Papa dah buat keputusan.” Papa diam sekejap. “ Selama 10 hari, Aisya kena duduk sini. Jadi isteri Aidil. Dalam masa 10 hari tu, papa nak kamu berdua fikir baik buruk. Ini keputusan papa. Muktamad. Tiada bantahan.” Tegas papa berkata.

Terasa berhenti degup jantung Aisya. Kepala ditoleh, muka Aidil turut pucat, terkejut.

“Tapi papa...” Aidil membuka mulut mahu bersuara tapi terhenti apabila pandangan papa menikam jiwa.

“No objection. Papa pun dah bincang dengan ayah Aisya, dia pun setuju.”

Ayah? Ayah kan kat Bangkok? Sampai hati ayah buat Aisya macam ni...

“Habistu kalau Kak Sofee tau kesian dia, pa,”Anish pula bersuara cuba membuat papa membatalkan keputusannya.

“Tak apa. Sofea, biar papa dengan mama yang slow talk.” Papa memandang mama.

Aisya turut memandang mama cuba mencari kekuatan. Dalam kekelatan wajah mama, Aisya tau ada kasih sayang yang melimpah ruah. Kalau tak, dari tadi mama dah bangkang keputusan papa.

Aisya menjeling Aidil lebih tajam. Awak la ni, nak main-main sangat. Hah, ambik!

Aidil pula gelisah di tempat duduknya, cuba berfikir cara nak bercakap dengan Sofea. Kalau Sofea merajuk, senang nak pujuk, bagi je bunga ros merah sejambak, Ferrero Rocher sekotak, senyum sampai telinga. Tapi kalau Sofea marah, memang susah. Makcik sebelah ni pulak dah jeling-jeling, cucuk mata tu karang baru tau.

“Aisya balik dulu, jumpa ayah Aisya. Ayah Aisya dah balik dari Bangkok. Tapi 10 hari tu start esok. Takboleh tangguh-tangguh.” Papa mengesan ketidaksenangan di wajah Aisya.

Aisya mengangguk dan bangkit. “Balik dulu.” Speechless.

Papa, Anish dan mama di salam. Ketika bersalaman dengan mama, Aisya di terasa tangannya di genggam, seperti sedang mengalirkan kekuatan buatnya. Muka di angkat, mama tersenyum buatnya. Aisya terasa seperti ibunya sedang merenungnya.

“Salam dengan Aidil.” Lembut mama bertutur.

Apasal lembut sangat ni? Haritu macam tak suka. Adakah orang dalam rumah ni semua mengalami split personality?

Dalam tak rela Aisya menghulurkan tangan kepada Aidil. Tangan Aidil tidak dikucup tetapi sekadar di sapu ke dahi. Sebelum keluar rumah, Aisya sempat memijak kaki Aidil, geram, dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang walaupun dia sebenarnya dengar Aidil mengaduh kuat. Rasakan!

4 comments:

Anonymous said...

Wow.... this story is getting really interesting.... More updates pls....

Didi, jgn nak ambik kesempatan ke atas isteri awak tu...

Apasal tetiba jer mak datin baik pulak ni? Musykil tahap langit ke 7....

norihan mohd yusof said...

dalam 10 ari cukup ke nak selam ati budi masing2,n mak datin pun tetibe je sudah tukar karektor!!gempak gak kalu didi terinlov kat sya......cepat dek sambung akak dah tak sabar ne!!!.......

baby mio said...

nak lg please tq

Zakiah Halim said...

weee... best2... hahaha takot dia laki nak try...