baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Saturday, May 18, 2013

Merah [7]



Kalih kanan kalih kiri.

Tak selesa.

Dia bangun menolak comforter ke hujung kaki.

Jam dinding dikerling.

2.00 pagi.

Kenapa dia rasa macam ni? Sebab malam ni tak ke Zouk?

Tak.

Semalam pun dia tak ke sana.

Qaisara.

Blackberry di meja sisi dicapai.

Nombor 1 di tekan.

Tutt.. tutt...

“TJ kat mana?” tanya Iyad tanpa mengucapkan salam.

“Putrajaya Presint 9 Darussalam.”

Klik.

Tubuh disarung sweater. Jeans dipakai.

Skyline dipecut laju melalui jalan raya yang lengang.

Kringgg kringg...

Blackberry berbunyi.

Amanda.

“yes?”

“you kat mana sayang?” tanya Amanda dengan nada manja menggoda.

“ada hal.”

“ala, datang la sini. Boring la you tak ada, sayang..”

“ada hal.”

“ala...”

“bye. See you later.”

Klik.

Entah malam ni, dia tak ada mood nak berfoya-foya. Malah suara manja Amanda langsung tak membangkitkan keterujaan dalam hatinya.

Dia risau. Tapi taktau risau apa.

5 minit kemudian dia masuk ke kawasan rumah kedai di Presint 9. Dia berhenti di bahagian belakang kawasan rumah kedai, mencari kelibat TJ dan Qaisara di dalam kedai makan mamak kembar.

Dari jauh kelihatan Qaisara seronok makan sambil berbual mesra bersama-sama TJ dan pengikut-pengikutnya. Langsung tak ada perasaan takut.

Terbit rasa lega. Iyad menyandarkan badan ke kerusi. Matanya masih tidak lepas dari memerhatikan mereka.

Ahh.. ini cuma rasa bersalah sebab melibatkan Qaisara dalam ‘permainan’ dia dan TJ.

Kelihatan Qaisara ketawa kepada sesuatu yang sedang dikatakan oleh TJ.

Tanpa sedar, Iyad turut tersenyum.

Ahhh Qaisara tak pernah segembira ini bila duduk berdekatan dengannya.

Ke sebab dia sendiri yang tak pernah semesra itu dengan Qaisara?

Lama dia memerhatikan mereka. Sesekali dia melihat jam tangannya.

3.30 pagi.

Rasa macam nak call je Qaisara suruh balik. Dah lewat ni.

Tak bukan sebab dia jealous ke apa. Esokkan kerja? Nanti Qaisara tidur kat office, curi tulang.

Hatinya bertingkah sendiri.

Tak lama kemudian, Qaisara, TJ dan pengikutnya bangun meninggalkan restoran itu. Iyad cuba mencari kelibat Qaisara, tapi hampa. Tiada.

Hehh.. perempuan semua sama je. pakai tudung ke seksi ke, dapat lelaki poket tebal, rela je ikut lelaki balik rumah.

Damn!

Stereng dihentak kuat.

Tanpa berlengah, minyak kereta ditekan, menderum meninggalkan lokasi ‘kejadian’ selaju-lajunya.

*             *             *             *             *

“rumah kau kat mana?” tanya TJ apabila mereka masuk ke dalam Hachiroku.

“kat rumah la.”

“ingat kau duduk dalam reban ayam.” Sindir TJ.

Qaisara ketawa.

“kenapa kau suka game dengan King? Kau dah tau kau takkan menang, kenapa nak kena bazirkan masa?” tanya Qaisara dalam nada santai.

“woii mulut kau. Mintak kena sumbat bola tenis je gaya?”

“hahaha sentap pulak. Chill la bro. Sensitif macam perempuan la kau. Pehal eh? Curious aku.”

“heh. Aku kena jatuhkan King, baru puas hati aku.” jawab TJ, penuh dendam.

“kenapa pulak? Bukannya kau untung apa-apa pun.”

TJ terdiam.

“Ayana.”

Berkerut dahi Qaisara. Macam pernah ku dengar itu nama. Tapi di mana ya?

“siapakah?” tanya Qaisara.

Diam lagi.

“tak ada siapalah. Jom aku hantar kau balik. Ke nak balik rumah abang? ha sayanggg...” aura ulat bulu mula keluar.

Pappp!

Tumbukan maut singgah di bahu TJ.

“sakit la, biol!” marah TJ sambil mengusap bahunya.

Gila punya perempuan. Ni tangan ke tukul besi?

“nak rasa lagi?”

Cepat-cepat TJ menggeleng bila Qaisara menghulur penumbuk di depan hidungnya. Sampai kat hidung ni, boleh kena buat nose job ni.

“siapa kau, princess?” tanya TJ, serius.

“puteri kayangan yang lemah-lembut lagi sopan-santun.” Jawab Qaisara sambil tersenyum dengan mata berkelip-kelip.

Terburai ketawa TJ.

“biar betul nak promote diri sendiri pon. Kot kata kau malaikat maut, boleh jugak akal aku cerna.” Balas TJ sambil ketawa.

Qaisara turut ketawa.

“wehhh. Tengok jam pukul berapa. Suka hati kau je bawak anak orang jalan-jalan tengah malam. Cepat hantar aku balik!” arah Qaisara sambil menarik seat belt.

“ingat aku driver kau?”

“memang pon.”

TJ ketawa lagi. Minyak ditekan.

“rumah kau kat mana ni? jawab main-main lagi, aku bawak kau balik rumah aku.” ugut TJ.

“Puncak Bangi.”

 Hachiroku memecut laju. Maklumlah waktu-waktu macam ni mana ada kereta kat atas jalan.

Qaisara menanggalkan kasut dan menarik sila. Tangannya lincah membuka laci dashboard membelek-belek barang di dalamnya. TJ menjeling.

“kau ni macam dah biasa je dengan aku. tak takut ke aku buat apa-apa dengan kau?” tanya TJ, curious jugak tengok Qaisara santai bercakap dengannya dan membelek-belek barang miliknya.

“kalau kau nak buat apa-apa dengan aku, dari tadi lagi kau dah buat, JAZLAN.” Perkataan Jazlan ditekan.

TJ ketawa lagi.

“dah lama aku tak dengar orang panggil aku Jazlan. Last aku dengar, waktu mak aku hidup lagi.” Kata TJ, selamba.

“oh sorry. aku pun dah tak ada mak ayah. so, kita sama. Say yeay!” jawab Qaisara sikit pun tak ada nada simpati. Tips untuk bagi orang terbuka untuk bercerita ialah dengan menampakkan persamaan kita dengan dia.

 Rayban TJ dipakai.

“sejak bila?”

“sejak aku lahir. Kau?”

“waktu umur aku 13 tahun. lepas tu ayah aku kahwin lain dengan orang Ireland.” Jawab TJ. Senyum ditarik. Lucu melihat Qaisara menyarung rayban-nya di dalam gelap.

“best tak ada mak tiri?” tanya Qaisara, naif.

“ok je. Mummy aku baik. Kau?”

“aku duduk dengan mak ayah angkat aku.”

“oh. Sorry about that.”

“Nay. Aku ok je. eh, aku still nak tau, kenapa dengan Ayana?” Qaisara mula memusing badannya mengadap TJ yang focus memandu.

TJ diam.

“Jazlan...”

“kenapa kau nak kena tau? Kau ni spy eh?”

“aah. Aku kerja dengan CIA, adik angkat kepada James Bond.” Jawab Qaisara dengan mulut yang diherot-herotkan.

TJ ketawa lagi. Suka jawab main-main budak ni.

Suasana kembali senyap. Qaisara menyimpan kembali rayban milik TJ. Dia cuma bersuara apabila TJ bertanya nombor rumahnya.

Sampai saja di depan rumah, Qaisara terus keluar dari Hachiroku.

“princess!!”

“yoshh?” Qaisara menjenguk melalui tingkap yang diturunkan oleh TJ.

“bila nak lepak lagi?” tanya TJ dengan senyuman.

“ahahaha mesti kau sukaaaa gila lepak dengan aku kan?” usik Qaisara.

TJ ketawa.

“bila aku free boleh je. apa-apa, roger je la!” kata Qaisara.

“aku mana ada nombor kau.”

“siang-siang mana ada Iyad, kat situ la ada aku.” jawab Qaisara dengan selamba.

TJ mengangguk.

“good night!”

“assalamualaikum.” Sindir Qaisara sambil menjeling. TJ ketawa lagi. Lupa pulak Qaisara ni ada side ‘ustazah pilihan’.

“waalaikumussalam.”

Menderum Hachiroku meninggalkan Puncak Bangi.

Qaisara cepat-cepat naik ke biliknya. Laptop dibuka.

Laman web Gmail dibuka, alamat email dan password di taip.

To : mr.5454@gmail.com

Subject : [URGENT] Code 2

AYANA.

URGENT.

Sent.

Selendang di cabut rakus. Tubuh dihempas ke atas katil. Tak mengantuk pon lagi.

Buku yang tampak lusuh di atas meja sisi di ambil. Dia duduk sambil meletak buku itu di atas ribanya. Dengan lafas bismillah, kulit buku itu dibuka.

[1]
Cahayaku,
Ayahanda menulis
Untukmu
Untuk kau kenali dunia
Dunia kita
Dunia yang tak aku pinta untuk kau diami

Cahayaku,
Saat kau baca tulisanku ini
Percayalah
Tiada yang lebih penting buat ayahanda dan bunda
Selain hidupmu jasadmu rohmu
Meski kau terpaksa
Diami anggotai dunia ini
Percayalah
Tak aku pinta

Cahayaku sayangku,
Baca dengan hati
Nescaya kau jumpa jawapannya
Percayalah
Hanya dengan percaya
Kau mampu lalui segalanya
Ayahanda menitipkan kepadamu
Gagasan kita
Kerana itu akar kita
Bentuklah didiklah
Untuk syurga

Kerana
Aku kepingin berjumpa denganmu
Di sana--

Rizuan Syah bin Ahmad Syah

 Qaisara menarik nafas panjang sebelum menghembus perlahan-lahan. Rasa hiba mula berhimpun di dada namun ditenangkan hatinya.

Diari itu dibelek. Tebal. Kemas. Teratur. Di bahagi kepada 3 bahagian beserta kategori dan setiap kategori mengikut abjad pertama. Manusia. Hidup. Kasih-sayang. Sebijik macam kamus. Ganas-ganas pun ada masa eh nak susun macam ni?

Ayana.

Manusia. A.

Dia menyelak di kategori manusia dan abjad A.

Tak ada.

Diari itu diletak kembali di atas meja.

Mata dipejam erat, cuba ingat kembali, di mana pernah dia dengar nama Ayana.

Tanpa sedar, dia hanyut dalam mimpinya.

*             *             *             *             *

12 comments:

Anonymous said...

Woooowww.... Ku suka... Nak entry lagi..... Cepat2....

Anonymous said...

Betul betul. Anon sokong anon kat atas ni. Nak entry lgi pls

strawberry.chocolate81 said...

huhhhh...x sabar nak tau rahsia yng tersirat seterusnya...suspend, macam2 ade tiap kali bace cite ni

p/s: keep up a good work TT

Fini said...

Best! I wish u dah siap finalnya. :D

betty said...

best! pandai si qaisara tu jinakkan jazlan :)

Rehan Makhtar said...

sengal2 alam je qaisara ni..watak dia hidup la.. n the way yu write remind me of someone yg ai adore sgt..hahaha..apa2 terus menanti en.king tu plk..hehhh

Anonymous said...

Besttt. Suka ngan watak gegurl yg kuat (girl power!!) dan sempoi cenggini

Unknown said...

mr iyad x sedap hati ke.. hihi

Unknown said...

best.....

Anonymous said...

best, cont plizz

Fini said...

mana next entry mana..mana? Nice one!

:: Cahaya Hazwani :: said...

pergghh!!!BRAVO la qaisara! dgn slumbernye bole die bergaul dgn TJ tuh! haha..yg TJ p0n bole melayan...