Kalih kanan kalih
kiri.
Tak selesa.
Dia bangun
menolak comforter ke hujung kaki.
Jam dinding
dikerling.
2.00 pagi.
Kenapa dia rasa
macam ni? Sebab malam ni tak ke Zouk?
Tak.
Semalam pun dia
tak ke sana.
Qaisara.
Blackberry di
meja sisi dicapai.
Nombor 1 di
tekan.
Tutt.. tutt...
“TJ kat mana?”
tanya Iyad tanpa mengucapkan salam.
“Putrajaya
Presint 9 Darussalam.”
Klik.
Tubuh disarung
sweater. Jeans dipakai.
Skyline dipecut
laju melalui jalan raya yang lengang.
Kringgg
kringg...
Blackberry berbunyi.
Amanda.
“yes?”
“you kat mana
sayang?” tanya Amanda dengan nada manja menggoda.
“ada hal.”
“ala, datang la
sini. Boring la you tak ada, sayang..”
“ada hal.”
“ala...”
“bye. See you
later.”
Klik.
Entah malam ni,
dia tak ada mood nak berfoya-foya. Malah suara manja Amanda langsung tak
membangkitkan keterujaan dalam hatinya.
Dia risau. Tapi
taktau risau apa.
5 minit kemudian
dia masuk ke kawasan rumah kedai di Presint 9. Dia berhenti di bahagian
belakang kawasan rumah kedai, mencari kelibat TJ dan Qaisara di dalam kedai
makan mamak kembar.
Dari jauh
kelihatan Qaisara seronok makan sambil berbual mesra bersama-sama TJ dan
pengikut-pengikutnya. Langsung tak ada perasaan takut.
Terbit rasa
lega. Iyad menyandarkan badan ke kerusi. Matanya masih tidak lepas dari
memerhatikan mereka.
Ahh.. ini cuma
rasa bersalah sebab melibatkan Qaisara dalam ‘permainan’ dia dan TJ.
Kelihatan
Qaisara ketawa kepada sesuatu yang sedang dikatakan oleh TJ.
Tanpa sedar,
Iyad turut tersenyum.
Ahhh Qaisara tak
pernah segembira ini bila duduk berdekatan dengannya.
Ke sebab dia
sendiri yang tak pernah semesra itu dengan Qaisara?
Lama dia
memerhatikan mereka. Sesekali dia melihat jam tangannya.
3.30 pagi.
Rasa macam nak
call je Qaisara suruh balik. Dah lewat ni.
Tak bukan sebab
dia jealous ke apa. Esokkan kerja? Nanti Qaisara tidur kat office, curi tulang.
Hatinya
bertingkah sendiri.
Tak lama
kemudian, Qaisara, TJ dan pengikutnya bangun meninggalkan restoran itu. Iyad
cuba mencari kelibat Qaisara, tapi hampa. Tiada.
Hehh.. perempuan
semua sama je. pakai tudung ke seksi ke, dapat lelaki poket tebal, rela je ikut
lelaki balik rumah.
Damn!
Stereng dihentak
kuat.
Tanpa berlengah,
minyak kereta ditekan, menderum meninggalkan lokasi ‘kejadian’ selaju-lajunya.
* * * * *
“rumah kau kat
mana?” tanya TJ apabila mereka masuk ke dalam Hachiroku.
“kat rumah la.”
“ingat kau duduk
dalam reban ayam.” Sindir TJ.
Qaisara ketawa.
“kenapa kau suka
game dengan King? Kau dah tau kau takkan menang, kenapa nak kena bazirkan
masa?” tanya Qaisara dalam nada santai.
“woii mulut kau.
Mintak kena sumbat bola tenis je gaya?”
“hahaha sentap
pulak. Chill la bro. Sensitif macam perempuan la kau. Pehal eh? Curious aku.”
“heh. Aku kena
jatuhkan King, baru puas hati aku.” jawab TJ, penuh dendam.
“kenapa pulak?
Bukannya kau untung apa-apa pun.”
TJ terdiam.
“Ayana.”
Berkerut dahi
Qaisara. Macam pernah ku dengar itu nama. Tapi di mana ya?
“siapakah?”
tanya Qaisara.
Diam lagi.
“tak ada
siapalah. Jom aku hantar kau balik. Ke nak balik rumah abang? ha sayanggg...”
aura ulat bulu mula keluar.
Pappp!
Tumbukan maut
singgah di bahu TJ.
“sakit la,
biol!” marah TJ sambil mengusap bahunya.
Gila punya
perempuan. Ni tangan ke tukul besi?
“nak rasa lagi?”
Cepat-cepat TJ menggeleng
bila Qaisara menghulur penumbuk di depan hidungnya. Sampai kat hidung ni, boleh
kena buat nose job ni.
“siapa kau,
princess?” tanya TJ, serius.
“puteri kayangan
yang lemah-lembut lagi sopan-santun.” Jawab Qaisara sambil tersenyum dengan
mata berkelip-kelip.
Terburai ketawa
TJ.
“biar betul nak
promote diri sendiri pon. Kot kata kau malaikat maut, boleh jugak akal aku
cerna.” Balas TJ sambil ketawa.
Qaisara turut
ketawa.
“wehhh. Tengok
jam pukul berapa. Suka hati kau je bawak anak orang jalan-jalan tengah malam.
Cepat hantar aku balik!” arah Qaisara sambil menarik seat belt.
“ingat aku
driver kau?”
“memang pon.”
TJ ketawa lagi.
Minyak ditekan.
“rumah kau kat
mana ni? jawab main-main lagi, aku bawak kau balik rumah aku.” ugut TJ.
“Puncak Bangi.”
Hachiroku memecut laju. Maklumlah waktu-waktu
macam ni mana ada kereta kat atas jalan.
Qaisara
menanggalkan kasut dan menarik sila. Tangannya lincah membuka laci dashboard
membelek-belek barang di dalamnya. TJ menjeling.
“kau ni macam
dah biasa je dengan aku. tak takut ke aku buat apa-apa dengan kau?” tanya TJ,
curious jugak tengok Qaisara santai bercakap dengannya dan membelek-belek
barang miliknya.
“kalau kau nak
buat apa-apa dengan aku, dari tadi lagi kau dah buat, JAZLAN.” Perkataan Jazlan
ditekan.
TJ ketawa lagi.
“dah lama aku
tak dengar orang panggil aku Jazlan. Last aku dengar, waktu mak aku hidup
lagi.” Kata TJ, selamba.
“oh sorry. aku
pun dah tak ada mak ayah. so, kita sama. Say yeay!” jawab Qaisara sikit pun tak
ada nada simpati. Tips untuk bagi orang terbuka untuk bercerita ialah dengan
menampakkan persamaan kita dengan dia.
Rayban TJ dipakai.
“sejak bila?”
“sejak aku
lahir. Kau?”
“waktu umur aku
13 tahun. lepas tu ayah aku kahwin lain dengan orang Ireland.” Jawab TJ. Senyum
ditarik. Lucu melihat Qaisara menyarung rayban-nya di dalam gelap.
“best tak ada
mak tiri?” tanya Qaisara, naif.
“ok je. Mummy
aku baik. Kau?”
“aku duduk
dengan mak ayah angkat aku.”
“oh. Sorry about
that.”
“Nay. Aku ok je.
eh, aku still nak tau, kenapa dengan Ayana?” Qaisara mula memusing badannya mengadap
TJ yang focus memandu.
TJ diam.
“Jazlan...”
“kenapa kau nak
kena tau? Kau ni spy eh?”
“aah. Aku kerja
dengan CIA, adik angkat kepada James Bond.” Jawab Qaisara dengan mulut yang diherot-herotkan.
TJ ketawa lagi.
Suka jawab main-main budak ni.
Suasana kembali
senyap. Qaisara menyimpan kembali rayban milik TJ. Dia cuma bersuara apabila TJ
bertanya nombor rumahnya.
Sampai saja di
depan rumah, Qaisara terus keluar dari Hachiroku.
“princess!!”
“yoshh?” Qaisara
menjenguk melalui tingkap yang diturunkan oleh TJ.
“bila nak lepak
lagi?” tanya TJ dengan senyuman.
“ahahaha mesti
kau sukaaaa gila lepak dengan aku kan?” usik Qaisara.
TJ ketawa.
“bila aku free
boleh je. apa-apa, roger je la!” kata Qaisara.
“aku mana ada
nombor kau.”
“siang-siang
mana ada Iyad, kat situ la ada aku.” jawab Qaisara dengan selamba.
TJ mengangguk.
“good night!”
“assalamualaikum.”
Sindir Qaisara sambil menjeling. TJ ketawa lagi. Lupa pulak Qaisara ni ada side
‘ustazah pilihan’.
“waalaikumussalam.”
Menderum
Hachiroku meninggalkan Puncak Bangi.
Qaisara
cepat-cepat naik ke biliknya. Laptop dibuka.
Laman web Gmail
dibuka, alamat email dan password di taip.
To :
mr.5454@gmail.com
Subject :
[URGENT] Code 2
AYANA.
URGENT.
Sent.
Selendang di
cabut rakus. Tubuh dihempas ke atas katil. Tak mengantuk pon lagi.
Buku yang tampak
lusuh di atas meja sisi di ambil. Dia duduk sambil meletak buku itu di atas
ribanya. Dengan lafas bismillah, kulit buku itu dibuka.
[1]
Cahayaku,
Ayahanda menulis
Untukmu
Untuk kau kenali dunia
Dunia kita
Dunia yang tak aku pinta untuk kau diami
Cahayaku,
Saat kau baca tulisanku ini
Percayalah
Tiada yang lebih penting buat ayahanda dan bunda
Selain hidupmu jasadmu rohmu
Meski kau terpaksa
Diami anggotai dunia ini
Percayalah
Tak aku pinta
Cahayaku sayangku,
Baca dengan hati
Nescaya kau jumpa jawapannya
Percayalah
Hanya dengan percaya
Kau mampu lalui segalanya
Ayahanda menitipkan kepadamu
Gagasan kita
Kerana itu akar kita
Bentuklah didiklah
Untuk syurga
Kerana
Aku kepingin berjumpa denganmu
Di sana--
Rizuan Syah bin Ahmad Syah
Qaisara menarik nafas panjang sebelum
menghembus perlahan-lahan. Rasa hiba mula berhimpun di dada namun ditenangkan
hatinya.
Diari itu
dibelek. Tebal. Kemas. Teratur. Di bahagi kepada 3 bahagian beserta kategori
dan setiap kategori mengikut abjad pertama. Manusia. Hidup. Kasih-sayang.
Sebijik macam kamus. Ganas-ganas pun ada masa eh nak susun macam ni?
Ayana.
Manusia. A.
Dia menyelak di
kategori manusia dan abjad A.
Tak ada.
Diari itu
diletak kembali di atas meja.
Mata dipejam
erat, cuba ingat kembali, di mana pernah dia dengar nama Ayana.
Tanpa sedar, dia
hanyut dalam mimpinya.
* * * * *
12 comments:
Woooowww.... Ku suka... Nak entry lagi..... Cepat2....
Betul betul. Anon sokong anon kat atas ni. Nak entry lgi pls
huhhhh...x sabar nak tau rahsia yng tersirat seterusnya...suspend, macam2 ade tiap kali bace cite ni
p/s: keep up a good work TT
Best! I wish u dah siap finalnya. :D
best! pandai si qaisara tu jinakkan jazlan :)
sengal2 alam je qaisara ni..watak dia hidup la.. n the way yu write remind me of someone yg ai adore sgt..hahaha..apa2 terus menanti en.king tu plk..hehhh
Besttt. Suka ngan watak gegurl yg kuat (girl power!!) dan sempoi cenggini
mr iyad x sedap hati ke.. hihi
best.....
best, cont plizz
mana next entry mana..mana? Nice one!
pergghh!!!BRAVO la qaisara! dgn slumbernye bole die bergaul dgn TJ tuh! haha..yg TJ p0n bole melayan...
Post a Comment