Setahun
berlalu....
Hidup mereka
bukan macam fairytale yang bermula dengan ‘Once upon a time...’ dan berakhir
dengan ‘and they lived happily ever after.’ Tipu. Semuanya karut. Hidup ni tak
semuanya indah kan? Nak taknak kena la terima kenyataan. Hidup yang indah tu
dalam syurga semata-mata. Sama jugak dengan kawinkan?
Dia dan Aidil
bermula dari umur yang mentah. Umur yang ‘kawin’ tu apa pun dia taktau.dan
bukan jugak kawin paksa. Dia dan Aidil rela dalam terpaksa.
Rela + paksa =
paksa rela.
14 tahun mereka
melalui macam-macam perkara. Dia dan Aidil sama-sama pernah buat silap. Dan dia
dan Aidil sama-sama menerima kesilapan masing-masing sebagai pengajaran.
Tipu la nak kata
lepas dia berbaik dengan Aidil hidup dia segalanya indah. Tipu sangat tu oiii.
Tak percaya? Ok fine, meh nak bagi contoh :
Scene 1 : kononnya sweet-sweet
‘2nite, dinner at Safwan’s, ok?’
Mesej dari
suaminya dibaca dengan muka pelik.
‘why?’
‘ma&pa nk bncg bout them. Nish & Saf’
‘sy pegi sndri k?’
‘no. I’ll fetch u la, sayang.’
‘is it ok. Mcm kena pth balik je.’
‘yep.’
‘okai. See u later.’
‘sayang...’
‘yes?’
‘i love u.’
‘ok. Balik cepat.’
Aidil dipejabat
ketawa lucu. itu la jawapan Aisya kalau dia mesej ‘I love you’. Kalau tanya
Aisya, dia kata tu secret code untuk, ‘I love you too’. Haha.
* * * * *
“mama dengan
papa ingat hujung tahun ni kita langsung terus la. Takpayah tunang-tunang.
Macam mana?” tanya mama kepada mereka ketika mereka sedang menjamu selera di
restoren Safwan.
“Didi ok je ma.”
Jawab Aidil.
“Aisya pon ikut
je. cuma Aisya nak basuh sikit Safwan ni, bagi otak dia centre.” Usik Aisya.
Safwan membesarkan matanya kepada Aisya. Nasib baik depan bakal mak pak mertua,
kalau tak...
“Alif pon ok je.
tapi lepas ni nak mintak mama dengan papa risikkan my bakal isteri pulak.”
Terdiam semua
mendengar kenyataan Alif.
“serious?” mama
bersuara teruja.
Alif tersenyum
sambil mengangguk.
“alhamdulillah....”
papa menyapu tangannya ke muka.
“seronoknya.
Lepas ni mama main dengan cucu-cucu la pulak.” Mama mula berangan.
“mama, Nish
dengan Alif, kawin pon belum. Mama nak cucu, mintak kat Didi dengan Kak Aisya
tu.” Anish bersuara.
“ha’ah. Bila
korang nak bagi Irsyad adik?” tambah papa. “Syad nak adik tak?”
Irsyad yang
sedang makan di sebelah Aisya mengangguk laju.
“nak. Tapi nak
adik boy. Nak main tembak-tembak.” Selamba Irsyad bersuara. Meriah meja mereka
dengan ketawa.
“rasa macam nak
menyanyi la.” Bisik Aidil di telinga Aisya.
Aisya menoleh ke
arah Aidil.
“pegi la.”
“awak cabar
saya?”
“hahaha. Awak
takkan berani punya la.”
“kalau saya
pegi, apa awak nak bagi?”
“takdenye awak
nak pegi.” Aisya menggeleng. Saje nak mengusik Aidil.
“ok. Kalau saya
naik atas stage tu, awak kena bagi hadiah.”
“hadiah apa?”
“apa-apa la.
Asalkan hadiah.”
“ok.” Aisya
mengangguk setuju. Eleh, takdenye Aidil nak pegi.
Aidil bangun dan
berjalan ke depan. Aisya mula kaget. Biar betul dia ni.
“ehemm... salam
to all. Harini, kita ada special performance, from abang Aidil, our boss’s
bestfriend. Suara dia, mantap woooo. Lagi best dari boss Safwan. Errr sorry
boss!” mc mengangkat tangan ke arah Safwan. Pelanggan semua ketawa.
“dan
dipersembahkan, Aidil Zulkifli!”
Tepukan bergema.
Tanpa
mengucapkan apa-apa, gitar yang dihulur mc tadi dicapai.
Aisya dimeja
mula panik. Aidil tak reti main gitar macam dia dan Safwan.
String mula
dipetik.
Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahagia
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahagia
Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini
Konfiden je Aiman memetik gitar sambil menyanyi. Matanya terpaku di wajah
Aisya. Tanpa senyuman. Hanya pandangan mata.
Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta
Dia bukan lelaki yang penuh dengan kata-kata manis. Tapi, dia nak Aisya
tau, Aisya satu-satunya wanita yang halal untuknya, insyaAllah selamanya.
Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu
Sesaat kau tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena
Selama yang kau ada
Selama itu yang ku rasa
Selama hidupku bahagia
Selama itu yang ku rasa
Selama hidupku bahagia
Dia pernah menunggu Aisya. Andai saat ini Aisya masih tak terima dia, dia
tetap akan menunggu. Demi merasa cuma secebis bahagia.
Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta
Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu
Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin aku kan teruja
Andai bukan kamu yang di hadapan ku
Bisa ku buktikan pada kamu
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin aku kan teruja
Andai bukan kamu yang di hadapan ku
Bisa ku buktikan pada kamu
Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu
Penuh perasaan Aidil
menyanyi lagu Aku Punya Kamu yang sangat menggambarkan perasaannya terhadap
Aisya. Sampai tak perasan tepukan gemuruh dari penonton di restoren itu.
Dimeja, Aisya tersenyum segan
bila mama, papa, Anish, Safwan dan Alif mula mengusik, buat-buat batuk la. Ishh
Aidil ni. Nak beromatika de amor kat sini.
Ok terharu sebenarnya.
Aidil yang jauh di atas
stage di renung menghantar pesanan melalui mata, sebelum Aidil merosakkan suasana
dengan mengenyitkan mata dengan sengih nakal.
Di dalam kereta, sampai
saja di depan rumah mereka, Aisya menjeling ke belakang, memastikan Irsyad
benar-benar terlelap.
“tengok tangan.” Pinta
Aisya kepada Aidil.
“haa buat apa?”
“bak la sini. Ishhh..”
Aidil menghulurkan
kedua-dua belah tangannya.
Aisya menggosok jari-jari
Aidil yang berbekas akibat bermain gitar tadi.
“bila awak belajar dari
Saf?” tanya Aisya sambil menggosok lembut tapak tangan Aidil.
“2 minggu lepas.”
Jari-jemari Aidil dicium
lembut.
“lain kali jangan
sakitkan jari awak untuk saya.”
“kenapa kalau sakit, awak
cium?” Aidil memang suka tanya benda keluar mood.
“entah. Ayah selalu buat.
Habit kot?”
“kalau macam tu....
Alamak, bibir saya sakit.” Aidil tersengih nakal.
Aisya menjeling.
“bibir sakit eh? Kalau
bibir, saya guna penumbuk je. nak?” penumbuk diangkat. Aidil ketawa.
“jom la turun. Awak nak
berkampung kat sini ke?” Aidil membuka seatbelt.
Belum sempat dia turun
dari kereta, Aisya menarik kolar bajunya.
Cupp.
Pipi Aidil menerima
habuan.
“hadiah awak.”
Dan Aidil, sengih sampai
langit.
Sebelum tidur, Aidil
menarik kepala Aisya baring di atas lengannya, macam biasa.
“Aisya...”
“emmm..”
“nak tanya boleh?”
“berapa soalan?”
“satu je. please.”
“ok.”
“awak nak tak tua
sama-sama dengan saya?”
Aisya terdiam. Tangannya
dilingkar ke dada Aidil.
“kalau saya kata tak
nak?”
“saya akan buat awak kata
nak.”
“dah tu buat apa tanya
lagi.” Marah Aisya sambil menepuk dada Aidil.
Aidil ketawa.
Cupp.
Tapak tangan Aisya menerima
habuan.
Dalam diam Aisya
tersenyum bahagia.
Esok pagi Aidil bangun.
Bukan setakat telinga, kalau boleh, nak senyum sampai dahi.
pelekat merah yang di tempek di belakang pintu biliknya. kelibat Aisya dicari, nak peluk sampai dia lemas!
* * * * *
Scene 2 : langsung tak sweet
“eee... awak ni slow la!
Berapa kali saya cakap, control la balancing awak tu!” kuat suara Aidil
memarahi Aisya.
“diam la. Saya tengah
usaha la ni.” Dah la baru lepas hujan. Licin la jalan. Aidil ni pun nak ajak
‘berbasikal’, biar la logik sikit.
Bukkk.
Aisya jatuh terhempap
basikal.
Aidil dan Irsyad mengekek
ketawa melihat Aisya jatuh macam nangka busuk.
“mengata saya dalam hati
lagi. Derhaka tau.” Ejek Aidil sambil ketawa.
“shut up!”
“buat malu keturunan je
la awak ni. Ada jugak manusia tak reti bawak basikal macam awak kat zaman
millenium ni. Dah bangun! Try lagi.” Paksa Aidil. Tapi dia releks je duduk kat
kerusi. Aisya terkial-kial sorang-sorang angkat basikal.
“kawal la kaki tu!”
“angkat kaki tu. Dah
macam penguin cacat dah saya tengok awak!”
“pegang la handle tu
betul-betul!”
“macam mana kawal stereng
kereta, macam tu la awak kawal basikal tu!”
“slow la awak ni!”
“sekolah darjah berapa
ni, benda senang pon tak boleh buat!”
“awak ni makhluk dari
planet mana!”
“kiri!
“kanan! Kanan lagi!”
Bising mulut Aidil
memberi arahan kepada Aisya yang asyik jatuh waktu cuba menstabilkan diri atas
basikal.
“arghhh! Dah la saya
taknak belajar dah! Jom Irsyad!” akhirnya Aisya mengaku kalah. Basikal ditolak
jatuh. Dia jalan dengan Irsyad meninggalkan basikal serta Aidil.
“Aisya! Tunggu saya!”
“taknak! Awak dah marah
saya banyak kali harini. Saya taknak kawan dengan awak.”
“tapi saya bukan kawan
awak.”
“ok fine. saya taknak
cakap dengan awak selama 13 minit. From now!” aisya berjalan lebih laju.
Aidil ketawa. 13 minit
je?
“ok fine. saya up kan.
Saya pon taknak cakap dengan awak selama 21 minit!” Aidil pula bersuara.
Aisya menoleh. “ok fine!”
Padahal masing-masing
tau, takkan sempat punyalah 13 minit tu. Mana taknya, 3 minit lepas tu..
“yang... lapar...” Aidil
merengek manja.
Aisya ketawa. 21 minit
konon!
“bonceng saya dulu.” Pinta
Aisya dengan mata dikedip manja.
“kan saya dah kata,
jangan buat muka macam tu.” Aidil marah sambil menutup matanya.
Setahun hidup sebagai
suami isteri dalam erti kata sebenar, tapi Aisya sentiasa buat jantung dia
berdegup tak ikut ritma yang normal.
“please....” Aisya
menggoncang lengan Aidil.
“taknak. Awak berat. Bai!
Jumpa kat rumah!” Aidil mengayuh basikalnya selaju mungkin meninggalkan Aisya
dan Irsyad.
Aisya mendengus kasar.
Kejam!
“Syad, jom kita makan
aiskrim. Biar je daddy tunggu kita kat rumah lama-lama.”
“ha jom mummy. Irsyad nak
aiskrim yang ada 3 cups tu mummy.”
Berjalan mereka mencari
penjual aiskrim di sekitar taman permainan itu.
Aiskrim dibeli dan mereka
duduk di kerusi mengadap tasik.
“sedap kan?”
Irsyad mengangguk teruja.
“mummy nak rasa Syad
punya...”
“heiiii daddy tunggu kat
rumah. Korang boleh sedap-sedap makan aiskrim kat sini....” Aidil menyergah
dari belakang dengan muka bengang.
“sapa suruh tinggal kita,
kan Syad kan?”
Irsyad mengangguk lagi.
Dah kena rasuah, haruslah side mummy.
“sampai hati....” Aidil
melabuhkan duduk di tepi Aisya dengan tangan bersilang.
Merajuk!
“sampai je. eh awak nak
aiskrim?” pelawa Aisya sambil menghulurkan aiskrimnya.
“saya tengah merajuk!”
“mana ada orang merajuk,
bagitau orang lain.”
“ada. Saya.”
Aisya tergelak.
“nak saya pujuk ke?”
tanya Aisya, pura-pura tak bersalah.
“wajib!”
“anyonyonyonyonyo tomeynya
dia merajuk.....” kedua-dua belah pipi Aidil ditarik.
“sakit lah.” Aidil cuba
menepis tangan Aisya. Perit pipinya.
“cakap dulu awak dah tak
merajuk!”
“mana aci paksa-paksa.”
“cakap cepat. Kalau tak
saya tarik sampai labuh ke bawah.” Lagi kuat ditarik pipi Aidil.
“ok ok. Dah tak merajuk
dah.” Aidil mengaku kalah. Sakit.
Aisya melepaskan pipi
Aidil dan sambung makan aiskrimnya. Aidil sebok menggosok pipinya menghilangkan
perit.
“saya nak aiskrim.” Pinta
Aidil.
“jap saya beli.” Aisya
bangun nak tolong belikan aiskrim.
“saya nak yang ni.”
Ngapp. Habis aiskrim Aisya dimasukkan ke dalam mulutnya sebelum sempat Aisya
melarikan aiskrimnya.
“eee jahat!”
“rasakan!” ejek Aidil.
“ihhh mummy dengan daddy
ni. Macam kids lah!” Irsyad menyampuk. Geram melihat kedua-keduanya yang
bergaduh je kerja.
Aidil pandang Aisya,
Aisya pandang Aidil. Dan kedua-duanya ketawa.
Kena sound dengan anak
sendiri.
“sayang, tengok tu.”
Aidil menunjuk sesuatu dilangit.
Aisya mendongak.
Pelangi. Lepas hujan.
Aisya tersenyum. Dia
menoleh ke arah Aidil. Aidil leka merenung wajahnya.
“saya nampak pelangi
laaaaaagi cantik.” Bisik Aidil.
Aisya tersenyum.
* * * * *
Ada jugak masa-masanya
bila angin kus kus tikus mondok datang, dia dan Aidil melalui masa-masa yang
tiada gelak ketawa. Yang cuma ada, tangisan kesedihan...
Scene 3 : taktau nak kategorikan
Mendengar bunyi pintu
bilik ditutup, Aidil tau siapa yang masuk.
“tidur dah Irsyad?” tanya
Aidil tanpa menoleh. Masih menumpukan perhatian kepada lukisan plan didepannya.
“dah.”
Sunyi.
Aidil yang pelik tidak
mendengar suara Aisya yang sentiasa berbunyi, mula terasa pelik.
“sayang?” panggil Aidil.
Belum sempat dia menoleh,
tengkoknya dipeluk dari belakang.
Dia kebelakangkan
kepalanya dan menoleh ke kanan, mencari wajah Aisya. Pelik semacam je ni.
“kenapa?” tanya Aidil,
risau. Kot-kot sakit ke.
“terasa macam nak
menangis la...” rengek Aisya sambil melentokkan kepalanya ke bahu Aidil.
“laa kenapa tiba-tiba ni?
Nak kata bulan mengambang, bulan ni dah kan? Wanna talk about it?” belakang
kepala Aisya di pegang, menahan kepala Aisya melurut ke tepi.
Senyap.
“setahun dah. Tapi....
saya belum pregnant lagi.” Kata Aisya perlahan. Matanya bergenang dengan air
mata.
“laa... pasal tu ke. Meh
sini.” Tangan Aisya di tarik ke depannya dan di dudukkan ke pangkuannya, saling
mengadap.
Pipi Aisya di pegang
dengan kedua-dua belah tangannya.
“anak tu bukan syarat
untuk bahagia, sayang. Setiap yang Allah jadikan tu sentiasa ada hikmahnya,
kan? Mungkin Allah nak kita belajar bercinta sungguh-sungguh dulu. Atau Allah
nak kita jadi manusia yang lebih menghargai. Kan? Sabar. Rezeki setiap manusia
tu kan Allah dah tentukan?” air mata Aisya yang mengalir di pipi di kesat
dengan hujung ibu jarinya.
Terhenjut-henjut bahu
Aisya menahan sendu.
“tapi... nanti awak...”
Hujung hidung Aisya di
cium.
“saya tak kesah, sayang. Yang
saya tau, ada awak, saya jumpa bahagia saya. Lagipun, best jugakkan sekarang,
setiap masa rasa macam bercinta. Tak kesah la ada anak atau tak, saya sentiasa
nak bercinta dengan awak, walaupun awak dah berkedut, bongkok tiga. Lagipun, kita
ada Irsyad kan? Saya faham, Irsyad bukan anak awak. Tapi...”
Belum sempat ayatnya
habis, Aisya memintas.
“Sampai hati awak cakap
macam tu. Irsyad anak saya. Anak kita. Sampai bila-bila.....” makin hebat air
mata Aisya mengalir. Aidil mula serba salah. Salah cakap pulakkk...
Tubuh Aisya dipangkuannya
dipeluk erat, cuba meredakan tangisan Aisya.
“ok ok. Sorry. Sorry. Dah
dah takmau menangis. Nanti saya belanja ais krim ok?” pujuk Aidil sambil
mengusap belakang Aisya.
“aaaa... awak ingat saya
Irsyad ke nak belanja belanja ais-krim.” Dalam tangisan Aisya memarahi Aidil.
“dah dah. Taknak nangis-nangis
dah. Awak kena percaya dengan saya. Saya sayang awak tanpa syarat. Kita doa
banyak-banyak supaya Allah bagi kita anak ok? Allah kan sentiasa dengar doa
hamba-hambaNya kan?” pelukan di eratkan.
Lama mereka berkeadaan
sebegitu, sebelum Aidil meleraikan pelukan. Lenguh duduk tegak menampung badan
Aisya. Berat oii..
“yang, lenguh pinggang
la. Jom baring atas katil.” Aidil cuba menolak badan Aisya. Namun tiada
sebarang reaksi. Wajah Aisya dibahunya dijenguk. Tidur. Cisss. Orang tahan
lenguh nak redakan dia menangis, dia boleh tidur nyenyak.
Tanpa sedar, Aisya melingkarkan
tangannya ke pinggang Aidil dan membetulkan letak kepalanya di lekuk leher
Aidil. Hembusan nafas Aisya dileher Aidil menyebabkan Aidil menelan air liurnya
sendiri.
Aisya... Aisya... jaganya,
tidurnya... semuanya menyebabkan jantung Aidil sentiasa berdegup lari dari trek
asal.
Perlahan-lahan tubuh
Aisya dicempung dan dibawa naik ke atas katil.
“demi Allah, saya sayang
awak.” Kedua-dua belah mata Aisya dikucup lembut. Ayat kursi dan doa tidur
dibaca dan dihembus ke ubun-ubun Aisya sebelum dia sendiri lena bermimpi dengan
Aisya yang sentiasa dalam pelukannya.
* * * * *
Setiap manusia dalam muka
bumi ni nak hidup bahagia. Mana ada orang yang lahir-lahir je terus berazam nak
hidup TAK bahagia. Ataupun, azam tahun baru dia ‘tahun ni berazam TAK NAK hidup
bahagia’. Kalau ada, sila la pelangkung beliau dua-tiga kali. Kalau tak jalan
jugak, mungkin Hospital Bahagia boleh membantu.
Dalam hidup ni, kita
diberi dua pilihan. Ye. Dua pilihan. Bukan tiga, bukan empat. Cuma dua. Kiri atau
kanan. Syurga atau neraka. Dosa atau pahala. Gembira atau sedih. Bahagia atau
derita. Feel free to choose. Bahagia tak semestinya kena ada segalanya, suami hensem,
isteri cantik, anak comel, harta melimpah-ruah. Tak. Itu semua sementara je tu.
Bahagia yang sebenar ialah waktu kita tak ada apa-apa, tapi kita bersyukur. Itu
namanya bahagia kan?
Itulah yang cuba
diterapkan dalam kehidupan rumah tangga Aidil dan Aisya.
Kata Aidil
Dia dan Aisya bukan
pasangan ideal atau romantik. Atau yang melekat 24 jam. Kirim salam la. Ada masanya,
dia dan Aisya perlukan ruang sendiri. Lagi-lagi bila bergaduh.
Ehehhh... ingat kitorang
tak gaduh ke?
Mau tak gaduhnya. Duduk serumah
dengan makcik nyanyuk kuat menjawab tu, haruslah sentiasa lancarkan perang
saudara.
Aisya yang selalu tengok
tv, tapi taknak guna remote. Dia ingat ni zaman dulu yang kalau nak tukar
channel, guna kaki tekan butang kat tv tu ke?
Aisya yang suka tak tutup
suis elektrik, tak kira la lampu ke, tv ke, kipas ke. Dia ingat suami dia ni
tokei besar TNB ke?
Aisya yang suka park
kereta suka hati hempedu dia kat garaj sampai Aidil takboleh nak park kat
dalam. Dia ingat dia park lori ke?
Aisya yang sentiasa lupa
mana dia letak barang, lepastu kalut nak cari. Berapa megabyte entah la memory
card dia tu.
Aisya yang suka puji suara
Liam Neeson yang kononnya romantik gila. Dia ingat suami dia ni tak romantik
ke?
Aisya yang penah calarkan
kereta Aidil guna duit syiling sebab Aidil taknak trim rumput kat laman. Dia tak
tau ke, kereta ni isteri kedua untuk lelaki?
Aisya ada banyak
kelemahan. Tapi, Aidil sendiri sedar, dia pun ada kelemahan dia. Dan kelemahan
mereka sentiasa mereka top-up dengan kelebihan masing-masing. Dalam sebulan,
ada la dalam sekali dia dan Aisya berperang. Tapi, sebab mereka masing-masing
setuju dengan syarat yang kalau bergaduh ke apa ke, tak boleh tidur
asing-asing. Apa pun yang jadi, mesti tidur sebilik, sekatil. WAJIB!
Syarat ni sebenarnya
banyak kebaikan. Kalau gaduh pun tak lama. Dah kalau kena mengadap muka yang
sama je setiap masa, bila masanya nak bermasam muka. In the end of the day,
mesti dia dan Aisya ketawakan perangai masing-masing. Macam haremmmm! Gaduh sebab
benda busuk je pun.
Dan satu lagi petua,
bacalah buku Men Are from Mars, Women Are from Venus. Seriously, buku tu sangat
membantu.
Dia pernah tersalah
langkah. Berkahwin dan bercerai. Menunggu Aisya sampai 3 tahun. Sakit. Sangat. Dia
rasa apa yang Aisya rasa waktu dia reject Aisya dulu. Sekarang, dia bahagia. Bahagia
dalam dunia kecil mereka. Dan dalam diam dia berdoa, biarlah sampai ke akhir
hayatnya, hanya Aisya yang halal untuknya. Baik Aisya, buruk Aisya segalanya
untuk dia. Janganlah sampai hatinya di uji dengan perasaan untuk wanita selain
Aisya. Atau menambah wanita yang halal di sisinya. Bukan menolak sunnah. Tapi dia
sendiri tau, dia tak mampu. Dia dah pernah rasa kan dulu? Cukuplah. Hanya Aisya.
* * * * *
Kata Aisya
Bahagia, sampai langit. Bergaduh,
tak jejak bumi. Haha. Itu la dia dan Aidil.
Cuba bayangkan, duduk
dengan mamat senget suka mengusik lepastu manja mengalahkan Irsyad tu. Maunya darah
tinggi tak naik sentiasa.
Aidil yang selalu tak
faham bahasa badan dia. Kayu betul. Contohnya, bila Aidil cakap ‘I love you’,
Aisya WAJIB jawab ‘I love you too’. Sebab kalau Aisya tak jawab, mula la dia
nak memuncung kata kita tak sayang dia. mengada ke tak? Ada tak rasa nak lenyek
dengan tayar kereta api?
Aidil yang suka sepahkan
surat khabar lepas dia baca. Padahal bekas tempat surat khabar, tepi hidung dia
je.
Aidil yang suka
tinggalkan tuala lembap dia merata-rata. Patah pinggang ke kalau gantung tak
pun masukkan dalam bakul kain kotor?
Aidil yang jealous bila
dia layan Irsyad lebih. Ehh dah kalau Irsyad tu kecik tak reti nak mandi
sendiri, takkan nak biar.
Aidil yang suka marah dia
bila dia tak tutup suis. Bayar bil elektrik pun nak berkira.
Aidil yang suka buli dia.
menyampah. Lagi-lagi kalau jumpa abang-abang dia yang tak serupa orang tu. Mencik!
Tapi menyampah-menyampah
dia, lengan orang tu la yang dia cari bila nak tidur. Bahu orang tu la yang dia
cari bila dia rasa nak menangis. Telinga orang tu la yang dia cari bila dia
rasa nak bercakap. Haha.
Itulah bahagia dia dan
Aidil. Kalau dulu, dia pilih Safwan, tak mungkin situasi ni yang akan berlaku. Takmungkin
bahagia ini yang dia rasa. Biarlah bahagia mereka tak sempurna, cacat dengan
pergaduhan mereka, tapi itu bahagia Aisya-Aidil. Itu cara mereka bahagia. Tak dapat
dia bayangkan hidup mereka tanpa gaduh-gaduh. Flat. Mendatar. Ibarat minum teh
cina. Tawar.
Kata nak hidup sama-sama.
Pandai-pandai la nak adjust apa yang kurangkan? Buat apa cari yang keburukan,
kalau kebaikan seluas laut China Selatan. Buat apa cari Smeagol kalau Orlando
Bloom depan mata. Haha. Apa kaitan? Takde kaitan. Cuma nak bagitau, dalam hidup
ni, jangan asyik nak fokus benda buruk dan penderitaan kita yang dulu, kalau
benda baik dan kebahagiaan ada depan mata. Kan?
* * * * *
“awak nak tau satu rahsia
tak?” tanya Aisya.
John McClane yang sedang berlari bersama Jack,
tidak dipandang.
Aidil menoleh ke sisinya.
Aksi Bruce Willis di tinggalkan sekejap untuk mendengar kata-kata isterinya.
“apa?”
“nak tau ke?
“awak nak bagitau ke?”
“nak kena bagitau ke?”
Aidil berdecit. Tadi dia
yang nak bagitau rahsia, lepastu main-main. Mukanya dipalingkan ke depan,
mengadap skrin besar di TGV Alamanda. Merajuk.
“nak tau tak ni?” tanya
Aisya lagi sekali. Saja je nak main tarik tali dengan Aidil.
“ihhh. Cepatlah bagitau. Karang
saya gigit hidung awak tu kang.” Ugut Aidil. Wajah Aisya dipandang sekali lagi.
Aisya tersenyum manis. Kepala
ditinggikan, setara dengan telinga Aidil.
“I love you, infinity.” Bisik
Aisya.
Aidil tersenyum. Aisya ni
ada masanya, manis. Sangat manis.
“jom balik.”
“kenapa? Tak habis lagi
ni kan?” tanya Aisya dengan dahi berkerut. Dia yang sebok nak tengok Die Hard 5
ni tadi, apesal tiba-tiba nak balik.
“nak tunjuk kat awak
tahap sayang saya kat awak macam mana.” Usik Aidil sambil mengenyitkan mata,
nakal.
“gila. Tengok tu
diam-diam.” Marah Aisya. muka kembali di paling ke depan. Malu.
Aidil tergelak, perlahan.
Kalau boleh nak gelak kuat-kuat, hati berbunga-bungakan? Tapi kalau kena halau
karang, siapa yang malu? Dia dan keluarganya jugak.
Suka dengar ucapan Aisya.
tapi dia lelaki praktikal, ucapan kena balas dengan perbuatan. Ehhhh.....
tettttttttttt... part ni, takboleh cerita. Rahsia rumah tangga. Haha.
Kalau dia tahu dia boleh
bahagia macam ni dengan Aisya, 14 tahun dulu, dia dah ajak Aisya bercinta. Tapi,
perjalanan hidup kita, rahsia Allah kan?
Semoga Aisya-Aidil
berkasih sampai syurga. Itu doa mereka. Amin.
;)
the end
the end
habis dah. wait for another 'colour' ok? :)
27 comments:
bangun pagi memang terus ke cni. nak tau ending aisya-aidil. a big thank u to TT. pada pandangan peribadi akak, ending ini memaparkan realiti kehidupan sebenar rumahtangga (cam ckp tru experience, pulak ye..) Kena terima seadanya pasangan kita..insyallah bahagia ....
TT, I will be missing Aisya-Aidil. Keep on writing and insyallah I will be here again n again. Biru cite yg santai...cukup menghiburkan, ade berbagai rasa. Dpt release tension stress selepas penat ngan keja2 di opis tu...
Good luck and all the best to you, TT...I really enjoyed Biru dan juga DahliaHadif..
Amin.. semoga kasih Aidil - Aisya sampai syurga :)
thanks utk final chapter ni.. comei sgt!!
gud luck teruskan menulis cite2 sempoi yg penuh pengajaran mcm ni..
kbai!!
Alhamdulillah. Biru dpt juga disudahkan dengan pengakhiran yg manis. Memang realitistik. Thanks for your awesome piece. Mudah2an ilham melimpah ruah untuk mengarang lagi. Aminn! :)
Good luck!
insyaAllah... moga kasih aisya dan aidil bahagia hingga ke jannah... sungguh ohsem...so sweet... <3
tq Biru... ;)
mmg ohsem sgt. Akak suka bangat.thumbs up! Semua up la... :)
Terbaekk6kk ♡♥♡♥♡♥♡♡♡♥♡♥♥♥♥♡♥♡♡♡♡♡♡♥♥♥♥♥♥ it..realiti kehidupan...8.
Besh..tnks TT
nxt crita wrna apa plak?
wohooo!!! bravoo TT!!!! sweet! gle2! lawak tahap petala!penuh pengajaran walaupun dgn bahasa slumber badak! i looikkee!!! plg suke ayt neh> kalau nak tukar channel, guna kaki tekan butang kat tv!!! hahaha!!! series tingat zaman dlu kale! exactly!!mmg buat enggini dlu!!haha... oklah TT truskan mnulis cte yg gilo2 yerk!! sy sntse mnanti!!! Go TT!!! =)
TT!!!!!!!!!!!omo omo....sweet sangat n ske sangat2....tima kasih sebab telah menhasilkan karya yang sgt2 menarik n intersting nih....simple but it really nice....walaupun rasa cam x cukup lagi...still nak TT tambah cerita sbb cara penulisan TT tg menarik ni tp terpaksa rela terima yg kisah Aisya-Aidil dah tamat...kite tunggu warna PELANGI seterusnya. GANBATTE NE TT!!!
i cannot............thank you so much tuan tanah for this amazing story! serious sweet gilaaa. typical cliche or anything, i support happy endings. may Allah bless each and everyone of us our happy endings, His jannah, insyaAllah :)
p/s; ada harapan nak re-read balik cerita ni nnt lol
thumbs uo writer!memang best cerita ni n ending yang mmg puas hati!kalau dapat jadi novel, confirm i beli
TuanTanah! one word for you : BEST!
seriously u pnya story lain sesangat!! kenapa? sebab ending tak mcm story lain, 'and they live happily ever after'. tu ending dlm novel yg selalu saya baca. sampai teringin nak suruk cik writer tu tmbah SE dgn scene gadoh2 hero-heroin.
“angkat kaki tu. Dah macam penguin cacat dah saya tengok awak!”
bnyak2 dialog saya suka yg ni! no reason, cuma tertarik dgn dialog ni. gamak aidil kata bini dia penguin cacat? so Aidil la..
Thanks again TuanTanah for making my day. :)
Dah lama cari blog tuan tanah nie sejak baca dahliahadif. And yet when i found there was BIRU. I really enjoy the marathon. WOHA, really appriciate ur karya. It was deeply terkesan dalam hati saya.Trimas yer! BTW, keep on writing. Aja-aja fighting.
may yr work be published one day, u r very talented! tqvm for sharing yr story: Hanina Abdullah
semua orang bukannya sempurna... sebab tu Allah s.w.t menjadikan kita pasangan supaya kekurangan yang kita ada akan ada pada pasangan kita.... InsyaAllah akan bahagia....
ending yg outstanding; rasa mcm bc SE berbagai versi, tak pernah dibuat org lain. Love ur writing, ur style; so individual!
pasti akk rindu kat pasangan nih...pd akk superb lh kisah depa berdua ni...tpp tunggu2 kn cerita camnih kat blog u dek...andai kisah nih hanya gambaran dr penulis...serase ingin mengecap kebenaran cam yg penulis novel2kn.hehehe...sape kn nk tolak bahgia,yg sume kite nk sampai syurga..dgn izin yg maha ESA.sukses selalu dek dlm berkarya...
DAH HABIS KE.
Yeah.... ku suka.....
ye TT..
Cam besa BEST + Sempoi!!Suke!!tggu karya yg seterusnya..gud luck!!
Sufi (",)
oh y y y???? y i baru tau blog ni? y kawan2 x nak war2kan kat i awal2... tell me y???
sepetang dihabiskan marathon biru from intro until end. best, best & best. x sabar nak explore merah pulak...
wahai kawan2 darling sekelian.. jgn la sorok blog yg best2 dari i.. kenit hati kita tau...
sungguh ni... senyum sampai langit... =D
Terbaik la! Im loving it!
dah baca berulang2 kali (dr bab 1 until the end).. tapi still akan nangis teresak2...senyum meleret2...
pilu mcm hati disiat2, bahagia mcm melayang2.. best sgt2.
Huhuhu....bestnya story nih...tqvm tuan tanah. Time jumps jumpa part lawak..sampai meleleh air mata ketawa sakan.tqvm...kerana menceriakan hari saya...and pleaseeeee I want more colours after this
besttt....cukup terhibur macam tak puas pula ada sambungan lagi ke..?
Hi,
Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk:"BIRU" yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).
Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).
Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.
Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.
Sekian.
Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com
Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.
Post a Comment