baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Sunday, March 3, 2013

sape baca biru, tolong baca ni :)

assalamualaikum and heyyyho everybadehh!

tak tak. ni bukan entry baru untuk Aisya-Aidil-Safwan-Sofia. ni entry selit-selit namanya. sebelum tu, nak mintak ijin untuk membahasakan diri sebagai 'aku', untuk memudahkan aku menulis. kepada kakak-kakakku, adik mintak maap awai-awai.

entry ni ditulis ditengah malam, waktu perut berkeriuk-keriuk tapi cuak nak pegi dapur. manede aku penakut. dan ditulis untuk menjawab beberapa persoalan. satu, soalan pasal "Biru versi cetak".

tak. aku tak berniat untuk menghantar apa-apa manuskrip ke syarikat pencetakan. kan dah kata, aku bukan penulis, aku perapu. ehem. aku belum layak untuk dipanggil penulis. serius. bagi aku, menulis bukan benda 'seronok-seronok', tapi benda serius, tahu? penulis bawak tanggungjawab yang berat atas apa yang dia tulis, sebab pembaca BAYAR karya dia. bukan la maksud aku kalau tulis kat alam cyber ni takpayah nak bertanggungjawab, tapi, at least, kat alam cyber ni, kalau aku tersalah apa-apa fakta, boleh delete dan betulkan. kalau dah kena cetak, segalanya kekal atas kertas.

aku ada pespektif aku sendiri untuk novel. aku sangat memilih. dan manusia pembazir (sekeh diri sendiri). kalau aku pegi bookstore, semua novel aku belek, baca sinopsis. lepas tu kalau rasa sinopsis dia boleh diterima akal, aku mintak akak pekerja tu bukak wrapping novel tu. sebab aku nak baca ending. haha. ye aku suka baca first page dan ending. kalau boleh terima akal, susunan ayat best, akan ku rembat novel tersebut. dan aku akan membazir kalau kat bookstore tu kalau takboleh bukak wrapping novel. sebab aku akan beli novel tu. lepastu sampai rumah, bukak wrapping dengan rakus, lepastu baca ending. kalau aku rasa ending ngarut sangat, watak macam fairy tale sangat, nescaya buku tu akan jadi penghuni tetap kotak buku-tak-best aku.ye aku suka membazir heihhh. ye, cita rasa aku kat novel ni pelik sikit.

dan untuk aku, andai kata satu hari nanti Allah bukak hati aku untuk menulis, aku nak menulis something yang orang baca, puas. buku aku ditutup dengan senyuman ceria. ye, memang cita rasa orang lain-lain. tapi at least, bila buku aku ditutup, biarla aku dapat saham untuk memberatkan timbangan sebelah kanan aku. jangan la aku dapat sumpahan je (kata-kata tu satu doakan?). so, sekarang ni, sila la baca dengan percuma dan kalau ada apa-apa fakta atau hadis ke ayat- al-quran yang aku masukkan, salah, please betulkan. boleh delete and betulkan.

ada satu novel yang aku baca yang aku tutup je aku berdiri dan menjulang novel tu ke langit dan menjerit penuh semangat 'GILAAAAA AHHHHH'. Cemburu Seorang Perempuan by Siti Hazneza Abdul Hamid. lama dah novel tu. sekarang novel tu dah lunyai dah, 777 kali aku khatam. aku suka sangat sebab bagi aku, novel tu sangat realiti. dan aku tak jatuh cinta pon kat hero dia yang sangat loser kat awal cerita. haha. sekarang aku tengah tunggu satu lagi novel yang member rekemen, Terfaktab : Nakal Tapi Halal. dia kata, novel tu novel realiti jugak. siapa dah baca, please review :)

ok, next, kenapa watak lelaki semua macam biasa-biasa je personaliti diorang. and, kenapa, 2 tulisan aku, Biru dan Dahlia Hadif mesti ada watak abang yang caring.

haa, pasal watak lelaki tu, maaf. aku takmampu buat watak lelaki charming yang buat kalian jatuh cinta lepas tu berangan nak boyfriend macam tu and dot dot dot. sebab aku belum jumpa lelaki charming yang perfect serba-serbi. realitinya, aku selalu jumpa lelaki baik yang selalu buat silap tapi lepastu tau macam mana nak baiki silap dia. itu la charming dan sweet bagi aku. dan ada orang kata,

"sebab tu la buat novel. supaya girls boleh berangan lelaki charming anyonyonyo perfect yang memang tak ada dalam realiti"

ada impian boleh, tapi jangan sampai jadi bermimpi. berangan boleh tapi jangan sampai jadi angan-angan bawak kepada dosa. sampai bila nak maju ke depan, impian jadi kenyataan, kalau sentiasa hidup dalam mimpi?

aku teringat pulak kawan aku cakap, 'sebenarnya, bukan novel yang ikut realiti manusia, tapi manusia yang suka nak ikut rekaan novel'. iye ke? entah la. tepuk dada tanya iman.

dan pasal abang-abang yang caring tapi pembuli kejam. ye itu wujud. dan aku mengalami. kene buli 24 jam. lepastu rasa nak terjun Gunung Kinabalu. tapi, aku tau, kalau aku terjun betul-betul Gunung Kinabalu, abang-abang aku la yang pertama akan sambut aku kat bawah lepastu boikot Gunung Kinabalu sebab biarkan aku terjun. selalu je dulu aku kene usik dengan orang, aku nangis-nangis bagitau abang aku lepastu diorang boleh cakap, "padan muka". sedihhh oiiii. tapi, esoknya, budak yang usik aku tu kalau terserempak dengan aku, tunduk sopannnn je. entah apa abang aku buat, aku pon tak siasat. banyak lagi bende yang abang-abang aku buat untuk aku yang aku rase nak senyum sampai koyak. tapi kat rumah, sentiasa kene buli, benci! dan aku ada kakak jugak. tapi kakak aku suka make-up girly-girly. haha.

oh ye, dan maaf jugak kalau cara aku menyusun ayat tu macam tah pape atau ada persamaan dengan mana-mana penulis novel. aku tak reti nak susun ayat bunga-bunga sebenarnye. serius. kalau korang jumpa aku, lepastu dengar aku cakap, mesti korang suruh aku masuk tadika balik. hancus. kadang-kadang tu bila terangkan something kat orang, dia tak faham, aku pon tak faham apa aku cakap. so, aku menyusun ayat dalam cerita aku, memang macam aku bercakap setiap hari. dan macam aku cakap, aku jarang baca full novel, so kalau kalian sebut mana-mana penulis lepastu aku macam 'haaa?', maaf sangat. aku akan usaha untuk tau pasal penulis tersebut. maaf. my bad.

oh ye, maaf sangat kalau ada yang rase cerita aku pon macam ngarut sangat. contohnya macam Biru, pasal Aisya kena kawin dengan Aidil guna wali mujbir. pulak tu umur 14 tahun. bawah umur. lepas tu terpisah lama. haa aku dengar cerita pasal ni pun dari sorang kawan, pasal nenek dia. situasi yang sama macam Aisya-Aidil. saje je nak try aplikasi kat zaman glabalisasi ni haha. (secrectly berharap, jangan la ayah aku aplikasi kat aku pulak)

apa yang bermula kat blog ni, biar la tamat sampai sini je. jangan difikir-fikirkan. tujuan aku menulis bukan nak bagi orang lain berat kepala memikir macam buat sudoku, tapi nak ringankan kepala aku dan orang lain. so, chill je. bace releks-releks sambil minum kopi cap raga lepastu kunyah goreng pisang cicah sambal kicap, ok?

segalanya datang dari Yang Kat Atas Sana, yang baik mahupun yang buruk. yang baik datang dari keindahan Allah, yang buruk datang dari Allah jugak tapi disandarkan kepada aku yang memang sedia tak berapa lengkap.

maaf terpanjang kuikuikui :)
maaf jugak kalau ada yang tak setuju dengan pandangan aku.
kata hati aku dan kalian, tak sama kan?
feel free to comment
kasar atau lembut
aku tak jampi, jangan risau

21 comments:

Hajar said...

Yup, yup... That's why saya suka baca cerita awak. Dah jenuh baca hero digambarkan ala fairy tale, heroin malang tahap nak buat kita terjun lombong. Haha. And saya setuju part penulis bertanggungjwb dgn apa yg dia tulis. Lagi baik kalau sebelum tulis buat research, takdelah orang kata cerita tu tak logik. Yes, it's a fiction. Tapi tolonglah logik dan realistik sikit. Ahaha, kan dah over bebel ni. :)

Apa pun, keep it up. And thanks sebab sudi kongsi cerita hasil tulisan awak dgn kami. Moga segala kebaikan dpt beri manfaat untuk pembaca. :)

frdbsb said...

Tak kisah.tak jd buku pun takpe.bace dlm ni pun okey.respect sama lu :D

Anonymous said...

nape rs luahan writer ni sm mcm saya rs.part taste nvl pn sama
hihi..

saya suka bc citer awak..cepat sambung ok.

:: Cahaya Hazwani :: said...

xpe la tuan tanah...bce kt blog p0n blog la janji dikau dan kami bahagia...hahahah...

p/s:cik writer umo bpe?? xnk jwb xpe, kalo jawab suke....hehe

Unknown said...

ahaa..start baca semalam dan habiskan hari ini..
~saya suka ur style :)

Anor said...

walau apa pun masih setia menunggu n3 biru. Tak kisah bile baca rasa
citenya menarik teruskan saje. msing-masing sebagai pembaca ada
cita rasa mereka. sekiranya kita
enjoy baca cite tu tak kisahlh apa
org lain cakap terpulang pada diri masing-masing.

Unknown said...

Sy bru start bce cite biru ni...mmg best,trbaik....trus kn smbung dgn bab strusnye.

AinaShukri said...

Naa don wory sis (sis la kan universal skit) kitorang baca sbb suka. For me senang ja, tak suka jgn baca. Keluar cetak or not its ur choice. Janji hidup mau chillax je baca novel ni..

Gee said...

akak hormati keputusan tt...akan terus mengikuti biru..luv the story..

Unknown said...

SAYA SUKA CERITA AWAK TERUS KAN UPDATE YA TQ

Anonymous said...

Yup...sy setuju pasal watak lelaki...utk jd hero x perlu prince charming yg 100% perfect but at least mestila x dera heroin tu yg penting.

Unknown said...

luv ur story dek...k jer walau tk di naskah kn..asal leh tahu kesudahan nyer...pape prinsip u amat2 akk hormati...best story best writer n tetap support u di blog u dek...

Anonymous said...

Masa baca tajuk tu aku mcm "ni mesti biru nak jd versi cetak niiii" but I was wrong. Tabik la kat kau sbb pikir jauh mcm tu. All the best & keep writing!

Hass said...

sIAPA PUN AWAK..awak mmg sweet..akak suka dgn coretan awak.. yg buat akak yg sengal n stress dengan kerja nii utk senyum seketika...gud job ADIK...
ada sedikit persamaan dgn akak yg bca 1st page and Ending Page tuu..huuuklu x best mmg masuk kotak..

Unknown said...

baru jumpa blog nih...yg pasti osem sngt2..sempoi & ilek je...marathon abiskan smpai n18 sehari suntuk...terbaek (-___^)

Cerita Hanina said...

apa2 pun, its up to you. my honest opinion, biru is very good. why nothv it published? sekurang2 nya ia akan jadi learning curve for you...to see whether getting published is a good thing for you or not? if biru doesnt get published, i hope you will get yr future work published, coz u have that rare thing called 'talent'. all the best dear, tqvm for entertaining us with biru

nana z said...

we r same..sya klu cari novel akan baca ending die dlu..sanggup koyak2 kn pembalut senyap2 just nak tahu ending novel..klu ending x puas hati,then i wont buy..hehehe..

n tq sbb inform yg cter nie hbs kat blog..dlu sy suka baca novel kat blog but suddenly akan ada entry 'novel dihentikan utk dicetak'..bg sya yg jns bca novel smpi hbs and x suka tunggu berbulan2 utk tahu kesudahannya mmg rasa annoying sgt..so since that, sy akan pastikan e-novel tu dah ending baru sya baca ..kalau x rasa mcm buang masa je.. :( sy respect awk sbb inform awal2.. :)

x sbr nak tunggu next try and of course ending die skali.. :)

MizaEija said...

tak kisah.. kat sini pun dah cukup..

keep it up gurl...

*ngah marathon dari mula bab ni.. phewww*

Unknown said...

Betul la..yg bhs realiti la yg terkesan kat hati ni..maju terus kedepan ..wachaa

Anonymous said...

wpun en3 ni da lma tpi ttap mahu komen..
AKU pun MINAT GILLLAAAKKKK kat nvel CEMBURU SEORANG WANITA..*bow 90 degree8.mmg superb la citer tu

>>k<<

Anonymous said...

Tq...siapa pun awak,akak suka cara adik berkarya dan sentiasa akan memberi sokongan mengikut karya/blogger adik.Selamat maju jaya moga dipermudahkan segala urusan.amin...-nhm