baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Saturday, March 9, 2013

Biru [21]



“assalamualaikum.”

“waalaikumussalam.”

“sehat?”

“emm.. biasa la.” Jawab Aisya, malas. Jujur, saat ni, dia taknak di kacau.

Namun, dek kerana dia tengok nama ‘Safwan’ yang naik di skrin Blackberry, terpaksa dia angkat jugak. Sebab kalau tak angkat, dia jamin dalam masa 15 minit, Safwan terpacak depan rumah ayah.

“jiwa sehat?”

“what do you want, Safwan. Aku tak ada mood nak bercakap sekarang.”

“kahwin dengan aku?”

“ha.ha.ha. so funny. Dah lah. Aku penat.”

“no. I’m serious. Like hell. Kahwin dengan aku, please.”

“in case kau terjatuh, terentak kepala kat mana-mana, mybe I have to remind you again. Aku dah kahwin, Safwan.”

“dengan lelaki bodoh tu? Yang selalu buat kau menangis tu? Aku boleh jaga kau, Aisya.”

“lagi sekali kau cakap suami aku macam tu, aku doakan kau terjatuh betul-betul. And yes, dia selalu buat aku menangis. Tapi, dia jugak yang selalu buat aku bahagia.”

“alhamdulillah. Aku ingat kau tak perasan semua tu. Go and tell him. Bodoh! Kau pengecut, Aisya.”

Aisya terdiam. Terkesan dari kata-kata Safwan. Betul, dia bodoh. Dia mampu cakap dengan semua orang, dia sayangkan Aidil. Tapi depan Aidil, dia cari gaduh. Bodoh! Pengecut. Benar. Dialah orangnya. Tapi dia pernah di tolak sekali, tak mampu untuk menerima penolakan kali kedua. Bodoh ke dia?

“dia dah marah aku, Safwan. Mulut aku tak reti jaga.”

“think positive. Pegi jumpa dia. Jangan terlambat sudah.”

Diam.

“safwan, waktu kau ajak aku kawin tadi, kau serious ke?”

“kalau 6 bulan lepas aku tanya kau macam tu, yes I’m deadly serious. Sekarang, nay... aku doa jugak supaya kau tak setuju hahaha.”

“ngeng. Apsal? Ada benda yang aku taktau ke?”

Safwan terdiam.

“aku dah jumpa.”

“who?”

“orang yang aku tunggu-tunggu selama ni.”

“alhamdulillah. Sorry. Aku sebok dengan masalah aku sampai lupa kat kau. Sorry.”

“naaa... it’s ok. Nanti ada masa, aku kenalkan baby aku kat kau ok?”

“emmm.. lepas ni tak ada orang dah nak sayang aku kan?”

“kau mintak kena sekeh eh? Sayang aku kat kau sampai bila-bila. Aku abang, kau adik. Cuma mybe lepas ni berubah la kot. Kau kakak, aku adik. Hahaha.”

“maksud kau?”

“tak ada apa la. Ok. Aku chow dulu. Apa-apa hal, aku sentiasa ada untuk kau.”

Aisya tersenyum. Ahh Safwan. Tak sabar nak berjumpa dengan ‘baby’ yang dimaksudkan Safwan.

Syukur ya Allah. Kerana mempertemukan Safwan dengan seseorang dan tak mengharap pada dia lagi.

*             *             *             *             *

Aisya terjaga. Terduduk. Bagai terdengar suara Irsyad memanggilnya.

Matanya melilau kiri dan kanan. Hanya dia di dalam bilik itu.

5.30 petang.

Dia terlelap selepas Asar. Patutlah kata orang tak elok tidur selepas Asar. Tapi, badannya terasa letih. letih otak. Letih mata.

Tubuhnya di baringkan semula. Mata dipejam.

Tak lama kemudian terdengar bunyi pintu biliknya di buka. Sengaja dia keraskan badan, buat-buat tidur. Mesti salah seorang dari abang-abangnya masuk nak ajak makan.

Tiba-tiba pipinya disentuh. Lembut.

“mummy...”

Suara itu bergema lagi. Tak. Ini cuma mimpinya.

“mummy. wake-up. I miss you.” Sesuatu melekat di pipinya. Kali ini agak lembab.

“mummy...” tubuhnya digoncang.

Perlahan-lahan matanya di buka. Takut semuanya cuma mimpi.

Si kecil berdiri di depannya dengan dengan sengihan lebar.

Aisya terpegun. Matanya dikedip beberapa kali.

“ya Allah. Anak mummy...” langsung tubuh kecil Irsyad di tarik ke dalam dakapan. Habis seluruh muka Irsyad di cium penuh kerinduan.

“mummy. Syad tak boleh nafas.” Tercungap-cungap Irsyad cuba mengambil nafas.

Aisya tersenyum dalam air mata. Pelukan dilonggarkan.

“mummy jangan la nangis. Tok ayah cakap mummy selalu nangis. Irsyad pon selalu nangis.” Air mata di pipi Aisya dikesat dengan tapak tangannya yang kecik.

“Irsyad datang dengan siapa?” dia mengharap nama si dia keluar dari mulut Irsyad.

“dengan mama. Eh lupa pulak. Tok ayah panggil mummy turun.” Tangan Aisya ditarik.

Mama? Sofia? Air mata di kesat. Rambut dirapikan sebelum keluar.

Sampai di bahagian bawah, ayah, alang dan abang chik sedang bersembang dengan Sofia di ruang tamu.

“assalamualaikum.”

“waalaikumussalam.” Sofia bangun bersalam dengan Aisya.

Aisya langsung duduk di sebelah ayah. Irsyad pula duduk di pangkuannya.

“amboii... dia dapat mummy dia, terus lupa kat mama kan?” usik Sofia namun dalam nadanya, ada sendu.

Aisya tersenyum hambar. Irsyad leka bermain dengan ultraman di tangan.

“adik dengan Sofia bincanglah. Ayah dengan abang-abang kamu ke dapur.”

“no. Uncle, Fahril and Faizal, please, duduk dengan kami. Apa yang saya nak cakap ni, biar uncle and the guys jadi saksi. And guys pun tahu sebenarnya hal ni. Let’s  reveal the unspoken truth.” Tegas Sofia bersuara.

Aisya pula terpinga-pinga.

 “and saya nak awak tau Aisya, Aidil taktau pun saya datang sini. Seminggu lepas, Aidil call saya mintak ambik Irsyad. Dia kata dia rasa tak sedap badan, takut jangkit kat Irsyad. But then, this little guy asyik menangis je sebut nak mummy nak mummy. and here we are. Aidil, saya pun tak tau mana dan macam mana dia.”

Aidil sakit? Teringat muka Aidil seminggu yang lepas. Asyik nampak lesu.

“Aisya. Saya sentiasa kalah dengan awak. Awak sedar tak?” tanya Sofia dalam senyuman hambar.

“dulu Aidil. Sekarang Irsyad. Again and again.” Nafas dihembus sebelum menyambung.

“3 tahun lepas, sebelum saya dengan Aidil nikah, saya dah dapat rasa, hati Aidil ada kat awak. Tapi dia selalu nafikan. Tapi, bila kitorang pegi honeymoon, dia macam nak cepat balik. Everyday, dia akan cakap, dia nak balik cepat, kononnya rindu dengan mama and papa. Mulanya, saya percaya je. tapi bila kitorang touchdown KLIA, dia cepat-cepat dial number Uncle Redza. Bila dia tau awak dah pegi, muka dia kecewa habis. And saya tak penah nampak muka dia lagi terus daripada tu. And masa tu saya tau, dia nak balik cepat bukan sebab mama or papa. But because of you, Aisya.”

“kenapa awak bagitau saya semua ni?” tanya Aisya, perlahan.

“dengar dulu cerita saya. Baru awak fikir balik. Sebab saya tau, Aidil takkan bagitau awak semua ni. Apalagi uncle and your brothers.”

Dia berhenti sekejap. Air oren diteguk.

“and lepas awak pegi, dia jadi lain. Jadi workaholic and pendiam sikit. Bila dengan saya, dia buat-buat ceria supaya saya tak sedih. Saya ingat sekejap je dia macam tu, saya layankan aje sebab bagi saya, mybe dia sedih awak pegi tak tunggu dia. 3 years, Aisya. Takkan takpernah sekali pun awak tak terfikir, kenapa Aidil tak penah tengok awak kat sana. And awak salah kalau awak fikir Aidil takpernah ada niat nak pegi sana jumpa awak.”

“lepas 6 bulan kami kahwin, saya jumpa flight ticket and detail untuk homestay. Kat Southampton. Ye, dia plan nak pegi kat awak. Without telling me anything. Hancur hati saya. Berhari-hari saya menangis. Sampai la saya sakit. Ingatkan sakit sebab hari-hari menangis. Rupanya saya mengandung. Aidil happy sangat. Seriously, saya tak penah tengok dia se-happy tu sejak awak pegi. Dia jaga saya macam princess. Sampai saya terlupa terus pasal flight ticket tu. And Aidil pun tak pegi mana-mana sejak saya mengandung.”

Diam menarik nafas panjang.

“lepas bersalin, saya nekad, saya nak sambung buat modelling. Aidil mengamuk waktu tau saya dah sign contract dengan my agent. Tapi saya bagi syarat, kalau nak saya cancel, ceraikan awak. And you know what, dia diam. Diam, I mean senyap sunyi. Tak bertegur langsung dengan saya. And dia yang uruskan Irsyad waktu saya busy dengan modelling saya. I know it was a silent protest. Tapi saya degil, saya teruskan je. Sampai saya buat dosa yang sampai sekarang saya menyesal.”

Sofia diam sebelum mengesat air mata yang mengalir dari hujung mata. Senyuman cuba diukir.

“saya bercinta dengan agen saya sendiri. Saya tak sedar bila masa saya jatuh cinta and how it happened. Sampai la saya mintak cerai dengan Aidil. And awak menjadi alasan utama saya. Bersungguh-sungguh Aidil mintak saya fikir balik, mintak saya fikir pasal Irsyad. Tapi, orang kata cinta tu buta. Dan saya yang bodoh. Bila Aidil taknak ceraikan saya, saya failkan permohonan cerai kat mahkamah. And Aidil, being his-nice-guy side, setuju untuk ceraikan saya. Dia taknak orang pandang serong dengan saya kalau saya mintak fasakh. And again, stupid me. Bila saya bercerai, agen saya lari dengan duit saya. Dan saya, tinggal terkontang-kanting. Takde Aidil, takde Irsyad. Tak ada sesiapa pun.”

Sofia diam. Menunggu respon Aisya.

“sekarang awak nak balik dengan Aidil?” tanya Aisya, penuh berhati-hati.

Sofia tergelak.

“I wish. Tapi saya tau, Aidil takkan balik dengan saya. Never. Saya kenal Aidil, Aisya. Dia boleh bersabar. Tunggu dan terus tunggu. Tapi, bila dia dah pegi, dia takkan patah balik. And he’s so in love with you, Aisya. Dari dulu sampai sekarang and saya doakan sampai bila-bila. Saya bukan watak perempuan jahat dalam novel or drama melayu, Aisya. Typical. Asyik-asyik watak perempuan rampas-merampas. Saya still ada pegangan agama. Dan saya tau perasaan sakit sebab lelaki.”

“tapi..”

“tapi, awak tengok saya mesra dengan dia? gelak-gelak, lunch sama?”

Teragak-agak Aisya mengangguk. Sofia melemparkan senyuman nipis.

“waktu awak jumpa saya kat Alamanda tu, saje je peluk lengan Aidil, nak tengok muka awak jealous. Even Aidil cakap muka awak takde perasaan, tapi saya perempuan. I can sense a jealousy there. Awak taktau, lepas awak balik, Aidil basuh saya cukup-cukup. Marah betul dia bila saya peluk lengan dia. takut awak salah faham. Siap tanya saya, macam mana nak buat awak jatuh cinta dengan dia. punyalah serabut mamat tu.”

“and then, awak nampak saya dengan dia kat restoren Padang tu, actually, saya terjumpa dia kat situ, lepas dia lunch dengan client dia. saya pun tengah lunch. Kitorang sembang biasa je. and he was so happy bila cerita pasal dia dah bagitau awak yang dia sayang awak. Serious. Dia happy gila. Siap cakap malam tu, dia nak bawak awak dinner. Just two of you. Somewhere special. Sepanjang dia cerita tu, dia asyik senyum je. and because of you, Aisya.”

“awak special sangat, awak tau tak? Lepas awak pegi, rumah mama dengan papa sunyi betul. Anish pun berubah jadi pendiam. Kuat betul efek awak kat semua orang.”

“and Irsyad. Thanks to you. Sebab awak, dia dapat kasih sayang yang cukup. I’m not a good mother. Tengok la, baru duduk dengan saya sekejap, dah menjerit nak awak. Tipu la saya tak sedih. Tapi saya anggap ni hukuman bagi saya. Apa yang saya dah buat kat awak, Aidil and Irsyad, lebih teruk dari tu. Thanks sangat.”

Tangan Aisya digenggam.

“demi Irsyad, awak balik la dengan Aidil.” Kata Aisya dengan mata bergenang. Baginya Sofia lebih berhak sebab Sofia dan Aidil ada ikatan iaitu Irsyad.

“seriously, Aisya. Stop saying that. Muak saya. Ayat drama gila. Fikir kebahagiaan awak. And most important, Aidil sendiri. Dia bahagia dengan awak, Aisya. Bukak mata awak, mata hati awak. Tengok kasih sayang dia untuk awak. Irsyad, biar la dia ada 2 orang ibu yang sayang dia. dia duduk dengan awak, dia ada ramai yang bagi dia kasih sayang. Cuma saya mintak, kalau boleh sesekali, saya nak luangkan masa dengan Irsyad.” Pinta Sofia, sayu.

“awak ibu yang lahirkan dia. kenapa nak minta izin dengan saya. Bila awak nak datang, awak datang je. kan Irsyad kan?” irsyad yang tak faham apa-apa, mengangguk.

“go. Cari Aidil. Jangan tangguhkan kebahagiaan awak dengan Aidil.” Sofia menepuk tangan Aisya.

Aisya tersenyum. Dalam hatinya kusut. Macam mana nak pujuk Aidil.

“saya balik dulu la. Irsyad, mama balik dulu. Meh sayang mama.” Tangan di hala ke depan memanggil Irsyad.

Namun Irsyad menggeleng. Sebak Sofia melihat gelengan anaknya.

“Irsyad, mummy cakap apa haritu? Kalau sayang daddy, mama, mummy, sayang semua orang, nanti...”

“Allah sayang...” sambung Irsyad.

“haa... kalau nak Allah sayang, pegi peluk mama, cium mama. Cakap kat mama, Irsyad sayang mama.” Irsyad mengangguk dan memeluk Sofia dengan erat.

Sofia memandang Aisya dengan mata yang bergenang. Bibirnya menyebut ‘thanks’ tanpa suara. Aisya membalas dengan senyuman.

Selepas Sofia balik, dia duduk di ruang tamu dengan Ayah, alang dan abang chik.

“betul ke?” tanya Aisya. Wajah ayah direnung. Macam susah nak percaya cerita Sofia. Takkan la sampai macam tu sekali.

Ayah menarik nafas panjang. Sebelum bersuara. Biar harini Aisya tau semuanya. Dah lama dia berhajat nak bagitau Aisya, cuma Aidil yang asyik menghalang. Kalau terus terang dari dulu, mungkin anak bongsunya sedang bahagia sekarang. Ini tak, dua-dua ikut kepala sendiri.

“lepas adik pegi, boleh kata selang 3 hari Aidil call tanya pasal adik. Selalu jugak dia datang sini tengok ayah. Sampaikan bila dia nak bercerai dengan Sofia, dia jumpa ayah tanya pendapat. Cuma waktu tu, Aidil tak cerita dengan spesifik kenapa dia nak bercerai. And now I know. Adik taktau, waktu tu, Aidil macam hilang pedoman. Selalu la dia datang tidur sini, lepak dengan kitorang. tapi lepas dia dengan Sofia bercerai, dah jarang sangat datang sini. ayah pun selalu kena stay JB dengan along.” Kata ayah dengan tenang.

“aah dik. Kitorang nyaris bertumbuk waktu first time dia datang sini dulu. Nasib baik ayah ada. Kalau tak, lama dah arwah suami awak tu. Along la paling ganas. Marah betul along bila Aidil berani tunjuk muka kat sini 3 tahun lepas. But then, we saw something. Sincerity. Dia ikhlas, dik. Pasal adik rapat dengan Safwan pun dia tau. Setiap pergerakan adik dia tau. And bila dia tau pasal adik dengan Safwan, dia menitik jugak la air mata jantan dia. Serius. Tapi kalau adik tanya dia, mesti la dia tak mengaku. Kitorang yang tengok pon rasa nak menangis guling-guling sekali.” Sampuk alang sambil matanya melekat di skrin tv. Exaggerate.

Patutla dia tengok Aidil dan abang-abangnya macam kamceng gila. Pelik jugak sebab sepatutnya kan abang-abangnya boikot Aidil atau belasah Aidil cukup-cukup sebab buat dia lari jauh-jauh. Rupanya.....

“pegi la cari Aidil. Rasanya dia tak pegi mana pun. Kat rumah sana jugak. Tak payah bawak Irsyad. Kitorang jaga.” Ujar abang chik pula.

“Irsyad duduk dengan tok ayah, pak lang dengan ayah chik nak? Malam ni kita jalan-jalan. Nak tak?” tanya ayah kepada Irsyad yang leka bermain.

“nak nak!” teruja muka Irsyad.

Aisya tersenyum.

“macam mana kalau dia marah?” tanya Aisya, gusar dengan penerimaan Aidil nanti.

“berapa lama sangat la dia nak marah. Gunakan kuasa magismu sebagai isteri...”

Pappp.

Bahu alang dipukul kuat.

Ayah, alang dan abang chik ketawa kuat. Seronok melihat muka tersipu-sipu Aisya.

Sekarang baru dia dapat cantum puzzle hidup dia, yang bercelaru. The missing piece of my own puzzle. Dia dah jumpa. Dan dia faham. Baru dia faham kenapa Aidil nampak marah sangat dengan dia malam tu.

Macam mana dia terseksa di Southampton, Aidil, jauh lagi teruk. Terpaksa berhadapan dengan masalah yang bertimpa-timpa. Perlu menggalas tanggungjawab jaga Irsyad sorang-sorang.

Now, masa untuk dia dan Aidil bahagia. Dia neked. Biarlah apa saja yang berlaku, dia akan pertahankan kebahagiaan dia dan Aidil.

Real Aisya is back in action.

*             *             *             *             *

25 comments:

Unknown said...

fighting aisya... chaiyokk...haaha tq TT

rien said...

suka.... sgt....

Hajar said...

Yay! Ok dah, tak nak marah Aidil. Haha. So Aisya, jgn tunggu lelama. Fight for your happiness! :)

Lieynaim mohd noor said...

chaiyok aisya...

keindahan said...

hmmm....suka sesngat ....senyum smpai tlinga..:-)

Yin Areesa said...

hola hola... lambat pulak entry sampai kat akak. ngee... sebenarnya tak nak komen sbb nak tunggu the magic seorang isteri... :)

dila dyna said...
This comment has been removed by the author.
dila dyna said...

ark...ark...excited!!!! cpt2 pujuk aidil tau >_<

rose ishak said...

go Aisya go..alahaiii den yg berdebar2 plak ni pekehenya hahaa..okeh aisya inilah masanya nak kelip2 mata,harap aidil jgn muncung teruk sgt hohoo..

AinaShukri said...

oh-oh don't tell me safwan dgn anish skrg? laju betul mamat tu. tak miss sesaat pon! go! aisya go!

BimBo77 said...

come on aisya...aidil is waiting for u..♥♥

Unknown said...

BEST..

Unknown said...

aduhai...aisya cepat2 lh pegi pujuk hubby cayang tuh...cian lh plak kat aidil nih...tp cam dh nampak jer bunga2 bahgia depan mata...sweet lh kot nyer bile aisya pujuk2 syg hubby..up lg dek...teruja sih...

eifa said...

pujuk laa Aidil. majuk tuh. go aisya go. dapatkan cintamu. hehe

:: Cahaya Hazwani :: said...

yeayyyy!!!! cpt2 aisya jmpe aidil!!!

Gee said...

aisya, aja, aja fighting...

yang said...

ok ok ..x sabar nak tunggu n3 baru ...hehehe...go aisya go

Anonymous said...

amagadddd go aisya gooo! hehehe

Anonymous said...

thnkssssssss bagi citer yg best super the besttttt hehehehehe...x sabar nk tgu sambgn

Rozy Harris said...

Owh...best...sambung cepat ya...

inochi said...

Chaio aisya!!

Anonymous said...

safwan nk kt anish kot...

Zakiah Halim said...

go go go aisya... cpt cari aidil, peluk dia ketat... ngeee...

anissa said...

Sessi memujuk plak...i like....

MizaEija said...

yes.. u g0 girl ~^o^~