“angah!!”
Suara nyaring
Aisya dari tingkat atas memecahkan kedamaian petang itu.
“angah!!”
“angah mana ada
la!” abang chik menjerit dari depan tv.
“abang chik! Tolong
adik! Penting. Hidup mati!”
“apende?”
“tolong belikan
pad.”
“pad ape? Test pad?”
“pad la. Tuala wanita
yang macam iklan Adibah Noor tu.”
Senyap.
“abang chik!!!”
“wo wo! No no
no! With big N and O. Never ever!”
Abang chik mendongak
memandang Aisya yang berdiri anak tangga paling atas dengan muka kerut-kerut.
“abang chik. Please.
Ni terdesak sangat ni. Pleaseeee.” Aisya merayu. Woi dah banjir ni, takkan nak
drive aduhh.
“adik nak suruh
abang chik terjun bangunan, abang chik sanggup. Merentas lautan bersalji, abang
chik boleh takde hal. Nak suruh abang chik masuk dalam perut dinasor, abang
chik rela. Tapi beli pad...... okbai!”
“abang
chikkkkk!!!”
Tiba-tiba muka
lesu Aidil menjengah dari pintu masuk.
“ha, ni suami
terchentaaa adik ada. Minta dia la belikan.”
Aidil yang tak
tau menahu perbalahan adik-beradik ni, tercengang.
“abang chik! Tolong
la please....”
“apahal ni?”
tanya Aidil, memandang Aisya dan abang chik, silih berganti. Tubuhnya di hempas
ke atas sofa.
“ni ha, adik ni
mintak belikan...”
“abang chik!!!”
jerit Aisya sebelum abang chik sempat menghabiskan ayatnya.
“..pad...” abang
chik tersengih.
“test pad?” soal
Aidil dengan innocentnya.
“copy paste ayat
abang chik. Hahaha.” Abang chik tergelak suka. Aisya mula menayangkan muka
cemberut.
“bukan. Dia nak
tuala wanita.” Sambung abang chik lagi.
“lepastu?” tanya
Aidil lagi.
“dia suruh abang
chik beli. Ada ke patut? Tak jantan ok?”
Aidil pula
ketawa lucu. matanya dipejam rapat, cuba menghilangkan lelah.
“gedikla abang
chik. Tolong la. Emergency! Mana tau pegi sana jumpa jodoh abang chik haaa.”
“tak mau. T. A. K.
M. A. H. U.” Sebijik-sebijik huruf disebut. Dia turut melabuhkan badannya ke
sebelah Aidil dan menyambung menonton tv.
“eeee... tak
berhati perut. Tengok la nanti abang chik mintak tolong, haram adik nak tolong.
JAHAT!” jerit Aisya dengan geram.
“hihhhh
bisinglah adik kau, abang chik.” Rungut Aidil masih dengan mata tertutup.
“biasalah, dulu
lahir kembar dengan ayam baru lepas menetas.” Selamba abang chik menjawab.
“Aidil... Tolong...”
terus terbuka mata Aidil mendengar namanya disebut.
“haa? Pedie?”
soal Aidil.
“tolong belikan
pad. Uuuu... emergency ni!” rayu Aisya dengan sayu. Ok, ni bukan buat-buat ok. Sedih
la takde orang nak tolong.ni la padah dia sorang je perempuan dalam rumah. Ni yang
nak suruh ayah lahirkan anak perempuan sorang lagi ni.
“ye la ye la. Macam
mana nak beli?” tanya Aidil sambil bangun dari sofa. Kesian pulak isteri dia
ni.
“awak pegi ke
kedai runcit. Cari jenama Libresse. Ala yang yuna tu. Awak tak tau, tanya je
orang kedai tu. Saya nak yang ada wing tau.”
Aidil mula
pening. Wing tu sayap kan? Ada yang bersayap?
Dia terus ke
kereta, memandu keluar ke kedai runcit.
Sampai kat kedai
runcit, dia termangu seorang diri. Apa dah jenama yang Aisya cakap tadi? Henset
tertinggal la pulak.
Adik kaunter pun
dah pandang pelik je.
“err bang. Abang
cari jenama apa?” tanya adik kaunter itu.
Aidil menggaru
kepalanya. Tak ingat.
“yang yuna punya
tu ada ke? Abang tak nampak jenama Yuna pun?” tanya Aidil dengan muka selamba.
“Hahh jenama
Yuna?” adik kaunter tergelak perlahan. Sebenarnya nak gelak guling-guling tapi
cover.
“aah. Isteri abang
cakap yang yuna tu. Ada ke?”
“ada bang. Tapi bukan
jenama Yuna tapi Libresse. Abang nak yang macam mana?” libresse hijau dan biru
ditunjuk.
“alamak. Ada beza
ke? Haa, yang bersayap.”
Sekali lagi adik
kaunter melepaskan ketawa kecil. Abang, please la keluar cepat, saya nak gelak
guling-guling ni.
“ehemm. Orang tak
sebut sayap bang. Wing. Abang nak maxi ke overnight?”
“maxi? Overnight?
Apa tu?”
“saiz, bang.”
“adoii.. abang
ambik dua-dua la dik.”
Adik kaunter
mengangguk dengan gelak yang cuba disembunyikan. Pad di masukkan ke dalam
plastik.
Selesai membayar,
belum sempat Aidil keluar, adik kaunter sempat lagi menyampaikan pesanan
penaja.
“untung isteri
abang. Kirim salam la ye. Kalau abang ada adik lelaki yang sweet macam abang,
sila la kenalkan kat saya ye.”
Aidil ketawa. Abang
memang sweet. Isteri abang je yang kayu sangat tak nampak ke’sweet’an abang ni
ha.
Sampai dirumah,
dia terus memanjat tangga menuju ke bilik dia dan Aisya. Kelihatan Aisya sedang
berdiri di tepi tingkap.
“nah. Ya Rabbi,
susahnya nak pilih.”
Aisya tersenyum
gembira. Penat dah ni asyik berdiri dari tadi. Plastik diambik dari tangan
Aisya.
“ehh kenapa
sampai dua?”
“haa senang
nanti kalau tak cukup.” Jawab Aidil sambil melabuhkan badannya ke atas katil. Legaaaa....
mata dipejam. Badan mengiring ke kanan.
Aisya ketawa. Aidil
dihampiri.
“thanks.” Bisik Aisya
sambil mencium pipi Aidil. Dan terus ke bilik air. Malu.
Serta-merta mata
Aidil terbuka luas. Tadi tu....
Senyum terukir.
* * * * *
‘sy sayang awk’
Terbeliak mata
Aisya membaca mesej yang baru dia terima tadi.
‘salah number ke ape ni?’
‘tak. Aisya Redza, sy syg awk’
‘sehat tak ni?’
Berkerut dahi
Aisya baca mesej dari suaminya.
‘sehat. Aisya Redza, sy nak same2 dgn awk sampai bila-bila’
Tiba-tiba rasa
hatinya berbunga-bunga. Ini la yang dinamakan dalam hati ada taman kan.
Errr nak jawab
apa ni? Dia mula gelisah. Malu pun ye jugak. Err..
‘ok. Balik cepat. Bawak sy jalan2’
‘tu je jawapan awk?’
‘ye. BALIK CEPAT!’
‘ok SAYANG. Kita dinner lua malam ni xoxo’
Amboiii capslock
‘sayang’ tu. Gedik gila.
Aisya
tersenyum-senyum. Terbayang apa yang perlu dia lakukan bila Aidil balik nanti.
Mungkin inilah masanya untuk mereka mulakan cerita mereka sendiri. Dan dia
perlu berterus-terang dengan Aidil. After all, perkahwinan tu adalah
kepercayaan kan?
Kena buat solat
sunat dulu ni. Supaya Allah permudahkan urusan mereka berdua.
Langkah diatur
ke bilik air untuk mengangkat wudu’.
Selesai solat
sunat 2 rakaat, baru teringat, dia berjanji dengan Anish dan Alif untuk lunch
kat luar.
Nama Aidil
ditekan.
“hello. Yes
dear. Dah rindu eh?” suara Aidil menyapa.
Terasa merah
pipi Aisya.
“mengada. Awak.
Saya nak keluar dengan Anish dengan Alif eh. Lunch.”
“ala... jom la
lunch dengan saya.”
“jom la join
kitorang, makan sama.”
“nak ikut. Tapi
saya ada lunch date dengan client. Jom ikut saya la....”
Aisya tergelak.
Mengada gila mamat ni.
“mana boleh.
Client awak kan...”
“jom la jom la.
Client saya lawa tau...”
“hahaha. So?”
“oooo ber’so-so’
dengan saya eh. Siap la awak malam ni.”
Bertambah la
pemerah pipinya. Patut panggil dia Humaira’ hari ni.
“gedik. Jumpa
malam ni. Daaa.”
“eh kejap. Awak
keluar dengan Alif tu, jaga mata ye. Saya ni kuat jealous.”
“hishhh dengan
adik sendiri pon nak jeles. Dushh.”
“mesti la. Awak
saya punya sampai bila-bila, remember?”
“dah dah.
Melalut. Kerja! Balik cepat.”
“ye sayang.
Assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”
Rasa nak
terkoyak bibir tersenyum dari tadi. Entah apa yang merasuk Aidil. Ayat terlebih
gula. Gula ni bukan sebarang gula. Gula melaka pun surrender.
Lebih sebulan
dia, Aidil dan Irsyad duduk sebilik di rumah ayah. Dia nampak Aidil berusaha
mengambil hatinya.
Hari-hari bangun
tidur, tengok cermin meja solek, ada je kesan yang dia tinggalkan.
Masuk kereta nak
hantar Irsyad pegi kindergarden, ada ros. Ye orang kate cliche gila. Tapi,
kalau ros rainbow, tak ke boleh cair.
Entah mana dia
dapat ros rainbow. Sebab dia tau, ros ni bukan asalnya rainbow, kena cat jadi
rainbow. Dia syak Aidil cantas ros putih yang dia tanam depan laman rumah ayah.
Sebab makin lama ros tu makin botak pulak. Nak kena piat ni. Ingat senang ke
nak jaga pokok bunga ros? Nanti dia balik, paksa dia tanam balik, tak kira!
Tapi still,
rajin la pulak dia cat mngecat ni. Untunglah tangan artistik. Aisya tergelak
kecil.
Tapi yang
peliknya, tak ada pulak Aidil cakap apa-apa. Muka selamba habis. Sampai
kadang-kadang dia terfikir balik, betul ke Aidil yang buat semua tu.
Nak kena tanya
ni malam ni!
* * * * *
“mana aunty Nish
dengan uncle ni, mummy? syad lapar ni.”
Aisya tersenyum
memandang Irsyad yang bermain dengan sudu.
“sabar sayang.
Apa mummy cakap pasal sabar?”
“orang sabar
Allah sayang!”
“pandainya anak
mummy ni. Nanti mummy belikan hadiah ok?”
Irsyad
mengangguk ceria.
Dengan Irsyad,
Aisya menggunakan pendekatan yang sama macam ayah dan arwah ibu lakukan kepada
dia dan abang-abangnya.
Give and take. Dua
pujian, satu teguran. Lots of hugs and kisses.
Dan setakat ni,
Irsyad masih mendengar kata walaupun ada masanya mencabar kesabaran Aisya
sendiri. Biasalah budak kecik kan? Budak kecik yang behave, senyap, kaku, something
wrong somewhere.
“hah Kak Aisya.
Berangan!” Anish menepuk bahu Aisya.
Aisya tergelak
kecil sambil menarik Anish ke dalam pelukannya. Rindu. Alif dibelakang Aisya di
sapa dengan senyum manis.
“Kak Aisya
sehat?” tanya Alif.
“sehat. Amboi
hensem sekarang?” usik Aisya. Alif ketawa geli hati.
“memang dari
dulu hensem ok.” Jawab Alif dengan selamba sambil menarik kerusi di sebalah
Irsyad.
“Icadddd. Aunty
nish rindu sangat! Meh nak muah muah meh!” pipi Irsyad digomol geram sampai
Irsyad kelemasan. Aisya ketawa riang.
Hampir sejam
setengah mereka makan tengah hari sambil bersembang, catch up kata orang,
sebelum Anish dan Alif meminta diri untuk balik ke office masing-masing.
“jom kita pegi
bookstore jom. Kita beli colouring book baru nak tak?” kata Aisya kepada Irsyad
sambil memimpin tangan Irsyad keluar dari restoren makanan Padang itu.
“mummy! tu
daddy! Dengan mama.” Tiba-tiba Irsyad menuding jarinya ke dalam restoren
makanan Western di sebelah restoren Padang itu.
Sepantas kilat
Aisya menoleh.
Aidil. Dan
Sofia. Bergelak ketawa.
Rasa ngilu di
dadanya.
“...client saya lawa tau...”
Terngia-ngia
ayat Aidil di telefon tadi.
Memang la lawa.
Kalau ‘client’ yang disebut tu Sofia.
“mummy? nak pegi
kat daddy ke?”
Suara kecil
Irsyad mengejutkan Aisya yang masih merenung pasangan yang sedang makan dan
sesekali ketawa riang.
“err tak. Jom la
kita pegi bookstore.” Tanya Irysyad ditarik ke kereta.
Kalau ikut hati
rasa macam nak menangis. Cemburu. Mestilah dia perempuan. Mana ada perempuan
yang kuat macam besi. Cemburu tu lumrah. Lagi-lagi baru je pagi tadi Aidil
cakap dia sayang Aisya. Emmm... nak nangis boleh? Tapi, menangis tak selesaikan
masalah kan? Nak suruh serang? Eheh, dia bukannya tak waras, nak jadi popular
dalam restoren tu.
Nafas ditarik
dan dihembus perlahan-lahan. Surah al-Insyirah di baca dalam hati. Tangan kanan
di letak ke atas hati. Petua ayah kalau hati tengah resah.
Balik ni,
selesaikan dengan Aidil. Biarlah segalanya selesai segera. Wajah Irsyad
dikerling sekilas. Kalau dia terpaksa lepaskan Irsyad? Ahh tak sanggup nak
bayangkan.
“...setiap
kesukaran disertai kemudahan..” janji Allah. Yakinlah.
20 comments:
Adoi, takleh tahan nak gelak part beli pad tu. epic okay? Hahahah...
Harapnya Aisya tak buat tindakan bodoh. And Aidil pun tak bagi alasan bodoh. Heh.
best..cuma nk komen aisya tu leh tegas x.nyampah lak dgn aidil tu..klu masih syg dgn sofia tu rujuk je la.ni sofia nk aisya lg la dia nk.ke aidil cuma nk cari org yg boleh dia harap tuk jg ank dia je..eeeee..geram nya
nape mesti ada kesakitan utk bahagia?
aidil harus sedar siapa yg dia perlukan,cian aisya
1st at all, slamat berkenalan... bru prtama kali menjejakan kaki ke blog ini ats rekomen kwn2.. hihihi... quite fun n intwesting.... like it so much very sempoi cara u bercerita... gd luck n keep up a good writing... ♡♥♡
Sweet la inche Aidil ni... tp awat kuar lg ngan sopia tu.. inche aidil sila ingat kata2 abg2 Aisya yeeer..kan nanges tak berlagu kanggg
sukanya akak yang ditunggu2 dah tiba...rasenya mmg ade 'rasa' antara aisya n aidil. layanan aidil pd sofea sekarang ni, hanya sekadar ibu mereka adalah ibu dan bapa irsyad..
sambung lagi ye...tak sabar lah rasenya nak tunggu walaupun aisya kate "orang sabar Allah sayang"
mula baca senyum sampai telinga dgn kesweetan dan innocent aidil. at the end senyumku mati sendiri bila aidil keluar dgn sofia.. hish aidil ni, cakap tak agak-agak!
gerammmmnye kat aidil ..sori emo byk .. :(
alalala npe die begelak ketawa n kua dgn sofia??tp aidil awl2 da ajk tp aisya yg xnk kan..hurmm...sedeyh plak..xnk bnde buruk jd kt aisya n aidil..nk dorg beamae selamanye..eceywahh..
p/s:TT ade silap sket tang aisya peluk aidil tuh! patutnye peluk anish kan???hee
*bersama
mula-mula baca macam sweet ja...
baca bab Aidil sms dan ajak dinner macam rasa dah x sedap hati ja...
bila Aisya minta kebenaran nak keluar hati dah berbelah bagi.... macam ada yang x kena...
bila dah terjadi rasa macam x patut Aidil keluar dengan Spfia berdua ja.... walaupun bekas isteri tapi pandangan dan kata-kata orang memang x baik kan.... Aidil sendiri mahu ingat ok....
hehhehe...beli pad seyyhhhh...tapi kalo sowang lelaki yg baik dia rela lakukan ape sj kan demi isteri terchenta....x kan nak kan perempuan 2 masa sihat jekan...masa2 darurat cam 2 ringan2kanlah tgn 2 membantu...haboiiii abang cik 2 kan x leyh membantu langsung...kalo betul2 soh tejun mabungan cen ne heh....propa je lebih 2...ingat bang cik sok2 hang pon akan ade isterikan...so kalo isteri mintak tulun x kan x nak tulun kan...sabar aisya sabar....malam nanti kite settle ....cadddd jaga mummy....cian mummy, dia tengah sedih 2 daddy buat....
adus sedey...ngapalah aidil buat cam tu n ngapalah aisya byk pendam rasa...maybe sebab aisya cam tu aidil takes her for granted...timi
kesian aisya.
alahai...nih ape lh plak kes,tetiba jer minah sopia ni leh terinter
-prame plak nih...mmg betul2 potong stim lh...sakit kat mata k gak lg ,tp kalu dh sakit tuh kat hati cam kena madu beracun...amek ko lh dil, lu hadap sendri lh jiwa cinta hati u yg ngah terkeciwa n tercemburu n terguris hati...pujuk yerrrr jgn tk pujuk lak....heehee
alahai..apasal siAidil tu never learn ..kenapa tak berterus terang mengatakan yg dia keluar dengan sofia..kan dah terkantoi bila Aisya terjumpa dia berjimba jimba dengan bekas isterinya dan nampak happy giler pulak tu.. Adakah Aisya akan merajuk dan memilih untuk hidup sendiri..
Kalau aidil memain je dgn aisya ni mmg aku sendiri turun serang dia hahaha stress betul dgn aidil tu tp ntah2 dia tgh buat perjanjian damai dgn sofia since sofia dah baik ke apa who knows kan. I really hope aidil will end up dgn aisya :D
we want more. plss ^_^
Tuan tanah .. Like cite niy.. Bestnya Abang2 aisya tu..
baru nak mood sweet2..dah jd sedih2 plak.. huhuhuhu
Post a Comment