AIDIL baring di atas katil. Sebelah kanannya di pandang, kosong, tanpa kehadiran Aisya. Malam ini, segalanya bermula seperti biasa, tanpa Aisya di ruangan ini.
Tangan di depa memenuhi
ruang. Dan buat pertama kalinya dia terasa bilik itu terlalu besar dan sunyi.
Aisya balik petang tadi. Mama, papa, Alif dan Anish semua nampak sedih
melepaskan Aisya. Dan suasana makan malam mereka sangat muram, balik seperti 11
hari yang lalu.
Matanya di pejam, cuba lena,
cuba untuk menghilangkan resah. Dalam diam dia berdoa supaya keputusan yang
dibuat betul.
Di rumah ayah, Aisya duduk
di depan tv di kelilingi abang-abangnya dan ayah. Puas mereka memujuk Aisya
yang sudah 2 jam menangis teresak-esak tanpa henti.
“Adik, mungkin dia bukan
jodoh adik.” Untuk kali ke-100, Bang Chik mengatakan benda yang sama. Habis
mati akal, tiada idea untuk memujuk Aisya.
“Nak sedih jugak. Tak kira!
Aaaa.... kenapa adik sedih sangat ni,” kata Aisya sambil tersedu-sedu. Air
matanya mengalir macam air paip.
“I think....” Angah memegang
dagu Aisya, memaksa Aisya merenung ke dalam matanya. “You’re in love with him.”
“Aaaaaaaa!!” Lagi kuat Aisya
menangis. Along, Alang dan Bang Chik menyumpah Angah. Baru je budak ni nak reda,
dah start balik. Ayah menggeleng melihat cubaan anak-anak lelakinya memujuk
puteri bongsu manjanya itu.
Perlahan-lahan tubuh Aisya
di dakap lembut. “Sayang, kan ayah dah kata, redha. Mungkin betul Bang Chik
cakap, Aidil bukan jodoh Aisya. Mungkin jodoh Aisya sekarang tengah tunggu
Aisya. Siapa tau. Ajal maut jodoh rezeki, semua rahsia Allah. Adik menangis
macam ni, macam adik tak redha tau.”
“Aaaa... adik taktau kenapa
adik nangis....” Kata Aisya perlahan sambil tersedu-sedu. Dia teringat tentang
petang tadi ketika dia bersalaman dengan mama, papa, Alif, Anish dan Aidil.
“Saya dah buat keputusan, nanti saya bagi borang kat awak.” Tenang wajah
Aidil ketika mengungkapkan hal tersebut.
“So, itulah keputusannya?” tanya Aisya dengan suara agak bergetar.
“Itu yang terbaik. Kita sama-sama tak ada rasa apa-apa. Saya cintakan
Sofea, awak pun ada pasangan.” Balas Aidil.
Lama Aisya terdiam, berfikir dan bertanya hati.
“Ok, jumpa lagi.” Aisya menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Wajah Aisya nampak terluka. Aidil menggenggam tangannya. “Kita masih jadi
kawan kan?”
“InsyaAllah. Thanks for the 10 days’-husdand-wife.” Kata Aisya cuba untuk
menenangkan hatinya yang luka berdarah.
“Betul awak taknak saya hantar?” tanya Aidil. Kalau boleh dia nak hantar
Aiysa balik ke tempat asalnya dan dia juga nak berkenalan dengan keluarga Aisya
yang selama ini Aisya sorokkan darinya.
Aisya menggeleng. Beg pakaian di angkat.
“Aisya, last question.” Aisya mengangkat keningnya. “Kenapa awak tak pernah
bagi peluang kat saya untuk kenal keluarga awak?” tanya Aidil.
Aisya menghela nafasnya. “Sebab ini kesudahan cerita kita.” Ringkas jawapan
dari Aisya dan yang pasti dia taknak menghuraikan jawapan itu.
Dan hari ke-10 berakhir ketika Aisya melangkah keluar dari banglo putih
yang menyimpan memori mereka.
PEJAM celik pejam celik,
hampir 2 bulan sudah berlalu. Aisya dan Aidil masing-masing cuba teruskan
kehidupan mereka seperti biasa meskipun dalam diam ada lagu rindu yang
berkumandang dalam hati mereka. Namun dek kerana keanehan perasaan itu,
masing-masing tidak sedar kewujudan rasa itu.
Sejak balik dari fashion
show Lee’s Collection, Sofea semakin sibuk apabila mendapat perhatian
penggiat-penggiat dunia fashion. Bukan Aidil takpernah berterus terang dengan
Sofea yang dia tak suka Sofea terlibat dengan dunia peragaan, tapi Sofea,
sentiasa dengan keras kepalanya.
‘Dear, lama dah tak dinner sama. Tonight?’ – Sent.
Lama dia menunggu balasan
dari Sofea, namun hampa. Hari-hari minggunya seperti biasa. Bosan dan rumah pun
sunyi.
Tok tok tok.
“Masuk!” Jerit Aidil, malas
nak bangun bukak pintu.
Pintu terbuka, tersembul
wajah Anish. Dia masuk dan melabuhkan punggungnya ke atas katil Aidil.
“Boringlaa. Jom keluar.”
Ajak Anish dengan muka bosannya.
“Pergi mana?”
Anish mengangkat bahunya.
“Didi tak ada contact Kak Aisya ke? Jom ajak dia lepak! Rindulah.”
Sebaris nama itu berjaya
buat Aidil rasa kena kejutan elektrik. “Tak ada. Dia pun senyap je. Busy la
kot.”
“Isteri sendiri pun tak
tahu. Eh, Didi. Nak tanya boleh?”
Aidil angkat kening memberi
persetujuan.
“Didi betul-betul nak
bercerai ke ni?”
Aidil menoleh. Tak sangka
soalan itu yang akan di tanya. Dan dia tak suka soalan tu. Bahu di jungkit. Tak
ada mood nak jawab.
“Jangan la lambat-lambat
kesian Kak Aisya.”
“Sejak bila geng Kak Aisya?
Selalu Kak Sofee je?” tanya Aidil dengan nada menyindir.
“Entahlah. Tapi sayang
sangat dengan Kak Aisya. Dia fun gila. Tengok dia datang, rumah kita ceria je.
Dia tak ada, Nish pun rasa malas nak balik, rumah sunyi sangat.” Anish baring
di sebelah Aidil.
“Didi. Eh Nish pun ada sini.
Haaa, mama dengan papa ajak keluar makan lepas maghrib.” Alif tiba-tiba muncul
di depan pintu bilik Aidil. Anish bangkit tanpa menunggu kata-kata dari Aidil
yang nampak lemau macam biskut chipsmore masuk angin.
“Tengok dia datang, rumah kita ceria je. Dia tak ada, Nish pun rasa malas
nak balik, rumah sunyi sangat.” Terngia-ngia kata-kata Anish di telinganya.
Malam itu, mereka sekeluarga
keluar makan di kedai ikan bakar yang baru dibuka. Dekorasi restoren itu sangat
memukau pandangan. Seluruh kawasan itu di penuh dengan pondok-pondok kecik
dengan meja Jepun sebagai tempat makan. Sebatang sungai kecil mengairi keliling
kawasan restoren. Cahaya lampu yang malap dengan bunyi air sungai mengalir
berjaya menghidupkan suasana.
Mreka memilih sebuah pondok
yang terletak di bahagian hujung. Di sebelahnya ada sebuah lagi pondok kecik
yang mempunyai dekorasi yang sama.
Masing-masing senyap membaca
menu.
“Zulkifli?” Papa mengangkat
muka.
“Ehh? Redza kan? MasyaAllah,
Redza”. Papa bersuara girang. 2 lelaki itu berpelukan gembira. “Lama aku tak
jumpa kau. Tak pernah nak datang rumah.”
“Aah betul, tak datang rumah
pun. Eh sorang je? Anak perempuan kita
tu mana?” Mama pula bertanya.
Ayah tergelak gembira.
Takdir Allah, mereka sesama besan berjumpa di restoren ini. “Ada, kejap lagi
sampai.”
“Aidil, Anish, Alif, salam ayah
ni.” Zulkifli menoleh ke arah anak-anaknya.
“Aidil?” Ayah menepuk bahu
Aidil, gembira akhirnya dapat jumpa menantunya.
“Aidil kenal tak ni?” Papa
bertanya kepada Aidil yang nampak terpinga-pinga. Papa, mama dan ayah serentak
tergelak.
“Inilah dia, kita serahkan
semua hal kat anak-anak, mertua sendiri tak kenal.” Ujar Papa, sengaja memberi
hint.
Haaa? Mertua?? Berkerut dahi
Aidil. Di kepalanya terbayang wajah seseorang.
“Ayah.. Eh papa, mama.”
Belum sempat disebut, sudah muncul gerangan empunya diri.
“Hai sayang.” Mama bangun
dan menarik Aisya ke dalam pelukannya. Rindu.
“Kak Aisya... Rindu gilak.”
Anish pula memeluk Aisya.
Aisya tergelak lucu namun
hatinya dibanjiri rasa terharu. Dalam diam dia terasa dirinya di tenung.
“Hai Aidil. Miss me?” Aisya
menepuk bahu Aidil, menyapa seperti seorang rakan.
“Hai. How are you?”tanya
Aidil dengan nada lembut. Terasa seperti satu beban di dadanya hilang apabila
melihat wajah ceria Aisya.
“Berdua aje ke?” tanya Alif
yang sedari tadi hanya menjadi penonton.
“Assalamualaikum.”
“Assalamualaikummmmmmm....”
Along menyapa bersama Kakak
dan Aran yang seronok memegang lollipop di tangan. Angah dan Alang menyusul
dari belakang. Aidil tergamam melihat kesemua ‘teman lelaki’ Aisya yang muncul
secara serentak.
Angah pula dengan selamba
memeluk bahu Aisya selepas bersalaman.
“Waalaikumussalam.” Jawab
mereka hampir serentak.
“Atuk!! Nenek!!” Pekikan
Kakak dan Aran memenuhi ruang. Papa dengan mama gembira melihat mereka berdua
lantas di peluk cium kedua-duanya sepuas-puas hati melepaskan rindu.
“Haa.. Zul, Mah, ini anak
sulung aku Fahmi, kitorang panggil Along aje. Kakak dengan Aran ni anak along.
Menantu aku tak ada kat sini, outstation. Yang belakang ni, Fazlee, anak kedua
aku. Yang ini Alang, Fahril. Sorang lagi hero aku tak dapat datang, shif
malam.” Ayah memperkenalkan kesemua anak-anaknya kecuali Bang Chik yang duty
malam.
“Bro. Apesal yang
tercengang-cengang ni?” Tanya Along kepada Aidil yang nampak confius dengan
suasana itu.
Angah dan Alang ketawa
mengejek. Tau apa dalam otak Aidil.
“Kau? Lee? Aisya? Errr...
adik beradik?” tanya Aidil tergagap-gagap.
“Iyelah. Aisya adik kitorang
aka girlfriend sepanjang hayat. Kau fikir apa ha?” usik Angah pula.
Aidil terdiam. Cuba mencerna
segalanya. Segala perasaan bercampur baur. Geram, rasa nak gelakkan diri
sendiri, rasa berdosa. Tapi, yang peliknya, ada rasa lega yang menyebabkan
semua perasaan hilang negatif
serta-merta.
“Haaa dah dah. Jomlah duduk,
order makanan. Adik dah lapar ni. Nak sembang ke nak gaduh ke, kejap-kejap
lagi.” Aisya menggosok perutnya menandakan bahawa dia tersangatlah lapar.
Masing-masing mengambil
tempat duduk. Aisya duduk di sebelah Anish yang nampak excited dengan kehadiran
Aisya. Aidil pula duduk bertentangan dengan Aisya dan di sebelah Along.
Masing-masing berbual dengan ceria, menukar cerita. Kakak dan Aran pula dengan
gelagat mencuit hatinya, menaikkan suasana. Sesekali Aidil memandang Aisya yang
ceria bercerita dengan Anish. Melihat senyuman Aisya cukup untuk membuat dia
terasa nak senyum juga.
Hampir jam 11 malam baru
masing-masing meminta diri. Aidil menghampiri Aisya yang masih bersembang
dengan mama.
“Aisya, jom lepak kejap. Ada
benda nak cakap.” Aidil berbisik perlahan ke telinga Aisya.
“Tonight? Malam dah ni. Esok
lusa ke tak boleh?” tanya Aisya, mengelak.
“Firasat saya kata, esok
lusa, saya takkan dapat cari awak dah. So, before awak hilang lagi sekali, malam
ni jugak saya nak jumpa awak.” Jawab Aidil, masih berbisik.
“Saya ada ayah. Saya
tanggungjawab ayah saya. Tanya ayah saya.” Kata Aisya dengan tegas. Aidil
mengangguk lalu menghampiri ayah.
“Err uncle,..”
“Apa uncle-uncle ni. You’re
my daughter’s husband, so you’re my son as well.” Tegur ayah sambil memeluk
bahu Aidil dengan mesra.
“A..ayah.. Boleh tak Aidil
nak bawak Aisya keluar sekejap. Ada hal sikit nak bincang. Nanti Aidil hantar
balik.” Pinta Aidil kepada ayah.
Along, Angah dan Alang
tergelak lucu dengan soalan Aidil. Ayah tersenyum.
“Laa kenapa tanya ayah.
She’s yours. Aisya bukan bawah tanggungjawab ayah lagi dah.” Jawab ayah masih
dalam senyuman. Lucu sebenarnya dengan soalan suci Aidil.
“Bro, kalau kau taknak
hantar balik langsung pun tak apa. Kitorang lagi suka” Alang mengusik Aisya
yang nampak terkulat-kulat di sisi Aidil.
“You better watch out,
Alang.” Alang terkekeh-kekeh ketawa dengan amaran Aisya. Tau apa yang bakal
terjadi padanya kalau Aisya balik rumah nanti.
5 comments:
Waaahhhh.... hilang rindu kat Blue.... Nasib baik ada sisa2 rindu, kalau lambat update, terus hilang drp ingatan....
Hmm.... Aidil nak merujuk balik ker pd Aisya? Best.... Post lah entry selalu.... Sakit merindu ni... Hahahaha...
akhirnyaaaaaaaa ...ada juga rindu sensangt dah ni ngan aisya and family..ceria hidup dengan entry ni.. kesian aidil salah faham diorang adik bradk...rajin2 post entry yer dik..tq so much
aduhai terilang rase kangen kat aisya ngan aidil....tak mau depa duk pisah dek,sedeh lah!!!muge buka kan kalimah cinta yg yerpendam kat ati masing2!dua2 pun dah dapat rase akan kehilangan so tanye ati masing2 sape yg berthata kat dalam tuuuuuuuu!jgn nyesal kalu dah terkhilaf wat pilihan dil........hehe thank dek ilang rindu dendam kat ati akak dek..
Wah bestnya rahsia dah pecah, nanti updatelah selalu...
nak lagi boleh best le...
Post a Comment