baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Tuesday, July 30, 2013

Merah [10]



Kepala disandar ke belakang. Jam dinding dikerling.

9 malam.

Suasana pejabat sunyi dan suram kerana para pekerja dah balik. Tinggal dia, Black and In saja diruang itu. Qaisara, memang dah cabut awal-awal lagi. Entah apa yang dikejarkan.

Mengingatkan telatah Qaisara, senyuman terukir di bibirnya.

Selamba. Itu saja perkataan yang boleh menggambarkan Qaisara.

Kepala digoyang ke kiri dan kanan, meregangkan urat-urat ditengkuknya.

Meja yang bersepah dikemas, beg laptop di sandang ke bahu.

Lampu ditutup.

Sebaik saja dia buka pintu, Black dan In bersedia berdiri di tepi.

“pegi mana-mana restoren. Kita makan dulu sebelum balik.” Kata Iyad dan terus berjalan.

Black dan In terpinga-pinga. Kita?

*             *             *             *             *

“jomlah kerja dengan aku...” kesekian kalinya TJ memujuk Qaisara.

Qaisara yang enak menjamah chicken chop, mengangkat kepala.

“kerja apa kau nak offer?” tanya Qaisara, kunyahan diteruskan.

TJ menarik senyum nakal.

“ada dua je choices kau. First, bibik aku. Second, isteri aku. Hahaha. Ha pilih, pilih..”

Qaisara mencebik. Don yang sedang makan turut ketawa.

“tak hengen aku!”

TJ ketawa meriah.

“wehh aku ni bos yang baik ok. Tak percaya, cuba tanya Don, kan Don kan? Kalau jadi suami, haruslah suami yang romantis!” bangga TJ memuji dirinya sendiri.

Qaisara membuat gaya nak termuntah.

TJ dan Don ketawa kuat.

“suami yang romantis tu buat aku nak muntah je ok. Lagipun, aku tak rasa kau cukup romantik. Kalau tak, takkan la Ayana dapat kat King, kan?” balas Qaisara dengan selamba.

TJ terdiam. Don menjeling ke arah Qaisara. Menghantar pandangan berbaur amaran.

Lama mereka tidak bersuara. Keriuhan Bistro tidak memberi kesan kepada mereka.

“marah ke weh?” tanya Qaisara setelah agak lama TJ diam.

Senyap.

“Jazlan, jangan la marah aku. Sorry.”

TJ terus makan tanpa mempedulikan Qaisara.

Qaisara menoleh ke arah Don, meminta pertolongan tapi Don cuma mengangkat bahu tanda tak mahu masuk campur.

Itu lah, depan TJ, jangan sebut langsung nama King. Alergik! Tambah pulak nama ‘Ayana’ ditimbulkan, memang kau carik gaduh, Qaisara.

“Jazlan... Jazlan.. Jazlan...” lengan TJ dicucuk dengan garfu.

TJ menepis kasar. Qaisara dipandang penuh kemarahan. Garfu dan pisau ditangannya dihempas kuat ke atas meja dan terus bangun meninggalkan Qaisara dan Don yang terpinga-pinga.

“itulah kau, dengan TJ jangan sebut pasal King atau Ayana. Buat rosak mood la kau!” rungut Don pula. Dia meninggalkan not 50 ringgit di atas meja dan berlalu mengikut langkah TJ.

Qaisara terdiam sekejap sebelum meneruskan suapan ke mulutnya. Marah pulak? Sensitif macam perempuan! Cemuhnya di dalam hati.

*             *             *             *             *

Iyad memerhatikan keadaan sekeliling. Bosan. Steak sudah selamat didalam perutnya, hanya menunggu In dan Black habis makan saja.

In dan Black saling menghantar mesej melalui isyarat mata. Pelik. Pertama kali Iyad mengajak mereka duduk makan bersama. Ok, kali kedua la kiranya. 2 hari lepas, ada Qaisara.

Kaku. Masing-masing taktau nak mulakan perbualan. Kekok.

Tiba-tiba Iyad ternampak kelibat seseorang yang dia kenali. Tak. Bukan seseorang tapi tiga orang. Sedang seronok makan sambil berbual mesra. Dan entah kenapa, dia rasa marah dan benci.

Qaisara sedang bercakap dan kemudian TJ dan Don ketawa lucu.

Ingin saja dia menarik Qaisara pergi jauh dari situ.

Ahhh! Tak dia bukan cemburu tapi dia taknak Qaisara bergaul dengan orang-orang yang kurang bermoral.

Habis tu kau bermoral sangat, Iyad?

Iyad menghentak meja, diluar kesedarannya dan menyebabkan Black dan In yang sedang minum air, tersentak. Muka Iyad kelihatan tegang.

Tanpa berkata-kata Iyad terus bangkit ke kaunter pembayaran. Black dan In cepat-cepat bangun mengekori Iyad.

Masuk ke dalam kereta, Iyad terus bersuara.

“Zouk.” Arahan yang bernada tegang.

*             *             *             *             *

Titt titt..

Getaran di bawah bantal mengganggu tidurnya.

Mata dibuka perlahan.

Arghh. Kepala bagai dihentak dengan batu.

Rasa loya menyerang tekak. Comforter tebal ditolak kasar, berlari dia ke bilik air. Terduduk dia di depan mangkuk tandas, semua isi perutnya keluar tanpa belas.

Mulut dibasuh dengan gaya longlai.

Entah berapa botol dia togak semalam, tapi yang pasti mesti banyak. Kemeja putih yang berbau masam ditanggalkan. Bawah bibirnya terasa pedih. Leher terasa sengal-sengal.

Dia berdiri di depan cermin untuk melihat apa yang menyebabkan bibir dan lehernya sakit.

Bibir bengkak dan di tepi bibirnya ada kesan gigitan.

Lehernya penuh dengan tanda merah.

Amanda.

Dia mengeluh. Macam mana nak tutup?

Laci digeledah untuk mencari minyak angin.

Minyak angin di sapu. Sementara nak tunggu kesannya, dia berbaring di atas katilnya. Iphone di capai.

Message.

‘i’ll be back! Wait for me.
Ps: i miss you, darling xoxo’

Mesej itu di baca berulang-ulang. Tak percaya.

Ayana.

Kenapa perlu dicari sampah yang di buang dulu?

Hilang mood nak pegi kerja.

Titt titt..

Mesej dari Qaisara.

‘bos, jangan lambat. Harini ada meeting dengan Wisma Permai.’

Iyad menarik senyum. Tau je orang dah plan nak ponteng harini.

‘not feeling well la.’

Tak sampai seminit mesejnya di reply.

‘jgn nak mengada. Karang T.Ali cari bos, nk jwb apa?’

‘ckp je la sy sakit.’

‘bos. Jgn nk buat pasal la. Siap cpt! Black dgn In dah tggu bos kt bawah. Jgn reply msg sy dh. CEPAT SIAP!’

Iyad ketawa perlahan. Amboiii mengarah nampak. Siapa bos ni?

Dia bangkit mencapai tuala. Sebelum masuk ke dalam bilik mandi dia ke cermin. Hilang. Minyak angin memang magik.

Bibir je la yang tak boleh nak buat apa. Pandai la nak cover nanti.

*             *             *             *             *

“bos, jom makan dulu. Saya dah lapar gilaa ni.”

Iyad menoleh. Sejak bila dia ni berani ajak aku pegi makan?

“jangan nak mengada, bos makan saya berdiri tepi tengok bos makan. hello, saya ni manusia ok. Bos nak makan ke tak ni? Kalau taknak saya mintak orang belikan makanan saya makan kat ofis je.”

Ahh dia dah buat keputusan, tak de maknanya nak biar Iyad buli dia. lama lagi nak kerja dengan makhluk ni. Perempuan mana boleh biar lelaki asyik pijak kepala dia. ewah ewah. Ingat kami ni kaum yang lemah ke apa? Please ok.

Iyad ketawa. Ewahh dah berani sekarang.

“awak nak makan apa?” tanya Iyad, agak lembut.

“apa-apa je la. And lagi 1 bos, jangan cakap dengan saya dengan nada macamtu la.”

“kenapa?”

Sebab hati saya ni macam lilin. Cair karang cemane?

“saya cakap jangan, janganlah.” Marah Qaisara.

Titt titt...

Iyad tersenyum. Iphone di tangan kiri di angkat.

‘are you there? Pls syg, reply msg I. Miss you damn much’

Berubah muka Iyad membaca mesej itu.

“boss? Jom aa pegi makan. please please.” Qaisara yang tidak menyedari perubahan wajah Iyad terus memujuk.

“takpayah. Balik ofis.” Tegas Iyad dan berjalan meninggalkan Qaisara.

“kejam!” bisik Qaisara. PMS letteww.

“meh sini kunci kereta. Sara nak pegi ajar makhluk Allah ni cara-cara melayan wanita.” In teragak-agak untuk memberi kunci kereta.

“cepatlah.” Gesa Qaisara.

Dengan berat hati dia memberi kunci kepada Qaisara, dan disertakan dengan doa, semoga esok tak masuk surat khabar muka depan penemuan mayat Iyad di dalam belukar.

Qaisara melangkah laju meninggalkan Black dan In yang tercengang-cengang.

“kita nak balik macam mana?” tanya In.

Black mengangkat bahu.

“makan dulu jom. Aku dengar area ni ada beriani best.”

In mendengus.

“makan je yang kau ingat. Aku risau Iyad balik tak bernyawa je nanti.”

Black ketawa.

“bagus jugak. Senang kerja kita.”

“bengong. Jom ahh makan. kau belanja. Sambil doa-doa sikit Sara tak kena sampuk roh pembunuh bersiri mana-mana.”

Black ketawa meriah. Seronoknya harini bebas sekejap.

*             *             *             *             *

Iyad mula mendengus kasar bila Black dan In masih belum sampai di kereta.

Ada nak kena pecat ni!

Bunyi tapak kasut membuatkan dia menoleh. Qaisara dengan lenggang kangkungnya, terus memicit alarm kereta dan buka pintu di seat driver.

Tanpa bersuara, Iyad terus membuka pintu belakang, tempat biasanya.

“saya bukan driver boss harini ye. So please, in front.” Selamba Qaisara berkata .

Terhenti perlakuan Iyad. Dia merenung Qaisara dengan pandangan marah.

“takpayah nak pandang saya macam tu. Tak lut.” Tanpa mempedulikan pandangan Iyad, dia terus masuk ke dalam kereta.

Iyad mula rasa membara. Kalau lelaki ni, dah pecah muka dia kerjakan.

“bos taknak masuk ke? Sini susah nak cari teksi.”

Bamm.

Pintu kereta dihempas kuat.

Qaisara tersentak. Kesian kau, kereta. Tuan kau ni kurang beradap orangnya.

Iyad duduk di sebelahnya dengan muka ketat.

Tanpa mempedulikan Iyad, pedal minyak ditekan, masuk ke jalan raya.

Sunyi.

“where to?”

Qaisara menoleh ke arah Iyad sesaat sebelum kembali fokus ke depan.

“somewhere over the rainbow.” Gurau Qaisara, cuba membuat Iyad tersenyum.

Kaku.

“marah eh?” usik Qaisara lagi, tak putus asa. Bukan tak putus asa, saja cari gaduh sebenarnya.

Iyad masih diam, tahan rasa nak tumbuk orang.

“alololo. Jangan la marah. Saya nak bawak bos pegi tempat best ni. confirm bos suka punyalah! Tapi tempat ni tak happening macam tempat yang selalu bos pegi tu la.”

Iyad menoleh. Kalau cerita kartun ni, dah nampak dah asap keluar dari telinga.

“hehe. Ala bos ni. cakap sikit sentap cakap sikit sentap. Chill la.”

Senyap sunyi.

Tak lama kemudian, Qaisara berhenti.

“ok. Dah sampai.”

Mereka berhenti betul-betul di depan sebuah gazebo kecil. Atas bukit. Panas terik tapi angin nyaman betul.

Tanpa menunggu Iyad, dia terun dari kereta dan duduk di atas pangkin gazebo.

Iyad melonggarkan tali lehernya sambil keluar dari kereta.

“kenapa?” tanya Iyad. Mukanya nampak lebih tenang.

Qaisara memandang Iyad.

“kenapa?” tanya Qaisara kembali.

Iyad diam.

Lama. Hampir sejam mereka berkeadaan begitu.

“kita kat mana sebenarnya ni?” tanya Iyad tiba-tiba. Qaisara yang hampir terlelap terus terjaga.

“Putrajaya. Ni tempat rahsia. Tak ramai yang tau. Orang-orang hebat macam saya je yang boleh tau.” Jawab Qaisara, jeda.

Iyad tersenyum.

“kalau macam tu, saya pun hebat jugak la kan? Sebab awak bawak saya datang sini.”

Qaisara ketawa.

“poyoooo!” ejek Qaisara tanpa rasa bersalah.

“berani eh awak.” Iyad membulatkan matanya.

“berani je? Kenapa? bos nak campak saya turun dari bukit ni? berani, buat laaa. Saya ada muay thai tau.”

Iyad ketawa geli hati.

Senyap sekejap.

“Qaisara, kita tak pernah berkenalan secara betul kan?”

Qaisara menoleh, memandang Iyad dengan muka tak faham.

“haa? Selama ni kita kenal secara tak betul ke?”

“aah.”

“oh ye ke? Ok. Hai saya Qaisara. Nama pendek Sara. Nama glamer si cantik. Nama manja baby.”

Iyad ketawa. Main-main je kerjanya.

“Iyad. Tak ada nama pendek. Tak ada nama manja. Nama glamer pon tak ada. Panggil Iyad.”

“ehhh. Bos. Ada nama glamer aa. King!”

Iyad ketawa lagi. itu nama time buat jahat.

“so, friends?” tanya Iyad dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

“friends. Bos, saya lapar gila. Jom makan....” tanpa sedar Qaisara merengek manja. Siryes lapar tak tipu.

“ha jom. Awak belanja saya makan.”

“bos! Saya belum gaji la. Bos saya kedekut sangat bagi gaji ciput.”

Ketawa.

“potong gaji baru tau.”

“alaaa bos...”

“bak kunci.” Iyad menghulur tangan.

“biarlah saya bawak. Saya takut bos culik saya. Jual kat Siam ke haaa. Dah la saya ni hot. Komfem orang berebut punyalah.”

Ketawa meriah.

“ada ke orang nak kat awak? Meh sini kunci.”

“alaaaa...”

“Qaisara.” Tu dia. dah keluar nada berapi dia tu.

“elehh itu pon nak marah. Ambik la.” Kunci di lambung ke udara. Iyad cekap menyambut.

“bukan marah. Tak macho la perempuan drive.”

Dah sejak bila bos aku ni pedulik pasal adab-adab bersama wanita?

Angin atas bukit kat Putrajaya ni bawak jampi ke apa ni?




Walaupun hatinya taktau kenapa, berdarah tengok kesan tinggalan sejarah di bibir Iyad, tapi tengok dia gembira, rasa macam beban kat hati ringan sikit. Taktau kenapa. 


Jeep on a hill against the sunset

*             *             *             *             *

“dah sampai masanya kita laksanakan plan kita.”

“plan yang mana?”

“Qasiara.”

Senyap.

“kau sanggup?”

“kenapa? kau tak sanggup?”

“dia ketua kita. Takkan sebab gagasan, kita kena korbankan Qaisara?”

“sebab dia ketua, dia kena berkorban.”

“takkan tak ada cara lain?”

“kita dah bincang pasal ni bertahun-tahun dah kan?”

“ini soal masa depan dia.”

“dan ini soal masa depan gagasan kita.”

“abang marah kalau dia masih ada.”

“abang akan setuju. Aku kenal abang lagi lama dari kau.”

“tapi..”

“kita akan laksanakan. Secepat mungkin. Tanpa sebarang bantahan.”

*             *             *             *             *

holla! sooooorry 2 bulan senyap sunyi tak tinggal jejak. sorry sangat. student life, rasanya semua orang faham kan ^_^ 

terima kasih. terima kasih untuk ada kat sini saat ni. baca tulis karut mengarut aku. terima kasih atas komen kalian, yang bagi aku kalau kalian ada depan aku, aku peluk-peluk-peluk-peluk-peluk sampai nafas putuih.

oh ye, lupa pulak. ramadhan kareem. jom cari Lailatul Qadar!

apa-apa hal, nak tanya, nak cakap, nak tegur, nak kritik, nak maki, apa saja, tulis kat bawah atau kalau malu-malu kucing, email aku ye. xoxo publishh! [istanbul aku datang sangatttttt]

15 comments:

Anonymous said...

Waahhh... Lamanya menyepi.... Rindu kebrutalan si qaisara...

Nak lagi updates.... Hahahaha... Ketamakan ler pulak...

nana said...

Thank you thank you thank you for the update :). Dah dua bulan juga almost everyday saya masuk blog ni and finally ada update

Unknown said...

hilang rindu...

Unknown said...

Jgn leeee hilang lama lama ..... panasaran tuuuuu

Anonymous said...

... :)

Unknown said...

tambah lagi satu n3 boleee??? heheee

Hajar said...

Ohoiii, sekali entry bikin suspen pulak. Anyway thank you TT. :)

Unknown said...

best...

Unknown said...

Selamat berpuasa TT!

Sila rajin2 kan diri ye update n3 lg... Best weihhhhh!!!!

Sufi (",)

Anonymous said...

oseeeeeeeeeeeeeeeeeem!

Anonymous said...

Aduhai....lamenye mnyepi tuan tanah,n3 kali ni best..xbley bg lg 1 ke??da nk cuti rye ni,hehehe..

strawberry.chocolate81 said...

adehhhhh ni yng rasa cam nak guling2 neh...sara dah nak dijadikan korban la plak aduh3 pengsang 2

Rozy Harris said...

Best!.. Tahniah penulis..

z said...

waaaaa !! dont be so mean, plz update!

Unknown said...

Tuan rumah.....!!!!! Hidup lagi ke idokkkk!!!!