‘datang condo
saya sekarang’
Membulat mata
Qaisara membaca mesej dari Iyad.
‘kenapa?’
‘now!’
Heihh... apalagi
mamat ni nak? Waktu kerja dah habis kot. Cukup-cukup meng’kuli’ kan aku.
wuwuwuwu...
Jubah payung
berwarna hitam di sarung. Selendang dililit kemas.
15 minit
kemudian dia sampai di depan lobby condo yang di diami Iyad. Kereta di parking
dan dia menunggu di depan pintu masuk.
‘bos, kat bawah’
2 minit Iyad muncul di depannya dengan jeans
dan tshirt Polo berwarna hitam.
Sedondon pulak
kita.
Qaisara
tersenyum nipis, imaginasi jauh sangat tu.
Iyad
memandangnya atas bawah atas bawah.
“kenapa bos?”
“kenapa pakai
macam ni?”
“apasal pulak?
Bos panggil tiba-tiba, bos expect saya pakai ala-ala Britney Spears?”
Membulat mata
Iyad mendengar jawapan selamba Qaisara.
“menjawab!”
marah Iyad.
Qaisara
menjeling. “ada mulut jawab la.”
“apa?”
“kenapa bos
panggil malam-malam ni?” tanya Qaisara, lari topik.
“ikut saya jap.”
Arah Iyad.
Qaisara
memandang Iyad, curiga. Matanya dikalih kepada In dan Black dibelakang Iyad.
Masing-masing menyampaikan mesej mata yang tak dapat dibaca Qaisara.
“pegi mana bos?”
tanya Qaisara.
Tanpa
mempedulikan soalan Qaisara, Black diarahkan mengambil kereta.
Menderum kereta
membelah kepekatan malam. 11.30 malam kot.
Qaisara membuang
pandangan ke luar tingkap. Tak lama kemudian baru dia perasan mereka memasuki
Lebuhraya SKVE.
Banyak
kereta-kereta mewah bersusun di tepi jalan. Lelaki dan perempuan masing-masing
duduk berkepit. Bunyi deruman kereta dan muzik yang dipasang kuat bercampur.
Sreettt...
Bumm...
“Aduh!”
Kepala Qaisara
terantuk ke kerusi depan.
“Sorry sorry...”
kalut Black mendengar suara Qaisara.
Tanpa
mempedulikan Qaisara, Iyad turun dari kereta.
“tempat apa ni
abang Black?” tanya Qaisara sambil tangannya menyapu dahi.
“kenapa Sara
datang? Dia nak jadikan Sara lauk malam ni!!” marah In kepada Qaisara yang
tercengang-cengang di seat belakang.
“haaa?”
Tok tok!
Qaisara menoleh.
Iyad mengetuk cermin tingkap dengan muka marah.
Perlahan-lahan
pintu kereta dibuka.
“lembab!”
Belum sempat
Qaisara turun, lengannya ditarik kasar. Meronta-ronta Qaisara cuba menarik
tangannya kembali.
“lepaslah!!”
marah Qaisara sambil menarik tangannya dari genggaman Iyad.
Tiba-tiba tanpa
amaran tubuhnya ditolak ke depan dan terasa ada tangan lain yang menangkap
bahunya. Qaisara mengangkat muka.
TJ.
Tangan TJ
dibahunya ditolak kasar.
TJ ketawa
berdekah-dekah.
“bro! Apa ni kau
pass kat aku perempuan macam ni? Kau ambik Amanda yang bergetah, kau bagi kat
aku hantu berselubung ni? hahahaha...” TJ menggeleng tak percaya.
Pengikut-pengikutnya turut ketawa melihat penampilan Qaisara.
Qaisara merenung
Iyad di depannya yang menarik senyum sinis. Black dan In masing-masing
menggengam tapak tangan, cuba bersabar melihat Qaisara dipermainkan.
“ok la tu. Kau
sesuai untuk perempuan macam tu.” Jawab Iyad dengan nada dingin.
“perempuan macam
ni sesuai untuk penternak lembu je, King!” jawab TJ, menghina.
Qaisara kaku
ditempatnya. Cuba bersabar mendengar penghinaan mereka.
“take it or
leave it, TJ.” Tegas Iyad, malas nak berlama-lama di situ.
“kau taknak game
dulu?”
“kau pegi
practise dulu. dah yakin menang, cari aku.” balas Iyad, sombong.
TJ terdiam.
“ok. Aku ambik
perempuan ni. nak rasa jugak perempuan berkelubung ni best ke tak. Kalau tak,
boleh je passing kat budak-budak aku.” kata-kata TJ disambut sorakan anak-anak
buahnya.
“dia kau punya
waktu malam je TJ. Siang, aku punya.”
TJ mengangkat
bahu.
Iyad mula
melangkah meninggalkan mereka.
“oh by the
way...” Iyad berhenti. “Amanda kekal aku punya.”
Mereka masuk ke
dalam kereta. Sebelum berlalu, Qaisara sempat menghantar pesanan ‘jangan risau’
kepada Black dan In yang tayang muka bengang.
“so princess,
kita nak mula kat mana?” TJ berpeluk tubuh memandang Qaisara.
Qaisara
mengangkat bahu.
“jom.” Lengan
Qaisara ditarik, tetapi ditarik kembali oleh Qaisara.
TJ menoleh.
“Don’t. Touch.
Me.”
Mata bersabung.
TJ dengan muka
tak percaya.
Qaisara dengan
muka marah.
“wowww..
impressive. King hantar perempuan garang. I like that....” riak gatal mula
terukir di wajah TJ.
Qaisara menjeling
tajam.
“nama kau apa?”
“princess.”
“hahahaha...” TJ
ketawa kuat. Boleh tahan perempuan depan dia ni.
“ok princess,
dah ready?”
“ready apa?”
“bergumpal di
atas katil?”
“teringin nak
kena sambar petir ke?” tanya Qaisara dengan dahi berkerut.
“hahahaha. Not
bad. I like you already. Jom!” ajak TJ, agak lembut.
“pegi mana?”
“balik rumah
abang la adik manis...”
“nak tengok ic
boleh?” tanya Qaisara masih dengan dahi berkerut.
“buat apa?” dahi
TJ turut berkerut dengan soalan Qaisara.
“nak check, kita
ni berbapakan orang yang sama ke?” jawab Qaisara, selamba.
TJ ketawa lebih galak.
“kau tak takut
ke?”
“takut apa?”
“aku laukkan kau
malam ni?”
“cakap pasal
lauk, rasa lapar pulak. Jom mapley, kau belanja.” Ajak Qaisara.
Berkerut dahi TJ
mendengar kata-kata selamba Qaisara.
“seriously?”
“ye la. kau
teringin nak tengok aku pengsan kelaparan ke? Dah la Iyad takde kesedaran sivik
tu panggil aku tengah-tengah malam. Dulu kecik-kecik tak belajar sejarah
tamadun manusia ke apa?” Bebel Qaisara tanpa memikirkan dengan siapa dia
bercakap.
“hahahaha...” TJ
ketawa sambil menekan perut. Pengikutnya seramai 5 orang turut tersenyum, cuba
menahan ketawa terhambur keluar.
“lepas makan
buat apa?” tanya TJ sambil menjungkit-jungkitkan keningnya.
“kita fikir
kejap-kejap lagi la. yang penting jom makan dulu.”
Tanpa menunggu
persetujuan TJ, Qaisara melangkah masuk ke dalam Hachiroku kesayangan TJ.
Tj yang melihat
perlakuan Qaisara menggelengkan kepalanya.
Siapa pun
perempuan yang King hantar ni, she is interesting...
* * * * *
‘Terima kasih
King kerana memudahkan kerja aku..’ Qaisara berbicara dalam diam.
*****
Tuan Tanah
"maaf kurang menyengat haha. idea banyak tapi otak belum stabil lagi. waktu siang dan malam aku pun masih kucar-kacir. maaf."
8 comments:
Sara memang cool. Wonder apa dia nak buat dengan si TJ nih.. tapi si Iyad ni pun apa ke sengalnya nak simpan jugak si Amanda tu?
oh sengal sgt kan...hahaha klakar btl..keji punye ijad..
I like this kind of women.... Kasi pelangkung sama TJ tu... Lepas tu, bagi flying kick, backhand dan cakaran maut kat Iyad - the biggest mangkuk hayun.
huh????? pendeknye tuan tanah...x sempat nak cerna dengan baik pon agi cite dah abeh...hadoyy laaa....cepat la centre eh TT...dah lama neh tertangguh x sabar nak tau ape jadi seterusnya...
n3 yg dinanti2.. tp pendeknye... nak lagi... jgn marah ye, hihihi...
pendeknya.
Merah is cool..so so coooolll..saya suka..hrp next entry lbh panjang..lebih gempak..lebih aksi..
alaaahhh. pndeknye TT...bru angan2 nk tgk Qaisara laukkan Tj da kne potong...huhh
Post a Comment