“Abang-abangku
sekalian, Sara nak pegi Midvalley sekejap ye?” tanya Qaisara selepas habis
makan malam.
Petang tadi
mereka bertolak dari Berinchang ke Bangsar. Esok dah kena ‘masuk kerja’.
“haa ok jom.”
Black bangun dari tempat duduknya.
“woo.. takpayah takpayah.
Sara boleh pegi sendiri.” Qaisra menahan Black dan In daripada mengekorinya.
Ada masanya dia
perlukan ruang untuk bersendirian.
“no. Never. Mana
Sara pegi, abang Black dengan Abang In akan ikut. Tak boleh tidak. Titik.”
Tegas Abang In.
Yela, sekarang
ni dah masuk zon berjaga-jaga. Nyawa Qaisara sentiasa dalam bahaya.
“alaaaaa.....”
“takde ala-ala.
Dah jom. Karang tutup midvalley, menangis tak berlagu la Sara.”
Muncung mulut
Qaisara masuk ke dalam Audi Q5 yang diberikan oleh Rizal Corp sebagai ‘kereta
syarikat’.
Sampai di
Midvalley, Qaisara memberi syarat kepada Black dan In.
“jalan mesti 3
meter belakang Sara tau. Sara nak masuk kedai perempuan. Jangan ikut masuk.
Faham?”
“kedai perempuan
tu kedai apa Sara. boleh pulak pilih-pilih jantina.” Rungut In.
Qaisara
berdecit.
“eee... jangan
banyak tanya boleh tak. Ingat tau. Kalau tak, Sara lari balik sendiri.” Ugut
Qaisara.
Cepat-cepat In
dan Black mengangguk. Dengan Qaisara jangan buat main-main. Dia biasanya buat
apa dia cakap.
Punyalah ramai
manusia kat Midvalley sampai Qaisara terfikir, apa la orang buat kat Midvalley
ni. pegi balik luang kan masa dengan family kat rumah lagi bagus. Hehhh...
cakap orang. Kau pun sama, Sara.
Tanpa berlengah,
Qaisara menuju ke Audrey di Ground Floor.
Sampai di depan
Audrey, Qaisara menoleh ke belakang.
Matanya
menghantar isyarat ‘stop there!’, kepada Black dan In yang tergelak-gelak
melihat kedai perempuan yang dimaksudkan Qaisara.
Tak ramai dalam
Audrey. Cuma ada satu pasangan sedang membelek lingerie di satu sudut. Suami
isteri mungkin?
Segan pulak Qaisara
nak belek-belek lingerie di situ dengan kehadiran lelaki itu tapi takkan nak
tunggu mamat tu keluar? Yang mamat ni pon, taktau malu ke apa?
Malas nak
berlama-lama, Qaisara menuju ke rak yang menempat ‘adik-adik’ yang memang
kegemarannya selama ni. Tak bernasib baik, rak tu betul-betul sebelah pasangan
berkasih sayang tu. Nak tak nak, terpaksalah dengar perbualan tak berilmiah
diorang.
“baby, you rasa
ni ok tak dengan I?”
“emm... yang
merah ni lagi mengancam..”
“ala baby. You
suggest suggest, bukannya you nak datang tengok I pakai lingerie ni. merajuk la
macam ni.”
Ehhhh bukan
suami isteri.
Ok, Qaisara,
jangan nak menyebok hal orang.
Qaisara cuba
fokus dengan ‘adik-adik’ didepannya. Tali dipegang, cuba merasa materialnya.
Fokus Qaisara fokus.
Tiba-tiba
Qaisara terasa bahunya dilanggar.
Dia menoleh.
“excuse me.
Boleh tak jangan buat road block kat sini.” Wanita lipstik merah menyala-manja-manja
baby-baby menegur, kasar.
Road block?
Bukan ke dia dah ketepi untuk belek ‘adik-adik’ ni. Apa masalah dia ni?
“haaa? Sorry tapi
saya rasa saya tak berdiri tengah-tengah pun?” tanya Qaisara, separuh sopan.
Separuh je la tapinya..
“amboiii. Dah
buat salah menjawab pulak.” Si lipstik merah bercekak pinggang. Boyfriend dia,
elok je tersengih-sengih kat tepi.
“ada mulut,
menjawab la.” Gumam Qaisara. ‘adik-adik’ yang dipegang diletak ke tempat asal.
Hilang mood nak shopping.
Belum sempat dia
melangkah, lengannya dipegang.
“heiii. Girl,
you dah buat salah, you senang-senang je nak lari. Dahla macam orang kampung
masuk kedai mahal. Mampu ke?”
Qaisara
menjeling ke arah lengannya yang dipegang si lipstik merah. Ini namanya carik
gaduh ni.
“hello makcik.
Dengar sini. satu, jangan suka-suka nak pegang saya. Dua, saya tak berdiri kat
tengah ok. Kalau awak tak muat, maknanya, awak dah layak pegi Slim World, suruh
boyfriend baby awak ni sponsor. Tiga, saya mampu ke tak mampu ke, awak dapat
kudis ke? Empat, takpayah la tunjuk awak tu terdesak sangat sampai bawak
boyfriend masuk kedai lingerie. And last but not least, please la, lipstick
awak tak sesuai dengan kulit awak yang macam arang kena tabur dengan tepung
gandum. Elok-elok awak tu cantik manis terus nampak buruk gila dah macam hantu
kum kum dah saya tengok. Pegi la grooming class ye.”
Ternganga si
lipstik merah kena sembur. Hambik, nak sangat kan.
Qaisara merentap
tangannya.
“baby.... tengok
la budak tu!!!”
Boyfriend baby
baby tergelak-gelak.
Qaisara menoleh
ke arah mereka sebelum keluar.
“terencat!”
jerit Qaisara. Kuat.
Haha. Lari!!!!
Black dan In
terpinga-pinga melihat Qaisara tergesa-gesa menghampiri mereka dengan senyuman
di bibir.
“kenapa Sara?”
tanya In.
“hahaha. Tadi
ada makcik lipstik merah kena sembur. Terencat je gaya.” Qaisara ketawa lagi.
Tak boleh tahan ingat reaksi muka si lipstick merah kena sound direct macam tu.
Black dan In
saling bertukar pandangan. Takpayah tanya lebih lanjut pun dah dapat bayang dah
macam mana Qaisara ‘menyembur’ orang. Bab-bab pandangan jujur, sila serahkan
kepada Qaisara, dia juara tanpa bertanding. Paul Moss pon boleh menangis dengar
‘kejujuran’ Qaisara.
* * * * *
“boss, Encik
Ranjit nak jumpa dengan boss.”
Suara Tina di
interkom mengganggu konsentrasi Iyad.
“ok.”
Sesaat kemudian,
pintu biliknya dibuka. Matanya masih melekat di atas proposal yang tebal di
hadapannya.
“Tuan Iyad, saya
bawak bodyguard dan personal assisstant tuan.” Uncle Ranjit bersuara.
“kejap.” Dia
menghabiskan ayat terakhir sebelum mengangkat muka.
Ranjit bersama 2
orang lelaki dan seorang perempuan.
“Tuan, saya
kenalkan Fairuz dan Solihin, dua orang pelatih terbaik dari pusat latihan kami.
Mulai hari ini, Fairuz dan Solihin akan menjaga keselamatan tuan selama 24 jam.
Dan ini, Qaisara Zuan, pembantu peribadi tuan, yang akan menguruskan urusan
pejabat dan peribadi tuan, bermula dari 6 pagi sehingga 8 malam.”
Wajah Fairuz dan
Solihin di pandang sebelum mengalihkan pandangan ke arah Qaisara Zuan.
Ehhhhhh....
macam pernah tengok.
Qaisara menelan
air liur.
‘Boyfriend
baby-baby’. Patut la macam pernah tengok. You are dead meat, Qaisara.
Iyad menahan senyum.
Ni girl yang sembur Amanda semalam. Serius lawak. Takpernah Iyad rasa nak
ketawa gila-gila macam semalam.
Iyad berdeham
menutup senyuman yang hampir terukir.
Dia berjabat
tangan dengan Black dan In. Sampai giliran Qaisara, tangannya tidak bersambut.
Tetapi Qaisara meletakkan tangan kanan ke dada kiri dan menunduk sedikit.
Iyad tergamam.
Takpernah orang
tolak nak salam dengan dia.
First time.
“maaf.” Kata
Qaisara sambil tersenyum.
“nice to meet
you. Semoga kita boleh bekerjasama dengan baik.” Skema ayat Iyad dengan riak
muka yang sedikit tegas.
Black, In dan
Qaisara mengangguk.
Selepas Uncle
Ranjit menerangkan skop kerja mereka kepada Iyad, mereka keluar dari bilik
Iyad. Black dan Iyad di tempatkan di sebuah bilik di sebelah Iyad yang juga
tempat mereka monitor pergerakan keluar-masuk di bilik Iyad. manakala Qaisara
akan menunggu di ruangan yang disediakan khas untuknya, di meja bersebelahan
meja Tina, setiausaha Iyad.
Belum sempat
Qaisara melabuhkan punggung ke atas kerusi, Tina datang menghampirinya.
“haiiii...”
tegur Tina, ramah.
“hai.”
“I Tina. Tina
Turner pon boleh...” Tina ketawa dengan kata-katanya sendiri. Qaisara
tersenyum. Boleh tahan dia ni.
“Qaisara.
Panggil Sara je.” Tina ketawa tanpa sebab.
“eee... geramnya
tengok Sara ni. Cute gilaaaaaaa. Pipi macam belonnn....” pipi Qaisara dicubit
kuat.
Giliran Qaisara
ketawa.
“aku dah lama
tau aku cute.” Qaisara menepis tangan Tina. Perit wehh... pipi digosok.
Tina ketawa
kuat. Boleh buat geng budak Sara ni. Dia duduk bertenggek di meja Qaisara.
Macam ada dia dengan Qaisara je kat tempat tu padahal ada lagi 13 orang pekerja
pejabat yang berada di ruang yang sama.
“amacam first
time jumpa that hot guy?” tanya Tina dengan sengih nakal.
“hot guy? Yang
mana? Tuan Ranjit? Seriously, Tina?”
Tina berdecit.
“Tuan Ranjit
apekehal pulak. Tuan Iyad la. Ada rasa berdebar-debar tak?”
“kau gila? Mesti
la berdebar-debar. Kalau tak berdebar, kau pulak yang takut, member sebelah
meja dah tak bernyawa.” Usik Qaisara.
“ihhh...
menyampah la cakap dengan kau ni.” memuncung mulut Tina, dipermainkan oleh
Qaisara.
“alalala..
merajuk pulak. Kenapa? Kau dah tangkap lentok dengan brother kat dalam tu ke?”
“haha selamba je
kau ber’brother’kan Tuan Iyad kan. Aku tak tangkap lentok la beb. Kalau aku
tangkap lentok, takde la perut aku ke depan ni haa. Tapi, sejak Tuan Iyad masuk
sini, memang gempar jugak la satu bangunan. Girls yang bujang-bujang mula
semangat datang kerja bergaya bagai. Tapi setakat ni Tuan Iyad tu tak pandang
pon depa ni. nak kata gay, setiap hari dia lunch dengan girlfriend dia, Amanda
kalau tak salah.” ammmboiii makcik ni bergosip. Qaisara tadah telinga.
“helo makcik. In
case kalau kau tak penah dengar satu perkataan untuk situasi ni, meh akak Sara nak
bagitau. S E T I A.” Sebijik-sebijik Qaisara mengeja.
Tina terdiam
dengan dahi berkerut-kerut. Berfikir.
“betul jugak
kan. Apesal la aku tak terfikir dulu.”
Qaisara ketawa.
Apa benda la mak buyung sorang ni.
“berapa bulan
dah ni?” tangannya menyentuh perut Tina. Tenang.
“baru 4 bulan.
Tak sabarnya aku nak suruh dia keluar...” berseri-seri muka Tina bercerita
tentang anak dalam kandungannya. Seri ibu, orang kata.
“ehem.”
Tergesa-gesa
Tina turun dari meja. Qaisara memegang tangan Tina, takut jatuh.
Iyad. Bersama In
dan Black.
“saya nak keluar
lunch.”
“ok Tuan Iyad.”
Jawab Tina.
Qaisara
mengangguk.
Senyap.
“err ada apa-apa
lagi ke tuan?” tanya Qaisara apabila melihat Iyad langsung tidak berganjak.
“awak PA saya
sepatutnya tau tugas awak untuk ada dengan saya dari pukul 6 pagi sampai 8
malam. Maknanya kalau saya nak keluar ke mana-mana, awak kena ikut. Faham?”
tegas suara Iyad.
Qaisara
mengangguk. Matanya langsung tidak lari dari melawan panahan mata Iyad.
Iyad berjalan
meninggalkan Qaisara dan Tina yang berdiri tegak di tempat mereka.
“yang berdiri
lagi kat situ tu kenapa?!” suara Iyad naik satu level.
Qaisara terpinga-pinga.
“haa?”
“awak kena ikut
saya pegi mana-mana pun. part mana yang awak tak faham?”
Qaisara
mengangguk. Macam la takboleh cakap elok-elok. Langkah Iyad di kejar.
In dan Black
memberi ruang kepada Qaisara untuk berjalan selangkah di belakang sebelah kiri Iyad,
manakala mereka berdua di belakang Qaisara.
* * * * *
SEMINGGU.
Sapa kata ‘elehhh
baru seminggu’, boleh la sediakan pipi kiri kanan untuk aku bagi pelempang
jepun sedas-dua.
Seminggu yang
rasa macam tetttt....
Qaisara merenung
mangkuk yang tadi penuh dengan 2 bungkus megi ayam, sekarang dah licin.
Stress!
Dah la
malam-malam macam ni bosan tahap gaban.
Black dengan In
setiap malam tak ada. Jadi bodyguard mamat tak reti nak senyum tu. Selagi mamat
tu tak tidur, Black dengan In tak boleh tukar syif dengan 2 orang lagi
bodyguard pelatih Uncle Ranjit.
Ye la bukannya
dia duduk serumah dengan Black dengan In. Duduk berjiran. Tapi, selagi Black
dengan In tak ada, dia mana boleh pegi mana-mana. Apa la guna dia kena train
teruk-teruk kalau tak boleh jaga diri sendiri. Heihh...
Arghhh lapar
lagi!
Qaisara bangun
ke dapur, membongkar almari mencari makanan yang paling senang untuk si
sediakan.
Cococrunch pon
boleh la.
Susu Dutch Lady
Full Cream di ambil dari peti ais.
Ye, setiap malam
memang dia kelaparan macam orang tak makan setahun. Ingat ikut Iyad pegi jalan
sana sini, jumpa client, makan dengan client, dia akan dijemput makan sekali?
HAREMMM...
Berdiri kat tepi
meja sementara tunggu dia makan. dah la makan makanan yang taknak kalah
langsung. Lepas tu tak jemput makan sekali. Tak guna punya lelaki. Kalau ye pon
taknak belanja makan, bagi la ruang untuk pegi makan. Ini, langsung bolayan je.
makan ke tak, tak pernah mamat tu peduli. Mana nak sempat makan kalau tak makan
waktu rehat tengah hari. Rehat tengah hari pon kena ikut dia, bilanya nak
makan. Gilaaa...
Uwaaa.... nak
balik Berinchang!!
You're just too
good to be true.
Can't take my eyes off of you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.
Can't take my eyes off of you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.
Bzzzz....
Iphone 4s
bergegar di atas meja makan.
Qaisara menjeling.
‘Abang In’
“ye abang In. Apa
masalah dengan mamat tak cukup otot tu?” tanya Qaisara dengan nada suara malas.
“Sara, boleh tak
Sara datang sini sekejap. Abang In dengan Abang Black dah taktau nak buat macam
mana ni.” suara In cemas.
“kenapa?”
“Iyad dah mabuk
teruk. Amanda pulak gaduh minah mana entah. Kecoh sangat ni. datang sini kejap.
Tengok apa boleh setel kat luar.”
“ala abang In
tak boleh tolong setel kan ke? Sara malas nak siap ni.”
“please Sara.
Abang In risau abang Black belasah je Iyad ni nanti. Dok meracau-racau. Amanda
tu pulak langsung tak bagi kitorang bawak balik Iyad ni. letih sangat kitorang
ni Sara.” memang suara Abang In kedengaran penat.
Qaisara
mengeluh.
“emm.. ye la.
kejap Sara siap. Sementara tu abang In buat la apa-apa dulu. jangan sampai Sara
sampai sana, Sara letupkan kepala sorang-sorang kat situ.”
Abang In diam. Dia
tau Qaisara tak main-main.
“ok Sara. Cepat
sikit!”
Klik.
Iyad, kau dah
buat tahap benci aku kat kau macam nak hentak kau sekarang jugak.
Glock 18 di meja
kopi di jeling
* * * * *
Tuan Tanah kate :
"sorry lambat. sorry entry kali ni hambar je. tak sempat nak masuk scene lagi. tak boleh mengadap laptop lama-lama sekarang. asyik kena migrain teruk seminggu ni. sorry sesangat. peace ^_^"
10 comments:
excited nak tahu what happens next :)
Boleh tahan Sara ni. Belum apa-apa dah rentung si Amanda tu kena fire. Hahah. Apalah yg dia nak buat ni..
huhhhhh.....x sabar nak2 tau ape yg bakal sara wat kat iyad tuh...kasi pengajaran sikit sama dia...x kira la boss ke x boss...ingat mandat besar sgt ke? huh geram neh ngan mamat sengal 2....x pasai2 abang black ngan abang in kene masuk kelab 2 sama dah skunk nih sara pon kene p sana juga huhhhh
nota kaki: TT xpe2 sila jaga diri yeh...walaupun x puas ati sebab skit je tp kite redho je
mmg kene letop la Iyad ngan AManda nt tu gamaknya...
p/s: TT, rehat bebanyak ye..
TT, take care!
Ptt la xde n3..ok2...tggu dgn saba.
Sufi (",)
bagi je cukup2 dua org tu sara.. biar sedo diri sikit... kalau susah diri sendiri je x pe, ni menyusahkan org lain.. hihi
BEST CEPAT LAH SAMBUNG YA TQ.
go sara go! *pegang kad tulis sara's #1 fan* lol
Best...cepat2 la smbung,da xsbr da ni ape yg jd
ni p0n da ckup kebestannye TT oiit...dan ini> lipstick awak tak sesuai dengan kulit awak yang macam arang kena tabur dengan tepung gandum! serius super LAWAK!!!! kahkahkahkah!!! =D
Post a Comment