baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Tuesday, April 2, 2013

Merah [3]



“selain Sara, Tuan Ali merupakan pemegang syer terbesar Rizal Corp. Rizuan Syah memulakan Rizal Corp sama-sama dengan Tuan Ali. Perjanjiannya, Rizal Corp wajib diteraju oleh salah seorang waris dari Tuan Ali atau Rizuan Syah kalau kedua-duanya meninggal dunia. Sampai 2 hari lepas, Rizal Corp masih dibawah kuasa Tuan Ali, tapi, semalam, secara official-nya, Tuan Ali serahkan kerusi General Manager kepada anak lelaki dia, Iyad Ali, atas persetujuan semua ahli lembaga pengarah.”


 

“ini Ahmad Iyad bin Ali. Dalam kalangan racer, clubbers, and his cliques, dia lebih dikenali sebagai King. King dalam segala hal. Dia cuma berlumba bila ada orang cabar. And until today, dia tak pernah kalah walau satu game. In any race, dia cuma nak perempuan, for  a wager. Boleh kata setiap malam, dia akan pegi clubbing. His favourite club, Zouk at Jalan Ampang. Sekarang, his partner named Amanda, also a wager that he won last week. Dia ada kenangan silam dengan seorang perempuan, Ayana Dato’ Tajuddin Bakti for almost 5 years and broke-up last 2 years."

"Ok, enough with his social life. Dia jugak ada his own company, King Rekabina, yang dikongsi dengan 2 orang kawan baik dia. He is an architect. Has a very skillful and talented hands and brain. So, sekarang dia join Rizal Corp, King Rekabina, his friends yang handle.”

Qaisara mengangguk. Cuba menghadam semua maklumat yang baru dia dapat.

Uncle Hamid yang berdiri didepan skrin direnung.

“dalang yang ambik duit dari Rizal Corp ni bukan calang-calang orang. Bukan amatur. Sebab dah lama dia buat kerja ni, cuma, kita tak dapat detect sebab awalnya dia ambik sikit-sikit. Cuma setahun kebelakangan ni, duit yang diambik semakin banyak. Maknanya, ‘dia’ whoever he is, memang nak kita tau pasal kewujudan dia. Kita memang takboleh detect siapa orangnya, buat masa sekarang. Very smooth operation.”

“wait uncle. Takkan kita tak report polis?” tanya Qaisara, innocent.

ye la kan, apsal nak susahkan diri siasat sana sini, poliskan ada?

Uncle Hamid dan Uncle Ranjit tergelak.

“my dear Sara, dalam hal Rizal Corp, kita memang tak boleh involve-kan polis. It against ‘the nature’.” Jawab uncle Ranjit.

“kenapa pulak? Kita dah takbuat illegal operations kan?”

“yes kita dah tak buat any illegal operations but most of us, the BOD, pernah involve dalam kongsi gelap. Tak. Bukan pernah involve, we are still dalam kongsi gelap. Sara tau kan prinsip gagasan kita? Once in it, you’ll die with it. So, selagi possible, kita takkan involve kan polis. Dangerous for us.”

Qaisara mengangguk faham.

“ok. Then apa Sara nak kena buat. Walk into Rizal Corp, kick that arrogant Iyad’s ass and take his position?” tanya Qaisara dalam gurauan.

Uncle Hamid dan Ranjit ketawa.

“nope. Sara takkan masuk Rizal Corp sebagai Qaisara Rizuan Syah, the Chairperson. Tapi, Sara akan masuk Rizal Corp sebagai Qaisara Zuan, personal asisstant untuk Iyad.”

Qaisara ternganga. Nak kena jadi PA untuk mamat bajet hensem ala-ala initial D, lumba-lumba kereta tak sayang nyawa tu. Gawdddd....

“aaa uncle... takde keje lain ke? Sara sanggup jadi cleaner dari kene mengekor makhluk tak sedar dek untung ni....” rungut Qaisara sambil menggaru kepalanya yang tak gatal pon sebenarnya.

Uncle Ranjit ketawa. Belum apa-apa dah mengata orang budak ni.

“nope. This is a right position for you, honey. Black dan In akan jadi bodyguard dia, and you my dear, his PA. Sara kena ikut dia dari pukul 6 pagi sampai 8 malam, lepastu cuma Black dengan In je yang akan follow dia, perhatikan sekeliling. Tengok dengan siapa dia jumpa. Normally, orang yang nak hapuskan kita, akan buat baik dengan kita. Uncle akan bekalkan Sara dengan segala kelengkapan. are you clear, sayang?” tanya Uncle Ranjit dengan senyuman manis.

“Sara dah konpius dah ni. Kenapa Sara kena buat semua ni? Kenapa kita tak assign kat one of our people je?” tak logik sungguh. Kan ke pengikut dia ramai lagi. Apsal dia yang kene buat ni?

“sebab, kita perlukan perempuan untuk jalankan tugas ni. dalam gagasan kita, the one and only girl yang wujud, is you. And plus, we believe, you’ll know something. After all, Sara anak Rizuan Syah kan? Our hero. Dan sekarang bukan masanya untuk kita percaya kat sape-sape. Anyone can be our enemy.”

Qaisara termangu sebentar.

Black, In dan 2 orang lelaki masuk membawa 2 buah kotak sederhana besar.

Kotak pertama dibuka.

Alat-alat perisikan.

“sara akan guna alat-alat ni sepanjang Sara jadi PA Iyad. Ada yang Sara kena sentiasa pakai, ada yang Sara pakai bila perlukan je. tak banyak yang Sara perlukan sebenarnya. Ini IC Sara.” sekeping mykad biru dihulur oleh Uncle Hamid.

Qaisara binti Zuan.

Alamat di Ampang.

Aaa kenapa gamba hudus sangat. Qaisara menjeling Uncle Ranjit yang tergelak-gelak. Sah, saje nak kenakan.

“5 sut ni, pakaian kerja Sara. Lengkap dengan body armour Level IV. Wajib pakai, untuk keselamatan Sara.” Qaisara mengangkat sut serba hitam – blazer, slack dan kemeja.

Erghhhhh apsal kene pakai benda ni? ingat ni negara 4 musim ke? Panas tahu panas pakai tebal-tebal ni. Qaisara merungut dalam hati.

“Ini jam yang Sara akan pakai sepanjang masa. It has a built in camera and recorder. Also, ada gps detector. If anything happen, kita boleh detect Sara dengan jam ni. kalau Sara nak kami dengar apa-apa, just push this button, and we can hear and see everything kat centre kita. so jangan sesekali tanggalkan, faham?”

Sekeping pelekat ala-ala sticker Ben 10 diambil dari kotak.

“ Ini invisible voice recorder. Kalau in case ada apa-apa perbincangan yang pelik dan Sara tak dibenarkan untuk join, just lekatkan benda ni kat mana-mana, and Sara boleh dengar perbincangan dia. And it remains where you put it. As long as pelekat ni ada dengan dia, Sara boleh dengar. Yang lain, nanti kita briefing. Next, Ranjit.” Uncle Hamid serahkan kepada Uncle Ranjit.

Kotak kedua dibuka.

Qaisara ternganga sekejap.

Bunch of firearms. Marvellous!!

“haaa jangan nak senyum sampai langit sangat haaa...” usik Uncle Hamid. Qaisara ketawa.

Beretta 93R di angkat. My boyfriend~~~

“93R and Glock 18 ni kena sentiasa ada dengan Sara. kita dah modified supaya weapon detector tak boleh detect dua-dua pistol ni. Langkah berjaga-jaga.”

Qaisara mengangguk. Namun matanya masih membelek pistol buatan Italy itu dengan teliti.

“semua ni Sara punya. Use wisely. Faham? And in case, kalau jadi apa-apa, use silencer. Kita takkan cetuskan masalah dengan polis.”

Qaisara mengangguk lagi. Jari-jarinya dilarikan ke atas Armsel Stricker yang cantik terletak diruangannya. 3 jenis sniper rifles yang ada dalam kotak itu turut dibelek penuh minat.

“Sara Sara. Nampak firearms macam nampak prince charming dia.” usik Uncle Ranjit. Tau sangat dengan minat Qaisara.

Qaisara ketawa.

“biarlaaaa. Bila nak start jadi kuli Iyad bajet hebat tu?” tanya Qaisara, selamba.

“Esok.”

Fitamsssss....

*             *             *             *             *

Strike!

“peh kau Yad. Tiba-tiba je strike memanjang. Selalu aku je yang hebat. Apehal?” Haikal menogak air kosong di atas meja.

Chill jap sebelum sambung.

“stress la. Tadi aku settle kan pasal plan rumah banglo kat Bukit Antarabangsa tu. Punyalah cerewetnya.” Rungut Iyad. Peluh dilap.

“kau susah-susah buat apa? Kau bagi je la kat kitorang settle kan. Kau duduk diam-diam kat Rizal Corp tu.” Qaisy menyampuk.

“aku ingat nak settle je ape yang aku dah start. Yang lain pandai-pandai korang la.”

“pelik aku. apsal papa kau tiba-tiba suruh kau pegang Rizal Corp eh? Kan ramai lagi yang lagi layak?” tanya Haikal separuh bergurau.

Iyad tergelak. Penumbuk diangkat.

“aku pon musykil jugak. Biarlah. Asalkan dia bahagia.” Jawab Iyad, ringkas.

“lagi satu aku musykil. Apsal kau kat sini, bukan malam-malam kau lepak dengan minah apa nama tu? Ananda? Anaconda?” Qaisy memandang Iyad dengan muka pelik.

“bongok. Amanda la.”

Ketawa. Suka hati je tukar nama anak orang.

“aah eh. Selalu waktu-waktu ni kau kat club takpon game. Mimpi apa kau ajak kitorang lepak malam ni?” Haikal pula bertanya.

“macam tak suka je aku lepak dengan korang. Ye la. Aku blah la ni...” Iyad mengacah untuk bangun.

Haikal dan Qaisy ketawa.

“ni pehal touching touching macam gugurl ni? kau makan pil hormon oestrogen eh?” usik Qaisy.

Ketawa.

“bengong!”

“seriously, Yad. Sampai bila kau nak hidup macam ni?” Haikal bertanya. Masuk mode ‘MERBAHAYA’.

Qaisy menjeling. Haikal saje cari pasal rosakkan mood Iyad.

Iyad diam.

“ini hidup aku, Kal. Sampai bila, tu urusan aku.”

“kau kawab baik aku, Yad. Takkan sebab Ayana, kau nak rosakkan diri kau.”

“shut up. jangan berani nak burukkan Ayana... I’m off.” Iyad bangkit meninggalkan mereka berdua.

“bro, salah masuk channel laaaa.” Marah Qaisy.

“biarla dia nak marah. At least, lepas tanggungjawab aku tegur dia.” selamba Haikal membalas.

“belum sampai masanya nak tegur dia..”

“woooo... kau tau ke kau nak mati bila? Nak mencegah kemungkaran, ada 3 cara. Tangan, mulut atau hati. Kalau aku mati esok, at least, aku dah boleh jawab yang aku dah jalankan tanggungjawab aku hokeh?” balas Haikal.

Qaisy mengangguk. Betul jugak.

“jap. Kalau cegah dengan tangan tu maksudnya kita belasah dia ke?” tanya Qaisy, naif.

“tangan tu maksudnya kuasa. Contohnya, kalau pemerintah nampak rakyat buat kemungkaran, kena jatuhkan hukuman dengan kuasa yang ada. Ataupun kalau ayah, nampak anak dia buat kemungkaran, boleh la pukul bagi pengajaran. Faham tak anak murid ustaz?” tanya Haikal sambil gelak melihat reaksi Qaisy. Sebijik macam budak darjah 1 belajar ABC.

“alaaa... kita takboleh belasah Iyad ke? Mungkin dengan cara tu boleh sedarkan dia?” tanya Qaisy tak puas hati.

“yang kau nak sangat belasah orang tu kenapa?”

“entah. Teringin. Selalu dia belasah orang. Sekali sekala, nak jugak aku hempuk kepala dia 2-3 kali.” Selamba Qaisy bertutur. Haikal ketawa.

“kau penah tengok kan macam mana separuh ranap badan orang yang belasah Iyad dulu, waktu game kat Highway Karak?” tanya Haikal.

Qaisy mengangguk. Ok seram. Walaupun bukan Iyad yang belasah orang tu, but still.... seram...

Iyad tak ganas macam tu sekali. Tapi henchmen Tuan Ali sangat menakutkan....

*             *             *             *             *

Jager diteguk rakus.

Manusia yang bergembira di lantai tari di pandang. Cuba mencari sesuatu untuk mengalihkan fikirannya.

Arghhhhh....

Malam ni dia berubah angin ke Vertigo Club. Cuba mencari kelainan.

Selepas meninggalkan Haikal dan Qaisy, dia terus memandu ke sini.

Damn you, Haikal. Hatinya menyumpah.

Lagi Jager dipesan. Setakat 5-6 gelas Jager, dia masih ‘sober’. Hehh.

“wake up baby. Harini kan nak meeting.”

“sayang, i want that dress. Belikan please, sayang i yang hensem...”

“i love you forever. Tak ada siapa yang boleh pisahkan kita...”

“i suka bila you peluk i. Rasa tenang je.”

“kalau you sayang i, kiss dulu...”

“nanti bila kita dah kawin, i nak duduk kat somewhere yang ada kita berdua je...”

“daddy i tak restu hubungan kita...”

“don’t wait for me, sayang...”

Terngia-ngia suara manja Ayana di telinganya.

Arghhh....

Jager di teguk, melintasi kerongkongnya.

Dia benci dengan sesiapa yang memburukkan Ayana di depannya.

Ayana tetap yang terbaik.

Ayana tetap disayangi lebih dari apa yang ada dilangit dan di bumi.

Ayana segalanya untuk dia.

Kerana Ayana meninggalkan dia, dia menyalahkan takdir.

Ye takdir yang menyebabkan dia ditinggalkan.

Takdir yang menyebabkan dia kehilangan Ayana-nya.

Kalau bukan kerana takdir, dia masih ada Ayana di sisi.

Dulu, ustaz pernah cakap, kalau kita minum arak, buat benda jahat, kita akan dapat azab. Tapi kenapa dulu dia tak buat benda jahat, tak minum arak, dia cuma berbahagia dengan Ayana, dia di azabkan dengan Ayana meninggalkan dia. kenapa?

Sekarang dia minum arak, buat apa saja yang dia suka, mana azabnya? Mana?

Iyad ketawa kecil.

Biarlah dia dengan hidupnya. Jangan sesiapa kacau kalau taknak hidup sengsara. Jagger di teguk lebih rakus. Badannya digoyang mengikut rentak muzik.

World, you can go to hell!

I’ll be waiting for you Ayana sayang...

*             *             *             *             *

“esok dia masuk.”

“diorang dah briefing dia?”

“dah.”

“dah bagi semua devices and firearms?”

“dah.”

“good. wait and see.”

“kita tak bahayakan nyawa dia?”

“bahaya. Tapi kita terpaksa.”

“kalau dia mati?”

“ajal.”

“bodoh. Dia waris Rizuan Syah.”

“kau ingat Rizuan Syah cakap apa? Biar mati anak, jangan tergadai gagasan.”

“dia ketua kita sekarang.”

“kita akan gunakan seluruh tenaga, untuk selamatkan dia dari bahaya.”

“pasti?”

“kenapa? Kau dah mula sayangkan dia?”

“dia ketua.”

Ketawa.

“dulu aku dah cakap. Jangan jatuh sayang, nanti susah nak lepas.”

“pape je la. King macam mana?”

“haha. Kita tengok je permainan dia. kalau dia menyusahkan kita nanti, eliminate je la.”

“aku rasa King tak tau apa-apa.”

“tengok je apa nak jadi.”

*             *             *             * 

JD - nama arak

Jager - nama arak jugak

Everclear - antara arak paling dasat

BOD - board of director

Beretta 93R & Glock 18 - jenis pistol

armsel stricker - jenis revolver yang biase polis guna untuk riot kat Africa

body armour level IV - bulletproof vest untuk protect daripada AP (armour piercing) bullets, malaysia selalu guna level IIIA (kalau taksalah laa)

yang penting, arak itu harooooommmmmm 

9 comments:

Anonymous said...

Moreeeee...
adoiiii sgt xsbr nak bc next n3..

Anonymous said...

makin saspen nih..tk sbr nk tau, apa akan berlaku bila Iyad jmpa Sara..
mntk next n3 blh cik writer??? hihihi

>Myhaneza<

:: Cahaya Hazwani :: said...

hahaha hadooi...dlm syes2 dok ksah pyiasatan msti ade je ayt sengalz2...i loikke TT...hehe =) nak lagi nk lagi!!!!

Anonymous said...

Naiseeeeee tuan tanah!

Unknown said...

Hayalan tuan tanah best ar citeni... Everyday ke tuan tanah hapdet.. Hihi.. Klu camtu ol lah selalu ..

Hajar said...

Whoaaaa, nganga lagi sekali. Haha. Seems like you've done a lot of homework. Good job. Nampak mcm real. Bila nak start main tembak-tembak ni? Teringin nak tgk Sara in action. Hehe..

Unknown said...

nak lg.

Anonymous said...

Interesting story line -underground activity yg diselit kisah cinta? Cant wait to see how the story evolves....gegeltims

strawberry.chocolate81 said...

perghhhh....dahsyat la TT....1st time kite rasa teruja gile nak tau kebolehan sara neh....dah cam hero dah sbb dia bakal menyelamatkan seme...TT jgn la bio bersawang lama2....sesak napas kite dok tunggu neh