baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Monday, April 1, 2013

Merah [2]


Hingar-bingar di Zzouk langsung tidak di pedulikan. Pening kepalanya memikirkan permintaan papa tadi. Bukan permintaan tapi lebih kepada arahan sebenarnya.


“papa nak Iyad masuk Rizal Corp secepat mungkin!” tegas papa menutur kata ketika mereka sedang makan tengahari bersama.

“what? No. Iyad dah bagitau papa kan? Iyad taknak join Rizal Corp. Muktamad.” Iyad meletak sudu dan garfu. Apa papa ni, ajak gaduh pulak.

“Iyad, papa dah tua. Papa nak rehat. Tolong papa, please.”

“but, papa...”

“selama ni papa bagi Iyad buat apa saja yang Iyad nak, sekarang, papa nak mintak Iyad fulfill permintaan papa pulak.” Pinta papa, lebih lembut dari tadi.

“papa. Kalau Iyad join Rizal Corp, siapa nak handle my firm?”

King Rekabina (KR) merupakan syarikatnya sendiri, yang ditubuhkan atas hasil usahanya dan 2 orang rakan kongsi tanpa bantuan walau sesen daripada papa. KR bukanlah syarikat gah macam Rizal Corp, tapi ia berjaya membina nama sendiri.

“papa tak suruh Iyad tinggalkan King Rekabina, lagipun Qaisy dengan Haikal kan ada untuk handle KR. Tapi, for the time being, papa nak Iyad focus pada Rizal Corp. Please?” rayu papa, bersung-sungguh.

“give me some time. I’ll think about it.”

Sentuhan lembut di bahunya menyentak lamunan.

Amanda tersenyum manja di sebelahnya. Gelas di depan Iyad di ambil.

“yukss. You ambik Everclear?” gelas diletak kembali. Takboleh jalan dengan minuman berkandungan alkohol yang terlalu tinggi itu.

Iyad tergelak. Gelas di dekatkan ke mulutnya. Berkerut dahinya menelan air kekuning-kuningan itu.

“ni mesti dapat secara illegal ni kan? Naughty you...” hidung Iyad dicuit manja.

Everclear tak dijual sesuka hati. Sebab Everclear merupakan minum beralkohol yang mempunyai kandungai alkohol paling tinggi dalam banyak-banyak minuman beralkohol. Bayangkan, seteguk Everclear, sama dengan setin Beer. Haa... sebab tu la takboleh jual sesuka hati, so, dia syak, Iyad dapat Everclear ni secara illegal dari bartender. Heh. Asal ada duit je.

“you nak apa? JD? Cosmo?”

“i’ll stick to cosmo la.”

Iyad bercakap sesuatu kepada bartender. Tak sampai seminit, gelas disorong ke depan Amanda.

“kenapa tiba-tiba ambik Everclear ni? selalu you JD je?” tanya Amanda, concern.

“i need something to make me forget everything, baby.”

“oh really? I can be that ‘something’ tau.” Amanda tersenyum menggoda. Iyad ketawa.

“oh yeah? How?”

Amanda mendekatkan mulutnya ke telinga Iyad. Berbisik. Iyad ketawa lagi.

“nak? To my place jom?” ajak Amanda. Tangan Iyad di tarik lembut.

“not tonight, honey. Penat. Teman I kat sini ok?” Iyad memeluk pinggang Amanda, rapat ke tubuhnya.

Habis segelas Cosmo, Amanda mengajak Iyad menari, Iyad menolak dengan alasan yang sama, penat. Akhirnya, puas memujuk, Amanda mengalah dan menari dengan seorang lelaki yang dia tak kenal.

Iyad masih duduk di meja kaunter, menogak Everclear hampir 4 gelas. Cukup untuk membuatkan dia khayal. Cukup membuatkan dia hilang dari dunia realiti.

*             *             *             *             *

“Sara, ayah panggil dalam library.” Black menegur Qaisara yang tekun meneliti resit-resit perniagaan mereka.

“haa? Apa dia abang Black?” Qaisara mengangkat muka.

“ayah panggil kat library.”

“sekarang?”

“taklah. Tahun depan.”

Qaisara ketawa riang. Resit-resit yang bersepah disusun.

“kenapa?” tanya Qaisara.

Black cuma angkat bahu. Biar ayah yang terangkan semuanya.

Dia berlalu mencari ayah di dalam library di dalam rumah. Ayah suka buku, sebab tu siap ada library.

Pintu di buka perlahan, taknak ganggu ayah.

Ayah duduk di meja kerjanya. Termenung. Pelik. Ayah jarang termenung, buang masa macam tu.

“ayah...”

Ayah tersentak. Melihat Qaisara, dia tersenyum. Bukan senyuman seperti biasa, tapi senyuman gusar.

“kenapa yah?” Punggung dilabuhkan ke  kerusi bertentangan dengan ayah.

“Sara tengah busy ke?”

“taklah. Update bulan ni punya akaun je. Ada hal apa, ayah?”

Ayah terdiam. Qaisara menunggu.

“ayah ok tak ni?”

Ayah memandang muka Qaisara penuh kasih sayang. Walaupun Qaisara bukan anak kandungnya, tapi, Qaisara lah penawar dukanya dari dulu sampai sekarang.

“Sara. Ayah ada hal penting nak bagitu Sara. ayah mintak Sara dengar betul-betul, ye sayang.”

Qaisara mengangguk, sedikit gelisah. Apa hal pulak ni. Ayah mana pernah serius macam ni.

“Sara ingat Rizuan Syah?”

“tu kan nama arwah abah?”

Ayah menghela nafas panjang.

“ada orang khianat Rizal Corp.”

“ha? Last month Sara pegi sana, ok je?” memang sekali sebulan dia akan pegi KL, check Rizal Corp. tapi takde siapa yang tau, kecuali Uncle Hamid, salah seorang BOD.

“luaran memang ok. Tapi ada yang tak kena dengan flow duit. Ada orang buat kerja belakang kita.”

“BOD kan ada?”

“tak semua yang tau pasal ni Sara. Semua investigation buat senyap-senyap.”

“GM?”

“dia pun tengah siasat pasal ni.”

“Then apa kena mengena dengan Sara?”

“dah sampai masanya Sara bertindak. Protect orang kita, protect Rizal Corp. kalau perlu take over untuk selamatkan keadaan, Sara kena buat.” Ayah menarik laci. Sebuah buku diambil dan diletak ke atas meja.

“maksud ayah?”

“orang sana syak benda ni orang dalam yang buat. Masalahnya, takde tinggal trace langsung. Tak dapat detect. Maknanya, yang buat ni bukan orang biasa. Dan paling penting, kita taktau diorang buat apa dengan duit ni.”

“apa Sara nak kena buat?”


“dari dulu, Rizuan Syah dah agak benda ni akan jadi. Akan ada kumpulan yang akan cuba musnahkan gagasan kita. Yang paling penting, hapuskan Sara untuk lenyapkan keturunan Rizuan Syah. Pembunuhan abah dengan mak Sara merupakan langkah pertama diorang. Sekarang, Sara dan Rizal Corp akan jadi sasaran utama. Sebelum keadaan semakin teruk, kita kena cari dalangnya.”

Buku tebal yang kelihatan agak usang disorong ke depan Qaisara.

“ini jurnal arwah Rizuan Syah. Amanat terakhir Rizuan Syah, untuk bagi jurnal kepada Sara bila sampai masanya. Semua perjalanan dan rahsia gagasan Syah ada dalam ni. Paling penting, MOU yang semua ketua kawasan tandatangan, ada dalam ni. tak ada siapa pernah baca, even ayah sekalipun. ayah dah jaga jurnal ni selama 22 tahun, sekarang, jurnal ni milik Sara. jangan sampai terlepas kat orang lain. Sara baca, mungkin dalam ni tercatat apa-apa klu pasal Rizal Corp.”

Qaisara mengangguk.

“Sara kena buat ke ayah. I mean, semua ni?” tanya Qaisara, sedikit bergetar.

Ayah terdiam. Nafas berat di hela.

“ayah minta maaf, Sara. kalau boleh ayah taknak libatkan Sara langsung, tapi, darah Rizuan Syah yang mengalir dalam badan Sara, menjadikan Sara terpaksa pikul semua ni. maafkan ayah, Sara.” Ayah tertunduk. Sungguh, kalau dia mampu, dia sanggup bawa Qaisara jauh dari sini. Tapi...

“no ayah. semua ni bukan salah ayah. Sara yang sepatutnya tau semua ni kan? Ayah dah sediakan Sara sejak dulu lagi. Dah dah. Ayah takpayah mengada nak buat ayat sedih.” Gurau Qaisara, cuba melarikan ayah dari perasaan kesalnya.

Ayah menarik senyum hambar.

“preparation kita akan start esok. Uncle Hamid dengan Uncle Ranjit akan datang untuk briefing.” Kata ayah disambut anggukan Sara.

Setelah meminta diri untuk keluar, Qaisara berlalu ke biliknya.

Badan dihempas ke atas katil.

Buku tebal milik arwah abah diletak ditepinya. Belum ada hati nak baca.

Ikutkan hati, rasa taknak terlibat dalam semua ni. Ikutkan rasa, macam nak menangis sambil jerit, ‘kenapa aku!!’. Tapi, inilah harga yang dia kena bayar memiliki darah Rizuan Syah. Ini la harga yang dia kena bayar demi membalas jasa semua orang yang jaga dia, dari kecik sampai besar.

Dia tak la bongok sangat untuk tak perasan, mana dia pegi pun, ada orang escort senyap-senyap. Helo, dari kecik ayah dah train dia dengan intelligence skill (perisikan), ok? takpayah pandang belakang pun dia tau ada orang tengah follow.

Memang dari kecik ayah dah train dia dengan segala jenis kemahiran. Menembak, martial arts, intelligence skill. Semua kemahiran ayah train sampai dia master. contohnya, menembak. Sekarang dia ada lesen senjata api dan dapat pengiktirafan sebagai marksman atau dalam bahasa melayu, penembak tepat.

Untuk kesekian kalinya, Qaisara mengeluh. kepala dipaling ke sebelah kanan. Jurnal Rizuan Syah menerpa pandangan. Menggigil tangannya membuka kulit buku.

Untuk nyawaku,
Cahayaku, Qaisara.
Lihatlah dengan hati
Nescaya
Kau temui kebahagiaanmu-

Rizuan Syah bin Ahmad Syah & Diana binti Amran

Tulisan berangkai di muka pertama disentuh dengan hujung jari. Matanya terasa panas. Pertama kali, dalam hidupnya, dia merasai kehadiran Rizuan Syah dan Dian atau lebih tepat arwah abah dan maknya.

*             *             *             *             *

Mimpi ngeri itu mengganggu lenanya. Terpisat-pisat.

Erghhhh.... kepala rasa nak meletop.

Tak sampai seminit, dia berlari ke bilik air, mengeluarkan isi perutnya.

Damn you Everclear!

Dengan langkah yang berat, dia mengheret kakinya masuk ke dalam bilik. Semalaman lena di sofa, tengkuk pun sakit. Baru nak letak kepala di atas bantal, BB berbunyi, mesej masuk.

‘hari ni masuk Rizal Corp. Important.’

Papa.

Iyad mengeluh. Kepala masih berat. Dan dia dah buat keputusan untuk masuk Rizal Corp. bukan selamanya, untuk sementara waktu je.

Keypad ditekan.

‘ok. Lil’ bit late.’

Sent.

Mata di pejam erat, cuba menghilangkan kesakitan di kepalanya.

Serve you right, king!

Iyad tergelak kecil. Sendiri cari pasal.

15 minit dia berkeadaan begitu sebelum dia bangun bersiap untuk ke Rizal Corp.

*             *             *             *             *

“ye encik. Boleh saya bantu?” receptionist genit menegur Iyad.

Iyad menarik senyum. Memang orang kat Rizal Corp tak kenal dia. Bukannya dia selalu datang sini pun.

“saya nak jumpa dengan Tuan Ali.”

“sekejap ye encik.”

Iyad mengangguk. Matanya meliar memerhati sekeliling. Interior design yang menyejukkan mata.

“Assalamualaikum, Encik Iyad.” Satu suara menegurnya.

Iyad berpusing ke belakang.

Seorang wanita berkebaya dengan rambut yang disanggul kemas tersenyum manis.

“Tuan Ali tunggu Encik Iyad dalam bilik. Mari saya bawa encik ke bilik Tuan Ali.” Lembut si gadis bertutur.

Iyad hanya mengikut langkah wanita itu ke tingkat 5.

“silakan encik.”

Papa menunggu di sofa sambil membaca surat khabar. Santai.

“papa.”

Papa meletakkan surat khabarnya.

“my dearest son. Finally. Allah dengar doa papa agaknya.” Papa tergelak gembira.

Iyad menarik senyum hambar.

“bila papa nak Iyad masuk kerja?”  tanya Iyad, terus tanpa belok-belok.

“if possible, tomorrow. Boleh?”

Iyad mengangguk.

“nanti papa arrange dengan uncle Ranjit untuk assign a group of bodyguards for you.” Kata papa sambil menekan sesuatu di telefon bimbitnya.

“wo wo wo. Jap papa jap. Apsal nak kena ada bodyguards bagai ni” Iyad membentak. Rimas hidupnya diawasi. Dia bukan anak raja ke anak perdana menteri ke. Papa pun bukannya dato’ ke tan sri ke nak kena escort sepanjang masa. Lemas tahu lemas?

“langkah berjaga-jaga, Iyad. Sekarang ramai orang tengah aim Rizal Corp, cuba untuk jatuhkan Rizal Corp. Papa mintak Iyad teraju Rizal Corp sebab papa tau, Iyad boleh kukuhkan balik Rizal Corp dan tolak ancaman-ancaman nak jatuhkan Rizal Corp.” terang papa.

Iyad terdiam.

“lemas la papa. Iyad tau jaga diri sendiri.”

“no. Iyad tetap akan ada bodyguards and a PA yang akan escort Iyad pegi mana saja start pukul 6 pagi sampai 8 malam. After that, you are free from them, ok?”

“free from them but, still dalam pengawasan orang-orang papa?” sindir Iyad. Please la papa.

Papa tersenyum.

“semua untuk kebaikan Iyad kan?”

“sampai bila papa?”

“sampai  knight in a rusty armour datang, perhaps?” gurau papa.

Iyad ketawa. Rusty armour? Papa papa...

“jom, kita zohor dulu. lepas ni ada meeting BOD, papa nak kenalkan Iyad dengan semua orang.”

“whatttt? This fast haaa...”

“yes, son. Jom zohor.” Papa bangun sambil menyingsing kaki seluarnya.

“err papa pegi dulu. Iyad belum lunch. Lepas lunch Iyad datang balik.”

Tanpa menunggu keizinan papa, Iyad terus keluar dari bilik papa. Papa menggelengkan kepalanya.

Entah mana silapnya dalam mendidik Iyad sehingga Iyad menjadi seperti sekarang. Gaya hidup terlampau kebaratan...

Dulu, Iyad bukan macam ni.....

Papa mengeluh berat.

Tuan Tanah berkate:
"ambik mood ambik mood~~ anddd... don't expect too much eh. nak habaq awal-awal, ada info yang saye tibai je kikikiki. dasar pemalas nak double check. ngahaha"

8 comments:

Unknown said...

alaaaa,sikitnyee,cik tuan tanah...but next n3 mesti lagi gempak key.. cuma cunfuse whos sara n iyad niy.. bapak dorang tu rakan kongsi ke ??? hmmm.. sambong..sambong..:))

Hajar said...

Kehkeh. Ni baru betul tulis ikut suka. Tp jgn tibai sembarangan je ya. Harus ada logik dan realistik juga. :)

Ni hero-heroin sama2 multiskill la ye?

Anonymous said...

Ye haaa....sggh teruja!!

Sufi (",)

MizaEija said...

Terbaik...

TuanTanah said...

kucing cat : kihkihkih. buat sikit-sikit supaye takde yang lari tadi storyline asal haha. sabar yeeee :)

hajar : hehe. baiklahhh. ahaa. selalu tgk movie/novel, heroin asyik kene selamatkan dengan hero je memanjang. lemah bebeno. kali ni nak try buat most of the time, heroin boleh selamatkan diri sendiri haha. takde la asyik lemah nangis je kejenye.

sufi : ehhh lame tak nampak awak. rindu~~ ^_^

Anonymous said...

cik tuan tanah pleasee nak lg..
sambung lg cik tuan tanah...

strawberry.chocolate81 said...

espek la jugak TT sebab jalan citenye makin menarik...Sara yg kuat n tau serba serbi huh??? x sabar nak tau keadaan seterusnya ...siapa yg selamatkan siapa

:: Cahaya Hazwani :: said...

wohooo!!! cte pyiasatan n misteri neh!!! best best!!laen dri biru..go TT go!!! =)