Sofa diterpa
seperti menerpa kekasih yang lama ditinggalkan. Tubuh dibaringkan. Penat weh
drive pegi-balik JB, berenti makan tengah hari je pulak, tak sempat
tulang-belulang dia lurus balik.
Sunyi.
Pelik pulak
sunyi-sunyi ni. Mana si burung liar kesayangan ayah?
“nak minum?” tu
dia dah berbunyi. Aidil bangun. Senyum cuba disembunyikan.
“boleh jugak.”
“jus?”
Angguk.
Tak lama
kemudian datang jus dalam gelas. Ni la yang seronoknya dah kahwin. Tapi eh
kejap. Kenapa dia baik sangat harini? Ada udang besar disebalik mee udang ni.
“ayah mana?”
tanya Aidil apabila rumah ayah lengang takde orang.
“dating kot.”
Adil ketawa.
Lucu pulak nak bayangkan ayah dating.
“awak?”
“ha?” berkerut
dahi Aisya. “apa yang saya?”
“taknak pegi
dating? Dengan saya?” usik Aidil. Ok, bukan usik sebenarnya. Memang nak ajak
pun.
“tak hengen. Eh
awakkkkk....” panjang harakat wakkkk tu.
“ye
awakkkk.....”
“ngade. Bila
awak nak balik rumah mama dengan papa?” tanya Aisya tanpa berkias. Buat apa nak
berkias, mamat ni kayu, bukan faham pun.
“amboiiii
menghalau nampak. Ye la ye la. Nak balik la ni.” Aidil pura-pura bangun. Aisya
ketawa. Poyo je.
“alhamdulillah.
Faham rupanya. Okbai.” Aisya sambung ketawa.
“elehhh
sebenarnya dalam hati tu punya la merayu saya jangan balik. Kan kan kan?”
Aisya buat gaya
nak muntah. Aidil ketawa.
“serius ke awak
nak saya balik? Kalau betul, tak apa la. Saya balik lepas maghrib karang.”
Sambung Aidil selepas ketawanya reda.
“bukan la nak
menghalau. Tapi... awak kan ada Irsyad? Takkan awak nak biar mama dengan papa
yang jaga. Awak tu daddy Irsyad. Kesian dia kena tinggal kat sana.” Ujar Aisya.
Badan disandar ke sofa.
Aidil terdiam.
Ahh sejak 2 hari duduk di sini, menjadi tetamu tak diundang Aisya, dia terlupa
si kecil di rumah papa.
“emm yelah.”
“ataupun kan....
Awak bawak la Irsyad datang sini. Saya boleh je tolong tengok-tengokkan.” Kata
Aisya teragak-agak.
Aidil
memandangnya dengan mata bercahaya.
“betul? Awak tak
kisah? Irsyad kan...”
“anak tiri
saya?” Aisya ketawa.
“jangan risau
la. Tak adanya saya nak bagi Irsyad makan katak, basuh toilet.” Aisya sambung
ketawa. Terbayang pulak Irsyad jadi Bawang Merah. Drama habis! Typical Malay
betul.
Aidil terdiam.
Dia nampak Aisya ikhlas. Nak tanya lebih, takut rosakkan mood baik Aisya.
Senyuman terukir dibibirnya melihat Aisya ketawa gembira.
“kalau awak
ambik dia sekarang, boleh makan malam sama-sama. Ajak la Anish, papa, mama
datang sekali.” Sambung Aisya lagi. “saya lama dah tak jumpa Alif. Ajak dia
sekali. Rindu.”
Aishhh sebut
nama Alif tu boleh tahan lagi. Sebut perkataan ‘rindu’ tu terus rasa punah
mood.
“emm ye la. Saya
pegi sekarang.” Berdesup Aidil pergi ke keretanya. Taknak Aisya tanya
banyak-banyak pasal Alif. Sakit hati!
Aisya sebok
fikir malam ni nak masak apa. Abang-abang dia semua ada kat rumah. Kalau mama,
papa, Anish, Alif dengan Irsyad datang, bertambah meriah la rumah ni. Aisya
tersenyum gembira. Seronok beramai-ramai. Terus dia bangkit ke dapur, sediakan
bahan-bahan.
* * * * *
Selepas maghrib,
kedengaran bunyi kereta masuk ke garaj. Aisya yang sedang berdoa di atas
sejadah cuba menghabiskan doanya secepat mungkin. Ahh.. duniawi sungguh. Allah,
ampuni aku.
“mummy...”
terasa lehernya dipeluk dari belakang, cepat-cepat dia mengaminkan doanya.
Irsyad
merapatkan pipinya ke pipi Aisya. Aisya tersenyum sayu. Anak ni kurang
perhatian.
“assalamualaikum.”
“oppss. Sorry
mummy. Assalamualaikum.” Aisya ketawa lagi. Terus membiarkan Irssyad bergayut
dibelakangnya.
“waalaikumussalam.
Dah maghrib dah?”
“dah. Maghrib
kat rumah tok. Rindu kat mummy.”
“meh sini, duduk
depan aun...er...mummy,” tergagap Aisya nak membahasakan dirinya mummy.
“kenapa mummy
dengan daddy tinggal Syad kat rumah tok?” tanya Irsyad yang sudah beralih
tempat, duduk bersila di depannya dengan mata bulat bercahaya. Mata Sofia.
“taklah. Mummy
dengan daddy ada kerja sikit. Lepasni, Irsyad duduk dengan mummy ok?” kepala si
kecil di usap lembut.
“nak nak! Syad
ingat mummy nak tinggal Syad kat rumah tok, macam mama.” Terus tubuh Irsyad di
tarik ke dalam pelukannya.
Allah, izinkan
aku memberi kasih sayang untuk anak ini, sementara masih ada jodohku dengan
Aidil. Jangan izinkan perasaan negatif menyelit masuk ke dalam hatiku hanya
kerana dia bukan dari darah dagingku. Hatinya berdoa.
“daddy mana,
sayang?” tanya Aisya. Irsyad menjungkitkan bahunya.
Terus Aisya
mengemas telekung dan berlalu ke bawah. Riuh rendah rumah ayah malam ini. Semua
anak-anak ayah ada. Apalagi bila kakak dan Aran berjumpa dengan Irsyad. Kalau
mama, papa, Anish dan Alif datang mesti lagi meriah.
Aisya dan Kak
Long menghidang makan malam dengan segera apabila semua sudah menunggu di meja
makan. Aisya mengambil tempat di tengah-tengah antara Aidil dan Irsyad.
“yang, malam ni
tidur jangan lasak sangat tau. Takut patah dua pulak katil kita. Maklumla penat
sangat. Jauh perjalanan tadi.”
“uhuk...uhukkk...”
tersedak Aisya mendengar kata-kata along. Cepat-cepat Aidil menghulurkan air
kosong miliknya.
“kenapa dik?
Risau ke katil along patah. Jangan risaula. Katil along kayu jati. Ganas macam
mana pun, tahan.” Kata along lagi. Ada senyuman nakal di hujung bibirnya.
Angah, alang dan abang chik masing-masing buat-buat batuk. Kak long dan ayah
menyembunyikan senyum. Aidil? Buat muka tak bersalah je.
“ehhh tapikan.
Semalam angah dengar bunyi berdentum. Agaknya ada orang main mercun kot kat
kawasan ni semalam?” angah pulak menambah.
“kau lupa ke
ngah, memang ada orang main mercun semalam. Kan ke 5 bulan lepas Raya Cina.”
Alang join the group.
“katil pak long
patah ke? Macam katil mummy dengan daddy?” dengan tak bersalahnya Irsyad
menyampuk dan disahut gelak ketawa mereka. Cuma Aisya memuncung di duduknya.
“iye ke katil
mummy dengan daddy patah? Cuba Syad tanya mummy dengan daddy buat apa sampai
patah.” Usik along dengan ketawa yang tidak berpenghujung.
“ishhh ishh.
Korang. Jangan nak mengkuningkan otak anak sedara abang chik ye. Syad, mummy
dengan daddy semalam bertukang atas katil sambil nyanyi lagu anak itik tokwi,
air pasang malam, tu yang sampai patah dua tu.” Jawab abang chik dengan nada
mengusik. Sekali lagi mereka ketawa beramai-ramai.
Muka Aisya makin
panas. I need aircond!! Air kosong didepannya diteguk rakus.
“dik, diam je?
sakit tekak eh?” angah.
“korang bersuara
sepatah lagi, gelas ni bakal cium dahi korang.” Ugut Aisya sambil mengangkat
gelas kosong.
“eh, share gelas
dengan Aidil. Ohhh Emmmm Geeee. Shooo shweettt~~ indirect kiss gituww.” Abang chik menggenggam
kedua-dua belah tangan, di letak ke bawah dagu sambil memandang Aisya dengan
mata berkelip-kelip.
“eeee... ayah.
Tengok diorang ni!!” Aisya memandang ayah yang tersengih-sengih melihat kerenah
anak-anaknya.
“ayah dah tengok
adik 27 tahun dah. Jemu. Suruh Aidil la pulak tengok adik. 3 tahun tu lama
tau.” Jawab ayah dengan muka innocent.
“ayahhhh!!”
Bersambung-sambung
ketawa di meja makan. Dah kata dah, 7 keturunan dia akan kena bahan sebab katil
patah. Aidil dipandang geram. Traitor! Mesti dia yang cerita pasal katil patah
tu. Eee rasa nak stapler je mulut dia. siap la lepas ni! Pandangan maut dihantar
kepada gerangan empunya badan.
Aidil yang
menerima pandangan maut, rasa seram sejuk je. haha carik pasal dengan Aisya,
siap la lepas ni. Dalam seram-seram, seronok bergelak ketawa macam ni. Lama dah
tak rasa macam ni. Err.. sejak.. Aisya pegi.
* * * * *
Aidil merenung
Aisya yang menidurkan Irsyad di atas toto (katil patah belum beli baru maaa). Terasa
seluruh badannya disirami air sejuk. Tenang. Satu pemandangan yang tak pernah
dia bayangkan. Indah.
“Aisya...”
“saya taknak
cakap dengan awak.”
Aidil ketawa. Amboiii
boikot.
“ala... relaks
la. Diorang semua gurau je.” kata Aidil sambil ketawa-ketawa.
“merajuk! Taknak
cakap!”
“hahaha. Mana ada
orang merajuk bagitau la.”
“ada. Saya.”
“hahaha. Aisya,
saya nak cakap ni.”
Kali ini Aisya
berpaling memandang Aidil yang santai di atas sofa.
“thanks...”
Keningnya di
angkat.
“Irsyad and me. Untuk
tak benci saya sebab kawin dengan Sofia. Untuk tak benci Irsyad sebab dia anak
saya dengan Sofia. Kenapa?” Perlahan Aidil bersuara.
Aisya melepaskan
keluhan berat. Aidil di dekati. Bahu Aidil ditepuk lembut.
“remember, awak
pernah bagitau saya, it’s only brotherly love. Setahu saya, ‘brotherly love’
takde term ‘benci’. Kan?”
Sreeettttt..
Aidil terasa dadanya
ditikam kejam dengan keris taming sari sebelum di koyak-koyakkan menjadi
kepingan-kepingan kecik dan di campak ke dalam kolam ikan paus. Sakit.
Tu la yang dia
kata kat Aisya, sehari sebelum dia bernikah dengan Sofia. Waktu Aisya kata...
“...saya sayang awak...”
Betul ke Aisya
duduk dalam term ‘brotherly love’? dan kenapa dia rasa marah. Dia nak lebih
dari tu!
Aisya tipu
atau... dia terlambat? Aisya yang sudah baring ditepi Irsyad dipandang sayu.
Lagu 25 minutes
terngia-ngia di tepi telinganya. Bezanya, dia bukan terlambat 25 minutes. Mungkin
3 tahun. Rambut di genggam kuat. Kesal. Sedih. Semua secukup rasa.
After some time I've
finally made up my mind
She is the girl and I really want to make her mine
I'm searching everywhere to find her again
To tell her I love her
And I'm sorry 'bout the things I've done
She is the girl and I really want to make her mine
I'm searching everywhere to find her again
To tell her I love her
And I'm sorry 'bout the things I've done
11 comments:
tqqqq Tuan Tanah... best sangat.. nk lagi .. update kerap2 yer
PANDAI-PANDAILAH EN HUBBY NAK AMBIL HATI AISYA YA ......
best giler citer nih...suka sangaaat...
jgn sofia dtg balik pulak
It's a payback time. Dulu masa ckp tak fikir Aisya sentap. Skrg bila Aisya ckp cmtu sendiri yang sentap. Apalah lu, Mat? Usaha lagi okay? Hehe
Tt, what can i say-u are one of the most sempoi writers that i know tro tis excellent piece and yes biru is my fav kaler-timi
salam tuan rumah, mohon nak share yr link in my fb boleh?
@sharifah muda : ngehe insyaAllah :)
@kak sue : bak kate kawan saye, lelaki ni lagi susah nak ngorat girl tu, lagi dia hargai. yeke? haha
@kuhoneyza : thanks xoxo
@kiki :we'll see
@hajar : tu la manusia kan? bila kene baru tau rasa :)
@anon : kuikuikui sempoi? sebenarnye tak reti nak buat ayat haha btw thanks ^_^ and biru is my fav too (seppp sikit!!)
@cerita hanina :ha sila sila :)
salam dik.. baru jumpa adik punya blog..citer yg simple..selamba dan mencuit hati..membaca mengenai Aisya akak terasa sedih bila dirinya seperti dipermainkan oleh seorg suami sepeti Aidil tu.. bila sofea telah meninggalkan dirinya baru Aisya yg dicarinya..akak rasa macam tidak adil buat Aisya..menjadikan anaknya untuk mewngikat Aisya..akak rasa ia sangat keterlaluan..kan..
first time saya baca cite nie terus jatuh cinta...best giler..x sabar nak tahu cite seterusnye ...kesian aisya..sob..sob..sob..tp i luv abang2 aisya...mmg brotherly love sungguh kuat antara mereka ...best..best..tuan tanah, u are the best!
Semput rasa, banyak gelak...
Post a Comment