baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Saturday, December 22, 2012

DahliaHadif

“Kak Long, Lili nak kahwin boleh?”


“ouchhh!!” Meleleh darah di jari tengah Kak Long.



“Kak Long!” Cepat-cepat tangan Kak Long ditarik ke sinki. Paip dibuka. “Apa Kak Long ni. Orang baru cakap nak kawin, pegi potong jari sendiri buat apa?” Dahlia membebel membalut jari Kak Long dengan tisu.



“Ling, kenapa ni?” Along bergegas ke arah Kak Long, tisu di jari Kak Long dibuka.



Dahlia mencapai First Aid Kit di atas almari dan dihulur kepada Along.



“Kan saya dah suruh awak duduk je jangan buat kerja. Degil betul.” Bising mulut Along marahkan Kak Long. Kak Long Cuma gelak, malas nak jawab. Eleh, setakat marah mulut, bukan boleh bawak mati pon.



“Sayang, cuba awak tanya Lili ni. Saya dengar perkataan ‘kawin’ tadi, tu yang terkujat sampai potong jari sendiri.” Jawab Kak Long. Matanya merenung muka Dahlia yang merah tahan malu.



“Seriously? Lili dah ada calon suami ke?” tanya Along sambil tangannya cekap membersihkan luka di jari Kak Long.



“Errr... tak ada.”



“Then?”



“Entahlah. Tiba-tiba je rasa.” Dahi di letak ke atas meja makan. Malu nak tengok muka Along dengan Kak Long.



“Emm... Along carikan nak?”



“Ok je.” Angguk.



Along pandang Kak Long. Kak Long angkat-angkat kening. Ingat comel sangat la tu. Dahlia bangkit keluar dari dapur. Bahang.



*          *          *          *          *



Kalau pasu bunga Kak Long tepi kolam ni boleh makan, dah lama dia telan sampai kenyang. Kalau lenyek orang guna bulldozer tu bukan kesalahan yang masuk lokap, lama dah dia pinjam bulldozer dari construction company.



Manalah Along dengan Kak Long jumpa mamat tak berapa centre sangat ni hadoi hadoi.



“Mesti awak ni tak laku kan? Desperate eh?” Angkat kening. Ingat dia adik Ziana Zain ke puiii.



“Orang desperate je ke boleh kawin?” Balas Dahlia, menyampah.



“Kalau tak desperate, kenapa suruh Daniel yang carikan? Tak ada boyfriend ke?” Tanya mamat tak centre. Kalau tak salah dengar, tadi dia kata, nama dia Hadif.



“Suka hati la. Sebok je. Kalau awak taknak kawin dengan saya, datang sini buat apa.” Jelingan tajam dihadiahkan khas untuk lelaki di depannya.



“Garangnya ‘mungkin-bakal-isteri-saya’ ni. Ok seriously. Kenapa awak tiba-tiba nak kawin? Tiba-tiba je Daniel, along kesayangan awak jumpa saya mintak kawin dengan adik dia.” Hadif membetulkan duduknya.



Bahu dijungkitkan. “I guess because... it’s time for me?”



Tangan kanan ditopang  di dagu. Muka Dahlia direnung. “Peliklah awak ni. So, kalau saya setuju kita nak buat scene kahwin paksa ke?”



“Heh... too much Malay novels?” Sindir Dahlia. Mata dijuling ke atas.



“Hahahaha. Lepas tu tidur bilik asing-asing. Lepas tu jatuh cinta. And we live happily ever after, yeay!” Seronok Hadif bertepuk tangan, saja nak naikkan darah puteri berdarah sejuk depan ni.



“Imaginasi melampau. No wonder jadi achitect. Ke awak banyak tengok Barbie ni? Euwwww...”



Hadif tergelak lagi kuat. This girl is really something.



“It’s not Barbie, but it is what I call optimist. So, awak nak suruh saya setuju la ni?”



“Suka hati awak. Kalau awak rasa saya bukan pilihan yang betul, just say no.” Jawab Dahlia. Kunci kereta di tangan dimain. Harini kunci kereta ni nampak menarik sikit.



“Kalau saya jawab, I’ll think about it?” Hadif tersenyum selepas berkata. Muka puteri berdarah sejuk dah naik merah. Marah ke malu?



“Look, saya bukanlah perempuan tak tahu malu nak cakap pasal kahwin-kahwin ni. It’s not my favourite topic. Tapi, saya nak jawapan yes or no je. Awak tahu tak, to decide something, we have to use logics. Either 0 or 1. There’s no 0.5 or 0.75. Unless something wrong with your system.” Tu dia, Digital Logic dah keluar.



“emmm.... nampak sangat desperate.” Gumam Hadif dengan dahi berkerut.



“Suka hati awaklah. Saya nak Asar kejap. Fikirlah dulu. Cuma, kalau jawapannya negative, it’s ok. Saya takde la nak campak awak masuk Sungai Kelang.” Tanpa kebenaran dari Hadif, menonong Dahlia masuk ke dalam.



Selesai Asar, kelihatan Hadif baru keluar dari bilik tetamu, mungkin Along yang sediakan sejadah untuk dia, Dahlia malas nak ambik pusing. Dia masuk ke dapur, sediakan minum petang, saje nak lengah-lengahkan masa. Rasanya, dari cara Hadif, jawapannya negatif.



Sepinggan sukun goreng dengan air teh di letak atas meja ruang tamu. Terasa geraknya diperhati, terus dia berpusing.



“Cucuk mata tu karang, hilang satu nikmat.” Mata dijegil. Hadif tergelak lagi. Tahu je orang tengah tengok dia.



“Ni gaduh-gaduh kenapa ni? Dif, duduklah.” Jemput Along.



Kak Long melabuhkan duduk disebelah Dahlia yang seronok melayan Sakeena, anak Kak Long dan Along yang baru umur 3 tahun.



“Dif, apa keputusan awak?” Tanya Kak Long, taknak lengah-lengahkan benda baik. Tapi kalau Hadif tak setuju pun, takde la dia nak lancar perang dunia ke-3 dengan Hadif, sahabat baik suaminya.



“Jap sebelum tu saya nak tanya Dahlia. Awak betul takde kawan istimewa, maksud saya boyfriend ke?” Dahlia yang sebok tocang rambut Sakeena di pandang.



“Alhamdulillah, setakat ni tak ada.”



“Kenapa?”



Bahu dijungkit.



Hadif terdiam.



“Dengan nama Allah, bersaksikan Daniel, Annesa, Sakeena, saya melamar awak untuk habiskan sisa hidup yang tak berapa nak panjang ni sama-sama dengan halal dan diredhai Allah.” Tenang Hadif bersuara.



Giliran Dahlia pula terdiam. Terharu sebenarnya. Terasa kepalanya pening. Kalau nak nangis je, kepala pening.



“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku nak masuk kejap.” Terus Along bangun dan menghilang di sebalik pintu bilik tetamu.



Dahlia dan Kak Long menghantar langkah Along dengan sorotan mata. Along buat sujud syukur.



“Nanti awak bincanglah dengan parents awak, family jangan di belakangkan.” Ucap Kak Long dengan nada bergetar. Sedih nak lepaskan Dahlia, walaupun Dahlia cuma adik ipar.



‘Mak abah, Lili dah nak kawin.’



Dahlia tunduk, saat ni, dia sangat rindukan arwah mak dan abah.



*          *          *          *          *



Hampir 6 bulan hidup sebagai suami isteri, Dahlia tak rasa apa-apa kesusahan macam yang selalu dicerita kawan-kawan sekerja. Biasa je. Bezanya cuma apa je dia buat dalam rumah, dia kena buat extra. Contohnya macam masak, extra kuantiti, lagi-lagi Hadif ni perut buaya. Makan je tapi badan maintain, jealous! Selain tu, dalam bilik tidur, itu dah semestinya, tak payah ceritalah. Kalau kat luar, dia kena sentiasa ingat dia bawak nama Hadif and apa-apa dia buat pon kena mintak izin Hadif. Yang lain, biasa je.



Oh oh, dia ada mama dan ayah yang sangat best dan sporting. Dan adik-beradik Hadif yang tersangatlah awesome.



“Yang... lapar...” Tu dia, kan dah cakap.



“Kan dah makan tadi?” jawab Dahlia, sambil matanya masih tak beralih dari Bradley Cooper yang terlampau hensem.



“Alaaaa... lapar lagi..” Rengek Hadif. Kepalanya di landing ke atas riba Dahlia. Tangan Dahlia di pilin-pilin.



“Tadi makan baca Bismillah tak?” tanya Dahlia lagi. Makan banyak sangat, membela ke apa ni?



“Baca la. Kan abang baca kuat-kuat tadi. Lapar ni....” Rengek Hadif, suaranya sengaja dibuat manja. Tahu kelemahan Dahlia.



“Adoiiiiii!!” Kuat Dahlia menjerit bila terasa jarinya digigit. Hadif tersengih-sengih dengan muka tak bersalah.



“Nampak tak betapa laparnya abang. Kalau 5 minit lagi tak dapat makan makanan, Lili yang abang makan kejap lagi,” senyum nakal terlakar di muka. Terjegil mata Dahlia, muka terasa panas. Lagi kuat Hadif gelak.



“Ye la ye la. Bangun. Lili masak apa-apa.” Dengar perkataan masak, terus melompat Hadif bangun.



Channel ditukar. Menyampah tengok muka Bradley Mini Cooper ni. Entah apa yang Dahlia kata hensem sangat. Siap cakap kalau Bradley Mini Cooper dengan Hadif lemas dalam sungai penuh buaya besar gigi taring tajam, Dahlia pilih nak terjun selamatkan Bradley Mini Cooper dulu, lepastu kalau nasib Hadif bertuah ada pelampung keselamatan, baru dia baling untuk Hadif. Cisssss betul.



“Tadaaa. Shepherd’s Pie special for my dearest husband yang tak berapa hensem.” Pinggan Correlle di sua kepada Hadif. Pie yang memang dah buat pagi tadi, saje je tak tunjuk awal-awal kat Hadif.



“Best gila. Wifey, you are the best lah. Kalau macam ni, baru la tak bukak cawangan Courts Mammoth lain.” Gurau Hadif sambil mengunyah Shepherd’s Pie. Seeeedapppp.



Dahlia berdecit. Hadif suka bergurau macam tu. Semua gara-gara dia cerita kat Hadif pasal Abang Latif, kawan kat tempat kerjanya, yang suka guna perkataan Courts Mammoth bila nak balik rumah isteri keduanya. Sejak tu, Hadif suka main-main pasal cawangan Courts Mammoth. Nyampesss.



“Alololo... abang gurau je la. Takdenye abang nak cari lain kalau I have my personal cook yang kalah Jamie Oliver. Meh abang suap meh.” Sudu disua ke mulut Dahlia yang sudah memuncung.



Bila Dahlia taknak bukak mulut, Hadif mulut memusing sudu depan muka Dahlia, konon-kononnya kapal terbang. Cisss tektik bila dia nak suap Sakeena makan.



“Taknak makan abang habiskan eh?” ugut Hadif, selamba. Cepat-cepat Dahlia menangkap tangan Hadif dan mendekatkan sudu ke mulutnya. Hadif tergelak, lucu melihat gelagat Dahlia yang kadang-kadang garang kadang-kadang manja, eh tapi selalunya buat muka kering je.



Riuh-rendah rumah mereka dengan usikan Hadif dan jeritan geram Dahlia. ‘Mak abah, Lili bahagia.’



*          *          *          *          *



“Saya dan Hadif dah rancang nak kawin.”



“Sejak bila?”



“Sejak 3 bulan yang lepas.”



“Macam mana awak jumpa dia?”



“Drawings and works.”



“Kenapa?”



“Because, he said you have no feelings. And he’s lonely.”



“I see. Typical excuses.”



“Awak benci Hadif?”



“He’s my husband. Berdosa benci suami sendiri. You love him?”



“Very much.”



“ awak jumpa saya sebab ni je ke?”



“No. Saya nak awak benarkan saya kawin dengan Hadif.”



“Kenapa Hadif tak cakap dengan saya sendiri?”



“Dia takut awak sedih.”



“Ok. Is there anything else? Saya ada meeting lepas ni.”



“Nope. Tapi please benarkan kami kawin. For his happiness.”



“Yeah right. I’ll think about it.”



Dahlia memicit kepalanya. Pening. Kepala disandar ke kepala sofa. Volume tv sengaja dikuatkan, biar rumah yang sunyi bunyi riuh. Jam dinding dikerling, hampir jam 10 malam. Mungkin Hadif pegi makan malam dengan si cantik bernama Ain yang datang ke pejabatnya 2 hari lepas. Dan selama 2 hari lah dia memerhatikan langkah Hadif, terbukti Ain tak menipu.



3 bulan lepas. Dia dan Hadif sama-sama sibuk. Kadang-kadang sehari susah nak bertemu muka. Dia tidur, Hadif baru balik, dia pegi kerja, Hadif belum bangun. Dan waktu tu la Hadif menyulam kasih dengan si cantik Ain. Ahh lelaki. Mata dipejam, cuba hilangkan sesak nafas.



Bunyi kereta masuk dan pintu dibuka tidak dipedulikan. Sesuatu menyentuh dahinya. Tak lama kemudian, Hadif melabuhkan kepalanya di riba Dahlia. Kalau tolak biar jatuh ke bawah, jahat tak?



“Yang, tak sehat ke?” tegur Hadif. Dahlia diam, terasa malas pulak nak jawab soalan tu.



“Yang...” panggil Hadif lagi. Dahlia tunduk memandang Hadif. Takut jatuh isteri derhaka pulak.



“Lili pening.”



“Kenapa? Kerja banyak sangat? Rehat la. Lili pegi la lepak rumah Along main dengan Sakeena.” Cadang Hadif. Muka Dahlia direnung. Lama tak manja-manja macam ni.



‘abang, Lili pening bila rasa nak nangis. And you never ever try to understand me.’



“Abang jom pegi holiday.” Ajak Dahlia. Mungkin ada peluang untuk dia pulihkan balik hubungan yang entah ke mana ni.



Lama Hadif terdiam dan diam Hadif merobek hati Dahlia.



“Rasanya takboleh la sayang. Abang busy sekarang. Ajak la Along dengan Kak Long. Abang tak kisah.” Sreeetttt rasa macam hati dah terburai.



“Do you have something to tell me?” tanya Dahlia, cuba mengorek cerita Hadif.



“Tak ada. Sorry abang busy sangat sekarang.” Ujar Hadif sambil mengusap pipi Dahlia. Kenapa Dahlia nampak gemok sekarang?



“Ok. Abang dah makan?”



“Dah. Makan dengan client tadi.” Dahlia mengangguk. Kepala Hadif ditolak untuk dia bangun. Rasa nak naik bilik, buat solat sunat, tenangkan hati yang rasa macam nak sekeh orang je.



Belum sempat dia bangun, tangannya di tarik.



“And I miss my wife.” Serentak ciuman hinggap di dahi. Pening sampai rasa nak terduduk.



Tiba-tiba bunyi telefon bimbit Hadif, laju tangan Hadif mencapai telefon bimbitnya, sambil senyum dari telinga ke telinga, Hadif berlalu ke atas. Dahlia kembali duduk di sofa cuba merenung kembali apa salah dia.



*          *          *          *          *



Ain yang sedang menanti seseorang di meja makan diperhati. Ain yang cantik pandai make-up. Rambut yang panjang yang diwarnakan perang-perang hitam. Skirt Front Patches paras lutut dari Zara dipadankan dengan floral blouse. Handbag Prada, Louboutin cantik di kaki.



Dahlia membandingkan dengan dirinya. Dress labuh ringkas biru dipadankan dengan cardigan. Kepala di lilit dengan selendang. Kasut Vincci, handbag tepi jalan. Ahh... sungguh tak setanding. Mungkin itu yang buat Hadif beralih kasih.



Tak lama kemudian, Hadif datang dengan bunga ros merah. Ain tersenyum gembira. Dahlia? Menangis.



Tanpa berlengah dia berlalu dari restoren itu. Buat apa tengok benda yang menyeksakan hati. Dia balik ke rumah dengan hadiah untuk Hadif.



Pukul 11 malam, baru Hadif balik. Dahlia yang menunggu Hadif sejak lepas Isya tertidur di atas sofa.



“Lili. Kenapa tidur sini, tidur atas jom.” Hadif menepuk bahu Dahlia, lembut.



Terpisat-pisat dia bangun. “Abang baru balik?”



Hadif tersenyum. “Jom tidur atas jom.” Tangan Dahlia di tarik bangun.



“Abang dah makan dah?” tanya Dahlia tanpa melayan tarikan Hadif di tangannya.



“Dah, lepas maghrib tadi makan dengan Fakri.”



“Iya? Kat mana?” tanya Dahlia.



“Kat mamak je.”



“Oh.”



“Jom naik atas.” Ajak Hadif lagi.



“Abang duduk sini kejap.” Dahlia pula menarik tangan Hadif untuk duduk. Hadif hanya mengikut, pelik dengan  Dahlia. Mungkin mamai.



Kepalanya di lentok ke bahu Hadif. Hadif tersenyum dengan kemanjaan Dahlia.



“Abang tau tak Nabi Ibrahim as tak boleh bagi syafaat kat akhirat nanti kenapa?” tanya Dahlia dengan lembut. Tangan Hadif digenggam erat.



“Kenapa?”



“Sebab, lepas Nabi Ibrahim hancurkan semua berhala kecuali berhala paling besar, ayah Nabi Ibrahim tanya siapa yang hancurkan, Nabi Ibrahim kata berhala yang besar ni yang hancurkan. Sebab tu la Nabi Ibrahim tak dapat bagi syafaat akhirat nanti. Sebab pernah menipu. Maknanya betapa besarnya kesalahan menipu tu. Tadi, Lili nampak abang makan dengan Ain.”



Kejung badan Hadif mendengar nama Ain di mulut Dahlia.



“Lili sayang abang. Lili taknak bahu kiri abang berat. Jangan menipu. Allah benci, Lili tak boleh terima.” Kata Dahlia dengan lembut. Kalau ikut hati, nak jer ambik rotan buluh tu, rotan Hadif sampai berbirat-birat tapi bila fikir dosa campur dengan silap-silap esok masuk Surat khabar ‘Isteri Membelasah Suami’ dia cepat-cepat hapuskan hasutan syaitooooon tu.



“Lili...lili...lili kenal Ain?” tanya Hadif tergagap.



“Kenal. Kekasih abang. Ni Lili dah sign borang poligami.” Kertas putih di ambil dari atas meja.



“Borang poligami?”



“Yups. Lili bukannya heroin novel Melayu yang meraung mintak cerai, Lili taknak gegarkan tiang Arasy. Tapi abang kena ingat, Lili pun bukan isteri mithali dalam cerita Ayat-Ayat Cinta, nak tolong pinangkan, uruskan hal kawin. Lili ada hati. Walaupun, abang kata Lili tak ada perasaan. Kawin la. Mungkin dengan Ain, abang takkan rasa lonely lagi.” Dalam lembut memberi kebenaran, sempat Dahlia menyindir Hadif tentang rungutannya terhadap Dahlia kepada Ain.



Hadif terdiam. Terasa hatinya ditembak bertalu-talu dengan senapang gajah. Bukan ke ini yang dia nak sangat?



“Tapi, Lili...”



Belum sempat menghabiskan ayatnya, Dahlia memotong. “Lili penat. Lili taknak dengar apa-apa pasal hal kawin abang dengan Ain. Mama dengan ayah pun Lili dah bagitau, diorang tak setuju, so pandai-pandailah abang pujuk. Lili naik atas dulu, Assalamualaikum.” Tangan Hadif dicium dan dia bangkit menuju ke biliknya di tingkat atas. Pening lagi.



*          *          *          *          *



Seminggu berlalu seperti biasa. Baik Hadif mahupun Dahlia, masing-masing taknak perbesarkan cerita. Hadif kembali manja macam sebelum dia bertemu Ain. Masanya banyak diluang di rumah. Dahlia layankan aje. Suami kan? Tapi ada jugak masa-masanya nampak Hadif termenung, dok belek handphone.



“Yang, siapa Haikal?” tiba-tiba Hadif masuk ke dapur dengan muka tempoyak basi.



Dahlia yang sedang membasuh pinggan menoleh. Dahi berkerut.



“My colleague. Why?” jawab Dahlia bersahaja.



“Ada misscalled dari dia.”



“Oh tolong dial kan.”



“Now?”



“No, next year.” Balas Dahlia, geram.



Hadif tersengih-sengih sambil menekan keypad di Blackberry Dahlia sebelum diserahkan kepadanya.



“Waalaikumussalam. What’s up?” tanya Dahlia dengan nada ceria.



Hadif duduk di meja makan sambil memerhatikan Dahlia. Kenapa dia ceria sangat tiba-tiba.



“Hahahaha. Nope. Seriously? Are you going? Who else? Wait, I need to ask my biggest boss.” Blackberry di sangkut ke bahu sebelum tangannya mencapai kain lap.



“Abang, boleh Lili pegi conference kat Pangkor. Seminggu?”



“Kenapa tiba-tiba? And siapa lagi pegi?”



“The one yang sepatutnya pegi tarik diri, so my boss nak gantikan dengan Lili. Nadia, Fiza, Samiah and Haikal pegi. Can I go? Please?” Mukanya diredupkan supaya Hadif memberi kebenaran.



“Siapa nak jaga abang kat sini. Seminggu pulak tu. Lama sangat la sayang.”



“Aiiiyooo you got your dearest Ain la. Please?”



Hadif terdiam bila Dahlia menimbulkan nama Ain. Tapi entah rasa sentap, kenapa Dahlia tak tunjuk langsung perasaan sedih?



“Ok.” Lemah jawapan Hadif. Dahlia tersengih gembira.



“Bro, I’m going. Berehhh! Eh eh one more, rasa teringin nak makan Mee Bandung yang awak bawak hari tu. Please? Yeay!! Ok, see you there.” Dahlia memasukkan Blackberry ke dalam poket seluar. Senyum manisnya manis terukir di muka. Tanpa menghiraukan Hadif di meja makan, dia bergegas ke atas untuk siapkan pakaiannya.  2 jam lagi, Fiza akan datang ambik.



2 jam kemudian, Dahlia turun dengan beg pakaian. Hadif yang sedang duduk di ruang tamu terpegun melihat Dahlia yang nampak lain. Berseri-seri.



“Kenapa cantik sangat ni? Ni yang abang rasa taknak bagi keluar rumah ni.” Rungut Hadif sambil mencapai beg pakaian Dahlia.



Dahlia tergelak. Bahagian mana Hadif rasa cantik entah. Padahal hari-hari macam ni la penampilan dia. Mungkin Hadif sengaja nak ambik hati.



“Apa benda la abang ni. Ok abang, see you next Friday. Take care. Makan jangan lupa, jangan lambat-lambat makan nanti gastrik. Baju abang seminggu memang Lili dah siapkan macam biasa. Baju kotor, biar je dalam bakul. Nanti Lili balik, Lili basuh. Jangan nakal-nakal kat sini. Jaga batas, kalau tak, kawin cepat, ok?” Pipi Hadif si sapu lembut.



“Ala, takpayah la pegi. Nanti abang bawak Lili makan mee bandung yang paling best kat dunia. Please?” Pujuk Hadif. Berat nak berpisah dengan Dahlia.



Dahlia tergelak kecil. “Taknak. Lili nak yang Haikal punya je. Best gila.”



Hadif mencebik. Menyampah bila nama Haikal disebut mesra oleh Dahlia. “Lili tak pernah pun mintak apa-apa makanan dengan abang.”



“haha sebab Lili tau abang tak ada masa nak layan Lili mengada-ngada. Ok abang. Doakan Lili selamat pegi selamat sampai.” Tangan Hadif di cium lembut. Terus tubuh Dahlia di tarik ke dalam dakapan. Berat nak biar Dahlia pegi.



*          *          *          *          *



Pagi pertama tanpa Dahlia, terasa biasa. Tak ada beza. Pergi kerja. Makan malam dengan Ain. Balik rumah. Sampai rumah, tiba-tiba terasa kosong. Rumah sunyi, tak ada bunyi tv sekuat-kuat alam. Tak ada badan yang tertidur di sofa. Tak ada air milo di atas meja untuk dia. Ahh mungkin sebab dia dah terbiasa dengan Dahlia.



Hari kedua, rindu nak bau Perfume Dreams Unlimited dari Body Shop yang selalu dipakai Dahlia. Rindu nak makan masakan Dahlia.



Hari ketiga. Terasa dunianya terlalu sunyi, buat kerja tak semangat. Bukak facebook, gambar Dahlia bersama kawan-kawannya. Berconference tapi sakan berjalan. Dahlia nampak terlalu ceria. Ceria yang dah lama dia tak nampak.



Hari keempat. Rindu Dahlia. Ain mendesak supaya dia menceraikan Dahlia, siap bagi surat permohonan cerai. Ahhh.. terasa serabut. Dia perlukan.... Dahlia.



Hari kelima, lemau. Rasa nak demam. Dinner dengan Ain yang sepatutnya bagi rasa bunga-bunga cinta berakhir dengan Ain merajuk sebab dia belum buat keputusan bila nak nikah.



Hari keenam. Sampai rumah dengan tak bersemangat. Depan pintu kelihatan kasut Dahlia, dia masuk dengan ceria.



“Sayang. I’m home.” Beg laptop di tinggal di depan pintu, dia bergegas ke ruang tamu.



Dahlia sedang duduk di sofa dengan mata merah dan memegang sekeping kertas.



“Sayang, rindu macam nak gila dah ni....” Matanya menyapa kertas di tangan Dahlia. Eh, itu bukan ke... Oh Emmmm Geeeee.. Terasa kering darah Hadif melihat borang permohonan cerai di tangan Dahlia.



“Abang dah fikir masak-masak?” tanya Lili dengan nada tenang namun bergetar tahan sebak.



“Sayang, abang eerr... abang tak ada niat..aaa..” tak tahu macam mana nak terangkan.



“tak ada niat? Rubbish! Kertas ni jalan sendiri ke datang sini?” sindir Lili dengan rasa marah yang ditahan. Dia tak perlukan alasan.



Lama Hadif terdiam, cuba cari ayat paling sesuai.



“tak apalah kalau abang dah buat keputusan macam ni. Ikut abanglah. Lili taknak abang hidup dengan Lili sebab kesiankan lili. Cuma, Lili mintak jasa baik abang, kalau abang dah nekad nak lepaskan Lili, biarlah lepas next 7 months. Lepas anak Lili lahir. Lili tak nak ulang-alik mahkamah and kacau emosi Lili sekarang.” Setitik demi setitik air mata mengalir ke pipi.



“Lili pregnant? Alhamdulillah alhamdulillah.” Tubuh Lili di tarik ke dalam pelukan. Terlupa sekejap isu cerai tadi.



“lili nak duduk rumah along.” Perlahan suara Lili sebalik pelukan Hadif.



“What? No. Never. You’ll be staying here and I’m gonna take a very good care of you.” Tegas Hadif. Mata Dahlia di renung.



“abang busy kan sekarang? Dengan works, Ain and whatsoever. I need my along badly. Please. Lagipun, bukan ada beza pun Lili ada ke tak ada.” Selamba Dahlia berkata-kata sampai terduduk Hadif.



Lama Hadif pikir baik buruk Dahlia duduk dengan Along. Dahlia jarang tunjukkan emosi selain emosi suka, seronok. Sekarang, dalam selamba Dahlia, Hadif tak dapat nak agak perasaan sebenar Dahlia. Dan dia takut. Takut hilang Dahlia.



*          *          *          *          *



Dekat 2 bulan Dahlia duduk dengan along. Hadif pulak kalau sempat dia balik jenguk Dahlia. Setiap kali along tanya keadaan mereka, Dahlia cuma angkat bahu, malas nak terangkan. Buat apa buka pekung kat dada. Biarlah Hadif dengan kebahagiaan dia. Dalam keadaan morning sickness, tak mampu dia nak beratkan kepala fikir pasal Hadif.



Hadif pulak, semakin leka dengan Ain. Entah, makin hari bayangan Dahlia makin hilang. Dahlia pulak tak pernah hubungi dia waktu dia tak datang rumah along jenguk Dahlia. Mungkin betul, cintanya hanya untuk Ain. Ain pun makin seronok, hadif makin banyak masa untuk dia dan tak payah nak sorok-sorok lagi.



“Assalamualaikum.” Hadif menanggalkan kasut depan pintu masuk rumah along.



Kak long keluar dengan senyuman manis. “waalaikumussalam. Masuk Dif.”



“sunyi je kak long? Budak-budak, Lili mana Kak long?”



“ada tu ha kat depan dengan along. Lili pun ada. Dah makan dah?”



“dah. Makan dengan kawan tadi.” Ain sebenarnya.



“busy ke sekarang Dif? Tidur sini je la malam ni, pukul 11 malam dah ni.” Pelawa Kak long. Hadif mengangguk. Esok Sabtu, cuti, takpayah masuk office. Boleh la lepak rumah along lama sikit.



Hadif masuk ke ruang tv. Kelihatan along duduk di sofa, Dahlia di bawah bersila membelakangkan along. Tangan along pula sibuk menggosok kepala Dahlia dengan minyak Baby Johnson yang diletak ditepi. Hadif hanya memerhati dari jauh. Tak lama kemudian along menocang rambut Dahlia dan di ikat dengan getah. Habis kerja mengikat, Dahlia melabuhkan kepalanya ke atas peha along, dengan rambut berminyak namun along tetap selamba menonton tv.



“dulu, dari kecik sampai besar, itulah kerja along, sapu minyak lepastu tocang rambut Lili. Lili tak reti ikat tocang sendiri.” Kata Kak Long yang berdiri di belakang Hadif.



Hadif menoleh dengan senyuman hambar. Rasa bersalah.



“abang tolong sapukan minyak pleaseeee.” Dahlia memegang sebotol minyak Baby Johnson di tangan.



Hadif yang tengah menonton CSI New York menoleh dengan dahi berkerut. “taknaklah abang. Nanti habis tangan abanag berminyak. Sapu la sendiri. Saja nak manja-manja la tu.” Dia kembali melarikan mata ke tv.



Sejak tu, Dahlia tak pernah mintak dia tolong sapu kan minyak ke rambutnya. Dan tak pernah jugak Dahlia sapu minyak baby tu sendiri ke rambutnya.



“eh Dif, baru sampai?” tegur along. Tersentak Hadif dari lamunannya. Dahlia turut memandangnya.



“ha’ah.”



“lili pegi siapkan makanan untuk Hadif. Tak makan lagi la tu.” Suruh along sambil menepuk bahu Dahlia dengan lembut.



“abang dah makan kan?” tanya Dahlia. Hadif mengangguk perlahan. Dia tau Dahlia tau.



“macam tu pegilah tidur. Tadi kata penat sangat.” Dahlia bangun, salam along dan berlalu tanpa mempedulikan Hadif yang tercegat menunggu Dahlia.



Masuk dalam bilik, Dahlia terus ke almari mengambil tuala, kain pelikat dan tshirt dan diserah kepada Hadif. Segalanya dilakukan tanpa sepatah kata, Hadif cuma mengikut rentak Dahlia.



Keluar dari bilik air kelihatan Dahlia sudah tidur di atas katil, sejadah terbentang di atas lantai.



Ahh Dahlia tak pernah tak memahami. Hadif tersenyum.



Selesai solat, dia naik ke atas katil, wajah Dahlia yang tenang dalam tidur direnung. Cuba mencari cinta untuk isterinya. Ya, dia sayangkan Dahlia. Tapi rasa cinta yang dulu terasa makin bercambah, makin hari rasa makin kuncup. Sejak dia berjumpa Ain.



Kepalanya di labuhkan ke bantal, sambil membaca doa tidur, hatinya memuhasabah sendiri sampai dia terlelap.



“abang, bangun, Subuh.” Dahlia menyapu pipi Hadif yang masih lena.



“5 minutes please.” Gumam Hadif. Matanya masih bertutup.



“abang nak ke nanti turn abang masuk syurga Allah cakap ‘5 minutes please’?”



Terus terbukak mata Hadif mendengar kata-kata ugutan lembut Dahlia. “ye la ye la bangun dah ni.”



Dahlia tergelak kecil. “ok. Jemaah eh. Lama dah tak jemaah sama-sama.”



Bunyi ketawa Dahlia bagai membawa air sejuk yang di simbah ke mukanya. Segar dan dingin. Hadif tersenyum manis. Lama tak dengar Dahlia gelak. Cepat-cepat dia masuk ke bilik air.



Pertama kali dalam masa beberapa bulan mereka berjemaah. Dalam diam, air mata Dahlia menitik mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang merdu yang dilagukan Hadif. Selesai solat dan berdoa, belum sempat Hadif berpusing untuk bersalam, Dahlia cepat-cepat menanggalkan telekung dan berlalu ke bilik air.



Tindakan Dahlia menyebabkan Hadif tersentap. Namun bunyi Dahlia memuntahkan isi perutnya mematikan perasaan sentap. Dia cepat-cepat bangun menuju ke bilik air. Dahlia menunduk di depan sinki dengan nafas termengah-mengah. Hadif menepuk belakang Dahlia cuba memberi keselesaan.



“teruknya. Jomlah pegi doctor.” Ajak Hadif. Risau melihat Dahlia termengah-mengah mengeluarkan isi perutnya.



Dahlia menggeleng lemah. “memang macam ni.”



“everyday?” tanya Hadif tak percaya.



“yups.” Jawab Dahlia. Selesai membasuh mulut dia melangkah lemah keluar bilik. Hadif masih tercegat di depan pintu bilik air. Apa lagi yang dia tertinggal? Dia menggeleng lemah, rasa bersalah dengan Dahlia.



Sampai di ruang makan, Dahlia sebok menolong Kak Long menghidang. Bunyi bising blender memenuhi ruang dapur yang terletak di sebelah ruang makan.



Tak lama kemudian along keluar dengan segelas air berwarna coklat cair dan diserahkan kepada Dahlia. Tanpa banyak bunyi Dahlia menghabiskan air itu.



“air apa tu?” tanya Hadif, hairan.



“susu, badan dengan kurma. Elok untuk preggy mommy and the baby, insyaAllah.” Jawab along dengan senyuman. Namun dalam hati, rasa sedih dengan rumah tangga adik kesayangannya. Takpayah tunggu Dahlia cerita, dia dapat agak.



“duduklah makan.” Ajak Kak Long. Hadif duduk di sebelah Dahlia yang leka menyapu roti dengan nutella.



“abang nak makan apa tengah hari ni?” tanya Dahlia tiba-tiba. Hadif menoleh kehairanan. Dah lama Dahlia tak tanya macam tu.



“errr... teringin nak makan mee udang la.” Jawab Hadif. Mee udang Dahlia dengan udang gemok-gemok dah terbayang kat mata. Kecur air liur.



“bereh. Tengah hari ni Lili masakkan.” Hadif mengangguk gembira. Tak sangka Dahlia masih nak layan seleranya.



Tengah hari tiu Dahlia sebok memasak di dapur. Hadif dengan gembiranya menunggu di depan tv. Along entah hilang ke mana.



“abang, mee udang siap!” panggil Dahlia dari ruang makan. Tanpa menunggu sesaat pun, Hadif bangun dengan semangatnya. Along dan kak long dah siap sedia di meja makan.



Bau rencah mee udang menyengat hidung dan perutnya. Ususnya menjerit-jerit kebahagiaan. Dahlia dah siap-siap letak dalam magkuk tinggal makan je.



“eh, Lili tak makan sekali?” tanya Hadif. Depan Dahlia tak ada mangkuk mee udang.



“takpe la. Abang makan la. Lili tunggu mee bandung Lili.” Jawab Dahlia dengan ceria. Naik seri di wajahnya.



“Mee bandung? Mana?” tanya Hadif. Pelik.



“Assalamualaikum. Mee bandung dah sampai!” suara dari luar menyebabkan sengihan Dahlia bertambah lebar. Pantas tangannya mencapai tudung yang di sangkut ke kerusi dan terus ke depan.



“Eh?” Hadif tayang muka pelik.



“Haikal hantar. Seminggu sekali Haikal datang hantar mee bandung, Dahlia mengidam.” Terang along tanpa memandang muka Hadif, khusyuk dengan mee udang yang sedap tahap sorga dunia.



Dengar nama Haikal, mati selera Hadif. Bunyi suara Dahlia dan Haikal bersembang dan sesekali ketawa lebih menambahkan hangat di hati, kepala, tekak, semua organ-organ di badan Hadif.



Tak lama kemudian Dahlia masuk ke ruang makan dengan membawa bekas tupperware dan beg kertas.



“Mereng Haikal tu. Dia bagi baju mengandung kat Lili. Dia kata semalam dia lalu depan Modern Mum kat Alamanda, dia mengidam nak beli baju preggy. Entah apa-apa je.” Cerita Dahlia sambil ketawa. Kak Long dan Along turut tergelak. Bekas tupperware dibuka dengan muka teruja. Hadif menggenggam tangannya menahan perasaan yang tiba-tiba datang, menyirap.



“Dif, makan la. Nanti dah sejuk tak best dah.” Sapa kak long. Saja nak riuhkan suasana, tengok Hadif pun dia tahu, Hadif cemburu. Rasakan! Kak long tergelak dalam hati.



“abang nak rasa mee bandung ni? Best gila. Best sampai rasa macam nak nangis guling-guling. His future wife will be a very lucky girl. ” Sudu di sua ke mulut Hadif. Nak tak nak Hadif buka mulut.



Tak sedap pun. Kutuk Hadif dalam hati. Geram tengok muka Dahlia yang ceria bercerita tentang Haikal.



*          *          *          *          *



“Hai.” Sapa Ain kepada Hadif yang duduk termenung.



“Assalamualaikum.” Sindir Hadif. Ain tergelak manja.



“kenapa lambat?” tanya Hadif. Pantang bila orang datang lambat lebih setengah jam.



“ala. Sorry la sayang. Ain terlewat bangun.” Manja Ain bertutur. Kalau boleh dia yang pegang tangan Hadif sambil memujuk tapi tau perangai Hadif yang sangat menjaga batasannya.



“Ain tak subuh ke?” usik Hadif.



“cuti la sayang.” Jawab Ain selamba menyebab Hadif tergamam. Kalau Dahlia, punyalah malu nak bagi tau tengah dapat cuti pelepasan dari Allah.



“kenapa ain ajak jumpa pagi-pagi ni?” pagi-pagi dapat mesej dari Ain, kelam-kabut dia bersiap, takut Ain ditimpa sebarang kesusahan.



“rindu la. Sejak abang balik jumpa your preggy wife, terus lupa kat Ain ye?” Ain memuncungkan bibirnya, saja buat-buat merajuk.



“alala jangan la merajuk. Mana ada lupa, abang kesian kat Dahlia, nampak letih je.” Terang Hadif sambil tersenyum  senang melihat Ain yang manja.



“ala, biasala orang mengandung. Kakak Ain dulu pun teruk jugak. Tapikan kadang-kadang mengada-ngada je lebih. Jangan layan sangat.” Selamba Ain berkata-kata. Hadif terdiam. Tak suka dengar Ain cakap macam tu.



“ehh ada pulak cakap macam tu, nanti Ain mengandung pun Ain macam tu jugak.” Balas Hadif, bergurau.



“Ain taknak la mengandung awal-awal. I need at least 3 years of honeymoon hehe.” Jawapan Ain menukar riak muka Hadif.



“Ishh kalau Allah bagi rezeki awal, terima aje la. Alhamdulillah.”



“No no no. If possible Ain taknak awal-awal. Biasanya kalau wife mengandung awal, nanti husband cepat je tengok tempat lain kan?” Balas Ain, turut mengusik. Hadif terdiam. Betul ke?



Tiba-tiba teringat kan Dahlia yang pagi-pagi berlari ke bilik air memuntahkan isi perut. Selama dia tak ada, Dahlia sorang-sorang melayan morning sicknessnya? Hilang mood Hadif untuk bersembang dengan Ain. Dia cuma mendengar cerita Ain sambil fikirannya lari ke rumah along risau memikirkan Dahlia.



Sebelum balik ke rumah along dia singgah di MPH, mencari buku berkenaan ibu mengandung.



“assalamualaikum.”



“waalaikumussalam. Yeay ayah chu dah balik.” Sakeena menyambut Hadif di muka pintu. Hadif tergelak tangannya merangkul Sakeena yang tembam dan di dukung.



“dah mandi belum ni?” tanya Hadif, hidungnya mencium pipi Sakeena yang labuh itu.



“dah la ayah chu. Mak chu mandikan tadi.” Jawab Sakeena dengan riuh.



“mak chu mana?”



“tidur kat depan tv. Mak chu muntah-muntah teruk tadi. Lepastu papa dukung mak chu pegi depan tv. Sian mak chu. Mak chu nangis-nangis tadi.” Cerita Sakeena panjang lebar. Terus Hadif melajukan langkahnya ke depan tv, risau.



Kelihatan Dahlia tidur berbantalkan lengan kiri along. Along leka menonton tv sambil tangan kanannya memeluk tubuh Dahlia. Tiba-tiba Hadif rasa cemburu. Dahlia tak pernah manja-manja dengan dia macam tu.



“Sakeena...” panggil Kak Long dari dapur. “eh Hadif, pegi mana tadi? Dah makan tengah hari?” tanya Kak Long. Tapi nadanya kedengaran agak keras, tak macam biasa.



Along turut menoleh apabila mendengar nama Hadif disebut.



“belum kak long. Err.. Sakeena kata Lili muntah teruk tadi?” tanya Hadif teragak-agak, nampak sangat dia tak pandai jaga isteri.



Kak Long terdiam. “Emm.. biasalah tu. Hari ni je teruk sikit. Semalam je ok sikit.” Jawab Kak Long siap dengan jelingan. Makin hari makin panas hati dengan sikap Hadif. Tapi Dahlia diam je, takkan dia nak lebih sudu dari nasi.



Hadif menoleh ke arah Along dan Dahlia. Along dah bangun dan sedang merangkul bahagian bahu dan betis Dahlia, untuk angkat Dahlia ke biliknya.



“Err along. Biar aku angkat.” Kata Hadif bergegas ke tempat along. Along meletak kembali kepala Dahlia. Dia cuma melihat Hadif mengangkat Dahlia masuk ke bilik. Ikutkan hati, mahu rasanya dia menumbuk muka Hadif, biar dia rasakan keperitan Dahlia.



Bertahun-tahun dia jaga Dahlia, dari kecik, tak pernah dia buat Dahlia macam sekarang, macam sampah. Biarpun Dahlia tak pernah bercerita, dia tau, Dahlia terseksa. Lagi teruk daripada hari dia dan Dahlia dapat tahu ayah dan mak terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.



Sentuhan lembut di bahunya menyebabkan dia menoleh. Isterinya tersenyum. “sabarlah. Abang slow talk dengan Hadif. Ling rasa dah makin worst je sekarang. Tapi sabar, jangan kasar-kasar.”



Kata-kata lembut isterinya menyejukkan hati. Along tersenyum hambar dan mengangguk.



Biarlah kalau Hadif tak mampu jaga Dahlia. Dia masih ada. Dahlia amanat arwah mak dan abah. Dia takkan biar sesiapa pun buat Dahlia macam sampah.



*          *          *          *          *



“Busy sangat ke sekarang?” tanya Along sambil menghirup teh. Hadif yang sedang membaca What to Expect When You’re Expecting oleh Heidi Murkoff mengangkat kepala.



“Ha? A’ah busy jugak. Banyak drawings nak kena approve.”



“busy sampai tak sempat bawak Lili pegi check-up? Tapi sempat pulak makan dengan Ain?” tanpa menunggu, along melancarkan peluru berpandu. Hadif tergamam.



“Tak. Dahlia tak pernah cerita dengan aku apa-apa. Aku ramai kawan, Hadif. Aku pernah makan dalam restoren yang sama dengan kau.” Along diam, cuba merasionalkan fikirannya. “apa sebenarnya ni, Dif? Susah nak percaya kau buat macam ni.” Along menggeleng.



“aku...aku... aku rasa, aku jumpa apa yang aku cari bila aku dengan Ain.” Jawab Hadif, cuba bertenang. Buku di letak ke atas meja kopi.



“maksud kau?”



“love. Aku rasa bila Ain ada dengan aku.”



“dengan Dahlia?”



“aaa... Aku sayang Dahlia...”



“tapi kau cinta Ain?” Hadif mengangguk.



“Bullshit!” sumpah Along. Hadif terdiam. Pertama kali mendengar along menyumpah.



Along menarik nafas panjang. “apa kau nak buat?”



“entahlah. Aku pun keliru.” Jawab Hadif. Rambut di dahi di raup ke atas.



“aku salah buat pilihan ke?” tanya along dalam nada perlahan. Dia mengeluh perlahan.



“Jangan cakap macam tu. Kau buat aku rasa loser, tak pandai jaga isteri.” Marah Hadif, tak suka along merasakan dia pilihan yang salah untuk berganding dengan Dahlia.



“dulu, arwah mak abah ingat Dahlia akan end-up dengan Haikal.”



Hadif terdiam. Rasa jantungnya terhenti mendengar kata-kata along.



“Dahlia dengan Haikal macam belangkas, melekat. Rumah ni pun dah macam rumah Haikal sendiri. Sampai besar” sambung along, tidak mempedulikan perasaan Hadif.



“Kenapa kau pilih aku?” tanya Hadif.



“mula-mula aku terkejut bila Lili mintak aku carikan bakal suami, sedangkan Haikal ada. Bila aku fikir balik, aku dengan Lili di besarkan sebaik-baiknya dengan arwah mak abah. Arwah mak abah tak pernah larang kitorang kawan dengan sesiapa, tapi batasan tetap ada. Arwah abah selalu cakap, lelaki yang ikhlas dengan seorang perempuan, takpayah nak bercinta lama-lama tambah dosa, dia akan terus mintak izin dengan wali perempuan tu untuk berkahwin. Atas sebab tu, Lili tak rasa Haikal anggap dia lebih dari adik, walaupun aku sentiasa nampak Haikal sayang Lili lebih dari adik.” Cerita Along panjang lebar.



“kenapa aku?” tanya Hadif lagi setelah mendengar cerita yang meremukkan hatinya.



“bila Lili cakap dengan aku, dia rasa nak kahwin, mintak aku carikan, aku istikharah. Untuk Lili, aku nak yang terbaik. Yang boleh jaga Lili lagi baik dari aku dan arwah abah jaga. Dua minggu aku istikharah, puasa berturut-turut. Sampailah satu hari, lepas solat, aku nampak kau lepas habis ambik wudu’. Tiba-tiba terdetik hati aku untuk tanya kau. Now, tell me Hadif, did I make a huge mistake?” tanya along dengan nada lemah.



Hadif terdiam. Rasa sebak berhimpun di dada.



“we’re talking about my sister, Dif. Terang-terang aku akan back-up adik aku. Tapi...” Along diam mangambil nafas. “kalau kau rasa kau mampu untuk berpoligami, go ahead. Aku rasa Lili pun ok je walaupun berat. Cuma Dif, kau kena tau, poligami bukan simply kau kawin lebih dari 1. Berat tanggungjawab. Jangan sampai kat padang mahsyar, timbangan kau berat sebelah kiri sebab hutang kau dengan isteri-isteri kau.” Terang along dengan perlahan. Cuba untuk slow talk.



“Maksud kau?”



“Lelaki memang diharuskan untuk kahwin lebih daripada 1. Biasanya lelaki cakap, sunnah Rasulullah SAW. Tapi, cuba kita fikir dalam-dalam, kenapa Rasulullah SAW kahwin lebih, dengan siapa.  Rasulullah kahwin lebih dari 1 sebab nak selamatkan kaum wanita. Kalau kau tengok, isteri-isteri Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah je yang anak dara waktu kahwin dengan Rasulullah, yang lain semua janda. Cuba kau selak terjemahan Al-Quran, surah an-nisa’ ayat ke-3. Allah berfirman ‘maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.’ Takpayah baca tafsir pun, rasanya kau boleh faham. Berat Dif tanggungjawab lelaki yang berpoligami. Even kalau kau ada perasaan sayang lebih sikit kat seorang isteri pun, kau dikira tak adil.” Along diam mengambil nafas setelah penerangan panjang lebar.



“Tapi Dif, kalau kau tak mampu nak berlaku adil, aku mintak jasa baik kau, lepaskan Dahlia. Penceraian tu benda halal yang paling dibenci Allah tapi daripada kemudian hari, Dahlia terseksa, kau tambah dosa, lagi baik la kau fikir elok-elok. Aku masih ada kudrat untuk jaga Dahlia.” Kata along lagi namun kali ini lebih tegas.



“Papa!!” suara Sakeena memecahkan ketegangan antara mereka berdua.



“Fikir baik-baik Hadif. Kalau betullah kau sangat ‘cintakan’ Ain, lepaskan Dahlia, kahwin dengan Ain. Dapatlah kau apa yang kau nak sangat. Oh ye, mungkin kau tak tau, kalau Lili kata dia pening, maknanya dia nak menangis sangat sangat.” Along menepuk bahu Hadif sebelum berlalu ke dapur melihat apa yang Sakeena nak.



Hadif terdiam. Memikirkan kata-kata along. Matanya dipejam.



“Lili pening.”



“....Shepherd’s Pie special for my dearest husband yang tak berapa hensem....”



“...abang yang Lili sayang, jom lunch sama....”



“...aiyyoo my hubby sakit belakang ke, meh nak urut...”



“...Lili nak abang pakai semua baju yang Lili iron, supaya abang sentiasa ingat Lili ada je dekat abang...”



“...how’s office? Jangan tensi-tensi nanti cepat tua...”



“...jangan nakal-nakal tau. Nanti Lili hantar abang kat Charity Home...”



“...alololo merajuk. Meh meh nak pujuk meh...”



Hadif membuka matanya. Terdengar suara manja Dahlia. Terbayang saat-saat indah mereka. Jam berdeting 11 kali. Dia bangun ke bilik. Dahlia yang enak berbaring di renung.



Kepalanya dilabuhkan ke bantal, badan Dahlia di tarik rapat ke badannya, dahinya di sentuh ke dahi Dahlia.



“Apa abang dah buat kat Lili abang ni...” air matanya menitis perlahan-lahan ke pipi. Dahlia yang rasa hembusan nafas Hadif di mukanya terpisat-pisat bangun. Cepat-cepat Hadif menyapu air matanya.



“Abang? Selsema ke?” tanya Dahlia dalam mamai. Hadif tersenyum.



“Tidurlah.” Hadif mencium dahi Dahlia. Tubuh Dahlia ditarik ke dalam pelukan. Dah lama tak rasa damai macam ni. Dahlia yang sememangnya mamai, biarkan saja perlakuan pelik Hadif. Tapi lenanya tak diganggu mimpi sampai ke Subuh.



Selepas solat subuh, seperti biasa Dahlia bergegas ke bilik air. Hadif berdiri di belakang Dahlia sambil menyapu lembut belakangnya. Simpati Hadif melihat Dahlia, sangat teruk.



Reda muntah Dahlia terus berlalu ke katil, tak larat nak keluar.



Tok tok.



Pintu terbuka, along di depan pintu.



“Jom sarapan.” Ajak along. Dahlia menggeleng. Air matanya mengalir ke pipi menyebabkan Hadif terpaku. Tak pernah tengok Dahlia menangis.



“Tak larat sangat.” Adu Dahlia sambil teresak. Terasa seluruh kekuatannya hilang. Nak berdiri pun tak mampu. Demi anaknya..



“Kena sarapan jugak. Ingat, untuk baby. Jom along dukung.” Along tunduk untuk memaut badan Dahlia sebelum Hadif menyentuh lengan along.



“Aku buat.” Kata Hadif perlahan. Along terkejut namun mengangguk perlahan-lahan.



Tubuh Dahlia dipaut. Dahlia turut terdiam, bergetar hatinya. Dah lama tak kena peluk dengan Hadif. Semalam pun dia tak sedar sebenarnya.



Hadif bawa Dahlia ke meja makan yang tersedia susu campuran badam dan kurma. Roti di sapu nutella kegemaran Dahlia di berikan. Dahlia senyap sambil mengunyah perlahan-lahan. Takut dengan perubahan Hadif yang drastik.



Selesai makan, Dahlia berehat di bilik, tak mampu bergerak aktif. Hadif entah keluar ke mana.



Kak Long masuk ke biliknya sambil mengambil tudung dibelakang pintu. “Haikal datang. Lili nak keluar?”



Dahlia tersenyum dan mengangguk. Kak Long mencapai lengannya, memapah perlahan-lahan. Tudung di sarung ke kepala.



“teruk sangat ke?” tanya Haikal sebaik saja Dahlia duduk. Dahlia tergelak perlahan.



“biasalah. First trimester. Bawak apa? Laparlah. Tengok muka awak je terus berselera.” Gurau Dahlia, cuba menceriakan hatinya.



Haikal turut ketawa. “Pulut dengan durian, macam awak mintak semalam. Nak makan sekarang?” tanya Haikal. Dahlia mengangguk laju. Terus Haikal ke dapur mengambil pinggan. Memang rumah ni macam rumah dia sejak dulu lagi.



Berselera Dahlia makan macam tak jumpa makanan setahun. Seronok Haikal menjadi penonton. Sejak dulu, dialah chef peribadi Dahlia. Dan dia tak kesah pun. Kalau dulu, dia terlambat untuk memiliki Dahlia, biarlah sekarang dia menganggap Dahlia macam adik yang perlu di hiburkan.



“Esok nak apa pulak?” tanya Haikal selepas Dahlia selesai makan.



“rasa nak makan Panera Turkey Artichoke Panini la. Macam dulu. Bestnya...” kata Dahlia dengan teruja. Mukanya berseri-seri bila bercerita tentang masakan Haikal.



“berehhh. Awak ok ke ni? Anak angkat saya buat hal lagi?” Gurau Haikal sambil mengemas pinggan Dahlia.



“Ok je. Tapi letih sikit. Tadi pagi nak berdiri pun tak boleh. Harap-harap habis trimeter pertama ni, habislah muntah-muntah ni. Penat. Nasib baik semua yang awak bawak saya tak muntah balik.” Jawab Dahlia sambil menyandar. Perutnya di sentuh.



“InsyaAllah. Doa banyak-banyak ok. Jaga makan tu. Saya nak balik dululah. Eh ha, lusa check-up kan? Nak saya ambik pukul berapa?” tanya Haikal sambil berdiri didepan pintu.



Belum sempat Dahlia mencapai, Hadif muncul depan muka pintu dengan muka ketat yang cuba untuk senyum. Dia bersalaman dengan Haikal. Dahlia diam.



“Lili kenapa berjalan-jalan ni. Rehatlah.” Tegur Haikal dalam nada lembut.



“Kejap. Haikal balik ni Lili masuk.” Jawab Lili. “Awak, nanti saya confirm kan dengan Kak Long. Bila Kak Long free, saya mesej awak semula ok?”



Haikal mengangguk. “Ok. Jumpa esok. Saya bawak Panini. Assalamualaikum.” Haikal berlalu ke kereta. Dahlia memandang kelibat Haikal hingga Haikal berlalu.



Tiba-tiba terasa pinggangnya dipaut, Dahlia menoleh.



“Jom masuk bilik.” Ajak Hadif. Dahlia mengikut langkah Hadif. Nak lari pun takboleh, Hadif peluk kuat pinggangnya.



Masuk ke dalam bilik, Dah duduk di birai katil, sambil memandang Hadif yang sedang menanggalkan jam tangannya di depan meja solek.



“Apa yang Lili nak confirmkan dengan Haikal?” tanya Hadif sambil duduk disebelah Dahlia.



“Oh, lusa ada monthly check-up. Haikal tanya pukul berapa dia nak ambik Lili dengan Kak Long.” Selamba jawapan Dahlia. Tangannya mencapai buku Amalam Ibu Mengandung tulisan Ustazah Nor Bahyah.



“Lili tak pernah ajak abang pun?” tanya Hadif, terluka.



“abang tak pernah tanya. Lagipun Lili faham abang busy. It’s ok. Haikal pun ok je nak temankan. Lagipun Kak Longkan ada sekali. Err... abang marah ke Lili pegi dengan Haikal. Sorry tak bagitau. Kitorang pegi check-up and terus balik. Tak singgah mana pun.” Cerita Dahlia dengan serba salah. Tau dia buat kesalahan besar keluar dengan lelaki lain tanpa keizinan suami.



Haikal terdiam lama. Buku ditangan Dahlia di tarik, badan Dahlia yang ringan ditarik ke atas ribanya agak Dahlia duduk mengadap dia. Tindakan Hadif menyebabkan Dahlia terjerit kecil, terkejut.



“Banyaknya salah abang kat Lili kan?”



Dahlia menatap mata Hadif cuba mencari maksud kata-kata Hadif. “Abang tak buat salah apa pun.”



“Betul ke Lili tak kisah dengan semua ni?”



“Abang... Kita dah bincang pasal ni kan? It’s ok. Lili pun dah fikir. Buat apa kita sama-sama terseksa.” Lili menyentuh pipi Hadif, cuba memberi kekuatan. Marah? Siapa tak marah kalau suami ada kekasih lain, siap ada surat permohonan cerai? Sedih? Pfftttt.... tipulah kalau kata tak sedih. Tapi kalau itu yang Hadif nak, itu yang ditakdirkan untuk dia, baik dia siap sedia dari awal.



“What have I done to you, sayang.” Tubuh Dahlia dipeluk erat. Dahlia terpaku tanpa membalas pelukan Hadif.



“Abang... kenapa ni?” Dahlia menolak badan Hadif, cuba mencari mukanya. Namun Hadif terus menunduk, sampailah Dahlia rasa tangannya ditimpa setitik air.



Hadif... menangis?



“Abang, tell me what’s wrong? Ain kenapa?” tanya Dahlia, risau melihat Hadif. Takpernah Hadif mengalirkan air mata selama mereka hidup bersama.



“Kenapa sentiasa Ain Ain Ain. Kenapa Lili tak pernah fikir pasal Lili sendiri?” marah Hadif dalam tangisan. Sedih memikirkan Dahlia. Mungkin ke perasaan Dahlia kepadanya dah tak ada sampai semuanya pasal Ain- Hadif. Bukan Dahlia-Hadif.



“kenapa Dahlia?” tanya Hadif lagi bila pertanyaannya tidak dijawab. Dia mengangkat kepala memandang Dahlia yang terdiam.



“Lili takut kecewa. Lagi sekali.” Jawab Lili perlahan. Matanya bergenang. Dia dah letih berlagak biasa. Dah letih tahan air mata depan Hadif.



Giliran Hadif terdiam.



“Lili, abang nak Lili jujur dengan abang, betul ke Lili ikhlas dengan semua ni?”



“Tak. Tapi Lili cuba.”



“Lili cintakan Haikal?”



Pertanyaan Hadif tidak dijawab namun matanya merenung tajam mata Hadif walaupun mata kedua-dua mereka dibasahi air mata.



“Lili ada 1 je hati. Kalau hati Lili ada 2, mungkin ada ruang untuk Haikal.” Jawab Lili. Hadif menariknya ke dalam pelukan. Terharu. Sedih. Gembira. Bahagia. Semuanya bercampur menjadi 1.



*          *          *          *          *



“Sorry Ain. Abang sangat sangat perlukan Dahlia dalam hidup abang.” Ain dipandang dengan rasa bersalah.



“apa abang cakap ni.” Marah Ain. Garfu dan pisau diletak.



“this is wrong. ‘We’ are wrong.”



“Tapi abang kata abang tak cintakan Dahlia. Abang kata abang cintakan Ain. Apa ni bang?”



“saya minta maaf Ain. Saya tersalah langkah. Memang salah saya. Awak patut dapat lebih baik dari saya.”



“saya? Awak? Apa abang ni. Jangan nak bergurau la.”



“Simpan penggilan ‘abang’ tu untuk orang yang sepatutnya, Ain. Saya minta maaf sangat sangat sangat. Memang salah saya. Saya tak mampu berlaku adil and saya pilih Dahlia. Sebab perangai saya, Dahlia terseksa. Dan saya taknak awak pun rasa benda yang sama. Maafkan saya Ain.” Hadif menunduk. Dia salah. Semalaman dia berfikir, memohon petunjuk kepada Allah. Memohon Allah tunjukkan jalan yang benar.  Dan dia jumpa jalan yang terang dan bahagia. Jalan dengan Dahlia.



Ain menangis. Apa yang dia takutkan telah terjadi.



“tapi abang dah janji nak kahwin dengan Ain. Jangan buat macam ni kat Ain, abang.” Ain menangis teresak-esak. Tangan Hadif dicapai sebelum perlahan-lahan Hadif menarik kembali.



“Saya salah Ain. Saya salah. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, saya minta maaf. Saya harap Ain maafkan saya dan jumpa lelaki yang ditakdirkan untuk Ain. Maafkan saya.”



“abang...” tanpa henti Ain menangis. Cintanya untuk Hadif takmungkin dimiliki orang lain.



Kalau fikirkan akal yang tak waras, bahagian jahatnya berkata, kalau dia tak memiliki Hadif, Dahlia juga tak boleh.



Kalau diifikirkan kewarasan akalnya, dia cintakan Hadif. Tapi apa yang dia dapat dengan buat benda jahat.



Menangis dan meratap adalah yang terbaik.



‘Ain cantik, Ain pandai, Ain bergaya.... Seorang Hadif pegi, 10 Hadif yang datang...’ akalnya cuba memujuk.



*          *          *          *          *



Dia berlari-lari anak masuk ke dalam Hospital Pakar An-Nur, tempat check-up Dahlia. Ini adalah kali terakhir Haikal memainkan peranannya sebagai suami, itu janjinya. Dahlia yang sedang berdiri didepan kaunter ubat di dekati.



“eh abang.” Terbeliak biji mata Dahlia melihat Hadif disebelahnya. Haikal yang pada mulanya terkejut, tersenyum dan bersalaman.



“Haikal, thanks temankan Dahlia check-up. But from now on, I’ll take over your duty.” Kata Hadif dalam nada bergurau. Haikal mengangguk. Bahu Hadif ditepuk berulang kali. Kak Long turut tersenyum.



“Kalau macam tu, Kak Long dengan Haikal balik dulu la ye? Along tunggu Kak Long dah tu.” Dahlia mengangguk. Kak Long dan Haikal berlalu meninggalkan mereka.



Selesai membayar kos ubat, Hadif memimpin Dahlia ke kereta. Pintu kereta dibuka, seat belt dipasang. Dahlia yang masih terkejut cuma membiarkan.



“Kita cari barang baby jom?” ajak Hadif dengan ceria. Dahlia diam. Apa kena dengan Hadif harini. Tak masuk office ke? Tapi baju kemeja macam dari office.



“Sayang..” Tangan Dahlia dicapai dan dibawa ke stereng. Camry meluncur laju di atas jalan raya.



“Drive tangan duduk diam-diam.” Tegur Dahlia sambil menarik tangannya. Hadif ketawa kuat. Harini rasa indah dari hari sebelum-sebelumnya.



Sampai di basement Alamanda, belum sempat mereka keluar, Dahlia bersuara.



“Kenapa?”



Hadif yang baru angkat gear tangan diam di tempatnya.



“Because I love you.”



“Hehhh... tiba-tiba je. Bukan ke sebelum ni abang sayang sangat dengan Ain? Abang tak ada apa-apa perasaan dengan Lili. Remember? Terantuk ke?”



Hadif tergelak kecil. Dalam serius sempat Dahlia bergurau.



“sorry. Salah abang. Abang tak nampak berlian depan mata abang. I’m sorry sayang.” Tangan Dahlia di capai sebelum Dahlia menarik kembali.



“Abang plan untuk lepaskan Lili sebelum Lili bersalin ke? Ke abang dah nak kawin dengan Ain? Jangan buat baik dengan Lili kalau tu niat abang.” Tegas suara Dahlia.



Hadif terdiam. Terasa dengan kata-kata Dahlia. Tapi bukan salah Dahlia untuk tak percaya. Dia penyebab semuanya.



“Stop it. Just.... stop it. I’ve had enough. Lili dah penat, abang. Penat sampai Lili rasa nyawa Lili dah nak melayang dah. Enough. Lili taknak buat drama, ayat-ayat novel. Cuma Lili mintak stop. Jangan buat Lili macam sampah, bila abang taknak, abang buang, cari lain, bila abang nak, abang kutip.” Mendayu-dayu suara Dahlia. Dalam gelap basement, Hadif nampak air mata Dahlia mengalir di pipinya.



“Lili....abang..”



“Shut up. Now you, listen! Lili dah penat simpan sampai semuanya makan hati Lili. Lili ingat pilihan along yang terbaik, abanglah pilihan along. Abang ingat abang penah tanya Lili sebelum kita kawin, kenapa Lili tak ada boyfriend, Lili desperate ke. Jawapan Lili, abang dengar elok-elok, sebab Lili nak hati Lili suci untuk cintakan suami Lili. And it’s you, my husband. Abang kata Lili tak ada perasaan? Tapi abang penah fikir tak selama ni abang selalu malas nak layan Lili bila Lili nak manja-manja macam Lili dengan along? Ke abang tak sedar? Takpe Lili tak salahkan abang, kepala abang penuh dengan Ain je. Bila Lili balik rumah along, abang jarang datang jenguk, Lili senyap je. Lili cuba untuk faham, abang busy. Tapi abang tak tau macam mana malunya Lili bila pegi check-up  Haikal yang teman, Lili mengidam, Haikal yang layan. Abang kat mana? Busy? Now bila abang ada problem dengan Ain, abang nak cari Lili pula. Stop this bullshit. Lili penat abang. Lili penat. Kalau abang nak lepaskan Lili sekarang, Lili dah takpeduli....”



Belum sempat dia habiskan kata-katanya, bibir Hadif menyapa bibirnya.



Muka Dahlia dipegang dengan kedua-dua tangannya.



“Abang minta maaf. Abang layan Lili dengan buruk selama ni. Abang salah. Tapi abang nak Lili percaya, it’s over between me and Ain. Abang taknak buat pilihan kalau pilihan abang cuma satu. Abang nak Dahlia. Dunia dan akhirat insyaAllah. Abang mintak maaf sangat sangat. Abang faham kalau Lili tak percaya dengan abang, tapi tolong abang, jangan hilang rasa cinta dan sayang Lili untuk abang, I need that for living.” Tangan Dahlia digenggam erat, cuba untuk meyakinkan.



Dahlia memeluk Hadif dengan erat. Hadif yang asalnya terkejut turut membalas pelukan Dahlia.



“If you want to walk away from my life, do it now. Or else, you’ll never get that chance again. Ever.” Kata Dahlia tersekat-sekat cuba menahan perasaan. Dalam hatinya berdoa semoga Hadif tidak melepaskan pelukannya.



“Never let me go, sayang. Please be selfish when it comes to your happiness. I’m sorry and I love you too much.” Ucap Hadif. Pelukan dieratkan. Takut kalau dia terlepas Dahlia. Dan waktu tu, dialah manusia paling bodoh.



“I love you too three four. And you must tell me that until I die. Faham?” Dahlia menolak tubuh Hadif untuk menatap matanya.



Hadif ketawa bahagia. “Abang takut Lili boring nanti, asyik dengar.”



“I’ll tell you when I get tired of it.” Hadif menarik Dahlia kembali ke dalam pelukannya.



“Sayang, in any minutes, if you don’t let me go now, we’ll end up doing something inappropriate in this car.” Bisik Hadif ke telinganya.



Berkerut-kerut dahi Dahlia memikirkan maksud Hadif. Membulat biji matanya. “abang.... mengada gila...” marah Dahlia. Badan Hadif ditolak. Hadif tergelak kuat. Lucu melihat muka merah Dahlia.



“Jomlah. Kita shopping lepastu makan.” Ajak Hadif sambil mematikan enjin kereta. Lapang rasanya bila segala selesai.



“Abang...” Tarik Hadif ditarik Dahlia untuk mengadapnya. Hadif memandang Dahlia, hairan.



Cupp. Pipi kiri Hadif dicium. “Sorry, kalau ada masa abang rasa Lili abaikan abang.”



Cupp. Pipi kanan. “Sorry kalau Lili buat benda yang abang tak suka.”



Cupp. Dahi. “Sorry kalau abang marah Lili keluar dengan Haikal.”



Cupp. Bibir. “Lili ada 1 hati je. Memang untuk abang.”



Hadif mematung. Terkejut dengan tindakan Dahlia. Perlahan-lahan senyum di tarik. Dahi Dahlia dikucup penuh kasih. “Jom balik la macam ni.”



“Abanggggggg...” jerit Dahlia. Hadif ketawa galak.



Seharian berjalan, berpegangan tangan macam orang bercinta. Ye mereka tengah bercinta dan akan sentiasa bercinta. Itu janji mereka.



“Sayang, kenapa tak penah mintak kat abang nak makan apa-apa?” tanya Hadif ketika mereka berehat di dalam bilik lepas penat seharian berjalan.



“Sebab Lili takut abang tak nak layan. Nanti Lili sedih, effect kat baby.”  Ujar Lili, manja. Namun matanya tetap fokus ke buku ditangan.



Cemburu dengan buku yang ditatap Dahlia, dia merampas buku tersebut dan letak meja sisi. Tubuh Dahlia di tarik rapat.



“Lepas ni apa-apa yang Lili nak kena mintak dengan abang, takboleh mintak kat orang lain. Faham?”



“Faham.”



“Setiap hari kalau Lili tak larat nak jalan, kena cakap dengan abang. Biar abang yang dukung. Bukan along. Along tu untuk kak long. Faham?”



“Faham.”



"Jangan tengok Bradley Mini Cooper sampai nak tembus skrin tv. Abang sakit hati."



Dahlia ketawa lucu. "Ok boss."



“Setiap hari kena tidur atas lengan abang, bukan along. Faham?”



“Faham bos.”



“Nak manja-manja dengan abang je. Bukan dengan orang lain.Oh dengan along pon boleh. Faham?”



“Ai Ai Captain.”



“Bagus. Sekarang tidur.” Lampu tidur dimatikan, selimut ditarik.



“Dengan along pun nak jealous.” Gumam Dahlia sambil membetulkan selimut.



“Ehhh mestilah. Dengan abang sombong, dengan along, Haikal, manja-manja. Sedih tau. Rasa nak terjun KLCC.” Kata Hadif dengan bergurau. Kepala Dahlia dilengannya diusap.



“Haha. Over. Dah-dah tidur.”



“Sayang, nak mintak 1 lagi boleh?”



“Apa lagi?” Dahlia menguap. Mengantuk betul.



“Kalau abang tak bagi Lili makan Haikal masak, boleh?”



“Heiiii... mana boleh. Haikal tu personal chef Lili. Please please please?” rayu Dahlia. Janganla Hadif tak bagi dia makan masakan Haikal.



“Hemmm.. ok la sebab sayang abang ni punya pasal, abang benarkan. Tapi jangan selalu. Abang jealous.”



Dahlia mengangguk laju. Yeay! Esok boleh mintak Foccacia, roti Itali yang enak lemak berkrim dari Haikal.



Pipi Hadif dicium. “Malam abang.”



Hadif senyum. Pelukan diketatkan. Allah, terima kasih kerana cepat sedarkan hambaMu ini.



*          *          *          *          *



“Mama ni huruf apa? Lupala.” Iqra’ lima di tunjuk ke depan Dahlia.



“Ni dho sayang. Yang ni zho. Macam mana boleh lupa ni?” Tegur Dahlia dengan lembut. Ubun-ubun Darwis dicium.



“Abang Long banyak makan semut ye...” Kata Humaira’ di riba Dahlia.



Sementara menunggu Hadif balik, Dahlia mengajar anak-anak kecilnya yang masing-masing berumur 5 tahun dan 3 tahun mengaji. Alhamdulillah, anak-anaknya terang hati, cepat dan cekap.



“Mana adala. Abang long lupa baca doa terang hati tadi.” Jawab Darwis. Tangannya cepat-cepat diangkat dan membaca doa.



“Haaa... baba dengar ada orang lupa baca doa ye.” Tegur Hadif yang baru masuk ke dalam bilik. Dahlia di dekati. Kepala yang ditutupi telekung dicium penuh kasih.



“Baba!!” Darwis dan Humaira’ menerpa. Hadif tersenyum bahagia. Kedua-dua permatanya dipeluk erat.



“Harini buat mama penat tak?” tanya Hadif sambil meriba kedua-duanya. Dahlia yang sedang melipat telekung tersenyum.



“Tak. Harini abang long dengan adik jaga mama elok-elok tau.” Jawab Humaira’ yang sememangnya banyak mulut dari Darwis.



“Iye ke?” balas Hadif dengan dahi berkerut, pura-pura tak percaya. Laju Humaira’ mengangguk. Gelagatnya sering mencuit hati mereka.



“Dah dah. Abang long dengan Humaira’ main kat bawah dulu. Ajak kak Keena main. Nanti mama dengan baba turun kita makan sama-sama.”



Berlari-lari kedua-duanya turun ke bawah mengikut arahan mama mereka. Dahlia dan Hadif menggeleng kepala melihat keduanya.



Dahlia bergerak ke almari mencapai tuala dan pakaian Hadif. Belum pun dia berpusing, badannya dipeluk Hadif dari belakang. Perutnya yang makin membulat di sentuh Hadif.



“Eiii busuk-busuk peluk orang. Mandila.” Hadif ketawa. Tau Dahlia bergurau. Hidupnya dengan Dahlia penuh dengan gelak ketawa.



“Taknak. Biar busuk sama-sama.” Balas Hadif, pelukan tidak dilepaskan.



“Lili dah mandila. Pegi mandi cepat. Anak-anak tunggu nak makan. Kejap lagi turun lambat, malu je kat Along dengan Kak Long.” Hadif ketawa lagi. Dahlia yang sangat pemalu.



“Itula sape suruh Lili goda abang.” Usik Hadif. Pantas Dahlia memusing badannya. Hadif cepat-cepat lari masuk ke dalam bilik air sambil ketawa. Dalam geram, Dahlia turut ketawa.



Hampir 7 tahun hidup bersama, tak ada yang dia kesalkan. Pengalaman dulu mematangkan dia dan Hadif. Kehadiran anak-anak mereka mengeratkan kasih sayang. Terima kasih Allah kerana mengurniakan dia untuk berpimpinan tangan ke JannahMu bersama-sama.



Bagi Hadif pula, dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan satu masa dulu. Tapi dia sangat bersyukur sebab Allah tarik dia sebelum dia buat sesuatu yang mungkin sampai mati dia akan menyesal. Kisah dia dan Ain dia anggap sebagai satu ujian Allah. Ujian yang dia hampir-hampir gagal. Tapi kerana ujian tu, hubungan dia dan Dahlia tak pernah berkocak lagi. Kisah Ain-Hadif dulu, biarlah tersimpan dalam lipatan sejarah untuk dijadikan teladan. Ain pun dah selamat mendirikan rumah tangga. Dia dan Dahlia bergaduh? Biasalah, suami isteri. Tapi mereka lebih matang. Dan dia sangat-sangat pasti, untuk berkahwin lebih, dia tak mampu, sebab macam kata Dahlia, hati dia cuma ada satu, untuk Dahlia. Dengan Dahlia, dia cuba menjadi pemimpin terbaik yang boleh bersama-sama berpampasan ke Jannah Allah dengan anak-anak mereka. Terima kasih Allah kerana tak jauhkan aku dengan Dahlia. Kisah Dahlia-Hadif takpernah habis, insyaAllah biar sampai syurga.


13 comments:

Anonymous said...

Tuan tanah,
Tqvm utk cerita ni. Geram masa memula baca tu like why iz thiz happeningzzzz to em wat r u doin hadif ya'know something like that hahaha nasib baik happy ending hoyeaaah. Anyway, harap2 biru pun happy ending. Sila sambung biru please tuan tanah ;)

Sincerely, pembaca yg semangat lol

Unknown said...

Salam, Tuan Tanah cerpen ni sangat memberi pengajaran walaupun selamba je ayatnya tapi menusuk kalbu. Sangat suka ending yang memberi peluang kedua kepada si suami.

Bila nak sambung biru ni...tak sabar dah nak tunggu.

Kak Sue said...

.. mula baca macam kelakar ja....
.. petengahan sedih dengan Dahlia dan geram dengan sikap hadif yang suka ambil kesempatan dalam kelembutan Dahlia..
.. suka sikap kak Long dan Along yang penuh dengan kasih sayang terhadap adik tersayang....
.. Akhirnya Hadif tersedar sebelum semuanya terlambat ... Nasib baik dapat keluarga yang penyabar... kalau kena kelurga yang panas baran mahu Hadif jadi Arwah....hehehe

Anonymous said...

Tuan Umah oiii...

siyes, kisah ni best!!
bersahaja tapi sedih!!

sufi (",)

Eeyta said...

Best sangat2.....sambung biru cepat2 ye ..:)

MzaMuhd said...

sorry, nampaknya saya terlambat sbb baru baca dlm penulisan2u. actually, sgt2 mengkagumkan... sy btl2 emosi time baca... geram smua ada...

congrats tuk awak... :)

Yin Areesa said...

finally, i've found u... ngee. congratz... beautiful cerpen.

Aina Shukri said...

I baca ur cerpen kat P2U and now I found u! currently tngah marathon biru. nice. ;)

MizaEija said...

tanpa sedar.. air mata kua meleleh-leleh.. sedih.. tp naseb baik hepi ending...
sukeee...!!!!
thanks writer for dis beautiful stroy..

Anonymous said...

best sgt2...teruskan berkarya...luv u tuan tanah!!!

Unknown said...

baca kisah nih wat akk leleh...namun bnyk pengajaran...best sngt tuan tanah...

Anonymous said...

besttt!!!..l like n luv u TT.-nhm

Unknown said...

best sgtttt..bnyk pengajaran..ada gembira ,,ada sedih ,, ada terpaksa.. complete..good job all the best for next cerpen blogger.