baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Monday, December 10, 2012

Biru [13]



2 hari lagi dia dan Sofea bakal bertukar status. Suami isteri. Entah kenapa terasa ngilu hujung hatinya. Aisya yang sedang sibuk menggubah hantarannya di depan tv dengan mama dan Anish di renung sayu.

Dia dah janji dengan Aisya. Dia akan selesaikan semuanya sebelum dia sekali lagi berjabat tangan dengan tok kadi. Tapi rasanya Aisya terlupa. Mungkin terleka menguruskan majlis besarnya. Berat rasa hati nak lepaskan Aisya. Walaupun dia tau, gadis macam Aisya, tak susah untuk cari pengganti. Ahhh pengganti? Tu lagi rasa macam kena hiris-hiris. Kepalanya di tundukkan. Kecik, si kucing parsi milik Anish merenungnya tajam.

‘Kau cemburu Aisya kahwin lain nanti.’ Terasa Kecik memandangnya dengan pandangan sinis.

‘Cemburu? Hehh. Aku ada Sofea. Aku Cuma anggap Aisya tu macam adik aku je.’ Aidil membalas pandangan Kecik dengan bengang.

‘Really? Kalau macam tu, cepatlah ceraikan dia.’

Aidil menggelengkan kepalanya laju. Arghhhh stress stress.

“Didi? Kenapa?” Alif menepuk bahu Aidil. Terus Aidil menyapu mukanya. Kecik di kerling, elok je manja-manja dengan Alif.

“Ok tak ni?” Tanya Alif lagi setelah pertanyaannya tidak dijawab. Aidil mengangguk perlahan. Kepalanya di sandar ke kepala kerusi.

Alif memandang pelik abangnya itu. Pelik perangai Didi 2-3 hari ni. Kejap ceria, kejap monyok. Dia nampak macam lari dari Aisya. Tapi, kenapa Aisya nampak biasa je? Ceria macam biasa. Hemmm... agaknya macam ni la orang nak kahwin.

Tanpa menyoal banyak kepada abangnya, dia terus melangkah ke arah Aisya yang sedang sebok membetulkan gubahan hantaran sambil bersembang dengan Anish yang turut menempel di sebelah Aisya.

Aidil menoleh melihat mereka bertiga bergurau senda. Sesekali tawa mereka bergema seluruh rumah. Muka Aisya yang nampak lesu namun sangat ceria di tatap sepenuh perasaan, cuba mencari kebenaran.

“Ehhh tolong sikit ok, Kak Aisya muda daripada Alif what? So, Alif la kena mengalah.” Perbualan mereka menyapa telinga Aidil.

“Mana pulak Alif kena mengalah. Kak Aisya tu kakak tau. Kenalah mengalah dengan adik. Kan Nish? So, make sure, before you fly, belanja kitorang berdua makan ye. Didi tak payahlah. Dia ada Sofea.” Kedengaran Anish ketawa membenarkan kata-kata Alif.

Eh? Aisya nak fly? Ke mana? Dia tak pernah cakap pun? Muka Aisya, Alif dan Anish di renung tajam bersilih ganti. Manja Anish melentokkan kepalanya ke bahu Aisya manakala Alif pula seronok mendengar cerita Aisya. Tiba-tiba dia terasa macam nak cucuk mata Alif yang merenung Aisya sejak tadi lagi.

Ahhhhh Aidil, apa yang tengah jadi ni!! Wajahnya di raup kasar.

“Didi, meh tengok bilik pengantin awak. Suka tak?” Mama menjerit memanggilnya dari tingkat atas.

Perlahan-lahan punggungnya di angkat, langkah diatur lemah ke tingkat atas.

**********************************************************************************

“Mama, Aidil mana ma?” tanya Aisya kepada mama yang sedang mengangkat sepasang baju Melayu putih mutiara.

“Kat dalam bilik rasanya. Ha, kalau Aisya nak naik, tolong hantar sekali baju ni boleh?” Baju Melayu bertukar tangan. Perlahan-lahan Aisya melangkah ke tingkat atas.

Tok...tok...

“Coming!” Suara Aidil menyapa telinganya. Pintu dibuka, wajah Aidil terjengul di muka pintu dengan Iphone di telinga.

“Baby,I’ll talk to you later ok. See you tomorrow, future wifey. Take care.” Iphone di letak di atas katil. Aisya yang berdiri kaku di muka pintu di sapa dengan senyuman.

“Kenapa Aisya?” tanya Aidil, masih dalam senyuman. Dia baru regain semangat lepas bercakap dengan Sofea. Suara manja Sofea menyebabkan dia kembali ingat bahawa keputusan mengahwini Sofea adalah keputusan terbaik.

“Your baju.” Baju dihulur kepada Aidil. “Can we talk? Sekejap je.” Aidil memandang Aisya. Pelik dan berdebar-debar.

“Masuklah.” Pelawa Aidil sambil menolak pintu. Teragak-agak Aisya melangkah masuk ke dalam bilik pengantin yang dulunya dia pernah tumpang selama 10 hari. Bau bunga rampai menerpa masuk ke dalam rongga hidungnya. Hiasan bilik penuh dengan warna ungu. Nafasnya terasa sesak.

“Errr.... Kita bincang tempat lain boleh? Rasa bersalah pulak duduk dalam ni. Apa orang kata nanti.” Kata Aisya. Langkahnya mati di depan pintu.

“Nak kata apa? Tak apalah. Mana ada tempat lagi privasi dari bilik saya ni. Masuklah.” Aisya mengeluh perlahan.

Aidil menarik Aisya melabuhkan duduk di sofa tepi pintu. Lama Aisya diam, cuba mencari semangat yang hilang di muka pintu tadi. Surat yang dilipat dalam poket seluar ditarik dan dihulur kepada Aidil. Berkerut-kerut muka Aidil membaca isi surat tersebut. Seketika, surat itu diletak atas ribanya.

“Awak dah habis fikir dah?” tanya Aidil, straight to the point.

“Dah lama saya apply. Baru 2 minggu lepas JPA luluskan permohonan saya. Ini, impian saya dari dulu.” Aisya mengangkat mukanya mengadap Aidil.

Aidil meraup rambutnya ke belakang. Terasa sesak apabila membaca surat tawaran sambung belajar kepunyaan Aisya.

“So, saya memang takboleh kata apa la kan? Semua orang dah tau?” Aisya mengangguk. Sekali lagi hati Aidil terasa di cincang-cincang. Dia orang terakhir yang tahu.

“Saya tak pernah lupa janji awak nak lepaskan saya sebelum majlis esok, tapi saya taknak awak tertekan. Tak apalah. Saya mintak jasa baik awak, lepas awak balik honeymoon dengan Sofea nanti,  tolong saya, kita selesaikan semuanya. Please.” Rayu Aisya dengan sayu. Mana ada isteri yang suka suami kahwin lain.

Aidil terdiam.

“Takboleh ke kita cuba lagi? Saya...saya...saya sayang awak.” Luah Aisya dengan air mata berjejeran di pipinya. Dia dah tak mampu bertahan. Tak mampu tunjuk kuat.

Seperti kena kejutan elektrik, itulah yang Aidil rasa mendengar luahan hati Aisya yang tidak disangka.

“Hei..hei... kenapa ni? Jangan menangis. Listen, dear, saya pun sayang awak. Macam saya sayang Anish, Alif. Don’t get confused with your feelings, Aisya. It’s only brotherly love. Nothing else. Awak keliru. Sheshhh... Stop crying. I’m here.” Tubuh Aisya yang bergetar tersedu-sedu dipaut ke dalam pelukannya. Untuk pertama kalinya, Aidil rasa bebanan di jiwanya lepas, hilang.

Lama mereka duduk dalam keadaan itu, sehinggalah Aisya menolak tubuh Aidil. Matanya bengkak, hidungnya merah. Kedua-dua belah tangan Aidil menyentuh pipinya.

“Saya janji, lepas saya balik honeymoon, kita selesaikan semuanya. Ok?” Aisya mengangguk perlahan. Matanya mengelak dari bertemu dengan mata Aidil. Malu. Ya. Dia malu. Bodohnya dia kerana meluahkan perasaan kepada Aidil.

“Are we good?” tanya Aidil sambil tersenyum. Aisya mengangguk lagi. Punggungnya diangkat. Langkah di atur keluar dari bilik itu.

“...saya sayang awak..” Kata-kata Aisya berputar di kepalanya. Jantungnya seperti bergendang lagu indah. Ahhh aku ada Sofea.

**********************************************************************************

1 jam sebelum majlis akad nikah bermula, baru Aisya menunjukkan mukanya di rumah Aidil. Itupun lepas jenuh dipujuk oleh ayah dan abang-abangnya. Semalaman Aisya menangis dalam pelukan ayah. Kali pertama jatuh cinta. Dengan suami sendiri. Dan ditolak mentah-mentah. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk Aisya terima.

Baju kurung moden jenis chiffon berwarna merah jambu dan dipadankan dengan selendang senada di sarung ke majlis akad nikah Aidil dan Sofea. Mukanya dirias dengan solekan ringkas oleh pembantu angah. Mata sembapnya dapat disembunyikan dengan alat solek MAC di matanya.

“Pheeewitttt. Lawanya Kak Aisya harini, kalah pengantin.” Usik Alif yang terserempak dengannya di depan pintu masuk. Aisya ketawa lucu. Cuba menceriakan dirinya.

“Bukan harini je akak lawa. Hari-hari pun lawa ye.” Balas Aisya selamba. Alif buat muka nak termuntah. Aisya ketawa lagi.

“Haaa.. lambatnya sampai. Mama nak mintak Aisya tolong tengok Aidil siap kat bilik.” Tegur mama yang baru keluar dari dapur dengan membawa mangkuk berisi bunga rampai.

“Aaaa...aa.. mama, mintak Alif la tengok ye. Aisya nak kena buat final check hantaran.” Mama please, tolonglah faham Aisya tak mampu duduk dekat Aidil dah.

“Alif mana tau apa-apa. Final check tu Anish dah buat tadi. Cepatlah naik cepat, nanti lambat pulak Aidil tu siap. Alif meh tolong mama alihkan kotak bunga pahar ni kejap.” Arah mama sebelum terus berlalu ke ruang depan yang menempatkan pelamin.

Muka Alif dipandang meminta simpati, namun Alif sekadar mengangkat bahunya sebelum berlalu mengikut langkah mama.

Perlahan-lahan Aisya menapak, mendaki anak tangga satu persatu. Dalam hati berdoa, semoga Aidil tak buka cerita pasal semalam.  Sampai di depan pintu bilik Aidil, Aisya menjenguk dari pintu. Kelihatan Aidil masih belum memakai sampin dan butang baju belum dipasang. Dengan lafaz Bismillah, dia melangkah masuk, menghampiri Aidil. Aidil yang sedang termenung tersentak apabila bahunya ditepuk Aisya.

“Ni apesal belum siap lagi ni? Tak sampai sejam laginak gerak dah. Pakai ni.” Sampin dihulur. Tanpa banyak bunyi, Aidil menyarung sampinnya.

Cekap tangan Aisya membantu Aidil mengikat sampinnya menjadi simpulan bunga di bahagian pinggang. Nasib baik selalu tolong angah kat wedding orang. Butang baju di capai dari atas meja dan dipakaikan ke baju Aidil. Mukanya panas apabila kedudukan mereka berdua terlalu dekat. Nafas Aidil terasa menampar dahinya. Tanpa sedar jari-jemarinya terketar-ketar sejuk. Seram sejuk seram ngeri semua cukup.

“Flight awak bila?” tanya Aidil sambil matanya merenung wajah Aisya yang sejak tadi tidak memandang mukanya.

“Monday, next two weeks. Why? Nak tolong hantar? Jomlah.” Gurau Aisya sambil merapikan letak bahu baju Melayu Aidil.

“Emm. Saya sampai sini that Monday jugak, 3 petang.” Jawab Aidil. Dia dan Sofea akan berbulan madu di Bali.

“Belikan ole-ole tau. Yang paling mahal.” Songkok Aidil pula dibetulkan. Matanya di fokuskan ke atas kepala Aidil. Taknak bertembung mata dengan Aidil.

“Wait for me ok?” Pinta Aidil.

Aisya tergelak perlahan. “InsyaAllah.My flight pon tak confirm lagi la. Kalau awak lambat, mintak ampun la ye.”

Sampin di rapikan lagi. “Done. Tinggal salam tok kadi je.Goodluck, dear husband.” Aisya menepuk bahu Aidil, perlahan.

Aidil tersenyum hambar. Rasa debar tak dapat disorok. Terasa nafasnya sesak.

“Didi, Kak Aisya, jom dah nak gerak dah. Semua dah ready.” Alif terjengul di depan pintu. Segak berbaju Melayu baby pink, selaku pengapit.

Aidil menoleh ke arah Aisya. Lebih kepada merenung, sebenarnya. Mungkin buat kali terakhir sebelum dia bergelar suami, sekali lagi, kepada Sofea.

Dari bawah kedengar suara mama riuh menyusun atur barang hantaran dengan tukang bawak. Aisya cepat-cepat turun bawah untuk menolong mama.

**********************************************************************************

“Ahmad Aidil bin Zulkifli”

“Saya.”

“Aku nikahkan kau dengan anakku, Sofeatul Munawwarah binti Hadi, dengan mas kahwinnya RM1001 tunai.”

“Aku terima nikahnya, Sofeatul Munawwarah binti Hadi dengan mas kahwinnya RM1001 tunai.”

“Sah.”

“Sah.”

“Alhamdulillah. Bismillahirrahmanirrahim...”

Matanya kabur dengan air mata. Tangan kanan dan kirinya erat digenggam mama dan Anish.

‘Ya Allah, andai ini adalah suratan terbaik yang telah kau tulis untukku, jadikanlah aku hambaMu yang redha dengan segalanya.’ Hiba hatinya berdoa.

Kalau 5 tahun dulu, ada orang cakap dia akan bermadu, mungkin dia akan gelak. Sekarang, dia sebak sendiri. Wajahnya ditundukkan daripada memandang wajah Aidil yang baru selesai solat sunat dan berjalan ke arah Sofea untuk upacara sarung cincin. Kuat genggaman tangan Anish di tangan kanannya. Terima kasih, adik.

**********************************************************************************

Pengumuman untuk flight ke Amsterdam kedengaran memenuhi seluruh ruang legar KLIA. Beg galas di sandang ke bahu.

“Kak Aisya taknak tunggu Didi ke?” tanya Anish dengan mata dan hidung yang merah.

Aisya ketawa hambar. “I don’t know. Let me ask the captain first?” Usiknya. Anish senyum terpaksa.

“Kak Aisya jangan lupakan Nish tau. Kena selalu email Nish, call! Tak kira. Nanti Kak Aisya tunggu Anish datang tau.” Tubuh Aisya ditarik rapat ke dalam pelukan. Sedih berpisah dengan kakak kesayangannya. Walaupun jodoh Aisya dan Didi mungkin tak panjang, Aisya tetap kakaknya.

Pelukan Anish dilepas. Mama yang turut teresak-esak dipeluk kuat. Sayangnya kepada mama dan papa sama macam sayangnya kepada ayah dan arwah ummi.

Papa turut menariknya ke dalam pelukan. “Nanti transit kat Ansterdam, call papa ye, sayang. Take care. Nanti papa marahkan Aidil ok?” Pipi Aisya ditepuk perlahan. Air mata di muka Aisya dikesat lembut, dahi Aisya di cium penuh kasih sayang.

“Aisya sayang sangat dengan mama papa. I’m sorry for everything. No matter what, mama dengan papa tetap mama papa Aisya sampai akhirat.” Sekali lagi tubuh kecil Aisya ditarik ke dalam pelukan. Papa cuba menahan sebak. Sumpah, dia sayangkan Aisya.

“Adik, come. Nanti terlambat pulak.” Ayah menepuk belakang Aisya dengan lembut.

Giliran papa pula berpelukan dengan ayah. Ayah, angah, alang dan abang chik akan turut serta menghantar Aisya ke Southampton. Masing-masing tidak sanggup untuk melepaskan adik manja mereka.

Bahu Aisya dipeluk angah sambil sama-sama berjalan masuk ke balai berlepas.

Tangan Aisya menaip laju di Blackberrynya.

‘Goodbye. Take care. Kirim salam Sofea. Mintak Alif harta awak :)

Send. Blackberry di offkan.

Borang penceraian sudah dia tandatangan dan diserahkan kepada Alif. Sekarang segalanya diserahkan kepada Aidil. Peguam pun dia dah lantik sebagai wakil di mahkamah, kawan alang. 

Saat dia melangkah masuk kedalam pesawat, tamatlah cerita dia dan Aidil. Semoga bumi penjajah itu mampu mengubat lukanya.

Dream about the days to come
When I won't have to leave alone
About the times that I won't have to say

Oh, kiss me and smile for me

Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go

'Cause I'm leaving on a jet plane

I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go

'Dear husband, I'm leaving. Semoga segalanya dipermudahkan. Berdosa ke kalau saya berdoa, semoga kita tak jumpa lagi?'

But, who knows....

13 comments:

Unknown said...

Hukhuk...sedeh nyer...sampai tk tau pe yg akk nk komen dek...hope aisya akn mengecap bahgia walau di bumi mane pun aisya berade...pasti akn ade jejaka di peruntuk kn ALLAH SWT wat gadis sebaik aisya...

Anonymous said...

Tehuhu..sedihnya..ala...ala..aidil nih...x fhm perasaan sendiri..rugi lepaskan aisya..rugi sgt..

Anonymous said...

sedihnyaaaaaa y r u doin this to us T____T

TuanTanah said...

hehehe takhabis lagi la dearies. nanti sambung lagi ok.
bak kate pepatah (pepatah ke?), mencintai tak semestinya memiliki. haha jangan marah peace ^_^

Unknown said...

Menitis air mata baca n3 ni...sebak tak tertahan rasanya...bodohnya Aidil melepaskan intan digemgaman kerana harapkan kaca yang berkilau... sambung lagi ya...

Anonymous said...

Warrrrggghhhh..... apasal novel hari ni semua sedih2 belaka.... warrrrggghhhh....

Aisya cepat2 cari pengganti dan ubati luka di hati... Lupakan aidil tu - biarkan dia bahagia bersama sofea.... Ramai lagi lelaki yg di luar sana yg lebih baik, lebih handsome, lebih bergaya dan lebih beriman..... Semoga Aisya bertemu lelaki yg akan dpt menyembuhkan luka di hati.... Please lah...tak mau Aidil.....

Anonymous said...

Warrrrggghhhh..... apasal novel hari ni semua sedih2 belaka.... warrrrggghhhh....

Aisya cepat2 cari pengganti dan ubati luka di hati... Lupakan aidil tu - biarkan dia bahagia bersama sofea.... Ramai lagi lelaki yg di luar sana yg lebih baik, lebih handsome, lebih bergaya dan lebih beriman..... Semoga Aisya bertemu lelaki yg akan dpt menyembuhkan luka di hati.... Please lah...tak mau Aidil.....

cikpelangi said...

ok fine,sedih kot entry ni.part aidil nikah tu,terus saya nangis!sob3. :(

* aidil,cepatlah tersedar perasaan sendiri tuuu.jangan sign borang cerai tu tau!mintak2 Aidil akan kekal dengan Aisya. :D

keep it up Tuan Tanah.good job! :)

Kak Sue said...

... rasanya tersedar lepas akad nikah sekali lagi x perlu.... lepaskan Aisya biar hati dia x terseksa tu penting.... selama ni Aidil lebih pentingkan perasaan dia dan sofia sahaja....
Ada insan yang lebih menyayangi Aisya .... Insyallah.... sedihhh..

Anor said...

sedehnya... kesian dgn Aisya...
tak pelah mungkin ada jodoh yg lebih
baik lagi utk Aisya di negeri org.
Org tak sudi tak payah lah nak di
kenang lagi... move forward mungkin
ada life yg lebih baik lagi utk
Aisya ye... Aidil jgn menyesal
melepaskan permata, bila sedar dh
terlambat... dn Aisya cepat cari
pengganti ye... jgn bila Aisya dh
ada pengganti barulh Aidil sedar
siapa yg dia lebih cinta.

Unknown said...

Salam, tuan tanah cepat-cepat sambung ya...

KuntumRenjong said...

Tuan tanah. ayoyo. Tunggu cite dah macam apa dah. haha. goodluck test :D

MizaEija said...

Sumpah sedih (!___!)