baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Wednesday, September 12, 2012

Biru (Intro I)


Ohh hai. Nama aku Aisya Redza, 24 tahun. Aku duduk dengan ayah dan 4 abang aku yang pelik. Kenapa aku kata pelik, ahaa korang akan tau bila korang kenal abang-abang aku. Aku dah tak ada ibu. Dan aku tak ada kakak. Kesian aku kan. Tapi alhamdulillah aku tak pernah rasa tak ada ibu atau kakak sebab ayah dengan abang-abang aku dah mainkan peranan sebagai ibu dan kakak.

Sebelum aku cerita benda mengarut, jom kenal-kenal dengan ayah dan abang-abang aku. Ayah aku namanya Redza. Umur dirahsiakan (artis, ok). Dia ada syarikat construction. Tapi sekarang dia rehat kat rumah. Company, along dengan aku yang handle. Aku sebagai electric cum pipe girl. Urusan electric dan saluran paip semua kerja aku. Kenapa aku? Aku pon taktau sebab tu je kepakaran aku. Along aku nama Fahmi. Dia ni arkitek. Dia dah kahwin 2 eh bukan, kahwin 1 anak 2. Macam mana-mana lelaki, dia punya cita-cita nak kahwin 4.

Angah aku, Fazlee, pereka fesyen. Dan dia terkenal. Dan aku menyampah. Kalau keluar dengan dia, ada je wanita-wanita anggun yang vogue gedevass nak autograph la nak bergambar la, nyampess I tau. Dia selalu ajak aku teman dia pegi mana-mana, jumpa artis la, fesyen show la, photoshoot la. Berdiri sebelah dia selalu buat aku rasa cantik lebih sikit haha. Dia la yang bertanggungjawab menjaga wardrobe aku walaupun aku selalu memberontak. Alang aku, Fahril. Dia ni peguam syariee. Dalam court, dialah juara. Luar court orang takkan percaya dia ni peguam syariee. Sebab otak dia tak centre. Kat rumah, kalau tak ada dia, rumah sunyi. Tapi kalau ada dia, menyakitkan hati sebab dia suka mengusik. Tapi dia jugak Menteri Keagamaan dalam rumah.

Abang atas aku, Faizal. Dia ni chef kat Hotel Palace of The Golden Horses. Dah namanya chef, masakan dia perghhhh magis!  Tapi kalau kat rumah, jangan harap dia nak masak. Prinsip dia, kat rumah, dia nak rasa masakan orang lain dan satu-satunya masakan yang dia boleh dan nak makan, air tangan aku. Sebab tu, walaupun aku ni satu-satunya perempuan dalam rumah, aku boleh memasak.

 Walaupun abang-abang aku ada yang pereka fesyen, chef, diorang bukan 'akak-akak' ok. Dia memang lelaki sejati, pembuli dan kasanova puii. Kalau korang gabung semua personaliti abang-abang aku, kecuali tang kasanova tu, lahirlah aku, Aisya.

 Dan ohh lupa nak bagitau, aku dah 10 tahun kahwin. Ye sepuluh tahun. Kalau korang rajin nak tolak umur aku dengan sepuluh tahun, maknanya aku kahwin waktu umur 14 tahun. Macam mana aku kahwin, aku pon pening. Yang pasti ayah kata, guna wali mujbir. Apa tu wali mujbir, cuba korang google sendiri ye. Tapi aku pon taktau status aku sekarang dan aku taktau mana dan macam mana rupa 'suami' atau 'bekas suami' aku sekarang. Ok, takbest pon cerita kahwin-kahwin ni. So lame! Dan hidup aku bukan cerita novel. Lame lame lame


4 comments:

Anonymous said...

Tuan tanah!! Sila smbg!! Best!!

Sufi (",)

Unknown said...

cepatlah sambung best ni x sabar nak baca,nak panjang sikit n3nya TQ.

Unknown said...

best dek,intro je dah terxcited...hehe

Unknown said...

Salam, tuan tanah baru jumpa blog ni, sangat menarik...