baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Sunday, September 23, 2012

Biru [8]



Aidil menyandarkan kepalanya ke kerusi, bagi rehat sikit kepala yang dari tadi tunduk mengadap dokumen-dokumen yang perlukan tandatangannya.

Teringat situasi pagi tadi bersama Aisya.

“Sedapkan suara saya?” Sengaja dia bertanya untuk memecahkan kesunyian selepas subuh.

“Tak sedap langsung. Takboleh tidur.” Jawab Aisya yang berbaring di atas katil tanpa membuka telekungnya.

“Eleh takboleh tidur konon, tidur berdengkur!” Usik Aidil.

“Manede. Tipooo.” Mata Aisya terpejam, mengantuk.

“Takpercaya? Meh saya nak tunjuk bukti.” Blackberry Torch di ambil.

Terus terbuka mata Aisya. “Awak buat apa saya tidur semalam? Awak jangan berani..”

“Hahahaha... dengarlah ni.” Aidil mengacah-acah untuk menekan keypad di Blackberrynya.

“Aidil...” Aisya bangun dan cuba merampas Blackberry Aidil.

Aidil tergelak. Cepat-cepat dia berdiri dan mengangkat Blackberry di tangan kirinya ke atas, setinggi mungkin.Disebabkan tinggi Aisya hanya separa mulut Aidil, dia melompat-lompat cuba mencapai. Riuh rendeh bilik mereka dengan jeritan Aisya dan gelak Aidil.

Dengan geram, Aisya menyinsing kain telekungnya, bahu Aidil di cengkam, dia melompat supaya dia dapat panjat belakang Aidil dan kakinya dikepit ke pinggang Aidil. Aidil masih tergelak-gelak sambil melompat supaya tangan Aisya tidak dapat mencapai tangannya yang di gapai ke atas.

Dalam keriuhan itu, Aidil tidak dapat menampung badannya, dia jatuh tersembam ke atas katil.

“Yeay yeay dapat!!” Aisya yang berada di atasnya menjerit gembira. Blackberry Aidil di check.

“Penyek hidung saya. Awak kena bayar ganti rugi!! Bangunnnnn.” Aidil terus bangun apabila Aisya sudah beralih ke sebelahnya.

“Tak ada pape pun!!” ujar Aisya dengan mata di beliakkan.

“Hahaha memang la tak ada, awak ingat saya tak ada kerja lain ke nak rakam awak berdengkur.”

“Cissdale betul. Menghabiskan tenaga saya pagi-pagi ni. Lempang nak?” marah Aisya. Baru sekarang dia rasa penat menjerit-jerit sambil melompat.

“Hahaha sapa suruh awak ganas sangat. Gila ganas. Macam mana la kalau....” Aidil tersenyum nakal. “Patah katil...”

“Aidil!!!!”

Bzzzzzz....

Getaran dari Blackberrynya  memecahkan khayalan Aidil. Panjang umur. Aisya.

‘Wak wak wak, boleh tak nak mintak jasa baik awak?’

Berkerut dahi Aidil. Jasa baik? Apalagilah makcik ni.

‘Amende wak wik wuk?’

‘Ada orang nak tumpang 2-3 hari kat rumah mama papa awak boleh tak?’

Orang nak tumpang?

‘Siapa?’

‘Adalaa.. Nanti awak balik awak tau la. Tapi boleh tak? Please please please :(

‘Sangat perlu?’

‘Yups. Hidup dan mati. Janji diorang takkan ganggu awak. Please.’

‘Ok, dear’

‘Awak slh tulis ke saya dah rabun? Dear ke deer? Btw, you look extra handsome today, DEER!’

Hahahaha Aidil tergelak sendiri. Apa saja lah Aisya ni. Yang penting dia tak sabar nak balik rumah.

Kerja di bereskan secepat mungkin. Khusyuk seharian dia meneliti semua dokumen. Sebelum pukul 6 petang dia sampai di rumah mama dan papa. Dalam keletihan dia keluar kereta, matanya meliar mencari wajah Aisya. Dia sendiri tak faham dengan dirinya.

Dari luar dia mendengar suara kanak-kanak ketawa. Ahh mungkin ilusi.

“Daddy!!” Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan lingkungan 5-6 tahun berlari keluar dan memeluk kakinya.

Haaa bila aku jadi daddy? Tadi Aisya bersalin ke? Eh eh bila masa pulak Aisya ada anak dengan aku? Ke sofea? Wehh bila Sofea kahwin dengan aku? Ok, aku letih, salah dengar.

“Hai daddy! Nak salam!!” seorang lagi kanak-kanak lelaki, mungkin adik budak perempuan tadi datang ke depan Aidil.

“Haa? Mana daddy?” tanya Aidil, pening.

“Ni la daddy!” Dua-dua menunjuk ke arahnya.

“Papa kata, kalau jumpa suami mummy, kena panggil daddy!” Terang kanak-kanak lelaki itu dalam pelat-pelat.

“Siapa mummy?” Tanya Aidil lagi, pening!

“Mummy!!!!” Serentak kedua-duanya menjerit.

Tak lama kemudian, terkocoh-kocoh Aisya keluar dari rumah.

Aisya = mummy? Apakahhh??

“Kenapa ni kakak? Aran? Kacau uncle eh?” tanya Aisya sambil tersenyum.

“Bukan uncle la mummy. Daddy! Daddy!” marah Aran sambil memegang tangan Aidil.

“Manade. Uncle la.” Kata Aisya lagi dengan dahi berkerut.

“Daddy. Papa kata takboleh panggil uncle. Ini mummy, ini daddy la. Mana boleh ini mummy, ini uncle. Papa kata, tak sesuai.” Panjang lebar kakak menerangkan, siap dengan jari telunjuk yang di goyang kiri kanan.

Adoiii dah kena racun dengan Along la ni. Aisya menggelengkan kepalanya. Siap along!

“Cop cop. Care to explain?” Aidil pantas menyampuk.

“Sorry Aidil. They’re my kids. 2-3 hari ni, saya kena jaga since parents diorang ada emergency.”

“Your what?? Kids?” Tanya Aidil kembali. Biar betul Aisya dah ada anak? Seriously?

“Yes. I’ll explain everything. But, not now. For the time being, boleh tak awak just be nice? Atau awak buat tak peduli je. Please? For me?” rayu Aisya. Jangan la Aidil tak bagi budak-budak ni duduk sini. Along dengan Kak Ida kena pegi US untuk settlekan pemindahan Kak Ida ke Malaysia. Ayah outstation. Angah, Alang dengan Bang Chik semua busy.

“Whatever. Saya pening. Nak rehat sekejap.” Menong Aidil masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Aran dengan Kakak yang terkebil-kebil memandang ‘daddy’ yang tak mesra.

“Dah dah. Anak-anak mummy pegi mandi,siap. Kakak, tolong mandikan Aran sekali. Mummy nak masak. Nanti kita solat berjemaah.” Arah Aisya. Kedua-dua akur dengan arahan Aisya.

Selesai mandi, kedua-duanya mengetuk pintu bilik Aisya dan Aidil untuk solat berjemaah. Kerana Aisya di dalam bilik air, Aidil membiarkan kedua-duanya duduk menunggu Aisya. Dia pening dan masih tak boleh terima kenyataan Aisya ada anak.

Aidil mengimamkan solat seperti biasa Cuma ada tambahan 2 kanak-kanak menjadi makmumnya. Selesai solat, Aisya salam Aidil seperti biasa. Aidil termangu-mangu melihat kakak dan Aran yang riuh-rendah berebut untuk salam Aisya. Aisya ketawa gembira melihat kakak dan Aran serentak memeluk batang lehernya. Dan dia tak pernah tengok Aisya segembira ini sehingga dia leka sendiri melihat senyuman dan gelak tawa Aisya.

Lamunannya terhenti apabila Aran menepuk tangannya.

“Salam.” Pinta Aran takut-takut.

Aidil tetap menyambut tangan Aran. Kakak turut menyalami Aidil.

“Ok, jom makan. Hari ni mummy masak sedap untuk anak-anak mummy!!” riang Aisya menarik tangan kakak dan Aran ke bawah.

Sebelum keluar pintu, Aisya menoleh kebelakang. “Awak, jom makan.” Dan Aisya masih tersenyum.

Lambat-lambat Aidil turun ke bawah. Otaknya cuba mencerna maklumat yang baru dia dapat sebentar tadi. Sampai di bawah, papa, mama dan Anish sibuk melayan kakak dan Aran. Sekejap-sekejap mereka ketawa.

Matanya mencari Aisya. Dan sekali lagi dia rasa macam urat tengkuk, urat leher, urat kaki, urat tangan, dan segala jenis urat yang ada, nak pecah. Aisya sedang menghidangkan makanan... bersama Alif. Dan mereka sedang ketawa. Boleh tak dia nak suruh Aisya jangan ketawa dengan orang selain dia?

Aidil, you’re sick! Nak ubat!!

“Makan! Makan!” Suara Alif mengejutkan Aidil dari fikiran yang merapu.

“Awak, meh makan.” Ajak Aisya apabila Aidil masih belum bergerak dari tepi tangga. Lemah longlai Aidil menghampiri mereka.

“Demam ke?” Tanya Aisya dengan muka risau. Tangannya di lekap ke dahi Aidil.

Ztttzzz... Bagai kena renjatan eletrik, Aidil menepis tangan Aisya.

Berubah muka Aisya tetapi sekelip mata,wajah itu berubah tanpa riak, seperti biasa.

Buat pertama kali, meja makan riuh rendah dengan suara manja kanak-kanak. Paling seronok, mama dan papa. Maklumlah kempunan nak cucu, tapi tak tau bila boleh dapat. Cucu orang lain pun boleh.

Usai makan, mereka berehat di ruang tamu. Aidil duduk memerhatikan kakak dan Aran. Kakak sedang seronok bermain PS3 bersama Alif dan Anish menjadi tukang sorak. Mama dan papa berbual sambil minum kopi. Aisya pula sedang melayan Aran mewarna. Dia menghampiri mereka berdua.

“Hai. Buat apa?” sapa Aidil. Cuba bermesra.

Aran mengangkat muka. Muka pelik di tayangkan. Aisya tersenyum sambil memerhati. Biarlah Aidil belajar bermesra dengan anak-anak ini.

“A...a...aa... main colour-colour,”jawab Aran takut-takut.

“Nak main sama-sama boleh?” tanya Aidil dengan senyuman di bibir.

“Daddy pandai ke colour-colour. Mummy takpandai. Mummy colour tak cantik.” Aisya membesarkan matanya. Pipi Aran dipicit geram.

Dan Aidil...mula tersentuh mendengar panggilan ‘daddy’ itu.

“Memang mummy tu. Semua benda mummy buat tak cantik. Sebab mummy pun tak cantik,” jawab Aidil selamba. Aran pula ketawa terkekeh-kekeh.

“Amboiii mengata orang. Pernah tengok orang makan kasut tak?” marah Aisya. Aidil dan Aran terkekeh-kekeh ketawa. Seronok pula Aidil melayan Aran yang banyak mulut. Sesekali dengar mereka bertiga ketawa gembira, sesekali dengar Aisya mendengus lembut apabila Aidil dan Aran berkomplot untuk mengenakannya.

Dan kegembiraan itu terbawa-bawa ke bilik tidur Aisya dan Aidil. Pada asalnya mama dan papa ingin membawa kakak dan Aran tidur bersama mereka tetapi kedua-dua kanak-kanak itu merengek mahukan Aisya.

“Kakak dengan Aran tidur tengah, mummy dengan uncle tidur tepi ok?” Atur Aisya sambil menyusun bantal.

“Bukan uncle la mummy. Uncle tu, Uncle Alif. Ni daddy.” Kata Aran dengan tidak bersalahnya. Aisya diam menyusun bantal. Yang seronoknya, Aidil.

“Tak apalah. Daddy tidur bawah, kakak dengan Aran tidur atas katil dengan mummy ok? Takut tak muat pulak.” Ujar Aidil dengan lembut.

“Ala... takmau. Nak tidur dengan daddy jugak.” Rengek Aran dengan manja. Leher Aidil di peluk.

“Okla oklah macam ni, kita semua tidur bawah ok? Mummy bentang toto kat bawah, boleh? Barulah tak ada siapa yang jatuh.” Cadang Aisya. Matanya menghala ke arah Aidil, meminta persetujuan. Aidil mengangguk perlahan.

Nasib baik permaidani di bilik Aidil agak tebal, toto sehelai sudah memadai.

“Baca doa, tidur.” Kata Aisya kepada kakak dan Aran yang baru selesai gosok gigi.

“I love you mummy. I’m sorry for every mistakes I’ve done. I love you much muah muah muah,” kakak memeluk batang leher Aisya dan mencium kedua-dua belah pipi dan dahi Aisya. Kemudian di susuli Aran. Aidil tersenyum bahagia melihat suasana itu, dia sedar kakak dan Aran di didik dengan penuh kasih sayang.

“Daddy. I love you, daddy. Please be our daddy forever. I’m sorry.” Kata Aran sambil memeluk Aidil yang masih tergamam. Tak sangka Aran sangat petah bertutur English dan lebih tak sangka bila Aran mengatakan I love you, dan dia sangat tersentuh. Kakak yang awalnya nampak takut-takut dengan Aidil, turut menuturkan ayat yang sama sambil memeluk Aidil.

Terasa panas tubir mata Aisya melihat keadaan itu. Tak sangka Aidil akan melayan anak-anak kecil itu dengan baik.

Selepas Aidil menutup lampu, mereka baring mengikut aturan Aisya. Anak-anak di tengah antara dia dan Aidil.

“Selalu kalau kakak dengan Aran tidur dengan mama dengan papa, mama dengan papa mesti hug kakak dengan Aran,” suara kecil kakak memecahkan kesunyian.

Teragak-agak Aisya dan Aidil memeluk kakak dan Aran. Tangan Aisya di atas kakak di sebelahnya manakala tangan Aidil di atas Aran. Aran dan kakak yang masih tidak puas hati dengan keadaan itu menarik tangan Aidil dan letak di atas tangan Aisya.

Aisya dan Aidil masing-masing terkejut, tetapi demi kakak dan Aran, mereka diamkan. Sehinggalah masing-masing tertidur. 

Dan Aisya serta Aidil tidur dalam senyuman.

3 comments:

Anonymous said...

waaaa.... touching-mouching nyer..... tersentuh ulu hati..... hahahaha.... jiwang-karat-tahap-langit-ke7....

Bunga2 nak berfefeeling antara Aidil dan Aisya dah nak bercambah.... But before the happy ending (pls... hv a happy ending...), sure kena cabaran yg maha hebat kan!

Walau apa pun cabaran, make sure Aisya bertindakbalas dgn aktif, tak suka heroin yg asyik redha, bertabah dan berserah... Penat....lengoh dan sakit hati bila baca plot gitu...

Hihihi... Demandnya diriku ni.... hihihi....

Unknown said...

tak terkata dek...sikap aisya yg penuh keibuan n polos!tak kan aidil tk feeling kat sya dek!tapi kalu dua2 terinlov cam ne lh pulak ngan sofea!!suke sngt aidil leh on je ngan sya.........tp dek sampai kat opis pun aidil leh dok teringat kat sya...jgn lepas kn sya dil,u r regrats if u loose her dil,percaya lah!!!

MizaEija said...

tersangatlah sweet.... ^__^