baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Thursday, September 20, 2012

Biru [5]



Sekali lagi Aisya berdiri didepan banglo putih. Dia mengeluh perlahan.

Harini bermula hari pertama. Along bagi cuti selama 10 hari. Untung kerja dengan family sendiri haha. Along sikit punya seronok bila tau Aidil tu ‘adik ipar’ dia. Tapi aku awal-awal dah bagitau jangan bagitau Aidil siapa along pada aku. Biarlah. Aku request along jangan selalu sangat jumpa Aidil takut along terpecahkan cerita. Emmm... 10 hari nak kena mengadap mamat disaster tu, nasib baik bawak ubat migrain dengan inhaled corticosteroids secukupnya.

Aisya berjalan masuk ke laman. Tangan kiri memegang beg pakaiannya. Kelihatan mama sedang beramah mesra dengan pokok-pokok bunga di taman.

“Assalamualaikum.” Mama ke aunty?

Mama menoleh ke arah Aisya. “Waalaikumussalam. Aisya. Masuklah.”

“Tak ada orang ke kat rumah, aunty?”

“Semua kerja. Jom mama tunjuk bilik.” Mama pulak dah? Pening pening. Aisya menggaru kepalanya.

Mama membawa Aisya ke depan bilik di tingkat atas. “Masuklah. Ni bilik Didi.”

Aduss kena share bilik dengan mamat disaster tu ke?

Pintu bilik dibuka. Berkerut-kerut dahinya melihat keadaan bilik yang dah serupa macam baru kena rompak dengan Jack Sparrow. Aisya keluar bilik semula. Mama baru nak turun tangga.

“Err..ma...mama, ada number fon Aidil tak?”

“Lahhh number fon suami sendiri pon tak ada? Kejap mama ambik fon mama.” Mama masuk ke bilik di tepi tangga dan keluar membawa fon.

“Ni, 012-3456789. Jangan lupa save.” Aisya mengangguk dan tersenyum.

Dia masuk kembali ke dalam bilik Aidil. Punggung di labuh ke atas katil.

‘Baik awak balik cepat sebelum saya bakar barang-barang dalam bilik awak –Aisya-‘

Sent!

 Tak sampai 2 minit mesejnya di balas.

‘Awak dalam bilik saya ke? Awak jangan berani sentuh barang-barang saya!’

Hehh ingat aku takut sangat.

‘Lunch hour kalau awak takbalik, say goodbye to your stuff wek wek’

Aisya mengangkat baju-baju yang bersepah dilantai. Bakul baju tak sampai 10 meter pun takboleh nak masukkan.

Titt titt mesej masuk.

‘Budak kecik, I’ll kill your if you dare’

Budak kecik dia panggil aku cisdale betul.

‘I die, you die. Balik. By hook or by crook’

Majalah-majalah yang bersepah di tepi katil di susun atas meja. Kotak cincin di atas meja menarik perhatian Aisya. Penutup di buku, kilauan cincin emas bermata berlian besar menyapa mata Aisya.

Mesti untuk melamar Sofea.

Kotak cincin di tutup balik, tanpa sedar hatinya terasa sesuatu. Bilik Aidil di rapikan semula dalam kepalanya pantas terbayang barang-barang yang perlu di beli.

Tepat jam 12.30 tengahari, Aidil sampai di rumah dengan kelam-kabut. Aisya yang sedang menunggu di buaian tergelak melihat Aidil.

“Awak buang apa?” soal Aidil dengan muka merah.

“Banyak. Tapi tadi ada macam bekas bentuk love warna merah, saya terbuang sekali. Tak tau la dalam tu ada apa.” Sengaja Aisya membuat muka serius.

“What the... Kenapa dengan awak ni, suka-suka hati je nak buang barang orang. Mana sampah tu?” Melengking kuat suara Aidil. Tergesa-gesa dia membuka kasut untuk masuk ke dalam rumah tetapi Aisya menarik lengan baju kemeja Aidil.

“Alohhh. Ingat saya ni bongok sangat ke nak buang cincin mahal. Ada atas meja. Saya tak buang apa-apalah.” Aisya tergelak perlahan melihat Aidil yang cemas cicak. Sikit pun dia tak takut dengan tengkingan Aidil.

“Awak ni... Arghhh macam mana saya nak habiskan 10 hari dengan budak mereng macam awak ni.” Melendur sikit nada suara Aidil. Geram melihat Aisya yang ketawa seronok.

“Jom.” Ajak Aisya.

“Pegi mana? Saya penat ni berkejar, tak makan lagi. Lapar.” Aidil memegang perutnya. Sepanjang hari di office dia gelisah memikirkan Aisya yang mengugut nak bakar barang-barangnya.

“Ahhh takde takde. Awak kena ikut saya. Nak beli barang sikit untuk bilik awak.” Aisya menarik lengan baju Aidil ke kereta Aidil.

“Awak yang nak beli kenapa saya kena ikut?” marah Aidil.

“Sebab barang bilik awak,  awaklah kena bayar, takkan saya,” marah Aisya kembali. Mamat ni ketuk karang.

“Kenapa pulak saya kena bayar?”

“Sebab awak kaya dari saya. Harta awak tu tak habis 13 keturunan. So, kalau saya kikis sikit-sikit harta awak,  tak luak pun.”

Giliran Aidil pula tergelak kuat. Direct je makcik ni cakap nak kikis duit aku.

“Iyelah iyelah jom.” Aidil ikutkan saja kata-kata Aisya walaupun perutnya berkeroncong.

“Wahh seronok! First time naik R8! Awak, nak bawak, please!” Teruja Aisya duduk di seat pemandu. Aidil tersenyum melihat keceriaan Aisya.

“Takpayah jakun sangat boleh? In your dream la nak drive girlfriend pertama saya ni.”

“Ooo grilfriend pertama. Sofea tu jatuh no-2 la? Cissdale betul.”

Lagi kuat Aidil ketawa. Apa-apa ajelah makcik ni.

Sepetang mereka menghabiskan masa di SSF Puchong Jaya dan sepetang itulah mereka asyik bertekak memilih barang yang sesuai. Kalau Aisya nak biru, Aidil nak hitam. Aisya pilih bulat, Aidil berkeras nak empat segi. Nasib baik hari ini hari kerja, tak ramai orang, jadi tidaklah ramai yang menonton pergaduhan mereka.

“Awak nak letak pasu tinggi tak dalam bilik awak? Boleh letak bunga fresh?” tanya Aisya sambil berjalan ke bahagian pasu.

“Macam perempuan la.”

“Mana ada. Baru la bilik awak ceria dan wangi. Awak tu dahlah busuk.” Jawab Aisya. Matanya melilau mencari pasu yang sesuai.

“Wah wah budak kecik ni, ada je idea nak kutuk saya kan. Siapa nak beli bunga hari-hari?”

“Bilik awak, awak la beli. Takkan nak mintak papa beli pulak.”

“Suka hati awaklah.” Malas Aidil melayan. Dia hanya menuruti langkah Aisya. Perut yang asalnya lapar, kenyang dengan hanya bertekak dengan Aisya.

Hampir 2 jam lebih di dalam bangunan SSF, akhirnya selesai Aisya membeli-belah.  Kesian melihat Aidil yang dari bising-bising lapar, dia mengajak Aidil ke Bangi untuk solat Zohor dan singgah makan di Perantau.

Sementara menunggu makanan sampai, Aisya memandang sekeliling, matanya menyapa sekumpulan lelaki dan perempuan yang duduk selang 3 meja dari tempat mereka. Seorang lelaki tersenyum memandangnya, Aisya turut membalas senyuman itu.

“Kawan ke?”

“Ha? Pardon?” Aisya berpusing mengadap Aidil.

“Yang awak senyum senyum tu, kawan awak ke?” Aidil mengulang soalannya dengan lebih jelas.

“Nope.”

“Kenapa awak senyum kat dia?”

“Dia senyum kat saya.”

“Boleh pulak macamtu.”

Aisya sekadar angkat bahu. Betul la kan, orang senyum kat kita, senyum je la balik. Apa masalah mamat ni.

Pelayan datang menghidang makanan.

“Warghhh sedap sedap!” Aisya mengangkat sudu dan garfu untuk mencucuk ikan masak 3 rasa.

Papp!

“Aduh. Apa?” marah Aisya.

“Sabar. Macam budak kecik!”

Pelayan tergelak melihat mereka berdua.

“Dik, kirim salam kat Chef awak ye.” Kata Aisya kepada pelayan itu sambil tersenyum.

“Akak kenal ke chef?”tanya pelayan itu kembali.

“Chef Shah kan?”

“Akak kawan dia ke?”

“Aah. Awak cakap je Aisya Redza kirim salam. Sure dia kenal. Cakap dengan dia takpayah gatal-gatal nak datang sini, masak sedap-sedap.”

Pelayan itu tergelak lucu dengan pesanan Aisya. Dia mengangguk dan berlalu meninggalkan pasangan itu untuk menikmati makanan mereka.

“Awak ni kenal semua orang ke? Peramah betul.” Tanya Aidil selepas pelayan itu berlalu.

“Melampau la semua orang saya kenal. Tapi kenal ramai orang la. Seronok tau ramai kawan. Lagi seronok daripada makan Nutella.”

“Kenapa kena buat perbandingan dengan Nutella?”

“Suka hati saya la.” Marah Aisya.

Aidil ketawa lagi. Rasa pertama kali dalam sehari gelak banyak sangat. “Ha, makan cepat, memandangkan saya kena duduk dengan awak selama 10 hari, kita ada banyak benda kena bincang.”

Makan tengahari mereka di selangi dengan perbualan kosong. Entah apa yang menyebabkan mereka berdua selesa berbual walaupun mereka baru sangat kenal. Selesai makan Aidil meminta pelayan mengangkat pinggan mereka.

“Ada kertas kosong dengan pen tak?” pinta Aidil kepada Aisya.

Nasib baik Aisya memang jenis membawa buku notanya ke mana-mana. Aidil mengambil kertas dan pen yang dihulur Aisya. Khusyuk dia menulis di atas kertas tersebut kemudian di sorong ke depan Aisya. 
 Berkerut-kerut dahi Aisya membaca kertas tersebut. Pen warna-warni dari totebag di keluarkan. Hehh, ingat awak sorang boleh buat rules and regulations? Ini Aisya, ok.

Kertas di sorong semula ke depan Aidil. Giliran Aidil pula membaca sambil berkerut-kerut.


 “Kenapa nak kena berjemaah pulak?” Soal Aidil tak puas hati.

“Kenalah. Awak tu lelaki, ‘suami’ pulak tu, kenalah jadi imam. Time ni la awak nak berlatih jadi imam, nanti dah kahwin dengan Sofea, tak adalah awak nak kekok lagi nak jadi imam. Keluarga sakinah.” Balas Aisya dengan nada geram.

Ada jugak lelaki macam ni, takut jadi imam. Nasib baik along, angah, alang dengan bang chik, ayah dah train dari kecik jadi imam.

“Tapi saya selalu balik lambat. Maghrib, Isya ni takut tak sempat solat kat rumah.” Marah Aidil pula.

“Ahh. Tak kira. Awak kena balik awal jugak. Tak ada alasan. Lepas habis Maghrib, Isya, awak nak keluar tak balik-balik sampai Subuh pun saya tak kisah.” Aisya menjeling tajam. Banyak alasan!

“Ihhh... yelah yelah. Saya cuba.” Pelik, dengan makcik ni, senang je aku nak setuju.

“Aisya, awak tau kan, kita mungkin tak lama. Eh jap. Kita ni bukan kategori kahwin kontrak ke apa. Dari awal kita tak pernah berjanji apa-apa. Lagipun haramkan kahwin kontrak. Sekarang kita masing-masing dah jumpa pasangan sendiri dan tak ada perasaan antara kita. Demi parents kita, kita try je dulu 10 hari ni, lepas 10 hari tu, kita tengoklah macam mana. Boleh?” Panjang lebar penerangan Aidil yang nampak tenang. Aisya sekadar mengangguk. Dia faham. Cuma dia tak faham sejak bila dia ada pasangan sendiri.

“Awak jom balik. Penat.” Tanpa menunggu persetujuan dari Aidil, Aisya bangun menuju ke cashier.

Pelik betul budak ni. Tadi beria nak kikis aku, sekarang dia yang bayar duit makanan. Aidil menggeleng melihat Aisya yang bergelak ketawa dengan cashier perempuan itu. Melihat Aisya yang siap membayar duit bayaran, kedua-duanya menuju ke parking untuk balik.

6 comments:

rien said...

best... smbung la lg...

Anonymous said...

Best.... Dah nampak keserasian di dlm ke"brutal"an mereka berdua...

Selamba dan spontaneous jer caralaku si "isteri-10-hari" tu...

Ok... more entries pls.... Dah start tamak lah pulak.... hihihi....

Unknown said...

suke nye kat karektor aisya,gila2 but nice girl...nak kekal aidil n aisya dek!!sambung laju3 dek n jangan lh ciput sngt dek,akak nak panjang lh cikit dek walau tk berjela!hehe WE WANT AIDIL N AISYA no need sofea eh!!!

KuntumRenjong said...

Ha! Baru jumpa blog u dekat cbox enovel mereka punya. Best yo dgn aisya and family and aidil. (again and) :Y:

Unknown said...

ish aidil ni tak gentlemen langsung. dh la smlm aisya sendiri dtg umah dia utk berbincang..ari ni aisya jgk dtg sendiri kat umah dia. patutnya dia la dtg jemput..hishh..
papepon crite ni mmg best..

Zakiah Halim said...

huwaaaa!!! knp best sgt ni... adehhh...