Terjengket-jengket Aidil
berjalan dalam gelap. Langkah dijaga takut tersalah langkah membawa bala.
“Ahmad Aidil...”
What the... Aidil mengeluh
perlahan. Hai telinga, maafkan aku harini kau bakal didera lagi.
“Mama. Kenapa tak tidur
lagi?” Aidil menghampiri mama. Tangan mama dipegang dan dikucup.
“Pukul berapa ni, Aidil?”
Kalau jawab pukul 3 pagi, nescaya dahi akan cium sofa baru mama.
“Sorry mama. Tadi keluar
office lambat, lepastu Didi dinner dengan Sofea. Then, my friends pulak ajak
main futsal.”
“Aidil, mama takmarah Aidil
jumpa Sofea. Mama tau anak-anak mama takkan buat benda tak senonoh. Tapi Aidil
taukan, tak elok bawak anak dara orang keluar sampai tengah-tengah malam. Apa
pulak kata parents Sofea nanti,” lembut bicara mama menyentuh hati Aidil.
“Aidil tau ma. Nanti Aidil
tak buat lagi. Mama, Aidil nak masuk tidur dulu boleh? Esok kena sampai office
awal. Assalamualaikum, mama. Sayang mama,” tangan dan kedua-dua belah pipi mama
dikucup lembut.
Mama menghantar langkah
Aidil naik ke bilik. Sekali lagi keluhan keluar dari bibirnya. Risau melihat
keadaan Aidil. Aidil dan Sofea dah lama menjadi pasangan kekasih. Dan dia turut merestui pilihan
Aidil. Cuma, menjadi masalah bila Aidil sebenarnya sudah beristeri tapi isteri
yang taktau mana hilang. Kalau boleh, dia nak semuanya selesai dengan segera.
Bukanlah dia nak rumah tangga Aidil berkecai, tapi kalau Aidil sendiri taksuka
dengan ‘isteri’nya, takkan nak paksa. Lagipun, padanya, Sofea sudah cukup
melengkapi Aidil.
Doanya semoga Aisya, ‘isteri’
Aidil cepat memunculkan diri kerana baru beberapa hari lepas dia dapat
menghubungi Redza, ayah kepada Aisya. Semoga segalanya baik-baik saja.
Esoknya kerana takcukup
tidur, Aidil terlambat ke pejabat. Kelam kabut dia bersiap dan terus ke pejabat
tanpa sarapan.
Sampai di lobi, dia menarik
nafas lega. Beberapa orang pekerjanya menyapa, dia membalas dengan senyuman
mesra. Sebuah Mazda CX 7 berhenti betul-betul depan pintu masuk. Pemandu dan
penumpang tergelak, entah apa di bualkan. Tapi, apa yang menarik perhatian
Aidil, pemandu itu kelihatan agak berusia namun masih kekal kacak dan penumpang
wanita itu nampak terlalu jauh beza umurnya. Mereka bersalaman dan si pemandu
mencium dahi wanita tersebut.
Ahhh... Aidil, jangan sibuk hal
orang lain. Terus dia berkalih ke depan dan berjalan menghampiri Alia,
receptionist muda yang banyak mulut.
“Eh hai, Encik Aidil. Tadi
Tuan Zulkifli baru je tanya Encik Aidil dah masuk belum,” ramah Alia bercerita.
“Ye ke? Ok thanks.” Alia tersenyum,
matanya terus memandang Encik Aidil. Kalau ada yang tegur dia suka merenung bos
mudanya, jawapannya senang, dia cuma menghayati keindahan ciptaan Tuhan.
Tanpa berlengah Aidil menuju ke lif untuk ke tingkat 5. Tidak semena-mena Aidil hampir
tersembam ke depan apabila dirinya di rempuh dari belakang dengan kuat.
“Oh sorry sorry. My fault.
Sorry, encik.” Kelam kabut wanita itu meminta maaf. Cepat-cepat dia mengutip
barang-barang yang bertaburan di lantai.
Aidil yang pada mulanya
terasa macam nak menyembur, terus sejuk hati mendengar ucapan maaf berulang
kali. Briefcase di angkat.
“It’s ok miss. Cuma lain
kali, hati-hati. Takut ada pulak yang jatuh pecah kepala nanti.” Kata Aidil
dengan tenang. Matanya masih memandang wanita yang sedang mengutip
barang-barangnya.
“Sorry. Saya dah lambat.
Sorry and this is for you,” Tupperware biru di hulur. Aidil memandang Tupperware
dan wajah wanita yang terlindung dengan gulungan-gulungan kertas A0. “Ikhlas.
Takdenya saya letak ubat pengasih ke, ubat penyayang ke, ubat bagi cantik ada
sikit. Ok la tu, nanti awak jadi cantik. Ambik cepat saya dah lambat. Ambik.”
Aidil tergelak. Ewah tak
kenal tak apa, boleh pulak paksa orang ambik bekalan dia.
“Thanks. Nanti saya dah
cantik, saya bagitau awak ye,”Aidil memegang Tupperware dengan senyuman masih
di wajah. Lucu mengenangkan ayat wanita itu. Dia tergelak lagi melihat betapa
kelam kabutnya, wanita itu nak tekan butang lif. Kabut....
Aisya termengah-mengah dalam
lif.
Malu malu malu. Dahlah last
minute call, bangun lambat pulak, kereta buat hal kena mintak ayah hantar,
terlanggar orang dan lunch dah sedekah kat mamat malang kena langgar. Dugaan
harini.
Sampai di tingkat 3, Aisya
terus keluar. Satu tingkat kosong, macam baru di ubah suai.
“Lady, sini!” Aisya
menjenguk dari gulungan gulungan kertas yang menutup pandangannya.
150 meter di depannya,
Johan, Kumar dan Ah Seng duduk bersantai di atas lantai.
“Weh, agak-agaklah. Meh la
tolong saya dengan barang banyak-banyak ni,” marah Aisya, bengang.
“Hahaha. Lady, pagi-pagi
marah, rezeki tak masuk tau,” sampuk Ah Seng sambil bangun untuk menolong
Aisya.
“Pandailah awak. Dah set up
semua tools, saya nak duduk jap. Letih maa.”
“Apa banyak-banyak drawing
ni, lady? Sejak bila lady kerja dengan drawing ni?” Bebel Kumar, drawing dan 2
laptop berpindah tangan. Set drilling di serah kepada Johan.
“Bos korang la punya hal.
Tinggal drawing kat rumah saya lepastu sebok suruh bawak sini. Dia kan ada meeting
kat sini kejap lagi. Ha dah dah. Start kerja. Saya pukul 3 kena gerak tempat
lain pulak.” Tangga di tarik, skirt di kepit di celah peha. Tangga di daki ke
atas siling sementara yang lain set up barang.
Pukul 2.30 petang, Fahmi
tiba di tingkat 3 Wisma Z&S
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ha, bos.
Kejap bos, saya panggil lady. Lady! Bos datang!” Bergema suara Johan menjerit
memanggil Aisya di atas siling.
“Jap jap!” Sahut Aisya, juga
menjerit. Fahmi menggelengkan kepalanya.
“Ha, dah jumpa pekerja kau?”
Tiba-tiba dari belakang Aidil menyapa.
“Joe, Seng, Kumar, ni Encik Aidil,
Project Manager Z&S. Dil, ni pekerja-pekerja aku dari security system department.
Sorang lagi ada kat atas.” Aidil tersenyum.
“Berapa banyak pekerja kau
ada, Mi?” tanya Aidil nampak berminat.
Sementara menunggu Aisya
turun, Fahmi dan Aidil rancak bercerita tentang syarikat masing-masing.
“Joe, mana tangga. Awak nak
suruh saya jadi kluangman eh?” Dari atas siling terjengul kepala Aisya dengan
muka geram. Riuh Johan dan Ah Seng ketawa. Kumar cepat-cepat menyorong tangga.
Lady boss ni jangan buat main, boleh tiba-tiba je ribut petir.
Skirt di kepit ke celah peha
sebelum kaki dijulur ke tangga. Bahaya woo. Karang takpasal je bagi free show.
“Eh?” Aidil tergamam apabila
Aisya menuruni tangga.
“Hai, baby!” Sapa Fahmi
dengan ceria.
“Hai big baby. Kenapa
tunggu? Ambik je la drawings tu.” Tanya Aisya dengan dahi berkerut.
“Heeee sorry dear. Tadi
meeting dengan Aidil dia kata next time je bawak drawing. Eh, ha, ni Encik
Aidil, project manager. Kawan sekolah dulu. Tak sangka nak kena berurusan
dengan dia.” Seronok Fahmi berkata-kata. Aidil masih berkerut-kerut. Takboleh
terima kenyataan yang baru turun dari siling tu seorang perempuan. Dan... pakai
skirt biru bersama selendang biru. Skirt? Siling?
“Dil, ni Aisya. Semua
wiring-wiring ni, kerja dia. And my beloved girlfriend,” selamba Fahmi memaut
bahu Aisya.
Aisya ketawa lucu. Beloved
la sangat. Puiii...
“Ngeng. Dah, nak kena gerak
tempat lain pulak ni. Joe, Kumar, Seng, kemas la eh. And Encik Aidil, nice to
meet you. Boss, balik office cepat. Jangan nak nakal-nakal. Mata jaga.”
Fahmi tergelak. Pipi Aisya
ditepuk perlahan. Walaupun ada orang menyampah dengan kemesraan mereka, tapi
bagi mereka adik-beradik, sejak kecik telah di ajar oleh ayah dan ibu untuk
sentiasa berkasih sayang sesama sendiri Cuma di tempat formal perlu mengawal
diri. Dan depan Aidil, bagi Fahmi bukanlah satu kesalahan.
Lain pula bagi Aidil, dia
memandang Aisya dengan perasaan meluat. Dia tahu yang Aisya yang memberi bekal
nasi berlauk yang yang sedap yang dah selamat dalam perut Aidil. Dan bila Fahmi
berpeluk bermesra tanpa batas, padahal baru girlfriend, Aidil mula berasa
meluat. Dan baru dia perasan, Aisya juga wanita yang sama dalam Mazda CX 7 pagi
tadi.
Ah perempuan.... Nasib baik
Sofea tak perangai macam ni... Donia donia....
4 comments:
Adoi.... salah faham tahap langit ke 7 lah ni....
So the saying, "don't judge a book by its cover" carries weight ler.... dlm situasi ni....
Lambat lagi ker nak jatuh cintan-cintun ni? dan selesai segala kekeliruan... I guess so....
sabar ehh haha
hello mr aidil!!u tu dah salah tafsir,depa tu halal bab adik abang n ayah n kandung lg!!!puji lh sangat awek u tu..........
Aisya dah jumpa hubby tapi masing2 tak tahu...hehehe
Post a Comment