baru! baru! baru!
Merah [16]

Jangan berhenti mengejar pelangi ^_^

Thursday, April 18, 2013

Merah [5]


In dan Black yang berdiri di tak jauh dari pintu masuk Zouk dihampiri.

“kata gaduh?” tanya Qaisara. Dah ready dah nak join ‘women fight’.

“Bouncer dah setel kan dah.” Jawab In.

“mana dia?”

“ada kat dalam. Amanda tak bagi bawak dia balik.” Jawab In. Black tayang muka bengang.

“bukan ke kat Zouk ni kalau pass out memang kena kick terus? Macam mana dia boleh stay inside?” tanya Qaisara, pelik.

“dia kan King. Siapa berani sentuh?” balas Black. Nada penuh sarkastik.

“jom masuk.” Qaisara menyarung hood sweaternya menutup kepala, melindungi kepala yang dililit dengan selendang.
                                                                                                                                                                              
Peraturan night club, orang pakai tudung mana boleh masuk.

Bouncer yang berjaga di tepi pintu cuma memandang mereka tanpa curiga. IC pun tak mintak. Pelik jugak.

Masuk ke dalam Zouk hampir membuatkan Qaisara pitam. Dengan lampu yang pelbagai warna yang berpusing-pusing, bau yang tak menyenangkan hidung, asap rokok lagi.

“cari dia. Sara boleh mati duduk dalam ni lama-lama.” Ghetto Heaven yang rancak hampir memekakkan telinganya.

“Sara. Sana.”

Qaisara menoleh ke arah yang ditunjuk Black.

Terkejut.

Ternganga.

Pantas dia memejam matanya. Malu dengan scene yang terbentang di depan matanya.

Mual.

Iyad dan Amanda melekat. Muka ke muka. Badan ke badan. Tangan ke..... euwwwww....

“Sara?” panggil In. Dalam nada yang sedang menyembunyikan ketawa melihat reaksi Qaisara.

“ok tak ni?” Black pula bersuara. Dia tergelak melihat Qaisara yang masih memejamkan mata.

Dia dan In dah seminggu tengok scene ni. lagi dashat pon ada. Lali dah.

“erghhh. Gila! Heret je la dia.” arah Qaisara. Marah.

Jijik melihat babak mereka.

Iyad dan Amanda yang sedang ‘berseronok’ dihampiri.

“Tuan Iyad. Balik.” Qaisara bersuara garang. Muka dan kepalanya masih dilindungi hood. Takut Amanda perasan.

Keasyikan mereka terhenti. Amanda menoleh.

“we’re having fun over here. Can’t you see?” marah Amanda.

“yeah. We can see your ‘fun’ moment. Clearly. But we have to bring him back to his house.” Jawab Qaisara. Black memegang lengan Iyad, kejap.

“who are you?” tanya Iyad sambil ketawa.

“heii.baru pukul 1. Selalu pukul 3 baru you guys bawa dia balik. Apa ni!” tengking Amanda. Lengan kiri Iyad di rentap.

“Sakit la sayanggggg...” Adu Iyad. Kemudian dia ketawa lagi.

“itu bila dia sober, Cik Amanda. Now, please excuse us. Black, In!” Black dan In merangkul kedua-dua belah lengan Iyad.

Mereka terus berjalan keluar meninggalkan Amanda. Dari jauh sayup-sayup kedengaran jeritan Amanda yang sedang memaki hamun mereka.

“bawak dia balik terus lah.” Arah Qaisara sementara Black dan In memasukkan Iyad ke dalam kereta.

“apahal ni?” tiba-tiba satu suara menegur mereka.

Serentak mereka bertiga menoleh.

3 orang lelaki berdiri di tepi kereta.

“bos kau dah mabuk teruk?” tanya lelaki yang berdiri di depan sekali.

“TJ! Meh laaa kita game.....” Iyad keluar dari kereta dengan terhuyung-hayang. In cuba memegang lengan Iyad tetapi ditepis kuat oleh Iyad.

“bro. Kau mabuk boleh ke nak game sekarang...” TJ dan konco-konconya ketawa. Iyad menghampiri TJ dan memegang bahu TJ tetapi ditolak TJ, kuat sehingga Iyad jatuh terduduk.

“orang jijik macam kau takboleh sentuh aku.” Gelak lebih kuat.

Black, In dan Qaisara diam berdiri di depan kereta. Nak tengok dulu.

TJ mencangkung di depan Iyad yang masih terduduk dengan muka bingung.

“selalu kau macam hero. Hari ni helpless ha?” kepala Iyad ditunjal.

Qaisara menarik Glock 19 dari poket sweater dan di acu ke kepala TJ.

“hands off.” Qaisara meletakkan jari telunjuk ke atas trigger.

TJ terus bangkit dengan tangan yang automatik terangkat. Terkejut.

“jangan berani kalau taknak kepala dia bersepai.” ugut Qaisara bila ternampak salah seorang dari konco TJ memasukkan tangan ke dalam baju.

“jangan.” TJ memberi arahan.

“chill la bro. Aku usik je boss kau.” TJ ketawa, gementar.

‘lelaki’ berhood yang dia tak nampak muka tapi dia tahu ‘lelaki’ itu nekad. Cuma orang yang nekad untuk ‘membunuh’ saja yang berani letak jari ke atas trigger.

“get lost!” arah Qaisara. Muncung Glock 19 masih menghala tepat ke muka TJ.

TJ mengundur 3 langkah dan terus berjalan laju meninggalkan mereka bersama-sama konco-konconya dengan langkah yang tak teratur.

Qaisara menarik nafas panjang. Glock 19 disimpan kembali.

Mujur hari ni takpayah kotorkan tangan dengan darah orang. Dia takde sampai nak membunuh, tapi besar kemungkinan akan mencederakan ‘sikit’ je.

“baliklah. Penat.” Kata Qaisara kepada Black dan In yang sedang mengangkat Iyad masuk ke dalam kereta.

Belum sempat Qaisara melangkah meninggalkan mereka, tangannya ditarik.

Laju dia menoleh.

Iyad memegang tangannya. Tanpa lapik.

Bukkk!

Hidung Iyad menjadi sasaran penumbuknya.

“ouchh... sakitlah sayanggg...” rengek Iyad.

Black dan In diam di tepi pintu. Tau Qaisara dah naik angin.

“you are sooo beautiful. I’m in heaven nowww...” Iyad menggagau ingin mencapai muka Qaisara. Dia keluar dari kereta cuba menghampiri Qaisara.

Qaisara memandang Iyad dengan pandangan maut.

Sarung tangan yang memang dia sediakan kalau-kalau ada kecemasan yang memerlukan dia untuk menyentuh Iyad, di pakai.

Panggg!

Pipi kiri Iyad ditampar, sepenuh tenaga.

“bodoh punya lelaki. Kau minum kencing setan. Bercium, raba sana sini, kau nak jadi apa ni?” pipi kanan di tumbok kuat.

Iyad mengaduh.

“kau memang teringin sangat nak mati ke?” kepala Iyad ditunjal-tunjal

“tak payah susah-susah buat dosa sana-sini, meh sini aku senangkan proses kau mati.” Glock 18 di acu ke kepala Iyad.

“err... Sara. sabar sabar. Kita ada mission yang belum selesai lagi. Lepas habis kerja kita, Sara buat la apa pun, abang Black takkan halang.” Black menarik Glock 19 di tangan Qaisara.

Risau Qaisara naik hantu, memang meletup la kepala anak Tuan Ali ni. Qaisara ni sabar memang sabar, tapi sekali darah dia mendidih, nyawa orang tu dia nampak macam nyawa semut api je.

“bodoh! Menyusahkan mak bapak. Kalau mak kau hidup mesti dia menyesal lahirkan kau.” Perut Iyad ditumbuk kuat. Pipi Iyad di tampar bertalu-talu. Sampai dia puas.

“manusia tak bersyukur. Allah bagi kau nyawa, rupa elok, harta ada, kau pegi balas dengan taik kan. Pegi mampos la kau. Kurang sikit masalah dalam dunia ni.” kepala Iyad ditolak sehingga terhentak cermin kereta.

Iyad mengaduh lebih kuat. Badannya mula terhuyung-hayang.

Belum sempat dia jatuh, Black dan In memegang lengannya.

“hantar dia pegi condo dia terus. Sara follow belakang.” Kata Qaisara dengan nafas tercungap-cungap. Ingat tak penat ke membebel sambil belasah orang?

Tanpa mendengar jawapan In dan Black, Qaisara terus berlalu ke keretanya.

Black dan In bertukar pandangan.

“esok bangun ni, confirm sakit gila. Dah la tangan Sara tu berbisa.” Kata In sambil memandang Iyad yang sudah tak sedarkan diri.

Black ketawa. Kesian tapi rasakan penangan Qaisara.

Ni baru sikit, Iyad. Tak sampai 1 peratus pun daripada segala martial arts yang Qaisara kuasai.

Kau bakal rasa 100 peratus, Iyad.

Black ketawa lagi. Tak sabar nak tengok.

*             *             *             *             *

Cahaya matahari yang masuk dari tingkap menganggu tidurnya.

Lengan diangkat ke mata.

Seminit. Dua minit.

Pantas dia bangun menolak comforter. Pintu bilik air ditolak kasar.

Uwekkkk...

Segala isi perutnya dimuntahkan.

Kepala yang berat di pegang dengan kedua-dua belah tangan.

Kakinya diseret naik ke atas katil.

Terasa satu badan sakit. Macam baru lepas bergaduh. Tapi ni extra sakit.

Pipi disentuh. Rasa macam bengkak. Dia bergaduh ke semalam? Ke kena belasah dengan bouncer? Iyad tersenyum sinis. Kalau pun ada orang yang pukul dia semalam, dia pasti In dan Black dah ‘selesaikan’ untuk dia.

Perut terasa senak.

Dia bangun keluar dari bilik mengatur langkah ke dapur. Mencari panadol untuk mengurangkan denyutan di kepala.

Kabinet diselongkar.

Tak ada.

Dia berpusing. Dan 2 biji panadol extra, air kosong dan dark chocolate cantik terletak di atas meja makan.




Eh?

Dia TERperasan sesuatu.

Tadi, dia bangun dari katil. Padahal sebelum-sebelum ni, kalau dia mabuk teruk, dia akan bangun sama ada dari atas lantai depan pintu ataupun di sofa.

Dan ada panadol serta coklat disediakan untuknya.

In dan Black?

Tak mungkin. Ini bukan kerja lelaki.

Amanda? Ya. Amanda.

Iyad tersenyum senang. Nampaknya Amanda bukan ‘perempuan’ yang biasa dia dampingi, mungkin Amanda adalah jelmaan Ayana? Iyad tersenyum sambil menelan panadol bersama air. Dark chocolate yang terasa pahit-pahit-manis, dikunyah perlahan. Sedap juga ya? Atau sedap kerana kedai candy yang mula beroperasi dalam hatinya?

*             *             *             *             *

‘Spam.’

Mesej dari Uncle Ranjit dibaca teliti.

Laman web gmail dibuka. Email dan password di masukkan.

Terdapat satu email dari Uncle Ranjit dengan tajuk ‘IMPORTANT’.

Gambar lelaki yang dipanggil TJ oleh Iyad semalam tertera di dalam email itu.

‘he’s mybe one of them. check on him.’

Pintu bilik Iyad dijeling.

Email di skroll ke bawah, ingin membaca isi selanjutnya yang mengandungi details tentang TJ.

TJ atau Tengku Jazlan.

*             *             *             *             *

“apa perkembangan?”

“diorang suruh dia siasat on TJ. Ada sesuatu dengan budak TJ tu.”

“maksudnya?”

“dia sorokkan sesuatu.”

“kalau dia terlibat, pastikan Qaisara hapuskan dia secepat mungkin. Rizal Corp takboleh tunggu lama. Maklumat dah leaking.”

“polis?”

“semua. Polis, ketua kawasan. Diorang takkan tunggu lama untuk bertindak.”

“takpe. Aku percaya Qaisara akan habiskan semua ni dengan cepat.”

“King?”

“haha semalam dia jadi mangsa tangan Qaisara.”

“aku dah agak dah. Qaisara bukan orang yang sabar. Baguslah.”

“tapi aku risau. Qaisara dah main dengan pistol.”

“haha. Biarlah. Itu mainan dia sejak dulu. dia lebih hebat dari kita semua. Biarkan.”

“kau pasti?”

“100 point 1 pasti.”

“aku tetap risau.”

“memang kau kena risau. Ayana akan balik.”

“apa?”

“Ayana. akan balik. Secepat mungkin.”

*             *             *             *             * 

kata Tuan Tanah :
dear penghuni atas tanah yang bakal menghuni dalam tanah macam aku, mohon maaf atas kelewatan meng-update episode baru. aku telah dikerah untuk bekerja demi mencari duit demi menampung selera makan aku yang sangat besar (sad). keluar mengejar dan membawa lari orang di siang hari, malam hari bersengkang mata merancang pula untuk hari esok. balik pukul 2-3 pagi, ohh i miss my life! aku rindu nak jalan-jalan pegi Mydin, rindu nak pegi melancong ke semua restoren, gerai dan warung yang ada atas muka bumi ini. sekarang? heihhh. sekarang semua orang sila panggil aku Zombie Tanah Usang

menyelit di waktu-waktu bos takpandang untuk menaip (because i miss my tanah yang berlopak lumpur ni). tanpa buat sebarang editing, jadi kalau salah ejaan, tatabahasa, maklumat lari, maafkan lah zombie ini. 

kepada kalian yang menghantar email, terima kasih dan maaf dipinta. lepas habis kerja-kerja kurang bertamadun aku ni, aku reply (dengan izinNya). 10 Mei, hari Merdeka hiphiphoreyy! dan untuk yang bertanya dari mana aku dapat idea untuk MERAH, cukuplah kalau aku kata, segala yang ditulis, datang dari pengalaman dan pemerhatian. 

tak. aku belum pernah tembak orang,
;)