Tutt...tutt...
Qaisara menunggu
dengan sabar.
Tutt... tuttt...
“hello
assalamualaikum. Sara?” suara abah menyapa telinganya.
“waalaikumussalam.
Abah. Abah dengan ibu Sihat?”
“alhamdulillah.
Sara macam mana kat sana?” tanya abah, nadanya lembut macam biasa.
“sara rindu abah
dengan ibu...” kata Qaisara, manja.
Abah terdiam
sebelum ketawa. Ketawa yang kedengaran canggung di telinga Qaisara.
“abah dengan ibu
pun rindu Sara. Tak apalah. Nanti bila semua selesai, Sara balik sini ok?”
“emmm... abah.
Sara nak tanya boleh?”
“apa dia, Sara?”
“hemm... emm..
kenapa... Mai... ada kat sini?” teragak-agak Qaisara menyusun soalan.
Abah diam.
“ini semua
rancangan Uncle Ranjit, Sara. Abah pun tak boleh nak kata apa.” Jawab abah.
Tenang.
Giliran Qaisara
terdiam.
“tapi abah...
Uncle Ranjit suruh tanya abah....”
“Sara, kami buat
semua ni untuk cepatkan tempoh Sara kat sana. Sara jangan risau ye. Sara ikut
je apa Uncle Ranjit suruh Sara buat. Ok?”
“emm.. emm.. ok
abah.”
“Sara, abah ada
kerja sikit ni. nanti kita sembang lagi ye. Assalamualaikum.”
Klik.
Qaisara terkedu.
Abah dah tutup.
“waalaikumussalam.
Sara sayang abah...” perlahan Qaisara bersuara tanpa ada pendengar.
* * * * *
Tok.. tok...
“come in!” tanpa
mengangkat muka, Iyad bersuara.
“Encik Iyad, busy
ke?”
Iyad mengangkat
mukanya.
Maisara.
Tersenyum manis.
Atau lebih
tepat, menggoda.
“busy jugaklah.
Kenapa Maisara?” tanya Iyad dengan muka serius. Pelik. Biasanya kalau ada
sesiapa nak jumpa dia, Qaisara akan bagitau dulu. Mana pulak budak Qaisara ni.
“ala encik Iyad,
sekarang dah waktu lunch, jom. Encik Iyad kena belanja saya makan harini.”
Maisara masuk ke dalam bilik Iyad. Pintu ditutup rapat.
“eh dah waktu
lunch ke?”
Maisara
mengangguk. Masih kekal dengan senyuman ‘manis’ nya.
“jom. Saya pun
dah lapar.” Iyad bangun. Mejanya yang bersepah ditinggal.
Dia berjalan
keluar diekori Maisara.
Sampai di meja
Qaisara, dia berhenti.
“takpayah lah
nak buat-buat sibuk padahal tengah main diner dash dari tadi. Macam saya
taktau.” Sindir Iyad apabila melihat Qaisara yang sibuk menyelek dokumen di
atas mejanya.
Qaisara
berdecit, muka diangkat.
Eh? Maisara? Bila
masa dia masuk? Damn Qaisara. Lain kali jangan fokus sangat waktu main Diner
Dash sampai tak sedar orang masuk bilik bos kau!
“bos nak apa
bos?”
“taknak lunch ke
mak cik?” tanya Iyad.
Sejak mereka dah
declare ‘kawan’ atas bukit hari tu, Iyad dah mula ramah. Itu pun ikut mood dia.
time dia nak fire, rentung Qaisara di buatnya. Lagi-lagi kalau malam semalamnya
dia mabuk teruk.
Belum sempat
Qaisara bangun, dia ternampak Maisara menggelengkan kepalanya dengan muka
marah.
“err... alamak
bos, lupa. Harini saya puasa.” Kata Qaisara, tersenyum gugup.
“Puasa? Tadi
macam nampak awak...”
“encik Iyad,
jomlah. Saya lapar sangat dah ni...” ajak Maisara, memintas kata-kata Iyad.
“ok jom.”
Mereka berlalu
meninggalkan Qaisara. Black dan In cuma mengangkat bahu sebelum mengikut langkah
Iyad dan Maisara.
Qaisara
mengambil purse di dalam laci.
Lapar.
* * * * *
“princess!”
Qaisara
berdecit. Takpayah tengok pon dia tau siapa.
“hai.” TJ
berdiri di sebelah meja.
“do i know you?”
tanya Qaisara tanpa mengangkat muka. Nasi terus disuap ke dalam mulutnya.
Kerusi di
depannya ditarik. TJ duduk sambil menopang dagu merenung Qaisara.
“merajuk?”
Jeling.
“orang kata,
kalau merajuk, maknanya kita ada perasaan istimewa kat orang tu. Dah jatuh
cinta dengan aku ke princess?”
Jeling.
“my god. Berdebar-debar
jantung aku tengok jelingan manja kau tu.” TJ memegang dadanya.
“kalau kau
taknak kena penampar jepun kat sini, zip mulut kau.”
“ok.” TJ diam,
merenung Qaisara yang tunduk mengunyah nasi.
Seminit. Dua
minit. Lima minit.
Keadaan mereka
masih seperti itu.
Qaisara bangun
ke sinki.
Kemudian duduk
kembali dan memandang TJ.
“now perut aku
dah penuh, kau boleh cakap.”
TJ ketawa.
“lerr ingatkan
merajuk lagi dengan aku.”
“excuse me,
Tengku Jazlan. Aku bukan merajuk ok. Tapi menyampah. Menyampah gila dengan
lelaki terlebih hormon macam kau. Marah tak tentu pasal. My goshhhh kat office
kena deal dengan King Kong tu, lepak dengan kau kena marah tiba-tiba. Disaster
betul hidup aku.” Bebel Qaisara dengan muka berkerut-kerut.
“itulah aku ajak
kerja dengan aku, taknak. Kau kan dah fall in love dengan aku. Jom aa
kawinnnnn....” TJ merapatkan tangan kanan dan kirinya dan mengerdipkan matanya.
Qaisara ketawa.
“bongok.”
TJ ketawa lebih
kuat.
Qaisara meneguk
air sirap limaunya yang masih bersisa. Dia memang tak suka minum dengan straw.
“kalau tak fall
in love dengan aku.... kau jatuh cinta dengan King eh??”
“uhuk...uhukkk...”
Qaisara tersedak.
“eh eh.. nah
nah...” kelam kabut TJ menghulurkan tisu.
“kau nak bunuh
aku ke apa?” marah Qaisara sambil mengelap mulutnya.
“hahahaha. Betul
la eh tekaan aku?” usik TJ, seronok tengok muka Qaisara.
“mana ada.
Terkejut la bengong. imiginasi terlampau sungguh.” Qaisara menjeling marah.
Apa punya soalan
tu. Soalan membunuh yang buat jantung aku berhenti sesaat. Bongok punya Jazlan.
“hahahaha. Ke
kau jealous sebenarnya ni?”
“haaa?”
“so princess, tell
me, who’s the sexy girl yang lunch dengan King?” TJ menyondongkan badannya ke
depan.
Dia nampak King
lunch dengan seorang wanita yang boleh tahan cantik. Senang kata, memang taste
King. Tapi pelik bila tak ada kelibat Qaisara. Dan dia dah agak Qaisara ada kat
sini. Restoren kesukaan dia kan?
“Don’t disturb
her, TJ.”
“and the reason
is...”
“just don’t.”
TJ ketawa.
“amboiii.
Protect King punya ‘mistress in the making’ nampak?”
“i am serious,
Jazlan.”
Qaisara
menyilang tangannya ke dada.
“kau tau kan aku
akan make sure aku dapat semua perempuan yang King nak?” TJ turut menyilangkan
tangannya, meniru gaya Qaisara.
“Jazlan...”
“seriously,
princess?”
“serious like
hell.”
“sounds like not
so serious...”
“how about...
serious like if you lay a finger on her, you will never see that finger again.
Serious like if you lay a hand on her, no one will see you again. Yes, I’m
deadly serious, Tengku Jazlan. And you should know one thing, i’ll do what i
said. Your ‘Tengku’ is not going to stop me.” Qaisara bersuara perlahan.
Senyap.
TJ bagai
tergamam.
“ehem... emm..
ok agak scary kat situ. Di sebabkan kau girlfriend aku, aku ikut la cakap kau.
Tapi dengan girl yang ni je ok.” Kata TJ selepas pulih dari ‘terkejut’nya tadi.
Qaisara ketawa
kuat. Bongok.
“dasar buaya!”
cemuh Qaisara sambil ketawa.
“jealous ke
princess?”
Qaisara
menjeling. TJ terus ketawa.
‘siapa kau,
princess?’
Tertanya-tanya.
Dia tau wanita di depannya ada sisi gelap.
* * * * *
Dekat dua minggu
Maisara masuk kerja di Rizal Corp. Tapi tak pernah sekali pun Maisara datang
berbual mesra dengannya. Dan dia nampak betapa Maisara bersungguh-sungguh untuk
mendekati Iyad.
Iyad pula pada
pemerhatiannya, macam biasalah, melayan je. Malah mereka makin kerap keluar
bersama. Satu benda yang dia perasan, Black dan In pun makin jauh dari dia.
Atau ini cuma
perasaan?
Entah.
Dia bukan bodoh.
Dia tau ada
seusatu yang tak kena.
Heihh.. mengeluh
lagi.
Pagi Sabtu ni
taktau nak buat apa. Bosan.
Journal ayah
diambil.
Muka surat yang
ditanda dibuka.
Ali.
Ali.
Sabahat baikku.
Nadi kananku.
Dengannya, aku membina Rizal Corporatio – Rizuan
dan Ali.
Dia menjadi
tulang belakangku.
Tanpanya, mana mungkin gagasan berdiri semegah
hari ini.
Iyad telah ku anggap dan ku asuh seperti anakku
sendiri. Malah anak itu lebih banyak menghabiskan masa bersama ku dan Ana
berbanding Ali dan Azlin.
Ketika Cahayaku berada di dalam kandungan Ana,
pernah kami berniat, andai Cahayaku itu seorang puteri, akan kami satukan Iyad
dan Cahayaku.
Dan lahirlah Cahayaku Qaisara.
Tapi entah mengapa, sejak dia bersahabat dengan
Bakti, dia semakin berubah.
Dia bukan lagi Ali yang kukenali.
Mungkin dia tidak tahu, perit rasanya apabila
sahabat sendiri berhubung baik dengan manusia yang sentiasa berusaha untuk
menjatuhkanku.
Dan dia makin jauh.
Tak dapat kugapai lagi.
Andai tidak sempat aku ungkapkan kepadanya,
Katakan padanya , sungguh aku sayang.
Sumpah aku rindu.
Dan
Aku maafkan dirinya.
Cahayaku, usah risau, aku tidak akan memaksamu
dalam jodohmu, itu hanyalah gurauan kala aku berkongsi nyawa dengan sahabatku.
Biarlah kau merasai cinta seperti cintaku kepada Ana, kekasihku.
Ingat.
Letakkan kepercayaan kepada dirimu dahulu nescaya
kau akan tahu siapa yang patut dipercayai.
Rizuan Syah bin Ahmad Syah
Qaisara
mengangkat mata dari tulisan-tulisan berangkai di atas kertas usang di
depannya.
Bakti?
Tajuddin Bakti?
Ayah Ayana.
Qaisara menggaru
kepalanya.
Tuan Ali dan
Dato’ Tajuddin Bakti berkomplot?
Tapi kenapa
Dato’ Tajuddin Bakti tak restu hubungan Iyad dan Ayana sedangkan kalau ikut
kata ayah, dia dan Tuan Ali bersahabat baik?
Qaisara menggaru
kepalanya lebih kasar. Rambutnya menjadi kusut masai.
Erghhhh... makin
bersimpul.
Dia bangun.
Pegi supermarket
lagi bagus!
* * * * *
“ala
tingginya...”
Qaisara
mengecilkan matanya melihat si kecil terlompat-lompat cuba mencapai kotak
cococrunch di atas rak.
“meh akak
ambikkan.” Qaisara mencapai cococrunch.
“nah.”
“ehh kakak ni
kawan Chu Iyad kan?” si kecil itu terlompat seronok sambil memegang kotak
cococrunch.
Berkerut dahi
Qaisara cuba mengingati si kecil itu.
“kakak, ingat
lagi tak Tiya penah jumpa kakak kat Isetan dengan Chu Iyad?”
Qaisara
tersengih. Dashyat ingatan budak ni.
“haha baru
ingat. Tiya datang dengan siapa ni?”
“dengan nenek
dengan atuk. Chu Iyad takde. Nenek kata pegi dating.”
...dengan
Maisara.
Qaisara
tersenyum hambar.
“Tiya...”
Suara seseorang
di belakangnya. Qaisara menoleh. Atiya berlari ke arah wanita yang kelihatan
agak tua.
“nenek!! Tengok
ni Tiya jumpa kakak ni. kakak ni la yang dulu Tiya cerita dengan nenek, kawan
Chu!!” nada suara Atiya yang tinggi menggambarkan keterujaannya.
Qaisara
menghulurkan senyuman.
“Puan Azlin.”
Tangan dihulur kepada Puan Azlin.
“awak ni...”
“Qaisara. PA
Encik Iyad.”
“Ya Allah! Dah
lama aunty nak jumpa Qaisara,
alhamdulillah terserempak kat sini.” Ramah Puan Azlin bersuara. Lengan Qaisara
disentuh.
“err.. Puan nak
jumpa saya kenapa ye?” gugup.
Puan Azlin
ketawa lembut.
“apa pulak puan
puan ni. aunty je. Eh jom sarapan dengan aunty. Uncle ada kat luar. Jom.” Ajak
Puan Azlin, sangat ramah.
Uncle... adakah
Tuan Ali?
“haa takpe lah
aunty. Saya dah sarapan dah.” Tipu Qaisara. Padahal perut dah bunyi-bunyi dah.
“alah. Jomlah sarapan
lagi sekali. Aunty dah lama teringin jumpa Qaisara. Jom. I insist.” Kata Puan
Azlin, bertegas.
Dengan lemah,
Qaisara mengangguk. Bakul yang tidak penuh dibawa ke kaunter, beriringan dengan
Puan Azlin yang sentiasa tersenyum.
Tiba-tiba terasa
tangannya digenggam. Qaisara menoleh. Elok je Atiya memegang tangan kanannya.
* * * * *
Qaisara kaku di
atas kerusi. Atiya duduk di sebelahnya, Puan Azlin di depannya dan Tuan Ali
yang sedang membaca surat khabar duduk di sebelah Puan Azlin.
Kekok.
“so, Qaisara,
macam mana kerja dengan Iyad so far?” tanya Puan Azlin, ramah.
“ok je, aunty.
Bos pon tak cerewet mana.” Jawab Qaisara. Ikut skema jawapan ok.
Tak semena-mena
Tuan Ali ketawa.
Surat khabar
dilipat, cermin mata dicabut.
“you don’t have
to be that ‘skema’ with us, Qaisara. We all know Iyad.” Kata Tuan Ali.
“err tapi betul
Tuan Ali, selain daripada angin puting beliung dia yang sepanjang musim tu,
he’s not so bad.”
Tuan Ali dan
Puan Azlin ketawa.
Entah kenapa,
Qaisara terasa sayu.
Baru tadi dia
baca tulisan arwah ayah mengenai pasangan ini. Dan keajaiban Allah, sekarang
dia duduk semeja dengan mereka.
Pasangan ini
antara yang paling banyak tahu perjalanan hidup Rizuan Syah.
“uncle macam
rasa deja vu je duduk sarapan dengan Qaisara. Rasa macam kita pernah duduk
semeja macam ni.”
Qaisara
tersenyum.
“panggil Sara je
uncle, aunty. Mybe uncle pernah mimpi pasal Sara ni.” Qaisara mula panaskan
enjin, mula nak beramah mesra.
Terasa makin
selesa.
“kalau mimpi
Sara takpe. Kalau mimpi perempuan lain, aunty suruh tidur luar je.” Usik Puan
Azlin. Tuan Ali ketawa lucu.
“abang, Lin nak
pegi washroom kejap. Sara duduk kejap dengan uncle ye.” Puan Azlin bangun.
Qaisara menoleh
ke arah Atiya yang bermain game di Ipad.
“Sara...”
Qaisara
mengangkat kepala memandang Tuan Ali yang tersenyum.
“terima kasih.”
Dahi Qaisara
berkerut.
“kenapa uncle?”
“untuk jaga
Iyad. Bawak Iyad balik condo setiap kali dia drunk, balik dengan selamat and
without any woman. Terima kasih sebab tolong uncle jaga Iyad dan nama baik
Rizal Corp.”
Qaisara terkedu.
Tuan Ali tahu...
of course dia tahu, Sara. Dia dalam gelanggang yang sama.
“it is my job,
uncle.” Qaisara senyum, cover gugup.
“it is not your
job, dear. Uncle tak tau siapa Sara. Tapi uncle tahu Sara datang dari keluarga
baik-baik dan parents Sara didik Sara dengan baik. It is enough for me.”
Sayu datang
lagi.
Rasa bersalah
bila menipu.
Terasa macam nak
bagitau je....
Puan Azlin
kembali menghampiri mereka. Punggung dilabuhkan ke tempatnya.
“sembang apa?”
“ni ha, abang
cakap dengan Sara, tak nak ke jadi menantu kita?” gurau Tuan Ali, selamba.
Qaisara pulak
yang rasa malu.
Puan Azlin
ketawa.
“abang ni...
malu dah Sara abang cakap macam tu. Uncle gurau je Sara. Lagipun Iyad dah
kenalkan aunty dengan Mai. Nampak macam ada something je. Sara mesti kenal Mai
kan?”
Iyad dah bawak
Mai balik rumah jumpa Puan Azlin?
Qaisara
mengangguk.
“awal sangat nak
cakap, Lin. Kita tunggu dan lihat je la.” Balas Tuan Ali.
Seorang pelayan
datang membawa makanan mereka.
Qaisara
tenggelam dalam fikirannya.
Apa permainan
kau sebenarnya, Maisara.....
* * * * *
“apa
perkembangan sekarang?”
“Mai dah berjaya.
See? Told you. She’s a natural seducer. 2 weeks and boom! King kenalkan dia
dengan Azlin. Tak lama lagi, Mai akan jadi Puan Besar dalam Rizal Corp.”
Ketawa.
“Qaisara?”
“biarkan dia
main dengan fikiran dia sendiri. Right now, kita dah tak concentrate dengan
Qaisara. Watak utama sekarang adalah Maisara.”
“ada orang guard
Qaisara?”
Geleng.
“she’s now on
her own.”
“mana boleh
macam tu. At least kena ada sorang guard Qaisara.”
“kan aku dah
kata. Watak utama sekarang adalah Maisara. Orang cuma akan attack Maisara je
sekarang. Black dan In pun aku dah letak untuk guard Iyad dengan Maisara.”
“tapi...”
“aku tau apa aku
buat.”
“kalau ada orang
attack Qaisara?”
“dia boleh
handle. Aku akan buat watak ‘Qaisara’ habis, slowly.”
“jangan
cederakan Qaisara.”
“hahaha. I’m
not... unless... dia taknak ikut plan kita.... so phufff.” Pistol didekatkan ke
sebelah kanan kepala.
* * * * *