“apahal lagi ni?” kedua-dua tangan di silang ke dada.
“budak tu cari
pasal, Sara.”
Kedua-dua lelaki
yang menikus di depannya dipandang geram.
Bam!!
meja di hentak dengan tangan. Sakit oi. Tapi cover macho.
meja di hentak dengan tangan. Sakit oi. Tapi cover macho.
“kan Sara dah
bagitau, jangan buat hal. Ni kali ke berapa dah?” naik seoktaf nada suaranya.
Kedua-duanya
diam. Takut nak jawab.
“last warning.
Kalau abang Black dengan abang In tak berubah jugak, buat lagi, you know the
rules.”
Kedua-duanya
mengangguk sebelum bangun dari sofa.
Sara mengeluh.
Penat. Penat menjaga orang besar. Kalau budak kecik tu boleh kena sebat, kasi
pengajaran. Orang besar boleh buat apa, heihhh..
Qaisara.
Maknanye permaisuri.
Dalam sesetengah hal, aku terpaksa bertindak
macam permaisuri. Heh. Permaisuri yang tak ade raja. Ala-ala Queen Elizabeth
gitu. Haha. Merepek. Aku anak tunggal, takde abang takde adik takde kakak. Oh
ye, takde mak tak de ayah jugak. Sedihkan hidup aku. Tapi jangan tertipu dengan
semua tu. Hidup aku, takpernah rasa kekurangan abang kakak adik, mak atau ayah.
Serius.
Aku duduk kat
Berinchang, puncak Cameron Highland. Alaaa, Cameon Highland yang orang duk canang-canang
sejuk la, strawberry la. Aku duduk dengan ibu, abah, adik perempuan dengan
abang-abang yang semuanya lelaki. Aha! Mesti orang pelik, tadi kata tak ade
mak, ayah, abang, adik. Tetiba pulak ada. Ibu dengan abah ni, ibu dengan abah
susuan aku. Adik perempuan aku, Maisara, adik susuan aku. Abang-abang ni semua
pekerja ladang yang tinggal dengan kitorang. Ok, aku tipu. Sebenarnya bukan
setakat pekerja ladang, diorang ni semua ‘penjaga’ aku.
Tak faham kan?
Aku sendiri pon tak faham dengan perjalanan hidup aku. Orang luar nampak, macam
normal, sebenarnya, huru-hara. Nak aku cerita ke? Ok fine, aku cerita tapi make
sure siapa yang tau ni, kena jaga-jaga sebab lepasni, korang akan sentiasa
diburu. Takut tak, takut tak?
And satu lagi,
dah tau cerita aku ni, jangan nak dok compare-compare perjalanan hidup aku
dengan sebarang cerita di kaca televisyen. Hah skema kan. Ok stop merepek.
Mak ayah aku meninggal
waktu aku umur baru 6 bulan. Meninggal dunia kena tembak waktu nak selamatkan
aku daripada kena bunuh. Takpayah nak over sangat terbayang cerita Harry Potter
ye, aku lempang karang. Mak ayah kena bunuh dengan pistol bukan kayu sakti avra
kedavra. Lepas mak ayah meninggal dunia, ibu dengan abah bawak lari aku naik
Berinchang ni. Abah tu orang kanan ayah aku dulu.
Haaa mesti
tertanya-tanya kenapa ‘orang kanan’ bukan orang kiri, atau orang belakang atau
orang depan kan? Kenapa mak ayah aku kena tembak? Kenapa aku nak kena bunuh?alkisah,
Ayah aku, ketua kongsi gelap paling berkuasa kat Malaysia. Aku ni waris
tunggal. So, korang relate la semua sekali, jadila satu cerita. Dah dah,
takpayah nak bayang cerita Gokusen pulak. Tu drama Jepun, ni realiti hidup aku.
Serius.
Duduk kat
Berinchang ni, abah bukak ladang teh, kebun sayur dan ladang strawberry. Rumah
aku ni kadang-kadang jadi private homestay untuk pelancong. Tapi kadang-kadang
je la. Kalau aku rajin. Semua guna duit hasil tinggalan arwah ayah. Dulu waktu
aku kecik lagi, semua abah yang uruskan. Sekarang, aku dah 22 tahun, abah
serahkan balik kat aku. Abah kata dia nak honeymoon pulak dengan ibu. Gedik
gila.
Pelikkan kongsi
gelap tapi bukak ladang, homestay bagai. Sebenarnya, aku dah isytihar pencen.
Cukup-cukup la. Ingat best ke kongsi-kongsi gelap ni? Bergaduh, makan duit
haram, bergaduh lagi. Puiihh. Abah kata, dulu waktu arwah ayah muda-muda, dia
la bapak segala kaki pukul, lepastu buat bisnes seludup senjata api dalam
kontena yang import export marshmallow. Ye sila bayangkan marshmallow yang
lembut-lembut cair di mulut tu. Entah hape-hape je seludup senjata api dalam
bungkusan marshmallow. Macam takde idea lain. Tak ganas betul. Seludup la dalam
timbunan terompah kayu ke, penyapu lidi ke. Ini marshmallow. Seriously?
Bila kawin
dengan arwah mak, ayah insaf. Woii mak anak imam oii. Haruslah insaf lepas kena
tarbiyah dengan arwah atok aku haha.
Lepas insaf,
ayah still tak tinggal kongsi gelap dia, tapi tinggal segala duit-duit haram
tu. Dia jaga kawasan je. lu langsi lu mati. Eh tak. Lu masuk kawasan gua buat
hal, kepala lu, cari la tempat lain. Ha macamtu la kot. Kongsi gelap lain takut
gila dengan arwah ayah sebab dia memang kaki pukul tak pernah kalah.
Lagi satu, ayah
yang damaikan semua kongsi gelap yang berprestij kat Malaysia ni. banyak nyawa
ayah korbankan untuk benda ni. Siap ada MOU, ok. Lepas tu, Ayah bukak bisnes
construction kat KL. Ada lagi sampai sekarang tapi bisnes partner dia yang
jaga. Aku pantau dari jauh je. aku bahagia kat sini. Tak ada siapa kenal siapa
aku sebenarnya kat sini.
Kitorang hidup
macam satu keluarga kat sini. Lelaki-lelaki gagah perkasa yang kerja dengan
aku, semua pengikut setia arwah ayah. Adat kongsi gelap, sekali kau masuk,
sampai mati kau takkan keluar. Tapi kat aku, siapa nak stay, stay. Taknak,
boleh blah. Nak join, silakan. Dan aku sangat tegas bab-bab menjaga
keharmonian. Tak. Aku bukan wakil PBB. Cuma aku tak suka tengok orang gaduh.
Selagi boleh tahan, tahan. Tak tahan, hentak 2-3 kali cukup la. Takyah nak
lebih-lebih.
Yang abang Black
dengan abang In tadi kena marah pun sebab tu jugak. Bergaduh. Aku tau diorang
tak salah. Tapi, aku taknak diorang cedera dan mencederakan. Jangan sampai
orang detect kitorang kat sini. Sekali orang dapat detect kitorang, kena pindah
tempat. Heihhh...
“Sara.” Tepukan
dibahu menyentak lamunan Qaisara.
Ibu berdiri di
belakangnya sambil tersenyum manis. “fikir apa tu?”
“tak ada apa la,
bu. Abah mana?” soal Sara, cuba lari dari topik.
“kat ladang
lagi. Kejap lagi balik la tu. Jom minum kat taman?”
Sara mengangguk
dan bangun mengikut langkah ibu ke taman belakang rumah.
Dulang ditatang
ke gazebo belakang rumah mereka. Ayah duduk bersila menghilangkan lelah
manakala ibu pula memicit belakang ayah. Ahh ibu dan ayah, takpernah tak
romantik. Sara tersenyum gembira.
“ayah, ibu,
minum.”
“terima kasih.
Pandai anak ayah buat air.” Kepala Sara yang berlapik tudung diusap.
“dah setel ke
problem dengan pengilang tu, ayah?”
“dah. Alah,
benda kecik je. bincang sikit-sikit dah la.” Sara mengangguk. Ayah memang macam
tu dari dulu. Releks je.
“pasal Black
dengan In macam mana?” tanya ayah kembali, muka maintain releks.
Sara melepaskan
keluhan.
“Sara dah cakap
dengan diorang dah. Sara risau la ayah...”
“risau apa?”
“entah. Rasa tak
best je sekarang. Rasa macam someone looking for us.”
Ayah menepuk
bahu Sara.
“don’t worry too
much.”
“macam mana ayah
releks sangat eh?” pelik. Ayah nampak cool je. nak jugak tau petuanya.
“hahaha. Kan
ayah dah cakap. Don’t worry too much. Tu petua nak sentiasa nampak muda remaja
macam ayah ni.”
Ayah ketawa
riang sambil tangannya menggenggam tangan ibu.
Qaisara buat
muka nak muntah. Tapi akhirnya dia tersenyum melihat ibu dan ayah yang bergurau
sesama mereka. Sesekali ayah mengusap pipi ibu. Ni satu dalam seribu ni.
Romantik sampai tua. Nak jugak please. Heh gatal kau Qaisara!
“eh ibu, Mai
balik bila?” tanya Sara. Tiba-tiba teringat kat Maisara yang tengah tunggu masa
nak balik dari Melbourne.
“minggu depan
kalau tak salah ibu. Kenapa?”
“terasa rindu
pulak budak kecik tu. Bukan dia sepatutnya dah habis ke, bu?”
“dia kata dia
nak jalan-jalan dengan kawan-kawan dia dulu sebelum balik. Biasalah adik Sara
tu, asyik nak berjalan je kerjanya. Tak faham ibu.” Rungut ibu dengan muka
berkerut-kerut.
Qaisara tergelak
kecil.
Rindu betul kat
Maisara. Dah lama tak borak lama-lama kat skype, sejak Maisara busy dengan
final exam dia.
Terbayang
Maisara yang cantik, membuahkan senyuman lebar di bibirnya.
* * * * *
Sreeetttt.....
Wooooooooo....
Bunyi geseran
tayar di atas jalan raya bergabung dengan sorakan penonton, menggamatkan
suasana malam di tepi lebuhraya SKVE yang pada siangnya sunyi.
Hachiroku putih
dan Skyline R33 megah di garis penamat.
TJ keluar dari
Hachiroku dengan muka merah. Menahan marah. Pintu di hentak kuat. Suasana
meriah tidak dihiraukan.
Skyline R33
hitam di kerumun perempuan yang masing-masing teruja dan berlumba-lumba untuk
menjadi ‘hadiah’ untuk sang juara.
Iyad yang santai
dengan tshirt polo berwarna biru dan jeans keluar dari kereta. Dengan muka
selamba, tanpa ekspresi. Perempuan-perempuan seksi yang cuba menarik perhatiannya
tidak diendahkan. TJ dihampiri.
“’hadiah’ aku?”
tanya Iyad kepada TJ.
TJ cuba menahan
nafsu nak tumbok muka Iyad yang berlagak.
“don, bring
her!” arah TJ kepada lelaki berambut karat yang bersadai di tepi GTI merah
berbelang putih.
Don datang menghampiri
dengan seorang wanita cantik berambut perang panjang.
“she’s all yours,
king.”
Iyad menarik
senyum sinis. Pinggang wanita itu dipeluk erat. Dengan kasar, dagunya di tarik
mengadap Iyad sebelum bibirnya dijamah rakus oleh Iyad.
TJ menggenggam kedua-dua
belah tangannya. Cuba menahan dari menghadiahkan tumbukan padu di bibir yang
selamba menjamah bibir girlfriendnya.
Iyad melepaskan
bibir wanita itu. Segalanya penuh dengan kekasaran.
“one week only,
king. And know your limits.” amaran dari TJ.
Iyad tergelak
sinis.
“seminggu. Tapi
kalau lepas seminggu dia taknak kat kau, bukan salah aku. and, there’s no limits
for a winner, TJ.”
“bastard!” kolar
baju Iyad ditarik, belum sempat tumbukan hinggap dimuka Iyad, Don dan beberapa
lelaki menarik TJ yang naik hantu.
“bos, dia king.
Remember?” bisikan Don menyebabkan TJ menarik tangannya dan melepaskan kolar
Iyad.
Iyad ketawa
bongkak melihat TJ.
“let’s go honey.
Let’s have our ‘first night’.” Iyad menarik wanita yang tak diketahui nama
masuk ke dalam keretanya.
Sebelum mereka
berlalu, Iyad menurunkan cermin.
“sebelum kau
berani nak game dengan aku, make sure kau setaraf dengan aku. kalau tak, benda
ni jadi lagi. Right honey?” tangan wanita disebelahnya di cium, sengaja
menunjuk-nunjuk di depan TJ.
Vroommm....
R33 berlalu
penuh bangga.
TJ menumbuk
bumbung GTI Don dengan penuh amarah.
“takpe boss.
Girl macam Amanda tu boss boleh dapat bila-bila.” Don cuba menenangkan TJ.
Takpasal je bumbung ‘girlfriend’ aku kena hempuk.
“bukan pasal
Amanda.” Jawab TJ, kasar.
“tu la boss,
tadi aku dah cakap dah. Dengan King Iyad tu, jangan buat main. Mana penah
kalah, boss. Sebabtu nama dia King.” Bebelan Don terhenti bila mata TJ merenung
wajahnya, tajam.
“bodoh. Kau nak
aku ranapkan mulut kau ke?”
Don menarik sengih
takut. TJ merengus dan berlalu ke keretanya.
Memandu
meninggalkan tempat yang menyaksikan kekalahannya di tangan Iyad atau lebih
dikenali sebagai King dalam kalangan pelumba. Berlumba dengan Iyad, taruhannya
wanita. Tu je syarat yang dikenakan Iyad. Bukan kereta, bukan duit. Wanita. Dan
dia letak Amanda, kekasih barunya sebagai taruhan.
Orang takut
dengan Iyad bukan sebab dia ‘king’ dalam lumba kereta. Walaupun dia tak bawak
escort setiap kali game, tapi kalau ada yang sentuh Iyad, tunggu la nasibnya
lepas tu. Kalau bukan kereta hancur, badan separuh ranap.
Stereng ditumbuk
kuat. Syaitan mula menari-nari di atas kepalanya. Perkataan dendam mula timbul
di otaknya.
Kau tunggu nasib
kau, king.
* * * * *
Badan dihempas
ke atas katil, mata dipejam.
Sober. Yeah man,
I am.
Dia tergelak
kecil.
Entah berapa
gelen JD yang ditogak malam ni pun dia tak pasti. Yang pasti, Amanda, ‘hadiah’
dia tadi, boleh tahan jugak. JD yang biasanya lelaki je togak, Amanda layan
jugak tapi takde la sebanyak Iyad.
Bau perfume
Amanda melekat di bajunya. Lekuk-lekuk badan Amanda yang dinikmati waktu
berdansa tadi masih terasa di tapak tangannya.
Iyad tergelak
lagi. Bukan dia nak sangat dengan Amanda, saja nak cari pasal dengan TJ,
sebenarnya. Biasalah, lelaki kan?
Dah lama tak
‘berteman’, malam ni terasa lain dari malam lain. Dah lama tak game. Kalau
bukan TJ yang beria, tak merasalah dia ‘nikmat’ bersama Amanda.
Dia bangkit dari
katil. Tshirt di tanggalkan dan dicampak ke atas kerusi. Frame gambar di tepi
meja dicapai dan dikucup penuh sayang.
Ayana.
Biar sejuta
Amanda datang. Ayana tetapi ‘queen’nya.
I miss you,
baby.
Mata di pejam.
Frame di peluk erat.
* * * * *
“keadaan makin
teruk!”
“takdapat detect
lagi?”
“apa?”
“dalang.”
“belum. Ni bukan
calang-calang orang yang buat. Langsung tak tinggal kesan.”
“aku rasa, masa
dah tiba.”
“maksudnya?”
“panggil dia
balik.”
“tapi...”
“kau ingatkan
pesanan abang dulu? Abang dah jangka semua ni akan jadi.”
“dia perempuan.”
“apa kena
mengena? Yang penting, dia anak abang? Lagipun aku sure abang ngah dah train
dia.”
“tapi....”
“detect location
dia.”
“ini arahan atau
permintaan?”
“arahan.”
Bebelan Tuan Tanah :
cerita ni laaaagi banyak karutnya dari Biru. please bear with me k. haha. ok dah jom pegi kenduri!